Mar 31, 2014

LIVERPOOL 4-0 TOTTENHAM


Kekalahan Chelsea dan seri antara Man City dan Arsenal adalah kejutan minggu ini. Sejak mengetahui keputusan pesaing kita, saya bukan jadi lagi gembira, tapi darah gemuruh tiba-tiba makin naik. Saya bila bercakap pasal pasukan sendiri dengan orang, selalu cermat sikit, sebab pernah trauma, takut tragedi 2008/09 berulang. Masa tu punyalah seronok ingat dah boleh dapat kejuraan, tapi perlawanan-perlawanan terakhir, pasukan buat tahi dengan pasukan bawahan. Apa pun tak boleh, Menyu potong kat kona.

Perlawanan semalam mengulangi mimpi ngeri 5-0 di White Hart Lane. Tim Sherwood macam angkat bendera putih awal, dengan lepak di kerusi VIP. Sampai peminat Spurs tercari-cari siapa yang jadi pengurus mereka. Saya dapat berita sebelum perlawanan, pengurusan Spurs dah dapat pengganti Sherwood, mungkin sebab itu beliau bengang dan siap tumbuk pemain Spurs sejurus perlawanan tamat. Saya tak pasti ianya benar atau tidak, tapi kalau benar memang dia boleh beregu dengan Alan Pardew, masuk WWE Smackdown.

Brendan suka main-main dengan taktik. Kali ini 4-3-3, Allen digantikan dengan Sterling. Pasukan Spurs masih trauma dengan insiden 5-0. Sebab apa, tak sampai beberapa minit Liverpool dah jaringkan gol awal. Bola hantaran jauh Coutinho, mencari Sterling yang buka ruang jauh luar dari jagaan Rose. Dia mememegang bola sambil menanti gerakan Johnson meluru masuk kedalam. Sterling melakukan hantaran kepada Johnson, dan Johnson berjaya menggelecek Erickson dan melepaskan hantaran lintang asalnya kepada Sturridge. Namun aksi badut berlaku pabila Kaboul dengan selamba melakukan tampanan  yang masuk kedalam gawang sendiri. Liverpool mendahuui 1-0 tak sampai 2 minit.

Malam tragedi Spurs makin sampai apabila bek tengah mereka, Verthogen cedea dan digantikan dengan Dawson. Disini kita tengok betapa Suarez macam bela Hantu Raya, dia tahu apa yang Dawson nak buat bila jauh dapat kepada Dawson.Telahan Suarez memang tepat, dan beliau telah mengasak Kaboul dan kepanikan Kaboul ditambah klicikan Suarez mengakibatkan Suarez berjaya merampas bola, melakukan larian dan melepaskan sepakan padu dari kaki kiri beliau. Liverpool tak kasi can, menambah derita Spurs dengan 2-0, hingga ke tamat separuh masa.

Separuh kedua Spurs cuba bangkit dengan hantaran-hantaran bosan, kiri, kanan, depan dan belakang, tanpa ada peluang untuk gerakan merbahaya, kecuali beberapa percubaan yang jauh kelaut. Liverpool membunuh permianan dengan gol ke-3. Flanagan yang telah dipanggil Cafu Merah oleh Cafu sebenar, memang lejen habaq mai. Dia melakukan larian dari kiri dan melakukan hantaran bila nampak Coutinho di tengah. Selalu bila Coutinho buat percubaan, ramai peminat kecewa, tapi tidak pada malam tadi. Coutinho meledakkan gol peribadi dan 3-0 buat Liverpool.

Henderson telah melepaskan peluang untuk gol mudah pada separuh masa pertama seblum ini. Namun kali ini beliau telah menjaringkan gol unik bagi Liverpool. Oleh kerana Gerrard dah keluar dan Suarez dah bosan mabil sepakan percuma, asyik-asyik tak masuk. Jadi Henderson pula dengan tanpa disuruh ambil sepakan yang agak jauh tak silap dalam 25 ela. Sepakan beliau memang osem, melencong bukan keatas tapi kecelah kaki pemain yang berkerumun dalam kotak penalti Spurs. Saya nampak macam Suarez yang kuis bola, namun pengadil berikan kepada Henderson sebab tak mahu Suarez cipta rekod gol yang ke-30.

Bagi saya tiada persembahan individu, kecuali Suarez yang memag suka berlagak dan kaki buli. Sturridge pun boleh tahan dengan larian bahaya, tapi Sterling bukan sahaja penyebab gol pembukaan, namun dia Raja Golek bola malam tadi. Pengkritik dah boleh diam bila  Coutinho dah jaringkan gol, begitu juga Henderson selain larian dan asakan rakus. Kapten Gerrard dah jadi Libero dan tak susah-susah nak berlari, cuma hantar bola dari jauh sahaja.

Johnson dan Flanagan ada klas tersendiri,garang menerang dan unggul bertahan Skrtel dan Agger jadi taiko, makan biji telur Soldado sampai nak menangis budak tu. Allen dan Lucas masuk untuk kekalkan momentum, namun Moses nampak bersemangat, walaupun tak sempat peluh ketiak. Dan jangan diilupa Mignolet tak hayun telur sangat dia ada juga selamatkan percubaan lemah Spurs.

Akhir sekali kredit kepada pengurus Liverpool, Brendan Rodgers.  Dia yang begitu cekal dan tabah serta tahan kutukan di musim pertama. Tapi musim ini berikan kejutan demi kejutan serta membawa pasukan dalam kedudukan terbaik, hingga kesaat ini.  Walaupun di takhta Liga, namun masih perlu kerja keras sampai perlawanan ke-38. 

Mar 28, 2014

LIVERPOOL LAWAN TOTTENHAM


Ingat wahai warga peminat Liverpool sekalian , Spurs takkan masuk lubang biawak buat kali kedua. Ketika mereka tewas 5-0 di White Hart Lane, macam ada yang tak kena dengan pasukan mereka. Ada yang nampak pasukan mereka masih belum serasi dan ada sumber mengatakan sebilangan pemain yang dibeli dengan duit penjualan Bale, bukan pilihan AVB tapi pengurusan kelab. Kira macam ada unsur campurtangan dan AVB terpaksa gunakan pemain tersebut dan malangnya memang tak kena dengan taktik beliau.

Pengganti beliau Tim Sherwood, mulanya memang nampak ada aura tersendiri. Dia tak banyak buat perubahan, ambil semula Adebayor yang kena pulau oleh AVB dan boom, semua pemerhati jadi terkejut yang Spurs tiba-tiba bangkit semula. Adebayor jadi hero mereka. Namun hero mee segera, cepat dimasak dan cepat dimakan dan cepat lapar balik. Keadaan kembali seperti zaman AVB kembali dan Sherwood, tak juga mampu nak kembalikan Spurs yang mantap seperti zaman Harry Redknapp.
Sherwood

Namun jangan dilupa, Spurs mempunyai pemain yang saya rasa memang setaraf Coutinho, yakni Cristian Erikson. Kalau tak kerana bantuan gol dan gol dari sepakan percuma, dari pemain Denmark itu, Spurs mungkin lagi teruk. Jadi aspek lain memang kita tengok Spurs tak berapa beri ancaman, namun dengan adanya Erickson dan Adebayor kombinasi ini kena jaga betul-betul sebab sebelum ini mereka tak bersama skuad belasahan 5-0 dulu. Lagipun bola tinggi memang masih lagi jadi igauan buruk kita.

Brendan Rodgers tak mahu samakan cerita dulu dan sekarang. Dia mau pemain fokus dan main sehabis baik. Tekanan sekarang bukan dipihak kita tetapi Spurs. Mereka terpaksa kejar-kejar Arsenal. Tempat ke-4 bagi Liverpool dah sebelah kaki, cuma sekarang kita hanya kena usaha lebih untuk dapatkan bonus iaitu Kejuaraan Liga. 

Mar 27, 2014

LIVERPOOL 2-1 SUNDERLAND


Corak permainan Liverpool memang sama tak berubah dari perlawanan sebelum ini. Malah dengan kesebelasan yang dikekalkan, pasukan kita sudah dapat dijangka lawan bagaimana corak dan persediaan yang perlu untuk mengekang Liverpool. Gus Poyet, pengurus muda yang bijak, cuma dia punyai barisan pemain yang sederhana. Beliau telah meletakkan 5 pemain pertahanan dan bek kiri dan kanan bertindak seperti pemain sayap ketika menyerang.

Taktik amat membuahkan hasil dari sepak mula sampailah wisel penamat. Sepanjang 30 minit pertama pasukan kita teramat seksa dan susah untuk menembusi kubu pertahanan yang meletakkan majoriti pemain depan pintu gol. Saya tak melecehkan atau merendahkan kebolehan pertahanan Sunderland walaupun permainan anti-bolasepak mereka itu berkesan. Itrulah cara bolasepak sekolah lama yang ditonjolkan Poyet dan memang kena dengan permainan agresif mereka.

Namun beberapa insden yang menampakan pengadil Kevin Friend telah menjadikan beliau "Kevin Enemy" atau musuh bagi penyerang Liverpool. Pemain pertahanan Sunderland, Vergina sepatutnya dah dibuang padang kerana mengasari Suarez yang memang dalam situasi untuk masuk kedalam kotak penalti dan Vergini memang pemain terakhir. Itu tak apalah lagi dapat kad kuning, namun selepas itu Vergini sekali lagi membentes Suarez, namun Encik Musuh, si pengadil hanya memandang sepi insiden itu. Kalau pengadil lain, saya pasti kad merah untuk bek Sunderland itu.

Percubaan Suarez yang mengambil sepakan percuma hambar, walaupun nampak macam sipi-sipi lagi nak masuk. Namun selepas itu Liverpool mendapat peluang lain setelah Sturridge pula dijatuhkan oleh O'Shea tak silap saya. Kali ini Abang Long Gerrard, pula ambil sepakan itu dari Suarez. Dan beliau tunjukkan demontrasi bagaimana nak masukkan bola kedalam gawang semudah ABC. Sepakan dari jarak 20 ela disudahkan dengan teknik lecongan padu melepasi jangkauan goli Sunderland, Manone yang hanya menepis angin. Separuh pertama tamat dengan 1-0.

Separuh kedua bermula masih dengan pasukan sedia-ada bagi kedua-dua pasukan. Serangan Liverpool nampak begitu cun setelah mendahului. Namun percubaan demi percubaan banyak yang tersasar dan juga ketamakan individu terutamanya Suarez dan Sturridge. Apa boleh buat kalau tak tamak, mana boleh Liverpool jadi pasukan penjaring terbanyak di Eropah. Rezeki gol ke-20 musim ini bagi Sturridge sampai jua. Menerima hantaran dari Henderson, Sturridge melakukan sepakan lencong dan terkena badan Wes Brown dam mebias masuk kedalam gawang Sunderland. Liverpool menambah gol lagi 2-0.

Macam saya cakap awal-awal tadi. Poyet memang padu dia punya taktik. Kalau pasukan lain dalam masa sekarang kurang-kurang dah kena 4-0. Poyet membuat pertukaran yang bakal merubah keadaan dan membuatkan peminat Liverpool yang sangat gembira, menjadi begitu panik dan tak keruan. Kemasukan Adam Johnson dan Ki Sung-Yueng, telah menjadikan Sunderland lebih garang. Gol Sunderland hadir dari sepakan sudut yang disudahkan oleh mamat K-Pop, Ki dengan tandukan setelah tiada pemain menjaga beliau. Keputusan kekal 2-1 sampai wisel penamat dibunyikan.

Tiga mata berharga dapat walaupun jumlah jaringan tak semeriah sebelum-sebelum ini. Liverpool telah berjaya mengubah tabiat lama yang suka tewas kepada pasukan bawahan pada penghujung liga. Dengan kemenangan buruk ini, Liverpool berada ditangga ke-2 hanya beza satu mata dengan Chelsea. Semakin rapat dengan Chelsea, mimpi untuk bergelar Juara Liga Perdana Inggeris kian boleh menjadi realiti. Cuma nak dapatkan kejuaraan ada halangan-halangan masih besar dan pemain diharap jangan hilang fokus.

GOL CONOR COADY DAN JORDON IBE

Conor Coady ledak 2 gol dan dinobatkan pemain terbaik  Sheffield United lawan Crawley Town





Gol Sulung Jordon Ibe ketika Birmingham lawan Millwall

Mar 25, 2014

KAD KUNING DAN GERRARD


Undang-undang penggantungan perlawanan bagi kad kuning bagi Liga Perdana Inggeris seperti berikut bagi yang tak tahu.
  1. Jika seorang pemain mengumpul 5 kad kuning antara hari pembukaan musim hingga 31 Disember pada musim yang sama, dia akan digantung secara automatik untuk satu perlawanan. 
  2. Jika seorang pemain mengumpul 10 kad kuning antara hari pembukaan musim bermain dan hari Ahad kedua bulan April pada musim yang sama, dia akan digantung secara automatik untuk dua perlawanan. 
  3. Jika seorang pemain  mengumpul 15 kad kuning antara hari pembukaan musim bermain dan hari terakhir musim yang sama, beliau akan digantung secara automatik untuk tiga perlawanan. 
  4. Jika seorang pemain kemudian mengumpul 5 kad kuning maka dia akan diheret di hadapan Jawatankuasa Disiplin, dalam masa tujuh hari dari tarikh kad kuning terakhir. Ahli-ahli Jawatankuasa Disiplin  mempunyai kuasa untuk berurusan dengan pemain dengan cara yang mereka anggap patut. Prosedur yang sama akan dikenakan bagi setiap lima lagi amaran yang diterima oleh pemain itu.
Bagi kes Gerrard, klausa pertama dia dah lepas. Namun dalam klausa no.2 dia perlu elakkan mendapat kad dalam perlawanan dengan Sunderland, Spurs dan West Ham, jika tak 2 perlawanan digantung. Dan lepas itu kalau nak kumpul lagi dah tak ada masalah sebab penggantungan musim depan bagi klausa no.3. 

Brendan sangat teliti tentang perkara ini, kerana dia tahu Kapten Liverpool itu salah satu punca kecemerlangan pasukan, sampai saat ini. Dan dia taknak Gerrard telepas 2 perlawanan penting disebabkan kad kuning nanti. Nasib baiklah ada Lucas dan saya rasa beliau akan menjadi bidan terjun jika Kapten kita itu tak dapat bermain.

LIVERPOOL LAWAN SUNDERLAND


Ramai yang masih bermimpi dan cakap-cakap pasal perlawanan 6-3 dengan Cardiff, padahal perlawanan dengan Sunderland dua hari saja lagi. Dalam dalam wawancara Brendan dengan pemberita tentang laluan ke Liga Juara-Juara, dia cakap hanya ada satu halangan yang boleh memusnahkan peluang itu. Ianya ialah terlalu yakin dan memandang mudah kelab bawahan. Jika hilang fokus matlamat asal akan tersasar.

Perlawanan dengan Sunderland, dianggap mudah seperti kacang jika kita tengok corak permainan kita yang terdahulu. Tetapi apa yang pasti berbeza ialah bagaimana Sunderland bakal menyediakan pasukan mereka. Kalau mereka bermain macam corak perlawanan Liga, itu agak enteng bagi kita. Namun jika mereka beraksi macam perlawanan Piala Liga dan Piala FA. Pasukan kita kena berhati-hati dengan corak serang balas anak buah Poyet itu.

Tetapi kita bernasib baik kerana pemain utama mereka, Fabio Borini ialah pemain kita yang dipinjamkan. Kiranya kekuatan serangan mereka hanya tertumpu kepada Altidore kerana Flecther masih cedera. Dan paling malang sampaikan mereka terpaksa jadi buruk siku, minta balik Conor Wickham dari Leeds United. Dengan kombinasi Altidore dan Wickham, corak utama Sunderland ialah hantaran jauh dan tinggi. Brendan kena ada rancangan yang jitu untuk menghadapi serangan udara yang bakal bertali-arus.

Menghadapi 2 perlawanan dalam seminggu dan lepas ini lawan Spurs pula, bagi saya sistem penggiliran boleh diguna pakai. Calon-calon yang boleh direhatkan jika perlu ialah Flanagan, Agger dan Coutinho. Mereka mungkin boleh digantikan dengan Cissokho, Sakho dan Sterling . Flanagan kena rehat bukan sebab dia banyak buat silap, tetapi beliau adalah pemain yang mantap dalam perlawanan besar. Manakala Agger sebab masalah kesihatan dan Coutinho bersiko kena buli dengan pemain tengah Sunderland yang robes.

Tetapi sehingga perlawanan bermula, kita belum tahu apa kejutan yang bakal Brendan lakukan samada dengan corak taktikal atau kesebelasan yang bakal diturunkan. Kita  tak tahu mungkin Brendan tidur tak lena, mandi tak basah dan makan tak lalu, memikirkan perlawanan itu nanti, sebab peminat sekarang dah sembang besar  macam segalanya teramta mudah. Sebab itulah saya 100 peratus, macam Brendan, selagi 38 perlawanan belum habis, simpan dulu mimpi kita. Setiap perlawanan adalah perlawanan akhir, tak kira siapa lawan kita.

Mar 24, 2014

KONTRAK GLEN JOHNSON


Kontrak Glen Johnson bakal tamat selepas musim 2014/15. Pihak FSG belum buat keputusan samada nak sambung kontrak dengan gaji £110,000 seminggu sedia ada. Gaji sekarang pasti bakal dikurangkan jika sebarang kontrak baru diberikan. Polisi mereka yang pelik itu patut kena ikut keadaan dulu. Bek kanan utama ialah Johnson dan Flanagan serta Kelly sebagai timbalannya.

Real Madrid pun sedang berkira-kira nak cuba pikat beliau musim depan. Malah Arsenal juga sedang buat perkiraan nak jadikan Johnson pengganti Sagna yang dah nak habis kontrak.Itu belum kelab Liga Super Malaysia, JDT masuk jarum lagi. Jadi apabila kelab-kelab besar macam tadi cuba mengorat Johnson itu bermakna dia memang Bek Kanan terbaik dipasaran.

Satu tahu Brendan ada sasaran untuk bek kanan tetapi, dia masih perlukan Johnson yang berpengalaman luas dalam Liga Juara-Juara. Selagi mana belum ada pemain yang benar-benar boleh gantikan beliau, saya harap janganlah pengurusan  buat kerja gila, nanti yang digendong tercicir yang dikejar tak dapat. Kita tengok sendiri kebelakangan ini prestasi Johnson  kembali menyengat. Jadi beli saingan beliau dulu musim depan atau lihat bagaimana prestasi Flanagan, lepas itu baru buat keputusan.


PERLUMBAAN KE GARISAN PENAMAT


Chelsea ada calon feberet bagi kejuaraan Liga Perdana kalau ikut kertas. Laluan mudah bagi Chelsea kalau ikut lawan yang mereka hadapi, kedua adalah Arsenal dan diikuti Liverpool dan seterusnya Man City . Namun segalanya belum pasti kerana pasukan bawahan mungkin boleh buat kejutan kepada pasukan 4 diatas, terutamanya yang sedang bergelut dalam zon penyingkiran.

Kalau pasukan kita nak buat kejutan jadi Juara, kena menang semua termasuklah lawan Man City, Chelsea dan Spurs nanti, jangan kurang satu mata pun. Sebelum bermimpi nak jadi juara persiapan untuk setiap perlawanan kena cun dan pemain kena bersedia main dalam tekanan yang tinggi serta semangat berpasukan. Yang lain kerja tuhan.

Mar 23, 2014

LIVERPOOL 6-3 CARDIFF



Peminat Liverpool disajikan dengan perlawanan penuh drama musim ini. Perlawanan kali ini persis macam lawan Stoke. Cuma apa yang menjadikan ianya dramatik, ialah pasukan kita kena dulu sebiji namun menghabiskan keseronokan awal Vincent Tan, dengan pukulan maut 6-3. Kita tahu pertahanan kita secara maklumnya tak berapa hensem bertahan, namun apabila menyerang memang dah jadi macam orang gila mengamuk. Saya tak berapa faham apa air jampi yang Brendan bagi sampai minit-mint akhir pasukan kita masih naik syeikh nak sumbat gol.

Posisi permata kali ini memang diuji hebat oleh Cardiff. Tapi mereka lupa kot yang semua formasi dan taktik bagai, itu cuma ketika bertahan dan tak pegang bola. Tetapi bila dah bola dalam penguasaan, tak ada lagi permata atau berlian, pemain kita yang tahu cuma nampak gawang gol lawan saja. Segala yang dilakukan baik Suarez, Sturridge atau lain-lain pemain yang sama-sama menyerbu untuk menyerang, macam takda skrip dan sukar nak dijangka apa yang mereka nak buat. Koordinasi pemain memang cun dan setiap kawasan dalam penalti Cardiff mesti ada pemain Liverpool yang buat ramai.

Permulaan bagi perlawanan ini memang mengejutkan. Cardiff bermula garang dan tunjuk sempoi didepan peminat sendiri. Joe Allen menjadi punca gol pertama apabila melakukan hantaran bunuh diri kebelakang kepada Flanagan namun dirampas oleh Campbell yang melakukan hantaran kepada Mutch dan walaupun dengan hadangan Gerrard, Mutch melakukan rembatan padu. 1-0 kepada Cardiff dan Vincent Tan dengan Rayban hitam dan misai ala Wak Doyok, tersenyum kambing meraikan gol. Kejutan ini belum lagi membangunkan Liverpool yang masih tidur dengan permainan kelam-kabut dan hantaran serabut.

Kalau dah nama pasukan Liverpool, maka tiada makna putus asa selagi kita ada pemain bernama Luis Suarez. Bukan saya nak memuji sangat namun, Suarez memang selalu akan berada dalam kedudukan nak sumbat gol. Gol penyamaan Liverpool hadir apabila gerakan dan hantaran cantik dari Henderson mencari Johnson yang bersedia dibahagian sayap. Hantaran lintang beliau memang cun dan sampai kepada Suarez yang sampai dahulu didepan untuk menampan masuk bola mudah melepasi Marshall yang melompat katak cuba menangkap bola. Peminat Cardiff terdiam dan giliran pelawat dari Merseyside bersorak untuk penyamaan 1-1.

Sekali lagi pertahanan tertidur kembali setelah kita ingat dah segar bugar selepas penyamaan tadi. Kali ini penjaring gol Cardiff, Mutch melakukan hantaran bollywood  melepasi pemain tengah dan melangkaui kawasan jagaan Flanagan dan Agger untuk mencari Campbell yang bijak menyusup dalam kawasan kiri kotak penalti. Campbell yang mempunyai larian pantas macam Usain Bolt, mengelecek Agger dan melepaskan rembatan padu membuatkan Mignolet dan bek Liverpool yang lain hanya menampan angin. Cardiff kembali mendahului 2-1. Vincent Tan dan peminat Cardiff kembali ceria dan seronok macam perlawanan dah nak tamat.

Serangan bertali arus Liverpool memang tunggu masa saja gol nak datang. Sebabnya Cardiff kembali kepada mod bertahan dan berharap separuh masa tamat secepat mungkin. Namun taktik Cardiff ternyata makan diri. Liverpool mendapat sepakan penjuru yang diambil Coutinho namun kantoi ditampan bek Cardiff. Gerrad mengumpan bola kepada Coutinho yang melakukan hantaran lintang mencari kawan yang sedia menunggu dalam kotak penalti. Ingatkan Suarez atau Sturridge yang melakukan jaringan penyamaan kali ini, namun rupanya Skrtel lah orangnya yang meledakkan gol penyamaan 2-2. Ikut rekod, Skrtel mengatasi rekod Torres dan Soldado musim ini dengan 5 gol.

Separuh masa bermula dengan kedua-dua pasukan terikat dengan 2-2. Liverpool mendapat sepakan penjuru dan dikala itu dua orang pemain Cardiff, Muth dan Theopile cedera dan mendapat rawatan kecemasan diluar padang. Solskjaer memang sakit hati sebab pengadil tak bagi tunggu pemain mereka masuk sebab memang undang-undang macam tu. Apatah lagi kedua-dua mereka adalah pemain tinggi yang amat penting dalam situasai sepakan penjuru. Liverpool mengambil kesempatan dan Skrtel melakukan tandukan padu untuk Liverpool mendahului Cardiff 3-2. Vincent Tan dah tak nampak menyorok dalam tandas kot.

Tiga gol tak cukup lagi buat Liverpool. Pasukan  kita itu mahu lebih banyak gol untukkasi pecah kesemua rekod yang ada . Sekali lagi saya rasa ulangan macam gol penyamaan 1-1. Skrip yang sama kali ini Henderson membiarkan Johnson buat larian dulu dan baru buat hantaran setelah Johnson masuk mencelah melepasi bek kiri Cardiff. Johnson melakukan hantaran lintang tetapi kali ini mencari Sturridge, namun Sturridge yang dikawal ketat melakukan hantaran tumit kebelakang, dan Suarez yang meluru dari tengah melakukan rembatan padu, untuk gol peribadi kedua beliau dan yang ke-27. Liverpool mendahului dengan 4-2 walaupun masa masih berbaki 30 minit lagi.

Cardiff memang dah tenggelam punca. Kemasukan pemain baru dalam pasukan mereka memberikan tekanan kepada Johnson, sebab Solskjaer nampak Johnson memang jadi punca gol Liverpool malam tadi. Apa nak buat, Johnson ni bukan budak hingusan dan pengalaman beliau memang membantu beliau melakukan sesuatau perkara luar jangkaan. Ketika Cardiff asyik menyerang, Johnson nampak dari jauh Suarez melambai meminta bola, dan hantran jauh Johnson cuba ditanduk Caulker, namun  kantoi dan dapat kepada Suarez  dan ketika itu dia nampak Sturridge melakukan larian dan Sturridge menampan mudah untuk Liverpool mendahului  5-2.

Cardiff masih mempunyai semangat juang lagi, lebih bermaruah dari Spurs dan Arsenal yang kena 5 biji dengan kita. Mereka cuba mencari kekurangan bek kiri kita yang memang menjadi lubuk gol mereka. Ally Cissokho menggantikan Flanagan tak banyak membantu pertahanan sangat walaupun gol ke-3 Cardiff bukan silap beliau. Gerakan bermula dengan Theopile melakukan hantran tinggi mencari Kenwye Jones. Jones menggunakan ketinggian beliau menyedekahkan peluang kepada Mutch untuk gol ketika Cardiff dan ke-2 peribadi Mutch malam tadi.

5 gol sudah cukup kan. Tak belum lagi Suarez belum puas selagi belom sumbat hatrik. Gol terakhir hadir dalam waktu kecederaan 5 minit yang diberikan. Skrtel bukan sahaja penjaring gol namun dia juga menjadi peyumbang gol. Seperti meniru Johnson Skrtel melakukan hantaran jauh mencari Suarez yang keseorangan bertemankan bek Cardiff. Hantaran Skrtel sampai dan perebutan antaran Cala dan Suarez dimenangi Suarez yang menggunakan tubuh beliau menumbangkan Cala dan meluru berdepan hanya goli Cardiff dan Sterling telah menunggu harap Suarez sedekah gol kat dia. Namun kerana nak hatrik Suarez meledakkan gol peribadi ke-3 dan ke-28 untuk musim ini.

Tak kisahlah Chelsea bantai budak tadika 6-0, atau Man City bubuh Fulham 5-0, Yang penting kita teruskan usaha memburu kemenangan. Kedua-dua pesaing kita itu bagi saya memang pilihan utama untuk kejuaraan Liga. Namun saya takkan putus asa selagi kedua-duanya belum lagi menjejak kaki ke Anfieild. Janganlah kita nak cakap kepada Kejuaraan Liga lagi kerana kita masih ada 8 perlawanan yang diibaratkan setiap perlawananan yang berbaki perlawanan final, tak kiralah lawan kita pasukan besar atau kecil.


Mar 21, 2014

LIVERPOOL LAWAN CARDIFF


Dua pertembungan dengan dua ambisi berbeza. Liverpool mahukan kejuaraan Liga Perdana,manakala Cardiff pula berhempas pulas untuk elak turun kelas. Dalam keadaan sekarang, Cardiff paling dalam tekanan. Mereka wajib menang untuk elak dipintas pasukan lain.Bila lawan jenis pasukan yang sedang bergelut dalam situasi ini, umpama si pemburu kena memburu singa yang luka,sang singa akan mengamuk habis-habisan untuk lepaskan diri.

Saya tahu Brendan memang cermat dalam membuat perubahan taktikal kebelakangan ini. Macam-macam benda pelik yang kita tengok Brendan olah dalam pasukan. Namun bagi perlawanan macam ni saya rasa Coutinho perlu kembali dalam kesebelasan utama bagi gantikan Sterling. Pemain tengah Cardiff memang lasak dan pantas tak macam pemain tengah Menyu. Awal musim perlawanan di Anfield, pasukan kita menang tipis 2-1 saja. Dalam keadaan pasukan kita kena capai kemenangan, memandang rendah lawan bakal mengulangi kesilapan Pak Cik Rafa, musim 2008/09 dulu, ingat lagi tak.

Sementara Chelsea dan Arsenal bergocoh sesama-sendiri,inilah peluang pasukan menangguk di air yang keruh. Jika apapun keputusan antara kedua-duanya, pasukan kena pastikan tak tercicir mata. Saya tahu ramai yang mahukan Chelsea-Arsenal seri, jadi pasukan kita boleh rapatkan mata dengan Chelsea dengan 2 mata berkelebihan satu perlawanan dan jauhkan sikit dengan Arsenal juga dengan 2 mata . Namun harus diingat Man City, punyai kelebihan dari jumlah perlawanan. Apa pun kita tunggu dan lihat kerana bola itu bulat dan macam-macam boleh berlaku dalam penghujung liga ini. Harap nasib menyebelahi kita.

Mar 20, 2014

WANG BUKAN SEGALANYA


Brendan telah berhasrat membeli pemain bintang musim depan, namun dia akur yang kejayaan bukan boleh dikecapi dari limpahan wang pound yang banyak. Pasukan yang belanja besar, macam Spurs dan Menyu, masih belum mengembalikan tuaian dari pelaburan besar mereka. Apa yang Brendan hasilkan ialah meletakkan idea dan pemain ngam dengan caranya, maka kejayaan pasti membuahkan hasil. Duit memang tak boleh buat benda cam tu.

Ianya berkaitan dari latihan, pengurusan pemain, cara berurusan dengan orang, punyai staff terbaik serta paling penting tahu apakenda yang pemain nak perjuangkan untuk karier mereka sebagai pemain Liverpool. Kesemua rangkuman yang dinyatakan telah menjadian ramuan dan diadun sepanjang Brendan berada di Anfield. Namun dalam masa yang sama, jika ada wang untuk dibelanjakan, memang satu kewajaran untuk menambahbaikkan pasukan sedia ada.

Contoh diberikan memang tepat dan kena selepat untuk pemain macam Ozil dan Mata serta majoriti pemain Spurs. Apa gunanya belanja berpuluh-puluh juta pound untuk pemain bintang tetapi, tidak dipergunakan dengan cara yang betul. Apatah lagi pemain tersebut tak menunjukkan keghairahan beraksi dengan baik. Walaupun musim Liverpool bakal dapat bermain dalam LIga Juara-Juara Eropah, dan pemain bintang bakal dibawa masuk bagi perkuatkan pasukan, kualiti tanpa kemahuan, memang buang karen.

Mar 18, 2014

PASUKAN TERBAIK MINGGU INI


Tiada Suarez atau Gerrard dalam pasukan terbaik minggu ini. Tetapi dua muka yang terlalu asing bagi anugerah pemain, iaitu Joe Allen dan Jon Flanagan. Setelah dikritik habis-habisan sejak mula dibeli awal musim lepas dan pembelian pertama Brendan, Welsh Xavi ini, telah membentuk jatidiri sendiri. Dia mula menyusup perlahan-lahan kedalam pasukan dan kini dah 3 perlawanan berturut-turut beraasi dalam kesebelasan utama. Allen terpilih sebagai pemain pilihan bagi tengah terbaik kerana beliau adalah punca bagi penalti kedua Liverpool.

Manakala Flanno adalah bek sayap yang sensasi kerana bukan sahaja mampu naik mebantu serangan namun, aksi bertahan yang mantap ditunjukkan oleh Scouser muda ini. Dalam perlawanan menentang Menyu, Flanno melakukan 7 bentesan , 7 kali mengeluarkan bola dalam kawasan bahaya dan 3 pintasan hantaran. Walaupun menerima kad kuning awal kerana mengasari Rafael, tapi kita cukup heran bagaimana dia mampu menjaga Rafael dan Januzaj sepanjang masa. dan ada satu ketika dengan RVP sekali dia tibai, sampai mengerang macam pondan tua.

 Aksi Flanagan lawan Menyu.

Mar 17, 2014

LIVERPOOL 3-0 MANCHESTER UNITED


Korang perasan tak yang peminat Menyu dah tak periang macam dulu-dulu. Ramai yang macam dah tak minat sukan bolasepak dan kalau ajak bersembang pasal bola, cuba alih tajuk kepada cerita kapal terbang. Saya juga dengar ramai Doktor mengadu yang ramai sangat ambil cuti sakit sebab kemurungan, ada yang tak cukup tidur dan ada juga yang saja nak ambil cuti elak dibahan.Itulah musim-musim sebelum ni korang suka sangat menganjingkan orang, sekarang sapa yang malu. Ada satu blog yang nama soker apa ntah, sekarang suram gila, mungkin blogger anti-LFC masuk gua kot.

Satu lagi misteri, yang korang perasan kot. Pemain yang hampir majoriti sama msuim lepas di Old Trafford, boleh menang 2-1 dengan pasukan kita, tetapi tukar pengurus saja terus melingkup teruk. Padahal mereka tu semua bekas-bekas alumni Juara Liga Perdana baru saja semusim, bukan 24 tahun macam kita. Kenyataannya ialah dibawah pengurusan Ferguson, dasar diktator atau layanan "Hair Dryer" adalah benda yang ditakuti sebab itu semua pemain boleh main kerana takut kena leteran dari Fergie. Namun Moyes tidak mampu nak buat apa yang Fergie buat sebab itulah pemain naik tocang.

Apa pun tak kisahlah pasal Menyu dan Moyes, biar lah mereka melingkup. Yang pasti Liverpool telah berada di landasan yang tepat bersama pengurus yang bijak. Brendan Rodgers telah berjaya membawa pasukan yang dilabel separuh masak musim lepas, kepada pencabar Liga musim ini. Salah satu kejayaan mutlak ialah berjaya mengekalkan Suarez dan memujuk beliau dengan kontrak luamayan. Selain itu tiada apa yang istimewa kecuali kemampuan Brendan mengubah sikap pemain mejadi begitu bersemangat musim ini.

Mari kita terus kepada perlawanan semalam. Formasi yang sama semasa lawan Soton, tetapi benda pelik yang dilakukan ialah bagi Sterling main di posisi tengah menyerang, dalam formasi "Diamond". Ramai pasti merungut kenapa Coutinho tidak dimasukkan padal itulah posisi feberet beliau. Apa yang saya nampak ialah ini cara Brenda untuk menguji pasangan Carrick dan Fellaini, dan ianya untuk meletihkan mereka yang terpaksa mengejar Steling yang selalu buat perkara yang tak disangka seperti memegang bola persis Coutinho.

Taktikal Liverpool berjaya sebab taktik Menyu juga yang sengal. Mereka bermain dengan 4 orang pemain serangan dan membiarkan Carrik dan Fellaini yang lembab di tengah. Jadi penguasaan bola memanglah mereka kantoi kerana tiap-tiap kali nak pegang bola, bukan takat nak buat nak buat hantaran kedepan, nak buat hantaran belakang pun tak menyempat. Dibahagian sayap Suarez dan Sturridge sama-sama membuatkan Rafael dan Evra, tak punyai masa nak bantu serangan. Flanagan dan Johnson tak punyai tugas berat kerana Mata dan Januzaj,  selalu sangat masuk ketengah.

Seperuh pertama  bermula memang rancak, tak silap minit awal lagi Liverpool dah punyai peluang melalui Sturridge namun sepakan beliau tersasar. Begitu juga dengan Glen Johnson yang melakukan percubaan lemah gemalai terus kedakapan De Gea. tapi satu lagi peluang Sturridge yang terkantoi, sebab dia tamak nak buat gol sendiri, padahal dia boleh lorongkan bola balik kepada Sterling yang berada diposisi terbaik untuk buat gol. Allen juga ada peluang namun rembatan tepat kepada De Gea. Akhirnya rezeki datang pada minit ke-33, apabila Sturridge melorongkan bola litang kepada Saurez. Suarez melakukan trik tap bola cuba melepasi Rafael. Dan Rafael dengan sengaja menepis bola dan menghadiahkan penalti yang disudahkan oleh Abang Long Gerrard untuk gol pembukaan. 0-1, Old Trafford bergema dengan sorakan peminat Liverpool.

Separuh kedua bemula dengan tempo yang sama bagi Liverpool. Menyu juga masih belum panik, tapi tunggu saja sekejap tak lama lepas sepak mula keadaan panik bakal berlaku. Henderson dapat bola dari Sturridge dan melakukan cip kepada Allen yang menyelinap dalam kawasan penalti Menyu dan tetiba dalam tak disangka-sangka Jones telah menolak Allen yang sedang mendada bola. Keadaan itu tak bahaya langsung kalau Jones tunggu Allen bawa bola sebab saya sendiri tak yakin Allen mampu buat macam Suarez, medada bola dan rembat terus kedalam gol. Namun nak jadi rezeki, penalti kedua diberikan dan Gerrard meledakkan gol kedua beliau sama macam gol pertama tapi tak dapat diagak oleh De Gea. 2-0, sekali lagi peminat Menyu terdiam tak terkata.

Selepas gol kedua, pihak Menyu ada juga buat serangan, tetapi setakat acah-acah saja. Saya tengok Januzaj  dan Rooney saja yang pulun gila-gila dan pemain lain masih tiada mod bermain. Sehinggalah kemasukan Coutinho pada minit ke-72, Liverpool nampak semakin merbahaya dengan membuli Menyu depan kiri dan kanan tanpa belas kasihan. Kontroversi memang takkan sunyi dalam perlawanan hebat sebegini. Saya dah cakap Mark Clattenburg jenis tak konsisten, Saya akui Sturridge melakukan simulasi dan sengaja menjatuhkan badan untuk penalti ke-3. Namun paling parah ialah kad merah kepada Vidic dan saya simpati kepada nasib malang mereka. Namun macam dapat rezeki tak berkat, penalti ke-3 tak berjaya disempurnakan oleh Abang Long dan terkena palang.

Suarez haritu pakai but kain guni, Adikat Primekit. Memang but baru ni bawak ong dan rezeki beliau untuk menambah gol peribadi musim ini kepada 25 gol. Gol hadir pada minit 83 tak silap, bila dalam keadaan kucar kacir, Sturridge yang macam nak rembat atau hantar bola terus kepada Suarez yang berkaya melepasi perangkap curi ayam Menyu dan melepaskan rembatan padu kedalam gawang Menyu yang bocor buat kali ke-3 malam itu. Kemasukan Lucas dan Aspas menggantikan Gerrard dan Sturridge adalah petanda bahawa Liverpool dah tak berselera malukan Menyu lagi.

Apa yang boleh diperhatikan keputusan penting yang dibuat Brendan ialah meletakkan komposisi pemain tengah begitu ngam dengan tektik zaman batu Moyes. Henderson dan Allen telah menjadi nadi penggerak taktik permata itu, dengan  elakukan larian dan mengasak lawak sampai tak kasi can. Sebab itulah kemasukan Coutinho menampakkan Liverpool makin terserlah kerana pemain tengah mereka telah diletihkan oleh Sterling sejak sepak mula. Lepas ini dengan dengan adanya Lucas, pasukan kita akan lebih mempunyai pilihan ddari segi variasi taktikal.

Selepas perlawanan tamat, Kapten Gerrard dengan tak disangka-sangka menyatakan bahawa Liverpool sedang mencabar kejuaraan Liga. Itulah ayat yang bakal membuatkan seantero seteru kita yang juga nak merebut kejuaraan makin panas jubur. Saya yakin Liverpool mampu, namun ianya boleh direalisasikan jika permainan yang konsisten dapat dikekalkan dalam 9 perlawanan mendatang. Dan macam diramalkan bahawa Kejuaraan Liga kali ini sangat sengit dan ianya bakal diketahui sehingga perlawanan ke-38.

Nota kaki: Maaf untuk sekalian pembaca lambat siar ulasan sebab laptop buat hal .

Mar 16, 2014

PENGADIL DI OLD TRAFFORD

  

Mark Clattenburg telah diumumkan sebagai wasit dalam perlawanan menentang Menyu di Old Traffird nanti. Kita mungkin tak terlalu bimbang beliau adalah peminat tegar Newscastle United bukan Man United. Cuma apa yang saya takuti ialah Mark terlalu terdedah kepada kontroversi. Macam dalam gambar, sah-sah Kuyt melakukkan terjahan ala kungfu, tetapi beliau terlepas kad merah. Walaupun benda itu dmenyebelahi kita waktu itu, namun keadilan perlu kerana pasukan kita kena menang bermaruah.

Rekod Clattenburg bersama Menyu :

  • Man Utd 2 - 0 Wigan ( Piala Sumbangsih)
  • Man Utd 1 - 0 Liverpool ( Piala Liga)
  • Stoke 0 - 2 Man Utd (Liga Perdana)
  • Arsenal 0 - 0 Man Utd (Liga Perdana)

Rekod beliau dengan Menyu musim ini memang boleh dibanggakan. Menyu tak pernah tewas bila dia mengadili perlawanan. Saya tak pasti samda ianya satu kebetulan atau Mark mengamalkan pilih kasih. Saya tak takut lain-lain hal, cuma harap Suarez berhati-hati dengan pengadil jenis macam ni, yang tak suka pemain asyik jatuh-jatuh. Silap-silap kalau ada peluang penalti, kirim salahlah nak dapat peluang itu.

Mar 14, 2014

PEMAIN TERBAIK BULAN FEBRUARI


Pemain terbaik Liga Perdana Inggeris bagi bulan Februari dapat kepada Sturridge. Dia berjaya menjaringkan 5 gol dan 2 bantuan gol dalam 4 perlawanan. Kalau Sturridge tak tamak dia mungkin boleh dapat lebih angka bagi bantuan gol. Lagi satu kombinasi dengan Suarez antara satu asbab yang membolehkan Sturridge boleh bubuh gol sebanyak itu. Kita tengok Suarez dah tak berapa ledak gok, tetapi dia lebih beralah dan membantu Sturridge untuk cipta nama pula.

Jom layan kesemua jaringan Sturridge setakat ini.

LIVERPOOL LAWAN MANCHESTER UNITED



Ingat tak lagi dulu-dulu. Peminat Liverpool memang teruja bila lawan Menyu. Perlawanan macam ni dianggap macam perlawanan akhir Piala Dunia. Kalah memang dah selalu itu kebiasaan. Tetapi bila menang dengan pasukan Setan Merah tu, memang macam menang Piala Dunia. Semua peminat akan sembang pasal benda tu berbulan-bulan. Itulah dunia ibarat roda, dulu hari gembira mereka, sekarang nasib berubah dan situasi diatas dah kena dekat batang hidung peminat gelori-gelori man United.

Puak-puak Setan akan sedaya upaya memastikan Liverpool kantoi dengan mereka ahad nanti. Rooney sendiri cakap dia memang teramat tak boleh tengok Liverpool dalam keadaan sekarang. Saya tak mahu nak ramal benda tak elok, cuma tunggu dan lihat mungkin ada provokasi dan kontroversi yang bakal berlaku di Old Trafford. Oleh itu amat wajar pemain kita terutamanya Suarez memakai pendinding, kalau boleh minta kat bomoh VIP Malaysia, untuk elak gangguan Setan di Old Trafford.

Saya teramat seronok Menyu memilih Moyes sebagai pengganti Atuk Ferguson. Pilihan yang bijak dan mendapat sokongan penuh seluruh warga peminat EPL seluruh England dan Wales. Moyes bermula dengan langkah kanan dengan menang Piala Sumbangsih dengan Wigan. Lepas saja menang, dengan bongkak dia cakap lepas dan letakkan sasaran 4 Piala. Nah sekarang,yang lain melepas, hanya satu saja sasaran yang ada, iaitu menang Liga Juara-Juara Eropah, tapi masalahnya sekarang nak kena menang 3-0 dengan Olympiacos.

Pasukan kita bakal bertandang ke Old Trafford dengan kekuatan yang makin bertambah. Kembalinya Sakho dan Lucas, beri isyarat Tango kepada menara kawalan di Old Trafford. Itu isyarat kecemasan kerana bagi saya Sakho dan Lucas akan beri kekuatan tambahan dalam kesebelsan utama. Lucas akan bersingan dengan Abang Long Gerard, diposisi Regista. Nama memang gempak, namun ianya istilah latino membawa  maksud perancang tengah yang berada betul-betul depan pertahanan tengah. Manakala Sakho masih 50-50 untuk ganti Agger.

Kalau dah lama dengan serangan sensasi SAS, sekarang Liverpool lebih merbahaya dengan SSS. Gandingan Suarez-Sturidgge-Sterling, adalah kombinasi maut bagi sekalian bek-bek di EPL dengan formasi 4-3-3. Kita amat berharap Moyes letak kombinasi Vidic dan Ferdinand. Kalau duo tersebut bermain,  nescaya pesta gol akan kembali terjadi sebagaimana kisah 4-1 musim 2009/10. Tambahan pula Suarez nak uji kasut bola Adidas baru.


PIALA FA REMAJA : LIVERPOOL 4-4 READING (TEWAS PENALTI 5-4)


Takkala ramai menyaksikan Barcelona tewaskan Man City di Nou Camp, saya dengan bangganya melayan Piala Remaja FA, diantara Liverpool bawah 18 lawan Reading bawah 18. Sebetulnya saya tak kenal langsung barisan pemain kerana dibelakang jersi hanya tertera nombor. Tapi setelah perlawanan berlangsung barulah dapat sedikit demi sedikit itupun setelah dengar dari pengulas.

Ini dia barisan penuh yang diturunkan pagi semlam.

Liverpool bawah 18s: Crump, Randall (Cleary 111), Jones, Williams, Maguire, Chirivella (Trickett-Smith 68), Rossiter, Brannagan, Ojo, Wilson, Kent (Canos 68).
Subs not used: Firth, Hart,.


Saya taknak ulas panjang, cuma nak bagitahu yang ramai pemain remaja kita punyai kemahiran individu yang tinggi.  Ini terutamya HarryWilson, pemain Wales yang baru bersuia 16 tahun, tetapi dah diserapkan dalam pasukan senior. Seorang lagi ialah Seyi Ojo yang banyak bermain disebelah sayap kiri berlawanan dengan Wilson dikanan.

Namun begitu yang tak seronok sikit, majoriti mereka main kurang semangat berpasukan. Ini ditunjukkan bila menyerang Wilson dan Ojo asyik nak gentel banyak, padahal ada peluang nak lepas bola awal sebab rakan dah buat larian dalam situasi terbaik. Sebab itulahnya pada awal separuh pertama, Reading dengan selamba bertahan dengan begitu baik, walaupun Liverpool menyerang bertubi-tubi.

Kantoi dua gol akibat pertahanan yang longgar. Namun ianya memang berpunca dari serang balas Reading yang efektif. Pemain tengah yang terlalu asyik naik ke atas membuatkan ada Reading mempergunakan kesemppatan itu. Bek kita Jones dan Williams memang terbaik kerana  mereka masih mampu bertahan kerana serang balas Reading banyak kali dipatahkan mereka.

Hanya kemasukan Trikett-Smith dan Canos perlawanan berubah langsung. Saya tengaok budak Canos ni lain macam sikit. Dia lebih suka buat hantaran pantas kepada penyerang dari pegang biola lama-lama. Liverpool berjaya menyamakan keputsan 2-2 dan mengheret kemasa tambahan. Tapi sayang sekali dengan mendahului 4-2, pemain hilang arah dan membiarkan Reading pula menyamakan kedudukan dengan 4-4.

Penalti toksah ceritalah. Pasukan mana yang fokus dan tidak buat kesilapan pasti akan menang penalti punya. Jadi Reading berjaya memenangi perlawanan dengan 5 berbalas 4. Walaupun tewas, saya nampak masadepan cerah bagi beberapa orang pemain remaja, terutamnya Wilson, Branagan dan Canos.  Tak lupa juga bek tinggi dan pantas Llyod Jones.


Mar 13, 2014

MASIHKAH ADA HARAPAN BUAT CONOR COADY


Selepas Steven Gerrard, tiada lagi pemain tengah tempatan yang berkualiti dihasilkan oleh Akademi. Liverpool terpaksa bawa masuk pemain demi pemain, dan beberapa orang remaja tempatan yang nampak berpotensi tak seorang pun kekal lama. Paling terakhir ialah Jay Spearing dan sebelum itu John Welsh. Kini gadakah giliran Conor Coady, bekas kapten skuad simpanan yang sekarang bermain secara pinjaman dengan Shefield United, di Liga Bahagian Dua.

Prestasi Coady pada awalnya bersama "The Blade", tak berapa sempoi. Cuma sejak dua menjak ini dalam kejohanan Piala FA, pemain kurus tinggi itu melonjak nama.  persembahan beliau jadi buah mulut terutamanya ketika lawan Fulham dalam suku-akhir sebelum ini. Apa yang saya nampak beliau nak lebih kurang Spearing tetapi mempunyai kepantasan dan susuk fizikal yang agak tegap.

Kekurangan beliau jelas nampak ialah kurang kepintaran dalam segi merencana gerakan. Senang cakap dia main kalut dan nak hantar cepat-cepat bola kepada rakan, tanpa memikirkan alternatif lain. Itu mungkin kerana taktik Shefieild, namun nak jadi pemain bagus,kena ada inisiatif sendiri. Ini nampak perbezaan ketara beliau dengan Gerrard ketika seusia dengan beliau.

Selagi Coady belum diberikan peluang sewajarnya. Saya takkan kata Coady bakal gagal seperti Welsh dan Spearing. Sekurang-kuranng kalau dia jadi macam Danny Murphy, dapat bertahan 3-4 musim dalam pasukan utama dah kira ok dah. Musim depan dengan Liverpool bakal bermain di Eropah, maka bebanan perlawanan makin bertambah dan pemain macam Coady harapnya dapat turut serta diberikan peranan mungkin dalam perlawanan Piala domestik.


Mar 12, 2014

SOKOLIK DIPINJAMKAN KE SOUTHEND UNITED


Ramai yang tak kenal Jakub Sokolik. Dia datang dari kelab Banik Ostrava dari Republik Czech. Kelab ini pernah memberikan kita lejen yang tak asing lagi, Milan Baros. Sokolik dah hampir 4 tahun di Akademi Kirkby jangan tak tahu. Selalunya kaki bek ni jarang gelemer macam penyerang atau pemain tengah. Namun bek tengah bawah 21 Czech ini memang jenis ala-ala Skrtel.

Selalunya bila pemain muda dibawa keluar untuk pinjaman dari akademi, ianya bagi dua isyarat. Samada beliau memang ada harapan atau untuk dilelong lepas pinjaman. Kalau ikutnya beliau masih muda sekitar 19 tahun dan masadepan masih cerah. Namun bagi posisi bek tengah, amat sukar nak naik pangkat dalam skuad utama, kerana kena ada keistimewaan tersendiri barulah peluang boleh datang bergolek.

Southend United, dibawah kendalian Phil Brown, ingat lagi tak. Bekas pengurus Hull City yang selalu buat gimik bagi syarahan tengah padang sejurus tamat separuh masa. Itu cerita silam Encik Brown, tapi sekarang beliau sedang membawa kelab Bahagian 2 itu ditempat ke-7. Rekod mereka amat buruk dalam 5 perlawanan terdahulu dan asyik bolos memanjang. Jadi keputusan membawa masuk Sokolik ialah untuk memperkemaskan barisan pertahanan yang memang lubuk lawan.

Mar 11, 2014

BARCELONA INTAI BRENDAN RODGERS



Ini mungkin spekulasi murahan. Tapi ianya punyai asas yang tak boleh dipertikaikan kerana beberapa kebetulan dan prestasi Liverpool masakini. Kita sedia maklum prestasi Tata Martino, pengurus Barca sekarang menjadi cemuhan dan kritikan peminat Barca. Pasukan sekuat Barca dengan majoriti pemain bertaraf dunia, bukan lagi juara yang tak terkalah. Kalau musim lepas seteru terdekat Real Madrid kena tinggal bertiang-tiang, namun kini , terpaksa pula bersaingan dengan Atletico Madrid untuk buruan juara La Liga.

Apa pembawaan Brendan yang menarik minat, Barcelona. Pertamanya mungkin imej taktikal ala eropah yang diterapkan dengan panggilan tiki-taka. Masa di Swansea, Brendan meniru gaya Barcelona, tetapi sekarang pula Barcelona punya nak ikut gaya Brendan. Bukan itu sahaja, Barcelona mahukan lebih dari tiki-taka. Mereka mahu pengurus yang fleksibel dan dapat menggunakan pelbagai taktikal yang menjuruskan kepada serangan efektif. Lagi satu, Barcelona mahukan pengurus yang dapat menaikkan pemain akademi. Sebab sekarang pemain akademi mereka bersepah-sepah main dengan kelab luar dan ada yang mencipta nama.

Macam biasa, khabar angin ini cuma mainan wartawan pemalas. Tapi yang saya amat suka walaupun ianya tak boleh dipercayai sangat, nama Brendan dikaitkan dengan Barcelona. Nampaknya kejayaan Brendan sedang dinilai bukan sahaja di Liga Perdana Inggeris, namun beliau mendapat kredit di Eropah sebagai pengurus yang mempunyai masa depan yang besar. Cuma saya harap pihak pengurusan FSG dapat berikan sokongan padu untuk penambahbaikan pasukan musim depan. Bukan Luis Suarez sahaja aset Liverpool, malah Brendan Rodgers adalah aset yang tak ternilai bagi Liverpool untuk kejayaan berterusan.

Mar 8, 2014

LUCAS DAN SAKHO DAH KEMBALI BERMAIN



Setelah berehat panjang, Lucas dan Sakho kian pulih dari kecederaan masing-masing. Proses penilaian stamina mereka dilakukan dengan meletakkan mereka untuk bermain bersama skuad bawah 21 menentang bawah 21, West Ham semalam. Kemenangan berpihak kepada Liverpool, namun apa yang mengggembirakan kedua-dua pemain senior itu bukan sahaja memberikan impak positif kepada barisan anak muda , malah mereka juga pasti bakal diturunkan dalam perlawanan penting menentang Menyu nanti.

Mar 5, 2014

SAYA MULA MINAT LIVERPOOL KERANA



Memandangkan 1 minggu tanpa perlawanan Liga Perdana , sempena perlawanan antarabangsa. Di sini saya cuba berinteraksi dengan sekalian Ummah Kopites tak kira di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei atau sekalian pelosok dunia yang tahu, faham dan pandai tulis dalam Bahasa Malaysia, agar mencoretkan sepatah dua kata tentang bagaimana boleh minat Liverpool dan bila. Nak tulis ringkas atau panjang macam cerpen dialu-alukan. 

Mar 4, 2014

TAKTIKAL FORMASI BRENDAN


Brendan Rodgers bukan lagi dibayangi tiki-taka Swansea. Beliau sudah mempunyai idea sendiri untuk mencorak Liverpool. Dengan falsafah mudah yakni main dengan kekuatan sendiri. Tetapi dia juga kebelakangan ini punyai idea ketika waktu perlawanan dan melakukan pertukaran untuk merubah taktik dari masa kesemasa. Dia bukan stereotaip lagi dengan 4-3-3, malah banyak formasi dia olah mengikut keadaan, samada faktor kecederaan, penggantungan serta corak permainan lawan.

4-4-2

• 1-0 v Stoke
• 1-0 di Villa
• 4-0 v Fulham
• 2-2 v Villa

4-2-3-1
• 1-0 v United
• 2-2 di Swansea
• 0-1 v Southampton
• 5-1 v Norwich
• 4-1 v West Ham

3-4-2-1
• 3-1 di Sunderland
• 3-1 v Crystal Palace
• 2-2 di Newcastle

3-5-2
• 4-1 v West Brom
• 0-2 di Arsenal

4-1-4-1
• 3-3 di Everton

4-3-3
• 1-3 di Hull City
• 5-0 di Tottenham
• 3-1 v Cardiff
• 1-2 at Man City
• 1-2 at Chelsea
• 2-0 v Hull City
• 5-3 di Stoke
• 4-0 v Everton
• 1-1 di West Brom
• 5-1 v Arsenal
• 3-2 di Fulham
• 4-3 v Swansea

4-4-2 diamond
• 3-0 di Southampton

SKUAD LIVERPOOL BERSAMA ENGLAND



Warga Liverpool bersama Skuad Inggeris.

Glen Johnson - Bek Kanan Utama
Steven Gerrard - Pemain Tengah Utama
Jordan Henderson - Pemain Tengah Simpanan
Raheem Sterling - Pemain Sayap Utama/Simpanan
Daniel Sturridge - Penyerang Utama

Mar 2, 2014

LIVERPOOL 3-0 SOUTHAMPTON


Perlawanan ini sesungguhnya adalah ulangan kepada apa yang terjadi di Anfield dulu. Ingat lagi tak, Liverpool menguasai keseluruhan perlawanan, namun kena 3 biji. Sebentar tadi keadaan yang sama tapi Southampton pula menguasai perlawanan dan kita pula yang bubuh 3. Nak kata Southampton tiada peluang, hampir 6 kali juga mereka macama nak dapat gol , namun segalanya serba tak menjadi buat mereka dan nasib disebelah kita.

Apa yang saya nampak Liverpool taklah main cermat sangat, namun bermain dengan pelbagai taktik. Ketika pegang bola, pasukan kita taklah terlalu nak pegang lama-lama, dan selalu nak lepaskan kepada SAS cepat-cepat. Ianya ada baik dan buruknya. Sampaikan kita tengok Coutinho tak boleh main langsung dengan taktik  main kalut dan dia kena tukar dengan Sterling terus dalam babak kedua.

 Kebaikan bermain dengan cara itu membuatkan pemain tengah Soton, tak mampu nak ikat dan bendung mana-mana pemain kerana mereka terpaksa naik turun sentiasa. Mujurlah kereta kebal mereka, Wanyama masuk separuh kedua, kalau masuk awal lagi agak susah juga sebab pasti taktik mereka nampak lebih kemas. Saya paling teruja dengan Luke Shaw bek kiri Soton. Dia adalah pemain terbaik Soton dan amat sesuai untuk jadi bek kiri kita musim depan.

Saurez telah  kembali menggegarkan jaring lawan setelah sunyi beberapa perlawanan. Itu belum pakai but bersulam kait lagi. Gol pembukaan Liverpool hadir pada minit ke 16. Bola lontaran keluar  dari Johnson kepada Suarez. Beliau menolak kepada Sturridge, sambil berlari kedepan. Sturridge terkantoi, dan bola sampai kepada bek Soton yang cuba menyelamatkan bola. Tetapi apa yang berlaku bola terbias kepada rakan dan sampai cun kepada Suarez yang meledakkan gol melepasi Boruc.

Separuh pertama Coutinho dah hilang punca kerana Liverpool tak main pegang bola dan penyerang terus kedepan buat larian bukan main balik dengan beliau. Jadi tak berapa lama separuh kedua bermula, Brendan melakukan pertukaran genius dengan memasukkan Sterling menggantikan Coutinho. Kemasukan Sterling memang bawa tuah, sebab dalam minit ke 58, hasil lorongan Gerrard kepada Suarez. Suarez masuk dari tepi dan melintangkan bola cantik untuk disudahkan dengan selamba oleh Sterling. Liverpool selesa 2-0 didepan.

Kita mungkin ingat 2-0 dah cukup dah sebagai bekal bawa balik dari St Mary. Namun tiba-tiba dalam serangan kilat dari sebelah kiri, bola dapat kepada Suarez dan dalam keadaan satu lawan satu dengan Lovren, Suarez bertindak bijak masuk mencelah melalui bek Soton yang hanya mampu menerjah kaki Suarez untuk penalti disaat waktu kecederaan. Abang Long Gerrard tanpa disuruh mengambil peluang menambahkan koleksi gol penalti dengan merembat padu untuk menjadikan 3-0 sampai wisel penamatadibunyikan.

Brendan dalam wawancara berkata beliau tak halang peminat dari bermimpi tentang kejuaraan Liga, namun dia cuba sedaya upaya menjadikan itu suatu realiti dalam setiap perlawanan demi perlawanan. Apa yang diucapkan beliau amat merdu didengar dan tiada ego dan tiada nada sombong. Harap pemain dapat berikan yang terbaik dan tidak hilang fokus kerana bakal berehat dua minngu disebabkan perlawanan antarabangsa ,sebelum bertandang ke Old Traffod.

Mar 1, 2014

PEPE REINA BAKAL DILUPAKAN



Sebenarnya Pepe Reina bukanlah pilihan utama untuk menjaga gawang Napoli. Dia bernasib baik kerana penjaga gol muda Rafael Cabral cedera ACL sampai hujung musim. Kalau tak Rafa takkan berani nak gantikan goli utama mereka yang sedang meletop, Rafael dengan Reina yang datang dengan reputasi hambar dari Liverpool. Dek kerana Rafa dan Pepe dah lama kenal, maka Rafa percaya Pepe masih berbisa dan boleh menjadi goli simpanan yang ideal untuk jadi pesaing dan juga mentor buat Rafael. Setakat musim ini, Pepe hanya main 20 kali sahaja untuk Napoli, termasuk yang terakhir lawan Swansea baru-baru ini.

Reputasi Pepe di Napoli bukanlah disenangi sangat oleh peminat disana kerana dia sekali sekala buat badut, keluar serbu penyerang dalam situasi bahaya. Banyak juga yang dia selamatkan keadaan, namun dengan penyerang bijak, dia ada juga kantoi. Peminat Napoli lebih rindukan Morgan De Sanctis, yang merupakan goli hebat serba boleh. Tapi dengan kemasukan Rafa sebagai pengurus Napoli, dia beli Rafael dari Santos,sebagai goli utama dan Morgan dijual murah kepada AS Roma. Kebetulan juga goli kebangsaaan Agentina, Adunjar dilepaskan secara pinjman ke Catania. Maka disinilah puncanya Pepe dibawa masuk oleh Rafa. Pening betul kes penjaga gawang di Napoli ni, dibuat Rafa.

Berbalik kepada Pepe. Kita tahu yang Mignolet dibawa masuk bukan sebagai bekap Pepe, tetapi pengganti Pepe. Dengan diturunkan pangkat kepada timbalan, Pepe terasa hati dan mahu keluar dari Liverpool. Brendan kelentong atau tidak itu saya tak pasti. Tapi ketika Pepe masih belum ke Napoli, Brendan mahu Pepe berada di Liverpool dan jadi pencabar kepada Mignolet, namun bukan sebagai pemain utama lagi. Sepatutnya kalau Pepe masih di sini, mungkin Mignolet dan Pepe saling bersaing secara sihat. Sorang pandai hantar bola dari bawah dan baca permainan dan sorang lagi punyai deria penyelamat tinggi dan refleksi pantas.

Banyak kali wawancara dengan wartawan, bila ditanya masa depan beliau dengan Liverpool, Pepe berkata dia mungkin takkan kembali dan akan cari kelab yang lebih sesuai. Tapi ada sesuatu yang Pepe dah lupa yang kontrak beliau masih ada sampai 2016. Kelab lain mungkin tak mampu bayar gaji beliau £110k seminggu. Kalau ada pun, mungkin Barcelona, namun ianya bergantung kepada situasi Victor Valdes yang mahu kekal atau tidak si Nou Camp musim depan.

Peminat dah hampir lupakan Pepe,sebab Mignolet antara sebab kita dalam kedudukan terbaik sekarang. Tapiada juga masa bila Mignolet sesekali main hampas dan buat silap, ada juga teringat dan menyesal plak Brendan biarkan  Pepe blah. Tambah pula dengan kegabraan Mignolet bila main hantar-hantar bola dari bawah. Jones sebagai bekas pembantu Pepe dan kini pembantu Mignolet tak punya aura seperti Pepe dan Mignolet. Kita tak boleh meramal masa depan tetapi jika Pepe mahu berdamai dan kembali ke Liverpool dan berjuang untuk kesebelsan utama, Liverpool dah tak payah nak buang masa kononnya nak amik Victor  Valdes.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails