Aug 30, 2013

LIVERPOOL LAWAN MAN UNITED



Tahukan anda secara kebetulan permulaan musim ini setakat sama dengan musim 2008/09. Liverpool bermula dengan 2 kemenangan. Bagi musim 2008/09 Liverpool melakar sejarah menjadi naib johan Liga dibelakang Man U, tetapi yang terpaling indah pada masa itu semua gergasi bolasepak macam Man U, Chelsea dan tak lupa Real Madrid lunyai kena ratah. Jasa Fernando Torres tidak dilupai disamping seluruh pasukan ketika itu memang dalam keadaan moral yang teramat tiggi dibawah kendalian Rafa Benitez.

Imbasan itu bukan untuk mengatakan yang situasai itu bakal berulang musim ini. Tapi jika kena dengan cara dan segala plot yang dirancang mengena satu persatu, saya yakin Brendan Rodgers bakal menjadi lejen. Walaupun masih banyak kelemahan dalam pasukan Liverpool, bolasepak dalam dunia sebenar bukan semanis pengucapan dan komentar pengulas bolasepak, tapi ianya juga satu permainan yang penuh kejutan demi kejutan. Brendan Rodgers sekarang dalam situasi terbaik dengan pemain sekarang lebih baik dari musim lalu, namun beliau mesti lebih pro-aktif sebelum pintu perpindahan terkunci.

Menjelang perlawanan dengan Man U, skuad kita dibayangi oleh kecederaan tonggak utama Kolo Toure dan beberapa lagi pemain gantian. Martin Skrtel bakal menebus tempat beliau sepanjang ketiadaan Toure dan saya rasa berbelah bagi samada beliau dapat menemui jati-diri beliau 2 musim lalu atau masih sama macam musim lepas. Ketiadaan Reina digantikan Mignolet menambahkan kekuatan pertahannan walaupun dengan Nott County, Mignolet tewas 2 kali. Sebab apa saya amat tekankan aspek pertahanan, ini kerana nak jadi pasukan yang hebat ketirisan dan kebolosan perlu dikurangkan kerana skuad serangan kita enjin masih belum panas lagi.

Liverpool sejak berzaman dicop pasukan yang terlalu mengharapkan hero utama. Owen, Torres, Suarez dan musim ini dengan ketiadaan Suarez, Liverpool terlalu bergantung harap kepada Daniel Sturridge. 4 gol dari 3 perlawanan, membuatkan musim ini Liverpool menjadikan beliau watak utama untuk memacu skuadron serangan menghadapi bek Man U. Saya tak cakap pemain lain tak ada peranan, tetapi ketajaman penyudah serta kepantasan beliau merubah dimensi permainan pasukan kita musim ini. Cuma satu yang perlu dijaga dan diperhalusi ialah pemain hebat ini mempunyai rekod kecederaan lampau yang serius dan beliau tak macam Suarez yang kebal dari kecederaan walaupun bermain sepanjang musim.

Bercakap tentang lawan serta musuh kita, Man U. Ramai bersyukur Tok Fergie hidung ungu  dah bersara, tapi legasi beliau masih kekal dan Moyes saya nampak macam pengurus boneka. Peralihan kuasa dari Fergie kepada Moyes, macam peralihan kuasa Politik Malaysia, Tok Det kepada Pak Lah Bedawi, ada kuasa tapi dalam pantauan ketat .  Corak Man U tak banyak berubah kerana mereka masih menggunakan majoriti pemain tinggalan Ferguson. Jadi kalau ada yang jangka ketamadunan Empayar Mancunian runtuh ditangan Moyes musim ini , saya anggap mereka dalam mimpi sebab apa, selagi Moyes belum mengeluarkan pemain sedia ada dan menggantikan pemain Everton ramai-ramai Man U masih selamat setakat ini.

Satu lagi ancaman kepada pasukan kita bukan datang dari lawan sepanjang awal musim ini. Tapi saya nampak ialah Liverpool bermula baik separuh masa pertama dan kendur separuh kedua. Tak pasti samada iaanya  tak disengajakan atau memang Brendan Rodgers menerapkan taktikal sebegitu. Pasukan kita kalau ikut statistik antara pasukan yang banyak cipta peluang tapi output yang terhasil begitu jauh dari mengena. Samada 2 perlawanan lalu Liverpool terlalu bernasib baik, itu cerita lain tapi jika dalam keadaan kita menguasai permainan dan mendahului, pasukan kita perlu fokus sampai wisel penamat. Stoke dan Villa lawan picisan, namun kita macam nak habis nyawa nak menang. Namun ujian penting awal semester telah bermula, jika lulus ujian dengan Setan Merah saya anggap musim ini bakal bermula dengan lancar tanpa sebarang halangan untuk kembali ke dalam kumpulan elit.

Aug 28, 2013

ASSAIDI MENIMBA ILMU DI KELAB RAGBI STOKE


Ramai yang hairan dengan situasi Assaidi musim lepas. Beliau dibayar gaji untuk bermain, namun lebih banyak mengeram dibangku simpanan. Hanya Brendan Rodgers saja yang tahu apa yang tak kena dengan pemain antarabangsa Maghribi itu, sampaikan budak-budak mentah macam Sterling dan Ibe, lebih diutamakan untuk bermain dalam perlawanan musim lepas. Bekas pemain kita Downing, pula lebih dapat peluang, padahal saya tengok Downing lebih statik dan kurang kemahiran dari Assaidi. Padahal statistik jaringan dan hantaran Downing pun tak seberapa.

Kehairanan lagi musim ini, ingat dah jual Downing, mesti Assaidi akan dapat peluang untuk bersaingan diposisi sayap. Tapi tup-tup minggu ini Brendan bersuara yang beliau mahukan sayap kiri baru. Rupa-rupanya belum dapat pemain baru, Assaidi pula dilepaskan secara pinjaman ke Stoke City. Walaupun nampak macam satu benda diluar logik dalam situasi ketiadaan pemain sayap ,tapi faktanya ialah Assaidi memang tak diperlukan oleh Brendan. Saya doakan terbaik untuk Assaidi. Dan berharap beliau dapat belajar bagaimana nak bermain bola cara Stoke yang lebih fizikal dan banyak bermain serang balas.


Dalam ketiaddan Assaidi, mungkin pemain baru yang mantap bakal dibawa masuk. Sasaran yang saya dengar bukan calang-calang pemain. Mata, Ayew, Yarmalenko, Konolyanka, Llajic dan ramai lagi yang saya rasa akan memartabatkan Liverpool. Persoalannya disini adakah itu betul-betul ataupun hanya permainan kata-kata untuk sedapkan jiwa-raga peminat. Pintu perpindahan hanya tak sampai beberapa hari lagi nak dikunci. Asyik dok dengar "Liverpool bakal beli pemain tut" "liverpool sedang dalam perbincangan". "Liverpool telah mengalahkan kelab tut untuk mendapatkan pemain bla bla bla". Harapnya Brendan menekan FSG supanya beli pemain yang benar-benar bekualiti bukan tangkap muat macam kes Assaidi.

PIALA LIGA: LIVERPOOL 4-2 NOTT COUNTY


Saya ada baca kenyataan Brendan sebelum perlawanan.Memang beliau jelas nak turunkan barisan terkuat. Saya ingatkan beliau main-main dan hanya sekadar perang saraf untuk mengelirukan lawan, sebab dia kan anak didik Mourinho.Tapi tak sangka yang apa yang dikata itulah yang dikotakan beliau, hampir separuh pemain utama diturun. Adakah berbaloi dengan Piala yang tak seberapa, bertemu dengan pasukan bawahan yang bermain agresif serta perlawanan penting selepas ini di Liga,Brendan meletakkan risiko ini sampai begitu sekali.

Kecedearaan pemain seperti Allen dan Cisskho saya tak gusar kerana mereka bukan pemain utama,namun Toure paling saya tak boleh terima. Status beliau sebagai pemain berpengalaman dan tunjang utama pertahanan memang diperlukan tapi bukan dengan perlawanan hampeh sebegini. Patutnya bubuh saja Skrtel buat apa peram pemain bertaraf antarabangsa itu kalau taknak dijual. Nasik sudah jadi bubur air, saya harapkan Brendan kena minta buku cek dari FSG dan pergi dapatkan bek sempoi diluar sana secepat mungkin sebelum dikebas Spurs.

Nasib baiklah ada Sturridge, dia menjadi hero lagi untuk berikan kemenangan kepada kita. Tren ini saya harap berterusan sehingga kembalinya Suarez, itupun kalau Suarez masih kekal. Seorang pemain yang saya anggap amat istimewa dan penting dalam pasukan ialah Henderson. Saya tak peduli kalau dia tak jaringkan gol kerana itu bukan tugasan utama beliau, tapi walaupun tiada kemahiran hebat, Henderson bermain bermati-matian dan mengasak lawan untuk memenangi bola. Ibe dan Sterling punyai potensi, namun saya respek habis Sterling yang main bek kanan setelah Toure cedera, keranan Wisdom ditarik menjadi bek tengah.



Aug 27, 2013

PIALA LIGA: LIVERPOOL LAWAN NOTT COUNTY

Pasukan otai dari Daerah Nottingham akan berkunjung ke Anfield pagi nanti.Liverpoolbakalturunkan pemain simpanan dan pemain remaja kerana lebih tertumpu kepada perlawanan Liga yang lebih penting dari Piala Cap Ayam ini.

Jones
Kelly Wisdom Skrtel Cisskho
Ibe Allen Alberto Sterling
Borini Aspas

Walaupun lawan tak dikenali tapi jangan lupa kelab bawahan selalunya bakal main 
dengan semangat dan memberikan 200 peratus fokus. Harapnya pemain simpanan boleh jadikan perlawanan ini sebagai peluang untuk ruang menonjolkan diri untuk menjadikan peluang bersaing tempat dengan kesebelasan utama.

Aug 25, 2013

LIVERPOOL 1-0 ASTON VILLA



Perlawanan dengan Villa hampir keseluruhan sama dengan skrip Stoke cuma dalam versi permainan lebih berhati-hati kerana main digelanggang lawan. 2 hero utama dalam perlawanan Stoke sekali lagi menjadi asbab membolehkan kita pulang dari daerah Birmimgham dengan 3 mata. Sturridge hero utama menjaringkan goltunggal perlawanan dan Mignolet menidakkan Villa untuk membolosi gawang kita. Jadi serbasalah nak bagi siapa kredit utama. Namun keseluruhan saya salut seluruh yang terlibat dalam keluarga Liverpool,dari pengurus, pemain, jurulatih, tukang bancuh air dan peminat yang hadir ke Villa Park dengan jumlah yang ramai.

Jangan seronok sangat dengan kemenangan, kerana kerja keras perlu diteruskan. Banyak kurap dan panau masih melekat walaupun permulaan yang nampak baik tapi kita tersangat-sangatlah bernasib baik untuk melepasi ujian Villa yang tersangat perit dihadapi oleh pasukan lain. Persefahaman sepasukan untuk gol Sturridge memang cun tapi masih belum sempurna kerana banyak gerakan tak dapat dibaca oleh rakan dan terkantoi ditengah jalan. Hanya seorang pemain yang membuatkan saya gelisah dengan permainan yang agak merosot yakni Lucas leiva. Saya rasa dia perlukan saingan macam Enrique untuk mengembalikan jatidiri.

Perlawanan dengan Stoke dan Villa bukan ukuran sebenar bahwa kita dah makin hebat dan mampu bersaingan dengan kumpulan elit. Sebab utama ialah pasukan kita tak mampu nak kekalkan momentum sehingga tamat perlawanan dan nampak kian mandom dan lemau diakhir perlawanan. Itu bukan petanda baik kerana dengan dengan pasukan kuat kita takkan diberikan peluang dari minit pertama hingga wisel penamat ditiupkan. Kita jangan lupa bahwa minggu depan adalah cabaran getir bila bertemu Setan Merah di Anfield. Macam-macam boleh jadi.

Aug 23, 2013

LIVERPOOL LAWAN ASTON VILLA


Aston Villa memang digeruni pada era awal 80an dan pernah menjadi Juara Liga dan Juara Piala Eropah dizaman kegemilangan mereka. Musim silih berganti, pemilik bertukar tangan, begitu juga pengurus dan pemain, Villa bukan lagi bertambah hebat tapi merudum sehinggalah harini. Namun usah dipertikaikan masa silam kerana Villa masih bertahan dengan situasi genting yang mana pasukan lain berkoyan-koyan pemain baru hebat-hebat dibawa masuk tapi Villa hanya merekrut tak ramai pemain cuma beberapa pemain luar yang langsung tak dikenali. Mereka bergantung kepada Akademi mereka yang produktif yang berjaya menghasilkan pemain muda yang rata-rata menjadi kesebelasan utama mereka dewasa ini.

Villa terpaksa bergantung kepada kehebatan pemain bertubuh kingkong dan tapi otak geliga yakni Christina Benteke. Ingat lagi adik-abang, musim lepas siapa yang menjadi mimpi negeri kepada skuadron pertahanan kita. Ya, pandai, Benteke walaupun berseorangan tapi mampu men"Drogba"kan diri menjadikan bek kita sebahagian dari lauk beliau pada malam itu. Insiden paling syahdu sebening Syawal untuk Arsenal, apabila Benteke antara pemain yang membuatkan pasukan Meriam Buluh itu, terkedu dikandang sendiri. Pertahan Arsenal terpaksa menjaga Benteke sepanjang masa dan membuatkan mereka terpaksa mengabaikan Agbomlahor yang licik dan pantas merobek pertahanan sang meriam yang bagaikan ketandusan serbuk peledak.

Chelsea terlah berjaya melepasi azab bermain dengan Villa, itupun Mourinho dengan bijak suruh anak buah dia main bangsat. Jaga Benteke bukan bermaksud mengahalang dia dari dapat bola tetapi gunakan apa cara sekalipun walaupun dengan cara keji menggunakan kekuatan fizikal dan mental. Mereka berjaya lulus ujian dan saya harap Brendan atau bahagian risikan Liverpool ada menyaksikan perlawanan itu dan ambil nota penting untuk dijadikan panduan dan taktikal untuk bertemu Villa kelak.Walaupun saya tak tengok Chelsea lawan Villa, namun masa lawan Arsenal saya tengok bagaimana corak Villa yang amat skema tapi berkesan. Jadi nak kata kita sama dengan Arsenal mungkin ada sikit-sikit namun saya harap Brendan ambil iktibar untuk elakkan aib berulang.

Liverpool musim telah menaik-taraf posisi yang kritikal seperti dibahagian goli, bek tengah dan serangan. Walaupu tak ketara sangat namun ianya lebih baik dari musim sbelumnya. Masa lawan Stoke buktinya, bukan saya nak pelecehkan Pepe Reina. Reina awal penampilan hebat, tapi kalau Reina musim lepas mungkin belum tentu boleh tepis penalti Walters. Palang dan tiang adalah sahabat baik skuad serangan musim lepas namun diharap musim ini kita jauhkan diri dari saka yang menghantui kita. Belum tahu formasi apa atau siapa yang bakal Brendan aplikasikan untuk bertemu pasukan liat macam Villa. Saya harap kita lebih berhati-hati menyerang dan juga berwaspada dengan watak utama mereka, Bentekoi dan Agbomlahor. Yang lain bisa beres kerana falsafah permainan kita begitu positif untuk menang, tapi nasib dan ketentuan tiada sesiapa untuk menduga. Cuma anda boleh cuba meneka Lverpool boleh menang , seri atau kalah bagi menang peraduan dalam blog ini.

Aug 20, 2013

SELAMAT DATANG ALY CISSOKHO


Abang Ali, jejaka hitam manis dari Valencia telah menjadi pemain ke-5 dibeli Liverpool musim ini.Walaupun sekadar pinjaman dengan duit muka serendah £1juta pound, namun jika dia meletop dan buatkan Enrique jadi pemerhati dibangku simpanan hujung musim ini, Liverpool hanya keluarkan cek sekitar £4juta pound sahaja.

Saya rasa ini satu cara berniaga yang bercorak menang-menang bagi Liverpool dan Valencia. Apa taknya adalah sikit bercorak Al-Mudharabah dimana, jika barang yang digunakan tak boleh pakai boleh dikembalikan. Ianya kurang berisiko berbanding jika kita beli terus dan akhirnya jadi macam Paul Konchesky yang memang meghabiskan beras.

Macam saya tulis sebelum ni yang Enrique memang memerlukan seseorang yang mampu berikan saingan dan membuatkan Enrique bermain lebih bagus dari sedia ada. Walaupun corak permainan tak sama, namun Aly nampak lebih mantap bertahan tapi bab menyerang macam Enrique tak berapa sangat. Harapnya kemasukan Abang Ali berikan impak, walaupun belum tahu siapa yang akan jadi bek kiri utama sampai habis musim ini

Aug 19, 2013

TEKNOLOGI GARISAN GOL



Ketidakpuashatian adalah lumrah alam. Sistem lama bolasepak pengadil adalah hakim dan beliau boleh membuatkan pasukan hebat jadi siyal dan pasukan bangang boleh buat kejutan. Memanglah beliau sangat teliti tapi mata manuasia dan akal ada had keupayaan. Sebab itulah setelah didesak dan terdesak, pihak FA Inggeris telah menggunakan teknologi garisan gol oleh syarikat kroni siapa ntah yang bernama Hawkeye. Sistem ini telah diuji bertahun dah dan kita boleh tengok sukan tennis dah lama pakai teknologi yang nampaknya mengurangkan pertikaian.

Liverpool pernah dulu terbabit dengan insiden Gol Hantu jaringan Luis Garcia. Sampai ke mati pun peminat Chelsea takkan lupakan cerita epik itu.Mereka anggap ketidakadilan itulah meyebabkan mereka tewas untuk menang Piala  Liga Juara-Juara 2005. Tapi apa boleh buat, bukan rezeki mereka. Semalam Liverpool menjadi pasukan pertama dalam Liga Perdana menggunakan teknologi itu. Hasilnya tendangan Henderson yang ditepis Bergovic tak menerjah jaring, walaupun kita nampak Henderson dan pemain Liverpool lain taknak klaim pun bola masuk atau tidak.



Cuma satu yang saya nak Liverpool sendiri cari satu teknologi yang paling canggih, bagaimana nak bagi pemain Liverpool boleh masukkan gol dalam jaring dengan sekali percubaan. Letih betul tengok sampai berpuluh-puluh kali percubaan asyik tepat kena goli lawan, tiang, palang dan juga terbang kelaut.

Aug 18, 2013

LIVERPOOL 1-0 STOKE


Dah dijangka Stoke tetap Stoke. Mereka tak boleh kikis imej permainan Ragbi mereka. Mark Hughes tahu, dengan majoriti pemain sedia ada legasi yang disekolahkan oleh Tony Pulis, apadaya beliau untuk main bolasepak seksi macam Liverpool. Dia mampu bermain kata-kata untuk sedapkan hati peminat, padahal Tony Pulis memang menjadi pengurus lagenda untuk Stoke. Walaupun mereka cuba gagahi untuk melakukan hantaran-demi hantaran namun bukan bakat semulajadi pasukan mereka untuk bertiki-taka.

Kemenangan dengan Stoke cuma memberikan kelegaan bukannya kepuasan penuh. Walaupun gembira selepas wisel penamat ditiup namun selama 95 minit, segala organ dalaman terasa tak keruan. Jantung macam nak putus dan perut meloya-loya, kerana menanggung panik dan kecewa dek kerana permainan yang begitu dramatik. Apatidaknya hampir berbelas-belas percubaan yang masuk hanya sebiji dan paling kamjad, Agger main pegang-pegang bola kasi penalti. Pasukan kita meamng selalu tak bertuah nak jolok gol-banyak-banyak tapi bertuah ada goli hebat macam Mignolet.

Saya tak salahkan pemain atau Brendan kerana ketidakbolehharapan depan pintu gol. Faktor hujan yang menyebabkan padang licin serta Asmir Begovic yang cemerlang antara alasan kukuh kita hanya mampu meledak sebiji gol dari Sturridge. Lagipun Stoke memang takkan bagi peluang kita nak membuli mereka walaupun mendominasi sejak dari minit pertama sepak mula. Apa yang kurang dari pasukan kita ialah memanafaatkan peluang. Yang lain bagi saya dah kira mantap serba-serbi walaupun tak sesempurna yang digembar-gemburkan.

Kalau main dengan Stoke, tak ada kes gaduh dan kontroversi tak sah. Musim lepas, Suarez kena pijak perut dengan Robert Huth. Musim ni Lucas pula kena penampar jepun dengan Nzozi kerana nak membela budak kampungnya, Coutinho yang dibuli. Nasib baik Lucas jenis penyabar , kalau Suarez yang kena mungkin Nzozi hanya bakal tinggal tulang dan tali perut saja dibaham beliau. Insiden ini berlaku dekat dengan pengadil  tapi apakan daya pihak Liverpool tak mahu panjangkan kes. Teknologi garisan gol telah memperkenalkan dan ianya memang memberikan keadilan kerana mata penjaga garisan kadang-kadang tak berapa nampak.

Saya nak selit sedikit yang kehadiran Suarez ke Anfield disambut baik oleh peminat. Ramai yang masih terluka dengan perbuatan beliau yang meminta dilepaskan. Tapi hampir majoriti peminat Liverpool jenis pemaaf dan lembut hati. Pemohonan maaf Suarez kepada rakan-rakan dan pengurus adalah kemenagan awal bagi Liverpool, namun beliau kena buktikan dengan kesetiaan tak berbelah bagi bila penggantungan beliau tamat. Tapi dipihak kita mungkin dah seleasai, namun kena berjaga-jaga dengan dengan Arsenal yang takkan duduk diam setelah dibalun oleh Aston Villa 3-1 sebentar tadi.

Dalam berpuluh-puluh peserta teka keputusan, 3 orang berjaya meneka tepat. Tahniah buat "Stan", "Aleym" dan "DiDi Laborteaux" kerana mempunyai ilmu kasyaf setaraf Nostadomus untuk meneka keputusan 1-0. Saya sendiri pun bajet Liverpool boleh menang lebih dari 1 gol, tapi takdir tertulis yang 3 orang saja dari lebih 30 yang bernasib baik. Bagi komrad-komrad yang lain jangan putus asa ada 37 perlawanan lagi, cuba lagi lain kali sebab pemenang edisi lepas hanya dapat 3 tekaan betul bersamaan 9 mata.




Aug 16, 2013

LIVERPOOL LAWAN STOKE

Delap Si Tangan Lastik yang dirindui
Dah masuk musim baru dan musim kedua untuk Brendan Rodgers.Posisi musim lepas tempat ke-7, walaupun secara prisipnya pemilik mahukan tempat ke-4. Musim lepas dikatakan musim eksprerimen dan suai-kenal Brendan dengan skuad tinggalan Kenny Dlaglish. Pemain utama masuk tak ramai 3-4 orang Ogos dan 2 pemain untuk perpindahan Januari, tapi spoil sikit Liverpool telah melepaskan pemain2 Otai yang masih berguna namun terpaksa berpisah kerana reformasi sistem kewangan untuk menstabilkan Liverpool demi masadepan yang berwawasan.

Brendan dah berikrar yang dia akan berusaha untuk tempatkan Liverpool ke kelompok 4 terbaik dengan atau tanpa Suarez. Nampak pembayangnya disitu, "Tanpa Saurez". Ini bermakna Liverpool tiada masalah dengan sesiapa yang mahukan Suarez, tetapi dengan cara yang  bersopan. Macam nak anak dara orang, bukan main panjat tingkap malam-malam, tapi jumpa orang tua minta restu. Saya yakin Brendan dah ada perancangan rahsia jika Suarez angkat kaki dari Anfield. Namun jika beliau kekal, harapnya beliau komited dan berikan sepenuh komitmen seperti musim lalu.

Pandangan saya masih terlalu jauh untuk Liverpool bangkit dari dari lena. Musim ini dengan pemain yang masuk boleh dikatakan mempunyai kebolehan dengan sistem sedia ada, peningkatan pasti ada cuma banyak perkara yang masih perlu diselesaikan untuk kestabilan pasukan. Bek tengah perlukan seorang pendesak kepada Toure dan Agger, kerana Skrtel dan Coates nampak macam bukan pilihan utama Brendan. Bek kiri baru akan masuk namun tiada siapa tahu mungkin Seguirea atau Cissoko atau sesiapa sahaja mejadi persaingan dan alternatif buat Enrique.

Perlawanan pembukaan menemukan Liverpool dengan pasukan Stoke yang berimej baru. Mark Hughes menggantikan Tony Pulis mahu membuang nostalgia Kelab Ragbi Stoke kepada Stoke yang lebih cantik permainan kalau boleh lagi cantik dari apa yang Liverpool main. Tapi itu hanya omongan kosong, sebab majoriti pemian tinggalan Pulis masih kekal dan saya pasti mereka kekok bermain bola kerana telah biasa merembat kaki lawan. Cuma yang sedihnya Stoke kehilangan identiti dan keunikan mereka dengan menjual Rory Delap yang mampu memporak-perandakan  lawan dengan lontaran bola kedalam kotak penalti.

Adakah Liverpool bersedia dengan Stoke.Itu bkan persoalan mudah tetapi hanya Brendan yang mampu menjawapnya. Dia akan mengatur dan memberikan taktikal untuk mencari mata untuk perlawanan sulung nanti. Ingat prestasi pra-musim yang cemerlang, bukan tanda bahwa ianya mampu dibawa ke Liga. Perlawanan terakhir dengan Celtic membuatkan saya hampir membandingkan mereka dengan Stoke, nak kata serupa sangat tidaklah tetapi sistem mereka hampir serupa. Bertahan dengan seadanya dengan kerjasama bek dan midfield serta membiarkan penyerang bertubuh sasa melakukan serangan berseorangan.

Sudah dua musim Peraduan Teka keputusan meyaksikan ramai yang turut serta. Ianya bakal diteruskan lagi kerana mendapat sambutan yang menggalakkan dan diharap ramai lagi turut serta. Mari meriahkan peraduan ini kerana saya janji jika ada modal lebih, hadiah mungkin diberikan sampai pemenang ke-3. Bagi yang baru mengikuti blog ini, nak sertai mudah tak perlu nak isi borang. Bubuh saja keputusan yang anda rasa dengan jumlah gol yang tepat dan anda dikira mendapat mata.Tetapi sekadar pastikan setiap kali letak tekaan identiti mesti jelas. Walaupun guna Anonymous tapi letak nama pena, dibawah setiap tekaan dan ianya dikira layak.

Aug 15, 2013

ARNAB YANG TAMAK.



Mamat gigi arnab ini cukup cerdik. Umpan beliau mengena.Dia sanggup kekal di Liverpool kononnya kerana peminat. Padahal habuan kontrak baru untuk kenaikan gaji mesti lebih lumayan. Phui, kita boleh tengok sampai bila Drama Latin ini akan berakhir.Musim depan mesti ada bunyi lagi tak caya tengoklah.

Aug 14, 2013

SELAMAT MAJU JAYA DOWNING


Tiada silap salah Downing dengan Liverpool, walaupun harga belian menjangkau 20juta pound dengan gaji mingguan yang dileburkan sebanyak 80,000 pound. Kesilapan mutlak adalah kepada Kenny Dalglish yang memakai bulat-bulat cakap Damien Comolli tentang kehebatan bekas pemain Aston Villa itu. Pemain yang bagus dari England memang harga melampau-lampau, tapi masalahnya pemain sederhana juga harga memang tak masuk akal. Itu bukan salah Villa yang cekap berurusniaga, tapi masalah Liverpool yang terlalu tak cerdik untuk mencari alternatif lain yang lebih bagus dengan harga sebegitu ataupun lebih murah tapi stendet lebih kurang macam Downing.

Liverpool dah jadi pembekal rasmi kepada West Ham dengan Joe Cole, Andy Carroll bakal bersama-sama buat Re-union di Upton Park. Sam Allydyce mungkin nampak Downing bakal membekalkan hantaran-hantaran menarik, tetapi beliau lupa yang Daglish juga pernah bertangapan sebegitu namun apa yang dia dapat dari pelaburan besar itru adalah sebuah kehampaan. Walaupun rugi 15juta pound kerana menjual kepada West Ham dengan diskaun 5juta sahaja, namun Liverpool mengambil falsafah mudah dengan biar rugi secupak jangan rugi segantang. Pengganti Downing sudah tersedia dari akademi dengan Sterling dan Ibe nampak lebih mampu walaupun masih muda belia. Jadi saya harap takkan jadi kudis jika tiada Downing, walaupun musim lepas nampak ada sedikit peningkatan dari beliau.

Aug 11, 2013

PRA-MUSIM: LIVERPOOL 0-1 CELTIC


Kekalahan pertama dalam pra-musim setelah mengharungi 7 perlawanan sepanjang meronda di benua Asia, Australasia, Eropah dan kembali ke Anfield. Pasukan Glasgow Celtic sekarang No. 1 di Scotland setelah bekas No. 1 Glasgow Rangers, bungkus bangkrapsi dan jatuh melingkup di Liga bawahan. Namun ciri-ciri permainan mereka hanya macam West Brom dan kerana itulah pasukan kita boleh tewas dengan corak fizikal dan pertahanan yang lebih kedalam.

Nak kata kita main tak bagus tak juga namun, kepelikan sekali ialah ramai pemain utama main agak hampeh dari perlawanan lawan Valenrenga tempohari. Paling ketara ialah penyakit musim lepas masih belum terubat iaitu ketidakupayaan untuk menjaga penyerang yang mempunyai kekuatan fizikal. Mungkin gol penyerang Celtic agak bernasib baik kerana bola telah dipintas namun terbias kedalam gawang. Tapi ketidakmampuan mengekang beliau dari melakukan percubaan harap tidak berulang dalam perlawanan liga.

Disebalik sedikit kecewa, kembalinya Sturridge dari kecederaan bakal memberikan suntikan semangat untuk perlawanan Liga yang bakal bermula tak kurang seminggu lagi. Walaupun Aspas nampak lebih berkemahiran dan banyak idea, namun pilihan untuk mengetuai serangan bagi saya lebih afdal diserahkan kepada Sturridge yang banyak pengalaman. Pemain baru perlu diserapkan perlahan-lahan takut kena kejutan budaya dan tersentap semnagat dengan corak permainan agresif Liga Inggeris. 

Aug 7, 2013

PEMBUNUH UPAHAN


Pembunuh upahan jadi topik ngeri di Malaysia. Di Liga Perdana Inggeris juga apa kurangnya , bakal menyaksikan 2 pembunuh upahan dari Sepanyol datang untuk melengkapkan serangan seteru kita Man city dan Spurs. Prestasi mereka berdua amat terbaik kerana berada dalam kategori penembak tepat dan secara rilek sahaja meledakkan 20 gol lebih dalam satu musim.

Ingat lagi seblum ini, zaman Pak Rafa semasa nilai pasaran mereka berdua kurang dari 10juta pound, Liverpool buat dek sahaja padahal ketika itu peluang amat cerah nak dapat kedua-dua bekas pemain Akademi Real Madrid itu. Namun Rafa sanggup leburkan duit beli Roobie Keane yang melingkup. Mai zaman Sultan Kenny pun sama sannggup hanguskan duit jual Torres untuk beli Carroll.

Memang kita ada Aspas dan Borini dan Sturridge, namun jika nak tambah lagi penyerang baru katakan tidak pada penyerang yang kurang berkualiti depan gol ( conoth: Costa) dan pastikan beli peledak tepat yang dalam kategori 2 orang mamat diatas. Tengok carta dibawah dan saya rasa setakat ini Ruben Castro, (Real Betis), Michu (Swansea) dan Benteke (Asto Villa0 dalam kategori pemain yang kita mampu dan boleh beli dengan kurang dari 20juta pound.


Aug 5, 2013

PERSAINGAN UNTUK BEK KIRI



Pernah dengar musim ini ada pemain Kanan nak dbawa masuk untuk bersaing dengan Glen Johnson. Tiada kan, mungkin ramai boleh cakap yang diposisi kanan Kelly dan Wisdom , namun prestasi Johnson menidakkan Kelly atau Wisdom mengambil alih posisi itu musim ini. Namun diposisi belawanan bek kiri yang  di tunjangai oleh Jose Enrique, banyak pemain yang dikaitkan untuk menjadi pesaingan kepada Enrique.Ally Cisskho dari Valencia serta Lorenzo Malgarejo dari Benfica calon hangat, namun mereka bukan calon pengganti cuma pemain yang bakal dibawa untuk menambah persaingan.

Musim lepas saya pernah tulis ruangan tentang Enrique. Beliau memang bagus jika kita tengok depan TV, namun dari segi aspek kerja berpasukan dan impak beliau sebagai pemain utama, Enrique jauh dari berjaya untuk memuaskan hati Brendan Rodgers. Walaupun kerajinan serta kebagusan beliau naik menyerang, namun dalam erti kata sebenarnya tujuan beliau keatas sekadar membantu serangan tanpa sebarang impak maksimum, kerana dari 67 hantaran lintang beliau hanya 7 dikatakan berjaya dan selebihnya lintang-pukang. Kalau separuh dari 60 hantaran beliau cun, macam Fabio Aurelio buat dahulu, saya rasa kapasiti gol mesti meningkat.

Sehingga artikel ini ditulis, Enrique adalah pemain tunggal diposisi bek kiri setelah Jack Robinson dipinjamkan ke Blackpool. Kedatangan pemain untuk bersaingan dengan beliau amat perlu kerana kita boleh tengok bilamana ada persaingan, pemain lama takut tempat mereka diambil orang serta pemain lagi satu akan sedaya upaya untuk mencuri tempat pemain utama. Bagi saya amat susah nak perbaiki corak pemainan seseorang pemain waimma melalui latihan kerana faktor umur serta tabiat kebiasaan permainan beliau. Harapnya jika musim ini pesaingan yang dibawa masuk mempunyai kualiti yang setanding atau lebih baik dari Enrique, kita boleh tengok bek Liverpool akan kembali sebagai barisan kental untuk musim mendatang.

ASPAS MENGINGATKAN KITA KEPADA ....

Craig Bellamy ... mungkin Aspas jadi versi yang dipertingkatkan , lebih bersopan dan tiada kontroversi hendaknya.. Ameen.

Aug 3, 2013

PERLAWANAN TESTIMONIAL KAPTEN GERRARD

Kenapa pilih pasukan cap ayam, Olimpiakos dari Greece, bukanya Bayern Munich atau Barcelona mahupun AC Milan yang lebih sempoi untuk perlawanan penghargaan buat Kapten Mabeles kita itu. Ceritanya begini, pasukan Olympiacos ini ada sejarah dalam kejayaan Istanbul 2005 serta salah satu perlawanan dramatik hidup dan mati pasukan kita untuk layak kepusingan seterusnya dalam Liga Juara-Juara 2005. Lagi satu yang tidak dilupakan ialah gol yang paling hebat dan tak ternilai sebagai peminat Liverpool dijaringkan oleh Gerard.




Liverpool membenam Olympiakos 2-0 hasil jaringan Joe Allen dan Jordan Henderson. Nak tulis panjang pun tak guna sebab tengok perlawanan. Namun setakat ini Liverpool tidak kebuntuan gol disamping belum lagi bolos.14 hari lagi perlawanan bakal berlangsung dan diharap persiapan yang sempurna ini menjadi titik tolak Liverpool untuk mencabar pasukan kumpulan teratas musim baru ini.

Gol Joe Allen




Gol Henderson

DIEGO COSTA DIGOSSIPKAN KE ANFIELD ?



Semak kepala dengan karenah Suarez, mungkin Brendan cuba mendapatkan penyerang lagi sementara stok masih ada. Sekarang Liverpool dah ada 4 penyerang utama termasuk Suarez. Memang secara idealnya 4 orang dah cukup kerana jika berlebihan pasti ada yang merungut akibat persaingan terlalu besar. Jika benar Diego Costa atau sesiapa sahaja yang bergelar penyerang dan bermain atas sekali dan reti masukkan bola kedalam jaring lawan, sedang dalam proses pembidaan, maka benarlah yang Suarez akan melingkup sebelum bulan September menjelma.

Namun jika nak jual pemain kontroversi yang nak dibeli pun perangai Anak Hantu juga. Saya maksudkan Diego Costa. Walaupun individu ini nampak hebat di atas padang namun perangai buruk beliau begitu ketara pailangnya. Meludah penonton, menyiku lawan serta hantuk kepala serta banyak lagi perangai samseng budak Brazil ini. Saya tak mahu pemain hibrid Joey Barton dan El Haji Diouf menjadi pemain pengganti Suarez. Sudah cukup sudah Liverpool menanggung azab cercaan untuk melindungi pemain perangai hampeh,  tengok lah nanti macam melepaskan anjing tersepit bila kaki dah sihat, telur tuan kena gigit.

Carilah alternatif lain dengan jumlah 20juta itu. Ramai lagi diluar sana pemain yang lebih bersopan dan mantap walaupun muka mereka hitam legam macam Bilal Bin Rabbah.Dan saya harap bidaan pemain ini sekadar hangat-hangat taik ayam, sebab menurut pihak Atletico Madrid mereka belum terima bidaan rasmi. Yang tak rasmi mungkin disebabkan ejen Costa yang membuat spekulasi dek kerana kliennya dah panas pungkur tiada tempat dalam kesebelasan utama dengan kedatangan David Villa dari Barcelona. Lagipun tak berbaloi dengan harga jika tengok statistik dibawah.


Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails