May 26, 2015

LIVERPOOL 1-6 BARCELONA



Saya kalau boleh nak tulis peristiwa 6-1 lepas perlawanan. Tapi nasib baik saya lewatkan sikit kerana dalam situasi itu, otak gagal berfungsi dan emosi menguasai jari-jemari. Kalau pembaca yang ikuti twitter Liverpoolkita, pasti tahu betapa saya tak dapat kawal kemarahan dengan tweet serta retweet dari geng "#rodgers out". Kita kena paham situasi dan perhalusi kenapa terjadinya peristiwa memalukan yang menjadi rekod buruk dan diingati bukan oleh peminat tapi akan jadi modal bahan pihak lawan.

Saya taknak cerita banyak tentang perlawanan tetapi rumusan penting ialah Brendan telah sediakan pasukan dengan memandang rendah Stoke. Liverpool gunakan 4 bek tapi sekor pun tak reti nak tampung kebocoran dan serangan Stoke yang nampak biasa-biasa. Bahagian tengah memang tak seimbang dengan Lucas dan Allen. Walaupun  dibantu Hendo namun kapten musim depan itu lebih banyak kedepan dan terdedahlah kepincangan tengah yang dikuasai Stoke. Dah tu pula main tanpa penyerang memang jadi lemak bek Stoke. Liverpool tak merbahaya kepada Stoke bermula dari atas dan bila dah jadi camtu kat bawah memang dapat bencana.

Saya tak salahkan Brendan sebab kalah, tapi bila pemain dah main terlampau poyo dan tiada semangat maka kredebiliti kepimpinan Brendan harus dipertikai. Pengurus yang berjaya ialah pengurus yang dapat memenangi hati dan dapat membangkitkan semangat pemain untuk menang dan buat sehabis baik. Macam ada yang tak kena dengan pemain yang semacam nak cari jalan supaya Brendan kena pecat. Itu adalah teori sebab nampak sangat hanya beberapa pemain yang pulun terutamanya Kapten Gerrard yang menghadiahkan diri sendiri gol sempena perlawanan akhir beliau sebagai pemain Liverpool.

Satu lagi kita dah meluat dengan FSG yang ntah apa-apa punya sistem beli pemain ikut sistem kaedah macam main unit saham. Jual seorang pemain terbaik tapi beli beberapa pemain yang bukan pengganti terus kepada belaiu. Konon nak kuatkan keseluruhan pasukan, padahal seorang atau dua pemain bintang dah cukup dari 5-6 orang pemain "berpotensi" untuk jadi hebat, tapi beli dengan harga yang begitu lebat. Pi mai-pi mai rugi balik sebab nak jual tak dapat balik harga yang agak-agak tak rugi sangat. Macam Balotelli, siapa nak beli dengan harga 10juta, silap-silap jadi macam Aquilani pinjam 2-3 tahun sampai habis kontrak.

Bagi yang nak sangat Brendan pergi saya baru dapat berita yang FSG takkan pecat beliau kerana mereka anggap Brendan tak salah kerana pembelian gagal dek kerana Lembaga Pembelian dan polisi mereka sendiri yang membuatkan eksperimen  musim ini gagal. Kita tengok adakah berita itu betul dan Brendan diberikan kuasa penuh untuk beli pemain yang bagus dan bermula balik dengan perkara yang sepatutnya dilakukan musim ini dengan duit Suarez. Cuma takut jadi macam kes King Kenny, pemilik cakap dia selamat, tup-tup 3 hari lepas tu dapat surat merah. Kita bagi seminggu baru tahu sahih ke tidak.


May 23, 2015

LIVERPOOL LAWAN STOKE



Perjalanan musim ini yang penuh duka lara bakal berakhir di Britania. Liverpool akan mengakhiri musim ini samada diposisi 5, 6 atau 7 bergantung kepada keputusan sendiri dan juga seteru lain yakni Spurs dan Soton. Bagi saya Liverpool boleh bagi penghormatan terakhir kepada Gerrard untuk penampilan terakhir. Namun begitu bagi Sterling pula tak payah nak bagi main dah sebab pemain ini dah tak ada hati nak sarung jersi Liverpool dah. Baik main takda penyerang lagi bagus.

Musim ini pasukan kita bernasib baik menang tipis dengan Stoke di Anfield, gol dari GlenJo. Mungkin kali ini nasib di Anfield sukar diulang bukan sahaja Stoke akan main ganas digelanggang sendiri, tetapi nafsu pemain kita dah nampak nak mengejar apa-apa serta mereka dah nampak nak cuti panjang makan angin bersama keluarga. Maka adalah lebih baik Brendan bagi peluang kepada pemain muda seramai mungkin. 

Mignolet
Skrtel Lovren Sakho
Ibe Emre Gerrard Moreno
Hendo Coutinho Lallana


May 20, 2015

PEMAIN TERBAIK 2015


Philippe Coutinho adalah layak selayak-layaknya menjadi pemain terbaik musim 2015. Itupun majoriti dia main diposisi yang tak berapa nak enjoy iaitu sayap kiri. Kalaulah Brendan bagi Coutinho main diposisi bebas atau No.10 (dibelakang penyerang tunggal), mahupun sebagai penyerang, saya ingat lagi banyak output yang Coutinho berikan kepada pasukan daripada bagi peluang kepada Balotelli dan Lambert yang sangat mandul.

Musim depan kena bina pasukan disekeliling beliau atau dapat main dengan corak senada seirama dengan beliau. Kita tengok bila Lambert atau Balotelli yang ada didepan beliau macamnana nak buat hantaran pantas macam zaman Suarez dulu. Bila buat hantaran banyak dipersia-siakan sebab tak punyai kepantasan dan kelincahan untuk sambut lorongan Coutinho. Musim depan kena pastikan penyerang yang dibeli jenis laju dan lincah bukan spesis pemalas dan lembab.

May 16, 2015

LIVERPOOL LAWAN CRYSTAL PALACE



Siapa yang tengok perlawanan antra Real Madrid dengan Juventus. Saya tak maksud nak samakan Liverpool dengan Real, tetapi dari pemerhatian saya apa yang terjadi dalam perlawanan tersebut adalah semacam dengan persamaan dengan perlawanan Liverpool-Chelsea tempohari. Liverpool semacam Real, punyai permainan yang nampak menguasai permainan dengan hantaran-hantaran kemas, manakala Chelsea-Juventus main banyak kedalam dan cuba dapatkan gol dari serang balas. Natijah bagi pasukan yang main macam Liverpool atau Real adalah kelu bila nak robek lawan yang main tak berani nak ambil risiko.

Tak macam Real yang punyai pemain bertaraf bintang diserata posisi, Liverpool hanya punyai beberapa pemain yang boleh dianggap boleh pergi jauh, tapi bukan boleh bagi banyak bintang lagi. Coutinho, Sturridge, Sterling, Henderson, Emre dan Sakho adalah beberapa pemain yang punyai masa depan cerah, namun mereka perlu diimbangi oleh pemain yang bertaraf antarbangsa bersama mereka. Jika ditolak Gerrard yang bakal keluar. Liverpool bakal ada Skrtel dan Lucas yang boleh dikatakan dapat berikan contoh dalam pasukan.

Secara matematiknya Liverpool masih boleh layak ke Liga Juara-Juara, jika Menyu kalah baki dua perlawanan dengan bolos banyak dan tanpa jaringan dan Liverpool menang semua dan jaring banyak gol tanpa bolos. Belum ada lagi peminat yang saya sembang, masih harapkan Liverpool boleh layak, kerana kita tahu ianya seakan mengharapkan keajaiban macam cerita dongeng pari-pari. Liverpool kena teruskan permaian sedia ada dengan lebih kemas dan bina prestasi baki perlawanan untuk persedian awal musim depan.

Crystal Palace bukan lawan yang mudah. Pasukan merekalah salah satu punca kegagalan Liverpool untuk menjadi Juara musim lepas. Ketika itu Tony Pulis yang kita sedia maklum memang sangat cermat dalam taktikal. Namun begitu pasukan sekarang dibawah kendalian Alan Pardew bekas pengurus Newcastle tetap main semacam sebelum ini. Ini bermakna pasukan mereka dah terbiasa dengan taktik dan setup sedia ada, kecualilah Pep Guardiola yang pegang pasukan itu. Jadi Brendan Rodgers sepatutnya tahu rempah-ratus apa yang perlu disediakan untuk dihidangkan untuk pelawat di Anfield nanti.

Lagi satu saya harap Liverpool pergunakan baki perlawanan nanti untuk ketengahkan muka baru dikalangan pemain skuad simpanan. Kita tahu Sinclair nampak tak berapa kemas bila masuk ganti Lambert, tapi bagi bila main dari awal mungkin lain jadinya. Ada beberapa nama seperti Branaggan, Ojo, Kent dan mungkin Yesil boleh diberikan peluang sebab apa mood pemain muda mungkin lain dari pemain senoir yang dah kurang semangat sebab tiada apa nak kejar dah sebab macam dah layak ke Liga Europa.

May 8, 2015

LIVERPOOL LAWAN CHELSEA


Cheslea dah jadi juara. Tapi jangan harap mereka nak bagi can pasukan lain nak rosakkan parti mereka untuk meraikan kejuaraan mereka di Stamford Bridge. Kalau nak kena pastikan Chelsea main secara terhormat, sebab dalam sejarah mereka sendiri, kali ini mereka main dengan buruk untuk memang. Mourinho yang saya kenal dulu, macam tak wujud lagi walaupun punyai pemain yang berkemahiran tinggi. Sebab itulah dia tak mampu lagi nak menang Liga Juara-Juara sejak kali terakhir di Inter Milan.

Nasib pasukan kita pula untuk layak ke Liga Juara-Juara bagai telur dihujung tanduk, Peluang senipis kulit bawang tapi kena pastikan pesaing kita buat tahi dan pasukan kita nasib baik kumpul mata penuh sampai habis musim. Itu bukan cara terhormat tapi macam mintak sedekah sahaja. Orang nak bagi orang bagi kalau tak kebulur. Namun begitu dalam hati masih percaya ada peluang , namun otak dah buat kira-kira jangan terlalu berharap sebab tak nampak cara pasukan atas iaitu Menyu nak jatuh bertimpa-timpa.

Saya harap Brendan turunkan pasukan terbaik macam lawan QPR dan kalau boleh bagitau anak buah jangan dok malu dengan juara yang takda kelas camtu. Pasukan kita memang main bagus dah tapi masalah depan gol kena diatasi dengan skuad sedia ada sedaya munkin. Baik main takda penyerang lagi bagus sebab kalau ada stendet Balotelli memang sakit jiwa. Lambert boleh diberi peranan sebab dia boleh la pandai buka lobang untuk rakan buat gol. 

May 3, 2015

LIVERPOOL 2-1 QPR



Nampak tak tulisan kain rentang yang dibawa oleh kapal terbang. "Brendan Out Rafa In". Siapalah yang nakal tapi duit banyak nak buat kerja tak berfaedah cenggitu. Peminat jangan masuk campur bab ini sebab Brendan sendiri bakal tentukan nasib beliau sampai habis musim. Beri tekanan tak bawa faedah, sebab Liverpool masih perlukan prestasi cemerlang dan Brendan perlu dapat sokongan selagi pengurusan belum buat keputusan. Memang Briged anti-Brendan sedang ambil peluang nak tibai beliau sebab prestasi hambar, kena pula kebetulan Rafa pula macam taknak sambung kat Napoli. Ada peluang lah nak buat Brendan tergugat kata mereka.

Tiba-tiba bila dah tempah kapal terbang dan gunakan kain rentang ingat Liverpool nak buat tahi sekali lagi macam lawan WBA dan Hull, tup-tup boleh menang pula dah. Saya tengok dalam sidang media lepas perlawanan makin kembang idung Abam Brendan kita, siap perli lagi orang yang nak troll dia guna kapalterbang bagai. Coutinho menjadi pembela Brendan untuk gol pembukaan melalui sepakan lencong cantik kegawang QPR. QPR macam garang bila menyamakan kedudukan 1-1 oleh Leroy Fer.Gerrard mulanya menghampehkan diri sebab kantoi penalti, namun menjadi hero melalui tandukan untuk gol kemenangan Liverpool

Sebetulnya inilah perlawanan terakhir Kapten Gerrard di Anfield, dan berkesudahan dengan kemenangan dan paling enak Gerrard menghasilkan gol kemenangan. Walaupun tiada Trofi Piala FA atau slot Liga Juara-Juara , namun Gerrard berikan yang terbaik untuk pengurus, rakan sepasukan dan juga peminat di depan Kubu Anfield yang beliau bakal tinggalkan dan jejak but sebagai pemain Liverpool musim ini. Mana nak cari pemain camni. Kalau saya dah tahu nak belah pergi kompeni lain, silap-silap habiskan cuti awal dan pedulikan apa nak jadi dengan kompeni yang nak ditinggalkan. Patutnya Brendan bagi kontrak pemain/jurulatih kepada Gerrard sekurang-kurangnya kalau Gerrad tolak itu dah jadi perkara lain.

May 2, 2015

LIVERPOOL LAWAN QPR


Saya baca banyak komen peminat dah hilang sabar dengan Brendan Rodgers. Kalaulah boleh jatuhkan pengurus macam dalam pilihanraya, saya ingat Brendan Rodgers bakal jatuh melingkup dengan undi tak percaya. Tapi harus diingat kuasa Veto ditangan pemilik FSG. Kalau mereka masih mahukan Brendan dia kekal tapi jika mereka pun dah bosan maka gelap masa depan beliau. Saya takkan ulas mengenai Brendan panjang-panjang sebab dia masih pengurus Liverpool dan perlu sapot dari pemain dan juga peminat.

Brendan perlu habiskan sisa-sia musim ini dengan perjuangan yang berterusan sebab lawan yang kita bakal bertemu kali ini pasukan yang bergelut untuk terus kekal dan tak mahu jatuh ke Liga Kejuaraan. Macam dengan Hull, semangat QPR akan melebihi kemampuan pemain mereka. Pemain kita setelah nampak macam tak boleh layak ke Liga Juara-Juara, nampak lain macam punya main. Main dah Ok tapi bila semangat kurang, kemampuan nak buat yang terbaik jadi terbatas. Tambahan pula bila Brendan guna taktik yang tak berapa nak efetif, pemain macam hilang punca.

Sebetulnya saya nampak Brendan dah boleh main 4-4-2 permata, dengan kembalinya Lucas dan Moreno. Apa yang lebih penting ialah pemain kena pastikan tak pegang bola lama sangat sebab lawan akan sempat susun bas jika serangan kita tak pandai nak jolok bola keatas dengan pantas kepada penyerang. Tapi kategori penyerang pantas tiada dalam diri Balotelli dan Lambert. Mungkin Borini pantas tetapi dia tak punyai kemahiran nak melepaskan diri dari bek lawan macam Sturridge. Maka ada baiknya mainkan Sterling sebagai penyerang.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails