Jun 30, 2016

TRIBUNAL TENTUKAN PAMPASAN JEROME SINCLAIR


Jerome Sinclair dah lama sain kontrak dengan Watford, sejak bulan Mei lagi. Liverpool mahu dia kekal pada mulanya. Namun dengan ejen yang bernama Aidy Ward musuh utama kelab sejak kes Raheem Sterling, rasanya hasutan Aidy tak memungkinkan Liverpool dapat memenangi hati Jerome. Pemain ini baru 19 tahun, masa depan cerah sebab dia dibandingkan dengan Sturridge gaya permainannya. Di akademi Jerome, adalah bintang cemerlang, musim lepas tak silap dia menjaringkan 24 gol.

Nasib baik pemain bawah umur, walaupun dah habis kontrak, kelab baru kena bayar pampasan. Kes rundingan harga perpindahan rsanya tak mencapai kata putus. Dengar kata Watford hanya menawarkan £2juta pound sahaja dan tak mahu nak berginjak dengan nilai tersebut. Manakala Liverpool dengan hujah bahawa, potensi Jerome memang bakal meletop dan mahukan sekurang-kurangnya £5juta pound. Kita patut berterima kasih dengan jawatankuasa teribunal yang memihak kepada Liverpool dan dapatlah £4 juta hasil penilaian pihak teribunal.

Kita tak kisah kalau Jerome berjaya atau melingkup bersama pasukan Watford. Apa yang kita harapkan dia buat keputusan yang betul untuk dirinya bukan dengar cakap ejen beliau yang memang perangai haramjadah, yang tahu nak klepet duit komisen hasil dari perpindahan pemain. Harap maju jaya buat Jerome dan berusahalah sebaik mungkin kerana alasan di Liverpool mungkin tak dapat peluang sebab pemain senior memang hebat, tetapi di Watford kalau tak rebut peluang dengan Deeney dan Ighalo, rasanya 2-3 musim lagi kita boleh tengok dia kat JDT main Liga M.

DULU LIVERHAM SEKARANG LIVERHAMPTON

Rakan perdagangan import eksport terbanyak pemain antara 2 pasukan sebenarnya disandang oleh West Ham, bukannya Southampton. Soton hanya pembekal pemain, 6 masuk dan hanya seorang kita jual kesana. Tetapi West Ham merupakan rakan niaga kita yang banyak ambil barangan terpakai kita. 4 hantaran berbalas 12.  yang terakhir ke West Ham ialah Andy Carroll. Dan kalau ada rezeki mereka nak tolong setel masalah kita dengan Benteke. Tapi mereka beri kita pemain yang bagus seperti Mascherano dan Benayoun.

KEPALA KONTOL PUNYA KLOPP


Terdapat mesej Skrtel dalam akaun Instagram yang mengkepala kontol kan Klopp. Kita tak tahu kenapa tetiba nak sentap kat Klopp. Mungkin dia dipaksa untuk terima tawaran Fenerbache, padahal dia nak kekal. Nak kekal sebab saingan makin terbuka sebab Toure dah blah dan Sakho bakal kena gantung dengan UEFA. Mungkin sebab itu kot dia marah betul dengan Klopp. Bukan setakat Klopp tahu Skrtel dah tak bagus, namun sebelum Klopp datang, prestasi Skrtel akhir-akhir ini memang patut dia dikepala butuhkan.




Lawak memang lawak, Skrtel buat jawapan ala maharaja lawak cakap dia bagi akaun Instagram kawan dia jaga dan kawan dia yang buat tahik, tulis macam-macam. Nak tanya juga, kot-kot permintaan maaf yang ni pun kawan dia yang tulis. Kita sebagai pemnat sedih kerana seburuk-buruk pemain sebelum ini pun kalau nak belah, jarang nak sentap dengan pengurus ketika masih dalam kelab, walaupun tahu dah tiada masa depan.

Dengan buat perangai camni, tahap lejen Skrtel akan ditarik balik. Rasanya tak ramai yang nak bela dia. Lagi ramai yang agak kurang suka sebelum ni dah jadi menyampah sangat. Dia patut contohi Agger, walaupun kita nampak dia dicampak buang kerana tak mampu beraksi sebelum tak cergas, Agger sampai akhir nak berpisah tak buat perangai apatah lagi nak mengkepala kotekan Brendan, walaupun Agger jadi mangsa keadaan.

Jun 29, 2016

KESEBELASAN LELONGAN


Ada yang dah kena keluar macam Toure, Enrique, Rossiter dan Teixira. Skrtel hampir-hampir nak ke kelab baru.  Penambahbaikan mereka, Matip, Grujic  dan Mane. Sekarang pemain macam Bogdan, Wisdom, Lucas , Balotelli, Markovic dan Benteke malah jangan ada yang terkejut Allen juga dalam senanrai perancangan untuk dijual. Adakah anda rasa selain Allen ada sesiapa lagi yang patut dikekal atau pemain lain yang patut ada dalam senarai lelongan.

Lelong vs Calon

Bogdan    >  Karius
Toure       > Matip
Skrtel       > Subotic (Dortmund)
Wisdom   > De Sciglo (AC Milan)
Enrique    > Hector (Koln)
Rossiter    > Dahoud (Mochnegladbach)
Allen        > Zieleinki (Udinese)
Lucas       > Pjaca (Zagreb)
Markovic > Mane
Benteke   > Higuain (Napoli)
Balotelli   > Gotze (Bayern)

Jun 28, 2016

SADIO MANE DALAM FORMASI SERANGAN LIVERPOOL


Formasi diatas menggunakan 4231, Sturridge mengepalai serangan. Dibantu Firmino dibelakang beliau. Coutinho disebelah kiri bahagian sayap dan Mane akan bermain disebelah kanan. Kalau dilihat macam tak seimbang sebab kiri tak laju tapi kanan laju kemain. Jangan risau ke-4 mereka fleksibel. Sturridge takkan pasak kat tengah, dia akan merempit kesebelah kanan jika Coutinho masuk ke tengah. Dan kepantasan Mane dan Sturridge akan memudahkan Coutinho melakukan lorongan dicelah pertahanan lawan, mencari antara mereka yang diposisi menjaringkan gol. Itu taktikal yang kita rasa Klopp bakal lettakan mengikut perkembangan sebelum ini.

Tetapi Mane dengan kepantasan dan juga kemahiran menggelecek, dia boleh sahaja bermain di 4 posisi berlainan, itu kelebihan beliau. Di Soton, Mane pernah bermain sebagai penyerang solo atau bergandingan dengan Pele dan Long dalam gandingan penyerang kembar. Klopp memang inginkan pemain sayap yang pantas dan punyai penyudah yang baik. Kalau nak yang lebih umpph  rasanya Aubameyang boleh dikatakan ideal dan namun ianya adalah versi Lamborghini. Kiranya Mane ni versi Nissan Fairlady, berdesup juga jika pandai korek.

SADIO MANE PEMAIN LIVERPOOL MUSIM 2016/17



Liverpool dah jadikan Southampton sebagai kelab untuk rekrut pemain mutakhir ini. Clyne, Lallana, Lovren dan juga Lambert. Yang paling terbaru Sadio Mane. Pelaburan Liverpool dalam Syarikat Soton Sdn Bhd, dah hampir menjangkaui hampir £100juta. Kesemua bekas pemain Soton tersebut termasuk Lambert, taklah menghampakan,  cuma harga kena main sikit dengan Soton. Itu tak jadihal sebab FSG banyak duit lagi nak lebur.

Kalau tak kerana Jawatankuasa Perpindahan, Brendan Rodgers dah awal-awal kebas Mane dari Red Bull Salzburg. Masa itu siapa nak beli pemain Senegal, sebab rekod dengan Pak Haji Diouf Salif Diao memburukkan keadaan. Memang tak siapa boleh ramal masa depan, begitu juga dengan pembelian Markovic berbanding  Mane oleh Jawatankuasa Perpindahan ketika itu.

Klopp juga mahukan Mane sejak pemain itu di Red Bull Salzburg lagi. Dia cuba bawa ke Dortmund namun sebab dah beli Aubameyang, maka Soton mejadi destinasi Mane. Kita juga hairan kenapa Alex Teixeira yang harga lebih kurang tu, Klopp tak mahu  sedangkan pemain Brazil itu nampak lebih gempak dalam Youtube. Itu saya takberani komen sebab Klopp lebih arif dan nampak Texeira tak berbaloi dengan nilai sebegitu.

Mungkin tak keterlaluan jika saya katakan bahawa permainan Mane dan Sterling seakan-akan sama. Beza mungkin dari segi kekuatan fizikal dan penyudah. Dari segi konsistensi Mane pun agak goyang juga musim lepas, namun kalau lawan Liverpool masa itulah dia kemain menjadi. Untuk rekod, perangai dia sama macam Benteke di Aston Villa dulu ingat lagi tak.

Dengan kemasukan Mane, rasanya masadepan Jordon Ibe kelam. Posisi Mane adalah ditempat Ibe, tetapi kelebihan Mane dia boleh main peyerang utama dan dibelakang penyerang utama juga. Dengar kata Ibe mulanya nak dijadikan umpan untuk kurangkan harga Mane, tapi Soton nak tunai. . Ramai yang bakal tergugat jika Mane dapat jadi pemain utama, terutamanya Lallana.

Kehadiran Mane dengan nilai £30 juta ++ beserta pendapatan mingguan £120k, sedikit sebanyak mengundang pertikaian peminat. Mereka cuba bandingkan Benteke dengan Mane, berasbabkan masalah Benteke yang merasai tekanan disebabkan nilai perpindahan tinggi. Bak kata Jamie Carragher, harga tinggi Mane macam tak munasabah, tetapi jika dia berikan yang terbaik. Kita mungkin dapat laba macam Suarez.

Benteke akan jadi pemain yang dilelong untuk tebus balik modal pembelian Mane. Perkara itu bukan lagi rahsia sebab Klopp sendiri jarang bagi Benteke main walaupun dia cergas, tetapi lebihkan Origi. Begitu juga dengan Balotelli yang memang kita semua menyampah dengan perangai beliau yang macam belum akhil baligh. Lagipun kita tahu musim depan Klopp bakal main 4231 atau 433, simpan banyak penyerang bukan dapat dividen.

Sementara itu peminat Menyu sedang gelakkan Liverpool sebab mereka hampir dapat Mkhitaryan dengan hanya £28juta dan bagi mereka berbaloi berbanding Mane. Jangan lupalah kawan apa cerita Depay dengan Firmino dulu. Nak tambah lagi Clyne dengan Darmian. Kedua-dua pemain kita itu buruan Menyu, tetapi bila mereka memilih Liverpool, sentaplah sekalian geng Syaiton dan kalih cerita Menyu memang taknak mereka sebab kononya  tak bagus.

AKSI PEMAIN LIVERPOOL PUSINGAN KE-2 EURO16


England menerima kejutan dengan Iceland, negara majoriti rakyat nelayan ikan sardin. Paling tak boleh belah pengurus England, Hodgson penerima gaji paling banyak antara semua pengurus di Euro16. Boleh ditewaskan dengan pengurus Iceland yang mengendali skuad negara secara sambilan, yang bekerja sebagai Doktor Gigi. Ternyata Hogdson memang akan diingati pengurus England paling poyo dan blur sepanjang zaman.

Roy meletakkan kesebelasan yang pincang, celaru dan taktikal yang berkecamuk. Kane memang takkan boleh main dengan corak England, walaupun dia pemenang kasut emas Liga Inggeris. Dia nampak kaku dan jarang menerima bola hantaran sebab tak pandai cari ruang. Sturridge patutnya main ditengah tapi Roy pergi letak disayap kanan. Clyne memang patut main dari Wlaker yang menjadi punca gol pertama Iceland.


Hart
Clyne Cahill Smailing Rose
Alli Dier Barkley
Vardy Sturridge Lallana

Sturridge dan Sterling dah terbiasa bermain dengan sistem yang pantas, sebab itulah gerakan Sterling yang menghadiahkan penalti buat England, adalah kejutan bagi Iceland. Tapi tak berapa lama Iceland membalas paku buah keras dengan hasil bola lontaran jauh, dan ditambah dengan pertahanan England yang tak menjaga pemain lawan. Gol kedua Iceland, akibat Hart yang terkantoi nak tepis sepakan pemain Iceland. Peluang demi peluang England tak dapat korek kubu Iceland.

Pasukan Spurs akan jadi makian peminat dan Hooligans England, sebab hampir separuh pemain mereka atas padang. Nasib baiklah hanya Sturridge wakil kita, dan dia ada juga buat sesuatu untuk gol pertama. Walker akan dikenang sebagai kambing hitam Euro16,. Manakala Roy Hogdson terbawa-bawa kempen #Brexit dalam kejohanan Euro kali ini. Nasib baik dia berhenti secara sukarela dan dengar kata nak ganti Cameron sebagai Perdana Menteri British.

Jun 27, 2016

AKSI PEMAIN LIVERPOOL PUSINGAN KE-2 EURO16



Harap-harap pasukan yang nak bida Skrtel tak cuba tarik balik setelah tengok prestasi Skrtel masa lawan Jerman. Tabiat suka tarik baju dan tolak pemain dalam kotak penalti dah sinonim dengan beliau. Kat Liga Inggeris bolehlah kau terlepas, tapi di kejohanan Eropah, undang-undang ketat sampai kentut pun kena kad. Imej kereta kebal Skrtel dulu amat digeruni lawan dan dikagumi peminat. Sekarang semuanya tinggal dalam lipatan sejarah, kita kena terima yang beliau dah tak semantop dulu-dulu.

Kemenangan Jerman 3-0 keatas Slovakia taklah memeranjatkan. Tapi Slovakia telah hilang semangat keperkasaan mereka untuk melawan seperti yang kita lihat dalam perlawanan sebelum ini. Malah saya tengok Hamsik jadi mati kutu nak gerakkan serangan  sebab pasukan mereka diserang Jerman tak henti-henti. Lagi satu Jerman buat kita akur yang Gotze taklah sebagus mana, sebab Draxler yang gantikan beliau memang jauh lagi bagus serba-serbi. Sebelum jadikan Sadio Mane calon alternatif Gotze, cuba minta Klopp ayat skit  Draxler, manatahu dia mahu ikut Klopp.

Dalam satu lagi perlawanan antara Belgium balun Hungary 4-0 , tapi sekor pun dari Mignolet, Origi mahupun Benteke dapat peluang main. Wilmot mungkin dah rekod persembahan kurang memberangsangkan Mignolet dan Benteke, tetapi takkan dengan Origi berkira kot. Origi rasanya patut dapat peluang, tetapi Batshuayi yang masuk menggantikan Lukaku memang patut dipuji sebab beri sumbangan gol. 

Mungkin Origi bakal dapat peluang dalam pusingan seterusnya bergantungan kepada perancangan Wilmot. Bukan nak minta Lukaku atau Batshuayi cedera, tetapi dengan prestasi sekarang nampak agak gaya kalau mereka berdua sihat wal-afiat , jangan harap Origi atau Benteke dapat main. Kalau dia tak main pun bagus juga sebab potensi nak cedera kurang dan lebih bersedia untuk para-musim yang padat musim depan. 

Jun 26, 2016

AKSI PEMAIN LIVERPOOL DI EURO16


Perlawanan pusingan 16 menemukan pasukan adik-abang, Wales dan Ireland Utara. Wales muncul pemenang dalam perlawanan yang dramatik, cuma dipisahkan oleh gol jaringan sendiri pemain WBA, McAuley. Cam biasa Allen yang memakai jersi no 7 bermain cemerlang dan pastinya menaikkan lagi saham beliau lepas ini. Mungkin ramai hairan kenapa Klopp macam nak lepaskan Allen, wahhal dia memang marbeles sepanjang Euro16 ini.

Saya sendiri tiada jawapan, cuma andaian yang boleh dibuat ialah Klopp nampak sisi yang kurang memuaskan pada Allen. Ataupun mungkin juga Allen sendiri yang diam-diam dah bagitahu Klopp, kalau dia tak dapat peranan utama, dia nak blah. Apa pun kita harap Allen dan Wales telah layak ke suku akhir, bermain dengan sebaik mungkin dan silap-silap bagi kejutan kepada pasukan yang mereka akan ketemu di pusingan seterusnya nanti.





Jun 25, 2016

PUNGUTAN SUARA BERI KESAN KEPADA LIVERPOOL


Kita dah tahu geng Keluar #brexit berjaya memenangi pungutan suara untuk pemisahan United Kingdom dari Kesatuan Eropah. Kejayaan mereka disebabkan anak muda sedang tengok bola di Perancis malas pulang mengundi katanya. Maka geng Saluran 1, 50an keatas tolong tentukan masa depan buat mereka. Pemisahan dari EU ikutnya ada pro dan kontra bagi bolasepak UK, termasuklah pihak Merseyside yang mahu kekal dalam EU. Sebab apa Scousers mahu kekal sebab Bandaraya Liverpool mendapat banyak limpahan nikmat dari skim Eropah kerana status bandaraya bersejarah.

Dalam bolasepak, bila keluar dari EU, maka pemain dari Eropah nak bermain di UK kena dapatkan Visa Pekerjaan yang agak ketat. Jadi Akademi Liverpool akan tiada lagi pemain dari Sepanyol, Perancis, Jerman dan lain-lain negara Eropah, disebabkan pemain remaja juga bakal tertakluk dengan undang-undang Visa tersebut. Secara otomatik akademi hanya akan penuh dengan pemain dari UK dan mungkin itu juga satu yang nampak ada peluang pemain tempatan mengukir nama, macam zaman kegemilangan 70an dan 80an dulu. Tetapi jika kita dapat pemain tempatan bagus macam Owen , Gerrard atau Carragher, ianya satu bonus.

Perpindahan bakal jadi satu bebanan kepada Liverpool. Nak dapatkan pemain luar kena dapatkan pemain antarabangsa yang selalu main. Harga mahu tahu lah, pasti kena main dengan kelab penjual bakal pau gila-gila nanti. Jangan lupa, pemain tempatan yang sedia mahal contohnya macam Jamie Vardy, silap-silap bakal berharga dua kali ganda dari harga pasaran kini. Nasib baiklah kita dah ada ramai pemain antarabangsa Inggeris dalam pasukan. Jadi tak pening sangat berbanding Arsenal, City, Menyu atau Chelsea. Spurs mungkin tak berapa tergugat macamlah juga dengan Liecester.

Paling kesian ialah peminat yang nak tengok perlawanan diluar UK, pasti terkesan dengan karenah Visa dan tambang penginapan , dan juga harga tiket jika nilai Pound rendah dari Euro. Kita kat Malaysia lain pula, banyak berharap Pound jatuh melingkup, supaya jika jatuh serendah mungkin ada peluang nak pergi ke Anfield. Tapi kalau Ringgit Malaysia pun melingkup lagi sebab ada kesan dengan Pound, apa pun tak boleh. Tapi jangan risau segala kepala bana ini hanya akan berkuat-kuasa 2 tahun dari sekarang. Selepas itu FSG baru ada akal kalau nak teruskan plan perpindahan sekarang.

Jun 23, 2016

KELAYAKAN KE PUSINGAN KEDUA EURO16

Credit @PHOTOSLFC
Aksi Belgium dengan Sweden menutup tirai peringkat kumpulan EURO16 bagi  pemain Liverpool. Sempat jugalah Benteke rasa 5 minit ganti Lukaku dan Origi ganti Hazard, walaupun tak sempat basah ketiak. Mignolet macam biasa jadi pemerhati dibangku simpanan. Belgium berjaya membenam Sweden 1-0, hasil ledakan Radja Naingolan. Ihklas cakap pemain cenggini yang kita patut buru sampai dapat, tapi dengan tauke macam FSG, nama yang tak kenal macam Zeilinki sahaja yang kita terngiang-ngiang dalam berita perpindahan. Tengok Zielinki main dengan Poland haritu, maaf cakap dia masih belum boleh ganti Allen yang dikatakan bagai kena lelong.

Pusingan kedua yang membabitkan pemain Liverpool seperti berikut:

Wales lwn Northern Ireland  - Allen, Ward 

Hungary lwn Belgium  - Mignolet, Benteke, Origi 

Germany lwn Slovakia  - Emre lwn Skrtel

England lwn Iceland - Clyne, Henderson, Milner, Lallana, Sturridge

Jun 22, 2016

JORDON IBE KE WEST HAM


Mentang-mentang Ibe makin corot musim ni, ramai peminat buat dia macam kain buruk. Ibe memang pakai baju latihan West Ham haritu, malah main bola lagi kat padang. Cuma dia main dengan Nathan Mavila pemain akademi West Ham, serta rakan lain. Jadi Mavila bagi pinjam baju terpakai Payet dan mereka pun main sepak-sepak bola. Tetiba akhir perlawanan datang peminat berselfie dengan Ibe masuk dalam Twitter dan maka terjadilah cerita Ibe bakal ke West Ham.

Apa pun kalau Ibe betul-betul mahu ke sana, Payet nak cari makan camna. Kita harap, West Ham bermurah hati tukar suka sama suka dengan Ibe. Kalau tak jadi pun kami tak marah. Cuma harap Ibe jangan pulangkan baju Payet tu. Balik rumah rebus air baju tu dan minum 7 hari 7 malam berturut-turut. Mana tahu aura Payet yang mengalir bersama peluh dapat berikan Ibe satu kuasa untuk jadi hebat, sehebat Payet. Yeeeehaaa.

Jun 21, 2016

AKSI PEMAIN LIVERPOOL DI EURO16


Dalam perlawanan Engalnd-Slovakia, berkesudahan 0-0. Permainan taklah hambar dipihak Engalnd, cuma peluang banyak juga dinafikan oleh susunan pertahanan Slovakia yang letak bas depan pintu gol. 4 lawan satu. Clyne, Henderson, Lalanna dan Sturridge cuba buli Skrtel.

Tapi bagi saya yang paling bertuah sekali ialah Pirlo Allen, kerana Wales menibai Russia 3-0. Malah dia main bagus banget. Wales muncul juara kumpulan dan berkemungkinan dapat elak pasukan kuat, juara dari kumpulan lain.

Tapi Skrtel dan gu, kena sabar sebab mungkin ada peluang layak sebagai pasukan ketiga terbaik untuk pusingan seterusnya. Terbaik buat Liverpool, semua pemain masih belum cedera terutamanya Sturridge, itupun nasib baik Hodgson keluarkan awal.  

Jun 20, 2016

CIKGU PENJAGA GAWANG DAH DAPAT LESEN PRO


John Achterberg, Ketua jurulatih penjaga gol Liverpool mendapat lesen Pro UEFA. Kalau ikutnya inilah lesen paling otai dalam sijil kejurulatihan dan beliau memang layak jadi pengurus dah. Tapi John berkata dia mahu kekal dalam bidang ini buat masa ini. Kita harap dia dapat perbaiki prestasi penjaga gol Liverpool sebab selepas dia ganti Xavi Valero, kebetulan saja Pepe Reina tiba-tiba merosot dan terus merosot. Mignolet yang gantikan Pepe juga tak kemana. Kini Karius dibawa masuk kita nak tengok adakah John dapat jadikan penjaga gol kita musim depan adalah yang terbaik, tak kiralah samada Mignolet kekal atau Karisu ambil alih.

Jun 16, 2016

JERSI MAIN KAT TEMPAT LAWAN MUSIM 2016/17



Nampak ringkas sangat, pereka dah habis idea kot. Nasib baik ada garisan-garisan merah kat tepi kawasan pinggang, kalau tak nampak macam pengadil. Apapun New Balance baru nak ceburi bidang sukan bolasepak, tetapi mereka antara yang terkedepan dalam teknologi dri-fit. Kalau nak rasa kering-padat kena beli yang ori kalau versi padang tak dijamin, sebab tak dapat tiru lagi kot.

KAPTEN SKRTEL KETUAI SLOVAKIA BENAM RUSSIA


Skrtel mengetuai pasukan bukan pilihan Slovakia menapau pasukan Russia. Gol Weiss dan Hamsik membolehkan Slovakia menghidupkan peluang kepusingan kedua, walaupun Russia cuba bangkit dengan gol, Glushakov. Kita tengok Skrtel memang ngam dengan Slovakia dan tak merapu main ketika di Liverpool. Dikabarkan Skrtel bakal berhijrah ke Turkey, dimana Fenerbache sedang telah membida dan mengatur acara pemeriksaan rutin kesihatan untuk melengkapkan perpindahan selepas habis Euro16 nanti. 

Jun 15, 2016

JADUAL PERLAWANAN LIGA PERDANA INGGERIS 2016/17


Permulaan yang sukar tetapi pengakhiran yang nampak selesa. Liverpool kena panaskan enjin cepat-cepat sebab 8 perlawanan pertama diakui sangat mencabar. Sebab itulah Klopp arahkan untuk perlawanan pra-musim pemain perlu pamirkan kecergasan tahap optimum. Dan mengharapkan pemain pulang dari Euro16 tanpa kecederaan. Dan juga pemain-pemain yang nak dibeli kena masuk cepat-cepat dan yang nak dilelong kena putuskan sebelum minggu terakhir aksi pembukaan.

Jun 12, 2016

AKSI EURO16 PEMAIN LIVERPOOL KUMPULAN B



Wales 2-1 Slovakia

Penjaga gol bekap Liverpool Danny Ward menjadi tumpuan diletakkan sebagai goli utama Wales sebab calon utama, Hennesey cedera disaat akhir. Manakala Joe Allen memang wajib diturunkan oleh pengurus Wales sebab dia boleh dikatakan perancang utama Wales. Manakala dipihak Slovakia Skrtel adalah tunjang pertahanan tengah dan wakil Liverpool tunggal.Saya tengok perlawanan ini setakat separuh masa awal sahaja, mengantuk dan juga nak tengok perlawanan, maka sempat tengok sampai keputusan 1-0 Wales didepan melalui sepakan percuma Bale.

Bangun masa perlawanan England ,baru tengok keputusan Wales menang 2-1. Setakat pemerhatian saya pemain Wales berdarah Liverpool , main dengan baik terutamanya Ward. Memandangkan situasi goli dengan turutan Karius-Mignolet dan Ward. Kalau Mignolet kekal, saya rasa Ward patut dipinjam keluar kepada kelab yang boleh berikan beliau masa permainan sebagai pemain utama. Kalau dok kat Liverpool jadi no.3 takkan kemana potensi beliau. Manakala Allen bagi saya memang bermain kemas teratur masa lawan Slovakia dan kalau nak bagi markah di layak dapat pemain terbaik kedua selepas Bale.

Jangan lupa dengan Skrtel. walaupun dia dipihak yang tewas apa yang saya nampak dimain tak merapu macam kat Liverpool kebelakangan ni. Kita harus faham, dengan negara beliau dia main tanpa tekanan dan penuh semangat. Tapi apakan daya pasukan Slovakian memang tak mampu nak bendung serangan Wales yang pantas diketuai Bale. Tapi Skrtel jadi tumpuan media sebab dia dikatakan menyiku pemain Wales. Saya tak insiden itu dalam media sosial dan memang Skrtel bersalah tapi diselamtakan oleh pengadil.

England 1-1 Russia

Hanya Lallana wakil tunggal Liverpool yang turun dalam kesebelasan utama England pagi tadi. Milner turun disaat akhir, manakala Clyne, Henderson dan Sturrigde tak dapat peluang langsung. Kelayakan Walker mengatasi Clyne dibahagian bek kanan tak harus dipertikai. Walker memang nampak mantap dan saya rasa Clyne setara dengan Walker namun disegi kepintaran semasa menyerang Walker didepan. Clyne lebih efektif jika lawan dengan pasukan yang menyerang sebab dia memang gagah bila bertahan.

Hendo dan Sturridge lagilah tak layak main bukan sebab  mereka kurang bagus dari opsyen Rooney atau Kane. Tapi kecegarsan mereka masih ditahap rendah bagi  England melawan Russia yang main agresif. Perlawanan sebenarnya boleh diputuskan awal jika Lallana, Rooney dan Kane lebih tajam penyudah. Orang lain memang saya tak berapa endah sangat, tetapi Lallana memang cemerlang permainan, cuma kalau dia dapat ledakkan gol bila dia dapat peluang, harum nama kelab Liverpool yang membentuk permainan beliau. Milner masuk disaat akhir konon nak kemaskan tengah, tapi apa boleh dia buat dengan sekadar bebrapa minit permainann.

Gol England datang dari gol sepakan percuma Eric Dier. Itupun dah 3/4 perlawanan. Namun Russia menyamakan kedudukan disaat akhir. Tak pelik dengan keputusan sebab pengurus yang pelik bawa England. Hodgson patutnya tak letak Rooney pun tak apa dalam pasukan, buat semak sebab main diluar posisi sebagai pemain tengah. Baik letak Vardy sebab Kane memang keseorangan bila dalam situasi serangan. Lagi satu yang hairan kenapa bagi Kane ambil sepakan sudut, patutnya bagi pemain lain ambil dan Kane dok dalam kotak tunggu peluang.

Jun 11, 2016

SENARAI PEMAIN YANG DILEPASKAN DAN KEKAL LIVERPOOL


Pemain dilepaskan:

Brewitt, Tom
Cleary, Daniel
Marsh, William George
McLaughlin, Ryan
O'Hanlon, Alex Joseph
Polgar, Kristof
Sanchez Diaz, Jose Enrique
Toure, Kolo Abib
Yesil, Samed


Pemain Dalam Kontrak:

Alexander Arnold, Trent
Allen, Joseph Michael
Awoniyi, Taiwo
Balotelli, Mario Barwuah
Barbosa de Oliveira, Roberto Firmino
Benteke, Christian
Bogdan, Adam
Brannagan, Cameron
Brimmer, Jake
Can, Emre
Canos Tenes, Sergi
Chirivella Burgos, Pedro
Clyne, Nathaniel Edwin
Coutinho Correia, Philippe
Dhanda, Yan
Dunn, Jack
Ejaria, Oviemuno
Flanagan, Jonathan
Fulton, Ryan
George, Shamal
Gomes Aju, Madger Antonio
Gomez, Joseph David
Grabara, Kamil
Grujic, Marko
Hart, Samuel James
Henderson, Jordan Brian
Ibe, Jordon Femi Ashley
Ilori, Tiago
Ings, Daniel William John
Jones, Lloyd Richard
Kane, Herbie
Kent, Ryan
Lallana, Adam David
Lennon, Brooks
Lovren, Dejan
Maguire, Joseph
Markovic, Lazar
Masterson, Conor
Mignolet, Simon
Milner, James Philip
Moreno Perez, Alberto
Neves Alves, Paulo Manuel
Ojo, Oluwaseyi
Origi, Divock Okoth
Pezzini Leiva, Lucas
Phillips, Adam Lee
Randall, Connor Steven
Rodrigues De Souza, Allan
Romero Alconchel, Luis Alberto
Rossiter, Jordan (Offer)
Sakho, Mamadou
Sinclair, Jerome Terence (Offer)
Skrtel, Martin
Smith, Bradley Shaun
Stewart, Kevin Linford
Sturridge, Daniel
Teixeira, Joao Carlos (Offer)
Vigouroux, Lawrence
Virtue Thick, Matthew Joseph
Ward, Daniel
Whelan, Corey
Williams, Michael Jordan
Wilson, Harry
Wisdom, Andre
Scholars
Adekanye, Omobolaji Habeeb
Correia Gomes, Toni
Kelleher, Caoimhin
Naeem, Suleman Joseph
Owens, Kris
Parker, Mich'El
Whyte, Harvey

Sumber Preimerleague.com

Jun 10, 2016

DANIEL AGGER LEJEN LIVERPOOL BERSARA



Sumbangan beliau mungkin nampak tak seberapa berbanding Carragher atau Hyypia. Tetapi yang sedih ialah bakat beliau tersadai dihujung jalan dek kecederaan yang tak kunjung padam. Bukan setakat kebolehan main macam pemain tengah walaupun seorang bek, Agger punyai ciri-ciri kepimpinan melalui tauladan. Rasanya Skrtel banyak dibantu Agger sebelum ini sebab itu dia nampak tenang bersama Agger dulu, tapi dengan Sakho atau Lovren memang hampas sekali.

Macam biasa kalau korang pernah main pertahanan, kalau tak ada persefahaman memang barai. Contoh Skrtel dalam situasi sedang serbu lawan, dengan  Agger dah tahu dia akan masuk rapat sebab memang itu perangai Agger dalam latihan camana. Tapi dengan Lovren atau Sakho mereka mungkin tak faham Skrtel dan Skrtel pula tahu rakan lain tak jaga dia, maka nak main macam biasa dengan yakin pun dah tak berani. Pemergian Agger bermakna separuh jiwa-raga Skrtel dah hilang.

Jun 9, 2016

SAHAM COUTINHO KIAN MELONJAK



Tudia, baru sekarang diberi peranan utama dalam skuad Brazil, dah ledak hattrik lawan Tahiti dalam Copa Amerika pagi tadi. Brazil belasah Tahiti 7-1. Pasti terliur PSG lepas ni. Kita harap Coutinho nak kekal di Anfield. Kalau dia nak juga blah cari pengalaman baru di Liga Perancis yang tak glemer itu, apa boleh buat. Tapi harap jangan bagi muka dengan PSG sebab mereka hanya bida 23juta pound baru-baru ini. Paling koman 50juta kalau kurang pi main jauh-jauh.

Gol Pertama



Gol Kedua




Gol Ketiga



Philippe Coutinho Hat-trick Goal - Brazil 7-1... by footy-goals

Jun 7, 2016

KLOPP MEMANTAU GONZALO HIGUAIN ???


Klopp bersama dengan ejen Gonzalo Higuain, sebelah kanan beliau. Sebab itulah memang hangat diperkatakan dalam media sosial yang Klopp sedang dapatkan Higuian. Rasanya mungkin ada pemain lain dipantau secara tak langsung oleh beliau sendiri tetapi yang menghairankan sejurus Higuain dibawa keluar dari perlawanan di belah terus. Adakah ini jeng-jeng-jeng yang betul-betul atau dia sekadar makan angin di USA. Higuain masuk Benteke keluar , kalau jadilah kot.

Jun 2, 2016

DEMAM EURO2016


Setekat ini Liverpool dan Juventus menghantar kontijen pemain teramai ke kejohanan Piala Eropah 2016 di Perancis, Julai ini. Saya sejak dulu lagi jenis sokong pasukan yang mana ada pemain Liverpool kat dalam pasukan, samada Euro ataupun Piala Dunia. Jadi kita bakal tunggu tengok dan pantau prestasi mereka untuk kemaskini dalam blog. Jadi Blog ini akan secara tak langsung bakal jadi penyiar tak rasmi untuk pasukan England, Belgium, Jerman, Wales dan Slovakia. 

JADUAL PERLAWANAN PERSIAPAN PRA-MUSIM 2016/17


Jun 1, 2016

WAJARKAH PEPE REINA DI BAWA KEMBALI



Apakah kewajaran nak bawa Pepe Reina kembali ke Anfield. Jika Mignolet dijual rasanya, pembelian Reina masuk akal. Namun jika nak letak lejen kita itu sebagai goli no 3, ianya bakal jejaskan masa depan Darren Ward. Malah tak berbaloi bagi pihak Pepe sebab takkan nak dapat peluang dengan ketiadaan perlawanan di Eropah. Kita tahu Bogdan bakal kena lelong, dan pengganti beliau wajar dari akademi sebaiknya. Namun semuanya masih sekadar khabar angin. Kalau betul jadi kenyataan jual Mignolet dulu baru boleh ambil Pepe. Apa pendapat anda.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails