Jul 30, 2015

ANDRE WISDOM DIPINJAMKAN KE NORWICH CITY SEMUSIM



Sah Andre Wisdom ini sekali lagi tak dapat peluang nak buktikan mampu bersaing untuk slot bek kanan atau bek tengah di Anfield. Mungkin slot simpanan dah jadi milik Joe Gomez atau Llori. Wisdom nampak berbakat besar tapi apa yang tak kena dengan perkembangan beliau sebab musim lepas beliau dia juga nampak gagal menyerlah di WBA. Nampak gaya Wisdom kena kerja lebih keras pertamanya buktikan dia mampu jadi bek utama Sang Kenari. Dan kemudian jika dia dah jadi bek utama mungkin ada peluang jika musim lagi satu untuk balik menebus tempat. Takut kesudahan beliau sama dengan Coates. Apa pun selamat berjuang Wisdom.

Jul 28, 2015

BRENDAN KENA LAKUKAN SESUATU TENTANG LOVREN



Disebalik kemeriahan perpindahan dengan beli pemain bagus diposisi serangan dan tengah, Brendan masih tak peka dengan kekurangan pasukan dari segi kualiti pemain pertahanan terutamanya kes Dejan Lovren. Saya antara yang teruja bila Lovren dibawa masuk dari Soton, namun tak sangka pemain itu memang tak ngam dengan taktik Brendan. Bukan nak memperkecilkan kebolehan Lovren, tapi ada yang tak kena dengan beliau dan persembahan yang kurang menyakinkan musim lepas.

Saya tengok perlawanan dengan Malaysia secara ulangsiar di Astro, gol Ronaldinho walaupun puncanya dari Skrtel yang tak menghalang bola awal dari rakan serangan Ronaldinho, tetapi Lovren bukan sahaja lembab mengejar tetapi gagal membaca ancaman penyerang lawan dan natijahnya Bogdan tak mampu berbuat apa-apa walaupun cuba menutup ruang. Hanya itu sahaja kesilapan beliau, namun jangan lupa yang kesilapan sebgitu dah kerap kita lihat musim lepas beliau lakukkan.

Mungkin kita anggap remeh sebab gandingan utama ialah Skrtel-Sakho. Tapi anda silap sebab Brendan dengar khabar beli Lovren sebab nak gantikan Sakho yang kerap cedera. Tapi alang-alang Lovren dah terbeli dan tak berapa bagus seperti yang disangka, Brendan paksa diri juga nak bagi Lovren peluang, manatahu ada peningkatan. Saya bukan nak memandai namun kalau Brendan bagi juga Lovren jadi gandingan Skrtel, dia macam sengaja nak cepatkan pemecatan beliau.

Pasukan kita ada dua pemain muda yang saya rasa lebih sesuai diberi peluang berbanding Lovren. Pertamanya Tiago Llori, dia pantas, agresif dan punyai kelebihan dari segi ketinggian. Yang keduanya ialah  pemain baru yang penuh kejutan, Joe Gomez yang nampak kool, main disebelah kiri dan kanan Tetapi harus diingat dia di Charlton adalah bek tengah. Mereka berdua boleh jadi pemain bekap yang lebih diharap dan tak mencemaskan jika main dalam taktik sekarang.

Bercakap mengenai taktik sendiri, disitulah sebabnya kenapa Lovren tak menjadi berbanding ketika kegemilangan beliau di Soton. Liverpool main dengan corak serangan dan menggunguli permainan dengan hampir pemain akan cuba menyerang termasuk dua bek sisi yang dah macam ala Brazil, Cafu dan Roberto Carlos. Kalau Brazil main, mereka ada paling kurang 2 pemain tengah bertahan yang kualiti. Yang kita main musim lepas hanya seorang pemain tengah bertahan itupun ganti-ganti Gerrard atau Lucas atau Xavi Allen.

Saya sungguh harap Brendan  tukar taktik jika mahu pemain kesayangan beliau itu main juga. Jika nak letak Lovren juga, kena pastikan bek sisi kiri samada Moreno atau Enrique main secara lebih ortodok, jangan serang  ala Roberto Carlos. Main macam Djimi Traore pun dah ok, dari biar kawasan pertahan kiri terdedah untuk penyerang lawan menyusup keistu dan permainkan Lovren yang mesti gabra dalam situasi satu sama satu. Lagi satu letak dua pemain tengah bertahan macam Soton buat dengan Wnayama dan Schneiderlin

Jul 25, 2015

PRA MUSIM: MALAYSIA XI 1-1 LIVERPOOL



Sekali lagi saya gagal hadir ke Stadium Bukit Jalil disebabkan komitmen kerja. Serba salah juga tapi apakan daya, kita merancang tiada rezeki lagi macam kes 2011 dulu. Jadi saya pun tak bleh nak komen panjang nanti kelentong pula. Dengan itu saya mahukan rakan-rakan yang pergi untuk bagi pandangan tentang perlawanan itu dalam ruangan komen.



Jul 23, 2015

CHRISTIAN BENTEKE PEMAIN BARU LIVERPOOL MUSIM 2015/16


Kalau ada yang nak bandingkan Benteke dengan Carroll, cuba jangan lagi. Tunggu nak bahankan Benteke dan Brendan sehingga hujung musim. Kalau tak tahan sekalipun separuh musim. Kita tahu harga yang dibeli sangat-sangat mengarut. Tapi apakan daya hanya itulah yang Brendan nampak sebagai sasaran utama. Lagipun pemain lain yang lebih gempak dan bertaraf bintang antarabangsa belum tentu nak datang ke kelab yang sekadar main di Liga Europa kan. Saya tak harap banyak dengan Benteke, cuma jika dia mampu bedal 15-20 gol itu pun dah kira bagus.

Saya dah pernah tulis tentang Benteke dalam pautan kat bawah. Malas nak ulang,
pautan tentang Benteke

Kalau yang ada nak ikuti beliau dalam twitter
@bentekechris20

Jul 16, 2015

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI



Krew-krew Liverpoolkita mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri buat pembaca muslim dan selamat bercuti bagi non-muslim. Diharap jika ada silap dan khilaf dikala menulis dan memberikan pandangan, fakta yang kurang tepat dan merapu,  kami menyusun sepuluh jari dan mohon dimaafkan.

Segala yang baik dari Tuhan dan kelemahan datang dari kami yang sedaya upaya memberikan apa yang termampu bagi memeriahkan informasi tentang Kelab kesayangan kita Liverpool. Dan diharap sekalian pembaca jangan nak bajet jimat duit,  baliklah kampung jenguk orang tua. Dan berhati-hati memandu dan sabar dengan dugaan traffik jem.

Jul 15, 2015

PRA-MUSIM: LIVERPOOL 4-0 THAI ALL STAR


Jaringan: Markovic 3′, Sakho 42′, Lallana 52′, Origi 88′

Separuh Pertama Liverpool XI: 
Bogdan, Gomez, Toure, Sakho, Wisdom, Lucas, Rossiter, Teixeira, Markovic, Ings, Lambert

Separuh Kedua Liverpool XI: 
Mignolet, Clyne, Skrtel, Lovren, Maguire, Allen, Henderson, Milner, Ibe, Lallana, Origi.

Tak berapa nak bincangkan betapa hebatnya Liverpool dengan membelasah pasukan pilihan Thai yang memang lauk.  Lagipun hujan lebat membataskan persembahan Liverpool sebab banyak kali bola kantoi bila nak main hantaran pendek. Apa yang kita nampak musim ini bakal ada pembaharuan yang terbantut musim lepas. Pemain baru nampak ngam dengan orang lama. Kapten Hendo dalam dan luar padang memang pengganti cocok Gerrard.

Pemergian Sterling sedikit pun tak dirasai kehilangan. Malah kita tengok sendiri perlawanan tadi yang pemain muda  lain amcam Ibe, Markovic dan Taixeira bakal memberi nafas baru dan mengisi posisi Sterling. Ada orang tanya kalau Sterling balik ke Anfield dan bubuh gol 3-4 biji gol adakah awak akan rasa kecewa. Kita bukan nak angkuh jawap, tapi pedulikan dia nak bantai 10 gol pun, Liverpool lebih aman melepaskan pemain tamak itu dari simpan buat sakit hati.


Jul 13, 2015

BERAKHIRNYA DRAMA ANAK BULUH BETONG


Saya takkan nak memaki-hamun Sterling. Budak hingusan itu rasa lebih bagus berada diluar dari Liverpool yang tak kemana. Beliau mungkin tak ingat kisah Michael Owen, Nicolas Anelka atau Shaun Wright Philips, tetapi berasa ambisi beliau mahu menjadi seperti Rooney. Biarkan sahaja, kita doakan yang terbaik buat beliau bukan kerana jasa beliau yang tak seberapa, tetapi memberikan untung laba, setelah menjual kepada Man City £49juta padahal beli sekitar £500k dari QPR.

Pemergian Sterling mungkin tak kehilangan besar. Firmino, Ibe, Lallana dan Markovic boleh ganti tempat beliau. Namun yang ditakuti ialah duit yang dapat dari penjualan bakal lebur oleh pembelian pemain yang ntah-apa-apa macam penjualan Torres dan Suarez dulu. Saya tak kata calon utama, Benteke tak bagus, cuma jika mahu ikut klausa, mintak maaf lah, itu harga mengarut. Namun dengan Brendan yang sukar dimengerti, benda mengarut banyak terjadi dan takut dia tak insaf lagi.

Untuk pengajaran, awasi pula Jordon Ibe. Jangan pula nak bersorak dan angkat tinggi Ibe macam kita buat kat Sterling dulu. Bukan sangsi dengan Ibe atau kesetiaan beliau, tetapi jika terlalu awal berikan peranan sampaikan jadi pemain harapan, ego, sombong dan perasan bagus menguasai diri. Lepas itu ejen akan cari modal nak paksa kelab ikut telunjuk dengan taknak lanjut kontrak. Liverpool kena lebih tegas dan proaktif untuk elak perkara ini berlaku dan terus berlaku.

Jul 12, 2015

GARRY MACCALISTER JURULATIH BARU LIVERPOOL


Tengok pencapaian Garry Maccalister sepanjang kerjaya beliau. Walaupun sekadar dua musim di Liverpool, dia bolot medal paling banyak dalam sejarah pencapaian beliau. Bukan setakat pemain tempelan tetapi Gary Mac, harus diteladani kerana ketika umur 35 dia tak goyah dan masih cemerlang macam orang muda. Kebolehan mengambil sepakan percuma jarak jauh adalah salah satu kehebatan beliau yang dah kurang ada pada pemain Liverpool masakini.

Kembalinya di Anfield sekali lagi diharap dapat bantu Rodgers membentuk pemain Liverpool seperti kelas 2000/01. Sebut pasal kelas 2000/01, pemain ratanya biasa-biasa sahaja, tetapi Otai macam Gary Mac lah yang membawa pengalaman dan aura kemenangan. Paling kita nampak dia berjaya menjadi idola dan mentor Abam Gerrard dalam acuan beliau yakni main lebih disiplin dan menjadi pemain lengkap berkelas dunia.

Macamana Gary Mac nak latih dan dapatkah dia masuk dalam falsafah Brendan yang terlalu mengagung-agungkan sistem Sepanyol masih dicurigai. Iayalah zaman Gary Mac Liverpool main serap serangan dan sedikit bertahan serta pukul lawan dengan serangan balas. Agenda Brendan main seksi serbu lawan dari atas dan main hantaran pendek serta bolot penguasaan bola. Mungkin ada yang masih sangsi dan prejudis tentang kesefahaman antara mereka.

Harap gabungan Brendan, ODriscoll, Garry Mac dan Pepijn Lijnders punyai kaedah berlainan, tetapi jika dibentuk dan dapat diaplikasikan dengan sebaik mungkin saya percaya Liverpool bakal lebih efisyen dan perubahan baru akan membuatkan pasukan lawan tak menyangka apa yang bakal ditentang mereka tak semacam yang sebelum ini. Saya percaya ada angin perubahan musim ini yang bakal dibawa jurulatih baru terutamanya Gary Mac kepaa pasukan.

Jul 11, 2015

JORDAN HENDERSON KAPTEN BARU LIVERPOOL



Jordan Henderson meraikan dua perkara penting dalam sejarah beliau apabila dinobatkan secara rasmi sebagai kapten Liverpool dan menjadi penghias kulit muka bagi permainan bolasepak FIFA16. Bagi saya kecemerlangan beliau atas padang sukar dinafikan dan merupakan pemain yang rajin, lincah dan paling ditakuti lawan ialah renungan mata yang tajam macam nak makan orang. Tak caya tengok video kat bawah sebagai bukti. Kadangkala perangai cenggey (bengis)  camni perlu bagi hadapi lawan yang kurang ajar macam Costa.


Jul 5, 2015

APAKAH JIKA BENTEKE DIBELI DAN NGAM



Pergerakan khabar angin yang Christian Benteke bakal menyarung jersi Liverpool kian hangat, sehangat Roti Jala yang disantap moreh sebentar tadi. Jadi tak jadi itu perkara lain. Tapi baru khabar angin nak beli, ramai dah marah-marah, benci, buat andaian dan burukkan Benteke sebab rujuk statistik dan pencapaian beliau di Aston Villa. Lagi satu ramai yang takut Liverpool bakal hanguskan duit banyak macam kes Abam Carroll.

Ada yang cakap dia pemalas nak kejar bola dari atas hanya dok hayun bontot kat atas. Ada yang nampak Benteke tak ubah Andy "Flop-Flopi" Carroll, pemain yang mengharapkan hantaran udara. Mereka juga bandingkan Benteke tak berkemahiran nak goreng lawan macam Torres, main lurus bendol dan banyak kantoi bola macam Cisse. Nak senaraikan kelemahan pemain yang masih lagi belum sepak bola dengan Liverpool, saya rasa itu tak adil.

Jika benarlah Benteke calon nombor wahid Liverpool, dan Brendan terlalu tergila-gilakan pemain perkasa dan ganas itu, maka saya nak buat andaian JIKA Benteke berada dalam kesebelasan Liverpool. JIKA dalam erti kata yang positif dan kelebihan beliau jika Liverpool bermain dalam kesebelasan seperti berikut.

Firmino - Benteke -Sturridge
Hendo -Coutinho -Milner
Moreno Sakho Skrtel Clyne
Mignolet


  • Jika Benteke ngam di Liverpool, dia adalah raksasa mengganas dihadapan kubu lawan yang selama ini pasukan kita kerap kena ayam dengan bek lawan yang agresif. Lambert gagah tapi kurang pantas. Balotelli nampak macam gagah tapi penakut. Sturidge memang tak gagah, tapi selalu kena taram dengan bek lawan, Cuti sakit makan berbulan.  
  • Jika Benteke ngam di Liverpool, dia boleh dapatkan gol mudah (cemey). Ialah gol bila dah main panik, lagi 5 minit masih 0-0, Mignolet atau Skrtel pam bola dari bawah, untung nasib dapat Benteke dia scram bek lawan yang kepenatan jolok gol dengan baki tenaga kedrat beliau.
  • Jika Benteke ngam di Liverpool, bola sepakan sudut dan bebas jadi kesusahan buat lawan. Bukan dia boleh selalu dapat gol dari situ, jangan silap dik non. Tapi lawan pasti kena jaga beliau dan dia akan buka ruang buat kengkawan terutamanya Skrtel cilok dalam ruang terbuka buat tandukan.
  • Jika Benteke ngam di Liverpool, kita dah tak risau pemergian pakar penalti kita Abam Gerrard. Benteke antara pengambil penalti yang jarang kantoi. Sepakan dia padu dan tak pandai nak main tipu-tipu tetapi goli kalau berjaya tepis balik jap lagi  bubuh minyak gamat banyak kat tangan.

Saya buat andaian diatas jika dia ngam dan nampak ada benda posistif yang dia lebih bagus dari semua kombinasi penyerang sedia ada dengan kebolehan beliau walaupun tak bertaraf dunia. Kalau dia melingkup, biasalah macam beli durian kampung, bau dari jauh pergh kemain semerbak, buka dalam belum tahu mangkaq atau tidak. Cuma harap kalau Brendan nak jugak-jugak beli lah cepat-cepat letih dok baca pasal beliau dah berbulan-bulan dok cam tu juga tak kemana.

Jul 3, 2015

SEAN O'DRISCOLL PEMBANTU BARU BRENDAN RODGERS



Pemberhentian Colin Pascoe sebagai orang no 2 Brendan memberikan tekanan hebat kepada pengurus Liverpool itu. Apa tidaknya Pascoe adakah orang kuat beliau ketika di Swansea lagi. Kata dua kepada Brendan jalankan tugas seperti biasa dan kerja dengan pembantu baru atau pergi kemas beg. Macam itulah kot keadaan Brendan yang mengalah demi masa depan yang kian genting, sebab dia mungkin merasakan mungkin ini peluang terakhir yang diberikan majikan dan bakal dipergunakan sebaiknya.

Mulanya ramai yang kononnya tahu maklumat dalaman, ceritakan mungin Pako Ayesteran, Rene Mulasteen dan ramai lagi nama glemer yang bakal masuk menjadi orang kanan Brendan. Tetiba pengurusan Liverpool megumumkan Sean O’Driscoll, pengurus Skuad England bawah-19 dibawa masuk. Pengalaman Sean O’Driscoll, tak berapa nak ohsem setakat berlegar dalam lingkungan Liga Bawahan Inggeris, lagipun umur dia lebih tua dari Brendan berbelas tahun. Mungkin inilah yang FSG mahukan penasihat yang lebih berpengalaman.

Kita mungkin tak tahu apa kehendak FSG, tetapi mereka mengambil O’Driscoll atas asbab falsafah beliau selari dengan idea Brendan atas padang. Tetapi idea pembantu baru ini nampak lebih praktikal dari apa yang kita dapat dari wawancara beliau.

Main ungguli permainan dan main dari bawah.

Idea Driscoll bukan menjurus kepada latihan menggungguli permaianan dan hantaran, tetapi lebih kepada pilihan pemain bila memegang bola dan melatih mereka untuk membuat keputusan takkala itu. Disini pemain lebih sukar dijangka permainan mereka. (Tengok Allen, hantaran bola cantik tapi hantaran kreatif yillek)

Beliau berpendapat main bola dari bawah memang bagus, tetapi akan makan diri bila kantoi kerana main asyik main hantaran dikawasan bahaya. (Ingat lagi kes Gerrard tergelincir dan Toure kantoi lawan WBA).

Jika kita ada pemain tengah macam Xavi taua Busquet yang jarang kantoi bola dikaki tak ada masalah nak main camtu. Namun apa yang penting sangat bila goli atau pertahanan nampak penyerang ada diposisi terbaik, hantaran terus kepada beliau adalah opsyen terbaik. Jika kita main banyak kali sebegitu dan memang seronok main sebegitu adakah kita pasukan bola tinggi atau pasukan yang bijak.

Pembuat keputusan dan pembangunan pemain.

Bagi Driscoll walaupun ianya nampak enteng, pemain muda tidak diketengahkan untuk berfikir dan  membuat keputusan sendiri dan terlalu bergantung kepada arahan jurulatih untuk melakukan perkara. Apa yang jelas pemain diberi pilihan, dan melakukan apa yang difikirkan betul dan jelaskan mengapa. Jika pemain ambil pilihan betul tapi tak menjadi mereka akan dapat pujian. Namun jika pilihan yang salah kerap berlaku maka pemain ada masalah.

Idea Driscoll bagi membangunkan pemain dan pasukan yang faham apa mereka perlu buat dan dari situ mereka buat keputusan sendiri ketika permaianan. Pemain kena bersedia untuk ambil tanggungjawab dari keputusan yang mereka ambil. Pemain takkan disalahkan kerana cuba melakukan terbaik dan tetapi keputusan tak memihak ketika itu. Tapi jika buat silap dengan cara bodoh, tak bertanggungjawab serta tak berwaspada mereka perlu diperbetulkan.

Tanggungjawab pemain.

Semakin acap kali anda boleh membuat persekitaran dalam latihan di mana orang ramai boleh mengambil tanggungjawab, maka ianya lebih baik untuk pasukan. Pemain yang faham konsep akan melonjak naik dengan cepat, Walaupun pemain bukan terlalu berbakat , mereka ada peranan, wira tanpa nama yang penting dalam satu pasukan.

Dalam menjalani kehidupan seharian anda mahu watak-watak di sekeliling anda yang boleh anda percayai , bahkan hingga ke perkara yang paling asas seperti ketepatan masa . Pemain bagi beliau tak ada beza yang berbeza adalah tahap asas Profesionalisma
.

Di petik dari RedmenTV.

Jul 2, 2015

SELAMAT JALAN SEBASTIAN COATES


Sunderland berjaya mendapatkan khidmat Sebastian Coates  dengan nilai £4juta. Kiranya murah sebab Coates adalah pemain utama skuad kebangsaan Uruguay .Penjualan pertama Brendan Rodgers musim ini dibahagian pertahanan . Nak tulis banyak pon tak banyak kenangan dengan beliau kecuali gol sepakan gunting dengan QPR adalah nostalgia yang bakal dilupakan dalam lipatan sejarah Liverpool. Kalau tengok stail beliau dan Lovren nak hampir sama cuma bila terkantoi beli, kena sembelih yang murah dulu takut orang cakap dia beli merapu.

Jul 1, 2015

NATHANIEL CLYNE SAH PEMAIN BARU MUSIM 2015/16


Kemasukan Nathaniel Clyne ke Liverpool adalah perpindahan istimewa bagi seantero peminat Liverpool dan sebaliknya kesedihan bagi Menyu. Menyu dikatakan telah skodeng Clyne bertahun lama, dan paling akhir dua tiga minggu lepas, mereka yakin Clyne bakal bermain di Old Krepot. Sekali lagi tahniah kepada pasukan perpindahan Liverpool yang buat kerja mantap musim ini setelah musim lepas menjadi bahan kemarahan kerana beli pemain ntah-apa apa.

Maaf cakap, kita patut tak terlupa ucap tahniah kepada Glenjo yang telah berkhidmat dengan sebaik mungkin walaupun dia ada kelemahan yang jelas dikala bertahan. Penggnati Glenjo ini, Clyne adalah penambahbaikan yang sesuai kerana terbukti diarena Liga Perdana dan telah menjadi bek kanan utama England masa kini. Mungkin Liverpool bisa dapatkan Montoya atau bek dari luar, tetapi Brendan dan geng pemantau nampak Clyne adalah pemain yang lengkap dan masih boleh dipertingkatkan permainan beliau.

Disini jua kita dah dapat bayangkan Liverpool bakal bermain formasi 4-3-3 untuk masa depan dan bukan lagi 3 pertahanan yang kerap digunakan musim lepas. Dan jika Brendan nak juga main 3-4-3, saya anggap Clyne tak jadi masalah nak dislot keposisi sayap dari letak Markovic atau Ibe. Dan disini juga maka berakhirnya khidmat Emre Can sebagai bek kanan dan seterusnya menjadi pemain tengah. 

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails