Apr 30, 2015

LIVERPOOL 0-1 HULL


Terdapat konspirasi teori tentang kekalahan dengan Hull yang saya dapat dari satu web yang dirahsiakan sebab ianya femes juga.

  • Kekalahan kepada Hull memang dijangka atau dirangka untuk elakkan tempat ke Liga Europa. Siapa nak main hujung rabu atau khamis, dah la pulak lawan pasukan Eropah timur atau kelab Russia yang sayup di hujung benua Eropah. Tengok musim lepas tak main di Eropah tup-tup hampir nak dapat kejuaraan. 
  • Tunjukkan kepada Panel Pembelian yang mereka tak berhak campur tangan dalam pembelian. Nak beli Sanchez dapat Lallana. Nak beli Shaqiri depa bagi Markovic dan beli Lovren padahal Howedes boleh beli dengan harga separuh. Maknanya Brendan rasa dia berhak tentukan polisi sendiri bukan kena syarat ketat untuk jimat duit poket.  
  • Dan begitu juga dengan perkara diatas Brendan harap FSG akan beli penyerang yang berkualiti sebab yang ada sekarang adalah kayu reput. Sturridge terhad untuk main separuh musim. Balotelli macam dok ada, tak beri peluang orang marah, tapi bila dapat peluang hampas. Borini maaf cakap takda bakat bukan taraf Liverpool. Lambert juga tak sesuai main dan beli sebab nilai sentimental.
Itu teori boleh tak boleh pakai kita tengok samada Brendan kekal atau tidak. Kalau kena pecat, saya nak carut orang yang buat teori ini.

Apr 28, 2015

LIVERPOOL LAWAN HULL


Apa yang berlaku malam minggu lepas, tak mustahil berulang semula. Hull mungkin akan tiru apa yang WBA buat, sebab ianya rutin yang dapat digunakan untuk elak kena balun dengan Liverpool. Lagipun Hull memang terpaksa main sebegitu untuk dapatkan sekurang-kurang secangkir mata, macam juga yang dilakukan WBA. Pasukan sedarjat mereka memang tak ada idea nak main secara anak jantan, tapi bila main pondan sebegitu pun boleh dok dipendahulu Liga, apa barang naik main bagi orang terhibur walaupun main kat tempat sendiri.

Persoalannya dapatkan Liverpool merubah nasib mereka dengan pasukan lawan dah siap siaga nak main letak bas depan kawasan penalti. Itu bukannya perkara mudah jika barisan macam lawan WBA main sebab Balotelli macam Balotelli, sikit pun tak ada makna jika main. Saya harap 4-3-3 digunapakai dan syorkan Coutinho baik main penyerang macam lawan Newcastle sebab dia boleh tarik bek lawan keluar kawasan dan Sterling juga Ibe dapat gunakan kepantasan dan kelincahan untuk selinap masuk dari sayap. Pemain tengah tak berapa penting sebab bakal main formasi 9-0-1, dah baling bola untuk Aluko kejar sampai letih.

Saya harap pemain main untuk tiga mata, walaupun slot ke Liga Juara-Juara dah nampak Misi-Mustahil. Macam haritu seri dengan WBA dah rugi pula sebab Menyu bungkus dengan Everton. Itulah ada rakan cakap bila kita dah putus asa, tiba-tiba pencabar kat atas juga buang mata. Perlawanan dengan Hull boleh dikatakan tak berapa susah jika perubahan dilakukan dan satu lagi jangan dok harap nak gunakan taktik sebelum ini. Tolonglah Brendan jangan duduk termenung bagi nampak macam putus asa, kalau awak macam tu, apatah lagi anak buah lagilah tak ada semangat nak habiskan sisa-sisa Liga yang dah hampir nak sampai penghujung dah.

Apr 26, 2015

COUTINHO TERPILIH DALAM PASUKAN TERBAIK LIGA PERDANA


Dari segi merit memang Fabregas nampak lebih layak dari Coutinho, namun panel PFA bukan pekak badak setakat tengok statistik Whoscore atau Opta baru nak pilih seseorang itu layak atau tidak. Tapi diorang mungkin tengok video kat bawah sebab itu Fabregas kena rejek.

LIVERPOOL 0-0 WBA



Makin lama makin mengantuk tengah anak buah main. Hantaran kat beratus-ratus tapi depan gol satu haram tak masuk. Mungkin itu yang tergambar difikiran kita bila foto klasik ini dipaparkan dalam media sosial. Yang sorang pembantu sorang gigit kuku dan sorang lagi merenung masa depan dan mungkinsedang cari idea nak tulis resume. Namun masing-masing dengan menyejukkan bontot yang kepanasan diatas tong ais. Korang bagilah pendapat pula, nak tulis pun macam Brendan juga kurang idea.

Apr 19, 2015

TAKTIKAL LAWAN ASTON VILLA


Bab kali ini nak sentuh lebih dekat bagaimana persediaan Liverpool lawan Villa esok di Wembley. Macam yang sedia maklum, Liverpool mendapat khabar gembira dengan kembalinya Skrtel dari penggantungan. Skrtel adalah instrumen penting dalam komposisi pertahanan yang melibatkan 3 pertahanan tengah. Dia sangat pentas menghidu peluang dan juga jarang melakukan kesilapan yang boleh menghulum pasukan. Kita memang kecewa bila Sakho cedera, namun pengganti Lovren masih belum dapat beri ketenteraman untuk pertahanan sebab banyak kesilapan Lovren dalam perlawanan sebelum ini. Nasib baiklah ada Emre, Brendan mungkin tak pening sangat untuk mempelbagaikan taktik dan formasi permaianan nanti.

Jika saya dipihak Brendan sebelum nak letak taktik yang terbaik dengan pemain yang sesuai, lebih baik sekodeng dulu apa ada dalam selimut musuh. Buku taktik peperangan Sun Tzu, sepatutnya dikaji oleh Brendan kerana salah satu falsafahnya ialah kenali musuh anda dahulu sebelum buat persediaan untuk bentuk kekuatan sendiri. Saya tak sangkal persediaan Brendan, namun keputusan terdahulu dengan Menyu dan Arsenal, nampak benar Brendan tak buat kerja rumah atau terlepas pandang kekuatan lawan dan buat persediaan yang tak membantu pasukan. Menyu dan Arsenal mungkin pasukan yang bagus tapi taktik sendiri banyak membantu lawan untuk hukum kesilapan sendiri.

Jika kita kata Villa lemah dan tak mampu nak buat kejutan sebab prestasi dan kedudukan liga sekarang, kita mungkin terlalu sombong dan tidak berhati-hati. Sebab apa, saya pasti Villa mahukan sekurang-kurangnya berusaha ke perlawanan Akhir untuk menamatkan musim ini sebagai motivasi. Jadi apa yang Villa ada ialah menggunakan kekuatan  individu seperti Benteke dan permainan secara pantas dan lebih agresif dalam mematikan permainan Liverpool. Villa mungkin akan main bola lambungan ke Benteke. Jadi titik tolaknya corak Villa akan menjurus kepada bola yang diterima Benteke dan diserap seketika dan mencari pemain sayap seperti Weimann atau Sinclair yang belegar-legar diantara kedua-duak sayap. Pemain tengah mereka akan cuba datang lewat untuk mendapatkan bola dan cuba melakukan percubaan luar kotak.

Bagi menghadapi amukan Benteke dan kelebihan fizikal beliau, jangan sesekali nak seksa diri untuk bagi Skrtel jadi pemain yang nak jaga rapat satu sama satu dengan Benteke. Sebab apa kekhuatiran untuk Skrtel dapat kad merah atau bagi penalti adalah potensi besar kerana Benteke memang suka jika lawan nak bergusti dalam kotak penalti. Dengan main jaga kawasan secara disiplin dah cukup buat Benteke mati kutu. Dia bukan laju sangat nak potong orang setelah dapat bola, cuma kena pastikan kingkong ini jangan diberi peluang buat percubaan sudah.   Satu lagi bola sepakan bebas atau penjuru, kena pastikan dimana Benteke nak serang bola tersebut, pemain kita kena celen bukan nak jaga rapat sebab fizikal beliau senang sangat  nak lepaskan diri dari kepungan.

Villa main gopoh dan suka serbu dapatkan bola jika cuba nak pegang lama. Permainan gopoh mungkin kena ketika lawan tak bersedia, namun bagi saya disinilah kelebihan yang kita mahu dari Xavi Allen untuk menjadi pengemudi untuk corak hantaran pendek untuk memenatkan Villa yang pasti terkejar-kejar untuk rampas bola. Kemungkinan untuk turunkan Gerrard dalam perlawanan ini tinggi juga namun ianya tak berapa sesuai sehingga separuh kedua hanya untuk perubahan taktikal. Gerrard memang berpengalaman namun jika main awal dan kehabisan gas agak merugikan kerana penentuan perlawanan yang besar sebegini biasanya dipenghujung perlawanan.

Gol yang bagaimana tak penting, tapi bagi saya pasukan yang kita hadapi bukan akan main terbuka macam Newcastle, Liverpool perlu gandakan usaha terutamanya buat percubaan jauh bila ada peluang. Brad Guzan goli yang baik, sebab banyak kali peluang jarak dekat goli ini macam Superman punya bagus. Setakat ini saya rasa Coutinho dan Henderson mampu buat gol dari jarak jauh, namun jangan tak tahu Allen mungkin dah seronok jaring gol dan mungkin akan mengXavikan diri sekali lagi dengan jaringan yang lebih mantap. Kalau Markovic main saya harap pemain Serbia itu belajar dan buangkan sifat malu nak jaringkan gol. Sebab apa pelik sangat dengan beliau di Benfica dulu kemain hebat tembak bola dari jauh tapi kat sini sunyi sepi.

Apr 18, 2015

SEPARUH AKHIR PIALA FA: LIVERPOOL LAWAN ASTON VILLA



Jangan nak berangan lagi. Perlawanan dengan Aston Villa bukan semudah yang disangka. Selalunya Liverpool cukup badi dengan Villa. Apatah lagi Villa mahu menamatkan musim ini dengan sesuatu sebab mereka sangat teruk setelah bertukar pengurus macam tukar spender. Saya yakin kalau Villa cuba kekalkan David O'Neill dan beri apa yang dia mahu sejurus penjualan pemain macam Milner, Young dan Downing, nasib mereka tak sehina sebegini.

Ayam tambatan Villa, Benteke tengah megamuk sekarang ini dan persembahan beliau nampak kembali bertenaga setelah sekian lama lesu dan tak menjadi. Villa bakal gunakan Benteke sepenuhnya sebab dengar berita Agbonlahor takkan dapat pulih menjelang perlawanan. Beliau bakal bergandingan dengan Weimaan yang bagi saya tak langsung punyai kelebihan untuk ganti Agbonlahor. Jadi bek Liverpool tak pening sangat cuma kena waspada sebab Weimann bukan main pakai kerusi roda.

Kem Liverpool kembali mantap dengan kembalinya Skrtel. Saya tak pasti samada Brendan mahu kembalikan 3 pertahanan dengan menyelit Skrtel untuk bersama Emre dan Lovren atau singkirkan Lovren untuk gandingkan Skrtel dan Emre dan formasi 4 bek. Kalau ikutkan saya mahu Brendan kekalkan 4-3-3 macam lawan Newcastle. Sistem itu nampak lebih meyakinkan dan nampak seimbang samada ketika nak menyerang apatah lagi bertahan.

Liverpool perlukan kemenangan dan seterusnya mara keperlawanan Akhir bagi menanti samada pemenang Arsenal dan Reading. Saya harap akujanji pemain untuk memberikan Piala FA ini sebagai hadiah perpisahan kepada Kapten Gerrard menjadi realiti. Apa yang penting Brendan meletakkan kesebelasan terbaik dan formasi yang mantap bagi mengatasi Villa yang pastinya bermain tanpa tekanan untuk menang.


Apr 15, 2015

LIVERPOOL 2-0 NEWCASTLE



Buat kedua kalinya Brendan Rodgers meletakkan kembali formasi 4-3-3 lawan Newcastle, sebelumnya masa lawan Blackburn. Formasi ini ini memang ampuh dan molek sokmo buat kesebelasan utama yang diturunkan tanpa penyerang utama dan pertahanan utama juga. Tanpa Sturridge diatas Sterling diberi peranan sebagai penyerang utama dibantu oleh Coutinho dan Ibe. Tiga sekawan terbaik ditengah Kapten Henderson, Xavi Allen dan Lucas. Manakala Lovren ganti Sakho dan Emre kembali dari penggantungan dibantu oleh Moreno dikiri dan Johnson dikanan.

Pada mulanya permainan Liverpool bermain dengan corak pelik tanpa penyerang ditengah, kerana Sterling yang diletakkan sebagai penyerang banyak bermain di belah kiri dan Coutinho pula ditengah. Corak ini sebenarnya banyak ber mudarat kepada Newcastle berbanding jika Sterling ditengah, kerana potensi Sterling dan juga kebolehan untuk melakukan larian dan gelecekan amat efektif disayap. Ianya terbukti apabila tak sampai 10 minit, Sterling dah melakukan apa yang kita panggil jaringan 100k seminggu. Ianya hasil umpanan bijak Kapten Hendo yang pandai mencari Sterling dengan hantaran ala Gerrard, dan Sterling mengapur bek Newcastle untuk melakukan sepakan separa voli melepasi jangkaun Krul.

Liverpool memang kerap melakukan serangan demi serangan namun Newcastle bertahan rapat dan berjaya mengekang beberapa percubaan Liverpool. Moreno nampak begitu rancak menyerang dan nasib baik tak masuk rekod penjaring kerana percubaan diselamatkan Krul. Newcastle juga ada peluang untuk menyamakan kedudukan tetapi penyerang mereka sepak kelaut melepasi Mignolet, padahal kalau tap leret mesti Mignolet ternganga mulut tak mampu nak buat apa-apa. Namun pemain Newcatle kecewa dan Liverpool terselamat apabila Lovren merembat kaki Ayoze dan pengadil tak bagi muka kepada Newcastle. Mignolet juga jadi hero untuk menepis bahaya hantran yang ditala kepada Ayoze.

Separuh kedua Liverpool masih menguasai permainan. Sterling mampu untuk menggandakan jaringan apabila hantaran lintang Kapten Hendo ditepis Janmaat tetapi terkantoi kearah Sterling. Kalau pemain yang memang bernilai 100k seminggu, saya ingat pejam mata pun boleh sumbat gol, namun Sterling terkantoi dengan sepak sipi keluar. Itulah yang dikatakan semua yang Sterling masih budak mentah, belom boleh angkuh nak diman macam-macam. Borini masuk gantikan Ibe yang dah nampak lesu, tapi permainan beliau memang mantop. Borini masuk ketika Liverpool sedang menggila nak cari gol dan kita boleh tengok hanya Emre dan Lovren kat bawah yang lain semua kerumun kubu Newcastle gila-gila.

Allen bila tak diberikan tanggungjawab untuk bertahan dan cuma kacau pemain lawan, barulah nampak dia punya taringnya. Memang separuh pertama dia kena buli dengan Sissoko sampai satu keadaan terkantoi bola dan Lovren kena masuk campur untuk keluarkan bola dikawasan bahaya. Bila  Allen terbabit dengan serangan dia nampak agak kekok pada mulanya namun bila dah ada peluang memang Allen boleh pakai juga dia punya penyudah. Gol Allen berpunca dari sepakan sudut, pemain Newcastle silap nak keluarkan bola sampai, kantoi depan mata Allen. Apa lagi si Xavi Welsh pun merembat sekuat hati untuk gol kedua Liverpool. Saya pernah kritik Allen sebab dia tak tunjukkan kemampuan lebih dari main selamat. Allen perlu konsisten jika mahu kekal jadi pemain utama.

Malam gemilang Sterling sekadar sebiji gol padahal beliau kalau boleh tibai lebih dari 3 gol satu perlawanan. Bek Newcastle memang haprak dan Sterling mempersia-siakan peluang yang kedua , akibat teknik dan pemasaan yang tak tepat ketika bola hantran lintang dari Hendo memang cun untuk beliau. Kalau Borini dapat bola sebegitu saya yakin dia akan terjah bagi bola masuk leret bukan tap bagi naik kelaut. Memang sudah takdir nak bagitahu yang Sterling masih jauh nak main untuk kelab elit macam Real atau Bayern, dan Sterling kena sabar kalaupun nak minta gaji lebat.

Saya nampak Coutinho adalah jantung serangan Liverpool dan betul cakap Carragher yang beliau dah ambil tugas Suarez sebagai pemain kreatif dan perancang utama. Liverpool kena pastikan main LIga Juara-Juara kalau tak musim depan musim lagi satu untuk elak dari pemain bagus camni fedap tak boleh nak main dalam saingan elit Eropah. Glenjo dah sampai tarikh luput kerana persembahan beliau memang berkarat, sebab jadi lubuk serangan Newcastle. Nasib baiklah Emre banyak bantu selamatkan keadaan. Lovren banyak buat persembahan kamikaze dan dia suka masuk serbu keatas padahal dia tak pantas mana untuk turun keposisi asal. Nasib baik Moreno tak buat hal juga kali ini.

Apr 13, 2015

LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE



Arsenal dan Man U makin mustahil digapai untuk disaingi, cuma Man City adalah harapan terakhir untuk dilihat kantoi dalam kuota Liga Juara-Juara. Kekalahan City dengan United, dah kembali buka peluang cuma ianya tak semudah ABC. Kita nak harap City kantoi dan kantoi lagi mungkin ada harapan sebab pasukan mereka dalam situasi kusut, kecederaan demi kecederaan dan kepala pengurus mereka sedang diacu untuk dipenggal.


Saya harap Liverpool jangan mengalah dan anggap setiap 7 perlawanan mendatang ialah seperti perlawanan Akhir. Bermula dengan Newcastle pagi nanti harap ianya permulaan baru untuk bangkit kembali. Saya tak risaukan pasukan lawan kerana pasukan mereka tak setanding dari segi kualiti, cuma Brendan jangan buat silap dari segi taktikal seperti sebelum ini. Strategi ketika lawan Blackburn memang dah ok cuma Brendan kena letak Sturridge bersama Sterling kat atas. Yang lain tak jadi masalah kerana serangan Newcastle tak bahaya sangat.

Apr 10, 2015

JERSI BARU LIVERPOOL

Apa pendapat kalian tentang jersi untuk musim depan.

Apr 6, 2015

ROMBAKAN FORMASI TAKTIKAL



Setelah sekian lama taktikal 3-4-3 dah jadi kebanggan, Kini ianya dah jadi kebiasaan pasukan lawan untuk pekena balik Liverpol. Formasi itu hanya bertahan 4 bulan, dan selepas ini kalau dok berasa masih bangga dengan benda yang sama, tunggulah akibatnya lagi. Sebagai pengurus yang berdaya saing, otak kena jalan. Nak main cantik boleh tapi berpada-pada, kena tengok situasi lawan. Bila idea lama dah jadi lapuk, kena pandai merombak ikut situasi. Saya nampak Brendan ada bakat cuma dia agak lambat nak buat keputusan untuk perubahan. Formasi yang paling ampuh bagi Liverpool dulu, kini dan selamanya ialah formasi permata sebab musim lepas dah terbukti ianya antara faktor pasukan kita main macam  berpuaka bagi lawan.

Dua bek tengah dah memadai, yang penting bek sisi toksah terlampau syok naik menyerang. Seimbangkan ikut keadaan dan cuba jangan biarkan lawan cuba masuk menerpa kearah kotak penalti. Jika terlepas juga sekurang-kurangnya bek tengah atau pemain tengah bertahan bola bantu serba sedikit. Dua pemain tengah lagi berfungsi sebagai pendesak dan menyerbu pemain tengah lawan hingga mereka tak bernafas dan buat silap. Mereka juag boleh bantu bek sisi untuk topup dan tutup ruang untuk bek sisi lawan untuk menerang dari bawah. Pemain tengah menyerang perlu kreatif dan membantu penyerang berkembar yang berlegar-legar dimerata-rata untuk lolos dari kawalan.

Bila main macam ini, kepadatan ditengah buatkan lawan akan cuba serang dari tepi. Itu perkara mudah kerana sepanjang musim ini Liverpool paling kurang kena gol dari hantaran lintang. Cuma masa lawan Menyu itupun sebab pemain kita leka dan tak dapat hidu ancaman lawan yang memang bahaya dengan bola cenggitu. Saya tak pasti kenapa Brendan tak guna taktikal ini kembali. Kalau sebelum ini Sturridge cedera ada alasan kita terpaksa main Sterling diatas, tapi setelah Sturridge kembali, formasi ini kena terapkan kembali. Saya harap lawan Blackburn kesebelasan diatas dapat diturunkan.

BLACKBURN ROVERS vs LIVERPOOL



Sepuluh jari disusun rapat memohon kemaafan dari pembaca sekalian kerana tiba-tiba diam membisu selepas kekalahan memilukan pada 22hb Mac tempoh hari.Bukan lah niat di hati untuk berdiam diri sehingga ke saat ini tetapi masalah kesihatan anakanda tersayang membuatkan saya mengambil keputusan untuk menumpukan lebih perhatian kepada bakal penyokong tegar liverpool ini.Demam yang sekejap ok sekejap tidak sehingga terpaksa di tahan di wad hospital untuk pemerhatian rapi doktor pakar dan di tambah dengan pemergian datuk kesayangan isteri ke rahmatullah membuatkan masa untuk berkarya di simpan di dalam almari baju terlebih dahulu.Alhamdulillah,dengan berkat kebesaranNya,hero papa nie telah pulih untuk bersama-sama menonton kembali perlawanan liverpool yang akan datang.Yeeaaahhh...

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca yang memberi bintang kepada nukilan pertama saya.InsyaAllah saya kan lakukan yang lebih baik selepas ini.Komen-komen anda memang saya harapkan di tambah dengan pujian dari bos.hahahaha...tak tau lah menepati kriteria ke tidak sebab bos cuma komen sikit je.Booooossssssss.......(buat macam Mr.Os).

Perlawanan seterusnya menentang hitam legam hangus terbakar@blackburn.3 perlawanan lagi sebelum gerrard boleh menjulang trofi terakhirnya bersama liverpool.Jika menang,menanti di separuh akhir ialah Aston Villa.Pastinya perlawanan dengan blackburn ini akan menghidangkan perlawanan yang cukup menarik kerana blackburn akan bermain bermati-matian kerana mereka bermain di tempat sendiri.Kali terakhir mereka menjulang piala ini ialah pada musim 1927/28 dan itu membawa kepada piala FA keenam mereka.Liverpool juga tidak mahu bermain sambil lewa kerana misi untuk membawa gerrard ke wembley mesti di jayakan dan cuba untuk menjulang piala ini kali kelapan selepas kali terakhir menang piala ini pada musim 2005/06.Sekiranya menang di perlawanan akhir nanti,ini adalah piala pertama pakcik BR bersama liverpool.

Cuba bayangkan anda menjadi seorang perompak durjana kedai emas Ah Tat.Setiap kali anda ingin merompak,anda akan menggunakan laluan di atas syiling dan terjun ke bawah.Masuk kali keenam,bila anda terjun ke bawah,abang polis sudah menunggu di bawah bersama dengan pulut kuning.Anda terkantoi kerana abang polis dah tau cara anda merompak.Begitulah juga dengan liverpool.Pengurus pasukan lawan sudah faham dengan cara permainan liverpool dan boleh mengagak bagaimana cara liverpool akan bermain.Lebih kurang sama setiap perlawanan.Ditambah pula dengan kombinasi pemain yang merapu.Jadi hasil nya seperti menentang arsengal.Di lauk kan dengan cukup bergaya.Tidak mustahil perlawanan yang akan datang bakal mengundang musibah sekiranya BR tidak mengkaji balik corak dan gandingan pemain untuk perlawanan ini.

Pengakhiran bagi coretan kedua ini,saya tidak mahu meletakkan barisan kemungkinan saya.Apa kata anda yang meramalkan barisan kemungkinan anda sendiri.Ada bran?

Apr 5, 2015

PENDAPAT TENTANG JOE ALLEN



Pendapat umum saya tentang Xavi Allen.

  • Tak reti buat gol. Adapun sekali sepanjang kerjaya Liverpool lupa dah gol dengan siapa.
  • Tak mampu nak lindungi pertahanan bila main tengah bertahan. Kalau spesis yang sama, bila pemain lawan nak buat percubaan, mereka akan terjun dulu blok bola.
  • Hantaran kedepan untuk gol jarang-jarang. Nampak dia lebih suka, kiri, kanan dan belakang dan ambil keputusan selamat sentiasa walapun ada masanya perlu untuk uji kewasapadaan pertahan lawan.
  • Kecil molek dan tak agresif untuk lawan pemain tengah lain. Mascherano pun kecil tapi ganas dan kuat.
Sepanjang musim dia selamat sebab faktor Skrtel dibawah dan Hendo disisi. Bila Toure kat bawah dan Lucas disisi, hancur musnah dan tak nampak hero macam lawan Man City. Secara jujur adakah Allen layak untuk kekal atau kita kena beli yang lebih baik contoh Alex Song, Victor Wanyama mahupun Gary Steven Robbat. Berikan pendapat yang bernas.

LIVERPOOL 1-4 ARSENAL


Bila menang walaupun main buruk tak ada pernah orang nak tanya pasal apa main buruk. Tapi bila dah main buruk dan kalah teruk pula kot atas, maka ramai bising macamlah benda ini baru berlaku. Sejak awal musim amaran bahaya telah nampak. Jual-beli yang tak seimbang. Taktik tak menjadi, pemain baru tak klik lagi dan kecederaan pemain utama. Sekadar tengah musim barulah nampak perubahan ketara, sebab pertukaran formasi 3-4-3 dan pemain yang betul diletakkan dalam posisi terbaik. Pada ketika itu pasukan kita sedang berada dalam dalam situasi terbaik untuk turut serta dalam perlumbaan ke kumpulan Liga Juara-Juara.

Segalanya manis sehinggalah perlawanan dengan Manyu. Brendan lupa yang pengurus otai macam Van Gaal, makan garam lagi lama. Selok belok taktikal dan perlawanan besar pernah dilalui dan beliau pernah melatih gergasi bolasepak macam Barcelona dan Bayern Munich. 3-4-3 taktik Brendan adalah makanan asasi LVG dan kita tengok Belanda masa Piala Dunia 2014 main dengan taktik sebegitu dan memang berkesan. Jadi LVG adalah pasukan pertama yang dapat buka kunci kekentalan pasukan kita bagi separuh penggal kedua ini. Bila dah sorang tahu, maka akan lebih ramai akan tiru dan ambil iktibar cara untuk hadapi 3-4-3 Liverpool.

Dengan Arsenal, Brendan tanpa tonggak utama pertahanan yakni Abam Skrtel yang kena gantung 3 perlawanan sebab pijak kaki De Gea. Toure dapat tempat otomatik untuk ganti Skrtel dan bergandingan dengan Emre serta Sakho. Sayap sisi kanan diisi Hendo dan kiri masih Moreno walaupun main hampeh masa lawan Menyu. Lucas yangbaru pulih terus masuka bergandingan ditengah dengan Allen. Coutinho dan Markovic berganding bahu membantu Sterling yang menjadi penyerang solo. Kalau tengok kesebelasan utama memang ok, tapi tunggu sehingga perlawanan bermula baru tahu yang Arsene Wenger memang pengurus yang otak geliga dan belajar dari Van Gal sebelum ini.

Seawal minit-minit pertama pertahanan Liverpool dah buat lawak, terutamanya Toure yang konon nak pegang bola dan main hantaran pendek. Nyarislah Mignolet mampu halang sepakan Arsenal dan Toure membalas kesilapan dengan mengeluarkan bola dari gerakan bahaya. Selepas itu banyak lagi insiden dan kecuaian pertahanan yang nampak macam nak bagi peluang kepada Arsenal hukum kita. Namun peluang untuk Liverpool didepan dipersia-siakan Markovic yang patutnya terus buat percubaan, tetapi buat keputusan yang mengecewakan dengan buat lorongan kepada Sterling yang tersasar.

Mungkin terselamat dari malapetaka, semangat pemain Arsenal jadi lain. Mereka buktikan kepada pemain Liverpool bagaiman cara nak bubuh bola dalam jaring. Ozil pandai cari peluang dari kiri dia buak permaian ke kanan untuk Ramsey yang melepaskan bola kepada Bellerin yang nampak macam Messi melarikan bola dari Moreno dan Allen pula lambat bertindak untuk bek kanan Arsenal itu melepaskan sepakan padu kedalam gawang gol Liverpool. Bukan itu saja, tak berapa minit giliran Ozil menambah asam atas luka dengan menjaringkan gol melalui sepakan percuma. Sudah luka dirobek Ozil, kali ini Sanchez pula menoyak-koyak luka dengan menambah gol ketiga Arsenal dengan sepakan lencong padu.

Bila kena 3 biji separuh pertama, ada bunyi-bunyi semangat Istanbul aku datang kembali. Saya tak rasa perkara itu boleh berlaku kerana Arsenal tak macam AC Milan yang teralu gembira awal separuh masa pertama. Wenger mungkin waspada dengan cerita dongeng Istanbul 2005, dan menggunakan taktik Chelsea bagi mengekang Liverpool pada babak kedua. Kemasukan Sturridge tak bawa banyak perubahan kerana Arsenal dah tak main terbuka. Patutnya Sturridge kena main awal dan digandinga dengan Sterling dipuncak serangan. Namun Sterling yang mahu gaji mahal sekadar dapat berikan penalti setelah dikasari Bellarin. Patutnya kad kuning kedua, tetapi stendetla pengadil England, memang haprak. Penalti disudahkan Henderson,

Perlawanan tak berakhir dengan aman tanpa insiden dan kebanggangan. Emre  tak sepatutnya main kasar dan perlu menjaga disiplin setelah dapat kad kuning pertama.  Kad merah beliau telah berikan kejatuhan moral bukan sahaja dalam perlawanan ini, tetapi Arsenal sekali lagi menghukum Liverpool dengan gol dari Girourd. Toure nampak macam tak berapa normal dan diharap jalani ujian air kencing sebab rasanya macam orang yang mabuk ketum. Kebanyakan kebolosan gol dan insiden kepanikan pertahanan asyik-asyik kerja beliau. Bila teringat siapa nak ganti beliau, nampak  Lovren dibangku simpanan tepuk dahi.

Liverpool tak berapa bagus dalam perlawanan ini dan juga musim ini keseluruhannya bila bertemu dengan pasukan kuat. Itu rumusan yang penting sebab pemain yang kita ada tak berapa seimbang dari segi faktor usia dan pengalaman. Paling ketara bila berhadapan dengan situasi serangan. Itulah yang ramai kecewa dengan Brendan, dia nak sangat nak puaskan hati pengurusan, dengan yakin Sturridge dah cukup sebagai ganti Suarez. Sterling pula mungkin belum bersedia untuk jadi pemain utama sebab itulah semua marah bila dia ugut nak gaji lebih, padahal Wenger pun takut nak buang duit macam beli Ozil dulu.

Dibahagian tengah bila Allen main dengan pasukan yang lemah dialah hero dan diangkat setaraf Xavi Welsh. Tapi anak emas Brendan ni tak lebih dari Jay Spearing. Lucas masih dalam proses buang karat sebab lama rehat dan musim depan mungkin tak tahu untung nasib lagi. Gandingan Lucas-Allen paling tak boleh belah sebab sorang lambat dan sorang pendek, memang tak komplimen satu sama lain. Mungkin Brendan boleh uji pemain remaja yang melambak dari akademi sebab mereka sekurang-kurangnya akan pulun gila-gila.

Pertahanan mesti kena main berpasukan dan mesti berkomunikasi dengan Mignolet. Saya kesal sebab banyak kali Mignolet halang percubaan bahaya lawan dek kerana kesilapan rakan pertahanan, tapi bila bolos banyak orang akan bantai beliau cukup-cukup. Ketiadaan Skrtel dan Emre buat saya tak boleh bayangkan bagaimana kombinasi Toure, Lovren dan Sakho nanti untuk lawan Blackburn. Harap mereka jangan jadi 3 Stooges pula. Sebab perlawnan Piala FA dengan Blackburn adalah peluang terakhir untuk buat peminat gembira kerana hampir pasti dah boleh ucap sayonara kepada slot Liga Juara-Juara.

# nota kaki: Maaf sebab tak sempat nak tulis pra-perlawanan. Saya dan Awang masing-masing ada aral yang tak dapat dielakkan.


Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails