Jun 28, 2015

KESEBELASAN TERBAIK SETAKAT INI


Congakan kesebelasan yang saya reka menurut pembelian setakat ini dan diharap Brendan guna 4-3-3 formasi terbaik Liverpool. Kita anggap Skrtel bakal sain kontrak dan Clyne tak buat pusingan U.

Penjaga Gawang.
Mignolet setakat ini masih belum dapat dicabar oleh Bogdan. Bogdan pula bakal menjadi pengganti Jones dan mungkin kita dapat tengok aksi dalam Piala Cap Ayam sahaja. Memandangkan Ward dipinjam keluar ke Aberdeen untuk tuntut ilmu, Vigouroux bakal jadi goli no.3 dan goli utama bawah 21.

Pertahanan Tengah.
Setakat sekarang Skrtel masih tak tercabar sebagai bek no.1. dibelakang beliau Sakho seterusnya Toure dan Lovren. Gandingan Skrtel dan Sakho adalah cun. Toure dan Lovren sebagai bekap berpengalaman. Namun begitu harapan baru Llori bakal diberi peluang, dan tak pasti dia boleh celen Skrtel atau Sakho, namun Toure dan Lovren tiada masalah. Coates bakal dijual ke Sunderland dan Joe Gomez dibawa masuk untuk kuota pemain muda berpotensi tunggu 3-4 musim kot-kot jadi macam Rio Ferdinand.

Pertahanan Sisi
Clyne adalah pengganti ideal bagi Johnson di bek kanan, dan penambahbaikan dari segi aspek pertahanan jika apa yang kita tengok kat Soton sama bila masuk nanti. Manquillo dengar cerita tak dihantar balik ke Benfica dan mungkin Wisdom yang bakal balik dari WBA jadi bekap Clyne.
Disebelah kiri Moreno masih tiada pencabar kecuali bek Barcelona Adriano dibeli dan bekap beliau adalah Enrique yang juga tak pasti kekal atau dijual.

Pemain Tengah.
Setelah Gerrard keluar, Can dengar-dengar akan dijolok naik ditengah. Bergandingan dengan Kapten baru, Henderson. Can mungkin lebih bertahan dan Hendo lebih keatas membantu Coutinho sebagai pemain kreatif yang membuka permainan. Bekap terdiri dari Lucas dan Allen dah memadai, tetapi jika Illaramendi dibeli dari Real, selamat jalanlah Xavi Allen gamaknya.

Pemain Sayap.
Disini posisi paling ramai dok tunggu nak main. Sebab apa saya letak Milner sebab dia memang punyai penyudah baik dan kerap main posisi itu bukan di Man City tetapi kat Aston Villa dan juga Leeds. Disamping itu dia juga mampu jaringkan gol dari luar kotak. Pembelian baru Firmino sengaja beri tempat otomatik kerana dia adalah pengganti Sterling secara langsung. Posisi sayap bala direbut oleh Lallana, Markovic, Ibe dan juga pemain muda dari skuad simpanan.

Penyerang Utama.
Kat sinilah masalah yang perlu diperbaiki. Kita hanya mampu sebut Sturridge sebagai penyerang bagus. Yang lain macam Balotelli, Lambert dan Borini memang tak berapa nak boleh harap. Kemasukan Ings mungkin sebagai bekap Sturridge, tetapi Liverpool perlu lebih dari tu. Bacca dah dipinang AC Milan dan Jackson Martinez ke Atletico. Nama macam Benzema, Higauin, Cavani jauh dari gapaian. Cuma dengar cerita Chicarito dari Menyu bakal dibeli. Ini pasti jadi perpindahan sensasi jika jadi dan jika Chicarito meletop di Anfield, baru ngam.

Jun 25, 2015

ROBERTO FIRMINO SEGAK BERGAYA DENGAN JERSI LIVERPOOL



Firmino bakal memakai jersi no 11 menurut laporan rasmi. No 11 jarang dipegang oleh pemain hebat kecuali Fowler. Sebelum ini Assaidi yang pakai. Kiranya paling ketara pemain yang agak sempoi memakai jersi ini mungkin Benayoun dan Maxi.

Jun 24, 2015

ROBERTO FIRMINO PEMAIN BARU LIVERPOOL MUSIM 2015/16


Kemenangan moral bagi Liverpool kerana berjaya memenangi perlumbaan dengan Menyu bagi mendapatkan penyerang Brazil, Roberto Firmino selepas tewas untuk mendapatkan Memphis Depay. Liverpool terpaksa memecah tabung £30juta dan memberikan Firmino 100k seminggu, satu jumlah yang agak berisiko besar bagi pemain yang berskala hampir sama dengan Coutinho. Namun pemerhati bolasepak nampak harga itu berbaloi kepada pemain yang dah jadi kesebelasan utama pasukan Brazil terkini.

Sepatutnya musim lepas lagi Liverpool dah boleh beli pemain ini sebab sekian lama memantau beliau, tapi yang dibeli Markovic dan Lallana bagi mengisi kekosongan slot pemain serangan kreatif yang ditinggalkan Suarez. Saya taknak membandingkan beliau dengan Suarez tetapi jika nak banding dengan Sterling, Firmnino memang lebih bahaya depan gol walaupun Sterling banyak gelecek tapi penyudah kelaut.

Dari segi kebolehan taktikal pemain ini serba boleh bermain dipelbagai diposisi serangan. Paling cocok dikatakan main dibelakang penyerang utama, namun dengan Brazil dia main sebagai penyerang utama pula. Dekat Hoffeihem, Firmino main disebelah kanan dan kiri serangan dan suka masuk menderif ketengah untuk melakukan sepakan padu luar kotak. Lagi satu Firmino jenis suka hambat lawan yang pegang bola dari atas, sebiji macam Suarez betoi kan.



Jun 20, 2015

JOEL GOMEZ PEMAIN BARU LIVERPOOL MUSIM 2015/16



Siapa Joe Gomez. Tiba-tiba dalam seminggu bising-bising, terus beli sebagai pembelian pertama bukan percuma macam 3 pemain sbelum ini. Harga yang diwar-warkan £3.5 juta, itu belum masuk topap sana sini bergantung kepada prestasi. Saya dengar seantero kelab Liga Inggeris dan juga Dortmund  mengekodeng mamat ni. Tapi dia memilih untuk jadi bekap kepada Skrtel, Sakho Toure dan Lovren dan mungkin juga kepada Llori yang bakal kembali dari pinjaman. Mamat ini memilih Liverpool kerana trek rekod Liverpool yang kerapa bagi peluang pemain muda satu kelebihan.

Realistiknya Gomez mungkin tak akan diberi peranan utama. Desas-desus beliau akan kembali ke Charlton atau kelab lain di Liga Kejohanan untuk main dalam skuad utama bagi timba pengalaman. Bagi saya dengan umur yang seatahun jagung, pembelian Gomez tidak membawa apa-apa erti untuk kemantapan skuad utama yang perlu diberi perhatian. Pemain yang berpotensi macam Gomez mungkin kena kerja lebih untuk dapat perhatian, jika tak beliau mungkin bakal jadi macam Coates yang bakal dilelong keluar tanpa diberi peluang sepenuhnya.

Kalau berminat boleh ikuti pemain ini diTwitter beliau.

Jun 17, 2015

SENARAI JADUAL PERLAWANAN MUSIM 2015/16



2015-16 LFC Jadual Perlawanan

August

8 - Stoke City (A)
15 - Bournemouth (H)
22 - Arsenal (A)
29 - West Ham United (H)

September

12 - Manchester United (A)
19 - Norwich City (H)
26 - Aston Villa (H)

October

3 - Everton (A)
17 - Tottenham Hotspur (A)
24 - Southampton (H)
31 - Chelsea (A)

November

7 - Crystal Palace (H)
21 - Manchester City (A)
28 - Swansea City (H)

December

5 - Newcastle United (A)
12 - West Bromwich Albion (H)
19 - Watford (A)
26 - Leicester City (H)
28 - Sunderland (A)

January

2 - West Ham United (A)
12 - Arsenal (H)
16 - Manchester United (H)
23 - Norwich City (A)

February

2 - Leicester City (A)
6 - Sunderland (H)
13 - Aston Villa (A)
27 - Everton (H)

March

1 - Manchester City (H)
5 - Crystal Palace (A)
12 - Chelsea (H)
19 - Southampton (A)

April

2 - Tottenham Hotspur (H)
9 - Stoke City (H)
16 - Bournemouth (A)
23 - Newcastle United (H)
30 - Swansea City (A)

May

7 - Watford (H)
15 - West Bromwich Albion (A)

Jun 13, 2015

PEMBELIAN PERCUMA YANG BERBALOI ???



Bila tak layak ke Liga Juara-Juara, habis semua perancangan musnah. Dana untuk musim depan kurang sebab peruntukan dari Liga Europa tak sama dengan Liga Juara-Juara. Bukan kurang sikit-sikit tapi boleh dikatakan margin sampai ke 50juta kurang. Bila dah duit masuk kurang maka terpaksa nak keluar duit poket, jadi jangan haraplah FSG nak belanja lebih macam musim lepas. Jadi Brendan terikat dengan persetujuan beli pemain sederhana dan kalau boleh dapatkan yang percuma. Kiranya musim ini Brendan bagaikan tangan terikat dan kena hadam apa yang diberikan tanpa boleh nak buat memandai lagi.

Sebab itulah Milner, Ings dan Bogdan masuk percuma. Saya tak marahkan Brendan atau FSG sebab kita kena faham situasi yang Brendan terpaksa ikut arahan akibat kegagalan dan FSG kena timbal-balik dengan untuk menjaga perakaunan sihat tak mahu jadi macam 1MDB. Liverpool bukan tak akan berbelanja mewah, tapi bergantung kepada penjualan terlebih dahulu. Kali ini kita harap Liverpool tak buat kesilapan macam musim lepas meleburkan duit penjualan Suarez. Kita dah nampak Sterling bakal jadi jackpot jika ada kelab bangang yang mampu lebur duit sampai 50juta dapatkan pemain yang belum matang .

Pembelian mereka bertiga walaupun nampak tiada ambisi tinggi namun adalah pembelian wajar. Milner kita serba tahu merupakan jelmaan Dirk Kuyt dan nampak lebih berpengalaman untuk gantikan Gerrard berbanding Henderson sebagai Kapten pasukan. Lagipun keengganan Milner untuk sambung kontrak dengan Man City dan menolak godaan Liga Juara-Juara dengan Arsenal adalah satu yang kita nampak pemain itu sendiri punyai keinginan untuk menjadi tonggak utama. Sepatutnya Liverpool boleh celen Juventus untuk Khadira tapi macam biasa takkan pemain berkelas dunia nak main dengan kelab yang tak mampu nak dapat kejuraan.

Ings pula bagi saya tak lebih dari penambahbaikan kepada Balotelli, Borini dan Lambert. Umur beliau masih muda, tetapi berpengalaman dalam Liga Inggeris sudah lama. Apa yang kita nampak pemain rajin macam Ings memang ngam dalam sistem Liverpool yang perlukan penyerang yang boleh mendesak dari atas. Kita tahu Borini pun boleh buat kerja camtu, tapi rekod Borini amat memilukan. Balotelli dan Lambert maaf cakap memang tak sesuai dengan sistem dan kebangangan siapa yang pergi beli pemain tersebut. Alternatif berkesan mungkin Luiz Adriano dari Shaktar penjaring terbanyak Liga Juara-Juara musim lalu. 

Bogdan dibawa masuk untuk gantikan Jones. Bukan mencabar Mignolet pada pendapat saya. Inipun disebabkan tiada dana lebih untuk dapatkan Begovic dari Stoke. Yang ni saya masih belum kepastian sebab tengok diperingkat antarabangsa belia masih dibayangi oleh Gabor Kiraly goli Fulham. Siapa tak kenal goli lejen yang selalu pakai seluar trek yang macam seluar tidur. Bogdan mungkin senasib dengan Jones itu kena tunggu dan lihat sebab tuah ayam nampak dikaki tuah orang siapa yang tahu kan. Namun bagi saya goli muda Jerman , Loris Karius dari Mainz lagi gempak kalau nak dapatkan percuma.

Kalau ikutkan ramai lagi yang percuma tapi berbaloi macam alternatif yang saya terangkan tadi. Tak semua pembelian percuma boleh gagal macam pembelian percuma rekod kita terdahulu. Maxi, Babbel dan Maccalister adalah ikon pembelian percuma yang hebat walaupun mereka tak lama tapi sumbangan mereka penting kepada pasukan. Apa yang penting kena pastikan pemain yang dibawa masuk bukan sekadar tangkap muat sebab tak mahu belanja lebih. Kena dapatkan pemain yang sesuai dengan sistem tak kira tua, muda luar atau dalam Liga Inggeris.

Jun 10, 2015

MUKTAMAR JEMAAH LIVERPOOLIAH



Keputusan Muktamar Jemaah Liverpool, berbeza Muktamar Jemaah Politik kat Malaysia. Yang Politik punya Geng Kepala semua menang besar , tapi Jemaah Liverpooliah nasib Sang Kepala menerima tamparan hebat bila orang kuat beliau semua kena humban keluar. Jangan marah saja nak buat analogi cenggini sebab politik dimana-mana bukan sahaja dalam pentadbiran partai politik tetapi dalam bola politik juga banyak sangat sampaikan pening kepala dok ikuti perkembangan.

Brendan Rodgers yang mengetuai Liverpool dalam keadaan terdesak sangat-sangat. Panglima perang dan orang kanan beliau Colin Pascoe telah kena pecat atau lebih sopan dan berakhlaq sikit kita panggil dinasihatkan berhenti. Mike Marsh juga awal lagilah kena sebab dia dah habis kontrak dan tak diperbaharui. Bila Brendan dah tiada orang kuat yang sekepala dengan beliau, ini satu tekanan bagi beliau untuk buat kerja dengan tenang. Tambahan pula nama-nama pawer pula yang dikaitkan menjadi pembantu beliau seperti Pako Ayesteran, René Meulensteen serta Sami Hyypia.

Dewan tertinggi Liverpool, FSG sedang bagi tekanan yang besar kepada Brendan sebab mereka mahu Brendan habiskan Projek Gajah putih beliau dengan kawalan pihak yang bukan kamceng dengan beliau. Mungkin FSG ingat Brendan dapat penasihat yang salah atau tak berapa bagus. Jadi tim baru akan masuk kelak akan diambil dari kalangan yang lebih berpengalaman luas bukan dengan Liga Inggeris sahaja tapi diperingkat Eropah juga. Pako memang telah terbukti sebagai pembantu hebat Rafa. Rene pula sama tapi dia lorat sikit sebab bekas pembantu Alex Ferguson. Hyypia mungkin masuk untuk memperbaiki pertahanan.

Tapi bukan sahaja Brendan yang sedang dinilai musim akan datang. Ada satu lagi pembawa bencana yang akan kena jika musim  akan datang gagal juga. Mereka tersebut ialah Lajnah Pembelian Pemain, (Transfer Comittee). Saya nak namakan mereka semua ramai sangat yang femes ialah Barry Hunter dan David Fallow serta beberapa lagi pemantau yang bekerja mencari bakat baru mengikut kehendak pengurusan yang menggunakan sistem "Moneyball" yang memang hampeh sehampeh -hampehnya. Monyeball ni konsep dari Amerika yang digunakan dalam sukan bola lisut, tapi bila aplikasikan dalam bolasepak memang jahanam pasukan.

Kita tak tahu apakah Brendan atau Lajnah yang membawa kegagalan kepada Liverpool musim lepas. Nak salah Brendan, tak boleh juga sebab dia nak pemain yang hebat untuk ganti Suarez  tapi Lajnah bagi Balotelli kot atas. Lajnah pula terpaksa ikut sistem Moneyball untuk cari kriteria pemain, kalau ikut spek Brendan yang mahu macam Suarez, mesti tak dapat. Pihak FSG lah punca utama, memang musibat sebab mereka masih belum faham yang bolasepak bukan macam bola lisut. Kalau nak pasukan hebat untuk beri kejuaraan dan medal kena belanja untuk dapatkan yang terbaik.

Musim depan saya harap dengan perubahan serba-serbi walaupun tanpa pengurus baru, Liverpool dapat perbaiki  kesilapan dan tak payah nak sasarkan tinggi sangat. Boleh kembali main Liga Juara-Juara dah kira baik sebelum nak sasarkan kejuaraan. Kalau Brendan masih macam tu juga, saya ingat tak sempat separuh musim, kita bagi 3 bulan Klopp atau Ancelotti akan memendekkan cuti untuk memanaskan kerusi empuk sebagai pengurus Liverpool pasca-Brendan.


Jun 9, 2015

JUARA PERADUAN TEKA KEPUTUSAN




PUNGUTAN MATA

Mr.Reds Anfield 9 pts
Wak Ron 6 pts
Azhanhizan Hizan 6 pts
-shah_2134- 3 pts
merayuku 3 pts
Cucu Mak Leha 3 pts
aminallah mohd noor 3 pts
Ayen 3 pts
Aku Senbei 3 pts
-stan- 3 pts
Atan Reds 3 pts

==========================

Musim 2014/15 berakhir dengan keputusan yang tidak dapat memberikan peneka-pekena kita untuk meraih mata banyak. Namun begitu dalam semua peserta yang tak putus asa meneka, seorang peneka bertuah berjaya medapat kelebihan hanya 3 mata dan 6 dari peserta bawahan. Tahniah kepada Mr.Reds Anfield. Sila email kan maklumat peribadi kepada admin: tokeysiber@gmail untuk menuntut hadiah misteri. Maaf kerana lambat siarkan entri ini bukan kerana merajuk tapi ada komitmen lain yang lebih perlu ditunaikan.


Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails