Apr 28, 2014

LIVERPOOL 0-2 CHELSEA


Tak ada nak salahkan individu terhadap kekalahan malam tadi dengan Chelsea. Mourinho memang datang ke Anfield bukan bertujuan untuk berikan penonton satu perlawanan yang menghiburkan, cuma beliau mahukan 3 mata. Brendan mungkin terkejut beruk dan tak menyangka begitu penakut sekali Chelsea untuk bermain secara terbuka.

Kekalahan malam tadi membuktikan Liverpool punyai banyak kelemahan dari pelbagai sudut yang dapat dibaca oleh pengurus yang penuh taktikal macam "Insan teristimewa" itu. Saya cuma sedikit terkilan dengan ketiadaan Henderson. Ketika ini baru kita sedar Hendo memang sentiasa menjadi nadi penggerak pasukan sejak awal musim lagi.

Nak cerita banyak pun tak tahu apa nak tulis. Kalau tulis pun masih dalam nada kecewa. Apapun kita masih dalam perjuangan lagi kerana pasukan kita dan juga City kena lengkapkan 38 perlawanan. Kelebihan atas kertas mungkin bagi mereka kerana kelebihan perbezaan gol. Cuma yang penting 2 baki perlawanan nanti kena pastikan dapat mata penuh selebihnya tunggu dan lihat akan keputusan City nanti.

Apr 25, 2014

LIVERPOOL LAWAN CHELSEA


Permainan saikologi "Insan Istimewa" Jose Mourinho telah kembali. Dia cakap bakal turunkan pasukan lemah menentang Liverpool ahad ini. Sebabnya fokus terpaksa diberikan untuk Separuh Akhir Liga Juara-Juara. Bila kita dengar cakap beliau, dengar boleh percaya barangkali tidak. Sebenarnya pasukan mereka tak lemah dari segi kekuatan keseluruhan kerana tanpa Cech, Terry dan Ramires, masih ramai lagi askar upahan Gurkha dalam skuadron mereka. Cara beliau cakap macam nak bagi percuma kemenangan, padahal mereka memerlukan kemenangan untuk terus cari sisa-sia mata nak bersaing sebagai pencabar Liga.

Jangan kita terasa dengan peribadi beliau yang angkuh dan penuh tipu-daya, kerana dalam bolasepak, kejujuran kadang-kala makan diri. Banyak benda yang saya tak setuju dengan Mourinho, tetapi saya suka, falsafah bolasepak yang mahukan kemenangan dalam apa jua keadaan. Mourinho boleh tiupkan semangat pemain dengan kata dua yang teramat makan dalam. Pemain utama yang rasa tak sanggup tahan cabaran dan bermain dalam tekanan, sila berambus. Pemain simpanan yang taknak jadi pemain utama dan terasa tak mampu naikan prestasi sila berambus juga. Jadi yang tinggal untuk berkhidmat hanya pejuang upahan yang sanggup hadapi perit-maung untuk berjaya.

Apa sekalian peminat Liverpool lupa dari mana Brendan Rodgers belajar ilmu mantik saikologi pemain. Dia anak didik Mourinho yang paling berjaya selain, Villas Boas dan Roberto DiMatteo. Ingat tak lagi cabaran 3 sampul surat yang cukup merapu musim lepas. Cabaran itu tak mendatangkan faedah tetapi telah mendatangkan trauma kepada pemain. Namun usaha terbaru lebih kreatif musim ini memasukkan seorang Pakar Motivasi dan Saikologi, Dr Steve Peters, memberikan impak sebab pasukan kita mempunyai segalanya kecuali kekuatan mental. Bila itu diperbaiki, masalah kian selesai.

Perlawanan nanti bagi saya bakal sengit. Tengoklah kualiti serangan pasukan kita dan Cheslea. Boleh dikatakan setara kerana kelebihan Liverpool punyai penyerang kreatif tetapi bahagian tengah yang palingb rajin. Berbanding Cheslea, mereka punyai ramai pemain tengah yang kreatif, namun penyerang hanya bagi cukup korum. Semua itu tak berguna bagi Chelsea kerana mereka bakal main bertahan dan berkubu macam lawan Atletico Madrid tempohhari. Mourinho tahu jika main terbuka, mereka bakal terima aib macam Arsenal dan Spurs. Jadi pilihan mudah ialah main taktik buruk dan tunggu peluang cari gol dengan serang balas.

Hanya satu yang saya harap dari pasukan kita. Jangan buat perangai macam lawan Man City dan Norwich. Penyerang cukup bersusah payah hasilkan gol, namun kat bawah bocor kaw-kaw. Pertahanan Chelsea bukan maksum dari buat kesilapan, namun dalam perlawanan besar tahap kewaspadaan mereka cukup terbaik. Liverpool bukan setakat kena bubuh gol awal macam biasa, namun berjaga-jaga jangan terlalu alpa menyerang ramai-ramai. Cukup dengan Sterling dan Suarez kat  atas dan dibantu Coutinho dibelakang mereka. Yang penting elakkan bolos banyak-banyak, kerana ianya bakal beri kesan dalam perbezaan gol jika seri mata dengan Man City untuk tentukan Juara Liga nanti.

Apr 24, 2014

SUBWAY PENAJA BARU LIVERPOOL


Liverpool telah menerima rakan penajaan baru iaitu Subway, pemain industri makanan segera yang mengetengahkan makanan segera yang sihat. Selepas membawa masuk Dunkin Donut, divisyen kormesil Liverpool nampaknya begitu bekerja keras membawa masuk bisnes ke dalam Liverpool. Itu belum pasukan kita main dalam Liga Juara-Juara lagi. Kalau dah masuk musim depan, beratur penaja-penaja yang lebih gempak dan makin tebal keuntungan kelab.

Apr 22, 2014

ANALISA BOLOS GOL JARINGAN SNODGRASS

Punca jaringan Robert Snodgrass



















Pemain tengah Norwich, Howson mengawal bola sambil di perhatikan Skrtel. Johnson mengekori gerakan pemain sayap lincah Norwich, Redmond. Bek kiri Norwich, Joel Murphy yang tak dijaga turut serta dan meluru dari bawah. Sterling agak jauh dan tidak mengekori Murphy dari awal.




















Howson bijak apabila nampak Glen Johnson terlalu rapat menjaga Redmond. Howson dapat mengesan kehadiran Murpy, dan menunggu bek kiri Norwich masuk keruang kosong di kawasan penjuru kanan Liverpool. Kelihatan Lucas baru nak memintas Howson, namun Howson terlebih dahulu menghantar bola kepada Murphy.




















Murphy masuk kepenjuru kanan, namun dia tiada pilihan selain melakukan hantarn lintang tinggi kerana Glen Johnson sudah menutupi ruang dengan baik. Sasaran bek kiri itu ialah kawasan tengah keran itulah pilihan yang terbaik.




Hantaran lambung Murphy cukup baik. Ketika ini pertahanan Liverpool berada dalam posisi yang terbaik. Sakho menjaga penyerang Norwich, Hooper, manakala Flanagan bersedia mencabar bola dari Snodgrass.




















Di sinilah kesilapan yang dilakukan oleh Flanagan. Dia lambat bertindak untuk mencabar Snodgrass. Namun ketinggian Flanagan boleh dikatakan antara kelemahan bek kiri kita itu. Snodgrass pun bukan menanduk padu tetapi sekadar mengkusyen bola itu sahaja.



















Mignolet bukannya "Superman" yang mampu terbang menyelamatkan bola yang diluar jangkauan beliau. Kesilapan individu dari Flanagan kerana beliau tidak berusaha mencabar Snodgrass. Saya rasa kalau Flanagan melompat sikit barang sejengkal dua sekalipun, bola masih 50-50 akan masuk.

ANALISA BOLOS GOL JARINGAN GARY HOOPER

Punca jaringan Gary Hooper.


Pemain sayap Norwich dikepung Allen. Flanagan berada dibawah sedikit bagi bersiap-sedia mana tahu kot-kot pemain sayap Norwich cuba cilok ke kawasan penjuru. Kesemua pemain lain berada dalam kawasan masing-masing-masing dengan baik ketika ini.


Pemain sayap Norwich memberikan hantaran kepada bek kanan mereka. Bek tersebut melakukan hantaran jauh tinggi dan menyasarkan kedudukan tengah kotak penalti. Sasaran terbaik Norwich dan kawalan pertahanan Liverpool juga bagus, kerana ketika ini 3 lawan 3.


Bola hampir sampai kepada sasaran yakni penyerang Norwich. Skrtel nampak bersedia mencabar bola tinggi itu. Mignolet juga nampak ancaman dan juga sedang mara untuk mencabar bola tinggi. Sakho berada diposisi yang betul. Sterling berada dekat kotak D bagi menunggu dan menyekat bantuan dari pemain tengah Norwich.


Kedaaan inilah Skrtel dan Mignolet membuat keputusan janggal. Skrtel tak jadi mencabar penyerang Norwich dan menunduk untuk beri ruang kepada Mignolet untuk menepis bola. Tapi bola terkena kepala Skrtel dan menjunam kepdepan Sakho dan seorang lagi pemain Norwich. Lihat kedudukan Gerrard yang tak menjaga seorang lagi pemain yang berada dikawasan bahaya belakang Sakho.


Bola melintasi Sakho, namun dalam keadaan itu bola sangat pantas dan penyerang Norwich yang lolos dari jagaan Gerarrd itulah yang berjaya memasukkan gol dengan mudah. Kesilapan Mignolet dan Skrtel masih boleh diselamatkan jika pemain tengah turut membantu bertahan, bukan setakat tunggu dan lihat moga-moga kaki Sakho boleh memanjang macam "Plastic Man".

Apr 21, 2014

LIVERPOOL 3-2 NORWICH

Norwich 2-3 Liverpool
Kejuaraan Liga makin lama makin hampir. Sebagai pasukan bukan feberet dari awal musim, tekanan untuk menjulang kejuaraan Liga musim ini taklah sehebat Chelsea dan Man City. Bila bermain tanpa tekanan, inilah jadinya kadang-kala main tak berapa nak bagus sangat pun keputusan memihak kepada kita. Perkara yang tak boleh dibeli oleh Mafia Russia dan Pak Syeikh towkey Chelsea dan Man City ialah, sekumpulan pemain yang bersemangat waja main secara berkumpulan tanpa egois. Selepas perlawanan menentang Man City, Kapten panggil rakan pemaian berkumpul dan sambil memberikan kata-kata peransang.

Dengar sini, 
ianya dah berakhir. 
Kita akan ke Norwich. 
Sama seperti ini juga. 
Kita hadapi bersama. 
Ayuh!

Sebelum perlawanan dengan Norwich, Liverpool telah menerima bantuan secara tak langsung dari Sunderland. Mulanya pasukan Kucing Hitam itu telah mencakar Man City untuk keputusan seri 2-2. Keputusan tersebut mengakibatkan City kantoi 9 mata walaupun masih baki 2 perlawanan ditangan. Kelmarin satu lagi kejutan dari geng Kucing Hitam apabila mereka menggigit Chelsea untuk kemenangan bersejarah 2-1. Conor Wichkam dan Ejen 007, Fabio Bondrini telah memastikan Chelsea agak letih untuk mengejar Liverpool dengan perbedaan 5 mata.

Pasukan kita bertandang ke Carrow Road, tanpa 2 tonggak utama iaitu Sturridge dan Henderson. Tapi itu tak ada hal, pasukan kita ada beberapa pemain dari bangku simpanan yang bila-bila masa boleh masuk terus dalam kesebelasan utama. Nak tahu sebab apa, ianya kerana pasukan kita terlalu fleksibel dan bila ada pemain keluar masuk, formasi mungkin sikit berubah namun dari segi permainan setiap pemain tahu fungsi mereka untuk pasukan. Allen dan Lucas dibawa masuk dan formasi 4-3-2-1 atau Pokok Krismas menjadi sandaran.

Mignolet
Johnson-Skrtel-Sakho-Flanagan
Lucas-Gerrard-Allen
Sterling-Coutinho
Suarez


Liverpool bermula dengan permainan rancak seawal permainan. Permainan Liverpool sebegitu pantas dengan pertukaran demi pertukaran hantaran sesama pemian membuatkan Norwich menjadi penonton. Seawal minit ke-4, gerakan dari Coutinho disebelah sayap kiri membuka hantaran kepada  Sterling yang berada ditengah. Setelah menerima hantran pendek Coutinho, Sterling melakukkan larian dan bila nampak nampak beberapa pemain pertahanan Norwich datang menyerbu, lantas beliau melakukan rembatan padu, tanpa dapat diselamatkan oleh Goli Norwich. 1-0, Sterling meraikan gol dengan meluru kepada Brendan Rodgers.

Selepas itu ada beberapa percubaan bahaya terutamanya dari Liverpool dengan paling ketara ialah rembatan Allen ditepis goli Norwich. 5 minit berselang, rezeki gol Liverpool datang lagi. Kali ini gerakan Flanagan dari bawah membawa bola dan melebarkan kepada Sterling yang berlari disebelah saya kiri. Dia nampak Suarez dalam posisi terbaik dan melakukan hantaran lintang ketengah dan Suarez dengan penuh bergaya menguis perlahanan namun ianya sedikit mengelirukan goli Norwich. Separuh masa tamat dengan Liverpool menjarakkan dengan jaringan 2-0 dan Suarez pula menambah koleksi peribadi kepada 30 gol.

Separuh masa kedua bermula dengan penguasaan bola masih diterajui Liverpool. Namun begitu tempo perlawanan sudah kurang rancak. Rasanya Norwich sudah menjumpai formula untuk merobek gawang Liverpool. Liverpool agak lemah dengan serangan bola tinggi, dan Norwich menghukum kesilapan amatur pertahanan dan goli kita.  Sepakan lambung dari bek kanan Norwich mencari penyerang Norwich, namun salah faham antara Skrtel dan Mignolet meluru celen bola, namun kantoi dan bola jatuh betul-betul depan penyerang Norwich dan mereka bangkit dengan gol Hooper, 1-2.

Gol pembuka semangat itu membuatkan Norwich makin rancak melakukan serangan. Liverpool membiarkan dan bertahan seketika setelah Norwich dah menguasai permainan. Dengan satu kesilapan yang dilakukan pertahanan Norwich yang melakukan hantaran ceroi. Sterling menyambar bola dan melakukan larian solo mengelirukan pemain pertahanan Norwich dan bila sampai hampir ke pintu gol, lantas beliau cuba melakukan sepakan, namun bek Norwich cuba mengagalkan sepakan namun terbias kedalam gol dan goli Norwich hanya mampu menepis angin. Liverpool kembali menjarakkan gol dengan 3-1.

Semangat tak mahu mengalah awal Sang Kenari, memang membuatkan Liverpool agak tertekan walaupun mendahului dengan kelebihan 2 gol. Gerakan berbahaya Norwich banyak disebelah Johnson, dan gol kedua mereka hadir kerana pemain kita tak mengasak pemain mereka dari melakukan hantaran lintang. Hantaran jauh dari pemain Norwich mencari Snodgrass. Beliau melonjak tinggi dan Flanagan tidak beri tentangan mengakibatkan pemain Norwich itu menanduk masuk gol ke-2 Norwich. Setelah gol itu Liverpool telah melakukan pertukaran memasukkan Agger bagi menggagalakn serangan udara Norwich dan Liverpool berjaya membawa keputusan 3-2 sampai wisel penamat dibunyikan.

Liverpool berjaya membawa pulang 3 mata berharga. Kemenangan berharga ini memang membuatkan ramai gembira, namun ada kelopongan yang jelas dibahagian pertahanan perlu diperbaiki. Saya tak salahkan individu, namun kena pastikan tiada lagi silap faham antara pemain kita. Dengan keputusan ini makin kian paniklah Chelsea dan Man City kerana pasukan kita makin menjarakkan mata. Masih banyak kerja yang perlu dilakukan walaupun hanya tinggal 3 perlawanan lagi. Tekanannya ibarat kita sedang menghadapi 3 perlawanan Final merebut piala.


Apr 20, 2014

TERIMA KASIH SEKALI LAGI SUNDERLAND


Dah kali ke-2 Sunderland bantu untuk memudahkan kerja. Beberapa hari lepas seri dengan Man City dan semalam boleh menang pula dengan Chelsea. Bukan sengaja Borini dipinjamkan kepada Sunderland, dia diberikan tugas luar untuk tewaskan musuh Liverpool diluar sana. 

Apr 19, 2014

ULANGSIAR : LIVERPOOL LAWAN NORWICH CITY








Apr 18, 2014

CALON PEMAIN TERBAIK LIGA PERDANA INGGERIS

Grafik cilok dari Dailymail.co.uk

Senarai calon Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris Musim 2014/15
Steven Gerrard - Liverpool
Eden Hazard - Chelsea
Adam Lallana - Southampton
Daniel Sturridge - Liverpool
Luis Suarez - Liverpool
Yaya Toure - Manchester City

Semua itu sekadar nak bagi cukup korum. Tak payah nak undilah. Dari awal musim hingga sekarang kita dah tahu siapa yang layak. faham-faham sendirilah.

Artikel penuh.
http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-2607611/Player-Year-award-announced-Luis-Suarez-Daniel-Sturridge-Eden-Hazard-Yaya-Toure-Steven-Gerrard-Adam-Lallana.html.

LIVERPOOL LAWAN NORWICH


Setelah Man City hanyut dengan Sunderland kelmarin, persaing terdekat beralih kepada Chelsea. Jarak kita dengan Chelsea masih belum selamat kerana hanya 2 mata terpisah. Drama kejar-mengejar bakal berlaku sampai penghujung musim . Kedudukan rapat menginsafkan Brendan bahwa pasukan kita tak boleh hilang fokus, hanya kerana masih kekal disingggahsana Liga Perdana, setelah mencatat 10 perlawanan menang berturut-turut sebelum ini.

Pasukan Chelsea bakal berjumpa Sunderland minnggu ini dan pasukan kita pula berkunjung ke sarang Norwich Si Kenari, di Carrow Road. Rekod Kenari dengan Liverpool kalau ikut sejarah lampau sangat memihak kepada Liverpool. Tambahan pula, Suarez sangat gemar buat hatrik dan cukup ong depan gawang Kenari. Kiranya memang Liverpool akan jadi pilihan ramai bukan menang biasa-biasa, tapi menang dengan gol berkarung-karung.

Liverpool mempunyai 2 masalah yang agak merencatkan pemburuan saat akhir kejuaraan Liga. Kecederaan Sturridge dan Henderson yang digantung perlawanan. Bagi kes Henderson, mungkin tiada masalah sangat kerana Allen atau Lucas boleh mainkan peranan. Tetapi bagi kes Sturridge memang agak rumit kerana bila jengok bangku simpanan, rasa ngeri meremang bulu ketiak sebab yang ada cuma Aspas dan Moses.

Saya dah boleh dapat agak ini kali Brendan bakal menyusun taktikal dan formasi baru akibat tanpa 2 pemain utama itu. Saya ada terfikir yang Liverpool cuma perlu masukkan salah seorang dari Allen atau Lucas dan biarkan Sterling jadi pasangan baru Suarez. Coutinho main dibelakang Suarez dan Sterling, dengan mengharap Coutinho oleh jolok gol macam lawan City.

Rileks dulu jangan terlalu ghairah. Gerrard beri amaran kepada semua yang perlawanan dengan Norwich ibarat Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara. Saya tak tahu adakah Gerrard mensaikokan rakan-rakan atau dia merendah diri untuk bagi Norwich syok sendiri. Pasukan Norwich sekarang masih tak selamat ditangga ke-17. Saya yakin mereka main macam tiada esok bagi mereka. Lagipun Norwich bukan main atas kerusi roda.

Brendan kena tegas sikit dengan pemain serangan,  elakkan sikap Mazmumah, yakni nilai ketamakan untuk sumbat gol sorang-sorang. Kalau Norwich main terbuka macam sebelum ini,mungkin tamak haloba pemain tak terasa sangat Contoh lah kalau Norwich ubah taktik, main berkubu depan gol ramai-ramai, silap haribulan ketamakan akan makan diri. Harap Dr Peter dah basuh kepala pemain pasal hal tamak haloba ini.

Apr 17, 2014

TERIMA KASIH SUNDERLAND


Gus Poyet telah membantu Liverpool secara tak langsung. Bila orang dah berbudi, kita mesti ucapkan tahniah, betul tak. Fabio Borini nyaris nak sumbat gol awal, namun nasib tak sebelahi beliau. Saya petang tadi tengok ulangan perlawanan itu dan sememangnya Man City sedang dilanda penyakit hilang keyakinan diri setelah tewas di Anfield ahad lalu.

Anggaplah ianya satu bonus dan rezeki tergolek sebab bukan senang nak tengok Men City cicir mata. Lepas ni Chelsea pula kena lawan Sunderland. Taklah harap sangat Sunderland nak buat kejutan lagi .Tetapi kalaulah mereka buat gila sekali lagi, tak menang pun seri jadilah. Maka sekalian peminat Liverpool dah halalkan jaringan "Bola Pantai" Darrent Bent, musim 2009/10 dulu.

Apr 15, 2014

KOMEN TENTANG JERSI


Biasalah rekaan jersi pasti akan dicedok dari versi sebelumnya, kerana mengulang kembali nilai sentimental dan semangat perjuangan lampau. Rekaan jersi Liverpool musim ini macam dicedok dari 2 versi terdahulu kalau kita terperasan dari segi garisan di lengan atau memanjang ditepi. Cuma yang paling terbaik dilakukan oleh pereka Warrior bagi saya ialah corak yang diperincikan pada fabrik dengan tertulis LFC, yang hanya nampak dari jarak dekat. Walaupun ada yang mengatakan jersi kali ini huduh atau tak sempoi, itu hak masing-masing. Bagi saya biar orang cakap jersi tak sempoi , tapi bila main keputusan mau gempak


PEMBURUAN KEJUARAAN TANPA HENDERSON


Jordan Henderson telah melakukan kesilapan besar dalam karier beliau semalam.  Terjahan keras terhadap Nasri patutnya dapat dielakkan. Sebagai pemain yang dianggap tunjuang pasukan, ketiadaan beliau bakal dirasai 3 perlawanan akibat digantung perlawanan. Memang boleh cakap Allen dan Lucas mampu menggalas cabaran namun apa yang Hendo berikan selain asakan tak henti selama 90 minit ialah permainan bijak apabila penguasaan bola.

Allen mampu meengasak macam Hendo, tetapi dia selalu kalut dan penilaian beliau membaca situasi permainan agak lemah. Lucas mungkin lebih bijak dalam taktikal tetapi dalam permainan berintensiti atau dalam tempo yang rancak sepanjang masa Lucas kurang klik dengan kepantasan rakan-rakan. Mungkin ketiadaan Hendo nanti sekali lagi formasi dan taktikal pasukan bakal berubah. Kita nantikan ketika lawan Norwich nanti untuk sebarang kejutan.

Apr 14, 2014

LIVERPOOL 3-2 MANCHESTER CITY



Atmosfera di Anfield penuh dengan aura semangat berapi-rapi. Sempena dengan peringatan Tragedi Hillborough yang mengorbankan 96 jiwa, sebelum sepak mula, semua peminat bertakafur seminit bersama pemain, serta membuat mozek kertas peringatan tragedi itu. Sesudah habis peminat membangkitkan semanngat pemain dengan laungan dan nyanyian. Manakala keriuhan itu pastinya memberikan suasana negeri dan gemuruh buat pemain Man City, serta peminat pasukan lain yang bersemangat nak tengok Liverpool tewas malam tadi.

Sebelum hari perlawanan, peminat Liverpool dah kena kencing dengan berita bek pawer Man City, Kompany cedera. Saiko dari Pellegrini sebiji macam meniru teknik Mourinho dalam perlawanan besar. Ianya tak menjadi  serta Tuhan marah orang suka tipu dan bala turun kepada Yaya Toure dalam perlawanan.   Brendan Rodgers bukan peduli dengan semua itu, sebab dia jenis tak suka ambil peduli tepi kain orang, yang penting skuad kita dah cukup bersedia mental dan fizikal.

--------------Mignolet-------------
Johnson--Skrtel--Sakho--Flanagan
-------------Gerrard----------------
-------Coutinho--Henderson-----
-------------Sterling----------------
--------Suarez----Sturridge-------

Brendan cukup taksub dengan formasi berlian kebelakangan ni .Sterling diberikan peranan kepala berlian, bucu kiri Henderson dan kanan Coutinho, manakala Kapten Gerrard beroperasi dibawah sekali. Iaya cukup berkesan kerana Sterling memang konfiden bermain disitu, walaupun ramai anggap Coutinho lebih layak. Jangan dilupa bahawa itu semua sekadar wayang gambar, sebenarnya Liverpool begitu fleksibel dan pemain bergerak serta tempat dan bertukar-tukar posisi setiap masa.

Dengan formasi itulah gol pertama seawal minit ke-6 berjaya dihasilkan dengan begitu lancar dari gerakan tengah. Bola yang ditampan pemain tengah City menghala ke arah Suarez dan beliau menggunakan kekuatan fizikal menghadang bola dari dirampas bek City. Ketika itu Sterling sudah melakukan larian dan Suarez nampak ada peluang terbuka untuk rakannya itu. Memang cun sekali hantaran Suarez dan begitu juga larian Sterling yang tiba-tiba melepasi Kompany. Sterling tak merembat dulu, tetapi berjoegt-joget untuk mengelirukan bek dan goli City dan semasa mereka pening kena main, barulah Sterling merembat masuk untuk gol pembukaan. Anfield bergema bila Liverpool mendahului 1-0.

Man City bermain dengan formasi bertahan 4-5-1 dan cuma bermain serang-balas, namun mereka pula yang sengsara. Peluang tak seberapa kerana rupanya Jeneral Padang mereka, Yaya Toure cedera dan terpaksa digantikan dengan Javi Garcia. Sebaliknya Liverpool menggunakan kesempatan itu untuk terus mengasak City, dan pada minit ke 25, hasil sepakan penjuru Gerrard yang tidak dijaga menanduk tepat dan ditepis Hart. Nanti dulu, drama baru bermula, sepakan penjuru diambil Gerrard mencari Skrtel yang bijak lari dari kepungan bek City dan melakukan tandukan lambung melepasi gerombolan bek City dan goli mereka. Liverpool bergema lagi dengan menambah gol, 2-0.

Liverpool berpeluang menambah gol dan begitu juga City mampu mencari gol, namun separuh masa pertama  tamat dengan beberapa insiden yang nampak menyebelahi Liverpool. Salah satunya ialah terjahan bahaya Sakho keatas Dzeko. Memang berpotensi penalti untuk City, namun Dzeko terlalu kuat lakonan sampaikan pengadil keliru samada nak beri atau tidak. Begitu juga dengan Suarez, dia kerap diterjah pemain City dan banyak kali diabaikan oleh pengadil disebabkan reputasi beliau, walaupun kita nampak memang pemain City main kotor. Walaupun begitu Suarez lepas geram dengan Demechelis dan kad kuning seawal minit ke-6.

Saya tak tahu adakah pemain Liverpool sedang bersuka-ria dalam bilik persalinan kerana dah mendahului dengan 2 gol. Apa yang saya boleh agak Pellegrini memang sebok mengolah perancangan untuk keluar dari belenngu ketinggalan gol dan mencari peluang merobek pertahan kebal Liverpool. Sepak mula separuh masa kedua bermula dan hairan sungguh City masih kekalkan taktik sebelumnnya. Liverpool macam biasa tak terasa sangat dengan ancaman City padahal kita tengaok kerap sangat Flanagan dijadikan lubuk serangan.

Kemasukan Milner pada minit ke 51, telah merubah segalanya buat City. Nak kata punyai kemahiran dan kelincahan, rasanya Navas lebih padu. Rupanya Milner lebih bijaksana permainan dari Navas, sebab dia main ringkas dan efisyen. Gol pertama City hasil hantaran pemain tengah kepada Zabaleta. Dengan sedikit helah dan hantaran kepada Milner yang berlari laju melepasi Flanagan dan melepaskan kepada Silva yang hanya melakukan kuisan mudah untuk City menghambat Liverpool dengan 2-1. Jangan ingat lubuk gol disebelah Flanagan, Johnson juga alami nasib yang sama. Malah dia punca menyebabkan City berjaya menyamakan kedudukan 2-2. kerana tidak menampan sempurna dan membuatkan Mignolet tertewas kali kedua.

Man City cuba membuat pertukaran yang dirasakan membawa lebih impak dari Milner. Kali ini Aguero masuk menggantikan Dzeko. Aguero seingat saya cuma sekali sahaja membahayakan Liverpool apabila, berjaya melepaskan diri dari kawalan Skrtel dan nyaris Silva tak sempat sambut hantaran cantk itu, kalau tak mesti lagi panik pertahanan kita. Sturridge yang tak berapa efektif ditukar dengan Allen untuk menstabilkan kawasan tengah kerana pada ketika itu City nampak makin menggila. Ketika itu Liverpool berubah kepada formasi 4-2-3-1, dimana Coutinho main dibelakang Suarez dan Sterling kembali kesayap kanan.

Ketika keadaan 2-2 itu City cuba kawal permainan. Mereka mengasak dengan dan bertahan secara berpasukan. Memang kemasukan Allen adalah pertukaran yang efektif sama macam Milner untuk City tadi. Coutinho diberi kebebasan untuk menyerang tanpa fikirkan soal bertahan. Gol keramat hadir bukan dari gerakan bahya, cuma rezeki yang datang entah dimana. Bola lontaran Johnson mencari Suarez padamulanya tetapi terlampau jauh dan cuba disepak keluar oleh Kompany. Tendangan angin Kompany membuatkan bola tepat kearah Coutinho dan beliau tanpa segan silu meledakkan gol kemenangan. 3-2 Liverpool kembali dihadapan dan Anfield kembali bergema.

Sepuluh minit terakhir perlawanan, Liverpool sudah tak nampak untuk menyerang kerana takut terkena buat kali ketiga. Permainan bertahan kali ini menjadi kerana City mati akal hinggakan bek tengah mereka pun turut membantu serangan. Henderson membayar harga yang mahal untuk memenangi bola. Terjahan Henderson keatas Silva memang tak wajar, kerana bola masih jauh ditengah padang. Namun apa nak buat, tragedi dah berlaku, nasib baiklah Lucas masuk untuk ganti Coutinho.

Jangan kita hairan bagaimana setelah mendahului 2-0, pasukan kita disamakan kedudukan dan hanya menang tipis 3-2. Jawapannya ada pada pemain serangan kita. Puncanya ialah ketamakan yang melampau diantara Sturridge, Suarez dan Coutinho. Padahal kalau mereka bertiga main secara tak pentingkan diri, saya ingat 1 dari 3 peluang yang kantoi mungin dapat hasilkan gol. Tapi bila kita dok cerita benda ini masa menang pasti ada orang komplen yang dah menang lagi nak bising. Walaupun menang , realitinya pasukan kita masih ada kelemahan yang berulang, cuma diselamatkan kelebihan jaringan gol. 

Apr 12, 2014

ULANG SIAR MAN CITY 2-1 LIVERPOOL




PENGURUS DAN PEMAIN TERBAIK BULAN MARCH


Liverpool borong habis segala anugerah bagi bulan March. Pengurus terbaik memang wajib untuk Brendan Rodgers kerana berjaya membawa Liverpool kembali ke singgahsana Liga dan memastikan Liverpool menang 9 perlawanan berturut-turut. Manakala anugerah pemain terbaik pula dikongsi oleh Steven Gerrard dan Luis Suarez kerana seri dalam undian. Pengundi berbelah bagi, kerana kedua-duanya memberikan impak pada pasukan dan sememangnya antara punca Liverpool mara dan terus mara kedepan.

Apr 11, 2014

LIVERPOOL LAWAN MANCHESTER CITY



Jersi baru 2014/15 dah keluar. Ramai yang berikan pendapat berbeza. Ada kata cantik dan ada kata sebaliknya. Itu pendapat masing-masing, tetapi macam jersi ke-3 musim ini ada orang kata tak cantik, tapi dah lama-lama orang layan juga. Untuk sedia maklum, pereka baju Warrior ini orang Amerika, sama macam kes jersi Reebok dulu. Rekaan mereka penuh daya imiginasi tak masuk akal, padahal citarasa peminat lebih sukakan versi Adidas. Apapun tak kisahlah jersi sebab kalau jersi lawa pun main tak bagus siapa tak pandang.


Kita tinggalkan cerita jersi dan kembali kepada perlawanan menentang pasukan pilihan juara Liga musim ini, Man City. Memang betul pasukan mereka pilihan, sebab dari awal musim ramai pemerhati bolasepak, beri ramalan yang Man City, Chelsea, Arsenal dan Man United bakal merebut kejuaraa. Pasukan kita paling hebat pun boleh berebut slot terakhir ke Liga Juar-Juara. Musim yang penuh kejutan ini, segala andaian pakar dah jadi rojak campur. Malah peminat Liverpool sendiri terasa macam sedang bermimpi, padahal itulah realiti sebenar, indah bagi kita dan penuh kecewa bagi lawan kita.

Imbas balik masa lawan Man City di Ettihad Stadium, pasukan kita tewas ditangan penjaga garisan. Gol Sterling patutnya tak dibatalkan, kerana ulang-tayang menunjukkan bahawa, Sterling tak curi ayam, dan bek Man City berada didepan beliau. Apa nak buat, itulah asam-garam bolasepak, kadang-kala nak menang bukan boleh harap keputusan sendiri tapi bantuan pengadil mainkan peranan juga. Sebab itulah kita tengok abang kepada Citeh, Menyu dizaman Ferguson punyai kelebihan sebab mereka dapat pengaruhi pengadil.

Pasukan kita musim ini banyak juga dibantu pengadil, tetapi dengan cara yang berhemah. Sebab apa penalti yang diberikan adalah kuasa mutlak pengadil. Kalau dia kata dapat, maka dapatlah, tetapi jika dia kata tidak, bertekak dengan mereka pun sila-silap dapat percuma kad kuning saja. Lagi satu pemain macam Suarez memang licik. Dia tahu kadang-kala nak sumbat gol bukan mudah dengan cara biasa. Helah seperti bagi bola kena tangan lawan serta kuis bola cepat-cepat bila lawan menerjah kaki adalah satu teknik pemain ber IQ tinggi.

Pasukan Man Citeh punyai kelebihan dari segi kualiti pemain diserata posisi. Namun kekuatan mereka ialah pemain tengah yang mantap kombinasi Toure dan Fernandinho. Kedua mereka ada segalanya dari segi kekuatan, kepintaran serta yang penting dapat berikan sumbangan gol. bila barisan depan kena ikat. Saya yakin jika pemain kita dapat mengasak mereka berdua dari naik bantu serangan, Citeh bakal mengalami kejutan yang telah dirasai oleh Arsenal, Spurs dan Menyu.

Apa yang kita mahukan ialah pasukan kita main selamba dengan Citeh. Main macam biasa, tak perlu nak takut apa-apa. Kita tahu Man Citeh lebih tekanan dari pasukan kita sebabnya bertandang ke Anfield. Perlawanan ini boleh dikatakan paling hebat musim ini dan juga menjadi penentuan awal siapa bakal juara Liga. Jika kita menewaskan Citeh, maka peluang lebih cerah, namun jika sebaliknya, tak mengapa kerana pasukan kita dah terlajak jauh kedepan dari sasaran sedia ada.

Apr 9, 2014

JERSI BARU MUSIM 2014/15


Apa Komen Anda?

Apr 8, 2014

NAISB ASPAS DAN BORINI



Brendan Rodgers beli Iago Aspas sebagai pengganti Fabio Borini. Ini kerana beliau tak nampak Borini boleh masuk dalam taktikal, apatah lagi memberikan tentangan sengit buat Suarez dan Sturridge. Itu cerita musim lepas, bila templet Liverpool macam Swansea, memanglah tak kena langsung dengan cara main Borini. Pembelian Aspas bukan tangkap muat, tetapi penuh risikan terperinci dan memang kita anggap seorang pemain macam Michu dah kita beli musim ini.

Tapi bila dah dipinjamkan Borini ke Sunderland, Brendan dah tukar pulak dah, mungkin dah nampak tiki-taka bukan boleh bawa Liverpool jauh. Musim ini Brendan ejas dan tiru macam Borussia Dortmund. Dan hasilnya, Aspas yang mungkin sesuai dengan tiki-taka, pula tak boleh masuk dengan corak permainan laju dan agresif. Kebetulan ramai yang setuju, kalaulah Borini main dengan corak sekarang, sekurang-kurangnya ada juga fungsinya sebagai pemain impak.

Statsitik perbandingan keduanya setakat perlawanan sebelum ni setara. Borini musim lepas dan Aspas musim ini dapat bermain 13 perlawanan dan masing-masing hanya berjaya mecetak 1 gol. Kita boleh anggap mereka tak dapat peluang sewajarnya mengikut, perkiraan jumlah perlawanan, namun untuk bermain dalam kelab besar macam Liverpool, setiap peluang yang diberikan hendaklah dipergunakan sewajarnya. Rekod Liverpool dengan pemain simpanan bagus tak caya sila google. Namun 2 musim dengan Borini dan kemudiannya  Aspas, tak ada produktivi yang meyakinkan kita bahawa mereka mampu kekal.

Saya salut Aspas. Dia sedar diri. Dia cakap dia bukan muda lagi macam 20an, yang masih punyai masa untuk tunggu dan meraih peluang. Dari duduk panaskan bangku simpanan, tanpa sumbangan secara langsung kepada pasukan, baik dia bawa diri untuk cari tempat yang mahukan khidmat beliau sebagai pemain utama.  Aspas mungkin cocok ke Swansea, namun secara realistiknya La Liga adalah gelanggang yang lebih mudah kerana dia dah terbiasa disana.

Borini musim depan masih belum dapat disahkan bakal kembali atau dijual untuk dapat balik modal. Saham beliau makin naik sebab rajin serta paling orang minat ialah dia meletop dalam perlawanan besar. Bermain sebagai penyerang, tugasan beliau ialah cetak gol, dan sebab penyudah beliau agak kurang menyengat, agak sukar Borini kembali dalam firasat saya. Kerajinan Borini tak boleh disamakan dengan Kuyt, sebab lejen kita itu memang punyai penyudah bagus padahal dia main luar posisi.

Motivasi adalah satu perkara yang dibuat Brendan musim ini keatas beberapa pemain yang agak suram musim lepas. Ramai yang bangun dari tidur. Tapi bagi pemain yang tak bernasib baik, mereka dipinjam keluar, walaupun skuad kita makin mengecil. Namun bagi kes Aspas dan Borini, ianya agak kompleks dan perancangan Brendan hanya bakal ditentukan selepas sesi pemanas badan, pra-perlawanan musim depan. Namun jika diberi pilihan pastinya Brendan mahu pemain bekap utuk SAS, yang lebih memuaskan dari mereka berdua.


Apr 7, 2014

LIVERPOOL 2-1 WEST HAM


Sepanjang rekod menang 9 perlawanan berturut-turut, inikalilah pasukan kita menang tak selesa. Corak permainan anti-bolasepak West Ham dah dijangka. Sampaikan Brendan terpaksa menggunakan pelbagai taktik sepanjang 90 minit perlawanan. Memang meluat dengan Sam Allardye, tetapi saya respek dan salut beliau kerana buatkan pasukan mereka beri tentangan hebat walaupun akhirnya mereka tak mampu nak buat kejutan.

Kapten Gerrard telah berkata yang Liverpool mempunyai segalanya, untuk mencabar kejuaraan musim ini dari segi Kelas, Kemahiran dan Kekuatan. Dengan pasukan yang bermain secara terbuka, mungkin keputusan lebih baik kita dapat. Namun dengan pasukan yang tak ada telur macam West Ham, kemenangan secara tak sempoi adalah salah satu tanda, Liverpool mempunyai aura pemenang.

Kesebelasan yang diturunkan memang mantap. Sakho dan Coutinho masuk menggantikan Agger dan Allen. Sakho masuk kerana diberitakan Agger mengalami kecederaan lutut yang tak serius, namun dia direhatkan untuk elakkan jadi lagi teruk jika bermain. Manakala Coutinho adalah perancangan utama untuk menggerakkan bahagian tengah dengan lebih kreatif, berbanding Allen yang kurang kreatif, namun lebih agresif. Formasi awal adalah lebih kurang 4-3-3.

Mignolet
Johnson---Skrtel---Sakho---Flanagan
Henderson---Gerrard---Coutinho
Sterling---Sturridge---Suarez

Separuh masa pertama berlangsung dengan meriah sekali. Meriah dengan insiden buli-membuli oleh pemain WHU keatas pemain kita. Permainan mereka agak meriah dibahagian tengah dengan formasi 4-5-1. Bukan tak ada serangan langsung dari mereka, sekadar melepaskan batuk ditangga. Namun taktik tak ada lain selain hanya mencari kepala Carroll. Percubaan pemain kita yang paling hampir gol ialah sepakan lencong Suarez yang diselamatkan palang.

Liverpool benar-benar sukar nak jaga Carroll, walaupun dah ada Sakho yang perkasa. Taktik Liverpool dengan mengharapkan Skrtel atau Sakho mencelen bola diudara tak berapa tepat. Sepatutnya kalau saya jadi Brendan, biar Gerrard yang menjaga atau celen Carroll. Namun risikonya takut Abang long Gerarrd pla bakal cedera, nak jaga Carroll yang macam kerbau. Bila salah seorang bek kita bertempur dengan Carroll, ada lubang dibelakang yang terbuka. Nasib baiklah Nolan tak menjadi, kalau tak bahya juga.

Saya tengok disebalah kanan yang dijaga Johnson, keadaan terkawal sebab Downing dan Armero berjaya dikekang  dengan baik. Cuma disebalh kiri, Flanagan berhempas pulas menjaga Diame yang bermain diluar posisi sebagai sayap kanan. Setakat pemain sayap lincah, Flanno boleh cicah lagi. Tetapi Diame mempunyai kelebihan bukan sahaja kemahiran memegang bola, tetapi kekuatan fizikal beliau membuatkan peluh jantan Flanno keluar mencurah-curah.

Ramai dah kebosanan tunggu gol, namun lagi beberapa minit separuh masa nak tamat, Kapten Gerrard, nampak Suarez telah melakukan larian dan cuba memisahkan beliau dengan bek WHU. Hantarn jauh Gerrard sampai tepat kepada Suarez. Tipu helah yang sama ketika lawan Spurs digunakan sekali lagi, kali ini Tomskin pula jadi mangsa, dengan terpaksa menguis bola dengan tangan. Pengadil taida alasan untuk tidak berikan penalti dan Abang Long Gerrard meledakkan gol pembukaan. 1-0.

Ramai yang menyangka separuh pertama bakal tamat dengan keputusan 1-0. Saya pun hampir nak pergi dapur masak air, siap nak bancuh kopi. Tetapi insiden yang penuh kontroversi berlaku pada masa-masa kecederaan. WHU mendapat sepakan penjuru. Kedua-dua pasukan sedang berasak-asak didalam kawasan penalti Liverpool. Namun dengan tiba-tiba Carroll menepuk muka dan mengkarate tangan Mignolet, membuatkan bola digengagaman goli kita itu terlucut dan Demel mengusi masuk kedalam gol.

Pengadil berikan gol kepada WHU pada mulanya. Namun kerana penjaga garisan mengangkat bendera, maka pengadil pergi borak-borak dngan rakan setugasnya. Mungkin dia dah tersilap dan terpaksa tunjuk ego, maka gol tetap diberikan kepada WHU. Sedangkan ketika itu diskrin besar stadium ulang-tayang sedang menunjukkan gerak perlahan, memang sah Carroll melakukan kesalahan. Separuh masa tamat dengan keputusan yang berikan pelawat kecewa dan tuan rumah menarik nafas lega dengan 1-1.

Separuh masa kedua bermula dengan Liverpool melakukan pertukaran taktikal memasukkan Lucas dan mengelurakan Coutinho. Fasa pertama taktikal ini memang terbaik dimata saya, walaupun agak hairan kerana Coutinho tak mengecewakan. Namun Lucas diberikan tugas yang sama dengan Henderson, yakni membantu pemain bek sisi dikala mereka menyerang. Taktik ini memang membuahkan hasil kerana, pasukan kita nampak lebih selesa menyerang berbanding separuh masa pertama.

Dalam dok asyik menyerang WHU cuba membuat kejutan. Gerakan bermula dari sebelah kawasan jagaan Flanagan. Hasil gerakan Demel yang membawa bola dibahagian sayap dan memberikan kepada Diame. Diame nampak Carroll berada dalam kawasan penalti dan berdua dengan Johnson saja. Hantarn lintang tinggi sampai dan cuba ditanduk keluar oleh Johnson, namun Carroll berjaya menanduk bola kerah gol, namun palang menidakkan WHU dari mendahuli. Kus semangat macam nak terkeluar jantung.

Dalam keadaan yang tidak semena-mena, rezeki gol datang dar sumber yang tak disangka. Lucas telah menjadi nadi penggerak kepada satu lagi insiden yang membangkitkan kemarahan bukan saja peminat WHU, namun peminat Chelsea dan Man City jua. Beliau melakukan hantaran ala Coutinho kepada Flanagan. Pemain yang mendapat gelaran Cafu Merah, melakukan larian solo tapi dia telah ditarik kakinya oleh Adrian, goli WHU. Abang Long Gerrard tanpa rasa gabra meledakkan penalti ke-2 beliau untuk Liverpool mendahului perlawanan dengan 2-1.

Walaupun WHU cuba mengasak dengan menambahkan kekuatan serangan udara mereka dengan Carton Cole, namun Liverpool bersedia pula dengan penangkis anti serangan udara dengan memasukkan Kolo Toure. Fasa kedua taktikal ini memang, menampakkan Brendan Rodgers memang, mewarisi bakat Bapak Benitez sebagai pemikir taktikal terbaik. Liverpool bukan sahaja nampak efektif bertahan namun perubahan taktikal terakhir dengan meletakakn Sterling dibelakang Suarez banyak kali hampir menghasilkan gol.

Perlawanan berakhir dengan 2-1 kemenangan yang kurang hensem, tetapi cukup bermakna dalam cabaran kepada kejuaraan liga. Liverpool kembali mendahului takhta Liga, dengan 74 mata, 2 mata mendahului Chelsea dan 4 mata dengan Man City. Kemenangan ini menunjukkan Liverpool mempunyai pelbagai cara untuk menghadapi pelbagai pasukan yang mempunyai karenah berlainan. Liverpool berjaya melepasi ujian yang pasukan Benitez 2008/09 gagal lalui, ini kerana kuatan mental yang kuat ditunjukkan oleh anak buah Brendan. 

Apr 5, 2014

ANDY CARROLL DALAM INGATAN



Komen Andy Carroll dalam temuramah menjelang pertembungan dengan Liverpool:
"Liverpool tidak beri peluang secukupnya kepada saya. Saya yakin jika dapat peluang, mungkin gandingan saya dengan Suarez bakal meletop."

Penjelasan Brendan Rodgers, mengenai Andy Carroll.
"Andy Carroll, saya lepaskan bukan kerana dia tidak bagus. Dia hebat diudara, sentuhan pertama cantik dan dalam kotak memang bahaya, tiada apa yang dia nak buktikan.
 Saya rasa dia antara pemain terbaik di Eropah dengan corak permainannya- cara menyerang diudara memang mentap. 
Bila saya datang kesini, orang tahu corak saya, bukan kerana permainan beliau tak cocok dengan saya, tetapi aspek kewangan juga main peranan.
Dia perlu bermain, dia pergi dan bermain baik dengan West Ham. Bila dia cergas, dia buktikan dia penyerang terbaik dalam corak bolasepak yang West Ham mainkan."

Sebenarnya panjang lagi komen Brendan tentang Carroll. Saya kutip sekerat sebab itu dah cukup jelas kenapa Brendan tak kekalkan Carroll, walaupun dia boleh digunakan dalam Plan B atau C. Dahulu saya memang seronok tengak Carrol main ketika di Newcastle. Saya bandingkan beliau dengan Zlatan Ibrahimovic,  malah saya yakin Carroll boleh pergi lagi jauh.

Namun tiba-tiba bila Torres buat palat, dan Carrol dibeli dengan situasi panik dengan harga panik. Saya jadi serba salah, seronok pun ada tapi kecewa, bukan sebab Carroll dan harganya sangat, tetapi Torres yang pedajal kelab mahu belah saat akhir. Patutnya kelab juga jangan panik sebab bidaan Mario Gomez tak diterima, namun jam-jam terakhir saya tak tahu betul atau tidak Ian Ayre punya angkara, bukan Dalglish.

Selepas pembelian rekod British telah dipecahkan. Sejarah Liverpool dah jadi bubur, nasib baiklah dah siap beli Suarez dah masa itu. Kalaulah tiada Suarez ketika itu, boleh bayang tak camna permainan pasukan kita, silap-silap main macam  Stoke, pam bola kat atas selalu. Carroll bukan masalahnya sangat kalau main selalu, tetapi masalah paling besar ialah kerap cedera. Itu yang buaakan memang pembelian membazir.

Bagi saya, kalaulah ditakdirkan Carroll kekal sekalipun, Liverpool takkan kemana dengan beliau. Dan begitu juga pastinya Sturridge tak akan berada di Anfield, sekarang. Setiap kisah malang dalam episod kita sebenarnya ada rahmat yang berselindung, macam Mat Saleh cakap "blessing in disguise". Terimlah seadanya, bagi setiap pembelian berbaloi macam Suarez dan Sturridge, mesti ada kesilapan macam Carroll dan Diouf.

Apr 4, 2014

PEMAIN TERBAIK BULAN MARCH


Pemain Terbaik Bulan Mac jatuh kepada Kapten Steven Gerrard. Walaupun Suarez nampak lebih garang dengan 6 gol berbanding Gerrard dengan 4 gol, Insprasi yang dibawa oleh Kapten kita itu secara keseluruhan amat tak ternilai. Faktor usia membuatkan Gerrard tak mampu beraksi turun naik dan berlari serata padang.

Tapi kebijakan Brendan meletakkan Gerrard sebagai "Quarterback". Nak tahu yang istilah Quarterback (QB)selalunya digunakan dalam sukan Ragbi atau American Football. QB bermain mudah, dia akan tunggu lepas rakan2 scrum dan bila diberikan bola, dia tunggu larian rakan-rakan, dan melakukan hantaran jauh mencari pemain sayap.

QB moden yang sukses ialah Andreas Pirlo dan Xabi Alonso. Namun musim ini Gerrard berjaya menjadi QB yang efektif, padahal sebelum-sebelum ini, kita tengok janggal sekali Gerrard main bertahan. Dengan posisi baru ini, saya rasa Kapten kita itu masih boleh berkhidmat 2-3 musim lagi. Itupun kalau dia tak mahu bersara awal.

LIVERPOOL LAWAN WEST HAM


Corak permainan West Ham macam "Lori Ayam". Itu istilah klasik yang saya tak tahu siapa yang mulakan. Istilah lori ayam tak silap saya, diadaptasikan dari keadaan Lori Ayam yang memang laju kalau turun bukit tapi kalau naik bukit memang lembab. Namun dalam bolasepak petang-petang, bila main dengan pasukan yang main guna taktik serbu ramai-ramai ada peluang lambung bola keatas setiap masa, maka dengarlah laungan "Woi, bosanlah, hangpa main lori ayam, cuba main elok sikit".

Itulah bila Liverpool nak lawan West Ham terus teringat istilah itu. Taktik mereka memang membosankan walaupun bagi mereka itu yang terbaik, kerana segalanya pasti akan berakhir dengan Andy Carroll.  Perlawanan lepas lawan Sunderland, lemas budak-budak Mark Hughes kena asak oleh serangan udara. Jadi kunci pentng ialah mengawasi Carroll dan elakkan beri sepakan percuma atau sepakan sudut. West Ham main di tempat sendiri takkan main secara terbuka dan pasti memarkir bas depan kotak penalti.

Dalam perlawanan ini nanti saya tak pasti samada Brendan bakal kekalkan kesebelesan yang dah 2 kali digunakan berturut-turut. Kalau ikut corak lawan, Sakho ganti Agger dan Allen ganti Sterling, bagi mengimbangi bola tinggi dan permainan agresif. Tapi sukar nak  kita ramal sebab tak pasti samada Brendan nak main padat bertemakan berlian atau menyerang dari sayap. Kedua-dua ada kelebihan, tetapi yang penting ialah pukul West Ham dengan gol awal, lepas itu pasti mereka panik.

Sebenarnya saya tak suka cakap rekod dengan West Ham, sebab bila sebut pasal itu ramai yang angggap West Ham main pakai kerusi roda. Memang dari 10 perlawanan kita hanya tewas sekali dan 2 kali seri dan selebihnya menang. Rekod terbaik dengan West Ham mungkin satu motivasi positif, namun jangan pula ianya jadi terlebih konfiden sampaikan memandang rendah kelicikan dan corak bosan lawan. Brendan pernah pesan kepada pemain yang masalah terlalu yakin boleh makan diri.

32 PERLAWANAN DAHULU DAN SEKARANG

kredit @MostarLFC
Fakta menarik musim ini berbanding musim lalu:

Menang 22 berbanding 13.
Kalah 5 berbanding 9
Seri 5 berbanding 10
Jaringan 88 berbanding 59
Bolos 39 berbanding 40
Perbezaan gol +49 berbanding +19
Mata 71 berbanding 49
Posisi 1 berbanding 7.

Semua ada peningkatan drastik kecuali bolos. Musim depan pasukan kita kena perbaiki masalah itu sebab saya pasti musim depan lagi mencabar dengan pasukan lain dah tahu kelebihan dan kekurangan pasukan kita musim ini.

Apr 3, 2014

LIVERPOOL DENGAN SEMANGAT BARU


"Smells Like Teen Spirit"

Lagu hit dari Nirvana dalam album Nevermind. Saya masih ingat kaset Nirvana yang bergambar bayi bogel sedang berenang itu, saya pinjam dari Abang Sham, Rockers pelik. Saya bukan budak punk tapi generasi kami awal 90an, diwarnai muzik-muzik pelik selepas era rock kapak dan Rock tangkap leleh sedang menggila. Sebagai remaja yang cukup kuat memberontak dan inginkan angin perubahan budaya dari ikut budak-budak Rap atau Trash ataupun Mat belia, peminat muzik Slam.

Nirvana dan Kurt Cobain ibarat idola saya bukan dari segi muzik, cara berpakaian atau hisap dadah. Tetapi revolusi mental dan pemikiran yang bangkit mennyahut cabaran semasa untuk membentuk genre sendiri atau corak pilihan kerana tekanan dari arus perdana. Kalau bolasepak, Menyu pada masa itu adalah arus perdana  kesukaan ramai yang saya paling meluat apatah lagi derngan bongkak mereka cukup menghina seteru mereka dengan sehina-hinanya.
 "My greatest challenge was knocking Liverpool right off their fucking perch" Alex Ferguson. 
Kalau dalam alihbahasa ialah macam ni " Cabaran paling besar bagi saya ialah singkirkan Liverpool daripada singgahsana (mencarut) mereka". Ferguson berjaya membawa cabaran menyingkirkan Liverpool dengan masa yang agak lama. Walaupun Liverpool tak lunyai sangat, tapi sedikit demi sedikit pernghormatan dan rekod Liverpool telah dilebuhkan oleh Fergie. Ini kerana semangat kebencian beliau kuat dan salah satunya ialah graduasi kelas 92.

Ada yang kata skrip Menyu, macam kena dengan revolusi Liverpool dibawah kelolaan Brendan Rodgers. Bagi saya tidak sama, kerana Brendan gunakan cara berhemah dan tiada kontroversi langsung dengan seteru. Liverpool sedang mengulangi sejarah lampau, bila punyai pasukan muda yang hebat, disulam dengan dua-tiga orang otai, kena pula dengan pengurus tanpa nama, tetapi bijak dan pihak pengurusan yang begitu cermat. Kombinasi inilah yang membuatkan bagaimana pasukan yang tidak dianggap pencabar Liga Perdana bagi musim ini, tiba-tiba jadi perhatian ramai dan ada yang cakap calon nak jadi juara.

Cuma satu perkara yang saya nak bagitau ialah bagaimana Brendan telah mejadikan Liverpool bukan sahaja main cantik tetapi bermain dengan semangat yang luar biasa. Semangat yang saya rasai kena dengan SLTS itu. Sampaikan Gary Neville, lejen Menyu ada sebut yang dia amat pelik dengan cara pemain yang nampak begitu bersemangat dalam sesi panas badan  Bersalam, berpelukan, Hi-5 dan memang nampak solidatari sesama pemain membangkitkan aura yang menakutkan lawan.

Sebab itulah dengan skuad yang kecil, Brendan tak perlu beli pemain semasa Januari, tetapi beliau mempergunakan khidmat pakar saikologi, Dr. Steve Peter secara komprehensif. Dr Peter berjaya mengorek keluar semangat juang pemain dan hasilnya, pemain macam Henderson, Sterling, Allen, Flanagan dan ramai lagi, keluar dari kepompong dan jadi pemain yang penuh konfiden.

Saya rasa sebelum pemain kena basuh, Dr Peter dah basuh kepala Brendan dahulu kot. Sebab itu kita tengok tiada lagi tiki-taka tetapi lebih kepada main secara agresif dan realistik. Apa yang saya harap semangat yang tengah menggila ini bukan setakat musim ini sahaja kerana kita ada Suarez atau Sturridge atau Gerarrd, mahupun Brendan Rodgers. Tetapi jadikan ianya legasi selama-lamanya dalam atmosfera di Liverpoolfc.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails