Oct 31, 2009

Fulham penentu nasib

Fulham penentu nasib Liverpool (Dicedok dari kosmo.com.my)

LONDON - Liverpool berdepan tugas penting malam ini apabila bertandang ke Fulham dalam kempen Liga Perdana England.Kunjungan itu adalah sebagai persiapan kelab The Reds itu menjelang pertemuan getir Liga Juara-Juara menentang Lyon, Rabu depan.

Skuad kendalian Rafael Benitez itu telah pun tewas empat perlawanan liga pada musim ini dan dua kali tewas pada aksi peringkat Eropah.Situasi itu sekali gus menjadikan perjuangan mereka umpama nyawa di hujung tanduk.

Namun, pemain Liverpool, Dirk Kuyt tetap yakin untuk turun bertemu Fulham malam ini sambil menyifatkan kekalahan 1-2 kepada Arsenal pada Piala Liga Rabu lalu sebagai kekalahan nasib.

"Semua tahu ini minggu yang cukup penting buat kami. Jika kami menang ke atas Fulham, kami dapat bersaing kembali dalam pemburuan kejuaraan liga musim ini.

"Kami yakin akan menang kedua-dua perlawanan akan datang ini, mendapat rentak permainan dan kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Kami telah menewaskan Manchester United dan kami mendapat suntikan semangat daripada itu," kata Kuyt.

Sementara itu, Kuyt menegaskan, pembelian Alberto Aquilani dari AS Roma tetap berbaloi biarpun dia tidak beraksi baik pada kemunculan sulungnya ketika bertemu Arsenal, Rabu lalu.

"Kami gembira apabila Aquilani sudah turun beraksi. Harap kita akan dapat melihat lebih lagi daripadanya selepas ini. Dia sentiasa berusaha semasa latihan dan di luar padang," jelasnya. – Agensi

 

KOMEN : Ramai bookie letak Liverpool, Arsenal, Chelsea dan Man U menang. Tapi bagi saya Fulham, Spurs, Bolton dan Blackburn bukan main sebelah kaki. Saya rasa bakal ada kejutan. Apa pun tunggu....

Oct 30, 2009

Mata pilihan ganti Babel

Rafael Benitez bersedia memancing pemain sayap kiri Valencia, Juan Mata sebagai pengganti kepada Ryan Babel yang kini berdepan kemerosotan prestasi.

Mata, 21, mempamerkan aksi cemerlang dalam Liga Sepanyol musim ini dan Valencia pula yang kini amat memerlukan wang dilaporkan sanggup melepaskan pemain itu dengan harga £16.5 (RM93 juta).

Benitez yakin dapat melengkapkan perpindahan tersebut meskipun kontrak pemain antarabangsa Sepa- nyol itu bersama Valencia akan berakhir pada 2012.

"Kami mahu Valencia menghargai kualiti sebenar pemain ini dan ia bukannya hanya kerana wang semata-mata," kata ejen Mata, Juan Sr. yang juga ayahnya.

Mata pula berkata: "Kini semuanya terpulang kepada kelab (Liverpool) dan ejen saya (bapa). Benitez adalah seorang jurulatih yang ternama tetapi saya hanya mahu memberi tumpuan kepada setiap perla- wanan bersama Valencia tanpa sebarang gangguan."

Difahamkan, jika semua urusan berjalan baik, Mata akan berpindah ke Anfield pada musim perpindahan Januari depan.

Kelmarin, Valencia juga membayangkan kesediaan mereka untuk melepaskan dua bintang Sepanyol, David Villa dan David Silva.

Menurut laporan media tempatan, antara kelab yang berminat ke atas dua pemain itu ialah Manchester United selain Chelsea dan Real Madrid.

 

KOMEN: Memang molek sangat Mata ke Anfield tak payah nak ulas kehebatan pemain ini. Tapi persoalannya si Babel tu pula sapa yang nak beli. Valencia mungkin tidak kot. Masakan nak penaik gaji Mata pun dah susah, apalagi nak tanggung pemain baru. Saya rasa mungkin terpaksa tunggu awal musim depan. Itupun kalau ada yang beminat.

Oct 29, 2009

Hanya kerana Aquilani



Secara jujur saya katakan yang saya sanggup bangun seawal 3.40 pagi cuma kerana untuk melihat penampilan sulung Aquilani. Bukannya enggan melihat skuad simpanan beraksi, tetapi sepanjang hari saya amat sibuk dengan pelbagai komitmen peribadi hingga ke petang. Letih memang letih. Selepas Isyak, terus rebahkan badan untuk rehatkan mata kejap menantikan perlawanan lewat pagi.

Bangun saja, segelas Kopi Radix menjadi teman sepanjang pagi. Kalau ada kaki, ingat nak lepak dekat Kedai Mamak. Boleh layan skrin besar dan mungkin Roti Nan jadi belasahan. Apakan daya tiada balasan SMS diterima, bermakna terpaksa keseorangan lagi. Mungkin rakan-rakan lain mempunyai komitmen bersama keluarga atau enggan melepaskan selimut dan toto masing-masing.

Eh, mana Aquilani? Yang ada Kuyt sebagai kapten. Trio serangan Ngog-Voronin-Babel. Tengah pula gandingan muda Plesis dan Spearing. Kat bawah pula agak berpengalaman Degen, Skrtel, Kargiakos dan Insua. Gawang simpanan, Cavaleri diberikan peluang ganti Reina. Tengok dalam senarai simpanan, barulah nampak nama Aquilani. Barulah rasa macam berbaloi menahan mata.

Ulasan minit perlawanan rasanya tak perlu. Bukannya main tak bagus tetapi kalau dibandingkan dengan skuad muda Arsenal (tolak Silvestre) rasanya mereka menang kerana pasukan kita agak perlahan apabila bertahan. Serangan pasukan kita agak kelam-kabut. Peluang untuk buat jaringan boleh dikatkan ada tetapi pemain sendiri mempersia-siakannya.Buat pasukan kita saya secara pukal memberikan dua bintang dari keseluruhan lima.

Skrtel dan Kargiakos memang tidak sepadan. Kordinasi mereka agak lemah. Gol kemenangan Bendtner adalah kesilapan awal Kargiakos dan Skrtel pula tidak berupaya menghambat Bendner yang lebih pantas. Degen walaupun tidak seberapa bertahan, namun ketika serangan agak berbahaya dan nyaris menjaringkan gol. Insua pula memang konsisten dan gol sulung beliau terlalu cantik untuk diulas.

Seperti pertahanan, gandingan Speraing-Plesis juga tidak mantap. Secara individu kedua-dua mempunyai corak berlainan. Plesis memang terlalu konservtif bertahan, manakala Spearing agak keatas. Cuma kedua-duanya tidak mempunyai kesefahaman, walaupun pernah bergandingan dalam skuad simpanan. Kuyt sebagai kapten memang bersemangat betul. Ketika bertahan dan menyerang ada saja kelibat beliau. Tetapi sayangnya beliau agak pemurah walaupun dalam posisi menjaringkan gol pada suatu ketika.

Babel sekali lagi menghampakan. Sepatutnya beliau statik di sayap dan memberikan bek kanan Arsenal kesusahan disana. Tetapi seperti biasa, ketengah jua dia suka lepak. Namun sungguh tidak memuaskan hati bila ketika peluang terbuka hasil umpanan Kuyt dilepaskan. Voronin tak payah cerita, perlu dilepaskan seberapa segera kerana amat disukai di Bundesliga. Ngog pula masih perlu belajar dari Torres untuk menggunakan kepantasan fizikal dan akal.

Dan bahagian yang saya paling suka ialah kemasukan Aquilani. Walaupun masuk sekadar 15 minit, tetapi bermain dengan sempurna sekali. Segala apa yang beliau lakukan samada hantaran, pergerakan atau kedudukan amat saya amati. Beliau memang ada sentuhan hantaran ala Alonso. Gaya lembut tetapi licik memang itulah personaliti fizikal dan gaya permainannya. Malah berani melakukan percubaan samada luar kotak mahupun akrobatik. Rasanya kebergantungan kepada Gerrard dan Torres akan dipercahkan dengan adanya Aquilani.

Mungkin terlalu awal untuk memuji tetapi itulah yang diharapkan oleh semua peminat. Kerinduan kepada Alonso mungkin akan dipadamkan tidak lama lagi oleh Aquilani. Malah rata-rata responden samada dari peminat sendiri atau orang luar sudah tidak sabar melihat kelibat pemain tengah termahal ini. Malah ada yang mahu beliau menggantikan Lucas untuk perlawanan Fulham. Tetapi bagi saya, Aqulaini bagai enjin motor yang baru di korek (overhaul), masih lembut lagi. Dah kasar nanti, barulah boleh merempit sakan.

Oct 28, 2009

Perhitungan Arsenal, Liverpool



LONDON - Pertembungan antara Arsenal dan Liverpool pada pusingan keempat Piala Liga awal pagi esok mungkin dianggap peristiwa penting dalam kancah bola sepak England.
Namun, pertemuan kedua-dua pasukan itu dilihat lebih menonjolkan kepada prospek masa depan masing-masing berbanding prestasi mereka ketika ini.

Baik pengurus Arsenal, Arsene Wenger mahupun pengendali Liverpool, Rafael Benitez, mereka pastinya akan membuat beberapa perubahan pada aksi di Stadium Emirates itu.
Ia bagi memastikan tonggak utama mereka kekal cergas untuk meneruskan saingan Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara.

Pada aksi pusingan ketiga sebelum ini, Arsenal yang menyingkirkan West Brom hanya menyena- raikan dua pemain berpengalaman, Mikael Silvestre dan Philippe Senderos dan bakinya ialah pemain bawah 21 tahun.
Wenger turut berjanji untuk melakukan sedemikian pada perlawanan awal pagi esok.

"Ia berkemungkinan pasukan campuran tetapi kami mahu menang setiap perlawanan, tidak kira siapa yang diturunkan," kata Wenger.

Dengan penjaga gol utama, Manuel Almunia tidak akan beraksi dan penggantinya, Vito Mannone dilihat kurang berkeyakinan, Lukasz Fabianski yang baru pulih daripada pembedahan lutut berkemungkinan mendapat semula peluang menjaga gawang Arsenal.

"Saya mahu berada semula dalam pasukan dan bersaing merebut posisi ini.

"Jadi saya mahu menunjukkan kualiti dan berharap dapat menjulang piala bersama Arse- nal," kata Fabianski. - AFP

Oct 26, 2009

Biaq Betoi Masher (versi utara)

JAVIER MASCHERANO has told Liverpool he's not interested in a new contract.

In a move which raises further doubts over the midfielder's long-term future at the club, he dismissed claims money was the root of his wish to join Barcelona last summer.

Liverpool boss Rafa Benitez is desperate to thrash out fresh terms with the midfielder to prevent a renewed bid from the Spanish giants.

He rejected their £30m swoop after Mascherano stunned The Kop and asked to leave in June.

Anfield officials were convinced he was angling for a £90k-a-week deal, but Mascherano hit back.

 He said: "This is not true. "I have never asked for a new contract. I already have a contract with Liverpool. I don't play for the money."I play for me and to win things. Money is not important to me. "Obviously I will not play for free but why should I?"

 

KOMEN: Ada pro dan kontra juga pasai Mashcerano ni. Nak jual sayang dia memang baguih. Tak jual takut dia buat perangai pula sat lagi. Dia sendiri cakap tak mahu kontrak baru. Pening betol. Kalau orang lain aci buleh mau sangat-sangat la kontrak baru. Lani ni bagi peluang sampai hujung musim. Kalau nak jugak pi Barcelona. Jangan halang. Buat apa simpan mempelam masam, baik jual sebelum busuk. Kita ada modal nak beli pemain lain. Berlonggok boleh main tengah macam dia. Tak heran lansung.

Peminat menangkan Liverpool

Cukup hairan saya kenapa pasukan kita tidak boleh bermain macam semalam untuk perlawanan sebelum ini. Bersemangat. Bekerjasama. Disiplin. Tetapi yang Nampak ketara adalah pemain ke-12, iaitu penonton di Anfield telah memberikan suntikan semangat. Sebab itulah Fergie komen bahawa penonton telah mempengaruhi pengadil supaya keputusan memihak kepada tuan rumah. Itu yang membuatkan saya nak gelak besar. Tiada pernah dengar dalam dunia yang pengadil dengar cakap penonton. Tapi kalau dengan pengurus berhidung merah mungkin ada. Saya dah ulang sebelum ini, kalau pengadil tak tolong mesti melolong punya. Kan tengok. Memang betol. Perangai sengal dia memang tak boleh berubah.  Kali ini FA England kena kunci sikit mulut kotor si tua itu.

Berbalik kepada pasukan. Saya tabik hormat kesemua pemain. Tiada diskriminasi kepada sesiapa pun termasuk yang dibangku simpanan. Lucas dan Masher seakan sudah mengerti yang mereka sudah tiada masa hendak bermain sambil lewa. Aquilani kian menghampiri penampilan sulung. Hanya dengan tekanan dan persaingan membuatkan dua pemain latin tersebut meningkatkan prestasi masing-masing. Kalau tidak masakan pengulas puji sampai melambung gandingan tersebut. Sekarang baru Pak Cik Rafa tahu yang Benayoun adalah permata berharga. Dalam pasukan yang penuh dengan semangat berkobar-kobar, kelicikan beliau merupakan pelengkap ketiadaan Gerarrd.

Seperti biasa Torres kalau dah tak sakit memang akan sakitkan pasukan lawan. Evra, Rio, Vidicks, Oshea dah kelam-kabat nak menjaga Singa Iberian ini. Kalau boleh mereka main macam nak bagi Torres patah kaki. Peluang nak buat gol memang banyak. Nak buat macamana dah rezeki takat dua biji. Yang sebiji lagi hadiah Ngog buat kita. Dia dah ambil alih tugasan Babel musim lepas. Ini merupakan petanda awal yang Ngog mempunyai kriteria sebagai pemain masa depan. Saya tak kata beliau akan setanding Henry suatu hari nanti , tapi tak mustahil jika dibentuk denagn sebaiknya.

Dalam kita dok tabuh Carragher rupa-rupanya kita tersilap pandang. Gandingan Carra-Agger memang dah serasi. Skrtel pula kena kuarantin dibangku simpanan sekejap. Dia bukannya tak bagus, tapi sebab mirip sangat permainan dengan Carragher. Agger pula seakan libero. Memang boleh buka permainan dan jarang buat hantaran jauh. Kurang sikit kerja midfield. Harap-harap jangan cedera balik sudah. Akhir sekali pujian kena bagi buat Pepe yang menjadi penghalang Man U untuk aibkan kita. Dia main agak selesa dibantu pertahanan yang sudah kembali mantap.

Tekanan buat Rafa sudah berkurang dek kemenangan semalam. Tapi yang tak sedapnya pemilik kelab bukannya takut nak pecat Rafa. Calon sudah ramai. Mourinho, Klinsmann dan terkini O’Neill pula mungkin dalam senarai. Tapi mereka sayang duit. Mana berani nak bagi pampasan 15 juta pound kat Rafa. Sebab itulah saya yakin Rafa akan kekal sehingga pemilik baru sampai. Sehingga itu kita boleh guna balik ayat ni.” In Rafa We Trust”. Caya jangan tak caya. Adios

Oct 25, 2009

Kasi Potong



UNITED MAKE COST-CUTTING MEASURES : Red Devils in food fight

MANCHESTER UNITED are taking away training ground privileges for their staff as part of a series of sweeping cost-cutting measures. Free toast, porridge, tea, coffee, fruit juices and even Ribena will no longer be available to "non-essential" staff at Carrington. Sir Alex Ferguson has approved the changes, which will affect many of the 120 staff who work there. Only "core staff" such as players, coaches and senior officials will be able to take advantage of the free food first thing in the morning. "Non-essential" staff are being told to eat breakfast before they arrive at the club's training facility on the outskirts of Manchester. The budget savings have also been endorsed by chief executive David Gill and chief operating officer Michael Bolingbroke.

KOMEN: Kesiannya. Kelab yang dikatakan antara yang terkaya di dunia sanggup catu makanan untuk staff mereka. Dah nak bangkrap kot samapai kemut dengan staff sendiri. Kesian betol, duit jual Mat Kangkang dah pergi mana? Takkan kena kantau dengan keluarga Glazer bawa balik US juga kot.

Oct 24, 2009

Bangang Punya Orang Tua



Sir Alex Ferguson has stoked the fire ahead of Manchester United's trip to Liverpool by saying he can understand why Sunderland's goal stood last week. The Reds' dismal run of results continued when they succumbed 1-0 to the Black Cats thanks to a Darren Bent goal that deflected of a beach ball that was thrown onto the pitch by one of Liverpool's own supporters.According to the laws of the game any goal that is aided by an 'outside agent' should be disallowed but referee Mike Jones allowed the strike to stand.Liverpool boss Rafa Benitez credibly did not use the freak goal as an excuse for the defeat but Ferguson can see why the goal stood.

"It was an unusual incident. Obviously the goal shouldn't have been allowed but in the spur of the moment I think the referee was caught off guard with that one," he said."I must admit I thought it was a goal but I read the laws of the game saying if there was an outside agent it should be disallowed. "I thought it was a goal like the wind, the wind can take the ball. You can say that is an outside agent. When you see that it is unusual."

Komen: Ulas macam orang bodoh. Adakah bola nak disamakan angin. Ada akai ka? Dah teruk nyanyuk orang tua ni. Atau saja nak buat provokasi. Rileks Rafa jangan masuk dalam lubang tahi yang digali fergie. Buat dek jer.




Benitez takut hilang jawatan

Dicedok dari Kosmo.com.my

LONDON - Rafael Benitez mengakui buat kali pertama dalam kariernya yang beliau kini mula berasa bimbang mengenai masa depan- nya bersama Liverpool.Benitez mendapat sokongan penuh daripada pemilik bersama, George Gillett kelmarin selepas kelab tersebut dilaporkan bakal mengalami kerugian sebanyak £13 juta (RM73 juta) seandainya memecat jurulatih dari Sepanyol itu.Namun, Benitez sedar kedudukannya masih dalam bahaya selepas Liverpool tewas 1-2 kepada Lyon dalam aksi Liga Juara-Juara, Rabu lalu.

"Kami tahu keputusan perlawanan banyak mempengaruhi suasana bola sepak. Kami hanya perlu mengelakkan diri kami dari bercakap mengenai penjualan kelab ini dan memberi tumpuan kepada bola sepak dari sehari ke sehari," kata Benitez.

"Penjualan dan pertukaran hak milik kelab selalunya perkara penting bagi mana-mana kelab. Bagaimanapun, hubungan saya dengan George Gillett masih baik.

"Saya gembira bersama Liverpool, keluarga saya telah menyesuaikan diri dengan kehidu- pan di sini dan tidak terlintas di fikiran kami bahawa semua ini akan berakhir tidak lama lagi."

Selepas dikritik hebat oleh penyokongnya sendiri Rabu lalu, Liverpool bakal berdepan tugas sukar apabila melayan kunjungan Manchester United di Anfield, Ahad ini.

Sementara itu, individu yang pernah dikaitkan dengan Liverpool, Jurgen Klinsmann mengakui masih berminat untuk membimbing kelab England.

"Kamu tidak boleh menolak seba- rang kemungkinan. Sekali kamu merasai pengalaman dan emosi dalam bola sepak, kamu pastinya mahu terus merasainya," jelas Klinsmann.

"Saya tidak pernah terfikir yang saya akan membimbing Jerman pada Piala Dunia lalu dan juga menjadi jurulatih Bayern Munich tahun lepas." - Agensi

 

Oct 23, 2009

Rekod terburuk menanti?

Saya tak sempat tengok perlawanan dengan Lyon selasa lepas. Mungkin dah macam boleh agak pasukan nak kalah. Kalau tak kerana Gerrard cedera saya rasa keputusan akan jadi lain. Lagi satu Kelly pulak cedera pada ketika beliau main baik . Dua insiden ini merupakan modal utama kekalahan tempohari. Ditambah pula dengan keputusan kontreversi Rafa mengeluarkan Benayoun dengan memasukkan Voronin. Percaturan dan insiden itu telah menjadikan malam derita buat pasukan disamping tuah saat akhir Lyon.

Kalau nak pulun juga Juara Liga Eropah kena menang kesemua perlawanan. Mustahil atau tidak itu bukan kuasa kita menentukan. Bermain dalam tekanan memang dah jadi resam Liverpool. Kalau tidak masakan kejuaraan di Istanbul boleh dimiliki.  Cuma yang penting semua kembali bersatu. Pengurusan, jurulatih, pemain dan juga peminat. Orang luar jangan ceritalah, mereka cukup puas hati kalau pasukan kita dalam keadaan menggelupur macam ni.

Keadaan pasukan lepas ini boleh dikatakan umpama burung yang kepatahan sayap. Bermati-matian hendak terbang padahal tak cukup kekuatan. Namun jika ada usaha disitu ada jalan. Semua pemain lawan manusia juga bukannya Jin (walaupun bergelar pasukan Syaitan Merah). Walaupun gah dengan pengurus hebat (konon) yang sentiasa bertuah (bertuah, banyak kali pengadil tolong, kalau tak tolong dia mesti melolong). Mereka telah berjaya ditumpaskan walaupun ada pemain hebat seperti Mat Kangkang (CRonaldo) dan Shrek (Looney).

Saya tak minta tewas , tapi atas kertas Man U nampak seperti pasukan yang merbahaya walaupun tiada Rooney dan Giggs. Kita pula kalau tiada Gerrard dan Torres macam separuh pasukan dah tiada. Moral kedua-dua pasukan pula berbeza. Mereka tanpa kalah 11 perlawanan dan kita tewas berturut 4 kali. Kalau mentaliti dan kesungguhan berjaya mengatasi dan menutup kelemahan lalu. Kita akan menjadi umpama gergasi yang cedera, lagi sakit lagi kuat amukannya. Dan diharap penampilan Aquilani mungkin penawar buat kita tika ini. Barangkali.

Oct 20, 2009

Naib Kapten Dah Bersuara

Reds, rapat barisan!

(dicedok dari Sinar Harian)

 

Tonggak pertahanan Liverpool, Jamie Carragher menegaskan The Reds akan bangkit membuktikan kemampuan dan kualiti sebenar mereka menjelang pertemuan Liga Juara-Juara Eropah menentang Lyon esok selepas tewas kepada Sunderland pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), minggu lalu.

Darrent Bent menjaringkan gol tunggal kontroversi pada minit kelima selepas rembatannya terkena bola pantai yang dilemparkan penyokong Liverpool lalu terbias melepasi penjaga gol, Pep Reina.

“Ia amat mengecewakan bagi kami tetapi Chelsea juga tewas. Kempen musim ini masih panjang. Kini bukan masa sesuai untuk bercakap mengenai gelaran juara. Kami sedang bersiap untuk aksi seterusnya.

“Kami akan berdepan Lyon di Anfield untuk mengembalikan semula semangat sebelum bertemu Manchester United, Ahad ini. Kami perlu bekerjasama sebagai satu pasukan ketika sesi latihan.

“Kami dibarisi pemain hebat dan dikemudi pengurus terbaik. Kami ada kualiti dan kepercayaan untuk bangkit mencipta kemenangan dalam tempoh terdekat. Saya berharap pertemuan dengan Lyon akan mengubah segalanya,” kata Carragher.


Carragher bagaimanapun enggan menyalahkan ketiadaan pemain utama, Steven Gerrard dan Fernando Torres sebagai punca kekalahan kepada Sunderland. Sebaliknya, dia mendakwa pasukannya mempunyai kualiti untuk menangani masalah kecederaan.

“Tidak dinafikan Gerrard dan Torres adalah pemain berkelas dunia namun kami memiliki skuad besar. Kami pernah memenangi perlawanan tanpa kelibat mereka sebelum ini.

“Sunderland bermain dengan baik. Kami tidak berada pada tahap memuaskan tetapi kami akan bangkit mengembalikan semula keyakinan pasukan,” tambahnya.

Rombongan Olimpik Lyon ke Anfield

Saya telah menulis yang ”Tragedi Oktober” bakal menimpa pada entri sebelum ini. Tak sangka apa yang saya khuatiri benar-benar berlaku. Kebetulan memang kebetulan. Ini kerana perlawanan antarabangsa sememangnya memberikan implikasi yang tidak enak kepada pasukan kita. Tiga perlawanan selepas ini bakal memberikan lirik penuh tragedi oktober. Selepas dua kekalahan lalu ditangan London Moskow dan Kucing Itam kini saingan Eropah bermula dengan pasukan Lyon. Selepas itu diikuti dengan kunjungan Man U dan lawatan ke Craven Cottage.

Buang yang keruh ambil yang jernih. Rafa pun sudah memaafkan pengadil gabra yang diturun pangkat. Peminat kecil yang membaling bola pon mungkin akan ingat sampai ke liang lahad jasa beliau kepada Sunderland. Jadi harapnya lembaran baru dan semangat baru untuk menang dimulai dengan membenam Lyon. Mustahil. Tidak kot. Kapten Gerrard sudah pulih apa nak hairan. Masa inilah aura kebangkitan akan muncul. Saya yakin Gerrard akan membawa pasukan layak ke peringkat kalah-mati Juara Liga Eropah. Perlawanan Lyon adalah kuncinya.

Walupun begitu cabaran berat akan nampak ringan jika pemain lain turun bangkit. Bukan setakat Lucas sahaja tetapi semua sekali termasuk yang dibangku simpanan. Lyon  pon tewas juga minggu ini. Kiranya sama adil. Namun apa yang sedikit saya bimbangi adalah mereka mempunyai barisan pemain serangan mantap. Atas ada Gomis, Lisandro, Govou, Ederson. Tengah pula Bastos, Delgado, Makoun, Kallstrom , Pjanic dan Toulalan. Tetapi mereka mempunyai krisis sedikit dibahagian pertahanan dan inilah yang perlu dieksploitasi. Toulalan telah menjadi bidan terjun bek tengah. Kalaulah Torres pulih, mesti lauk nasi dagang bek Lyon kali ini.

Apa pun jua ketidakadaan Torres bakal menjadikan kita sedikit runsing. Kuyt mungkin main posisi depan secara solo tapi tak semantop Mat Nando.Nak harap Babel, main sebelum ni pun macam bebal. Ngog belum akhil baligh nak terajui barisan depan keseorangan lagi dan rasa Nemeth lagi cun kalau ada.

Dan terakhirnya jangan ada lagi belon-belon merah berterbangan di padang Anfield nanti. Jadi senjata lawan nanti kot. ;P

Aku Sebijik Bola....

Dicedok dari laman blog Kedahlanie. tak pasti yang penulis asal peminat Liverpool atau tidak. Layan.

 

Tidak banyak yang aku tahu tentang tempat asal-usulku. Sebab ketika masih berstatus getah keping aku telah dihantar ke England. Yang aku tahu, di Malaysia sana ramai penduduknya yang berjiwa Scouser walaupun secara zahirnya mereka makan tempoyak dan budu. Kebanyakan dari mereka ini tidak pernah menjejakkan kaki ke Liverpool.

Bukan macam aku. Ketika umur masih getah sekeping aku telah menjejakkan kaki di Liverpool. Kapal yang aku naik dari Pelabuhan Klang selama beberapa bulan akhirnya tiba di Pelabuhan Liverpool. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami tidak dirampok oleh lanun-lanun Somalia.

Dari pelabuhan aku telah dibawa ke sebuah kilang di pinggir kota Liverpool. Di sana aku telah dicairkan, dilenyek dan diacu bersama rakan-rakan getah keping yang lain. Dari satu mesin aku masuk ke mesin yang lain. Kami diberikan pewarna merah yang menyala. Aku suka.

Selang beberapa jam, akhirnya aku dan rakan-rakan yang lain telah berubah bentuk dari sekeping getah ke sebiji sfera bulat yang dinamakan bola. Warna kami semua merah menyala. Kalau ikut orang Cina, memang manyak ong!

Seminggu duduk di dalam gudang, aku dan rakan-rakan lain akhirnya menerima kunjungan tetamu. Dua orang Yank bernama Tom Hicks dan George Gillett datang untuk membeli aku dan rakan-rakan. Tapi mengikut pesan Yank berdua itu, sebelum dibeli mereka mahu kami semua dicopkan dengan lambang seekor burung dengan perkataan ‘You’ll Never Walk Alone’ di atasnya.

Aku kurang arif apa motif lambang tersebut. Mungkin satu pertubuhan ajaran sesat barangkali? Persatuan memuja burung kot? Tapi walau apa pun yang pasti aku suka dengan lambang baru yang dicop ke atas badan aku yang berbentuk sfera ini.

Selepas dicop, kami disimpan kembali ke dalam gudang hinggalah tiba hari yang dinantikan. Ya, di pagi Sabtu yang dingin bertarikh 17 Oktober 2009, aku bersama rakan-rakan yang lain telah dibawa keluar dari gudang untuk menaiki sebuah van. Kami meninggalkan kota Liverpool menuju ke destinasi kami yang baru, Sunderland.

Sebetulnya aku kurang pasti tujuan lawatan kami ke sana. Adakah lawatan sambil belajar? Atau lawatan sempena rumah terbuka Deepavali? Di dalam perjalanan aku tertanya-tanya. Seronok tapi berdebar-debar pun ada.

Selang beberapa jam perjalanan, aku akhirnya tiba di sebuah bangunan yang bernama Stadium of Light. Akhirnya baru aku tahu tujuan sebenar lawatan ini. Aku bakal dijadikan bola untuk satu perlawanan bolasepak.

Gembiranya rasa hati, Tuhan saja yang tahu.

Bersama rakan-rakan yang lain, kami dibawa masuk ke dalam stadium. Tapi harapan aku untuk dijadikan bola perlawanan dan disepak terajang oleh 22 lelaki di atas padang terbantut. Aku tidak dimasukkan ke dalam padang, sebaliknya di letak di satu bahagian stadium yang dikhususkan untuk Scousers dari Liverpool.

Apa barang? Jatuhlah status aku sebagai sebiji bola yang berwarna merah dan bercopkan seekor burung dengan kata hikmah ‘You’ll Never Walk Alone’.

Jiwa aku sedikit kacau. Sedih bercampur hiba. Hajat di hati mahu jadi bolasepak tapi rupa-rupanya taraf aku hanyalah sekadar bola suka-suka, dilambung-lambung, ditepuk-tepuk dan dilonjak-lonjak oleh sekumpulan Scousers yang mabuk Carlsberg. Aku pasrah.

Tapi bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki tuah bola pastinya warna merah menyala. Sedang aku dilambung-lambung akhirnya aku jatuh ke tangan seorang budak lelaki Scouser yang sangat teruja. Aku bajet, budak seekor ini baru kali pertama menjejakkan kaki di stadium.

Aku kenyit mata dan berikan satu bisikan jahat kepada budak Scouser ini. Aku suruh dia campak aku masuk ke dalam padang. Budak Scouser yang bebal ini akur dengan hasutan jahat aku. Rilek-rilek dia lambung aku masuk ke dalam padang.

Wah, aku teruja. Tiba-tiba aku sudah berada di dalam padang. Betul-betul depan seorang mamat berbaju kuning yang kepalanya botak dan bulat. Kepala dia sebiji bentuknya macam aku. Nama dia Pepe Reina rasanya.

Aku senyum kat Pepe Reina. Dia buat tidak endah. Sombong. Baghal. Tapi aku buat dek. Orang tak suka, aku pun tak sudi.

Sedang aku meloncat-loncat seronok di depan Reina itu, tiba-tiba aku nampak kelibat seorang lelaki berkulit hitam dengan sebiji bola putih di kakinya. Ada kawan! Aku teruja.

Bola putih yang bernama Nike T90 Ascente itu terbang menuju ke arahku. Mungkin dia pun seronok jumpa kawan di tengah padang. Kami berdua tersenyum dari jauh. Semakin lama dia semakin hampir. Laju pula terbangannya. Tiba-tiba aku gelabah, mamat ni takde brek ke?

Kami bertembung. Bola putih itu terbang ke bahagian kiri mamat botak bernama Reina sementara aku pula terbang ke bahagian kanan.

Kawan baru aku, si bola putih itu, terus masuk ke dalam gawang gol. Aku pula kerana sedikit gemuk tetapi ringan terbang perlahan-lahan ke luar padang. Tapi sebelum jatuh di luar padang aku sempat jeling pada mamat botak bernama Reina itu. Dia renung ke arah aku, bukan bola putih.

Hehe, walaupun gemuk tapi warna merah menyala aku tetap menjadi daya penarik. Bukan setakat Reina, malah lensa kamera DSLR dan juga kamera televisyen semua fokus kepada aku. Berbilion penduduk dunia menyaksikan aku secara langsung. Dari United Kingdom hinggalah ke Felda Bukit Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan, Malaysia.

Esoknya, gambar aku termpampang di dada-dada akhbar seluruh dunia. Dari mamat mabuk Carslberg yang kecewa di sebuah pub di kota Liverpool hinggalah ke pengadil-pengadil EPL yang diiktiraf FIFA, semua orang bercakap pasal aku. Dalam sekelip mata, aku jadi terkenal.

Akhirnya, barulah aku faham maksud tersirat kata-kata yang tertera di atas badan bulat aku ini. Ya, aku kini tidak lagi keseorangan, seluruh dunia sudah kenal siapa aku.

‘You’ll Never Walk Alone’. Aku percaya. Aku ialah sebiji bola. Yang tidak lagi keseorangan.

Oct 19, 2009

Retak menanti belah ?

Peminat sudah menjadi dua puak yang besar. Penyokong Rafa dan pembangkang sudah setara. Ada yang mahukan beliau melepaskan jawatan dan ada yang masih bersabar dan mahu tunggu dan lihat. Ini terjadi setelah buat kali ke-4 Liverpool tewas dari 9 perlawanan. Malah lawan kali ini bukannya penyandang juara atau pasukan elit tetapi pasukan yang hanya sekadar bersaing untuk elak tercicir musim lalu. Malah saya sudah muak membaca berita sensasi yang seakan-akan memberikan tekanan kepada pasukan dan juga peminat amnya .Lantaran keputusan lalu, saya telah tanya oleh sesetengah peminat muda dengan soalan-soalan cepu emas. Sebagai peminat yang setia kepada kelab (baca Liverpool Fc) saya tidak sekali-kali akan memberikan kenyataan dan tulisan provokasi mengenai pengurus. Bukannya saya sengaja menjadi peminat setia kepada kelab ini walaupun sudah sekian lama pasukan kita tidak menjadi benar-benar kuasa bolasepak. Tetapi sebagai peminat sesuatu benda adakalanya apa yang kita minat tak selalunya bagus dimata orang lain.

Rafa kalau mengikut pandangan saya bukanya pengurus yang mengharapkan tuah diri sendiri atau kerja-keras pemain ternama yang berlaku kepada Ferguson dan Mourinho juga Wenger era 90an. Beliau unik dan tersendiri. Walaupun boleh dikatakan sejarah di Valencia amat hebat tetapi yang hebatnya siapa beliau atau kelab itu. Lihat sekarang dimana Valencia berada, walaupun dengan pemain hebat seperti Villa, Silva, Jouquin, Albeda mereka masih tidak mampu berdiri seperti mana era Rafa. Jadi pengurus hebat juga perlu sokongan. Maourinho juga kalau ditempat Rafa dalam situasi pemilik kemut, mesti angkat kaki awal lagi. Masalah demi masalah menjadikan musim ini lebih tekanan buat beliau. Pemilik kedekut, Alonso pergi, Carragher makin longlai dan lain-lain lagi. Malah beliau sering ditempelkan sebagai pengurus yang telah membazirkan duit membeli pemain tah apa-apa. Kalau saya dipihak dia mau sakit mental masuk tanjung rambutan.

Jadi untuk memuaskan hati sipetanya, saya telah memberikan ayat penyedap bahwa masalah akan selesai jika pemilik berjiwa Abramovich datang membeli keseluruhan stok saham, malah bersedia memberikan peminat Stadium baru. Masalah bukannya menjadi masalah jika penyelesaiannya nampak mudah. Tetapi sekarang Putera Faizal bukannya peminat bolasepak, apatah lagi peminat Liverpool. Seperti kebanyakan Pak Syeikh, mereka suka sukan lumba kuda. Takpun Bot laju. Sebab itulah perbincangan untuk membeli kelab masih dalam perbincangan. Mungkin niat mahu membeli kelab bolasepak lebih kepada cemburu melihat Keluaga Fahim, Syeikh Mansour, Fayed ada koleksi kelab bola masing-masing. Cuma DIC sahaja dimata saya calon sesuai kerana keluarga Al Maktoum kebanyakannya peminat pasukan Liverpool. Apakan daya mereka sudah jemu dengan kernah birokrasi pemilik sekarang, kalau tidak lain jadinya sekarang.

Dengan itu jika tidak cukup bersabar dengan situasi sekarang baik pergi menyokong Man U, Chelsea, Arsenal ataupun mungkin kelab lain yang lebih selesa tanpa sebarang tekanan. Selepas itu jika Liverpool kembali menjadi pasukan kuat, hebat, mantap silalah bersama-sama kami kembali. Peminat datang dan pergi, tetapi bagi saya ,cinta pandang pertama dengan kelab ini 20 tahun lalu sukar saya kikis, aptah lagi buang. Biarlah secorot manapun pasukan ini akan disokong walaupun dalam kecewa.

Oct 18, 2009

Gol Belon



Tiada apa yang boleh diperkatakan lagi. Kalah memang tetap kalah. Walaupun pasukan Kucing Siam menang akibat pertolongan penonton membaling belon yang jenis main kat pantai dan bukanya jenis yang beli dekat kedai Ah Seng sepeket sekupang. Darent Bent patut tidak diberikan nama sebagai penjaring sebaliknya Man belon yang punya.

Percaturan ala Kasparov kali ini tak menjadi. 3-5-2 dah macam 5-3-2. Sampai terkadang nampak macam 1-2-3-4 yang empat tu pon tak boleh nak robek kubu kucing. Kuyt asyik nak masuk kanan juga padahal dah main penyerang tengah. Babel dan Benny memang kerjakeras tapi permainan mereka dah dibaca lawan sebab semacam dah ada buku manual permainan mereka. Asyik-asyik nak lencong masuk dalam padahal kat tengah dah ada dua orang dan masuk ketiga dengan Kuyt.

Kesimpulan ringkas padat dan pekat adalah ketiadaan Torres dan Gerrard tetap dirasakan. Kalau dulu mereka tiada, kan Alonso ada. Nah, sekarang pasukan lain main ceria dengar berita Tores-Gerrard cedera. Pengulas lepas ini akan memberikan pukulan maut kepada Rafa lepas perlawanan ini. Jawab jangan tak jawab Rafa.

Oct 17, 2009

Pemain cedera hantui Liverpool


Krisis kecederaan pemain kini menghantui pasukan Liverpool menjelang kunjungan ke Sunderland dalam aksi Liga Perdana England hari ini.
Dua tonggak utama kelab itu, Steven Gerrard dan Fernando Torres disahkan masih berada dalam keraguan untuk diturunkan ekoran masalah kecederaan.
Kedua-dua pemain bintang itu mengalami kecederaan ketika membantu negara masing-masing dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 awal minggu ini.

Gerrard terpaksa diketepikan daripada skuad England ketika berdepan Belarus (Rabu lalu), sementara Torres turut menerima nasib yang sama apabila gagal mendapat tempat dalam pasukan Sepanyol pada pertemuan menentang Bosnia.
Baik Gerrard mahupun Torres, kedua-dua pemain itu juga dilaporkan masih belum mengikuti latihan bersama pasukan Liverpool.
Situasi itu sekali gus menimbulkan keraguan mengenai peluang kedua-dua pemain itu untuk diturunkan pada aksi menentang Sunderland.

"Gerrard dan Torres tidak menyertai sesi latihan hari ini (kelmarin), namun tahap kecederaan kedua-dua pemain itu akan terus dipantau.

"Mengenai peluang mereka untuk beraksi, ia bergantung sepenuhnya kepada keputusan pengurus kelab ini, Rafael Benitez," lapor kenyataan kelab Liverpool.

Dalam pada itu, peluang pemain pertahanan, Sotiris Kyrgiakos untuk beraksi juga terancam selepas dia turut mengalami kecederaan ketika mewakili Greece pada aksi kelayakan Piala Dunia. - Agensi

Oct 12, 2009

Kaiser Pulang ke Liverpool

Dietmer Hamman pulang ke pangkuan Liverpool setelah dilepaskan kontrak oleh Manchester City awal musim lalu. Namun kehadiran beliau bukannya untuk bersaing atau menggantikan sesiapa dibahagian tengah. Tetapi Didi sedang dalam proses mengambil lesen kejurulatihan dan di berikan peluang bersama Ian McPharlan, Pengurus Akademi Remaja Liverpool, untuk menimba pengalaman kejurulatihan di dalam akedemi.

Setahu saya kapten kita, Gerrard sendiri telah menyebut yang Didi merupakan salah seorang pemain yang banyak membimbing beliau ketika awal pembabitan bersama skuad utama dulu. Bakat Didi dalam kejurulatihan telah ditunjukkan semasa masih bermain lagi.  Dan sebagai bekas pemain yang berpengalaman luas dan faham selok-belok Liga Perdana saya rasa beliau bakal menjadi jurulatih yang baik samada untuk kelab kita atau kelab lain.

Oct 8, 2009

Kartun Minggu Ini



Benarkah Rafa sekarang dalam kelemasan...
pemilik sudah menunding jari ....
peminat tidak puas hati ....
"Bookie" sudah masukkan nama Rafa dalam senarai..
apa kesudahan Rafa dalam episod musim ini...

"The Anfield War : Owner's Strike Back"

Oct 7, 2009

Iklan Dogbra

video

Tak kira dimana sahaja. Lakonanku duniaku.

Kuyt dan Johnson Mai Penang



Ni bukan "superimposed" tapi gambar betul. Mamat baju merah tu ada iras-iras Kuyt dan yang pakai baju Pompey tu ada lah sikit macam Glen Johnson. tu. Ni gambar yang dicedok dari kenalan saya, Jahid yang bawa pelawat tempat kerja dia jalan-jalan serata Penang. Dia bagitau yang baju merah orang Albania bukan Holland. Yang cam Glen tu warga Jerman dan baju kelabu pulak orang Turki. Untuk makluman diorang tak minat EPL. Semua layan Bundesliga.

Oct 6, 2009

Tewas tapi jangan cemas

Cemas. Mungkin terlalu awal. Kalah dengan Chelsea bukan macam main dengan Spurs dan Villa sebelum ini. Kalah bersemangat. Tiga kekalahan membuatkan pasukan kita bakal menghuni tangga ke-6 liga jika Man City berjaya menundukkan Asto Villa. 30 perlawanan lagi, pasukan lain juga kan alami nasib yang sama jika bertemu dengan lawan yang lebih kuat. Cuma mungkin nasib yang menyebelahi Chelski yang mempunyai pemain yang lebih hebat secara individu.  Ancellotti telah membuat kerja rumah yang lengkap dan berjaya mengatasi Rafa dengan kelebihan 3-2.

Dua perkara ringkas yang perlu diambil kisah buat pasukan kita. Pertama ialah Carragher. Beliau banyak buat silap sebelum ini dan masih berlaku dalam perlawanan semalam.  Saya kira Hyyppia ketika dalam umur beliau, tidaklah seteruk itu walaupun berhadapan dengan Drogba. Kepantasan bukan segalanya tetapi deria dan kebolehan membaca ancaman adalah penting bagi pertahanan yang perlahan. Lagi satu apabila tiada persaingan mungkin kealpaan akan terjadi kepada sesiapa walau sehebat mana mereka sebelum ini.

Keduanya disamping taktik yang digunakan Ancelotti buat saya kagum, ada masalah juga apabila Gerrard dan Torres tidak ditahap sebelum ini. Keduanya telah menyelamatkan kita ketika main dengan Bolton dan West Ham, namun kali ini tiada sesiapa yang dapat mengambil peranan sebagai wirawan menyelamatkan pasukan. Kemasukan Benayoun sedikit sebanyak membuka permainan pasukan yang terlalu terikut-ikut rentak Chelsea. Saya rasa jika beliau bermain seawa minit pertama, mungkin nasib akan berbeza.

Selepas ini pasukan akan berehat selama 2 minngu kerana perlawanan antarabangsa. Apa yang diharapkan ialah pemain akan bangkit dari kekecewaan dan pastikan tiada pemain utama yang cedera dalam aksi perlawanan mewakili tanahair mereka. Dimana ruang kelemahan harus ditutup dan pastinya penampilan sulung  Alberto ”Aquaman” Aquilani paling dinantikan.

Oct 4, 2009

Robo Kop Pennant



http://www.newsoftheworld.co.uk/sport/523270/JERMAINE-PENNANT-is-on-a-roll-raiding-down-the-right-wing-and-pinging-precision-balls-into-the-boxThe-ex-Liverpool-midfielder-is-living-on-the-edge-again-at-full-throttle-after-a-flying-start-to-his-new-career-in-Spain.html

Jermaint Pennant mengungkap kisah suka-duka beliau ketika 3 tahun di Anfield melalui artikel. Beliau menyelar Rafa dan menggangap Rafa ibarat mahukan beliau bekerja seperti robot. Malah setiap arahan dari Rafa beliau anggap seperti menyalak dan bosan menndengarnya. Beliau malah mendakwa kehilangan tempat kepada Kuyt kerana Kuyt dibeli dengan harga yang mahal terpaksa diberikan peluang untuk menutup kelemahan Rafa. Malah dengan bangganya beliau memuji Wenger yang lebih rileks dan kerap motivasi kepada beliau. Malah Pennant berasa yang beliau amat hebat dan mempunyai skil untuk dibanggakan di La Liga dan menaruh harapan akan dipanggil oleh Capello ke Afrika Selatan.

Sungguh melucukan pemain ini. Beliau anggap beliau sangat hebat. Sampaikan bermimpi Capello akan memilih beliau dari Lennon, Wright Phillip dan juga Bechkam yang lebih bagus dan konsisten. Jika dikira hantaran lintang, beliau sekadar budak sekolah rendah berbanding Beckham. Malah Glen Johnson lebih hebat walaupun bermain di posisi bek kanan. Pemain seperti beliau boleh disifatkan tidak mahu belajar dari kesilapan. Pemain seperti Pennant inginkan kebebasan dalam permainan beliau tetapi rimas dikongkong oeh Rafa.

Inilah kesilapan pemain yang boleh pergi jauh tetapi mempunyai sikap tak mahu belajar dan patuh arahan. Sebab itulah Kuyt yang bukan sahaja rajin malah patuh arahan demi kecemerlangan pasukan seperti di anak emaskan oleh Rafa. Akhir sekali memang layak beliau berbangga di Zaragoza dengan cara hidup dan permainan beliau kerana setakat yang diperhatikan permainan beliau setara itu juga. Apa yang hendak dibanggakan dengan pasukan yang hanya mampu bersaingan untuk mengelakkan diri dari jatuh dari La Liga.

Oct 2, 2009

Oktober yang mencabar


September hampir-hampir memberikan senyuman puas buat peminat Liverpool. Apa tidaknya, setelah membelasah Hull 6-1 di Anfield, skuad kita bagaikan bersemangat tinggi pergi ke Florence. Alih-alih Fiorentina menghukum kita seawal separuh masa pertama dengan 2 jaringan. Apa lagi Rafa yang memang bengang telah mengamuk dibilik persalinan dan separuh masa kedua, pasukan kita bermain agak baik dari sebelumnya namun ketika itu nasi sudah menjadi bubur. Fiorentina berkubu dan terus berkubu.

Permulaan Oktober pula memberikan klimaks terus tanpa budi-bicara. Chelsea yang telah tewas 3-1 di Wigan dan terkial-kial menang dengan APOEL bukan isyarat untuk ambil mudah. Ketiadaan Peter Cech memang membuatkan Ancellotti tak senang duduk. Namun posisi lain mereka tiada masalah dengan kehadiran Joe Cole dan Zhirkov menguatkan kembali bahagian tengah. Pasukan kita yang patut mencermin diri. Skrtel dan Carragher perlu bersefahaman kembali dan Agger perlu cepat pulih untuk memberikan salah-seorang dari mereka rehat dan belajar dari bangku simpanan.

Benitez dan Ancelotti pernah bertemu sebelum ini. Tapi hanya diperingkat Eropah. Dan mereka berdua saling kenal mengenal dan faham cara lawan mereka bekerja. Rafa terpaksa menukar corak atau perlu sedikit perubahan kerana kelebihan ada di Stamford Bridge. Ancellotti umpama memegang kad besar dalam permainan Pakau (Poker) dan Rafa terpaksa akur dan dalam pada itu cuba bermain selamat. Yang penting sekali kukuhkan pertahanan dan biarkan Torres dan Gerrard uruskan segalanya didepan.

Menang, kalah atau seri bakal membuatkan situasi berbeza. Selepas ini pasukan-pasukan yang akan ditentang sedang berprestasi baik. Mula-mula bertandang ke Sunderland ,Liga Juara-Juara Eropha ke Lyon dan selepas itu dilawati musuh dan persaing ketat , Man u di Anfield dan yang terakhir skuad Fulham. Oleh itu kemenangan amat diharapkan di Chelsea, untuk mengharungi Oktober yang benar-benar mencabar. Ketika ini sudah 6 pasukan sedang bersaing sesama sendiri untuk kejuaraan Liga. Jika tertinggal sebarang mata berharga mungkin amat sukar untuk menjadi persaing kejuaraan musim ini. Bak lagu Awie Tragedi Oktober.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails