Sep 30, 2013

LIVERPOOL 3-1 SUNDERLAND

Suarez meraikan sempena kelahiran anak ke-2.

Peminat Liverpool berhak untuk gembira dan meraikannya. Apa taknya seteru kita, Man U tewas mengejut dan begitu jiran mereka Man City. Dan semalam dengan kemenangan dengan Sunderland pasukan kita melonjak ke posisi ke-2. Walaupun perjalanan masih panjang dan banyak likuan yang menanti, saya terasa Liverpool sedang meranngkak dengan berhati-hati dan tak mahu mengulangi kesilapan lampau apabila prestasi sedang nampak melonjak dan jika silap langkah takut jatuh tertungging. 

Saya suka dengan perancangan Brendan menggunakan kekuatan Liverpool sama macam lawan Man U tempohari. Walaupun tewas, tetapi pemain masih mencari kesefahaman untuk main dengan sempurna. Dengan tenang, percubaan bermain dengan 3-4-3 tak nampak janggal langsung, malah nampak serasi dengan pasukan sedia ada. Ialah, kalau ada Coutinho dan Johnson, jangan haraplah kita nak ubah dari formasi kegemaran  4-2-3-1. Itapi itulah rahmat dari musibah, Brendan sudah belajar bagaimana hendak sediakan pasukan yang konsisten dan membuang ego dan segalah falsafah yang ntah-apa-apa, kerana realtinya main seksi tak guna jika dapat 0 mata.

Dalam bolasepak hukumnya mudah, jika kamu tidak bolos peluang untuk menang cerah. Itulah ceritanya apabila Reformasi awal musim, menambah bilangan bek serta membeli goli baru nampak ada labanya. Sejak pemergian Hyypia, kekebalan pertahanan menjadi satu kebebalan. Pengganti Hyypia dah ditemui, dan Sakho yang nampak gugup awal penampilan semakin mengganas dengan corak permainan agresif dan banyak memenangi pertarungan diudara. Begitu juga Toure yang nampak sangat lincah padahal sudah melepasi 30an. Kombinasi mereka dengan Skrtel membuatkan Sunderland hilang punca untuk mencari lubuk gol walaupun diawal permainan mereka menggulungi penguasaan bola.

Kelemahan sistem Sayap-Belakang (Wing Back), adalah bila Enrique dan Henderson diasak pemain sayap Sunderland, bek kiri lawan juag turut membantu beri tekanan berganda disayap. Ginecherini dan Adam Johnson, nampak merbahaya dengan banyak kali berpeluang melakukan hantaran lintang merbahaya. Sebab itulah kita tengok Sunderland main cukup berbeza kini dan nampak menggunakan kekuatan semualjadi  mereka. Walaupun bek kanan dan kiri mereka sebenanrnya bermain diluar posisi kerana mereka berdua pemain tengah asalnya.

Sebab itulah gol terhasil bukan kerana pasukan kita serang gila-gila sangat. Dalam situasi biasa Sunderland main letak bas depan kubu, nak sumbat gol camna. Gol pembukaan pun masuk hasil sepakan penjuru, itupun Sturridge terpaksa gunakan lengan sedikit. Kiranya Tuhan bayar tunai kes bola pantai musim sebelum ini. Gol kedua pula hasil gerakan bijak Kapten untuk menghantar jauh sayap dengan larian Sturridge mengheret bek Sunderland dari alpa yang Suarez bagaikan buaya lapar menjolok gol mudah sambil meraikan gol sempena kelahiran anak kedua beliau. Gol ke-3 dan kedua buat Suarez adalah sekali lagi hasil gerakan bijak rakan penyerang Sturridge yang memang tidak tamak seperti sebelumnya.

Permainan serangan balas nampaknya amat serasi dengan Liverpool. Kepantasan aset utama, tetapi membuat keputusan yang tepat dalam situasi yang terbaik adalah kekuatan yang ditonjolkan oleh trio serangan. Walaupun Moses nampak masih tak menonjol dia menjadi pelakon pembantu untuk 2 watak utama. Permaianan saling umpan-mengumpan sesama mereka adalah kunci utama kejayaan. Kalaulah salah seoarang busuk hati dan tamak untuk mencipta nama sebagai penyerang utama untuk menonjolkan siapa lebih hebat. Lingkup punah kita malam tadi kalau itu berlaku.


Mignolet nampak kekok malam tadi. Walaupun menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya namun ada sesuatu yang membuatkan beliau hilang fokus dalam suatu ketika. Kepulangan beliau ke Stadium of Light, berhadapan dengan bekas rakan sepermainan musim lalu mesti ada sedikit rasa janggal. Gol Giancherini bukan salah beliau tetapi, dia hanya mampu menepis dan melihat lawan menrpa untuk menyudahkan gol. Inilah kali pertama Livepool tewas kepada gol terbuka, dan harap yang terakhir hendaknya.

Disamping itu jangan lupa, Liverpoofc ada satu lagi pasukan lain yang hebat. Pasukan bolasepak wanita mereka telah berjaya menjadi Juara FAWSL iaitu juara Liga Profesional di England. Menewaskan Bristol Rovers dalam final. Dengan itu juga Liverpool telah menamatkan penguasaan pasukan Wanita Arsenal.

Sep 29, 2013

SUSO YANG TERBAIK


Kebetulan saya sempat tengok perlawanan Almeria lawan Barcelona malam tadi. Kalau tak kerana Suso main, nak kebulur nak layan perlawanan berat sebelah itu. Bukan saya komen pasal keputusan perlawanan itu, tapi strategi beli/jual/pinjam pemain dalam perpindahan lalu. Brendan nampak ada sedikit khilaf dimata saya mengenai penjualan Shelvey dan pinjam keluar Suso, dengan membiarkan hanya Coutinho sebagai perancang utama. Sepatutnya Shelvey dipinjam keluar sahaja dan Suso kekal sebagai bekap kepada Coutinho.

Saya teruja tengok Suso yang begitu berkeyakinan tinggi menggelecek pemain Barca dengan lenggok macam penari Tango. Sepanjang beberapa bulan di La Liga, Suso dah jadi bualan dengan persembahan mantap dan menjadi pemain paling banyak menggelecek dengan sukses. Benda dah lepas, nak panggil balik memang tak boleh sebab dengar kata syarat pinjaman tak ada klausa panggil pulang. Jadi harapnya musim depan Suso bakal pulang dengan semangat baru dan juga menjadi pemain yang lebih matang. Buat masa ini pasukan Almeria akan jadi pasukan angkat saya dalam La Liga. Ini Suso punya pasal.

Sep 28, 2013

LIVERPOOL LAWAN SUNDERLAND


Hanya terpisah 2 mata dari pendahulu Arsenal, tak membuatkan Liverpool tersasar jauh dari permulaan terbaik . Cuma dua kekalahan terakhir sedikit mengejutkan. Bedah siasat telah dilakukan dan punca telah dikenalpasti, namun apakah langkah pencegahan telah diambil Brendan untuk menghadapi pasukan Sunderland yang mempunyai semangat baru setelah memecat pengurus mereka, Paolo Di Canio, selepas perlawanan dengan WBA.

Pengurus sementara Kevin Ball, telah berjaya menyatupdukan pasukan. Memang betul Sunderland jadi teruk kerana ada komplot untuk menjatuhkan bekas Pengurus Diktator mereka, dan mereka berjaya dalam misi itu. Kini Sunderland tanpa Di Canio bagi saya amat lain dan perlu dipandang serius kemampuan mereka. Perlawanan Piala Liga baru-baru ini membuktikan Sunderland mampu bermain baik serta mencapai kemenangan walaupun lawan mereka sekadar pasukan Divisyen 1, Peterborough.

Eksperimentasi formasi 3-4-3 ketika lawan Man U, adalah penerapan taktikal yang positif kerana pasukan kita ramai pemain pertahanan dari pemain serangan. Walaupun ianya masih memerlukan keserasian antara trio serangan Sturridge-Moses-Suarez, namun barisan pertahanan yang juga bertiga amat utuh untuk diceroboh serangan lawan secara bersemuka. Kebolosan kita hanya melalui sepakan penjuru dan ianya hanya ketidaknasibbaik pasukan kita dan kebijakan lawan yang pandai mencuri peluang.

Kita amat berharap badi Sunderland dengan Suarez masih kekal. Menurut rekod, 5 kali Liverpool bertemu Sunderland, Suarez tak pernah terlepas untuk merobek jaring lawan dalam 5 pertembungan sebelum ini. Mignolet dan Henderson akan pulang menentang bekas majikan mereka dan saya harap mereka jangan malu alah untuk memastikan majikan lama mereka bungkus. Cuma apa yang penting ialah memanafaatkan peluang yang terhidang dan berterus-terusan mendominasi perlawanan tanpa perlu bermain selamat jika sekadar mendahuli dengan jaringan tipis.

Sep 26, 2013

PIALA LIGA:LIVERPOOL 0-1 MAN UNITED



Dua kali tewas kepada lawan EPL Southampton dan Man U, adalah dari sepakan penjuru. Dalam keadaan kelamkabut siapa nak jaga siapa, gol Cicakrito terhasil kerana Enrique tidak mengejar penyerang Man U itu ketika bola sampai kedepan kakinya. Anggapan saya juga Enrique ingat Kapten Gerrard berjaya menanduk keluar bola dari penjuru tapi terkantoi kerana salah bajet.



Permainan dah cantik dan teratur, dan kita main dengan hampir barisan terkuat, walaupun tanpa Johnson, Coutinho dan Agger. Nak kata tak bernasib baik mungkin itu isu lapuk tapi Suarez, Henderson dan Moses masing-masing ada peluang untuk jaringkan gol. Man U patut berterima kasih kepada goli mereka De Gea kerana tak kerana beliua mungkin pasukan kita boleh lanyak Man U.

Suarez nampak berkarat kerana banyak kali gerakan dan hantaran cantik rakan dia tak mampu lalukan seperti Suarez yang kita lihat musim lepas. Apa yang saya perhatikan Gerarrd dan Sturridge nampak begitu kepenatan dan ini menjejaskan permianan mereka. Mungkin Brendan taida pilihan kerana tiada bekap yang ideal serta boleh diharapkan. Nasib baiklah kita tak terbabit dengan perlawanan di Eropah, kalau tak risiko kecederaan mungkin menanti.

Keputusan tak menggambarkan prestasi kita keseluruhannya. Namun ada sedikit kebimbangan  yang mana pasukan kena perbaiki kebolosan dari sepakan penjuru. Masalah rantaian antara penyerang dan pemain tengah amat terasa dengan ketiadaan Coutinho. Lagi satu dalam keadaan kita mengasak dikubu lawan gerakan terakhir dan penyudah amat tumpul mungkin terlalu mengharapkan Sturridge dan sekarang Suarez.. Harap perkara ini diperbaiki untuk perlawanan akan datang

Sep 25, 2013

PIALA LIGA : LIVERPOOL LAWAN MAN U

Kredit to 
Jangan ingat Piala Liga ini tak bernilai. Inilah satu-satunya medal yang cuba direbut bukan sahaja oleh Brendan  Rodgers tetapi David Moyes dari Man U. Kita boleh tengok betapa seriusnya Brendan nanti begitu juga Moyes dengan meletakkan majoriti barisan terkuat mereka, tapi taklah sampai kesebelasan utama sekaligus. Bagi pihak kita yang melawat mungkin kurang sedikit tekanan, tapi sekarang debaran mungkin bagi pihak Moyes dan anak buahnya. Kiranya dengan menjadi pasukan bukan pilihan kita harap taklah main terlampau gabra.

Pasukan kita mungkin kena rehatkan Kapitan Gerrard dalam perlawanan ini. Masa lawan Southampton dia dah nampak semput dan kehabisan oksigen. Tenaga dia dah tak macam dulu dan walaupun betapa pentingnya perlawanan dengan Man U nanti jangan ambil risiko demi untuk kelangsungan masadepan. Henderson kan ada, apa masalahnya cuba letak pemain yang mempunyai tenaga luar biasa ini bergandingan dengan Lucas atau Allen. Kalau Brendan mahu berujikaji dia boleh gunakan Toure atau Sakho main sebagai pemain tengah bertahan atau Libero ala Jerman.

Barangkali jika betul apa yang saya dengar Tiago Llori akan bersama pasukan untuk penampilan sulung. Dia mungkin main bek kanan kerana pilihan untuk bek tengah dah terlampau ramai. Dan juga Luis Alberto bakal diberi peluang untuk main diposisi tengah menyerang, sama ketika lawan Southampton. Sterling atau Ibe akan main di sayap kanan atau kiri untuk bermain corak serangan balas adalah pilihan selamat. Sturridge juga perlu masa rehat dan Suarez akan menjadi tonggak utama nanti.

Menang atau kalah bagi saya bukan satu yang perlu dirisaukan. Brendan boleh gunakan pentas di Old Trafford sebagai medan ujian serta mengetenghakan pemain muda dan baru untuk melihat kebolehan mereka.  Man U yang bungkus kepada Man City mungkin cuba sedaya upaya membalas dendam. Jadi itulah yang bakal membuatkan siapa yang tak tengok perlawanan itu nanti akan kerugian kerana Saurez akan kembali dan pemain Man U akan cuba cari pasal lagi dengan beliau. Nantikan apa insiden dan drama yang bakal berlaku di Old Trafford nanti.

Sep 24, 2013

KEMBALINYA SANG ADIWIRA


Suarez pernah ambil buat onar pelbagai dengan Liverpool. Sejak ke EPL segala kehebatan beliau akan menaikkan nama Liverpool, namun pada masa yang sama beliau juga menconteng arang kemuka Liverpool. Ramai yang berharap beliau insaf dari segala kontroversi selepas ini, tapi saya masih tak percaya sisi gelap beliau akan lenyap begitu sahaja sejurus penggantungan tamat. Pemain yang komited dengan bolasepak macam Suarez punyai kegilaan untuk memberikan lebih dari 100 persen. Jika kegilaan beliau diluar kawal akibat provokasi lawan, kita boleh tengok bukan setakat digigit, silap-silap jadi Hanibal Lector pula.

Brendan Rodgers mungkin harus diberi pujian kerana berjaya mengekalkan Suarez. Cuma belum tahu sampai bila dia masih boleh tahan Suarez. Ambisi Suarez kita tahu, dia mahu bermain dengan pasukan elit dan Liverpool masih jauh untuk berada dikelompok itu dan walaupun masih berusaha kearah itu. Saya nak tengok bagaimana Brendan nak motivasikan Suarez sehingga akhir jodoh Suarez dengan Liverpool. Walaupun setiap kali perlawanan Liverpool, Suarez nampak tekun memerhatikan pasukan, saya tak pasti beliau masih berselera atau sekadar memerhatikan dengan sinis.

Saya buat contoh Coutinho tidak cedera dan Liverpool masih berada dihadapan dengan 15 mata, adakah anda anggap Brendan terhegeh-hegeh dengan Suarez. Saya masih ingat lagi yang Brendan ada komen yang Suarez mungkin kena buktikan diri dan kena bersaingan untuk tempat. Lawak betol dengan komen itu. Apa Brendan ingat peminat buta dan tak reti menilai walaupun kami hanya tengok perlawanan di Astro dan Brendan boleh kata hari-hari dok melatih Suarez. Kalau Brendan ada penyerang macam Falcao atau Higuain memang saya rasa Suarez kena buktikan diri, tapi realitinya nak buktikan dengan siapa, Aspas?.

Apa yang saya nak bagitahu ialah suka atau tidak, benci atau rindu, Suarez pastinya akan kembali dalam pasukan seperti sebelum ini dan menghangatkan kembali dunia EPL. Disaat ini saya yakin majoriti peminat dah boleh lupakan perangai beliau yang lepas-lepas. Lembaran baru akan bermula dengan Man U dalam Piala Liga nanti. Saya tak harap sangat dengan perlawanan merebut piala itu,tapi khidmat Suarez lebih diperlukan untuk perlawanan Sunderland hujung minggu ini. Lagipun Sunderland adalah pasukan feberet yang Suarez selalu balun.

Sep 22, 2013

LIVERPOOL 0-1 SOUTHAMPTON


Keputusan mengejutkan Brendan Rogers letak 4 bek tengah dalam satu pasukan adalah satu kemusyiklan yang perlu diperjelaskan kepada umum. Kita tahu Toure dan Sakho boleh main diposisi bek sisi, namun ianya sekadar pelu jika ada kecemasan. Macam saya lontarkan sebelum ini, ada baiknya main 3-5-2 untuk memberikan keseimbangan dengan kecederaan minor Enrique disaat akhir. 

Brendan memerlukan minit ke-70 untuk melakukan pertukaran ideal padahal dia boleh lakukan sebelum sepak mula lagi. Paling menonjol ialah Aspas yang paling tak berguna langsung sejak diperkenalkan semasa lawan Stoke lagi. Buat kesilapan adalah kerja manusia, tapi belajar dari kesilapan kes Borini musim lepas, itu menampakkan Brendan masih belum dikategorikan pengurus yang hebat.

Memang telahan saya yang ketiadaan Coutinho membawa malapetaka. Kekesalan memang buang masa, tapi alternatif pengganti beliau langsung tiada dan meletakkan Aspas sebagai galang gantinya dengan berharap Aspas memain peranan yang seakan Coutinho umpama harap masuk lumba kuda tapi tunggang kaldai. Aspas tak bersalah tapi orang yang beli dan turunkan beliau itulah yang kena tanggungjawab.

Kadangkala nak salahkan Gerrard kerana ketidakupayaan memberikan contoh dan semangat kepada rakan kerana sendiri main hampeh pun tak boleh juga. Kuda tua sebegitu bila berganding dengan Lucas yang makin merosot, maka lagi tenggelam dan hilang punca jadinya. Henderson dan Allen boleh main diposisi tengah tapi untuk jadi teraju utama macam Gerrard-Lucas saya tahu kita semua dah tengok mereka berdua tak mencapai KPI yang diharapkan.

Pengadilan yang hina bila kita dua kali peluang untuk penalti tidak diberikan. Mutu pengadilan adalah faktor tak langsung tapi ianya mungkin merubah keputusan jika protes berterusan dilakukan. Bab ini Brendan perlu belajar cara Ferguson, bukan membeli pengadil, tapi harus komplen berterusan kerana corak permainan pasukan kita yang suka memegang bola bakal terjejas jika pengadil bersikap lepas tangan.

Mignolet adalah hero malam tadi,tapi bila Brendan mahu dia main macam Reina, saya anggap itu bukan satu kewajaran. Pengurus yang bijak perlu gunakan pemain dengan kekuatan mereka, bukan ambil risiko untuk menerapkan sesuatu yang diluar kemampuan pemain itu. Saya kira pengurus Southampton memang bijak dengan suruh penyerang mereka mengacah setiap kali Mignolet pegang bola.

Kembalinya Suarez dalam pasukan bukan setakat dialu-alukan tapi Brendan memang tiada pilihan lain. Mahu tidak mau dai kena gandingkan Suarez dengan Sturidge sebagai penyerang kembar, bukan meletakkan salah seorang mereka sebagai pemain sayap atau diposisi yang lebih kebawah. Perlawanan dengan Man U dalam Piala Liga rabu ini bakal menyaksikan kembalinya Suarez dari penggantungan dan saya harap ianya bakal memberikan nafas baru kepada pasukan yang lesu sejak ketiadaan beliau.

Sep 20, 2013

LIVERPOOL LAWAN SOUTHAMPTON


Semasa lawan Swansea, setelah Coutinho keluar habis cacamarba Liverpool, apatah lagi ketiadaan beliau selama hampir 10 minggu lepas ini. Setakat ini tiada pengganti terus bagi beliau namun, rombakan formasi dan taktikal pastinya perlu untuk mengimbangi kehilangan pemain harapan itu. Saya hanya nampak Liverpool memerlukan mobiliti dihadapan Kapten Gerrard dan Lucas kerana mereka terlalu statik dan jawapannya Henderson atau mungkin Luis Alberto kalau Brendan mahu kekalkan formasi sebelum ini. Sayang sekali Suso dipinjam keluar, kalau tak mungkin dia calon cocok.

Kembalinya Toure mungkin juga akan memberikan pandangan lain untuk persiapan menentang Southampton besok. Saya harap formasi 3-5-2 digunakan untuk memaksimumkan kekuatan dibelakang kerana Skrtel yang bermain baik tak mungkin digugurkan apatah lagi Sakho yang menampakkan kecemerlangan ketika lawan Swansea. Toure dalam pada itu amat diperlukan untuk memberikan ketenangan dan menguruskan organisasi dibahagian pertahanan. Mengapa mahu kurangkan pemain tengah dan meramaikan pertahanan? Konsep itu bukan saing bagi Liverpool kerana pemain macam Toure dan Sakho mampu bermain hantaran pendek dan tiada masalah untuk meneruskan permainan seperti sebelum ini. Namun 4-5-1 dengan meletakkan Toure disebelah kanan juga mungkin formasi selamat kerana Wisdom nampak goyah sepanjang perlawanan dengan Swansea.

Dengan Southampton kita mungkin boleh pandang sebelah mata dengan skuad kendalian Mauro Pocchetino ini. Tetapi jangan lupa musim lepas pasukan Southampton langsung tak berikan peluang kepada kita membuli mereka. Kita hanya menang tipis 1-0 di Anfield tapi bila bertandang ke St Mary, pasukan kita dimalukan dengan keputusan tewas 3-1. Taktikal yang berbeza dengan lawan Swansea perlu digunakan sangat penting kerana Southampton main hantaran tepat tanpa ketenangan dan akan melakukan serangan pantas menggunakan 3 trio serangan yang diketuai Ricky Lambert, anak jati Liverpool yang nampak kekuatan utama Southampton.

Apa yang penting Liverpool perlukan serangan berterusan untuk kekalkan momentum bukannya main cantik separuh pertama dan main bertahan dengan pendahuluan tipis diseparuh kedua. Pasukan kita kena membunuh permainan dengan sekurang-kurangnya 2 gol barulah taktik untuk nampak selesa dan barulah memikirkan untuk simpan tenaga dan main dengan tempo yang lebih perlahan. Macam komen seorang rakan yang bolasepak Liga Inggeris bukan boleh dijangka. Pasukan kerdil main dengan jiwa yang besarm, sebab itulah Brendan perlu lihat kudis dikaki sendiri daripada dok cari panau kat badan badan lawan.

Sep 19, 2013

ANALISA LENGKAP : LIVERPOOL 2-2 SWANSEA


Kecederaan menyaksikan Brendan Rodgers membuat beberapa perubahan besar kepada kesebelasan utama daripada tiga perlawanan sebelum ini. Andre Wisdom mengambil alih tugas Glen Johnson yang cedera sebagai bek kanan, Martin Skrtel mengekalkan tempat selepas prestasi yang begitu dominan menentang Manchester United dan bergandingan dengan Mamadou Sakho selepas kecederaan "aneh" tulang rusuk Daniel Agger yang tertimpa besi angkat berat dalam Gim. Simon Mignolet dan Jose Enrique kekal diposisi masing-masing sejak dari awal musim.

Di bahagian tengah, Steven Gerrard dan Lucas calon otomatik ( mana ada calon lain dah) , manakala Jordan Henderson mengambil peranannya di sebelah kanan sayap. Dalam perubahan yang menarik, Rodgers menepati janji dalam manifesto sebelum ini untuk memberi Philippe Coutinho peranan penting sebagai perancang utama ditengah dan dengan berbuat demikian Victor Musa @ Moses yang baru dipinjam dari Chelsea diperkenalkan untuk main disayap kiri. Daniel Sturridge yang klepet tugasan England kembali sihat menerajui serangan secara solo.

Oposisi pagi tu Swansea dengan pengurus mereka, Michael Laudrup memperkenalkan pasukannya dalam fesyen yang agak sama. Ini bukan kebetulan keana Swansea dan Liverpool adalah kembar siam kerana semenjak BrendanKesebelasan yang kekal dari perlawanan dengan WBA, Michel Vorm, Angel Rangel, Chico Flores, Ashley Williams, dan Ben Davies. Bahagian tengah Leon Britton dan Jonjo Shelvey, manakala blok bilik enjin yang menyokong penyerang ialah trio Nathan Dyer, Michu, dan Wayne Routledge. Wilfried Bony menerajui unit menyerang dan bergerak secara solo.

Separuh masa pertama:


Walaupun nampak formasi sama, aplikasi yang berbeza dibahagian tengah dan kanan adalah kunci utama separuh pertama. Henderson yang bermain disebalah sayap kanan berfungsi sebagai pemain yang mengasak dari atas, berbanding dengan Nathan Dyer lebih skema menyerang dari sayap. Juga, pembandingan antara Coutinho dengan Michu umpama Tosai dan Capati, kedudukan yang sama tapi peranan dan corak permainan jauh berbeza . Coutinho bebas bergerak dari pelbagai arah menjadi rantaian antara pemain bahagian tengah dengan menyerang, manakala Michu sebagai memberi sokongan untuk penyerang dengan bergerak masuk keposisi serangan acapkali bila Bony dikunci oleh pertahan lawan.

Kesan perbezaan ini yang buatkan Liverpool mengawal permainan untuk sepanjang separuh pertama (memiliki 52% penguasaan bola) manakala Swansea memberikan ancaman melalui serangan balas. Statistik serangan sepanjang separuh pertama, seperti berikut 10 percubaan, 6 tepat ke sasaran bagi Liverpool, manakala 8 percubaan dan 4 ketepatan bagi Swansea. Permaian mnyempit ke tengah Henderson berbanding kedudukan melebar ketepi dan kedepan oleh Dyer telah memberikan Liverpool kakitangan tambahan di bahagian tengah. Kelebihan ini dinasitambahkan lagi oleh Coutinho ini ditengah sebagai peamin ortodok 10 berbanding peranan penyerang sokongan yang dimainkan oleh Michu.

Bermain 90 minit penuh (sepertiga terakhir sebagai penyerang utama), Michu menyudahkan 20 dari 24 hantaran dan 6 kali percubaan. Coutinho, bermain sekitar 55 minit, melakukan 37 dari 42 hantaran, dengan dua percubaan . Untuk lebih memahami peranan Coutinho, kita lihat pada gabungan untuk corak hantaran. Beliau paling menerima bola dari Lucas (14 kali) dengan Henderson kedua (7 kali). Beliau kemudian memainkan bola untuk Sturridge (7 kali) Gerrard, Henderson, Lucas (6 kali), dan Musa( 5 kali). Jelas sekali, Michu lebih tertumpu menyerang terus dan Coutinho membahagikan tugasan ditengah dan memmbantu serangan sebagai sebahagian permainan beliau.


Separuh Masa Kedua:



Walaupun hanya ketinggalan 2-1, Laudrup tidak panik untuk mengatasi kekuatan serangan Liverpool. Bak kata pepatah Metallica, dia tak memadamkan api dengan api, (fight fire with fire), sebaliknya, beliau secara proaktif menggantikan De Guzman dengan Dyer, yang meniru peranan yang dimainkan Henderson tetapi nampak lebih komprehensif. Walaupun dibahagian sayap, de Guzman berkeliaran di seluruh kawasan tengah keseluruhan untuk beri kesan yang besar dan melihat Swansea merampas kawalan bagi separuh kedua secara keseluruhan ( keseluruhan dengan penguasaan 58% bangkit dari 48% pada separuh masa ).

Sekarang, kita semua dah tahu pasal taktikal bertahan kedalam lubuk sendiri dalam percubaan untuk mengekalkan jaringan pendahuluan yang tipis. Tak seperti perlawanan sebelum ini di mana gaya yang lebih defensif membuahkan hasil dengan kawalan ketat dikawasan sendiri, separuh kedua Liverpool terlalu terburu-buru untuk mengekalkan keputusan 2-1. Pertukaran bijak Laudrup separuh masa kedua membantu untuk memenangi pertempuran ditengah , tetapi tiga faktor lain juga bagi pihak Liverpool juga memainkan peranan yang besar.

Pertamanya, ketiadaan Daniel Agger. Walaupun pembelian Sakho adalah tersangat osem , Kehilangan Agger dari kesebelasan utama teramat dirasai. Statistik Sakho adalah mantap untuk kedua-dua ciri pertahanan - 2 dari 3 bentesan, 15 dari 15 pengeluaran bola dari kawasan bahaya 10 darinya tidak kepada lawan. Kerana begitu selesa memegang bola , 40 dari 42 hantaran tepat menampakkan kualiti seakan Agger. Mungkin tak pandai Bahasa Inggeris menghadkan keupayaan beliau untuk membentuk organisasi pertahanan. Kekhilafan beliau meluru masuk membuatkan Shelvey menjaringkangol serta ketika mengejar Bony ketengah membuatkan Michu mencilok kedalam untuk penyamaan.

Kedua, sekali lagi pepatah Metallica, sedih tapi benar (Sad but true) mengatakan yang sang Kapten Steven Gerrard mempunyai permainan yang sangat longlai ( Lucas pun sama). Ianya berkaitan dengan banyak buang masa dan tenaga bermain dengan England mungkin, Gerrard hilang sepenuhnya pengaruh yang diperlukan untuk mengawal keadaan pada separuh kedua. Dia mampu melakukan hantaran dengan ketepatan 30 dari 35 dalam separuh pertama dan hanya 13 daripada 19 dalam 45 minit terakhir. Liverpool memerlukan Gerrard untukkebangkitan seperti malam Istanbul 2005 tetapi apakan daya Shelvey yang mencuri tumpuan dari kesilapan separuh pertama dan menjadi hero untuk Swansea akhirnya.

Akhir sekali, faktor keluarnya Coutinho yang diterjah Ashley William. Mungkin ianya tak disengajakan atau memang ada arahan dari kem Swansea untuk melingkupkan pemain yang merencakan setiap pergerakan Liverpool. Ketika masih mempunyai baki 35 minit, kita kehilangan pemain yang teramat penting, Rodgers melakukan pertukaran kurang bijak dengan memasukkan Iago Hampas, yang bukan menstabilkan keadaan tapi sebaliknya. Kalau dalam keadaan ini, paling cikai pun kalau Allen ada, dia mungkin membantu pasukan dengan hantaran selamat dan menggandakan kekuatan pemain tengah. Kebijakan Laudrup dalam perlawanan ala main catur ini dengan menggantikan Bony dengan pemain tengah Alex Pozeulo untuk memastikan mereka menempek lebih ramai kakitangan dibahagian tengah untuk menguasai permainan.

Kesimpulannya kesemua faktor yang dinyatakan diatas menunjukkan bahawa pasukan Itik memang dah melingkup seawal 45 mini tetapi bangkit selepas itu dan Liverpool cuba bermain secara selamat untuk separuh keduanya. Sebagaimanapun keputusan dengan membawa balik satu mata tidaklah seteruk mana, walaupun dalam satu keadaan pasukan kita mendahului. Memang sebelum ini pasukan kita berjaya mengekalkan pendahuluan, tapi dalam keadaan 2-1 ianya bukan selamat untuk pasukan kita kerana setiap kesilapan akan dihukum oelh lawan yang pandai mengambil peluang. Persediaan awal taktikal Rodgers adalah sangat baik, tetapi dia ditewaskan oleh percaturan lebih bijak Laudrup dengan memasukkan de Guzman. Lebih memburukkan keadaan Brendan memberikan peluang kepada laudrup dengan memasukkan Aspas untuk Coutinho. "Chekmate"

Sep 17, 2013

LIVERPOOL 2-2 SWANSEA


Jonjo Shelvey menjadi madu dan racun untuk Liverpool dan Swansea pagi tadi. 4 gol yang dijaringkan kedua-dua pasukan secara langsung membabitkan kecemerlangan dan kelemahan beliau. Sebab itulah laudrup masih mengekalkan Jonjo atas padang dan memasukkan Guzman untuk menolak jonjo lebih keatas membantu serangan. Taktikal itu memang cocok dan menguatkan Swansea yang menguasai separuh kedua,setelah separuh pertama dikuasai Liverpool.

Penampilan Moses memberikan impak positif kepada pasukan. Gol beliau amat menarik dan beliau membuatkan bek kanan Swansea tak senang duduk sepanjang perlawanan. Dengan gaya permainan lincah dan pantas, dia amat cocok bergandingan dengan Enrique. Manakala lain pula dengan Sakho, saya lihat beliau dalam kategori OK, nak kata bagus sangat pun tidak, nak kata hancur jauh sekali. Sakho agak gopoh dan suka meluru dan terjun untuk melakukan terjahan. Tapi dengan kehebatan diudara yang ditunjukan beliau,aspek itu bakal membuatkan Sakho tiada masalah menyesuaikan diri di Liga Inggeris

Kecederaan Coutinho tak diketahui sejauh mana teruknya. Nampak gaya macam kecederaan bahu. Kalau terseliuh mungkin tak lama cuti sakitnya. Tapi kalau bahu patah selalunya berbulan-bulan baru nak sembuh. Salah satu faktor yang membuatkan pasukan kita mandul diseparuh kedua disebabkan ketiadaan Countiho dan pengganti beliau Aspas nampak tak memberikan impak dan peranan sebagai penggerak serangan. Ketiadaan Coutinho pasti memberikan masalah untuk Liverpool sementara menunggu Suarez kemabli dari penggantungan.

Kebolosan Liverpool bukan salah Skrtel atau Sakho sepenuhnya tetapi corak permainan yang teramat bertahan dan membuka peluang bagi lawan mencuba nasib mencari gol penyamaan. Dengan Man U mungkin taktik itu berhasil, tetapi kali ini nasib berbeza kerana lawan mempunyai taktikal mantap dan pemain yang lebih kreatif. Silapnya mungkin tak ketara kerana unit pertahanan kita bekerja keras sampaikan Skrtel hampir cedera menyelamatkan gawang dari dibolosi oleh Bony.

Tak kisahlah sekadar pulang dengan 1 mata namun pasukan kita masih belum tewas dan mendaului carta Liga. Sturridge masih menjadi pemangsa yang hebat depan gol dan penampilan terbaik untuk Moses dan Sakho. Lagi satu kembalinya Toure pasti menghangatkan pemilihan untuk calon bek tengah nanti. Tetapi dalam pada itu kecederaan menimpa Coutinho buat kita pecah peluh kerana Aspas masih hampas dan Brendan mungkin terpaksa merombak formasi atau apa saja bagi membolehkan ketiadaan Cotuinho tak menjadi masalah bagi kita dalam perlawanan mendatang.

Sep 14, 2013

LIVERPOOL LAWAN SWANSEA


Minggu perlawanan antarabangsa dah tamat. Majoriti pemain Liverpool yang beraksi bersama skuad kebangsaan mereka pulang tanpa membawa sebarang kecederaan. Memang kebanyakan pengurus kelab teramat susah hati kerana kadang-kala jurulatih negara tidak memperdulikan repot kecederaan yang dikeluarkan oleh kelab dan menggunakan juga kederat pemain tanpa memikirkan risiko yang bakal ditanggung oleh kelab terhadap bahaya kehilangan pemain akibat kecederaan jika berlaku dalam tempoh perlawanan antarabangsa berlangsung. Nasib baiklah pemain kita yang masih 50-50 tak dipanggil oleh negara masing-masing.

Rehat selama seminggu terkadang membantutkan momentum kecemerlangan pasukan. Banyak kali ini terjadi kepada pasukan kita. Saya masih ingat musim 08/09 dimana Liverpool sedang mendahului Liga, kecederaan melanda Torres dan beberapa pemain utama selepas mengakibatkan pasukan kita tewas dalam perlumbaan merebut takhta kejuaraan kepada Man U. Perlawanan dengan Swansea ditempat lawan akan menguji prestasi pasukan kita samada mereka mampu meneruskan kecemerlangan bulan Ogos hinggakan Liverpool membolot anugerah Pengurus dan Pemain Terbaik bulanan. Berada dikemuncak Liga awal musim bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan tetapi itu adalah motivasi positif untuk pemain.

Ketiadaan Bek Kanan utama tidak memberikan masalah utama kerana Liverpool mempunyai bekap yang mampu menggalas tugas. Wisdom calon utama dan jika cergas, Kelly mungkin pilihan alternatif. Namun begitu, Liverpool boleh mengutilisi pemain bek yang ramai dengan menggunakan sistem 3-5-2. Skrtel dan Agger serta Sakho boleh bergandingan, dimana Skrtel menjadi Sweeper membolehkan Agger dan Sakho yang lebih selesa memegang bola menjadi bek yang mengawal ruang yang ditinggalkan oleh Wingbak yang boleh dimainkan oleh Enrique dikiri dan Wisdom di Kanan. Lucas dan Gerarrd seperti biasa ditengah Henderson bagi saya amat penting untuk tugas mengasak dan mendesak pemain tengah Swansea dari mengawal bola.Coutinho menjadi pembantu serangan kepada Sturridge yang mengetuai serangan.

Swansea walaupun nampak tak sekonsisten musim Brendan mengemudi mereka namun masih berbahaya dengan kemasukan penyerang mantap Winfred Bony dan Michu. Skuad Micahel Laudrup mungkin kepenatan kerana terbabit dengan perlawanan di Eropah melalui kempen Piala Europa musim ini. Jadi setelah pasukan mereka juga berehat seminngu, saya rasa Swansea yang akan ditentang awal pagi Isnin nanti bukanlah yang kita lihat awal 3 perlawanan sebelum ini. Namun jaangan risau kelemahan mereka amat ketara dibahagian pertahanan dan pasukan kita perlukan gol awal untuk mencetuskan panik kepada pasukan yang meniru permainan Barcelona itu.

Sep 12, 2013

LOYALTI KEPADA SKUAD KEBANGSAAN


Sturridge dikecam kerana mengulas semasa ketidakhadiran beliau dalam skuad England minggu lalu. Nampaknya Sturridge lebih pentingkan kelab dahulu sebelum negara. Padahal maksud beliau dia kena jadi pemain utama kelab sebelum mewakili negara kerana buat apa main dengan England jika setakat jadi pemanas bangku simpanan. Refleksi itu beliau kaitkan keadaan beliau semasa di Chelsea.

Namun bagi peminat Liverpool, kita tak mahu pemain terbaik kita yang masih belum pulih sepenuhnya diletakkan dalam risiko oleh pengurus negaranya. Tak kiralah England, Denmark, Slovakia, Mahupun Uganda. Kes Sturridge bagi saya pihak Liverpool harus main akal, pedulikan tohmahan orang kerana tiada untung untuk meyerahkan masadepan kelab hanya kerana kepentingan England yang memang kita tahu tak boleh belah dibawah kelolaan Woy Hugdson.

Sep 11, 2013

JOAO TEIXEIRA DIPINJAM KE BRENFORD CITY


Pemain Akademi Joao Teixeira bakal menabur bakti di Brenford FC selama sebulan. Nama yang asing bagi ramai peminat tapi sikit masa lagi ramai pemerhati telah menjangka budak lincah dari Portugal ini bakal menuruti langkah Suso, Sterling dan Ibe untuk diserapkan dalam pasukan utama, bukan lagi pasukan b21. Kalau tak kenal siapa Teixeira sila layan klip youtube dibawah.

Sep 10, 2013

ROY EVANS DAN GABRIEL BATISTUTA


Saya mengenali Liverpool di era Spice Boy. Zaman tranformasi Souness kepada Evans. Zaman gelap kepada zaman kebangkitan. Zaman Barnes dan Rush sudah mau pencen dan Fowler serta McManaman masih hingusan. Jadi banyak cerita tentang Liverpool masa saya remaja pertengahan 90an saya ulas dalam blog ini. Namun tak semuanya tersurat macam zaman sekarang, era Facebook, Twitter dan Instagram, kerana ianya terbatas dan menjadi rahsia kecuali ada lejen yang membuat buku bibliografi yang membuka rahsia dan cerita yang mereka pendamkan sekian lama.

Saya bukan nak tulis spesifik pasal Roy Evans, kerana tiada yang berminat dengan beliau sebab beliau cuma menang Piala Mickey Mouse berbanding Houller atau Rafa Benitez yang membawa Liverpool nampak sebegitu gah.  Tapi saya terkejut dengan pengakuan ikhlas beliau semalam yang Liverpool zaman beliau pernah cuba membeli pemain hebat tapi atas perkara yang rumit ianya tidak kesampaian. Paling saya terkejut ialah Evans hampir dapat lejen Argentina Gabriel "batigol" Batistuta, ketika Batistuta berada di Fiorentina lagi. Beliau hendak menggandingkan Fowler dengan Batistuta, setelah melepaskan Stan Collymore ke Aston Villa.

Banyak faktor yang menyebabkan ketidak sampaian itu. Nak kata tiada duit, hasil penjualan Collymore ke Villa hampir 7juta pound. Mungkin pemilik taknak tambah dana sendiri kerana Liverpool ketika itu baru merangkak dan taknak melabur gila-gila untuk seorang pemain. Lagipun sebut harga Fiorentina sangat tinggi, tapi AS Roma saja mampu melabur sebegitu tinggi tak silap dalam sekitar 25juta pound. Tapi tak lama selepas era Roy Evans, barulah ramai buka mata dengan kehebatan Batistuta yang berjaya memenangi Scudetto Serie A, bersama AS Roma.

Alasan lain yang menyebabkan pemilik enggan beli Batistuta kerana Liverpool telah mempunyai calon dari akademi yang ditakdirkan menjadi lejen. Michael Owen sedang mencipta nama dan sedang meletop ketika itu. Tambahan pula di Piala Dunia 1998, Owen mejadi perhatian dunia, menibai pasukan Argentina dengan kelibat lipas kudung beliau. Sememangnya Liverpool tak ada pilihan kerana Fowler masih anak emas dan masih ada Rush dan Riedle untuk menajdi penyerang gantian.

Bayangkan kalau perpindahan Batistuta  itu terjadi pada masa itu, mesti meletop Liga Inggeris dan muka Ferguson akan lebih merah padam, kerana dia juga menaruh hati dengan Batigol. Saya bukan cakap besar kerana pada masa itu Liverpool dalam kelompok elitis, paling corot pun dalam posisi ke-4. Spurs dan Chelsea berjarak dibelakang kita apatah lagi Man City yang bertarung dalam kumpulan penyingkiran. Hanya satu benda yang belum melengkapkan Liverpool ketika itu yakni tiada penyerang bertaraf dunia untuk melonjakkan pasukan sama taraf dengan Man U.

Sep 9, 2013

PENGGANTI GLEN JOHNSON


Telah disahkan Bek Kanan utama, Glen Johnson akan berehat 10 minggu atau bersamaan 2 bulan 1/2. Dalam kira-kira saya beliau bakal terlepas 5-6 perlawanan dan pulih sekitar Oktober nanti. Kehilangan beliau mungkin tak dirasai kerana pasukan kita mempunyai calon yang meningkat naik seperti Andre Wisdom, Martin Kelly, Jon Flanagan serta Tiago LLori yang baru dibeli tapi mampu bermian baik diposisi kanan. Itu dari segi kuantiti, namun dari kualiti pemain muda ini mungkin tidak setanding dengan Johnson, tapi siapa tahu, ini adalah peluang bagi bek muda kita mengambil alih kesebelsan utama dari Johnson, jika ada rezeki atas kesungguhan mereka.

Sekarang cakap kena berfakta. Saya cedok statistik dari EPLindex untuk mengetengahkan dua calon terbaik untuk posisi Bek Kanan itu. Mengikut umur dan senioriti dalam pasukan Kelly telah tampil dalam pasukan utama sejak zaman Rafa Benitez dan saya anggap Kelly bakal jadi macam Carragher. Bermula sebagai bek kanan dan bersara sebagai bek tengah utama. Walaupun potensi beliau besar, masalh kecederaan halangan terbesar sepanjang karier beliau untuk menjadi timbalan kepada Johnson. Kekuatan fizikal disamping pandai membaca gerakan lawan adalah kunci kekuatan beliau, namun beliau hanya mampu menjadi bek kanan ortodok yang hanya mantap bertahan tapi terbatas dalam serangan.

Nama Wisdom tiba-tiba meletop sejak Brendan menggantikan Kenny. Walaupun dibeli oleh Rafa, pernah jadi simpanan ketika era Hodgson namun tidak dipandang oleh Kenny walaupun ada masanya terpaksa beri Carragher dan Henderson main, ketika Johnson dan Kelly dalam rawatan. Brendan pun nak macam Wenger, sangat suka mnegetengahkan pemain muda dari beli epmain luar. Jadi nasib telah berubah kerana buat masa kini Wisdom nampaknya telah menjadi calon alternatif bek tengah dan kanan. Kunci kekuatan dan potensi Wisdom menonjol kerana dismaping fizikal yang mantap beliau mempunyai kebolehan memegang bola dan mampu membantu serangan seiras macam Johnson.


Saya bukan pandai ramai nasib orang, cuma melalui pemerhatian setakat ini, Wisdom calon cocok untuk menggantikan Johnson di posisi bek kanan. Malah ketika lawan Man U, selamba badak saja dia main tanpa perasaan gugup. Memang Wisdom ada kelemahan juga kerana dengan usia muda dan kurang pengalaman, dia ada terkantoi dengan lawan yang menggunakan kekuatan fizikal. Ini keranan kurang dari aspek membuat keputusan dalam keadaan genting. Namun itu semua bakal menjadi pengajaran dan Wisdom jenis pemain yang cepat belajar sesuatu dari perlawanan lampau. Dengan kemasukan Tiago Llori saya tak pasti siapa yang bakal Brendan ketengahkan kerana dialah bakal membuat pilihan.

Sep 7, 2013

KAPTEN SEJATI



Bagi Abad Millanium, yakni tahun bermula peranti pepijat y2k sehinggalah zaman Galaxy Note 3, peminat Liverpool dan bolasepak amnya dapat melihat kehebatan manusia supersaiya yang lahir di Liverpool bermain di Liverpool dan bakal bersara di Liverpool juga hendaknya. Steven Gerrard bukan sahaja pemimpin Liverpool terbaik tapi contoh Kapten untuk warga Anglo-Saxon. Setuju atau tidak untuk warga Man U, Chelski, Arsenel dan Man Citeh, mereka terpaksa akur yang England memerlukan Jeneral Padang serba-boleh dan berjiwa pejuang untuk memastikan England masih ada kemaluan untuk bersaing dalam kancah boasepak Dunia.

Kalau Itali ada Pirlo, Sepanyol ada Xabi dan Belanda ada Sjneider, England mesih perlukan khidmat Gerrard untuk memberikan keseimbangan dan menyekolahan pemain generasi baru tentang asam-garam bolasepak dunia. Walaupun stamina dan kekuatan fizikal beliau dah tak mampu saingi pemain yang lebih muda, pengalaman adalah aset penting kerana dia tak perlu terkejar-kejar serata padang atau main hantaran pendek sampai beratus kali untuk menjana serangan. Dengan satu lorongan majik atau hantaran jauh tepat kepada penyerang, ada kemungkinan gol terhasil.

Pagi tadi England berjaya menapau Moldova dengan 4-0. Lawan mungkin tak setaraf tapi pasukan cap ayam mana nak lawan menang percuma. Gol Gerarrd mungkin bukan topik utama tetapi bagaimana beliau mampu bermain dengan pemain tengah yang berbeza-beza tanpa melingkupkan permainan sendiri. Lawan selepas ini Ukraine mungkin cabaran sengit untuk kempen kelayakan Piala Dunia, namun dengan adanya Gerrard, Woy Hodgson tak perlu buat taktikal apakebenda pun, sebab dia punyai seorang jurulatih diatas padang.

Sep 5, 2013

SKUAD LIVERPOOL PASCA PERPINDAHAN

Kadang-kala tak perlukan pemain 5 bintang untuk membentuk pasukan terbaik. Kombinasi dari taktikal dan corak permainan individu mampu mencorakkan kekuatan pasukan. Saya taknak cerita pasukan lain, Liverpool sendiri pernah berjaya menggondol Piala dan Medal hasil dari organisasi dalam pasukan hasil taktikal berkesan dengan dedikasi pemain yang mempunyai disiplin tinggi. Kalau orang luar tengok pemain kita pun mereka hanya tersenyum sinis, tapi bila Liverpool buat kejutan, baru terbelalak biji mata. Sebab bila Brendan sebut yang semua pemain yang dibeli berjiwa pemenang, saya harap apa yang disebut itu bukan mainan kata-kata sahaja.

Pemain yang dihimpunkan oleh Brendan Rodgers ada kualiti tersendiri. Cuma beliau sendiri kena pastikan ianya digunakan sewajarnya tetapi terpaksa mengorban prinsip beliau untuk berkompromi dengan falsafah tiki-taka beliau. Contohnya seperti Gerrard. Kehebatan beliau selain dari menggerakan permainan dengan mengawal corak permainan dari tengah, hantaran jauh beliau adalah atribut bonus yang sangat penting dan efektif dalam banyak situasi sebelum ini. Tiada pembelian ditengah tak mengapa kerana Henderson bidan terjun yang efektif dan Brendan masih belum bosan Allen dan mengharap pemain itu menjadi jelmaan Xavi.

Amat sayang sekali Coutinho dipersia-siakan dibahagian sayap muthakir ini, kerana kebebasan adalah kunci utama Coutinho sebagai seorang perancang utama. Saya setuju sekali pinjam Moses dari Chelseki. Dia secara lahiriah dan memang pemain sayap sejak azali dan kemasukan beliau sebagai pemain sayap memang cun bagi menolak Coutinho kedalam. Kalau boleh main dibelakang Sturrdge. Alternatif Coutinho telah siapa lagi bukan Luis Alberto tapi masih belum nampak sinar kecemerlangan lagi.

Jangan hairan kenapa beli Sakho dan Lllori sedangkan Skrtel dan Coates masih kekal. Lambakan pemain pertahanan bukan sesuatu masalah bagi kita dan ianya bukan sesuatu pembaziran. Sakho selain boleh main ditengah dia macam Agger boleh bertindak sebagai bek kiri, manakala Llori yang amat pantas memang biasa main disebalah kanan. Persaingan sengit macam ni sangat-sangat membantu membentuk pemain-pemain dari terus berusaha gigih jika lalai tempat mereka sebagai pemain utama takkan kekal.

Penjualan dan pinjaman keluar pemain macam yang kalihamput musim ini adalah tindakan tepat dari segi ekonomikal dan penambahbaikan berterusan bukan sahaja kesebelasan utama tapi juga pemain tempelan. Takkan ada yang menyesal jika Reina, Carroll, Downing, Assaidi, Borini dan Spearing tiada, kerana impak mereka musim lepas amat ciput atau tiada langsung, walaupun dalam kes Shevley agak rumit kerana dia masih muda dan ada potensi. Dominasi pemain Inggeris dah berkurang, tapi jangan risau pemain dari akademi ramai yang bagus untuk diketengahkan.

Macam saya tulis dalam entri sebelum ini. Sasaran kita untuk ke Liga Juara-Juara mungkin cerah. Faktor perpindahan pasukan lawan juga main peranan. Arsenal dan Man U berbelanja mewah tapi tak menambahbaikkan posisi kritikal mereka. Chelsea dan Man City adalah calon juara kerana pengurus mereka dah menguatkan pasukan dengan amunisi lengkap setiap posisi. Cuma Spurs yang sukar dijangka kualiti mereka kerana pemain yang dibeli menjeleskan kita tapi mereka masih dalam keadaan belum bersefahaman.

Formasi pula saya anggap bukan masalah bagi Liverpool. Pakai apa sahaja formasi dari 4-4-2 hinggak ke 3-5-2 , jika pemain faham bagaimana nak menyerang dan bertahan secara berkumpulan. Bukan cakap besar, tapi diulang sekali lagi pemain yang dibeli oleh Brendan hampir semua boleh main lebih dari satu posisi dan kepelbagaian itulah memberikan bonus jika ada pemain ceedera tau kena kad.

Sehingga itu dengan kembalinya Suarez nanti Liverpool harapnya mampu meneruskan kesinambungan prestasi mantap sekarang. Brendan semalam menyatakan dia terpaksa mengekalkan Sturridge sebagai penyerang utama dan Suarez bakal menjadi pemain sayap. Jadi boleh diagak yang Liverpool bakal menjadikan 4-3-3 formasi pilihan untuk meletakkan barisan terkuat seperti berikut.

----------------Mignolet---------------
Johnson-- Sakho-- Agger -Enrique
---------Gerrard-- Lucas------------
Suarez -----Coutinho----- Moses
-----------------Sturridge-----------

Manakala simpanan :

----------------Jones--------------
Wisdom (Kelly)-- Skrtel (LLori)-- Toure -Cissokho
---------Allen--Henderson------------
Ibe -----Alberto----- Sterling
-----------------Aspas-----------

Sep 3, 2013

PINTU PERPINDAHAN DAH TAMAT



Saya rasa Liverpool telah berjaya menguruskan pembelian dengan begitu tenang dan tidak kelamkabut macam musim sebelum-sebelum ini, Apa yang penting Liverpool menguatkan bahagian yang kita sedia maklum amat lemah iaitu pertahanan dan goli serta menjual dan meminjam keluar pemain yang kurang menyerlah.

Dengan pembelian keseluruhan £44.8juta dapat balik £28.25juta dari penjualan pemain, Liverpool hanya berbelanja sekitar £16.5juta. Kenapa sikit sangat belanja jangan hairan kerana kita perlu naik merangkak perlahan-lahan biar sampai ke puncak kejayaan dari berlari kencang takut jatuh tersadung ditengah jalan.

Sebelum pintu perpindahanan tamat pun, pasukan kita macam dah sempurna dengan pembelian Mignolet dan Toure kerana mereka boleh dikira cukup berpengalaman dan menambahbaikkan lubuk yang menjadi punca kelemahan kita musim lepas. Kemasukan Aspas,Alberto dan Cisskho adalah sebagai pemain skuad tetapi kemasukan saat akhir Sakho dan Moses menampak mereka berdua bakal mengambil alih posisi utama.

Apa yang penting Liverpool berjaya mengekalkan Suarez dari dikebas Real Madrid yang cuba membuat siyal disaat akhir. Saya tak pasti sampai bila Suarez bakal bertahan di Anfield tapi untuk 6 bulan lagi itu cerita lain. Walaupun kita melepas untuk beli Mkhitaryan, Willian dan Eriksen dan Mata disaat akhir, namun dengan pencapaian kita sekarang dan pembelian munasabah diharap sasaran untuk ke Liga Juara-Juara tercapai.

Sep 2, 2013

LIVERPOOL 1-0 MAN UNITED



Rekod sejak 1994 belum  lagi Liverpool mencapai rekod sebegini dengan 3 kemenangan, 3 gol dan 3 tanpa bolos dan dijaringkan oleh pemain yang sama. Dan paling membanggakan penjaring gol itu punya hari jadi pada hari hari ini. Tok fergie pernah komen yang pembelian Sturridge buang duit. Buang duit? Hahaha, apalagi yang Sturridge tak sumbat gol, Luar kotak, Gol tarian gelek dan tandukan ,cuma tinggal lagi nak bubuh gol dengan tangan saja belum. Memang ada risiko kecederaan, tapi kalau sihat walafiat dia memang Teroris depan gol.

Sebelum perlawanan Moyes dengan yakin cakap dengan wartawan, dengan pasukan sedia ada yang lebih bagus katanya dari Everton, Badi sengal beliau takkan hilang di Anfield. Si golem  ini sebenanranya patut mandi bunga atau lupa Ferguson pesanan untuk rasuah pengadil sebelum perlawanan. Mereka tewas bukan kerana Liverpool main cantik tapi mereka datang ke Anfield dengan takbur, bilamana semuanya serba tak menjadi kepada RVP dan ramai yang tak nampak beliau sepanjang perlawanan rupa-rupanya dalam kocek seluar Agger dan sekejap masuk dalam kocek Skrtel pula.

Cerita tentang bek kita. Walaupun ketiadaan Toure yang mencemaskan, pemain sedia-ada nampak sudah bangun dari tidur terutamanya Skrtel. Inilah dikatakan ada hikmah disebalik bala yang tertimpa Toure. Lagi satu Skrtel mungkin dok kelih tengok dibangku penonton ada kelibat Sakho dan Llori yang membuatkan beliau bekerja lebih kelras dan tidak menggular lagi. Skrtel telah menyelamatkan Liverpool malam ini dan mungkin kerjaya beliau di Anfield musim ini. .Johnson cedera takda hal, Wisdom dan Kelly . Kalau tak cukup lagi Sterling pun boleh main apa macam lawan Nott County.

Umumnya pasukan kita main penuh disiplin terutamanya bahagian tengah. Tak perlu ramai-ramai pemain kreatif, Coutinho seorang pun dah cukup. Willian dan Eriksen memang sengaja Brendan rejek sebab nanti merajuk pula tak boleh main sebab asyik-asyik Coutinho saja yang main. Memanglah tugasan penyerang sumbat gol, tapi pemain tengah adalah kunci utama untuk memastikan pergerakan bola lancar dan lawan tak mampu kuasai permaianan. Dalam kes Man U, mereka kuasai permaiann tapi cuma berusaha dari bahagian sayap sampai nak mengantuk tengok asyik-asyik hantaran lintang pukang yang dapat dibaca bek kita.

Pemain terbaik telah diketahui Sturidge. Itu sedia maklum. Tapi saya tak faham bagaimana Henderson main dari minit pertama sampai wisel penamat tanpa letih. Mungkin semasa Kuyt tinggalkan Anfield dia tinggalkan hantu-raya beliau kat Henderson kot. Saya nampak Liverpool tak main dengan formasi statik tapi rojak dengan 4-2-2-2. Sebab itulah Henderson dengan coraknya yang lasak dan Coutinho dengan kelicikannya. Kedatangan Victor Moses nanti mungkin menggantikan Borini yang bakal dipinjamkan ke Sunderland, namun dengan pemainan Aspas yang masih hampas saya harap tiada kecederaan sehinggalah Suarez bebas dari tahanan.

Klaseman di persada Liga, belum boleh membuatkan Liverpool untuk jadi bongkak dan takabur. Ranjau sukar pertama sudah lepas banyak lagi ranjau yang perlbagai yang belum diketahui untuk masa kedepan. 6 perlawanan mendatang nanti bagi saya tak sukar atas kertas namun, itulah yang ditakuti ialah sifat ujub bila berada diatas. Liverpool kena bermain macam biasa, biar main hodoh tapi keputusan gempak. Tak kiralah di   Anfield atau stadium lawan , mentaliti yang ditunjukkan dalam 3 perlawanan mesti diekalkan. Mentaliti pemenang bak kata Brendan dalam sidang media sejurus perlawanan. 

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails