Oct 31, 2013

LIVERPOOL LAWAN ARSENAL


Sudah hampir 10 perlawanan. Posisi ke-2 dengan hanya 2 mata dibelakang pendahulu. Angkat tangan jika anda awal-awal lagi dah jangka perkara ini sejak awal musim. Saya sendiri memang terkesima dengan prestasi luar jangka. Bukan tak yakin dengan pasukan sendiri, tapi Brendan musim ini bukan lagi Brendan Barcelona, tetapi lebih kepada Brendan Bayern. Kenapa saya gelarkan Brendan Bayern, sebab dia berinspirasikan corak Bayern yang masih main bola bawah tetapi dalam keadaan ada peluang main secara pantas, maka buat apa nak buat berpuluh hantaran tanpa faedah.

Arsenal dan Liverpool musim ini nampak hampir sama dengan corak permainan seksi tapi efektif, walapun Liverpool main 3-5-2 berbanding 4-2-3-1 bagi Arsenal. Kekuatan bahagian tengah Arsenal berpaksikan ramai pemain kreatif tetapi Liverpool pula pemain yang berdisplin tinggi. Memang Arsenal berbaloi berbelanja besar dengan Ozil, namun Ramsey lebih efisyen depan gol membantu Giroud sebagai penyumbang gol Skuad Meriam. Tapi penyerang berkembang dengan gelaran "SAS" bagi Liverpool lebih menggerunkan dengan kombinasi 14 gol sesama mereka.

Arsenal mungkin sedikit kepenatan dan kecewa setelah bungkus dan terkeluar dari saingan Piala Liga di tangan Chelsea. Tapi Wenger bukan tak cerdik, dia lepaskan peluang Piala Liga tetapi lebih fokuskan kejuaraan Liga. Separuh pemain utama direhatkan dan majoritinya pemain yang telah main berterusan sejak dua tiga minggu lalu. Liverpool pula ambil peluang berehat dan makan angin sejak kemenangan bergaya dengan West Brom. Ini bermakna mungkin tak ada perubahan taktikal ataupun sedikit perubahan dengan kembalinya Coutinho dari cuti sakit.

Pertembungan Wenger sebagai orang lama dengan Brendan yang masih setahun jagung, dalam bidang taktikal mungkin kita nampak tak sepadan. Tetapi jangan lupa, Brendan makin selama makin matang dan banyak belajar dari kesilapan. Tapi Wenger juga mungkin bakal buat kesilapan taktikal macam lawan Dortmund dan Chelsea. Oleh itu jika ada rezeki pasukan kita boleh mengekalkan prestasi sebagai pasukan yang suka balun tuan rumah. Nak menang dengan Arsenal tak semudah ABC tetapi jika ada peluang dan boleh dapatkan gol dengan tak kantoikan peluang, 3 mata kita boleh curi dari Emerites.

Oct 30, 2013

GOL ASSAIDI UNTUK STOKE


Sebelum ni Borini, semalam giliran Assaidi pula tunjuk hero. Gol sulung beliau merupakan gol pembukaan untuk Stoke yang menewaskan Birmingham untuk menempah tiket ke suku akhir Piala Liga. Macam juga Borini, beliau nampaknya dipinjam keluar bukan alasan nak bagi pengalaman untuk datang balik. Tapi memang tiada peluang sebab sebabnya kemasukan Moses dari Chelsea memang menampakkan Assaidi bakal keluar selama-lamanya kecualilah Assaidi boleh berubah menjadi Assaidi yang meletop ketika di Liga Belanda dulu. Saya amat minat pemain ini kerana dalam permainan FIFA12 tak silap Assaidi memang rebutan, namun dalam dunia nyata sebaliknya. 

Oct 29, 2013

GOL FABIO BORINI


Keane, Carroll dan mungkin Borini adalah imej pemain sederhana, tepati gagal menepati tag harga mereka. Kita tak memusuhi malah membenci mereka. Tapi kita geram kerana duit yang dilaburkan hangus ibarat Skim Pak Man Telo. Zaman sekarang dah tak sama zaman dulu, nak dapat pemain berbaloi macam Coutinho atau Sturridge dengan harga diskaun cuma nasib yang tentukan. Apa yang dapat dari kes Borini ialah Brendan kena buat keputusan berani dengan menjual Borini berdasarkan harga potensi. Dan sementara dia sedang panas kena pastikan Poyet gunakan pemain antarabangsa Itali ini sekerap mungkin. Lagi banyak gol yang Borii sumbat, lagi banyak RM yang boleh dapat.





Oct 28, 2013

LIVERPOOL 4-1 WEST BROM



Pemilik Liverpool John W Henry menulis dalam Twitter "Luis, Ahli Silap Mata". Tapi sampai bila kita nak tengok silap mata Suarez, harapnya sampai hujung musim kot jika Henry suka akan silap mata dari Suarez. Liverpool tanpa Suarez memang masih boleh menang, tetapi dengan beliau pasukan kita menang tetapi lebih menghiburkan. Aksi beliau memang memukau, kerana setiap gerakan yang dilakukan penuh dengan muslihat. Kalau siapa minat Maradona, maka Suarez ialah bayang-bayang beliau, walaupun Suarez ada gaya sendiri. Gelecek semua boleh gelecek tapi nak bagi bola lekat dikaki serta tarik bola macam ada besi berani dalam kasut, tak ramai pemain boleh buat.

Gol pertama Suarez memang gaya klasik pemain latin. Larian solo beliau menggelecek Yaakob dan paling membuatkan semua tercengang bagaimana dia main bola celah kangkang Olsson dengan sentuhan lembut dan ambil balik untuk melakukan rembatan padu melepasi Myhill, goli WBA. Itu baru buah mula, gol kedua pun memang klasik, apabila hantaran Cissokho ditanduk dengan selamba betul-betul antara kotak D sambil diperhatikan bek WBA yang tak seorang pun mengejar atau mengekang Suarez. Gol ketiga untuk melengkapkan hatrik, masih dengan tandukan namun ianya hasil sepakan percuma Kapten Gerrard yang memang cun dan pejam mata boleh tanduk gol sebab, bola macam cari kepala Suarez. Sturridge yang melepaskan banyak peluang, tak mahu kalah dengan Suarez dengan sepakan lob bila dia nampak Myhill keluar. Gol Saguhati, penalti adalah buah tangan untuk WBA walaupun Lucas melakukan terjahan bersih sesuci embun pagi.

Lucas amat penting dalam pasukan. Ketiadaan beliau masa lawan Newcastle, dirasai kerana posisi tengah bertahan adalah hak mutlak beliau. Henderson serta Gerrard tak mampu memahami kehendak dan keperluan taktikal seperti Lucas bagi melindungi barisan bawah. Menjadi pemain yang melakukan kerja hina dan sering disalahkan peminat jika dia melakukan kekasaran dan memberikan sepakan percuma, adalah biasa bagi Lucas. Lain pula bagi Henderson, kerana kelebihan mampu bermain dalam pelbagai posisi, kita lupa yang semasa di Sunderland, dia adalah perancang pemain tengah kreatif. Namun masa lawan WBA walaupun kreativiti beliau amat minima, namun kerja keras mengasak dari sepertiga kawasan lawan memberikan kesenangan untuk Kapten Gerrard mencorak permainan dan bebas bergerak untuk membantu serangan.

Pemain sayap belakang kita mungkin nampak tak banyak memberikan sumbangan secara ttersurat. Tapi dengan adanya posisi tersebut ibarat melastik dua burung dengan sebiji guli, menyerang tanpa perlukan pemain sayap tulen dan bertahan bukan sahaja dikawsan sendiri tetapi menghadkan bek sisi lawan dari mula menyerang dari bawah. Namun jika kembalinya Enrique, mesti sedikit panadol diperlukan Brendan kerana pening nak pilih siapa calon cocok, kerana Enrique mantap menyerang tetapi Cissokho memberikan ketenangan untuk bahagian bawah dengan ciri bertahan yang baik. Di sebelah satu lagi, Johnson nampak macam cedera balik dan Kelly melakukan penampilan pertama musim ini, namun dia nampak masih berkarat dan tak sesuai dikanan. Oleh kerana Wisdom dipinjamkan ke Derby County, apa salahnya Llori menjadi bekap Johnson saya mahu tengok.

Sehingga sekarang Liverpool berada ditangga kedua dengan masih kurang 2 mata dari Arsenal, kerana Chelsea dan Man City masih berentap. Namun perlawanan selepas ini adalah perlawanan menarik kerana pasukan kita akan ke Stadium Emirates, London untuk misi merampas takhta. Dengan persembahan dan keputusan yang memberangsangkan kali ini, serta kembalinya Coutinho, misi mustahil di London akan menyaksikan samada pasukan kita bersedia untuk kembali sebagai gergasi bolasepak Inggeris.




Liverpool vs West Bromwich Albion 4:1 All Goals by Oleeh-1

Oct 24, 2013

LIVERPOOL LAWAN WEST BROM



Nampaknya Ferguson masih belum puashati dengan Liverpool. Itulah, siapa suruh bersara awal dan serah jawatan kepada Moyes, kan dah tak boleh lagi nak kenakan Liverpool atas padang. Sekarang beliau menyerang dan mengutuk Liverpool dengan menulis buku catatan peribadi,"My Autobiography ". Yang paling sempoi sekali satu bahagian khas khusus tentang Liverpool. Nampak kan permainan beliau, hati perut hitam masih berdendam dengan Liverpool padahal dia dah dapat segalanya dari segi capaian kejuaraan Liga dan pengurus terbaik sepanjang masa.

Tinggalkan orang tua nyanyok dengan memoirnya, kita masuk ke topik untuk perlawanan dengan West Brom. Tapi sebelum itu saya nak imbas balik yang Liverpool sekarang masih berada dalam situasi yang masih kurang selsesa dari sasaran kelompok 4 terbaik. Seri dengan Newcastle telah menurunkan pasukan kita dari belakang Arsenal dan kini dibelakang Chelsea untuk tangga ke-3. Pasukan macam Man City dan Spurs sedang kembali konsisten dan nasib baiklah Man U masih tercari-cari rentak .

Formasi 3-5-2 yang telah digunapakai dalam beberapa perlawanan sebelum ini Adakah ianya bakal digunakan sekali lagi atau dibakulsampahkan tidak dapat dipastikan. Saya bukan pakar taktik tapi dari pemerhatian, formasi yang sama harus dikekalkan kerana Kalau main balik 4-4-2, dimana nak letak Coutinho kelak, takkan dia nak main disebelah kiri balik, itukan satu langkah kebelakang. Lagipun Moses boleh kembali kebangku simpanan, sebab Luis Alberto nampak lebih sesuai jikalaupun Coutinho masih belum sesuai diturunkan, kerana dengan permaianan selamba ketika lawan Newscastel.

Pasukan kita bakal berdepan dengan pasukan ke-4 pertahanan terbaik dalam Liga. Itulah berkata kepakaran Steve Clarke, mantan penolong pengurus Liverpool dizaman Daglish. Jadi tak hairanlah walaupun mereka main busuk tapi masih mampu mengecewakan lawan yang gempak macam Man U. Jadi pasukan kita bukan sahaja kena serang gila-gila untuk merobek gawang lawan yang ketat akibat pertahanan berlapis-lapis, tapi bila dah serang dan ramai dok atas,pemain dibawah kena jaga baik-baik penyerang lawan yang amat berbahya ketika serangan balas.

Oct 21, 2013

BOLOS DARI SEPAKAN BEBAS/PENJURU


Lama dah diperhatikan. Bukan sekali tapi berkali-kali kesilapan berlaku takkala berhadapan dengan sepakan bebas. Pasukan kita ibarat hilang punca dan tak pasti apa nak dilakukan kecuali memerhatikan musuh mengambil kesempatan. Jika ianya berpunca dari kurang latihan, maka pertingkatkan dengan apa jua cara. Namun saya cukup tabik dengan bekas pengurus terdahulu, Encik Rafa Benitez. Dia berjaya kurangkan kesilapan itu dengan mencipta-reka taktik bertahan dalam kelompok zon atau kawasan yang mana pemain tak mengikat lawan tau ikut kemana pemain tinggi lampai berada. Nak kata taktik itu maksum, tak juga tapi hampir mengurangkan kebolosan. Sampaikan satu musim Liverpool direkodkan pasukan kurang bolos dan Reina memenangi Sarung Tangan Emas.

Memang adat jika pasukan lawan ada pakar sepakan bebas, maka mereka macam tahu kelemahan pasukan kita musim ini. Mengikut rekod kebolosan dari 5 perlawanan, kita dah bocor 4 kali dari sepakan bebas atau penjuru. Ini bukan tren yang bagus kerana pasukan lawan mesti akan main cara sebegitu dan buat-buat kena balun untuk dapatkan sepakan percuma. Memang bukan selalu nak kena gol semudah macam tu tapi, jika lawan berusaha keras guna kepakaran masing-masing untuk jadikan peluang itu sebagai gol, memang masalah ini harus dibendung secepat mungkin. Sakho, Toure, Agger dan Skrtel bukan bek cap ayam tetapi mereka masih buat kesilapan budak sekolah.

Saya tengok dan dapat nilaikan bahawa ketiadaan pemain vokal seperti Carragher salah satu punca pemain lain ralit dan alpa. Tauladan tiada dalam pemain pertahanan walaupun Agger telah diberikan tauliah sebagai timbalan kapten. Dari segi kualiti kepimpinan dia masih belum mengerti apa fungsi yang Carragher buat dan bantu pasukan bukan dari segi kudratnya tapi dari segi menaikkan semangat juang lawan. Teringat saya bagaimana Djimi Traore yang begitu lemah dan bukan bek hebat, dek kerana sergahan Carragher dia mampu bermain baik dalam perlawanan Akhir Piala Eropah.

Brendan Rodgers memang pengurus yang baik tapi dia masih perlu mengasah bakat sendiri dalam bab pertahanan. Seni dalam pertahanan  nampak agak kurang diterapkan walaupun majoriti dana digunakan dalam posisi tersebut. Dia macam teralu harapkan pemain 100 persen dan harap pemain yang sedia ada menggunakan pengalaman sendiri. Bukan saya cakap tanpa fakta, tengok sendiri semasa dia di Swansea, perkara yang sama juga berlaku. Jangan ingat setiap yang berlaku adalah ketentuan, jika kita tak buat hal. Untuk lawan West brom lepas ini yang merupakan pasukan merbahaya dalam sepakan bebas harap tiada lagi kesilapan berulang.

Oct 20, 2013

LIVERPOOL 2-2 NEWCASTLE



Siapa yang boleh cakap Liverpool main tak bersungguh-sungguh. Percubaan boleh dikatakan banyak tapi ketajaman penyudah memang hampeh sedikit.. Kalaulah bek Newcastle tak buat kerja bodoh menarik Suarez dan kena kad merah. Apakah anda rasa Liverpool berpeluang pulang dengan satu mata. Percaturan Pardew menjadi ditambah pula dengan keadaan padang yang licin menyukarkan Liverpool bermain dengan hantaran pendek.

Gol Cabaye sesuatu luar duga dan nak salahkan Sakho yang lindung penglihatan Mignolet tidak patut sama sekali. Itu boleh dikatakan gol nasib dan keadaan padang licin menyukarkan Mignolet menjadi Superman tetapi nampak macam tangkap katak saja. Gol Durmett memang salah bek kita dan kambing hitam yang bakal dipersalahkan ialah Cisskokho yang tidak sedar kehadiran bek tengah Newcastle yang menyelinap masuk diantara beliau dan Sakho.

Gerrard berkata dia tak kisah dengan rekod 100 gol, tetapi kalaulah rekod itu ditukarkan dengan tambahan 2 mata barulah sempoi katanya. Penalti itu merubah segalanya dan pasuakn kita kembali bernyawa selepas itu. Walupun dua kali ketinggalan namaun gandingan Saurez dan Sturridge kembali menyinar suku terakhir perlawanan dengan gol penyamaan tandukan terbang Sturridge. Kredit juga kepada Moses yang memulakan hantaran kepada Suarez.

Kalau ikut hati memang tak boleh terima keputusan, tetapi jika dicongak kembali keseluruhan kekuatan kita tanpa Lucas dan Enrique serta Coutinho yang masih belum pulih, dan sekadar 2 mata ditinggalkan pendahulu Arsenal, pasukan kita taklah seteruk Man United. Cuma saya harap Brendan Rodgers perlu memastikan tiada lagi kesilapan mudah dari bek kita. Tak sabar untuk perlawanan selepas ini kerana dijangkakan Coutinho bakal beraksi setelah hampir sebulan lebih berehat.

Oct 18, 2013

LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE


Bertemu kembali setelah berehat panjang sempena minggu perlawanan antarabangsa. Beberapa pemain Liverpool terlibat sama dalam perlawanan kelayakan mahupun persahabatan, namun diberitakan tiada siapa yang pulang membawa surat cuti. Lebih memberangsangkan pemain yang berehat sebelum ini seperti Johnson, Allen dan Cissokho telah pulih serta kembalinya Lucas dari penggantungan. Ini bermakna Liverpool bakal bertandang ke St James dengan hampir kekuatan penuh.

Dengan kembalinya Johnson, jika diberikan tempat otomatik, tak pasti apakah rombakan formasi akan berlaku atau masih dikekalkan 3-5-2. Pendapat peribadi, jika sudah elok dengan sistem yang sedia ada, buat apa nak kembali kepada 4-4-2. Lagipun bermain dikampung orang, pasukan kita perlu lebih berhati-hati kerana sokongan moral dan sorakan peminat lawan kadang-kala menjadi aura pemangkin untuk membuat kejutan kepada pasukan pelawat.

Kejutan bagi pihak Newcastle pada saya ialah Loic Remy penyerang yang dipinjamkan dari QPR. Beliau amat merbahaya dalam situasi serang balas dan merupakan penjaring terbanyak untuk Newcsatle setakat ini. Kebolehan beliau seakan penyerang kita Sturridge namun dia lebih pantas serta mempunyai teknik penyudah yang jitu dan boleh dikatakan jarang mempersiakan peluang dan menghukum kesilapan bek lawan bila dibiarkan tanpa dikawal.

Dengan adanya gandingan Sturridge dan Suarez, saya tak risau peluang untuk hasilkan gol mesti ada. Gandingan yang digeruni bek lawan ini memang mampu bergerak sendiri dan mencipta peluang satu sama lain. Jadi saya nampak Liverpool kena pastikan tidak buat hal dibahagian bawah untuk pastikan kita boleh pulang dari St James dengan mata penuh. Yang lain tak berapa penting, namun pasukan kita tak perlu begitu selesa dengan kedudukan Liga sekarang dan elakkan perasaan syok sendiri jika mahu teruskan momentum sebelum ini.

Oct 14, 2013

SALAM AIDIL-ADHA


Salam Aidil Adha-buat pengunjung setia Blog Liverpoolkita yang Muslim dan selamat bercuti buat Non-Muslim.. Minta-maaf buat semua kerana agak kurang artikel dikeluarkan kerana hal-hal peribadi termasuk persiapan untuk menyambut Hari Raya Korban. Insha Allah Liverpoolkita  kembali bersiaran sejurus selepas Raya ke-2. 

Oct 13, 2013

SELAMAT BERSARA DANNY MURPHY

dicedok dari www.brianwestart.com
Danny Murphy bukan nama yang hebat bagi peminat Liverpool generasi facebook. Tapi dengan nama gelaran "Spud" dia amat bermakna kepada sekalian yang meminati Liverpool awal Millanium lalu. Keistimewaan beliau amat mudah menambat hati peminat, kerana sepanjang di Anfield, bila lawan Man U, Danny akan menembak gol jarak jauh untuk gol kemenangan. Tak silap saya, 3 kali Danny menjaringkan gol ketika membenam Setan Merah dan paling hebat kesemuanya dengan margin kemenangan 1-0.

Dia bermula dari entah kemana. Tahu-tahu saja Liverpool telah membeli pemain muda dari Crewe Alexandra itu dengan perpindahan ciput. Semasa di Crewe, Danny selalu main di belakang penyerang utama dan sayap. Tengok secara fizikal memang macam tak boleh belah nak main sebagai pemain tengah, saiz lebih kurang Jay Spearing sahaja. Tapi rupa paras dan fizikal bukan ukuran, Phil Thompson, pembantu pengurus pernah memuji yang Danny seorang pemain bijak dan pandai membawa diri.

Sepanjang kerjaya bersama Liverpool, kejayaan Danny ialah memenangi kejuaraan Trebel 2001 serta Piala FA 2003. Ketika itu Danny banyak bermain disebelah sayap kiri kerana posisi itu paling berpuaka semenjak Patrik Berger dijual. Dari awal pembelian boleh dikatakan Danny adalah pemian tengah merbahaya depan gol dengan statistik keseluruhan 44 gol dari 250 penampilan. Ketika Liverpool diambang kehampesan musim 2002/3, Danny mengakhiri musim dengan 12 gol peribadi dan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Pilihan Peminat musim itu.

Keluarnya Houllier dan digantikan Rafa, telah membuatkan masa depan Danny nampak kelam. Kemasukan Xabi Alonso beri isyarat yang peranan beliau sebagai pemain tengah sudah tamat. Kalau nak kekal Danny kena jadi pemain gantian dan sebab itulah dia pergi ke Charlton untuk cari peluang sebagai pemain utama. Walaupun ramai yang mahu beliau kekal untuk kuatkan pasukan, termasuk Rafa apa boleh buat Danny tak mahu makan gaji buta untuk hayun telur dibangku simpanan.

Saya mengikuti kerjaya Danny walaupun dia tak lagi pemain Liverpool. Ini kerana sepanjang bermain dengan kelab lain, Danny tak pernah kurang berusaha dan masih tak berhenti menjaringkan gol. Jodoh beliau dengan Charlton dan Spurs tak lama tetapi dengan Fulham, Danny memang macam singa tua, yang masih punyai taring berbisa walaupun dimamah usia. Mungkin dah letih dan mahu membina kerjaya sebagai pengulas dan pengkrtik bolasepak, Danny bakal bersara hujung musim ini bersama Balckburn Rovers. Selamat maju jaya Danny dan selamat berehat.

Oct 9, 2013

ANALISA FORMASI SAYAP BELAKANG 3-5-2


Liverpool bukan tak pernah main formasi 3-5-2 menggunakan sayap belakang (Wing-Back) sebelum ini. Zaman Roy Evans, 1995-96, Liverpool bukan sahaja mengunakan formasi itu dengan jayanya tetapi mengolah pasukan menjadi pasukan terbaik di England yang bermain hantaran demi hantaran, berbanding majoriti pasukan Liga Inggeris lain yang bermain secara Ortodok, hantaran jauh. Masalahnya ketika itu pertahanan Liverpool tak sehebat kualiti yang kita ada sekarang. Sebab itulah sekadar semusim sahaja Evans mengadaptasikan taktik itu dan terpaksa kembali kepada Asas 4-4-2.

Musim ini, Brendan Rodgers telah menggunakan formasi yang agak janggal dari lazimnya dia guna iaitu 4-3-3. Bermula dengan lawan Man U dalam perlawanan Piala Liga, Brendan telah melakukan perubahan taktikal yang ketara dek kerana hilang beberapa pemain utama seperti Johnson, dan Coutinho serta tidak mempunyai pemain gantian yang mampu jadi bidan terjun dengan baik diposisi yang kekosongan. Apakan daya hasil eksperimen tak memberikan kejayaan namun ada perkembangan positif hasil dalam perlawanan lawan Man U tersebut. Brendan mungkin nampak sayap-belakang yang digunakan dalam perlawanan itu, yakni Wisdom nampak tak serasi bukan sahaj dari segi serangan tetapi juga bertahan.

Salah satu faktor penggunaan 3-5-2 disebabkan kerana Liverpool mempunyai terlampau ramai bek tengah berkualiti. Pembelian Toure, Sakho dan Llori telah menjadi lambakan kerana Liverpool masih mempunyai Agger , Skrtel, Wisdom dan Kelly yang secara azalinya merupakan bek tengah. Masalah pemilihan memang timbul, tetapi kerana Brendan pandai menggunakan sumber yang ada, kekuatan mereka digembeling untuk mneghasilkan pasukan yang mantap dalam pertahanan. Sakho dan Toure mempunyai disiplin ilmu untuk membawa bola dan memang melengkapi dengan bek klasik, yakni Skrtel. Dengan kebolehan Sakho dan Toure, tugas menyapu bola terakhir adalah tugas khas Skrtel, serta membuatkan sayap-belakang boleh bebas naik turun serang dan bertahan.

Johnson dan Enrique diketahui umum amat efektif membantu serangan, namun aspek bertahan mereka ada sikit pertikaian kadang-kala. Dengan 3 pertahanan dibawah, tiada masalah bagi mereka berdua untuk melakukan serangan dari bawah sekerap mungkin tanpa memikirkan tanggungjawab bertahan secara total. Ketiadaan Johnson telah diisi oleh Wisdom, Toure, Henderson dan terakhir semasa lawan Cristal Palace, Sterling. Namun kesemua mereka masih tidak mampu memberikan kepuasan kepada Brendan untuk menjadi pengganti atau saingan cocok bagi posisi sayap-belakang disebelah kanan. Hanya seorang pemain yang saya nak tengok diposisi itu ialah Tiago Llori kerana dia mempunyai kualiti dari kepantasan serta mampu membawa bola seakan pemain sayap.

Secara taktikal, apabila dalam keadaan menyerang, ianya menjadi sistem 3-4-3, namun apabila dalam keadaan bertahan, pemain sayap belakang dan pemain tengah menyerang berundur untuk menjadikan sistem 5-3-2 pula. Nampak tak permainannya disitu, pasukan boleh memaksimumkan kekuatan serangan dalam sesuatu situasi dan menyusun pertahanan bertingkat-tingkat bila keadaan terdesak diserang. Susunan serangan boleh dilakukan dari sayap atau dari tengah, tanpa pemain serangan bersusah payah untuk turun bantu pertahanan, sebab 7 pemain terlebih cukup untuk bagi semak kem pertahanan kita.

Dengan itu juga, unit serangan tidak mudah dijangka seperti sebelum ini. 3 pemain serangan utama akan bertukar-tukar posisi untuk menyusahkan pertahanan lawan. Sekarang ini, perancang utama, Kapten Gerrard mempunyai pelbagai platfom untuk memulakan serangan samada dari pemain sayap-belakang, pemain kreatif ditengah (posisi Moses sekarang dan milik Coutinho jika beliau pulih ). Sehingga kini taktikal itu sangat memberikan hasil positif, walaupun pasukan yang dibantai sekadar Sunderland dan Crystal Palace.  Kena tunggu hingga semua pemain pulih dan kita lihat jika 3-5-2 tetap digunakan dan adakah ianya bakal menjadi formasi rasmi pasukan berbanding formasi kegemaran Brendan 4-3-3.

Oct 7, 2013

LIVERPOOL 3-1 CRYSTAL PALACE

Perbandingan dari musim lepas
Liverpool makin cocok dengan 3-5-2 nya. Sistem yang fleksibel dengan kekuatan serangan dan bertahan. Ini semua adalah rahmat dalam kesusahan. Ketiadaan Johnson dan Coutinho dibayar dengan yang tinggi, namun hasilnya ialah pasukan kita tidak jadi Yo-Yo cam musim lepas. Brendan makin banyak belajar walaupun banyak lakukan eksperimen berisiko tinggi musim ini. Kemenangan dengan Pasukan Istana Kristal sudah dijangka tapi margin yang sedikit dari majoriti tekaan kawan-kawan.

Nak tunjuk hero dengan pasukan belasahan macam Palace buaknnya sukar kerana penyerang S berkembar kita, sudah gila isim sejak, Suarez dan Sturridge kembali mengganas masa lawan Sunderland tempohari. Suarez walaupun dah terjelepuk jatuh namun tetap berjaya menjolok bola kedalam gawang untuk gol pembukaan selepas suku perlawanan berlangsung. Tapi Sturridge tak mahu kalah dengan gol hebat penerajang kaki kiri yang padu setelah membuatkan bek Palace meloya-loya kena main.

Sterling bukkannya pemain sayap-belakang, walaupun dia tak menghampakan sangat disposisi yang sepatutnya diberikan kepada pemain yang lebih mampu memberikan keseimbangan dari segi serangan dan bertahan. Nasib baiklah Toure banyak kali membantu disebelah kanan. Penalti yang disudahkan oleh Gerrard hasil Sterling dijatuhkan dalam kotak atau luar kotak tersangat kontroversi, tapi riak muka Gerrard nampak beliau tak gembira mungkin simpati dengan Palace yang teramat malang.

Henderson sekali lagi tidak menghampakan untuk mnejadi pengganti Lucas, malah kederat dan kepantasan beliau membuatkan Gerrard nampak lebih selesa untuk bermain lebih efektif. Saya faham kenapa Kenny sanggup berbelanja mahal, kerana potensi Henderson akan membangun bersama pengalaman dari bermain kerana dia tidak mempunyai kemahiran individu macam Coutinho. Jika imbas kisah hidup Lucas sebelum ini, macam itulah Henderson patut diberikan peluang.

Ian Holloway pernah cakap yang beliau tak kisah pasukannya dibelasah semata-mata mahu dengar nyanyian "You'll Never Walk Alone" yang boleh membuatkan bulu tengkuk tegang. Memang mereka patut dibelasah kerana bermain 4-3-3 dikubu lawan. Nak main serang ala-ala Southampton, tapi mereka lupa yang pasukan kita dah cukup bersedia. Namun kebolosan hasil sepakan bebas itulah tabiat yang masih sukar dibendung, namun tak kisahlah mungkin hadiah saguhati untuk dari balik tangan kosong.

Sehingga cuti rehat perlawanan antarabangsa berlangsung, pasukan kita sama mata dengan Arsenal walaupun hanya berbeda perbezaan jaringan dan bolos. Harapnya Brendan boleh buat akal macam sebelum untuk rehatkan Sturridge sekali lagi.



Oct 5, 2013

KEMBALINYA SANG RAJA


Ini kali ke-2 Sang Raja Merseyside Merah kembali. Kembalinya buat kali pertama, walaupun tak semeriah mana namun pengakhiran yang memadai dengan memenangi satu medal dari 2 Final Piala. Bukannya kembali atas kapasiti berkaitan peranan atas padang lagi, namun lantikan sebagai Lembaga Pengarah bukan Eksekuif nampaknya sesuai untuk memberikan buah fikiran tentang strategi untuk membawa Liverpool kembali kepada era 70-80an.

Sikap tak berkecil hati walaupun pernah di pecat dari jawatan Pengurus 18 bulan lampau, menunjukkan kepada semua  yang Dalglish akan lakukan apa sahaja, bila tenaganya diperlukan, walaupun pernah dibuang bila tidak diperlukan. Sebab itulah Liverpool adalah kelab unik yang dihormati kawan dan lawan kerana setiap insan yang pernah bersama dalam pahit manis akan tetap menjadi keluarga Liverpool.

Apataknya, sebelum ini Lagenda seperti Robbie Fowler, Macmanaman dan Rob Jones telah dipanggil untuk menjadi mentor bagi Akademi. Kehadiran mereka atas kapisiti separuh-masa sedikit sebanyak walaupun tidak setara mana, namun harapnya menjadi mentor dan pendorong kepada masadepan pemain remaja yang bagus tapi masih mencari jati diri dan wawasan.

Oct 3, 2013

LIVERPOOL LAWAN CRYSTAL PALACE


Perlawanan dengan Crystal Palace nanti Liverpool tanpa Lucas kerana digantung satu perlawanan. Kita boleh tengok apa olahan dan formasi terbaru Brendan Rodgers kerana pasuakn kita ketandusan pemain tengah, yang ramai pertahanan. Jika formasi sebelum ini digunapakai, Henderson mungkin bakal digandingkan dengan Gerrard buat kali pertamanya musim ini. Manakala tempat beliau semasa menjadi Sayap-Belakang bakal diambil alih oleh pemain lain, mungkin Wisdom, Kelly,Llori atau Toure. Saya rasa posisi lain serta pemain yang digunakan semasa lawan Sunderland sudah Ok. Cuma dengan lawan tak sehebat Palace formasi 4-4-2 nampak sesuai.

Satu perkara saja yang paling perlu dielakkan ialah jangan memandang rendah lawan. Masa lawan Southampton sebelum ini, saya tengok pasukan kita terlalu ambil mudah dengan Southmapton, dan keputusan memalukan terjadi di tempat sendiri. Keyakinan untuk membelasah Palace memang ada, tetapi kita kena tengok taktik apa yang lawan nak buat sepanjang perlawanan. Kalau taktik main susun bas depan kubu, mungkin jaringan tak banyak tapi kalau pasukan kita umpan Palace suapay main terbuka, maka berguni-guni gol lah yang bakal dirobek oleh gandang mantap di Liga Perdana musim ini, Suarez dan Sturridge.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails