Mar 30, 2015

STERLING DAH NAK JADI TAMAK HALOBA



Jembalang besar dalam melingkupkan kerjaya pemain bolasepak adalah ejen. Walaupun banyak pemain yang berjaya atas nasihat kerjaya dan kewangan dari ejen, namun lebih ramai yang melingkup atas kerana termakan hasutan mereka. Bagi saya situasi kontrak Raheem Sterling masih belum sampai klimaks lagi. Namun ada ura-ura yang beliau nak tolak gaji £180K seminggu membuatkan para peminat dah ramai meroyan. Itu baru masuk umur 20 tahun dah minta bukan-bukan, kalau lagi 5 tahun, ingat silap-silap dia minta £300K pula.

Bagi saya Liverpool kalau tak sambung kontrak beliau pun tak mengapa. Gaji mingguan £180K memang terlalu melampau ntuk beliau dan bagi saya paling minima beliau hanya layak terima kurang dari £100K. Setakat kemahiran gelecek dan kreatif tak berbaloi, sebab lagi 80K dia kena buktikan dengan penyudah yang mantap. Saya tengok penyudah beliau hambar dan Sterling bukan pemain yang dapat mampu secara konsisten sumbat gol. Kalau ada 5 peluang terbaik, paling banyak pun sebiji sahaja. Contoh masa lawan Menyu di Old Trafford sebelum ini, peluang melambak sebiji pon tak masuk.

Solusi yang tepat bagi Liverpool musim depan jika benar pihak Sterling tolak kontrak £180K  ialah mencari pembida tertinggi dan jual untuk dapatkan pemain yang setaraf Suarez. Akibat jika Sterling dapat gaji lumayan akan akibatkan pemain lain juga nak benda yang sama. Mungkin Henderson juga terikut-ikut dengan perangai Sterling, namun saya anggap Henderson wajar dengan permintaan gaji 100k yang diminta oleh ejen beliau. Satu lagi dengan gaji yang tinggi adakah Sterling dapat berikan yang lebih baik dari prestasi sedia ada.

Mar 24, 2015

LIVERPOOL 1-2 MANCHESTER UNITED



Liverpool kebelakangan ini mudah dijangka. Saya bukan nak cakap Menyu hebat sangat, tetapi corak permainan Menyu mirip masa mereka membantai Spurs 3-0. Spurs walaupun lain formasi dan corak permainan dengan pasukan kita, namun mereka banyak main hantaran pendek dan bergerak dari sayap. Corak Menyu yang main hantaran jauh dan formasi 4-3-3 nampak sangat sesuai untuk jahanamkan Liverpool yang memang agak longgar di bahagian tengah. Pemain kita macam Allen tak sepatutnya diberi tugas macam Lucas, nak jaga Fellaini. Sekali Mamat Sarang Tebuan tu pegang bola, nampak macam budak tingkatan lawan budak tadika.

Lagi satu saya tengok hantaran jauh Menyu telah mengakibatkan Sterling dan Moreno dah jadi anak ayam hilang ibu. Kedudukan mereka sebagai penyerang dan pertahanan dibahagian sayap tak efektif. Macam Moreno, dia nampak kantoi gila-gila. Bila nak serbu Valencia, kat belakang Mata pula lari dibelakang. Gol pembukaan Mata memang silap Moreno kerna dia tak menghalang Valencia dari awal dengan berada diposisi yang tak kena. Dah tu pula langsung tak mampu nak hadang bola lintang Valencia yang mencari kawasan tengah. Sterling bagi saya tak berguna dan habis karen dibahagian sayap tepi, kalau terdesak bubuhlah pemain yang agresif.

Satu lagi bila pertahanan dah cacamerba trio serangan Lallana-Sturridge- Coutinho tak banyak membantu bila dah penguasaan boal dikaki. Saya lihat Sturridge memang penyerang polifik, tetapi dalam sistem penyerang solo, Sturridge tak boleh nak asingkan diri dari Lallana dan Coutinho. Zaman Suarez ada dulu boleh la sebab Suarez yang banyak buka ruang untuk beliau. Saya nampak Sturridge bukan jenis mampu main dicelah bahu pertahanan,  dia masih perlukan rakan peneyrang disisi. Bila pertukaran formasi separuh kedua, digandingkan dengan Balotelli beliau nampak lebih selesa dan mampu menjaringkan gol saguhati.

Insiden kad merah Gerrard menjadi bahan bualan hangat. Kita harapkan Kapten masuk sebagai pembawa aura kebangkitan, namun sebaliknya beliau buat perangai dan balun Harrera untuk dapat rehat balik dibangku simpanan. Kita tahu Gerrad jarang buat perangai macam tu. Tapi ada cakap-cakap yang akal fikiran beliau dah melayang di Los Anggeles, dan main tak sepenuh hati dan ikut emosi sebab kecewa tak diberi pilihan utama lagi.  Apakan daya, beliau manusia biasa, mungkin dia sengaja nak cipta rekod sebagai pemain paling cepat dapat kad merah di Liga Perdana.

Main 10 orang pun, Liverpool masih berupaya dapat gol balik. Ini bermakna pemain boleh bangkit cuma Brendan kena buat pembetulan dengan tepat dalam masa yang singkat. Kalaulah tak main 10 orang, saya rasa nasib Menyu tak berapa bertuah. Separuh kedua Liverpool mendominasi perlawanan. dan banyak gerakan cantik dipersembahkan berbading separuh pertama yang lesu. Mungkin ada juga faktor Menyu yang dah tak mahu cari gol lagi, dan mahu berkubu padat dipertahanan sendiri.

Sekarang pasukan dah tertinggal 5 mata dibelakang Menyu dengan hanya 8 perlawanan lagi. Keciciran mata dengan Menyu mengakibatkan peluang makin sukar dan perlukan misi mustahil dengan Arsenal pula lepas ini. Nasib baiklah ada perlawanan antarabangsa sebelum ke Emerites. Dalam pada itu Brendan kena nilai kembali prestasi pasukan. Brendan kena lebih peka dengan taktikal lawan juga. Jangan dok syok sendiri inga dengan taktikal sendiri kerana pasukan lawan akan cari jalan untuk mematahkan kekuatan pasukan kita sebagaimana yang pernah dilakukan oleh pengurus Zenith, Basel, Besiktas dan sekarang Menyu.

Mar 20, 2015

LIVERPOOL vs MANCHESTER BERSATU

LIVERPOOL vs MANCHESTER BERSATU


Bismillah...
Terima kasih kepada semua pengikut setia blog Liverpoolkita ini kerana memberi semangat kepada saya dan kata-kata aluan atas kehadiran saya di dalam blog ini.Ia akan menjadi pembakar semangat dan kata-kata perangsang untuk saya terus mencuba dalam bidang baru ini.Sesuai dengan kata-kata keramat You'll Never Walk Alone,ternyata kawan-kawan semua tidak membiarkan saya keseorangan di dalam berkarya.Thanks...

Setelah dengan rasminya saya di lantik menjadi penulis undangan,dengan serta merta nya arahan telah dikeluarkan agar saya membuat preview berkenaan perlawanan yang akan datang.Walaupun merasakan tindakan ini zalim dan kejam dan boleh diajukan ke kementerian yang berkaitan,tetapi saya dengan selamba kangkang menjawab "ok bos" agar beliau terasa yang beliau mempunyai kuasa dan ini akan mengembangkan lubang hidung beliau.Maka,ini lah hasil pertama saya.

Tolak tepi cerita pasal statistik.Pengadil yang akan mengendalikan perlawanan yang dijangka sengit dan tengit pada hari ahad ini ialah Martin Atkinson.Dalam 5 perlawanan terakhir yang diadili beliau,beliau telah melayangkan sejumlah 12 kad kuning dan 3 kad merah.Kad merah yang dilayangkan hadir dalam keadaan penuh kontroversi.Beliau juga mengadili perlawanan liverpool dan manchester sebelum ini di Trafford Tua dengan mempersembahkan 7 kad kuning.3 daripadanya dihadiahkan kepada liverpool.

Sedikit berkenaan corak taktikal menyu.Pastinya kesebelasan yang merobek spurs akan dikekalkan dengan hantaran jarak jauh mencari rambut kepala tebuan menjadi taruhan.Taktikal yang sama digunakan oleh stoke.Taktikal ini boleh dimati pucukkan dengan cara memandulkan pemain yang melakukan hantaran jarak jauh.Dalam kes ini,Carrick...

Bagi liverpool,memang tidak di nafikan lagi yang pasukan kita berada dalam prestasi yang cukup baik.Pemain sudah bersedia dengan corak taktikal yang diterapkan.Mungkin formasi pokok krismas masih menjadi kepercayaan pakcik brendan dan bukan nya formasi pokok senduduk.Hantaran yang kemas dan tidak terpeleot.Moral pemain berada di tahap yang terbaik untuk membenamkan kepala setan di Anfield.Mereka harus fokus di dalam setiap game dan cuba untuk mengaplikasikan arahan yang di berikan.

Sekembalinya abang long gerrard dan bulldozer lucas menambahkan lagi kemantapan di bahagian tengah bertahan.Paling mencuri tumpuan saya ialah coutinho.Pemain ini sudah mula faham apa yang pakcik brendan mahukan dan menukarkannya dengan skil dan kematangan yang cukup luar biasa.Jika beliau mengekalkan prestasi sebegini,tidak mustahil kelab-kelab lain mula memberi perhatian.

Bagi saya,tiga mata penuh wajib kita tuai memandangkan kita beraksi di laman sendiri.Baki 9 perlawanan terakhir dengan 4 daripada nya adalah di laman sendiri wajib diterjemahkan dengan 3 mata penuh kerana kita tak mahu keciciran mata.Tempat bagi liga juara-juara mungkin berada di dalam tangan sekiranya kita mengekalkan rekod persembahan yang konsisten.

Mignolet
 Can Skrtel Sakho
   Markovic Gerrard Henderson Moreno
 Coutinho Sterling
  Sturridge

Sekian untuk percubaan pertama saya.Komen anda amat saya harapkan...Keep the faith...

*Bos,mau bagi berapa bintang yaa...???

Mar 19, 2015

KUALA LUMPUR DESTINASI PEMANAS BADAN LIVERPOOL



Liverpool sekali lagi akan menjalani perlawanan pemanas badan pada Jumaat, 24 Julai 2015. Sila tanda tarikh itu. Buang segala temujanji, tukar majlis kahwin dan cari klinik panel yang boleh kawtim cuti sakit, sebab Liverpool bukan mai setiap tahun dan kali terakhir 2011 dan saya sendiri tak sempat nak pergi kerana tak plan awal-awal. Harap kali ini dipermudahkan urusan.


Mar 18, 2015

LIVERPOOL 1-0 SWANSEA



Perlawanan dengan Swansea menunjukkan bahawa Brendan Rodgers mampu menjadi pengurus hebat, bukan sebab dia bertuah macam Mourinho sebab pilih pasukan duit banyak sahaja nak uruskan Sebaliknya Brendan adalah pengurus sedang seakan membuat thesis atas padang. Teori yang dipraktikkan mungkin memakan masa untuk jadi sistem terbaik, namun dengan separuh pemain yang baru dari musim lepas, perubahan taktikal nampak cepat meresap dan nampak labanya.

Memang perlawanan dengan Swansea nampak pasukan kita bertuah bukan sedikit tetapi banyak. Swansea mampu membunuh permainan dari separuh masa pertama lagi. Peluang mereka melambak-lambak. Ada yang kelaut dan ada yang berjaya ditepis oleh Superman Belgium, sapa lagi bukan Mignolet yang sebelum ini kena bahan hebat oleh semua, termasuk Brendan Rodgers sendiri. Saya dapat rasakan yang persembahan pasukan keseluruhan lebih-kurang Swansea, cuma gol Henderson membezakan keputusan akhir.

Dari segi markah keseluruhan kesemua pemain termasuk Henderson sebagai penjaring gol tunggal mungkin nampak corot, kecuali Mignolet. Faktor hujan dan padang licin mungkin boleh diterima.Namun hantaran yang kadangkala nampak merapu, tak sampai dan dapat kepada lawan, menampakkan pemain kita main dengan taktik yang tak kena pada separuh masa pertama. Swansea berjaya mengekang Coutinho, Sterling, Lallana dan Sturridge sehinggakan tak banyak peluang langsung yang bahaya separuh pertama. Mereka menggunakan taktik permata dengan efektif.

Separuh kedua, lain pula cerita. Macam lagu Ratu Rock Ella,  "permata pemotong permata". Taktik permata Swansea hanya layak disaingi dengan taktik permata jua. Taktikal Brendan membuahkan hasil, dengan kemasukan Gerrard sebagai Libero dibucu bawah permata. Coutinho dibucu atas dan diapit Allen dan Henderson. Dengan menandingi kekuatan dan penguasaan bola ditengah, Liverpool berjaya mendapatkan gol melalui gerakan Henderson serta mampu membunnuh perlawanan dengan Sturridge namun sepakan beliau sekadar terkena tiang.

Kemenangan dengan  Swansea merapatkan jarak Liverpool kembali dengan kelompok pasukan atasan termasuk Man City ditangga ke-2. Hanya berbeza 4 mata, tekanan mulai dirasakan oleh pasukan atasan. Saya tak suka nak sasarkan posisi kedua, kerana ikut prestasi sebelum ini pasukan Man City tak selalunya berterusan dapat malang bertimpa-timpa. Sehingga itu,  cabaran minggu ini dengan Menyu perlu dijadikan keutamaan sebelum nak cerita posisi mana nak disasarkan. Untuk edisi dengan Menyu, blogger jemputan Encik Awang Trasher bakal menjadi penulis tamu bagi membicarakan pendapat dan komentar beliau bagi hadapi perlawanan yang sengit itu.



Mar 14, 2015

LIVERPOOL LAWAN SWANSEA



Minggu adalah minggu penting untuk pasukan kita teruskan kemaraan untuk melonjak keatas. Sebab apa penting. Mari kita lihat dalam kelompok yang mengejar tempat ke Liga Juara-Juara, selain Liverpool boleh dikatakan perlawanan adalah mencabar. Paling kritikal Menyu lawan Spurs. Sudah tentu kita mahu kalau boleh Spurs menang kan. Arsenal bakal bertemua musuh kejiranan West Ham dan situasi ini mungkin agak mudah atas kertas, namun West Ham banyak buat kejutan musim ini. Manakala Soton yang makin jauh, mungkin bakal lagi jauh jika mereka meneruskan prestasi hambar utuk lawan Chelsea.

Sabar dulu, sebelum kita nak pasukan pencabar hilang mata, kena pastikan pasukan sendiri mendapat keputusan atau 3 mata penuh dengan Swansea. Swansea memang tak berapa bagus musism ini, tetapi bila mereka main bagus, memang tentangan sengit diberikan, hatta nak dapat satu mata. Tambah pula main digelanggang mereka sendiri, Liberty Stadium. Ketiadaan Bony mungkin sedikit dirasai, namun bahaya sebebenar ialah pemain tengah mereka mampu menjolok gol penting, terutamanya bekas pemain berbakat kita, Jonjo Shelvey.

Di kem Liverpool, beberapa pemain utama kembali dari kecederaan seperti Sakho, Moreno, Allen dan Gerrard. Saya harap sangat Emre kembali ke bahagian bek tengah jika Skrtel masih menjalani rawatan dan kalau boleh rehatkan Lovren sebab dalam perlawanan sebelum ini dengan Blackburn memang nampak sangat Lovren masih belum boleh ganti Sakho. Kembalikan Moreno dibahagian sayap kiri dan letk Sterling diposisi lebih menyerang. Disebelah saya kanan masih perlu pemain yang agresif bertahan sebab serangan Swansea amat licik dibahagian sayap.

Serangan pasukan kita rasanya tak berapa nak takut dengan bek Swansea, sebab bek mereka jarang main bertahan ala-ala pondan seperti Chelsea. Mereka masih gunakan ideologi tiki-taka Brendan Rodgers, sebab Gary Monk memang taksub dengan Brendan dan  mahu ikut stail bekas sifu beliau itu. Ini adalah kelebihan buat Brendan sebab  dia yang buat sistem itu di Swansea dan pastinya dia tahu kelemahan bekas pasukannya dulu itu. Setakat ini saya tak berapa risau dengan prestasi penyerang, sebab sesiapa sahaja boleh jaringkan gol, walaupun penyerang utama Sturridge tak jaringkan gol.

Sebelum undurkan diri, saya minta maaf sebab jarang menulis dan adakalanya terlepas entri pra-perlawanan sebelum-sebelum ini. Ianya mungkin tak penting bagi sesetengah pembaca, tetapi bagi peminat yang mengikuti peraduan teka keputusan, mereka dah terlepas pelaung untuk raih mata. Jangan risau masih ada peluag sebab mata tak lari jauh lagi,. Silap-silap kalau ada orang yang baru nak cuba, dia boleh potong otai-otai yang tak jemu-jemu teka dari awal peraduan dibuka. Dalam pada itu saya telah menjemput seorang penulis tamu yang bakal menulis secara sambilan dalam blog ini. Encik Awang Trasher. 

Mar 10, 2015

PIALA FA: LIVERPOOL 0-0 BLACKBURN


Insiden Skrtel terpaksa dirawati hampir 9 minit menjadi tajuk bualan. Pemain yang mengasari beliau Gestede bukan tak sengaja tetapi beliau dah nak jadi Diego Costa jadian. Dia banyak kali dalam perlawanan itu mengasari pemain kita selain Skrtel. Sterling kena sepak diperut dan Mignolet cuba dilakukan sama seperti Skrtel, namun mungkin Mignolet lebih bersedia. Masalah pasukan kita tak ada pemain kepala angin. Bukan saya suka dengan pergaduhan, tetapi pemain yang main cara jijik mesti kena ajar dengan cara yang sama tetapi lebih dengan cara terhormat.

Tak banyak yang Liverpool boleh buat dengan pasukan yang main terlalu  padat pertahanan mereka. Percubaan memang banyak, namun tiada ruang nak pecahkan tembok pertahan Blackburn yang cukup mantap bertahan serta goli mereka yang macam Superman menyelamatkan beberapa percubaan bahaya. Taktik ini memang berjaya untuk Blackburn kerana jika mereka main secara lebih terbuka, padah menanti. Seri dah kira macam kemenangan bagi mereka. Bekal untuk di bawa ke Ewood Park, dan mereka harap tuah akan memihak kepada mereka disana.

Bercakap pasal tuah, bila dah main ulangan nanti perlawanan itu bakal diapit dengan 2 perlawanan penting Liga Perdana dengan Menyu dan lepas tu Arsengal. Jadi Blackburn memang sangat bertuah disebabkan Liverpool takut hilang fokus nanti. Kiranya pasukan kita dah buang masa dan terpaksa buang tenaga nanti untuk perlawanan timbal-balas . Mungkin nasib akan berubah nanti sebab selalunya Liverpool lambat panas macam perlawanan peringkat sebelum ini. Saya yakin keputusan bakal memihak pasukan kita sebab larat mana Blackburn nak bertahan, lambat laun bocor juga sebab penyerang kita kalau dalam keadaan terdesak selalu menjadi.




Mar 8, 2015

PIALA FA: LIVERPOOL LAWAN BLACKBURN


Lama dah pasukan kita tak bertembung bekas juara Liga Pedana Inggeris ini. Saya kagum dengan pasukan mereka di era 90an sebab pertama mereka pernah dilatih oleh Lejen kita, Kenny Dalglish. Dan keduanya mereka berjaya menyekat dominasi Menyu dari bolot kejuaraan EPL. Dan ketiganya sangat minat dengan Alan Shearer sebab sepatutnya David Moores celen Blackburn untuk sain Shearer, bukan beli Collymore yang tak berapa konsisten. Satu lagi ialah bek kental mereka, Collin Henry. Itu sahaja yang saya respek, yang lain pasukan mereka tetap seteru dalam apa jua pertandingan.

Piala FA dah nak masuk 2 pusingan lagi selepas perlawanan pagi nanti. Menurut sumber Brendan tak turunkan barisan terkuat untuk permulaan, cuma jika terdesak barulah digunakan sepenuhnya. Mungkin cabaran di Anfield bertemu dengan pasukan yang tak pernah menang disitu berabad lama, buatkan Brendan kurang terdesak sangat. Itu tanggapan saya sebab perlawanan dengan Swansea dalah fokus utama, dia mahukan semua pemain utama yang tak cukup rehat dikecualikan untuk Piala FA.

Barisan kemungkinan.
Mignolet
Can, Srktel, Lovren, 
Markovic, Henderson, Gerrard, Moreno, 
Lallana, Sterling
Sturridge

KEBANGKITAN LUAR JANGKA


Awal musim semua orang jangka termasuk saya Liverpool sekali lagi pencabar sengit Kejuaraan Liga Perdana. Rupanya mimpi indah musim lepas  Tak sangka sistem permainan musim lepas memang hebat , mantap dan sempoi adalah kerna serangan buat kerja lebih untuk memadamkan kelemahan pertahanan yang boleh tahan juga bolosnya. Jangan ingat baru musim ini sahaja pertahanan macam hampeh, sebenarnya ianya masih keseinambungan musim lalu. Sebab itulah Brendan terpaksa guna belanjawan awal musim untuk perkasakan pertahanan sebaB dia nampak itulah masalah utama pasukan kita tak mampu dapatkan Kejuaraan musim lepas.

Pembelian pertahanan mahal belum mampu perbaiki masalah kegawatan yang melanda. Malah prestasi penjaga gol utama Mignolet juga dalam krisis sampaikan beliau terpaksa berehat beberapa perlawanan dan digantikan pembantu yang juga tak berapa nak bagus. Ketika krisis ini berlaku Brendan masih kekalkan 4-2-3-1 dan mengkalkan Gerrard diposisi tengah bertahan, Lovren ditengah dan Glenjo disebelah kanan pertahanan. Kita boleh tengok pola posisi dan corak taktikal pasukan kita nampak lebih tirus ditengah dan lawan banyak menggunakan serangan dari sayap untuk masuk menyerang.

Saya belum faham pada mulanya formasi 3-4-3 diperkenalkan. Sebab apa tiada pemain yang sesuai dengan posisi Sayap belakang atau Wingback, kecuali Moreno. Yang sebelah kanan mulanya Markovic dan hairan sunggub bagaimana pemain penyerang yang nampak jambu boleh diberikan tugas sambilan untuk membantu bertahan. Rupanya itulah salah satu keupayaan Brendan sebagai jurulatih yang hebat. Saya pasti dengan latihan yang mantap dan efektif berjaya menjadikan pemain faham dengan corak baru ini. Malah pemain seperti Allen dan Lovren yang menggantikan pemain utama yakni  Lucas dan Sakho, mampu mengendalikan tanggungjawab dengan baik.

Kehadiran semula Sturridge setelah berehat panjang salah satu faktor yang menguatkan lagi pasukan. Brendan masih berhati-hati dengan kecergasan Sturridge, dan masih belum berikan Sturridge peranan utama tiap-tiap perlawanan. Kehadiran beliau mengembalikan keseksian dalam permaian kita bukan sebab Sterling main tak bagus dikepala serangan sebelum ini, namun Sturridge nampak lebih konfiden dan mampu membuatkan rakan lain mudah melakukan hantaran kerana deria serangan beliau dapat menghidu peluang yang nampak macam selamba sahaja disudahkan macam lawan Burnley sebelum ini.

Penstrukturan semula seluruh sistem yang dibangunkan tenagh musim amat berkesan, samada pemain yang menggalas peranan utama ada ataupun pemain yang masuk setelah pemain utama cedera. Ikut nisbah 3 diatas dan 3 dibawah dibantu 2 ditengah dan 2 ditepi naik turun memang bukan satu benda yang semua pasukan boleh buat. Van Gaal berjaya dengan Belanda di Piala Dunia 2014, tetapi nampak janggal dengan Menyu. Sistem kita nampak lebih pantas, berkelompok untuk bertahan dan menyerang, menyerbu lawan dengan agresif dan gerakan serangan yang tak boleh dibaca membuatkan lawan macam kena pukau.

Dari segi nak main macam Barcelona mungkin bukan selalu digunakan lagi kecuali lawan pasukan cikai yang main secara semberono. Dengan Man City, walaupun mereka kuasai 51 persen penguasaan bola tewas juga 2-1. Paling ketara ialah Southampton yang nampak garang di laman sendiri, dekat 60 peratus pegang bola, namun tak mampu nak tembus kubu Liverpool dan kena juga 2 biji. Sebegitu juga Totenham dan Swansea. Nampak sangat Liverpool dah tukar taktik dengan main segera nak dapat gol dari simpan bola lama-lama tanpa faedah.

Liverpool sekarang pasukan kedua terbaik di Eropah selepas Wolfsburg dari Bundesliga untuk tahun 2015. Prestasi ini harus jadi kebangggan, tetapi kena teruskan kerja keras untuk kekalkan ia hingga habis musim ini. Sekarang Menyu dan Arsenal tak senang duduk kat atas sebab bila-bila masa jika mereka buat silap pasti pasukan kita akan bila-bila masa boleh potong mereka. Lebih-lebih lagi Menyu dimana dalam dua pusingan lagi pasukan kita bakal bertemu mereka  di Anfield untuk merancakkan lagi perebutan ke slot Liga Juara-Juara.


Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails