Sep 30, 2010

LIVERPOOL LAWAN FC UTRECHT



Cabaran sayembara di eropah kembali menjengah. Ujian kali ini agak samar. Fc Utrecht, cabaran dari belanda amat kurang perhatian media. Hanya yang selalu kita dengar ialah penyerang muda mereka Van Wolfsinkel, yang lain cukup misteri. Dari jurulatih, pemain sehingga pembancuh air tidak tersohor kecuali pemain kita Kuyt, telah berkidhmat selama 5 tahun di sana dan membina kerjaya sehinggalah Fayernood datang memikat beliau. Jadi buletin Liverpoolkita tidak cerita banyak pasal kelab lawan yang penuh misteri, kerana tidak cukup bahan bukti.

Jadi kita teruskan dengan pasukan kita. Rekod 100 % menang 5 dari 5 perlawanan dalam kejohanan ini bolehlah dibanggakan, walaupun tak segah Liga Juara-Juara. Nasib di Liga Inggeris tidak berjangkit nampaknya di Eropah buat masa ini. Mungkin semangat kemenagan di Eropah tidak menjadi motivasi kerana lawan yang kita hadapi umpama kacang goreng berbanding di Liga umpama kacang berangan, silap gigit patah gigi. Legasi Rafa nampaknya masih tak berubah era Hodgson.

Petik wawancara Hodgson, dia mahukan pemain terbaik mengetuai cabaran kelab Belanda itu. Mungkin kesebelasan utama dikekalkan atau seorang dua hanya direhatkan. Tapi yang pasti Kuyt, akan bermain untuk memantapkan staminanya. Torres mungkin tetap bermain supaya keyakinan depan gol kian utuh selama beberapa perlawanan ketandusan jaringan. Meireles bakal bermain ditengah mungkin kerana dia memang dibeli untuk posisi itu. Agger sah dikiri kecuali Hodgson letakkan Kelly, untuk siapkan Agger untuk lawan Blackpool ahad nanti.

Sayang sekali kita tidak dapat melihat kelibat Spearing lagi. Namun saya harap Hodgson ubah fikiran, sebab pemain ketot itu amat efektif main dengan pemain Meireles, bukannya Lucas atau Poulsen. Dan kalau boleh saya mahu lihat Kelly di bek kanan dan Johnson main disayap seperti saranan lagenda kita, John Aldridge. Pemain muda lain saya tak harap sangat diberi peluang kecuali Pacheco. Pacheco yang boleh bermain dimana sahaja dibahagian tengah dan serangan mungkin layak untuk diberi peluang untuk menonjol.

Dan akhir sekali, tak adil jika penjaring gol terbanyak kita, Ngog tidak diberi peranan. Dia dah membuka mata beberapa pengkritik yang semberono (saya pun sama) yang menidakkan kebolehan dan peningkatan pemain muda Perancis untuk berjaya musim ini. Peranan beliau walaupun tidak seberapa ketika bersama Torres, namun ianya membuatkan bek lawan mengendurkan rantai untuk mengikat Torres sahaja. Bak kata orang berat sama dipikul dan penerajang bek lawan sama-sama dirasa.

Jadi harapnya kemenangan jadi pengubat kekecewaan di Liga Perdana. Kalau dah nampak ini sahaja peluang untuk cari piala, teruskan sampai jaya. Rasanya tak berbaloi dengan ganjaran untuk kejohanan ini, tapi apa boleh buat inilah sahaja kejohanan yang saya yakin, Hodgson tahu apa yang dia buat dan serba mengena.

Sep 28, 2010

DILEMA BEK KIRI



Kecederaan Paul Konchesky memberikan tamparan hebat buat kita. Bukannya tiada pengganti, namun dia adalah satu-satunya bek kiri senior yang kita ada. Paling awal mungkin dua minggu beliau akan direhatkan. Agger mungkin calon utama untuk ganti Konchesky, tetapi dia lebih mantap jika bermain ditengah berbanding tepi. Jadi untuk perlawanan Liga dan Europa, takkan kita hanya bergantung harap dengan beliau seorang. Pemain lain yang mungkin boleh digunakan ialah Kelly atau Wilson. Kelly walaupun dapat bermain baik diposisi itu ketika Piala Europa sebelum, namun Wilson pula agak kurang menyerlah bila diberikan tugas itu ketika tewas kepada Northampton minggu lalu.

Tapi ada yang tertinggal. Aurelio. Ada macam tak ada. Saya seakan lupa langsung yang kita masih ada seorang lagi bek super senior dalam senarai bek kiri. Tapi sayang seribu kali sayang. Kita hanya gila bayang. Aurelio masih lagi kurang sihat dan tak pasti bila dia akan benar-benar pulih. Tapi kalau dia pulih dan bebas kecederaan sudah pasti kita akan tak runsing lagi mengenai posisi di kiri lagi. Pemain serba lengkap ini amat menonjol ketika musim kita hampir dapat kejuaraan liga. Ingat lagi gol sepakan percuma dengan Chelsea, pergh Beckham pun cemburu tengok ada orang boleh tiru macam dia. Tapi dia juga mantap bertahan dan jarang diperdaya oleh sayap lawan hatta Ronaldo sekalipun.

Jadi tak kisahlah siapa yang bakal main dikiri. Yang penting kena berusaha lebih. Kalaulah tak lepaskan Insua mungkn Hodgson tak pening kepala sangat tapi apa boleh buat semuanya takdir.

Sep 26, 2010

BELAJAR BOLA : SEPAKAN PERCUMA




Gol pertama Liverpool yang menjadi kontroversi malam tadi. Pengurus Sunderland kata tak aci, mana boleh kira. Tapi Badan Penilaian Pengadilan malam tadi mengesahkan yang Stuart Attwell memang adil dan tepat. Jadi kita tak perlu risau kerana sememangnya inilah rencah bolasepak mana ada pihak nak setuju apabila keputusan tak menyebelahi mereka. Padahal peminat Sunderland mesti ingat yang gol belon adalah tidak sah tetapi Liverpool tetap menerima keputusan pengadil dengan hati terbuka.
Walaupun nampak macam tiada semangat kesukanan, kata Bruce, tapi dah kena kat diri sendiri, kalau kena orang mungkin dia kata pi mampus kat hang.

Mari kita lihat situasi bagaimana insiden itu terjadi. Mulanya sepakan percuma diberikan kepada Sunderland. Turner sepak kebelakang, kononnya nak beri kepada penjaga golnya, Mignolet. Tapi Torres dengan sepantas kilat cilok bola hantaran itu dan lari kearah pintu gol. Tapi dia nampak payah nak buat gol dan Kuyt pun lari juga minta bola dan Torres pun lorong bola pada Kuyt. Apalagi Kuyt pun dengan senang jolok bola dalam jaring. Tapi masa nak meraikan gol itu dia dok ushar kat pengadil dan pengadil buat dek, dan barulah dengan konfiden gol itu diraikan. Manakala pemain Sunderland pula kerumun pengadil dan pengadil dengan tegas menolak bantahan itu.

Menurut buku undang-undang bolasepak. Apabila permainan dihentikan atas sebab-sebab kesalahan dan sepakan percuma diberi, pengadil akan berikan isyarat permaian dimulakan kembali. Ianya tidak semesti dengan membunyikan wisel, memadai dengan isyarat atau arahan. Bola berada dalam permainan apabila ianya disepak dan diubah dari tempat sepatutnya diambil. Jadi dalam kes ini, selepas Turner menyepak bola, itu dah kira permainan dah mula. Dan ianya dah berubah dari tempat asal ianya dibenarkan oleh Atwell. Jadi keputusan itu memang tepat dan tiada cacat celanya.

Jadi kalau insiden ini berlaku kepada kita. Kita sudah ada petunjuk dari kes yang sedia ada. Kalau kita dipihak seperti Liverpool kita kena gunakan insiden ini sebagai senjata untuk kecewakan lawan yang alpa. Namun jika kita dipihak macam Sunderland terimalah dengan hati yang terbuka dan tenang kerana kelalaian kita mungkin membawa padah.

LIVERPOOL 2-2 SUNDERLAND



Rupanya kebimbangan saya ada asas. Kita masih ditakuk lama dengan Hodgson. Dia mempunyai pemain yang bagus tetapi buntu dan kelam untuk meletakkan pemainnya diposisi terbaik mereka. Dan dia rupanya masih meneruskan tatacara beliau iaitu main sabar dan tunggu sampai nak habis baru pulun. Inilah yang tak menggembirakan kita apabila pasukan pelawat sebelum-sebelum ini sudah hilang rasa gerun dengan pasukan kita dan main macam kat kampung sendiri.

Pada perlawanan sebelum ini saya langsung tak menyentuh perihal keupayaan pengurus. Saya seakan berjanji tak akan mengkritik Hodgson sehingga akhir Disember untuk menilai sejauh mana dia akan bawa kelab kita samada keatas atau merudum kebawah. Namun kini sedikit demi sedikit saya mulai nampak yang Hodgson bakal mencelakakan kelab kita jika dia tidak mahu buat bedah siasat dan cari punca kemandulan taktik beliau. Saya takut apabila pemain utama cedera kelak, apa lagi cara nak buat sehingga Januari untuk perbaiki kedudukan liga.

Secara keseluruhan saya anggap formasi 4-4-2 adalah terbaik untuk main dilaman sendiri. Cuma kesalahan Hodgson ialah dia yakin pemain dapat adaptasi posisi masing-masing. Apa dia ingat semua pemain sama macam Gerrard boleh ikut suka nak letak kiri-kanan atas bawah. Apa kejadahnya Miereles disebelah sayap kanan padahal dia kidal. Ada baik letak dia ditengah dan Gerrad main kanan dan Kuyt boleh terus jadi penyerang. Atau pun dia boleh letak Mireles dikiri dan Cole main dilubang dan Kuyt kembali disayap kanan.

Namun apa yang saya nampak Gerrad sudah kurang bakat main sebagai pemain tengah. Dia sudah tua untuk mengejar, mengasak, membentes lawan. Kadang-kadang dia tersasul menghantar bola kebawah dan hampir menjahanamkan pasukan. Lagipun dia teramat diperlukan dalam unit serangan. Kalau Torres tak mampu jaring gol, maka Gerrard mesti sampai dari mana hala tak tahu tup-tup dah sampai depan gol dan berikan gol semangat buat kita. Itulah yang pengurus sebelum ini amat suka Gerrard disamping Torres.

Gol pertama amat melucukan dan penuh konterversi. Ianya diluar dugaan semua peminat kita apatah lagi peminat kucing hitam. Turner sebenarnya berharap, Mignolet akan ambil tugas melakukan sepakan percuma. Namun Torres telah mengambil kesempatan diatas kelalaian semua orang termasuk pengadil untuk merampas bola dan apatah lagi pengadil tidak tiup wisel dan melorongkan bola kepada Kuyt yang tanpa segan silu memasukkan bola kejaring gol Sunderland. Saya sendiri nampak bahawa Torres amat tajam dan licik dan mampu ambil kesempatan diatas keadaan itu. Tapi apakan daya tuhan maha adil. Poulsen pula tertampan bola dan penalti diberika buat Sundaeland. Reina hampir dapat tepis namun masuk juga celah ketiak.

Saya tak pasti siapa salah untuk gol Bent yang kedua. Salah pemain bek kiri atau Johnson. Namun yang pasti Johnson adalah petualang terakhir yang perlu ikat Bent. Namun siapa boleh nak rantai penyerang berpengalaman dan pantas sebegitu. Johnson kalau paling hebat pun mungkin boleh tolak Bent dan beri penalti kedua dan harap Reina boleh selamatkan, namun itulah hakikatnya apabila mempunyai pertahaan yang amat kureng abiliti tandukan apatah lagi dengan rambut macam penyannyi Raggae. Saya rasa prestsi Johnson makin tidak konsisten dan kerana saingan diposisi kanan hanyalah Kelly dan Darby. Dan paling menyakitkan hati dia juga sudah hilang arah ketika menyerang.

Tak kena jika saya tak sentuh pasal gudang gol kita, Torres kali ini. Dia selain melakukan hantaran untuk gol Gerrard tenyata amat pendiam untuk buat percubaan malam tadi. Saya akur jika kita dia dikatakan dirantai oleh Turner dan Bramble . Namun kadang kala saya nampak dia berada diposisi yang salah ketika bola dimainkan kepadanya. Sepatutnya dia kena main curi ayam (offside) untuk menakutkan bek Sunderland dan curi ruang apabila mereka alpa. Tapi apabila Ngog masuk barulah saya nampak Torres rasa selesa dan tidak banyak dirantai lawan, kerana Ngog telah menambahkan tekanan kepada lawan.

Walaupun kita seakan menggila sekitra 10 minit terakhir, namun Sundeland amat kebal. Saya rasa kita patut menang jika salah satu gol masuk, iaitu percubaan bola muntah dari Cole dan tandukan Agger ketika wisel hampir ditiupkan. Namun itulah kehidupan. Ianya sama macam waktu kita belajar dulu. Jika nak periksa baru nak buka buku dan harap soalan spot sahaja, maka peluang nak dapat cemerlang memang tiada, namun peluang nak bungkus memang cerah. Taktik pulun akhir waktu ini saya nampak memang berkesan juga kerana pemain lawan nampak letih, tapi pemain kita juga letih berlegar-legar tak tentu hala nak cari lubang yang telah dikambus.

Saya sebetuknya tak mahu awal sangat buat andaian lagi tentang masa depan Hodgson sebagai pengurus Liverpool. Kalau dia pergi tak sampai habis musim bermakna dia paling teruk berbanding Souness yang mampu juga dapat satu piala. Namun jika dia bernasib baik dan mampu buat kita sebagai peminat kembali gembira dengan keputusan dan peningkatan dari persembahan sedia ada maka dia akan kembali menerima sokongan padu. Namun bibit-bibit kerisauan tak boleh dibendung bahwa Hodgson bukannya jawapan untuk mengembalikan kegemilangan. Dia hanyalah kelasi yang disuruh timba air dari kapal yang bocor, bukannya Nakhoda pintar yang mampu perbaiki dan terus gah meredah lautan gelora.

Sep 24, 2010

LIVERPOOL LAWAN SUNDERLAND



Saya cuba memujuk hati supaya lupakan peristiwa ngeri di Old Trafford, telah hampir berjaya. Namun apabila dapat tahu bungkus lagi, pula dengan kelab hingusan Liga Divisyen 4, saya jadi bertambah rimas, risau dan rosot mengenangkan nasib malang bertimpa-timpa kelab kita. Apakan daya kita orang miskin, (macam dialog drama swasta lah pula) asyik kena buli dengan orang kaya saja.

Ah persetankan semua itu. Kita mulakan dengan positif bukannya negatif. Tapi jangan tersangat optimis dan jangan sangat pesimis. Laluan kita untuk kejar Chelsea mungkin terlalu tinggi impian, tapi setakat Man City dan Spurs mungkin masih tak jauh. Mereka juga ada masalah tersendiri. Man City masih kurang kerjasama dan Spurs keliru nak kejar EPL atau ECL. Jadi tapak pertama untuk bangun setelah rebah sebelum ini ialah menang dengan Sunderland.

Persoalan sekarang adakah Sunderland harus ditakuti setelah mereka mampu melepaskan diri dari hampir kalah dengan Arsenal. Bagi yang tidak melihat sendiri perlawanan itu mungkin boleh cakap macam lawan Northampton yang kita gerenti boleh menang walau main sebelah kaki. Tapi bagi saya silap haribulan kena sepak belon lagi kali ini. Mereka amat robes (roburst) dengan tak henti-henti asak Arsenal melalui sayap. Masuk pula Asamoah Gyan, lagi tambah aiskrim atas cendol, mantap meleleh air liur.

Ok. Henti disini dok puji lawan. Kitaorang pun bagus apa. Mungkin kena berusaha lebih. Prestasi kurang baik bukan kerana pemain semua tak bagus. Cuma saya nampak semangat perjuangan dah tak sekuat dulu dan ada beberapa pemain yang jiwa kacau. Saya tak pasti samada Agger kecewa dengan taktikal Hodgson, atau atas sebab tak dipilih, namun ianya tidak harus diperdebatkan. Biar Hodgson sindiri yang tentukan nasib pasukan. Dia tahu apa yang terbaik dan kalau tak menjadi pemain tidak harus dipersalahkan jika mereka telah melakukan yang terbaik.

Apakah kesebelasan yang rasanya Hodgson akan terapkan menentang Sunderland nanti. Rasanya jalan selamat ialah jangan bermain seperti lawan Man U. Tapi gunakan 442 dengan, masukkan Ngog bersama Torres. Gerrard dan Poulsen Ditengah dan Miereles dikiri dan Cole dikanan. Konchesky dan Johnson di sisi Skrtel dan Carragher. Reina akan kembali digawang. Ini adalah rasanya barisan terkuat kita buat masa ini sebelum Kuyt kembali. Namun jika bermain 451 mungkin nasib kita akan sama atau mungkin lebih teruk dari Arsenal.

Seperti biasa kita pasti mahukan kemenangan. Dan pastinya juga Hodgson dan pemain harus berusaha kearah itu. Kita tidak mahu sesiapa sahaja yang diamanahkan memakai jersi keramat merah, bernain sekadar makan gaji. Mereka harus main dengan terbaik dengan kebolehan yang mereka ada. Pengurus hanya boleh berikan panduan dan arahan, tetapi 90 minit adalah perjuangan yang harus dilaksanan dengan sebaiknya. Kami peminat takkan kecewa jika keputusan sebaliknya, namun lawan sampai rebah dan ketitisan air ketiak terakhir.

BERITA BAIK !!!



Taklah sensasi sangat macam kes Sosilawati tu. Tapi khabar gembira dikala kita dok kecewa tak habis-habis minggu ni. Kuyt, ala si pelari marathon kita tu telah pulih. Dan ikut jadual asal mungkin lambat lagi boleh main, tapi Dr Bruekner punya pukulan, silap-silap lawan Sunderland dah boleh main. Tapi tak mahu kecoh-kecoh, masa Liga Europa lawan Utrecht mungkin lebih afdal.

Saya yakin ramai telah kecewa dengan persembahan Maxi yang tak mampu setanding dengan keupayaan lampau beliau. Jangan kata dengan Kuyt, silap-silap Amoo lagi jambu kalau main dengan pasukan utama. Camanalah nak main dengan pasukan kita padahal tengok sejarah dia dengan Argentina memang sempoi. Jadi Hodgson tak bersalah jika menjual Maxi kerana Maxi dah semakin teruk, dan saya rasa masa lawan Man U dia macam tak wujud langsung.

Untuk itu, saya harap setelah pulih dari kecederaan, Kuyt masih marathon seperti dulu. Malah kalau boleh main cerdik sikit, sebab kita tahu Kuyt suka bantu Torres buat gol dan kadang-kadang situasi buntu, Kuyt juga jadi hero dengan gol penyelamat. Dan peringatan buat dia kalau tak pandai libat-melipat libas melibas, jauhi aksi akrobatik kerana tak pasal-pasal dapat cuti sakit panjang pula.

Sep 23, 2010

NORTHAMPTON 3-2 LIVERPOOL



Kejutan hebat kali ini apabila pasukan kita tewas kepada pasukan Liga Divisyen 2, Northampton pagi tadi. Penentuan penalti dilakukan apabila kedua-dua pasukan terikat 2-2 setelah 120 minit berlalu. Nasib menyebelahi Northampton setelah Ngog dan Ecceleston gagal sempurnakan penalti.

Pada sesi temuramah, pengurus kita Hodgson telah meminta maaf kepada peminat kerana keputusan diluar duga itu. Dia berkata pemain yang beliau masukkan tidak memberikan persembahan setimpal seperti yang beliau harapkan bagi mencabar pemain utama. Namun baginya ada juga beberapa kerat yang masih menunjukkan persembahan bertenaga.

Jadi kita boleh tafsirkan bahawa pemain simpanan dan pemain muda kita masih belum mampu sepenuhnya bermain sendiri tanpa kelibat seorang dua pemain senior utama. Contohnya ketika membelasah Steaua Bucharest, Joe Cole adalah pemangkin utama kemenangan kita, walaupun Spearing dan Ngog nampak bagus.

Brad Jones mungkin ingin melupakan aksi sulung beliau digawang, kerana tewas sebegini. Dia mungkin tidak mampu menandingi Cavaleari yang merupakan pemain no. 2 yang bagus dibelakang Reina. Kalau tidak masakan Cesena mampu berada di takhta Serie A serta mampu mengekang asakan AC Milan serta menang 1-0 dengan mereka. Saya yakin Jones perlu ambil Cavaleari sebagai contoh jika mahu kekal lama.

Saya harap keputusan memalukan ini takkan berulang untuk Piala FA nanti. Jika mahu letakkan pemain muda sekalipun sepatutnya berikan peluang beransur-ansur. Kita memang harapkan pemain muda ini akan menggalas cabaran untuk masa depan, tapi nampaknya masih jauh lagi perjalanan mereka untuk menjadi pemain utama.

Sep 22, 2010

CARTA PENJARING GOL LIVERPOOL



1) David Ngog - 6 (5 Uefa, 1 Epl)
2) Steven Gerrard - 3 (1 Uefa, 2 Epl)
3) Ryan Bebal - 1(1 Uefa), Dirk Kuyt (1 Uefa), Fernando Torres (1 Epl), Joe Cole (1 Uefa) dan Lucas Leiva (1 Uefa).

Seperti mengikut statistik gol. Pasukan kita hebat di Eropah dengan 10 gol, tetapi hanya 4 gol di Liga Perdana. Ngog adalah penjaring terbanyak dengan 6 gol mengatasi Torres yang hanya mampu sebiji ketika lawan West Brom. Gol dari pemain penyerang dan tengah sama iaitu 7 gol, tetapi pertahanan kita tiada sumbangan lagi.

Nampaknya Hodgson kena lebih tumpukan serangan, kerana bak kata pujangga bolasepak '' Menyerang adalah kunci utama bertahan ''. Yakni kalau kita main secara menyerang, maka lawan akan sentiasa bertahan dan tiada masa untuk menyerang dan risiko pasukan kita diserang makin rendah. Cuma kena pastikan bek juga jangan alpa, kadang-kadang terlampau menyerang membuta tuli juga membawa padah.

Sep 21, 2010

HULL LANJUT KHIDMAT AYALA



Mulanya Daniel Ayala sekadar diberi sebulan sebagai pemain bidan terjun Hull City, bagi gantikan Kamil Zayatte. Namun setelah dia bermain bagus bersama sepupu Kapten Gerrard, Anthony Gerrard, Hull City telah melanjutkan tempoh pinjaman sehingga Januari 2011. Beliau juga telah antara senarai penjaring gol buat skuad harimau itu. Malah pasukan mereka setakat ini masih kebal dan masib belum bolos sepanjang Ayala menjaga benteng mereka.

Jadi tanggapan salah mengenai Ayala bahwa beliau tiada masa depan harus dibuang. Dia mungkin ada krisis keyakinan semasa awal musim ini, maklumlah baru 19 tahun. Tapi yang penting peningkatan dari segi fizikal dan mental perlu bagi pemain berbakat seperti Ayala. Dia amat bertuah kerana terus menjadi pilihan utama dan tidak ada masalah untuk menyesuaikan diri. Maka saya harap jika tiada apa-apa masalah terjadi kepada bek utama kita, saya syorkan Ayala main terus di Hull sampai habis musim. Setakat main skuad simpanan di Anfield tak kemana.

Setakat ini kita mempunyai 3 orang bakat hebat untuk posisi bek tengah. Kelly, Wilson dan Ayala. Tak pasti siapa akan naik dulu, itupun kena lihat siapa pemain utama yang akan tersingkir. Kelly jelmaan Carragher, Wilson mungkin ganti Skrtel dan Ayala mirip Agger. Namun jika salah seorang dari mereka bernasib baik dan konsisten apabila diberi peluang saya nampak pemain yang paling dominan diudara macam Hyypia patut menjadi keperluan utama. Antara 3 saya nampak Ayala paling bagus diudara, walaupun Kelly paling tinggi dan Wilson agak agresif. Jadi Ayala ada peluang dan jika beliau lebih konsentrasi maka tak mustahil dia akan mendahului.

PADAN MUKA



Minggu lepas saya dah baca berita yang Tom Hicks akan guna syarikat Blackstone untuk membiaya hutang untuk bayar hutang kepada RBS. Hicks dah kecut telur sebab tarikh akhir pembiayaan dengan RBS adalah awal bulan depan. Jadi firma Blackstone mulanya dikatakan setuju untuk jadi ceti kepada Hicks, namun atas sebab tersendiri mereka dah tak mahu jadi pembiaya tersebut. Jadi berita gembira ini bakal melihatkan Koboi Amerika itu terpaksa menerima pembeli yang tapis oleh Barclay Cap. Dengar cakap satu lagi konsortium dari Hong Kong adalah antara 5 pembida yang berminat. Harap-harap kali ini impian peminat untuk melihat Koboi Amerika berambus jadi kenyataan.

Sep 20, 2010

BELAJAR BOLA : PENGAWASAN PEMAIN (MAN MARKING)



Sebelum ini kita didedahkan dengan perihal taktik bertahan dikawasan kubu iaitu pengawasan zon (zonal marking) yang acapkali digunakan oleh bekas pengurus Rafa Benitez. Namun kali ini saya ingin bawakan satu lagi taktik bertahan yang telah diguna pakai oleh pengurus baru kita, Roy Hodgson iaitu pengawasan pemain (man marking) atau istilah Azraai Khor, jaga pemain.

Dah nama pun jaga pemain, setiap pemain yang bertahan akan senantiasa mengawasi pergerakan pemain lawan yang disuruh oleh jurulatih. Secara umumnya pemain bek sisi akan jaga pemain sayap lawan dan bek tengah akan jaga penyerang. Itu jika dalam keadaan bola dalam permaian. Tetapi jika dalam keadaan sepakan bebas atau penjuru lain pula konsepnya. Setiap pemain tinggi akan cari pemain lawan yang tinggi dan rendah mungkin jaga ditepi gawang.

Namun secara umumnya kelayakan pemain pertahanan untuk bermain taktik ini ialah kepantasan, agresif serta cepat membaca pergerakan lawan. Tetapi bagi saya pemain yang ada sekarang adalah kurang sesuai dan perlukan masa untuk sesuaikan taktik tersebut. Mereka telah terdedah selama 5 tahun dengan taktik jaga zon, namun tiba-tiba kena pelajari kembali sistem ortodok jaga pemain. Kita lihat bagaimana Berbatov dengan selamba dapat cilok gol akibat ketidakupayaan sistem ini beroperasi.

Jangan anggap saya nak pertikai apa-apa sistem yang dibawa oleh Hodgson. Dia boleh sahaja guna apa sahaja yang dia mahu, tetapi peminat yang optimis diluar sana mahukan keputusan macam mee segera. Itu yang saya gusarkan. Tetapi bagi saya ada baiknya Hodgson kendurkan sedikit ego dan gunakan taktik zonal dulu dan apabila pemain bersedia baru guna bila tengok lawan yang mudah.

MAN U 3-2 LIVERPOOL



Kalau dah kalah lawan bertumbuk jangan salahkan lawan main kotor. Kita kena kenal lawan dan juga kenal kemampuan diri. Kalau lawan hebat sangat pun mesti ada kelemahan dan kena ambil peluang apabila nampak situasi mengizinkan. Itulah yang saya simpulkan tentang perlawanan dengan Man U sebentar tadi. Rupa-rupanya Hodgson tidak berupaya menyaingi rekod Rafa di Old Trafford. Dia hanya boleh menyalahkan diri sendiri. Kejayaan Rafa membenam Man U 4-1 musim lalu,bukannya bukannya nasib baik tetapi beliau amat obses dengan taktik mengekang lawan dan ambil kesempatan kelemahan mereka. Tapi Hodgson tiada ciri-ciri pengurus hebat macam Rafa kerana lemah menghadapi lawan hebat .

Kali ini Berbatov menjadi wira Man U. Padahal musim lalu dia didalam poket Carragher. Apa yang saya nampak setelah dimansuhkan pengawasan zon (zonal marking) dan digantikan dengan pengawasan pemain, kita lagi terdedah kepada bahaya serangan diudara. Mudah sahaja Berbatov menganiaya pemain kita yang tidak mampu menghadapi bola tinggi. Sepatutnya apabila kita guna taktik ini, pemain perlu peka dan ditekankan supaya pantas menyaingi lawan yang mempunyai pakar tandukan. Kelemahan ini sudah nampak semasa lawan Birmingham namun, tiada langkah drastik diambil.

Saya tidak berapa kecewa sangat kerana Hodgson masih banyak masa untuk muhasabah diri. Biarpun dia nampak seakan hilang punca, namun saya harap pengalaman ini menjadi pengajaran buat beliau. Banyak perbezaan antara beliau dan Rafa namun, apa yang beliau nampak tersangat negatif apabila kita semakin hampir pulang dengan mata. Pemilihan pemain dan pertukaran ketika perlawanan saya rasa menunjukkan Hodgson tiada perancangan rapi. Sepatutnya dia perlu memasukkan Babel untuk menakutkan O'shea tetapi Jovanovic pula gantikan Miereles.

Selepas ini saya tak mahu lagi tengok muka Maxi dalam kesebelasan utama. Dia sudah tamat tempoh. Kalau boleh kita gunakan Pacheco disebelah kanan sementara Kuyt masih cuti sakit. Malah Jovanovic juga perlu jadi pemain gantian dahulu sebelum layak bermain disayap, dia masih belum serasi dan perlukan masa untuk jadi pemain utama. Sepatutnya Agger kena main dengan Carragher kerana Skrtel sudah nampak fe'el lamanya. Konchesky hari ini masik teruk, lagi teruk dari Insua, namun dia perlu masa untuk kesefahaman dengan pemain lain.

Tahniah buat Kapten Gerrard yang berjaya menjaringkan 2 gol penting kita. Kalau tiada beliau entah apa akan jadi gamaknya. Mungkin kita pulang dengan telur ayam, tanpa balas. Penalti mungkin semua boleh jolok masuk, tetapi sepakan percuma beliau memang terbaik. Kasihan Torres menjadi mangsa kekasaran bek Man U yang ternyata amat bermain kotor. Nasib baik pengadil Howard Webb adalah sekutu kuat Man U. Sepatutnya O'Shea dah lama keluar padang dan begitu Scholes yang melakukan terjahan ganas. Faktor penyumbang ini mungkin boleh dijadikan modal kekalahan kerana gol ke-3 Berbatov dihantar oleh O'Shea yang patut lama dok kat luar.

Saya mungkin dah banyak melalut. Tapi saya harap perlawanan selepas ini akan lebih positif dan permainan yang lebih optimis untuk menang. Kesian melihat peminat yang sanggup memakai jersi dan bersorak dikedai mamak dan pulang kecewa, malah diejek oleh peminat setan merah. Buat mereka ini saya salut, dan jangan putus asa. Pasukan kita pasti akan bangkit. Tak esok, mungkin bulan depan atau musim depan. Inilah cabaran untuk menjadi peminat tegar Liverpoolfc.

Sep 18, 2010

PERTEMBUNGAN DUA SAHABAT



Permusuhan tradisi antara pasukan kita dengan Man U selama ini, bukan sahaja dirasai oleh peminat dan pemain, namun ianya terbawa-bawa sampai ke pengurus juga. Ingat lagi semasa era Rafa, dia dan Fergie tak habis-habis mengutuk satu sama lain. Malahan sampaikan kerana tak tahan kena pyscho dengan Fergie kejuaraan terlepas begitu sahaja dua musim lalu. Itulah contoh betapa sengitnya permusuhan antara dua kelab elit di England tersebut.

Namun nampaknya sekarang perkara macam terbalik kuang. Pengurus kita yang baru dilantik ganti Rafa iaitu Encik Hodgson, tidak bermusuh dengan Fergie, malah dia adalah rakan baik. Saling berkunjungan satu sama lain dan saling bertukar-tukar fikiran dan idea. Dan paling menghairankan dia memuji-muji Fergie dan Man U kerana kejayaan mereka. Ramai peminat kita keliru dengan sikap Pak Cik Roy ini.

Bagi saya secara peribadi, ini mungkin kerana Hodgson tahu dia tidak akan terbawa-bawa sentimen permusuhan peminat dalam kerjaya beliau. Kerana tragedi Rafa telah mengingatkan beliau bahawa apabila marah menguasai diri fikiran akan keliru dan keputusan dibuat haru biru. Jadi dia akan bersederhana apabila membuat komen tentang seteru tradisi agar nampak profesional dan hanya akan menunjukkan taring dalam padang.

Saya juga ada rakan Man U ramai. Ada yang karat sampai tak boleh nak cuit dan komen (kutuk ler tu) pasal pasukan mereka tetapi ada juga yang neutral sampaikan dia boleh berbincang tentang perkembangan bolasepak kelab lawan dengan rasa muhibbah. Saya rasa dalam kes Hodgson, dia tahu membezakan keinginan peminat untuk mengatasi musuh tradisi dan persahabatan lama.

Jadi tak ada masalah samada Hodgson tidak bermusuh dengan Fergie atau Man U. Agenda kita kita adalah menang. Saya harap Hodgson tidak terlalu rendah diri dengan Fergie. Dia mesti bakar semangat anak buah untuk menewaskan musuh tradisi kita itu. Samada menggunakan sentimen permusuhan atau kaedah motivasi, tak kisah janji kisah tewaskan mereka.

Sep 17, 2010

LIVERPOOL 4-1 STEAUA BUCHAREST




Perjudian Hodgson merehatkan beberapa pemain utama ternyata membuahkan hasil. Pasukan kita ternyata masih berjaya menang dengan skuad simpanan. Seawal minit ke-2 Cole telah membuka akaun gol pertama beliau dengan menyudahkan gol dari kesilapan bek lawan. Namun pelawat berjaya menyamakan kedudukan 1-1 apabila berjaya mengelirukan bek kita dengan Tanase melakukan larian pantas meninggalkan Kargiakos dan Kelly yang terlalu alpa. Reina hanya sekadar meluru dan melihat pemain lawan melakukan cip kedalam gawang kita. Kesudahan 1-1 berakhir sehingga tamat separuh pertama.

Separuh kedua pemain kita dengan semangat baru telah memulakan permainan dengan lebih agresif dan tempo yang pantas. Tak semena-mena Kargiakos ditolak dalam kotak penalti ketika sepakan penjuru diambil. Pengadil tanpa segan silu memberikan penalti dan Ngog telah menjaringkan gol ke-5 nya musim ini dengan kita mendahului 2-1. Kemasukan Lucas meresahkan kita. Tapi dia dengan begitu yakin melakukan rembatan cantik dari luar kotak untuk kita mendahului 3-1. Kapten Gerrard kelihatan tersenyum dan tepuk tangan mungkin tak percaya Lucas yang buat semua itu. Akhir sekali Ngog memberikan gol kedua beliau untuk menutup malam ceria kita dengan keputusan muktamad 4-1.


Nampaknya puashati kita melihat pemain-pemain beraksi bersungguh-sunguh. Miereles ternyata menghiburkan walaupun beliau tidak menumpukan kepada serangan. Tetapi yang paling saya suka lihat ialah Spearing nampak begitu matang sekali dan masa depan beliau amat cerah jika berterusan main sebegitu. Kelly main baik dan mengingatkan saya tentang Carragher masa muda-muda dulu. Rasanya dia akan jadi bek tengah macam Carragher juga. Babel masih macam dulu juga laju tapi tak reti nak guna kebolehan. Konchesky makin berani naik sampai atas dan membantu serangan. Agger dan Kargiakos masih ada kelemahan namun mereka bijak dan mampu berikan persembahan mantap.

Maka saya rasa kita boleh mengharapkan semangat kemenangan ini akan diteruskan ketika berkunjung ke Old Trafford nanti. Miereles dan Cole amat patut bermain dalam kesebelasan utama untuk memberikan sengat kepada serangan kita yang tumpul sebelum ini.

Liverpool (4-2-3-1): Reina ; Kelly ,Kyrgiakos , Agger , Konchesky ;Spearing , Meireles ; Rodriguez (Pacheco 85min), Cole (Eccleston 88),Babel Lucas 78); Ngog . Simapanan: Jones, Johnson, Carragher,
Shelvey. Booked: Rodriguez.

Steaua Bucharest (4-4-1-1): Tatarusanu ; Emeghara (Nicolita 20, ), Abrudan , Alves , Latovievici ; Radut (Surdu 73, ), Angelov (Eder 52), Bicfalvi , Tanase ; Stancu ; Kapetanos .Simpanan: Lungu, Gardos, Gomes, Apostol.

Kad: Abrudan,Kapetanos, Eder,Maxi
Pemain Terbaik: Joe Cole.
Pengadil: Cesar Fernandez (Spain).

Sep 15, 2010

LIVERPOOL LAWAN STEAUA BUCHAREST


Cerita kecewa seri dengan Birmingham mari kita tinggalkan, kita segarkan minda dengan perkembangan mengenai kejohanan di Eropah pula. Perlawanan Liga Europa khamis ini membuka tirai dengan lawan kita dari Romania, iaitu Steaua Bucharest. Mengikut laporan koresponden Buletin Liverpoolkita di sana, pasukan mereka tak hebat sangat pun. Minggu lepas mereka kena titik 0-1 dengan Unirea Urziceni, dan turun ke tangga ke-3 liga. Steaua main lebih kurang kita juga 4411, tapi menggunakan pemain sayap pantas iaitu Christian Tanase dikanan dan kiri pula Mihai Radut. Penyerang mereka, Romeo Surdu juga boleh tahan namun mereka amat berharap dengan Bogdan Stancu yang bermain dalam lubang. Pemain perancang ini dah jaring 6 dari 9 perlawanan. Pemain tengah mereka, Octavian Abrudan dan Stanislav Angelov sekadar macam Poulsen dan Lucas, bertahan dan pecah serangan lawan. Tapi yang menariknya bek mereka yang tak disebutkan kerana amat misteri, adalah liabiliti kepada pasukan. Bak kata orang lubuk serangan. Jadi koresponden disana yakin bahawa kita boleh menang selesa jika main dengan lebih menyerang.

Pasukan kita kalau diikut prestasi Europa, boleh dikatakan membanggakan. Belum tewas lagi sampai keperingkat kumpulan. Walaupun begitu itu hanyalah sekadar bertemu lawan yang kurang setanding. Hero kita dalam kejohanan setakat ini bukan Gerrard atau Torres, tetapi Ngog dengan 4 gol. Dia mungkin perlu turun jika Torres direhatkan. Dan kita pasti mahu lihat Cole serta Meireles main bersama. Kedua-duanya amat kreatif lagi aktif dalam menggerakan serangan. Namun saya pasti Gerrard dan Poulsen direhatkan dan Lucas akan main sepenuh masa. Bagi peluang pulalah kepada Babel dan Pacheco main untuk ganti Jovanovic dan Maxi. Rasanya mereka takkan menghampakan. Kelly, Agger, Sotoridis dan Darby perlu mungkin boleh diletakkan dalam unit serangan serta Jones akan ambil alih tugas Reina yang perlu rehat cukup untuk menepis serangan Man U.

Sepatutnya dah sampai ke format Liga kita kena pulun sehabisnya. Tapi bagi saya, dah tak ada nikmat Piala ini kerana beberapa sebab. Satunya ialah pasukan kita asyik kena main ahad atau isnin sebabkan jadual Europa yang selalu main khamis. Memang hampeh sebab esoknya kena kerja terbarai mata tahan ngantuk. Dan satu lagi peluang cedera adalah tak berbaloi jika berlaku main kejohanan ini dahlah hadiah johan pun murah sangat. Namun saya akur dengan pendapat umum yang mahu kita sedaya upaya dapatkan Piala Europa kerana inilah peluang Pak Cik Roy cari trofi musim ini.

Sep 14, 2010

KONCHESKY SIHAT WAL AFIAT



Siapa kata Konchesky tak bagus. Dia cuma malu-malu ayam lagi. Sikit saja yang dia tunjuk masa lawan Brum. Cuma kita agak terkejut sebab pengulas buat suspen cakap dia cedera lutut. Apa lagi dalam hati dok congak berapa bulan pula yang dia akan ambil cuti sakit nanti. Dahlah Aurelio dok ulang penyakit lama dan tinggal Agger pula kena sekali lagi tukar posisi.

Nasib baiklah media rasmi siarkan yang Konchesky tak apa-apa. Mungkin dia kejang otot sahaja. Dan doktor kelab mengambil langkah berjaga-jaga mengeluarkan Konchesky untuk mengelakkan perkara tak diingini mungkin berlaku. Tak silap semasa kempen sulung Liga Europa lawan Stenua Bucharest, khamis ini diberitakan Konchesky tiada masalah untuk diturunkan, bukannya digantikan Agger atau pemain lain.

Disinilah kita akan lihat Konchesky yang sebenar. Samada bagus atau tidak. Dia mungkin tiada masalah di eropah kerana musim lalu dia antara yang paling konsisten dalam cabaran Europa. Namun lain padang lain belalang, lawan kali tak sama dengan Birmingham. Mungkin lebih mudah atau lebih licik dari Larson. Tak sabar nantikan kelibat Botak ni khamis ini.

PEMAIN TUMPUAN : RAUL MEIRELES



Kali ini Buletin Liverpoolkita ingin memfokuskan tentang pemain Portugal Raul Miereles. Seperti yang saya tulis sebelum ini, walaupun sekadar main 15 minit tapi lebih bermakna berbanding Lucas yang main 75 minit sebelum itu. Gaya permainan beliau amat mirip dengan Gerrard bukannya Mascherano mahupun Aquilani. Ini maknanya kita mungkin tidak akan terasa kehilangan Aquaman, walaupun dia hebat di Serie A.

Miereles telah memberikan ruang untuk kita optimis tentang masa depan. Walaupun kita sedar yang gandingan Lucas Poulsen adalah tersangat pasif, namun itulah hakikat taktikal untuk bermain ditempat lawan. Namun dengan cara itu juga Gerrard dan Torres terasing apabila setiap kali serangan dari bawah bermula. Lucas dan Poulsen jarang bertindak melakukan larian untuk menyerang dan kurang dinamik dalam mempelbagaikan rentak permainan. Sebab itulah kemasukan Miereles, telah mengubah segalanya. Poulsen sendirian dibawah menjaga pertahanan dan Gerrard dan Raul bergandingan mengembalikan rentak serangan.

Kita mahu lihat selepas ini gandingan Raul-Cole-Gerrard. Tapi masalahnya dari tiga diatas tiada seorang pun yang agresif. Jadi Poulsen berpeluang mengisi slot bertahan. Untuk itu alternatif untuk Miereles ialah samada bermain dibelakang Torres atau disebelah sayap kiri kerana dia sama macam Cole. Jangan risau dia pernah main disayap kiri bersama Porto dan memang bagus juga kat situ. Ini adalah kerana Jovanovic nampak macam tak reti nak heret bola ke tepi asyik- asyik nak masuk tengah balik.

Saya amat berharap Hodgson menggunakan kekuatan dan kebolehan Raul bersama pemain tengah lain semaksimum mungkin. Jangan ambil mudah dengan meletakkan Lucas kononnya untuk meminimakan risiko. Padahal apabila lawan tidak ditekan dari atas melalui pemain tengah dan gerakan menyerang bertubi-tubi, maka mereka akan berani bermain secara lebih terbuka. Kali ini mungkin kita terlepas kerana kehebatan Reina, namun jika bertemu Man U atau pasukan setara dengannya nahas dibuatnya. Torres tidak berupaya bergerak sendirian tanpa lorongan teman ditengah. Dia juga perlu pemain lain untuk ambil bebanan beliau untuk buat gol. Jadi Raul adalah senjata sulit kita untuk lawan Man U dan pastinya itulah yang kita mahukan dari pemain bertatoo ini.

Sep 13, 2010

LIVERPOOL 0-0 BIRMINGHAM



Keputusan seri tanpa jaringan dengan Brum adalah peluang untuk Hodgson menilai kembali kelemahan pasukan. Memang keputusan seri dalam jangkaan semua, tetapi kalau bukan kerana Reina sahih kita kena malam tadi. Dia kembali konsisten setelah main poyo dengan Sepanyol. Kali ini nampak sangat Torres masih kurang mantap dan mungkin juga kerana pengadil tidak melindungi beliau sehinggakan nampak sahih penalti pun tak diberi. Gerrard walaupun berdarah ditelinga namun masih berjuang, padahal tuhan saja yang tahu dia mungkin bermain dalam kebengongan. Paling mengujakan ialah Konchesky yang amat konsisten bertahan namun kecederaan beliau merupakan khabar sedih buat kita. Akhir sekali kita dah jadi tak sabar lihat aksi seterusnya Miereles yang hebat walaupun main tak sampai 15 minit. Harap dia akan gantikan Lucas buat selama-lamanya.

Sep 11, 2010

LIVERPOOL LAWAN BIRMINGHAM




Dalam kegirangan menyambut raya samada berkunjung atau dikunjung oleh rakan taulan, peminat Liverpool akan dihidangkan dengan juadah Liga Perdana dengan perlawanan dengan Birmingham City. Rumah terbuka di Birmingham akan dilawati oleh tetamu dari Merseyside. Setelah lama kita berehat melihat kelibat pemain kita, kerana mereka siboldalam aksi antarabangsa, maka kesemua pemain akan kembali menyarung jersi kita. Dalam semua pulang gembira, hanya Mat Kuyt sahaja terpaksa berehat cuti sakit.

Kalau kita selidik sedikit pasukan tuan rumah, Brum ternyata pasukan mereka tidak banyak berubah. Namun mereka dapat membawa pemain bagus seperti Hleb, Zigic, Bousenjour dan Foster musim ini. Foster mungkin tidak sebagus Joe Hart digawang, namun beliau masih berpotensi menyaingi kehebatan Hart menjaga kubu Brum. Nasib baiklah Hleb cedera kalau tidak bolehlah kita tengok kelibat pemain yang hampir menyarung jersi kita. Zigic yang tinggi lampai masih belum menjadi pemain utama namun amat berbahaya jika Brum menggunkan kelebihan pemain galah tersebut.

Keseluruhan taktik yang digunakan oleh Mcleish amat efektif iaitu bertahan dengan kepadatan sardin cap ayam, dan akan melakukan serang balas apabila lawan terlalu alpa menyerang. Malahan bek mereka walaupun tidak ternama, namun tetap utuh bertahan dan sekali-sekala agak ganas mengasak penyerang lawan. Barisan tengah mungkin tidak dapat menandingi keupayaan kita, tetapi mereka bermain sebagai satu unit. Barisan depan mereka akan menggunakan kepantasan untuk memerangkap dan memanipulasi bek kita yang kurang pantas.

Berbalik kepada pasukan kita. Saya rasa kita akan dapat menyaksikan duo yang baru dibeli bermain untuk perlawanan sulung mereka. Miereles dan Konchesky pasti tak sabar-sabar untuk berikan aksi terbaik dan kita juga mahukan mereka supaya tidak menghampakan terutamanya bek kiri baru kita itu. Saya ingin fokuskan disini bahawa ramai peminat kurang yakin dengan pembelian kurang popular itu. Apa ingat Hodgson ada duit nak beli bek kiri macam Lahm. Bagi saya tiada masalah kalau siapapun yang Hodgson beli asalkan dia mampu berikan yang terbaik.

Torres sudah hampir cergas sepenuhnya. Dua gol bersama Sepanyol baru-baru ini adalah bibit pertanda kebangkitan El Nino. Saya harap dia akan berikan inspirasi seperti mana ketika lawan West Brom tempohari. Segala bebanan untuk menjaringkan gol masih terbeban dibahunya apabila Hodgson gagal membawa masuk penyerang baru sebelum tingkap perpindahan tutup. Jadi terpaksalah kita bergantung harap kepada Ngog sebagai pengganti jika ada aral berlaku kepada Torres. Alternatif lain mungkin Babel namun dia belum lagi diberi peluang sepenuhnya, jika benar Hodgson akan berikan peluang kepada Babel sebagai penyerang bukan lagi sebagai pemain sayap.

Nak tulis panjang pun dah tak larat lagi sebab perut masih penuh. Namun akhir kalam, Tiga mata adalah wajib dicuri dari tuan rumah. Dan saya yakin kita boleh lakukan dengan suntikan pemain baru dan pemain lama yang bakal memberi saingan sengit buat pasukan lain.

Sep 9, 2010

SALAM AIDIL FITRI



Selamat Hari Raya Aidil Fitri diucapkan buat semua peminat Liverpool yang samada berada di Malaysia, Brunei, Indonesia, Mesir, UK, Amerika atau dimana sahaja berada, yang tak jemu mengunjungi blog yang tak seberapa ini. Ampun maaf jika ada terkasar bahasa atau tersilap tulis. Blog ini tetap akan dikemaskini dari masa kesemasa tanpa jemu dan bosan walaupun sepanjang hari raya nanti. YNWA di Aidil Fitri.

Sep 7, 2010

PEREBUTAN SAYAP KANAN



Kita mungkin rasa risau apabila dengar cerita Mat Marathon, Kuyt cedera teruk sampai sebulan ambil cuti sakit. Itulah orang cakap jangan dok buat sepak gunting nanti silap jatuh sakit dapat. Kuyt cedera dibahu apabila melakukan aksi akrobatik masa latihan dengan skuad Belanda. Punyalah payah cedera sebelum ini semasa dengan kita, alih-alih main kat kampung sendiri pula baru kena. Mungkin cedera tak seberapa, namun perlukan masa untuk benar-benar sembuh. Kalau kena sebelah kanan nak makan nasi pun susah. Tapi kalau sebelah kiri pula nak istinjak pula payah.

Jadi posisi sayap kanan dah kosong. Saya nampak ramai yang berpotensi merebut tempat biasa Kuyt itu. Calon utama ialah Maxi, Babel atau mungkin bagi saya boleh gunakan Johnson disitu dan beri peluang kepada Kelly di bek kanan. Kita tak gusar sangat kerana nama yang tersenarai diatas boleh main disitu dengan baik. Antara yang paling ideal mungkin Maxi. Ini kerana dia adalah pemain yang paling berpengalaman diposisi itu samada di kelab mahupun diarena antarabangsa. Malah kesefahaman dengan Torres di Atletico adalah kunci kepada kemantapan serangan kita.

Calon lain seperti Babel mungkin agak janggal, namun dia pernah diletakkan disayap kanan oleh Rafa beberapa kali. Nak kata mantap sangat pun tak berani cakap, namun dia nampak agak kekok mungkin dah terbiasa main dikiri. Tapi jika saya adalah Hodgson baik saya mainkan Johnson di sana. Dia ada kebolehan menjadi pemain sayap yang baik dari segi boleh menggelecek, hantaran lintang mantap serta mampu menjaringkan gol juga. Lagipun saya nampak etika bertahan beliau amat kurang baik berbanding menyerang.

Sememang ketiadaan Kuyt umpama ada rahmat disebaliknya. ''Bless in disguise'' bak kata Mat Salleh. Disini barulah Hodgson akan menilai pemain-pemain yang berpotensi menggantikan Kuyt, samada mereka lebih bagus, lebih kurang atau tak boleh pakai langsung. Bagi saya pemain yang bakal diberi peranan kelak haruslah mempergunakan kesempatan yang diberikan ini sebaiknya. Sebab apa, kalau Kuyt dah kembali sihat dan cergas, kirim salamlah siapa teringin nak rampas kembali posisi pusaka temurun Kuyt itu.

Sep 6, 2010

AMBISI HAMANN



Punyalah cari kot-kot Kaiser Hamman datang juga masa perlawanan testimonial Carragher , namun hampa. Dalam hati mungkin Hamann sibuk atau Carragher lupa nak jemput. Sebab apa Alonso dan Arbeloa walaupun tak sempat datang kerana bersama skuad Sepanyol, namun sempat mesej melalui Twitter, ucap tahniah dan minta maaf kerana tidak dapat memenuhi undangan Carragher.

Setelah korek punya korek, barulah tahu yang Hamman memang sibuk. Ingatkan masih melatih skuad remaja bawah 16 tahun kita, rupa-rupanya dia kembali menyepak bola. Sekarang Hamman telah bersama Skuad MK Don yang dahulu dikenali sebagai Wimbledon atau mungkin lebih glamer dengan gelaran The Crazy Gang (Pasukan Budak Gila).Hamman bermain sambil melatih. Dia mengambil peluang ini untuk mendapatkan Lesen Kejurulatihan sambil dapat juga gaji buat bayar bil.

Dia telah menyatakan bahawa dia akan menetap di England untuk memulakan kerjaya baru dalam bidang kejurulatihan, apabila dapat lesen kelak. Mungkin dia ingin mengikut langkah Babbel yang lebih awal berani menjadi pengurus. Namun yang menariknya disini Hamann telah meletakkan sasaran untuk menerajui Liverpool suatu masa nanti. Ini adalah impian setiap bekas pemain kita namun beliau haruslah tidak terburu-buru. Biar lambat asal selamat, jangan pula terbabas diawal karier.

Saya berpendapat Hamann punyai karisma untuk menjadi pengurus terbaik jika nasib menyebelahi. Dia sepatutnya belajar dengan pengurus ternama seperti mana yang Mourinho dan Rafa lakukan. Saya rasa Hodgson tak ada masalah untuk terima Hamann menjadi salah seorang tenaga jurulatih beliau di Melwood. Pemain sebijak Hamann amat terkenal dengan disiplin taktikal yang hebat, namun jika beliau berjaya menurunkan kepakaran itu kepada pemain yang dilatihnya, masa depan karier kejurulatihan beliau akan cerah.

Sep 5, 2010

CARRAGHER WIRA MERSEYSIDE



Dalam bolasepak Liverpool, banyak pemain yang kita tahu amat hebat macam Dalglish, Souness, Keegan, Rush, Hansen, tetapi bagi saya Carragher antara yang hebat juga antara semua. Sebab apa. Dia tidak ditakdirkan main bola zaman Hippies 70an atau zaman 80an yang merupakan era kegemilangan kita dipesada Eropah. Zaman malap yang beliau lalui sebagai pemain Liverpool tak pernah menjadikan beliau lemah malah mampu bertahan selama 14 tahun dalam persaingan Liga Perdana Inggeris. Nak cerita pasal pencapaian Carragher memang banyak. Dia dapat semua di England dan Eropah kecuali Liga Perdana.

Kehebatan beliau bukan sahaja dalam padang. Namun pemain hebat ini aktif dalam tanggungjawab sosial. Kita mesti tiru macam dia, bukan kira hal sendiri pergi kerja balik kerja,sampai tiada sumbangan untuk masyarakat. Carragher telah menubuhkan 23 Foundation untuk membantu masyarakat sekitar Merserside samada dari aspek kebajikan dan juga politik. Jadi maka benarlah bahawa Carragher adalah contoh terbaik ikon bolasepak kita.

Semalam adalah malam kenangan buat pemain hebat itu dan peminat Liverpool serta juga Everton. Perlawanan testimonial untuk mengenang jasa beliau telah diadakan di Anfield. Ramai kerabat lama di panggil. Tapi paling menyedihkan ialah bekas hero lama kita Owen telah diberikan sambutan dingin apabila di Boo oleh peminat kita. Kesian bila dengar macam itu kerana dia juga ada jasa kepada kita masa musim trebel 2001 dulu, tapi nak kata peminat salah pun tak juga sebab dia pergi dengan cara tak hormat. Sanggup tak mahu lanjut kontrak dan pergi ke Real Madrid dengan bayaran tak seberapa dan kita hanya dapat Pemain hampas sebagai saguhati. Kalau saya kat stadium pun mungkin akan tumpang sekaki.

Berbalik kepada perlawanan amal itu, yang saya tak tengok pun tup-tup tengok berita dah keluar keputusan. Tapi yang menarik dalam perlawanan yang berkesudahan 4-1, Carragher menjaring gol untuk dua-dua pasukan Merseyside itu. Memang jadi lawak pula apabila semasa Everton dapat penalti dan Yakubu siap-siap ambil lajak nak bubuh gol, tetiba Carragher terus berlari dan jaringkan gol kedalam gawang sendiri. Rupanya dia dah simpan hajat sebagai peminat Everton yang dia akan sumbat gol jika lawan Liverpool. Dan peluang keemasan ini dia ambil untuk menambahkan lagi keseronokan peminat dengan kegilaan beliau itu. Jadi memang perlawanan itu akan dikenang selamanya dalam lipatan sejarah kita peminat Liverpool dan apatah lagi Carragher.

YNWA Jamie Carragher

Sep 4, 2010

AKSI PEMAIN LIVERPOOL DI ARENA ANTARABANGSA



Semasa makan sahur tadi sempat usha beberapa pemain kita beraksi dengan negara masing-masing berentap didalam kelayakan Euro2012 yang akan berlangsung di Poland dan Ukraine. Antara aksi mereka seperti berikut.

England 4-0 Bulgaria
Gerrard mengetuai skuad tiga singa melanyak Bulgaria tanpa kesian. Beliau dan Johnson adalah wakil kita dan bermain 90 minit.Defoe menghasilkan hatrik dan Adam Johnson sebiji.

Sepanyol 4-0 Liechestien
Wakil tunggal kita untuk skuad juara Piala Dunia Sepanyol, Torres telah menjaringkan 2 gol cantik dan direhatkan separuh kedua.
Villa juga taruh 2 biji untuk kongsi rekod jaringan dengan Raul, 44 gol untuk negara mereka.
Ini merupak permulaan terbaik buat Torres. Harap dia boleh benam Birmingham minggu depan.

Belanda 5-0 San Marino
Wakil kita untu Belanda, Kuyt menjaringkan gol pendahuluan melalui penalti. Selebihnya Huntelaar mengganas dengan hatrik serta Nistlerroy tumpang sekaki bubuh sebiji.

Portugal 4-4 Cyprus
Permainan penuh aksi ini memperlihatkan pemain baru kita Miereles menjaringkan beliau untuk portugal. Pasti peminat tak sabar nak tunggu jaringan Raul pula dalam Liga Perdana Inggeris.

Sep 2, 2010

SENARAI PENUH PEMAIN MUSIM INI



Setelah tamat masa perpindahan setiap kelab hanya dibenarkan mendaftarkan 25 orang pemain. Ianya terdiri daripada 8 pemain tempatan atau pemain yang luar yang masuk lebih kurang berumur 18. Serta 17 pemain luar selain pemastautin tetap England dan Wales yang lebih dari umur 21 tahun. Namun pemain luar atau dalam yang berumur bawah 21 tidak termasuk dalam perkiraan untuk senarai 25 orang itu. Untuk musim ini Hodgson hanya mampu menghantar senarai 21 pemain sahaja. Walaupun begitu kita harus faham yang beliau pasti akan menggunakan pemain muda yang ada potensi untuk diadunkan bersama pemain utama.

Pemain Tempatan (8)
Carragher
Cole
Darby
Gerrard
Johnson
Jones
Konchesky
Spearing

Pemain Bukan Tempatan (13)
Agger
Aurelio
Babel
Jovanovic
Kargiakos
Kuyt
Lucas
Miereles
Poulsen
Reina
Rodriguez
Skrtel
Torres

Sep 1, 2010

TINGKAP PERPINDAHAN DITUTUP



Akhirnya debaran dan kejutan telah berakhir. Yang paling akhir masuk bukannya Cole, Gomez, Zamora atau mana-mana penyerang, tetapi bek kiri dari Fulham, Paul Kochensky yang kita tahu lama dah akan masuk. Menurut laporan memang ada usaha nak bawa masuk penyerang tetapi telah ditolak oleh kelab masing-masing. Yang paling terakhir adalah usaha membida Carlton Cole dengan menawarkan Babel namun tidak juga berjaya sehingga waktu terakhir 6 petang waktu England tamat.

Konchesky masuk dengan menawarkan 2 orang pemain muda yang berbakat iaitu Dalla Valle dan Kacaniklic kepada Fulham. Apakan daya, kita terpaksa lepaskan mereka kerana itulah modal yang kita ada dan nasib baik Fulham tak banyak songeh untuk lepaskan Kochensky. Jadi pemergian Insua secara pinjaman ke Galastasaray telah lengkap dan kita tak perlu risau dengan posisi bek kiri kerana saya yakin Kochensky, Aurelio, Agger, Kelly dan Mavinga boleh mengisi slot itu dengan sebaiknya.

Selain Insua, dua lagi pemain simpanan iaitu Plessis dan Nabil telah pergi meninggalakan kita. Mereka menyertai kelab dari Liga Greece iaitu Plessis ke PAOK dan Nabil ke Panathiakos. Saya tak pasti apakah mereka pergi secara pinjam lepas tu beli atau dibeli secara langsung sebab banyak fakta yang bercampur-campur. Namun itulah jalan terbaik bagi kita dan mereka kerana pemain datang dan pergi, cuma yang terbaik antara mereka akan kekal seperti Pacheco, Spearing, Darby, Kelly dan ramai lagi yang bakal kita lihat akan diberi peluang dan dibawa masuk perlahan-lahan samada untuk ganti pemain utama yang cedera, atau pilihan untuk beraksi dalam Piala Liga.

Kemasukan Miereles, umpama kejutan. Tak siapa tahu apa yang berlaku belakang tabir. Dalam wartawan sibuk tulis macam-macam pasal Mascherano, rupanya mereka tidak terhidu akan pemergian Puslow ke Portugal untuk berbincang sekaligus menyelesaikan perpindahan pemain antarabangsa Portugal itu. Memang saya sendiri macam terkejut tetapi gembira dengan tindakan licik ini. Rupanya cerita pasal Van Der Vaat, Dua Diarra, Gago, Banega, Medel dan ramai lagi adalah taktik untuk elakkan dari sasaran kita dari dihidu kelab lain. Ejen Raul juga amat begitu baik kerana tidak pecah lubang kepada media, kalau tidak mesti Man U yang dok taram Raul dah lama dah akan buat dajal dengan buat bidaan sama.

Nasib Lucas cukup baik. Dia nyaris dijual kepada Stoke, kalau tidak dia akan belajar main rugbi dengan Tony Pulis. Saya yakin ramai yang mahukan perpindahan ini terjadi tetapi masalahnya kalau Lucas keluar kita akan menghadapi kekurangan pemain senior yang berpengalaman, kerana kemasukan Poulsen dan Miereles adalah semestinya untuk ganti Aquilani dan Mascherano. Saya tak kata Lucas bagus tetapi saya belum yakin pemain muda seperti Spearing dan Shevley dapat menghadapi lawan dengan mental dan fizikal yang kuat. Hodgson takkan cakap terus-terang yang Lucas tiada masa depan, namun dia perlu masa yang sesuai serta pembeli yang mahu berikan kembali modal, kalau boleh sedikit untung sebab Lucas mungkin ada kemungkinan bagus kalau main di Liga lain.

Oleh kerana Babel kekal dan tiada penyerang baru masuk dan hanya Ngog sebagai wakil tunggal sebagai gantian Torres. Maka Babel kena diletakkan sebagai penyerang bukan lagi sebagai pemain sayap. Hodgson kena ikhtiar apa jua cara samada bagi mandi bunga, minum air stokin Torres atau tutup akaun Twitter beliau, asalkan Babel kembali menjadi seperti yang kita lihat di Ajax dulu. Dia punya kebolehan mampu menjadi seperti Henry, tapi kematangan belum nampak. Itulah masalah yang membelenggu Rafa sebelum ini, dan Hodgson pula terpaksa cari jalan untuk selesaikan misteri itu.

Jadi saya tidak menyalahkan Hodgson kerana apa yang beliau janjikan tidak tercapai sehingga perpindahan tamat. Namun kita telah berjaya menguatkan bahagian bek kiri pun dah kira bagus dah dengan situasi kewangan yang sempit ini. Malah pemergian Mascherano tidak dkhuatiri lagi. Walaupun tiada penyerang masuk mungkin ada peluang pemain muda selain Ngog, akan naik tiba-tiba, sapa tahu mungkin Amoo, mungkin Ince atau mungkin juga ada Michael Owen baru akan keluar. Jadi saya tidak mengharapkan kita untuk menyaingi Chelsea atau Man U, tetapi sekadar kelayakan untuk Liga Juara-Juara mungkin lebih sesuai. Kita pasti gembira kerana Spurs dan Man City serta Villa, masih terkial-kial mencari rentak. Oleh itu saya nampak dengan pemain sedia-ada kena berusaha 200 % untuk kembali bangkit dari kejatuhan musim lalu. Saya harap Revolusi Roy akan diingati sebagai yang berjaya walaupun nampak sukar terpaksa mengharungi onak duri yang pelbagai musim ini.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails