Nov 22, 2015

LIVERPOOL 4-1 MAN CITY



"Saya percayakan kepada latihan, mungkin bagi sesetengah orang lebih utamakan perpindahan "

Dari petikan ayat Klopp kat atas kita tahu yang Klopp takkan cari solusi dengan mudah dengan minta duit untuk perpindahan untuk merombak pasukan secara drastik. Pemain tinggalan Brendan yang paling ramai menyampah, Dejan Lovren pagi tadi dah makin nampak perubahan positif. Tak ada lagi nak memandai-madai nak pegang bola dan gelecek penyerang lawan lagi. Kini Lovren main dengan cara paling asas dan mudah, dapat bola pastikan dikeluarkan dari kawasan bahaya secepat mungkin. Malah kita nampak beliau begitu konfiden dan hampir tiada kesilapan.

Kesebelasan utama yang diturunkan memang nampak janggal pada mulanya. Tanpa penyerang tulin, Firmino diletakkan sebagai penyerang utama. Dibantu oleh Coutinho disebelah kiri dan Lallana disebelah kanan. Saya mulanya agak tak berapa faham, agak mungkin taktik serang balas nak diterapkan. Sangkaan saya silap, Klopp menggunakan corak hampir sama zaman SAS dulu, penyerang yang digunakan untuk menekan dan menghambat pemain pertahanan lawan supaya buat silap. Kalau letak Benteke memang payah nak main sebab Benteke kurang mobil dan statik dan pemain serangan tak boleh nak bertukar-tukar posisi ketika serangan pantas.

Tak payah nak tunggu lama, kejutan seawal minit ke-7, bilamana Coutinho merampas bola dari kaki Sagna dan melakukan larian kearaha penalti Man City, nampak Firmino kosong dan melakukan hantaran kepada Firmino. Firmino memang nampak Coutinho dah gerak kekawasan tengah dan melakukan hantaran lintang ketengah, namun Mangala yang kononnya nak selamatkan keadaan cuba sepak bola tetapi terkantoi kedalam gawang sendiri. Siapa sangka rezeki datang menggolek tak payah nak jaring sendiri sebab Man City dengan murah hati mensedekahkan kepada pelawat.

Dalam pada City bertungkus lumus melakukan serangan dan alpa menyerang, Liverpool mengambil kesempatan untuk kejutan kali kedua. Sekali lagi hasil dari serang  balas yang pantas dimulai oleh Coutinho. Dia membawa bola dari tengah, melorongkan kepada Firmino, dan Firmino dengan akal yang licik melarikan bola diantara Mangala dan Demechelis dan kearah sebelah kanan. Nampak Coutinho dalam keadaan tak dijaga, Firmino meleretkan bola sampai cun-cun didepan Coutinho dan dengan sedas hayunan sepakan Joe Hart tewas kali kedua.

Dua gol awal hasil gerakan Firmino, tetapi Coutinho nampaknya sedang bagi muka kepada rakan sekampung beliau. Gol ketiga hadir setengah jam perlawanan, dengan gerakan serangan berkumpulan yang memang kita respek sebab penuh tipu muslihat dan juga toleransi. Gerakan dari kiri dimulai oleh Coutinho dia nampak Emre dalam posisi tanpa kawalan. Yang paling teruja Emre melakukan sepak kebelakang yang memang mengejutkan lawan, dan betul-betul ngam-ngam dengan larian Coutinho. Coutinho patutnya boleh melecongkan bola buat nama sebagai penjaring kedua, tetapi dia melorongkan kepada Firmino untuk tap bola mudah kedalam gawang City.

Man City bukan tak serang, tetapi pertahanan kita begitu liat macam daging kerbau. Namun kualiti pemain bertaraf bintang yang ada pada Sergio Aguero tak dinafikan begitu marbeles. Dek kerana kesilapan Milner yang cuba mengeluarkan bola tapi tak sampai dan kantoi, Aguero melarikan bola dari tengah dan melakukan rembatan lencong bertaraf dunia  melepasi jangkauan Mignolet. Bagi saya kealpaan pemain nak tutup ruang dan bagi peluang kepada Aguero cari sasaran itulah punca utama. Namun Mignolet memang tak boleh dipersalahkan sebab agak mustahil nak selamatkan bola lemcongan cenggitu. Separuh pertama tamat dengan pelawat mengejutakan tuan rumah 1-3.

Separuh kedua, City nampak menguasi permainan. Mereka nampak macam banyak gerapan bahaya tetapi Sterling dan De Bruyne tak mampu nak atasi kerjasama berpasukan pemain Liverpool tambahan pula dengan tanpa kelibat Aguero yang dikeluarkan, serangan City kian mandul. Ingatkan City nak tambah gol, tetapi nampaknya Liverpool menambahkan lagi kemaluan kepada tuan rumah. Sepakan sudut dari kanan mencari Benteke dan hanya dapat ditampan kehadapan beliau. Skrtel yang berada diposisi terbaik, melakukan rembatan padu yang dia jarang lakukan sebelum ini. Kesudahan drama di Ittihad 1-4 dimenangi oleh pelawat.

Macam yang saya tulis dalam entri pra-perlawanan. Pemain kita bakal memang jika main dengan 200 peratus persembahan. Nah, memang tak disangka kesemua pemain berikan respon yang baik dari apa yang Klopp mahu mereka lakukan. Klopp sendiri cakap yang permainan masih belum lengkap sempurna, tetapi ianya cukup bagus Dan kian meningkat. Itu masih belum ada Sturridge, Henderson dan Sakho. Kalau pemain utama dah pulih, says rasa Klopp lagi banyak opsyen dan dapat buat pertukaran untuk elak keletihan dan cedera.





Nov 20, 2015

LIVERPOOL LAWAN MAN CITY


Dalam rehat sempena perlawanan antarabangsa, Liverpool sempat lagi ambil peluang buat perlawanan persahabatan tertutup. Lawan dengan Wolverhampton bukan nak cari kemenangan tapi nak buat camna dah termenang pula 3-2. Gandingan duo Brazil Coutinho dan Firmino berikan gol-gol Liverpool. Apa yang kita nampak, Klopp sedang menguji gandingan pertahanan baru dan sedang berusaha mencari pemain ideal untuk ganti Sakho yang MC dua bulan. Jika ikut pilihan hati saya yakin dengan Toure, namun Lovren nampak cergas dan kurang cedera.

Mignolet
Clyne Skrtel Lovren Moreno
Milner Lucas Emre
Firmino Coutinho
Benteke

Dengan kualiti serangan City yang hebat, apalagi yang kita nak harap selain pertahanan yang tak buat silap dan ralit. Ikut prestasi sekarang, pertahanan kita nampak tak mampu nak hadapi City, namun saya harap itu bukan alasan nak serah diri belum berjuang. Jika Skrtel-Lovren adalah lubuk buat City, harap Klopp dapat buat taktikal yang menutup kelemahan mereka. Mungkin pemain tengah kena proaktif terutamanya Lucas, Emre dan mungkin khidmat Xavi Allen terpaksa jadi taruhan kali ini. Patutnya Henderson kalau pulih sekarang memang bonus.

Nak harapkan pemain serangan nak robek pertahanan City dengan cara serang-balas adalah paling ideal. Namun jika ada Benteke kat atas nak main cenggitu agak sukar tapi tak mustahil berjaya jika Benteke pandai cari kedudukan. Nak main Origi dengan serangan balas, tak membantu sebab selain boleh pakai sebab dia laju sahaja, penyudah kelaut jua. Malas nak cakap, tetapi ikhlas dari pendapat peribadi saya, pembelian penyerang oleh Brendan memang tak sesuai dengan taktikal "Gegenpressing". Kalau nak cuba mungkin boleh ambil masa dan takut buang masa dan mata sekaligus.

Seri pun dah tak mengapa dan boleh dikatakan itulah sasaran realistik. Sebab kita peminat kena berpijak di bumi yang nyata jangan bodoh sombong nak mimpi siang hari. Tapi jika ada kejutan untuk pulang 3 mata, itu adalah bonus dan rasanya pasukan kena bagi 200 peratus kot  dari kebiasaan. Dibawah Klopp tak risau sangat prestasi pasukan walaupun tanpa tonggak utama macam Sturridge, Henderson dan Sakho. Tolong jangan samakan perlawanan dengan Chelsea sebagai tanda aras yang kita mampu balun pasukan kuat. Man City tak sama dengan Chelsea, mereka ada potensi pencabar kejuaraan. Namun dalam bolasepak tiada apa yang mustahil dan penuh kejutan itulah yang kita tahu kehebatan Klopp.

Nov 15, 2015

ULANGSIAR : LIVERPOOL LEJEN 2-0 MENYU KUDA TUA

Liverpool FC Masters : 
Jerzy Dudek, Jan Kromkamp, Phil Babb, Bjorn Tore Kvarme, Steve Harkness, Vladimir Smicer, Patrik Berger, Steve McManaman, Luis Garcia, Ian Rush (C), Robbie Fowler, Stephane Henchoz, Jari Litmanen, David Thompson, Michael Thomas, Dietmar Hamann

Manchester United Masters:
Nick Culkin, Russell Beardsmore, Paul Parker (C), Ronny Johnsen, Ben Thornley, Karel Poborsky, Lee Sharpe, Bojan Djordjic, Quinton Fortune, Lee Martin, Louis Saha, Jesper Blomqvist, Keith Gillespie, George Switzer, Clayton Blackmore, Andrei Kanchelskis

Keptusan : Liverpool 2- 0 Menyu
Luis Garcia
Didi Hamman

Nov 14, 2015

ULANGSIAR : LIVERPOOL 3-2

Saksikan ulangsiar perlawanan tertutup antara pemian-pemain Liverpool yang kena rejek dengan negara masing-masing dengan pasukan Wolverhampton.

LFC'  XI lawan Wolves: 

George
Alexander - Kolo - Lovren -Moreno,
Allan -Lucas -Teixeira
Firmino - Coutinho
Sinclair


Nov 9, 2015

LIVERPOOL 1-2 CRYSTAL PALACE


"Kita perlu belajar dari dari sini. Kita boleh lakukan lebih baik - antara malam ini dan secara keseluruhannya". 

Dengar apa Klopp cakap tentang keseluruhan perlawanan ini .Pengajarannya mungkin bagi pemain yang banyak buat silap dan juga yang bakal akan buat silap jika main tak ikut arahan. Setakat ini nampak 3 ekor kambing hitam yang perlu ambil pengajaran banyak. Ini kerana samada selepas ini mereka mungkin takkan jadi kesebelasan utama lagi selepas Januari.

Pertamanya ialah Emre Can. Bukan setakat gol Bolasie berpunca dari beliau, tapi dekat 3 kali beliau kantoi dalam perlawanan. Gol pertama memang nampak boleh diselamatkan jika Emre tak sambil lewa menampan bola dengan lemah gemalai. Jangan kata dalam perlawanan ini saja, banyak dah perlawanan dia nampak agak leka atau memang tiada peduli bahaya yang bakal menanti jika tak keluarkan bola dari kawasan bahaya dengan selamat.

Keduanya ialah goli No.1 kita, Mignolet. Gol pertama dari Bolasie dia mungkin tak boleh buat apa-apa sebab memang stendet begitu. Kecualilah dia memang setanding Thibaut Courtois, maka kita boleh harap dia cepat baca sepakan lawan dan dengan selamba tepis sepakan Bolasie yang taklah sepadu mana. Gol Scot Dann memang nampak kartun sangat Mignolet, patutnya dia boleh tangkap sebab bola tepat, namun dengan gelabah dia tumbuk kembali kepada Dann, dan sekali lagi Dann sambut dengan tandukan kedalam gawang dengan mudah.

Mungkin ada yang cakap tak patut salahkan Benteke, namun bagi saya kalau dia tak kantoi banyak setakat Palace boh 2 gol, Benteke kalau boleh sudahkan semua peluang, dia boleh sahaja hatrrik malam tadi. Peluang tap bola sekali, rembat lambat sekali dan tandukan sekali. Sebagai penyerang utama, segala pengharapan pengurus terletak diatas bahu beliau. Saya sebenarnya agak khuatir dengan masadepan beliau kerana Klopp punyai stail mahukan penyerang yang mobil dan pantas dan Benteke takada dalam dua-dua kategori tu.

Selain 3 pemain yang tertera boleh dikatakan pemain lain main dengan Ok-Ok sahaja, buruk sangat tidak cemerlang sangat pun tidak sebab dah kalah. Cuma yang paling menonjol ialah Moreno, Ibe dan Coutinho. Ada yang anggap faktor keletihan bermain di Liga Europa punca kecederaan Sakho dan prestasi pemain yang nampak hilang punca diakhir permainan. Itu saya tak nafikan ada sedikit kesan terhadapt perlawanan dan mungkin Klopp juga terlepas pandang dengan faktor padang yang licin akibat hujan.

Apapun rehat selam  seminggu sementara perlawanan antarabangsa akan jadi masa untuk Klopp membawa permasalahan sekarang yang masih ditahap sederhana dan masih belum parah untuk mendapat rawatan intesif. Sebab lambat lagi nak tunggu buat pembedahan major kena tunggu Januari. Selepas buka balik semester, kena hadapi Man City di Ittihad. Yang ini merupakan perlawanan bertaraf blokbuster yang dinantikan samada akan berlaku kejutan atau dimalukan. 

Nov 7, 2015

LIVERPOOL LAWAN CRYSTAL PALACE


Sejak kembali dipromosikan dari Liga Kejuaraan, Crystal Palace dah jadi macam Jembalang yang sangat berpuaka bila bertemu. Dulu Stoke, kini Palace dah ambil alih sepenuhnya badi untuk pasukan kita. Saya nampak tren itu disebabkan oleh Tony Pulis, bekas pengurus Stoke dan meniru templet membawa bersama ke Palace dengan corak sama, cuma dengan set pasukan yang lebih lengkap. Pardew membawa sedikit kelainan dengan menambah beberapa pemain luar England, terutamanya berjaya mendapatkan pemain yang patutnya dalam pasukan kita iaitu, Yohan Cabaye. Ramai yang heran camna Cabaye boleh pilih Palace, namun kerna Pardew dan cabai pernah bekerjasama di Newcastle maka itulah penyebabnya.

Musim lepas kalah dalam dua-dua pusingan, tak berapa terasa sangat, walaupun mencalarkan maruah. Namun musim sebelum itu ketika hampir nak dapat kejuaraan, mendahului dengan 3-0, boleh pula bagi percuma 3 biji untuk seri dan menutup pintu mencari kejuaraan sulung Liga Perdana. Paling tak boleh tahan, tengok Abam Suarez menangis teresak-esak terpaksa ditenangkan oleh Abang Long Gerrard. Maka detik itu kita terjaga dari mimpi dan sedar Palace bukan lagi pasukan belasahan untuk cilok mata percuma macam era awal 90an dulu. Boleh kata pasukan atasan pun ada yang dah jadi mangsa mereka musim ini.

Sekarang ini selain Cabaye, Bolasie , Zaha dan Puncheon adalah pemain utama dan harus dijaga sebaik mungkin. Dari segi corak permainan pantas mereka adakalanya teramat berbahaya jika pasukan kita main terlalu keatas. Rasanya kes yang kantoi gol banyak dengan mereka sebelum ini kebanyakannya dari serang-balas. Daris segi pertahanan rasanya Palace punyai unit yang kemas dan agak kental. Bekas pemain kita Kelly dah menjadi pemain utama Palace dan nampak solid dibahagian pertahanan kanan. Apakan daya bukan sebab tak ada bakat beliau terpaksa dilepaskan, namun dek kerana kerap sangat cedera dan tempat beliau diambil alih oleh Flanagan sebagai pemain bekap.

Coutinho dikhuatiri bakal terlepas perlawanan dengan Palace disebabkan kecederaan pangkal peha. Masa lawan Rubin beliau sekadar dibangku simpanan, tanpa diberikan peluang beraksi pagi kelmarin. Jika keadaan berlarutan mungkin satu kehilangan besar pasukan, namun dengan adanya Firmino rasanya kekosongan di posisi No. 10 tak terasa sangat. Mungkin kali ini Klopp bakal buat rombakan taktikal sapa tahu. Sebab nampak perubahan dari bentuk formasi 4-3-2-1 kepada 4-2-3-1.  Dengan 4-2-3-1, ianya lebih menjurus kepada permainan disayap ketika lawan Rubin. Bagi Palace ianya agak sukar dijangka. Namun begitu mungkin barisan camni bakal diturunkan.

Mignolet
Clyne Skrtel Sakho Moreno
Emre Lucas
Milner Firmino Lallana 
Benteke

Perlawanan ini walaupun berlangsung di Anfield, tetapi tetap mendebarkan. Peminat Palace banyak yang berbunyi-bunyi macam mereka percaya pasukan sekarang lebih kurang sama dengan pasukan belasahan mereka musim lepas. Tapi mereka lupa yang pasukan sekarang diketuai oleh seorang pengurus yang lebih realistik dan nampak kelompongan pasukan dan cuba cari jalan untuk perbaiki dari-masa kesemasa. Mungkin Palace datang dengan rekod lampau yang cemerlang, namun mereka masih belum tahu apa muslihat yang bakal diolah Klopp bagi hadapi pasukan kendalian Pardew itu.


Nov 2, 2015

LIVERPOOL 3-1 CHELSEA



Kemenangan dengan Chelsea macam dah dijangka. Macam tulisan terdahulu, pasukan mereka memang ada masalah dalaman. Boleh tengok dari gerak badan, memek muka dan kesungguhan. Semuanya terbabas . Kalau Chelsea tak sebegitu, sukar juga mereka nak kena balun balik setelah dihadapan seketika. Chelsea antara pasukan yang liat nak dikalahkan pasukan kita sebelum ini.
Kadangkala bila tengok masalah Mourinho, ianya adalah wabak normal bagi bekas pasukan yang bergelar juara Liga. Nak menang memang menang takdahal sebab mereka boleh beli kejuaraan dengan dana yang banyak. Tapi nak kekalkan sebagai penyandang, Itu sukar sekali, sebab ianya juga berlaku kepada Man Citeh tahun sebelumnya.

Sebab itulah zaman Brendan Rodgers yang pernah jadi pencabar kejuaraan, tetiba musim selepas itu terbabas gila-gila. Nak kekalkan momentum sebelum itu, amat sukar dan sebagaimana kita tahu pendekatan Brendan yang terlalu drastik merubah pasukan dengan kemasukan ramai pemain baru antara asbab utama. Kontrasnya Klopp sekarang tengah menilai dan bagi peluang sama adil kepada pemain. Sama adik bukan bagi Sakho main 1  perlawanan perlawanan lepas ini Lovren pula. Tapi pendekatan kasih-sayang dengan bagi peluang untuk perlawanan tahap cikai macam Piala Liga. Nanti dah diberi peluang kenalah main sebaik mungkin.

Sejak awal permainan Liverpool nampak macam biasa, namun tak berjaya nak membuka pertahanan Chelsea yang umpama  deretan bas-bas ekspress di Hentian Pudu. Seawal 4 minit, tuan rumah gegak-gempita dengan laungan "Hidup Mourinho", "Abam Mourinho memang Spesial No. Satu" dan banyak banyak lagi. Sebabnya Chelsea berjaya mendahului dihadapan oleh tandukan Ramires. Bersirap darah tengok Moreno yang mengabaikan tanggungjawab menjaga kawasan dan membiarkan lawan tak dicelen menanduk bola. Kecewa juga tapi bila difikirkan Moreno memang ketot dan takkan mampu nak lonjak tinggi macam Sakho.

Maknanya Chelsea tahu nak manipulasi kelemahan pasukan kita sebelah kiri.Nak kata pemain dah gibab lepas gol tu tak juga. Nampak macam Chelsea dah selesa setelah mendahului. Bagi peluang Liverpool mendominasi pula.Tahu tak dah lama dah kalau kena awal, tidur terus payah nak bangkit memenangi perlawanan. Itu cerita dulu zaman Pak Pandir. Sekarang Klopp berjaya membuang perangai suka mengalah menjadi bersemangat nak tebus maruah. Kita tengok bertubi-tubi tekanan, asakan dan bentesan mencari kaki pemain Chelsea, sampaikan sikit-sikit nak terjun cari simpati pengadil.

Sehinggalah Coutinho yang dulunya hilang semangat dan main tak menjadi, tiba-tiba menjadi pemusnah Chelsea. Dah hampir nak hujung separuh pertama tamat Coutinho, mendapat hantaran Firmino melakukan sepakan lencong ke arah kiri menjaungkaui Begovic yang hanya mampu melihat sahaja.  Kunci yang penting ialah sepakan tak perlu laju, padu melampau. Cukuplah sesedap rasa yang penting melencong masuk kedalam gawang. Kalau tepat sukar juga sebab ramai bersedia dalam kotak macam tin sardin. Separuh masa pertama tamat dengan selesa bagi kedua-dua pasukan.

Separuh kedua bermula dengan pelbagai kontroversi. Costa menerajang perut Skrtel pengadil buat dek, mungkin tak pakai kanta lengkap. Padahal ikutnya otomatik kad merah. Lepas itu pula Lucas yang dah berkad kuning sebelum ini terlepas hukuman kad kuning keuda dan otomatik merah kerana menjatuhkan Ramires. Macam nak gila pemain-pemain Chelsea merungut dan kompen dengan pengadil, tapi mereka lupa yang pengadil tu juga dah selamatkan mereka dari main 10 orang. Kita tengok Mourinho tak buat reaksi apa-apa macam tahu pengadil memang tak berpihak sesiapa.

Kemasukan Benteke adalah pemangkin kejayaan Liverpool.Tak berapa minit masuk dah bagi hantaran baik punya kepada Coutinho melalui tandukan. Disinilah Coutinho melakukan aksi menggelecek pemain Chelsea dari kiri masuk kekanan dan merembat mungkin terkena badan Terry dan terbias masuk luar dari jangkaun Begovic. Sekali lagi Stamford Bridge bergegar dengan sorakan peminat Liverpool, dah macam kat Anfield pula. Peminat Chelsea diam kaku dan macam dah tak mampu mengibarkan bendera dan juga jiwa plastik mereka.

Kelukaan Chelsea tak dibiarkan kering dengan cepat. Kali ini ditoreh kembali oleh Benteke untuk gol ke-3 Liverpool. Kali ini Ibe memang cemelang. Boleh sahaja dia buat hantrang lambung cari kepala Benteke. namun  dia nampak Lallana dalam keadaan tak terkawal yang punyai peluang lebih baik. Apa yang mengejutkan ialah Lallanan tak menyambut bola tapi sekadar membodohkan lawan dengan acah-acah badan membiarkan bola kepada Benteke. Benteke mengelecek dan mencari ruang baik untuk melepaskan rembatan padu melepasi celahan kaki pemain Chelsea. Chelsea tak mampu bangkit lagi dan gol Benteke adalah pukulan maut keatas Chelsea.

Kemenangan ini bakal jadikan pemain sedar mereka memang ada kebolehan dan mampu mengatasi lawan Cuma apa yang Klopp pernah kata ialah pemain perlu mengatasi tekanan dalam diri sendiri dahulu, selebihnya barulah apa yang dibuat bakal menjadi. Ianya telah didemotrasikan dalam perlawanan ini. Bukan setakat meng"gegenpressingkan" lawan bagi mereka tak boleh serang dan buat gol, tetapi yang penting bangkit dan memenangi perlawanan sehingga wisel penamat dibunyikan. Dah lama tak rasa seronok tengok pasukan main dengan bersemangat dan lebih penting menang dengan pasukan yang tak pernah pengurus sebelum ini menangi di Stamford Bridge.





Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails