Oct 30, 2015

LIVERPOOL LAWAN CHELSEA


Rasa lega bila Liverpool dah mula rasai kembali kemenangan. Kalau tidak Klopp kena ejek pakar seri sahaja. Walaupun Bournemouth bukan pasukan yang hebat namun mereka liat untuk dikalahkan. Ikutnya percubaan bahaya banyak, terutamanya Firmino tetapi ketenangan belum sampai untuk hasilkan penyudah. Bukan senang nak hasilkan skuad sekarang sebaik SAS jika pemain tak serasi lagi. Saya tak mahu kritik Origi tetapi lebih mahu puji beliau kerana sedang menanggung bebanan sebagai penyerang no.1 Liverpool. Ada pemain hebat tapi sakit tiada gunanya. Sebab itulah Barcelona dan Man City sanggup bayar Suarez dan Sterling, sebab bukan rekod permainan sahaja tetapi rekod kesihatan mereka amat cemerlang.

Jika Benteke tak dapat beraksi lawan Chelsea nanti, mungkin Origi lagi sekali opsyen terakhir barisan depan. Namun bagi saya Firmino adalah alternatif yang nampak lebih berpengalaman dalam perlawanan besar. Jangan tak perasan, dengan Brazil dia pernah diguna sebagai penyerang utama. Jadi dengan lebihan pemain tengah yang terlampau ramai, biar pemain lain ambil alih kerja ditengah, Pemain kita rasanya tak seagresif West Ham yang berjaya menapau pemain tengah Chelsea, tapi dengan Gegenpressing, kena pastikan Chelsea tak bola kuasai bola. Paling kena jaga pemain lincah mereka Willian, sebab dalam banyak perlawanan saya usha, walaupun Chelsea bungkus, Willian tatap cemerlang.

Mignolet
Clyne Skrtel Sakho Moreno
Milner Lucas Emre
Lallana  Coutinho
Firmino

Ada perkara yang sangat luar biasa berlaku kepada Chelsea sekarang ini. Dari pasukan juara Liga walaupun dengan majoriti pemain yang sama dan pengurus yang sama, tapi nasib mereka tak secerah musim lepas. Ada gosip yang Mourinho telah dapat undi tidak percaya dari pemain-pemain senior. Ada perancangan nak sabotaj beliau oleh pemain nak bagi beliau kena pecat. Malah keputusan dengan Liverpool bakal jadi titik-tolak nasib Mourinho yang bakal jadi penggangur terhormat. Lagi menarik pula brader Brendan Rodger nak dijadikan pengganti. Tapi lebih mengarut ada rakan Chelsea yang cakap ada pembawa sial dalam pasukan. Ianya dibawa masuk dari Menyu, paham-paham lah siapa dia.

Kadang bila dengar gosip camtu, boleh senyum sahaja. Jangan nak percaya sangat walaupun ada kemungkinan Chelsea memang ditakdirkan akan kalah kepada pasukan kita. Itu bukan sebab pasukan mereka kena sabotaj dari dalam, tapi pasukan kita memang dah semakin nak gempak dari hari ke sehari. Pergi ke Stamford Bridge dengan semangat yang tinggi, untuk lawan pasukan yang tengah berserabut memang ditunggu-tunggu. Misi untuk mengebom Jambatan Stamford tak semudah yang disnagka, namun apa yang dibawa oleh Klopp bukan sahaja corak permainan yang rancak tetapi bagaimana nak kembalikan semangat perjuangan yang membara.






Oct 26, 2015

LIVERPOOL 1-1 SOUTHAMPTON


Bila masuk rumah baru, duit gaji jauh lagi, kena guna perabot-perabot buruk tinggalan penyewa lama. Memang rasa nak buang dan terajang bagi relai tapi tuan rumah kat pakai dulu, kot-kot ada yang nampak buruk tapi boleh dikilatkan dan boleh pakai lama. Itulah metafora keadaan Kloop dengan skuad tinggalan Brendan Rodgers. Kena cari dan olah pemain sedia ada dan bersabar hingga pintu perpindahan dibuka Januari ini.

Ambil perhatian tentang sejarah diri Klopp semasa musim pertama di Dortmund. Hampir 14 perlawanan berkesudahan seri. Klopp bukan macam Harry Porter, ada tongkat ajaib tunjuk sekali, apa nak boleh berubah sekelip mata. Dia dah masak dengan cara nak tangani kelab pra-sejarah macam Liverpool. Macam tak biasa Dortmund juga ada persamaan, kelab pemenang Liga Juara-Juara 1997 lepas tu lingkup habis dan dibangunkan pada era Kloppomania.

Carragher dan Souness jadi pengacara di Skysport. Sori saya layan versi UK, mana layan Astro punya. Carragher punya loghat haram tak faham sangat tapi rasa dia banyak kritik pasukan punya permainan masa separuh pertama. Nak harap Origi nak beraksi macam Sturridge jangan haraplah sebab kita tahu Origi mungkin sekadar jelmaan Ngog. Tapi fakta Souness lebih jelas dan ikhlas sebab dia nampak bagaimana Klopps terpaksa telan legasi tinggalan Brendan, seperti dia buat dulu kat Roy Evans awal 90an.

Secara jujur, Klopp menyatakan bolasepak bukan cerita dongeng si pari-pari. Pasukan bekerja keras seperti dalam latihan, mungkin segalanya sempurna, namun keputusan tak berikan apa yang dikehendaki. Apa yang Liverpool perlukan atas padang bukan penguasaan bola, tetapi perancangan bila bola dikaki. Saya nampak bukan moral pemain yang kena perbaiki, tetapi keperluan memperbaiki membuat keputusan. Pemain macam Emre dan Moreno paling nampak belum matang dari segi itu sebab masih mencari pengalaman.

Jaringan Benteke memang tak perlu gerakan banyak, hanya hantaran tinggi kearah kawasan tengah kotak yang mana ada sasaran dan boom Benteke sambut dengan tandukan padu melepasi penjaga gawang Soton. Namun saya hairan juga mulanya, masa Origi main satu haram pun hantaran lintang samada dari Clyne atau Moreno nak cari Origi. Salah satu punca kerana Origi bukan jenis pandai cari kedudukan nak bagi kawan nampak bola cari kepala. Lagipun Origi bab menanduk memang tak ada bakat kot.

Dalam rakan-rakan dok meraikan kemenangan, saya bagitahu yang tunggu saja serangan si Sotong untuk cari gol penyamaan. Masin mulut, tak sampai 5 minit lepas gol Benteke, kesilapan Milner dari hero kepada badut, menghadiahkan sepakan percuma dari kawasan kanan. Apa pun yang berlaku adalah kombinasi dari keletihan dan kealpaan pemain untuk menjaga kawasan sebelah kanan. Sepakan percuma pemain Sotong, hala kearah kiri kotak penalti Liverpool  dan Fonte menanduk kearah berlawanan dan tetiba Mane yang tak dikawal meluru untuk menghadiahkan Sotong gol penyamaan.

Derita juga bila dah hampir nak dapat kemenangan sulung tapi dirampas oleh Sotong durjana untuk kongsi mata. Tapi bila kita rasa kecewa, jangan lupa ada lagi orang yang lebih kecewa dari kita. Jangan buat tak tahu pasukan mana, alah pasukan yang punyai pengurus terlampau Spesel tu. Jadi penutup kita harap sekalian peminat jangan komplen banyak tentang situasi Klopp. Dia perlukan masa dan peminat harus dibelakang beliau untuk beri sokongan. Cuma mungkin ramai tak sabar nak tunggu Januari.



Oct 24, 2015

LIVERPOOL LAWAN SOUTHAMPTON



Saya dah bagitahu yang Kloppomania takkan berjaya secara mendadak disebabkan kualiti pemain sedia ada. Kalaupun Klopp berjaya merubah tinggalan Brendan dari pemain sederhana kepada pemain bintang, ianya perlukan proses yang memakan masa dan juga bakal membuang mata. Pemain sedia ada terpaksa belajar benda baru dan Klopp juga terpaksa memilih dan mengeksperimen keseluruhan pemain untuk mendapatkan kesebelasan ideal. Setakat ini keputusan tak berapa gempak, namun permainan meningkat. Yang tak meningkat banyak adalah kutipan mata.

Kembalinya Benteke dan Firmino bakal saksikan kesebelasan mungkin sekali lagi bakal berubah. 4231 masih dikekalkan dan mungkin Benteke akan menggantikan Origi dan Firmino menggantikan Milner. Milner memang timbalan ketua pasukan, tetapi bukan bermakna dia dapat tempat otomatik jika Klopp mahukan kesebelasan terbaik. Lucas dan Emre yang nampak marbeles dalam 2 perlawanan terdahulu. Allen terpaksa berkorban lagi untuk memanaskan bangku simpanan. Sekarang samada Klopp mahu kekalkan Skrtel atau beri peluang kepada Kolo main sebab Skrtel memang tak boleh belah dalam sistem baru.

Mignolet
Clyne  Kolo Sakho  Moreno
Lucas Emre
Firmino Coutinho Lallana
Benteke


Oct 21, 2015

PIALA EUROPA : LIVERPOOL LAWAN RUBIN KAZAN



Kita dah lihat bagaimana askar Klopp bertempur di White Hart Lane dengan penuh semangat juang. Bila tengok kali kedua perlawanan, nampak macam kena air ketum pun ada, berlari macam tak cukup tanah. Selalu lari 100kmj, tapi dah langgar perangkap laju lebih dari 110kmj. Saya pernah dapat jurulatih macam ni dulu masa main bola kat sekolah. Kemahiran no.2 yang perlu jangan pancit selama 90 minit sebab, buah penamat selalu yang tentukan kemenangan atau kekalahan. Latihan hanya Tuhan yang tahu, macam nak bebal tapi kesannya memang dirasai, main tengah panas terik pun, Negro pun tabik.

Berbalik kepada skuad Kloppo. Bila perlawanan sulung Liga Perdana pun kita tengok ada pembaharuan yang ketara, mungkin ramai yang nak tahu camna pula di Eropah. Kita akan faham kehendak Klopp dengan kesebelasan yang bakal turun nanti. Kalau direhatkan pemain utama untuk Soton, maka memang tiada sasaran. Jikalau hampir majoriti pemain yang terbaik diturunkan lebih kurang macam Spurs haritu, maka fahamlah kita memang Klopp pandang serius mahukan medal bila peluang masih terbuka.

Bagi saya pula kalau dipihak Klopp, saya nak letak pemain yang tak ada potensi keletihan atau tak ada rasa macam nak cedera untuk perlawanan nanti. Ini pandangan yang tak berapa faham Sains Sukan, tapi secara hukum alam, pemain muda macam lebih sesuai dengan taktikal Klopp untuk diekperimenkan. Pasukan Rusia pun bukan jenis taktikal sangat, dan memang main berterabur juga. Jadi tak perlu nak terlalu nak bermain selamat sangat. Malah Carragher dalam bicara taktikal mengenai taktikal Klopp, harap penggiliran pemain kena lakukan untuk elak keletihan melampau dan kecederaan akibat terlebih pulun.

Oct 19, 2015

LIVERPOOL 0-0 TOTTENHAM



Tiada siapa yang boleh anggap Klopp akan bawa kejayaan semudah makan kacang goreng.  Tetapi setelah perlawanan dengan Spurs nampak ada perubahan ketara yang berlaku. Kita memang tak boleh harap tinggi sangat dengan hampir 7-8 pemain utama cuti sakit. Kalaupun tak menang Klopp telah beri keyakinan pemain boleh meningkatkan diri untuk ikut arahan. Menurut statistik perlawanan ini, pemain lebih banyak beraksi dengan purata melebihi 50% dari perlawanan sebelum ini. Jangan kata Emre yang paling menonjol, Lallana dan Coutinho yang tak berapa agresif pun naik-turun bantu pasukan. Tempoh latihan singkat hanya 3 hari menjelang perlawanan tetapi pemain sekarang nampak faham keperluan taktikal.



Disebalik ada peningkatan dari majoriti pemain, namun ada beberapa orang yang kita nampak tak berupaya nak perbaiki permainan. Contoh paling ketara ialah Skrtel. Dia dijadikan lubuk oleh pemain Spurs dan banyak gerakan berbahaya datang dari sebelah sana. Dengan menjadi mangsa Kane, dia jadi liabiliti pasukan dan nasib baik Sakho dan Mignolet cemerlang. Nasib baik juga Clyne banyak membantu. Begitu juga dengan Milner, salah satu sebab kenapa Njie dan Kane berleluasa dikanan kerana Milner kadang kala lambat turun bantu. Dari segi penguasaan bola pemain macam Milner dan juga Lallana nampak kalut sangat. Banyak opsyen mudah mereka bagi susah diri. Sampaikan nak pegang bola lama sangat kat bawah hingga boleh bahayakan pasukan.

Corak permainan Klopp adakalanya nampak berisiko untuk pemain lembik berpotensi untuk bakal cedera. Mungkin latihan lepas ini lebih banyak tumpukan kekuatan otot dan urat kaki. Kalau tak masakan pemain nak harungi 90 minit tanpa berhenti-henti berlari. Kalau pemain sedia ada yang tak reti nak beza main agresif atau main kasar, mungkin potensi mengumpul kad kuning ke kad merah boleh berlaku. Apa yang kita nampak pemain berlebih-lebih nak menonjolkan diri. Bukan nampak diaorang nak tiru macam Dortmund main, tapi lebih kepada Crystal Palace, kadangkala nampak celaru taktikal sebab tak berapa faham lagi konsep yang Klopp betul-betul mahukan. 

Jangan dilupa nak menang,  kena pastikan peluang dimanafaatkan untuk jadikan gol. Setakat sekarang tinggal Origi penyerang utama. Permainan dia sekadar OK, nak kata tak bagus dia nampak berbahaya juga sampai Spurs adakalnya susah nak jaga beliau. Tapi dia memang tak punyai penyudah yang baik macam Sturridge atau Benteke mahupun Ings. Tak pasti bila 3 yang lain nak pulih, namun kita harap Origi kena manafaatkan peluang tak dipersiakan. Jangan jadi macam Balotelli musim lepas, masa Sturridge cedera dan dia dapat kesempatan, tak reti nak ambil peluang. Lagi satu Lallana dan Coutinho perlu juga jadi penyumbang gol kerana takkan nak letak bebanan atas kepala Origi sahaja.

Oct 16, 2015

LIVERPOOL LAWAN TOTTENHAM


Komentar pertama untuk tulisan lepas punyai hujah wajar bahawa andaian beliau Liverpool mungkin lebih dari Piala Europa. Mungkin itu maksud dia. Bagi saya sendiri mungkin ianya boleh dicapai tetapi masalah sekarang Klopp bermula agak lewat sebab kena hadam apa yang ada. Nak ajar Skrtel supaya jangan gostan bila penyerang meluru masuk, nak bagitahu Lallana jangan buat pusingan Cruyff melampau sangat nanti Cruyff sendiri tak boleh cari makan. Nak ajar macam-macam kebiasaan pemain yang kita nampak meluat dalam perlawanan untuk main Gegenpressing mungkin makan masa. Masa itulah yang saya sendiri anggap musim ini kita bakal merangkak dulu tapi bergantung kepada pemain nak lepak atau berlari tanpa disuruh.

Kita buat bandingan dengan kehendak Klopp berbanding skuad sedia ada. Corak "Heavy Metal" dapatkah disesuaikan dengan Lucas, Milner dan Skrtel yang pikap lambat. Takut dia jadi macam Brendan kena ubah corak kepada tempo perlahan, mungkin rentak rock juga tapi versi jiwang tangkap leleh. Saya bukan risau tentang keupayaan taktikal Klopp dan pembantu beliau Encik Buvac. Tapi risau pemain yang bakal punahkan harapan semua orang termasuk peminat yang sangat optimis sampaikan sanggup letak pengharapan terlalu tinggi. Klopp sendiri cakap musim ini dia tiada sasaran dan hanya selidik dan perbaiki mana patut. Januari mungkin ada jika nampak pasukan sekarang tak mampu ikut Heavy Metal.

Ketiadaan pemain penyerang seperti Benteke dan Ings, tak berikan impak kerana ramai dah tahu sistem 4231 yang bakal digunakan. Apa yang diperlukan adalah penyerang berkualiti macam Sturridge. Klopp obses dengan menghambat lawan dari atas jadi gunakan penyerang ramai tak berguna. Ramalan ramai yang trio Coutinho, Milner dan Lallana bakal diturunkan. Kalau ada Firmino calon kuat ganti Lallana. Dua pemain tengah tiada pilihan banyak, Lucas pasti sekarang Emre atau Allen mungkin juga Rossiter. 

Bahagian paling penting dalam sistem Kloppo bukan ditengah tetapi dibawah. Beliau mahukan pertahanan yang solid tetapi kebolehan teknikal serta takikal yang bagus. Yang nampak sekarang solid masih jauh, perlu diperbaiki. Namun boleh pegang bola takada masalah sebab zaman Brendan pun dah terbiasa. Paling mudah Sakho dan Skrtel, namun kalau ada Gomez mungkin dia ancaman buat Skrtel. Sekarang paling kritikal ialah mampukah nak main terlalu keatas sebab bukan bek sahaja yang perlu pantas, penjaga gawang juga kena main ala Sweper. Secara jujur Mignolet akan kantoi tapi mungkin tahap konfiden jadi lain era Klopp.

Saya nampak pertembungan dengan Spurs nanti adalah satu pertembungan menarik bukan saja perlawanan sulung bagi Klopp. Tapi Spurs juga sedang main bagus. Saya minat beberapa pemain mereka terutamaya Delli Alli. Tapi kelemahan Spurs dibahagian pertahanan harus dipergunakan. Kalau nak menang kena buli bek dengan serangan pantas. Juga pastikan bahagian tengah dihalang dari pegang bola lama sebab jika bekalan sampai kepada Kane memang bahaya. Kane juga jangan biar diluar kotak bila ada peluang rembatan dia memang tak mampu dihalang. Terakhir jangan bagi kesalahan bodoh depan kotak penalti, sebab itu yang digemari Erikson nak tambah koleksi gol sepakan percuma.




























PANDANGAN LIVERPOOLKITA TENTANG KLOPP



Terimaksih kepada yang sudi buat undian. Kita tengok dulu setakat 65 undian,

Juara Liga ------------------- 9 (13%)
 Pencabar Kejuaraan ------ 14 (21%)
 Empat Terbaik------------  42 (64%)
 Piala Europa ---------------8 (12%)
 Pertengahan Liga ---------3 (4%)

Ini pandangan peminat tegar, kalau tak tegar buat apa nak buang masa masuk undi. Pandangan mereka ini saya buat kajian kes bahawa ramai ramal Klopp akan bawa Liverpool 4 terbaik musim ini. Ramai juga undi pencabar kejuaraan dan hampir antara Juara Liga dan Piala Europa. Hanya 3 undi dari peminat yang takut nak bagi pengharapan. Kalau ramai lagi undi pun peratusan takkan berubah sangat sebab peminat Liverpool punya kematangan tinggi. Mereka banyak baca, kaji dan pandai buat andaian sendiri keadaan Liverpool di bawah pemilikan FSG.

Mungkin orang nak tahu pendapat penulis Liverpoolkita tentang Klopp sebelum perlawanan dengan Spurs. Sebab lepas lawan Spurs mungkin andaian lain pula akan muncul. Pengharapan peminat bila pengurus macam Klopp datang ke Anfield tak macam Benitez datang 2005 dulu. Benitez datang masih ramai yang sangsi beliau dapat sesuaikan diri dengan cepat sampai memang Piala Liga Juara-Juara musim pertama. Tapi beza Rafa ialah dia dapat pemain tinggalan Houllier yang dah baham 3 Piala sebelum itu. Jadi pemain Rafa memang dah ada ciri-ciri juara.

Tetapi pemain tinggalan Brendan berapa kerat yang pernah menang Piala. Malah pemain paling lama macam Lucas pun tak nampak boleh jadi ikutan pemain baru. Disinilah tugas berat Klopp untuk menjadikan pasukan tinggalan Brendan yang hilang jati diri dan identiti, menjadi pasukan terbaik. Kita tak kata pemai n sedia ada tak bagus. Klopp sendiri cakap yang dia nak buat penilaian dulu dan tengok macamana sebelum nak rombak pasukan. Ini mungkin sebab dia perlu menunggu hingga Januari baru boleh buat langkah pertama. Sehingga itu pemain sendiri akan pulun gila-gila nak tunjuk yang mereka bagus.

Sekali nak bandingkan Rafa lagi. Jika Klopp kitar semula pemain sedia-ada, dia mungkin kena tiru Rafa. Kita tengok bagaimana Rafa jadikan Traore bek kiri utama yang menjulang Liga Juara-Juara. Manatahu Enrique boleh kembali bersinar, Lovren jadi macam Nesta atau Allen jadi sehebat Xavi. Itu tak mustahil sebab saya nampak Klopp punyai banyak perkara yang spesial walaupun dia mahu digelar normal. Pertamanya idea beliau nampak gempak macam "Gegenpressing". Tapi gegen nak sama teori zaman Brendan hampir memang Liga, cuma Klopp lebih kepada mahukan pasukan solid bertahan dulu, barulah menyerang.

Lagi satu Klopp dari sejarah Dortmund juga pandai eksprerimen letak pemain diluar posisi. Klopp jadikan Schelmer dari pemain sayap kepada bek kanan. Brendan tak berjaya sebab apa. Sebab dia buat perjudian letak pemain tak kena dengan kekuatan pasukan. Gomez bukan bek kiri dan tak membantu bila menyerang. Macam kes Ibe dia bukan pemain sayap bertahan, sebab tak punyai deria bertahan walau secebis. Kalau Klopp mungkin dia jenis realistik nak bubuh pemain luar posisi. Kalau pemain lemah nak terjah lawan pun tak reti cam Ibe, saya rasa jangan harap dia nak letak bek kanan.

Kelebihan Klopp ialah macam kita tahu dia punyai pengalaman di Mainz dan Dortmund yang berjaya bukan sebab duit banyak, tapi pandai gunakan pemain Akademi. Saya rasa ini satu faktor yang bakal disukai ramai . Sebab pemain muda bukan sahaja bakal menjimatkan poket FSG, tapi kebanyakan yang kita ada nampak berbakat dan kemahiran tinggi. Bila dapat peluanng dan sekaligus asuhan serta motivasi, gelaran Fowler baru, Owen baru, Gerrard baru serta Carragher baru bakal menjadi nyata. Saya jenis suka tengok pemain muda naik dan jadi bintang sebab macam jadi kepuasan, berbanding jika beli pemain bintang, walaupun mampu macam Lewandowski.

Jadi nak ringkaskan dan berikan pendapat secara andaian. Saya berada dipihak Piala Europa. Tak mahu sembang kencang takut kecewa dihujung hari. Walaupun kita nampak kelebihan dari pelbagai segi, namun dipihak Klopp sahaja tak cukup. Saya sendiri pon tak pasti Klopp boleh adaptasi dengan cepat Gegenpressing atau apa-apa falsafah untuk pasukan sedia ada sekarang .Sebab satu saja yang saya nampak ialah tiada seorang pun pemain yang hampir berwibawa macam Steven Gerarrd, atau bersemangat macam Carragher. Kalau ada saya orang pertama letak pencabar Liga sebagai sasaran.

Oct 12, 2015

PANDANGAN BERBENTUK UNDIAN TENTANG KLOPP


Belum lagi perlawanan pertama, mungkin ramai hairan kenapa nak buat undi dulu. Kita nak tengok peminat yang dok terawang-awang keterujaan tentang Klopp supaya turun ke bumi sekejap. Fikir dan buat andaian sendiri. Kita tengok keputusan ramai dan bandingkan kena tak tekaan kita dengan apa yang kita harapkan sekarang dengan apa yang bakal berlaku habis musim 2015/16. Panel undian ada kat sebelah kanan Blog.

CABARAN KLOPP DENGAN PIHAK FSG


FSG adalah pemilik bolasepak Liverpool. Perangai mereka tak sama dengan Towkey Chelsea atau Man Citeh, yang akan suntik duit poket untuk kuatkan pasukan. Tetapi FSG lebih meniru aplikasi Arsenal, yang pentingkan kestabilan ekonomi tanpa nak belanja gila babes cam Menyu. Modul Arsenal juga sengal sebab mereka tak pedulikan hati peminat, sebab Wenger kebelakangan ini hanya mahu puaskan dan penuhkan kantung pemilik, bukan melabur untuk kuatkan pasukan demi kejuaraan.

Sebab itulah FSG kalau boleh nak Brendan berjaya sebab dia nak sama perangai dengan Wenger. Patuh dan tak berani nak mintak lebih-lebih. Sistem pengurusan kewangan FSG bagi saya taklah mengarut. Kedekut bukan terma yang betul sebab mereka dah bagi 300juta kepada Brendan Tetapi lebih kepada pendekatan pelaburan secara selamat. Iyalah macam kita nak melabur dalam Unit Amanah, kita mesti nak cari keuntungan semaksima  mungkin tetapi kena kaji risiko dulu samada nak potfolio agresif, sederhana atau jangka panjang.

FSG awalnya cuba terapkan konsep "Moneyball" atau dalam erti kata lain mereka gunakan sistem pengambilan pemain berdasarkan statistik. Kalau nak tahu cerita pasal lebih lanjut pasal boleh cari DVD cerita "Moneyball" lakonan Brad Pitt. Dari filem itu kita mungkin ada idea bagaimana Billy Beane dan  Paul DePodesta meRevolusikan sukan bola lisut dengan pendekatan sabermetrics untuk kelab Oakland Athletics. Nak tulis panjang lebar kena buat edisi khas, namun nak senang beli DVD atau google sendiri.

Sistem Moneyball itu bagus, yang tak bagus ialah mereka gunakan Comolli sebagai Pengarah Bolasepak, mungkin sebab dapat rekemen dari Paul DePodesta sendiri kot. Bukan nak perlecehkan Kenny Dalglish, tetapi kata putus Kenny juga adalah penyebab sistem itu tak berkesan. Ianya berlaku memang tak dirancang, tetapi berkisar kepada pemergian mengejut Torres ke Chelsea dan pembelian Carroll dari Newcastle. Kalau Torres kekal dan Carroll tak datang mungkin Liverpool tak senasib sekarang. Maaf sebab dok ulas benda yang dah lepas, tapi realitinya saya nampak kat situ segalanya menyebabkan Liverpool kembali kebelakang 10 tahun.

Bila dah beli Carroll, Kenny dan Comolli terpaksa cari jalan untuk beri kemudahan kepada pemain itu. Ianya dengan beli beberapa pemain yang pandai buat hantaran tinggi. Maka dapatlah Charlie Adam, Henderson dan Downing. Jangan lupa pembelian mereka adalah dari hasil buah tangan Moneyball itu sendiri. Comolli bukan main redah saja beli, tetapi dia aplikasikan unjuran data, sampel video dan lain-lain dah maka itulah yang beliau dapat. Ok saya bagi contoh kalau Moneyball diaplikasikan untuk cari pelengkap kepada Suarez, tak dapat bayangkan bagaimana hasilnya.

Kita tahu FSG ambil jalan mudah untuk memecat Kenny disebabkan beliau sekadar bawa Liverpool ke tangga 7. Ketika itu ramai berbelah bagi, sebab ada yang percaya Kenny dah bawa Liverpool apa yang dia termampu. Namun ada juga segelintir peminat yang terlalu sentimental dengan Kenny kecewa sebab FSG tak nampak sekurang-kurangnya Kenny berjaya dapatkan Piala Liga dan hampir dapat Piala FA. Sebenarnya Kenny sendiri bagitahu dia sekadar pengurus sementara untuk stabilkan pasukan disebabkan pengalaman dan tahu Liverpool luar-dalam.

FSG mahukan pengurus yang lebih berwibawa dan kalau boleh ada wawasan jangkamasa panjang. Ramai yang ditemuduga, paling awal Roberto Martinez, tapi Liverpool lebih suka wawasan Brendan Rodgers dan kita tak tahu apa yang dia klentong masa temuduga. Malah Luis Van Gaal juga pernah datang temuduga, dengar kata perangai LVG yang terlalu mendesak membuatkan mereka terpaksa jaukan diri dari pengurus Menyu itu. Jangan lupa juga ketika itu bekas pengurus Rafa Benitez macam melambai-lambai dari Inter Milan. Dan-dan lepas FSG pilih Brendan, Rafa merajok ambil-alih Chelsea.

Dan ketika era Brendan juga pendekatan FSG sekali lagi berubah tentang polisi pengambilan pemain. kali ini melupuskan jawatan Pengarah Bolasepak dan memperkasakan sistem pengambilan pemain dengan menubuhkan (Transfer Committee) ,pasukan yang memantau dan membuat keputusan bersama mengikut polisi FSG. Brendan cakap saja dia nak pemain macamana, hitam-putih, tinggi-kurus, laju-perlahaan dan macam-macam lagi kriteria, maka geng pemantau akan cari sasaran terbaik dan mereka akan bermesyuarat dan buat keputusan bersama. Tiada kuasa veto dari pengurus, namun apa yang Brendan mahukan akan disediakan sebaik mungkin, tanpa boleh memandai-mandai.

Era Brendan dah berakhir bukan kerana kesalahan berada dikepala Brendan sahaja. Beliau tak bernasib baik dari segala segi. Tapi apa yang kita nampak Brendan tak punyai personalti yang kuat demi kepentingan pasukan yang beliau bawa. Dia terlalu ikut polisi FSG sampaikan nampak setuju dengan penjualan Suarez tapi tak gantikan pemain setaraf. Bagi kes Alexis Sanchez, bukan sebab London sangat tetapi Alexis tak tahu siapa Brendan sebelum ini. Mungkin bukan Brendan tak mahu bida pemain bintang lain tapi mereka yang tak mahu bersama Brendan.

Nah sekarang PSG telah membuat satu keputusan paling terbaik dalam bolasepak Liverpool dengan mengambil Jurgen Klopp. Mulanya takut juga sebab FSG menilai Klopp punyai perangai degil, keras kepada dan ikut suka dia nak buat apa. Tak kenal maka tak cinta. Bila dah dipanggil bersemuka dan memberikan agenda-wawasan sendiri, pihak FSG telah memberikan jawatan pengurus kepada beliau dengan terma 3 tahun. Ada juga yang kurang berpuashati kenapa tidak Ancelotti sebab Carlo nampak lebih hebat. Untuk makluman Ancelotti sedang menunggu Chelsea, Arsenal atau Menyu. Dia jenis elitis, tak mahu nak susah payah bangunkan kelab bermasalah macam Liverpool.

Klopp rupanya adalah pengurus yang penuhi ambisi FSG. Klopp cakap kisah pengurusan nak pakai polisi apa. Dia pernah bekerja dalam situasi gawat di Mainz dan Dormund yang pada mulanya berrbajet sangat cikai dan kemut. Kelebihan Klopp pandai menggunakan pemain muda dari akademi cam Gotze dan cari pemain berbaloi macam Lewandowski dan Kagawa memang idaman FSG. Brendan juga bagus bagi peluang kepada pemain muda cam Ibe, Rossiter dan Gomez. Namun Klopp diharap bukan beri peluang tapi menjadi pengasuh yang berjaya macam dia buat kat Hummels.

Kita harap bila dah FSG dan Klopp bersatu, segala apa yang mereka buat dengan Brendan dulu dapat diperbaiki. Klopp adalah pengurus bertaraf dunia. Dia boleh sahaja dapat jawatan di kelab besar macam Bayern sebab musim depan Guardiola nak pergi Man City. Ataupun berebut dengan Ancelotti nak ganti Mourinho di Chelsea. Tapi sanggup terima cabaran dengan kelab pra-sejarah yang masih terumbang-ambing. Pengerusi Liverpool, Tom Werner berjanji akan lebih praktikal dan akan membantu Klopp dengan sebaik mungkin. Kita harap toksah sembang kosong, sebab Klopp mungkin ada kelebihan dan pengalaman, tapi jika diberi macam apa yang Brendan dapat, mungkin apa yang tak dapat dibayangkan bakal berlaku.

Oct 10, 2015

BUT, LEVIS DAN FALSAFAH



Gaya Klopp yang selamba dengan seluar Levis fit, but tinggi serta berbagai falsafah dan sentimental ketika wawancara kali pertama di Liverpoolfc.TV, sungguh mengujakan. Macam cerita "Great Teacher Onizuka". Beza Onizuka dengan  Klopp banyak tapi persamaan adalah mereka datang untuk buat perubahan dengan falsafah berbeza dan luar biasa, walaupun dibawah tekanan dan berikan orang sekeliling rasa bahagia. Tak bahagiakah bila kita tengok wawancara yang penuh senyuman gelak ketawa. Tapi yang penting beliau nampak begitu realistik tentang Liverpool dan peminat the Kops.

Bila ditanya cakap haritu nak rehat cari ketenangan. Klopp selamba jawab, bila ada peluang camni apa nak tunggu bila dah peluang depan mata.Macam bermimpi, bangun tidur jadi pengurus Liverpool. Namun bagi Klopp beliau cukup bersedia, walaupun tak sangka boleh terima tugas ini. Malah Klopp berasa situasi Liverpool taklah rumit sangat macam orang lain rasa. Pasukan yang dia warisi bukan tak bagus, tapi dia mahukan semua yang sangsi percaya akan ada perubahan yang menanti. 

Bab paling menarik ialah tentang kejuaraan Liga. Bagi Klopp 25 tahun terlalu lama. Kita tak boleh sentiasa nak bawa kenangan itu selama 25 tahun ini. Kita mampu nak tunggu dan bukan nak tunggu smapai 20 tahun, namun kita akan rancang mungkin ianya dalam 4 tahun, kita mampu dapatkan kejuaraan.  Yang semua wartawan gelak terbahak-bahak bila ditanya lagi apa yang beliau gambarkan diri beliau. Kloop jawab dia jika ada orang dalam bilik ini rasa beliau mampu buat keajaiban, Tidak dia nyatakan dia sekadar orang biasa. Dia seorang yang biasa-biasa aja (Normal One). Kita tahu dia sedang perli siapa.

Sambungan tentang taktikal Klopp untuk Kops dalam ruangan akan datang.

Oct 7, 2015

PEMECATAN YANG DIJANGKA

kredit goal.com


Maaf kalian semua. Abam Tokey tak dapat nak tulis apa-apa minggu lepas, disebabkan terpaksa temani anak di wad hospital, hampir 5 hari. Topik ini memang patutnya kalau tak ada aral melintang adalah topik hangat dan sungguh mengujakan nak diceritakan. Ramai yang dapat makluman dalaman bahawa pihak pengurusan dah berbincang tentang masadepan Bredan sejak sebelum perlawanan dengan Everton lagi. Ada yang mengatakan kalaupun Liverpool menang dengan Everton ianya tak bermakna apa-apa sebab algojo si pemacung kepala telah dipanggil, orangnya ialah Craig Gordon, salah seorang eksekutif besar lembaga pengarah FSG. Dia tak pakai kapak cuba pakai peranti kecil bermana telefon. Panggilan maut itu menamatkan kerjaya Brendan Rodgers sebagai pengurus paling berjaya habiskan dana kelab kira-kira dekat 300juta pound.

Kadangkala nak marah juga pihak FSG sebab lambat sangat ambil tindakan. Patutnya perlawanan memalukan dengan Stoke hujung musim, tewas 6-1 adalah masa yang sesuai. Biar pengurus baru masuk untuk buat persediaan pra-musim dan dapat dana yang bagus. Tapi tak, mereka biarkan Brendan belanjakan beli pemain mahal tapi tak sesuai dengan corak permainan sebelum ini. Tambahan pula kalau pengurus baru masuk awal sikit, barangkali penjualan Sterling dapat dielakkan, manatahu kan. Sikap FSG sendiri yang memang macam tak ambil berat perihal dalam padang hanya memandang aspek kewangan dan keuntungan salah satu mengapa Brendan masih kekal sehingga minggu lepas. Mereka tahu Brendan jenis tukang angguk. Suruh jual Suarez jual, tapi kena beli pemain kurang ternama tapi berpotensi, mahal pun takpa.

Kita sebagai peminat merasa ianya satu tindakan baik pemecatan, sebab Brendan dah berikan apa yang termampu. Dia harus dipuji kerana berikan Liverpool satu musim yang hampir nak dapat kejuaraan Liga Perdana. Lagipun Brendan dah cakapkan, tunggu 3 musim baru nilaikan prestasi beliau. Kiranya pihak FSG dah cukup bersabar sebab dah bagi talian hayat lagi 2 bulan tambahan. Kita tahu Brendan masih baru alam arena bolasepak. Walaupun mentor beliau Mourinho, namun cara beliau dan tok gurunya tak sama. Brenda nampak mahukan bolasepak dimainkan dengan penuh seksi dan lebih menarik. Sebab itulah beberapa pemain yang dibeli macam Sturridge dan Coutinho yang kreatif serta mampu bawa diri atas padang sahaja berjaya dibawah kendalian Brendan. Pemain yang kena masih perlu asuhan tak berapa nampak, malah pemain macam Ibe kian merudum prestasi.

Sekarang ini Liverpool sedang dalam pencarian pengurus baru. Jurgen Kloop, bekas pengurus Borussia Dortmund sebagai sasaran utama, disamping Ancelotti , De Boer dan Di Matteo juga Gary Monk. Ada sumber sahih macam Ben Smith, kolumnis sukan The Times mengatakan Klopp dah setuju nak jadi pengurus Liverpool, cuma beberapa terma penting belum dipersetujui. Salah satunya yang paling menarik ialah untuk menghapuskan Pasukan pengambilan pemain (Transfer Comittee). Klopp nampak dia takmahu terjerat macam Brendan, sebab pasukan pengambilan macam amalkan sistem undian. Kalau majoriti mahukan Benteke dan sedikit mahukan Lacazette, maka pemain yang lebih kualiti macam Lacazette yang sesuai dengan sistem Brendan, takkan dibeli walaupun mungkin Brendan perlukan Lacazette.

Apa pun kita harapkan yang terbaik buat Brendan dan terbaik juga buat Liverpool untuk masadepan. Kiranya situasi menang-menang sebab Brendan dapat pampasan dekat-dekat 7 juta pound. Kalau simpan ASB boleh goyang kaki sampai pencen. Cuma kita mahukan pihak pengurusan lebih terbuka dan faham kehendak bolasepak moden. Jangan nak tengok jangka masa terlalu terkehadapan sangat, beli pemain muda sangat harap-harap meletop jadi bintang. Beli macam Suarez, pemain antarabangsa yang dah lama main tapi cuma berada di Liga tak ternama macam Belanda. Lagi satu kalau nak beli pemain muda kena pastikan sesuai bukan sahaja dari aspek  permainan sahaja, tapi kekuatan mental juga perlu sebab jangan lagi terbeli pemain kaki kelab macam Balotelli.

Oct 2, 2015

LIVERPOOL LAWAN EVERTON


Perlawanan kejiranan kali ini bagi saya paling tak meriah sepanjang zaman saya ikuti Liverpool sejak awal 90an lagi. Malah ramai lejen sendiri macam Carragher, Lawrenson, Souness banyak beri komen tentang pasukan yang tak berapa sedap didengar oleh mereka-mereka yang tak mahukan realiti yang kelat dihadam tapi ianya benar berlaku.

Masalah utama bukan pemain tetapi Brendan yang tak berapa nak belajar dari kesilapan. Kita tahu banyak perkara yang patut beliau buat tanpa perlu bagi susahkan diri macam taktik dan formasi banyak jadi persoalan. Kelompongan sistem 3-4-3 bukan disebabkan pemain tak turut arahan, tapi beliau turunkan pemain tak kena posisi. 

Contoh macam perlawanan dengan Sion, Ibe main sayap kiri bertahan. Budak tu memang bleh menyerang, tapi bertahan dia tak mampu nak lindungi Gomez macam Moreno buat. Memang gol penyamaan Sion Gomez harus dipersalahkan, namun bagi budak yang tak biasa main sistem 3 bek kenapa nak jadikan kambing hitam tak dapat kutip 3 mata. 

Perlawanan denga Everton nanti mungkin teramat sengit sebab tekanan di pihak Liverpool. Kita mungkin ada Sturridge, hero tunggal yang bakal jadi penentu perlawanan. Namun Everton menaruhkan Lukaku yang sedang meletop-letop kebelakangan ini untuk menjahanamkan bek kita yang tak berapa kebal. Kita harap pemain pertahanan tak alpa dengan serangan Everton yang kian menjadi-jadi.

Saya tak dapatkan sahkan cerita ini, tetapi menurut sumber dalaman perlawanan kejiranan ini bakal menentukan untung-nasib Brendan Rodgers samada bakal diberikan peluang lagi atau dipecat sejurus selepas perlawanan. Ini kerana jika pengurus baru datang, beliau ada masa untuk persediaan pasukan kerana Liga berehat untuk perlawanan antarabangsa. 

Oct 1, 2015

BERITA PEMAIN LIVERPOOL BERSAMA SKUAD ENGLAND


Terima kasih buat Roy Hodgson kerana tak menyertakan Sturridge dalam skuad England kali ini. Kita boleh tengok yang Roy memang konfiden serangan England yang biasa-biasa jika tanpa Sturridge, takkan tak boleh baham negara Estonia yang hanya sebesar Perlis dan Lithuania negera pecahan USSR itu. Contoh kalau kena lawan pasukan besar macam Jerman atau Sepanyol, Sturridge cedera sikit-sikt pun dia paksa main kesebelasan utama.

Jadilah ada dah 4 orang pemain Liverpool, Clyne, Lallana, Milner dan Ings yang jadi wakil. Rasanya hanya Clyne dan Milner kesebelasan utama, Lallana dan Ings jadi pemain impak. Lupa nak bagitahu ini merupakan panggilan sulung buat Ings. Ikutkan turutan barisan serangan saya rasa Ings bakal jadi yang paling corot sebab saya tengok Vardy lagi sempoi dalam liga. Namun Pak Cik Roy mungkin ada pandangan lain dan harap bagi peluang Ings tunjuk bakat. Manatahu balik dari perlawanan  antarabangsa nanti Ings lagi mengganas bersama Sturridge.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails