Jul 31, 2016

PRA-MUSIM: LIVERPOOL 2-0 AC MILAN


Liverpool memperagakan jersi baru masa lawan AC Milan, sebiji macam kaler kuah lontong yang baru abam balun kat rumah terbuka jiran. Ikutnya malas nak menulis sekarang, perut penuh dgn nasik lemak, laksa, roti jala, bihun, rojak dan aneka cucur kueh sebagai penutup. Tapi kalau lepas makan tidur nanti cepat boroi, jadi abam mengalihkan rasa nak lentok dengan menulis sikit pasal perlawanan ICC tadi. Kalau ada yang terkurang maaf sebab tengok perlawanan melalui Facebook, sangkut-sangkut gak.

Mignolet
Alexander Lovren Klavan Milner
Henderson Wijnaldum
Mane Lallana Coutinho
Sturridge

Nak kata kesebelasan separuh pertama yang terkuat mungkin dalam 80 peratus. Alexander , Klavan dan Milner mungkin taraf simpanan. Permainan separuh pertama memang dikuasai Liverpool. AC Milan nampak bahaya sebelah Niang. Mamat tu yang Brendan pernah nak beli tapi Milan tolak. Boleh tahan juga dia punya fizikal dan boleh golek bola kantoikan Alexander. Suso yang main seberang sana nampak biasa-biasa saja. Mungkin gugup dan teruja jumpa kawan lama. Saya tak rasa Suso main teruk sangat jika Moreno yang ain ditempat Milner. Milner walaupun tak laju tapi payah nak diayamkan lawan. Sebab tu pemain Milan banyak buat hantaran lintang dari jauh.

Saya masih kagum walaupun separuh pertama Liverpool punyai peluang 3-4 biji gol. Pemain kita masih berkaratz sebab penyudah mereka tersasar. Mane, Lallana, Coutinho, Sturridge boleh buat kita bersorak awal, namun pada pandangan saya pertahanan Milan masih bertahan dengan kewaspadaan tinggi. Terutamanya goli mereka Gabriel tak silap, memang berusaha menepis percubaan demi- percubaan bahaya berbanding Mignolet yang jarang teruji. Pasukan ni nak gunakan taktikal Azzurri juga macam Chelsea, sebab Montela pengurus Milan itu tak letak formasi menyerang.

Mignolet
Clyne Lovren Klavan Moreno
Stewart Hendo
Markovic Firmino Ojo
Origi

Separuh kedua bermula dengan kemasukan barisann muda. Kat sini ramai yang kita nampak tak berapa kelas dari kesebelasan sebelum ni. Tetapi kecil jangan disangka anak, kita tengok mereka lebih gempak. Mungkin ada faktor lain dari lawan yang kian kurang nak bertahan dan cuba membuka langkah untuk menyerang. Paling gempak ialah Origi, penjaring gol pembukaan, dengan merembat lencong melepasi jangkauan goli Milan. Ada bunyi-bunyi dari peminat yang Origi dah berada dalam kedudukan teratas perebutan penyerang utama untuk lawan Arsenal. Tudia mudah sahaja mereka lupakan tarian Sturridge yang selalu digayakan selepas jaringan.

Firmino adalah permasalahan komplek, yang sukar nak diselasaikan dan perlu buat kajian khusus. Apataknya masa lawan Chelsea kemain hampas, sampai ada yang cakap beliau tak punyai masa depan. Tetapi hari ini dia pula kemain bagus dan nyaris dapat hatrik, tapi hebat jugalah dapat satu gol. Saya dok perhati lama dah yang Firmino diberi peranan salah masa lawan Chelsea dan dia ngam dengan posisi lawan Milan. Sebabnya masa lawan Chelsea dia main penyerang utama tetapi menyerlah bila main dibelakang dan membantu penyerang utama. Jadi sekarang Klopp harus tegas bagi Firmino main kat situ dan kalau nak letak posisi lain dia mungkin baik bagi simpanan.



Jul 30, 2016

PRA-MUSIM: LIVERPOOL LAWAN AC MILAN



Tak pasti ada siaran langsung kat astro atau tak. Cuma halaman Facebook KatookHd ni Admin selalu masuk kalau nak tengok perlawanan Liverpool sepanjang pra-musim berlangsung. Waktu perlawanan pukul 10 pagi waktu tempatan.


BALOTELLI DIPANTAU AJAX

Usaha perbincangan wakil Ajax dengan ejen Balotelli, bagi merealisasikan perpindahan ke Liga Belanda. Hanya satu perkara yang membawa perbincangan berlarutan ialah Ajax hanya mampu membayar separuh dari gaji Balo sekarang yang agak tinggi, 90,000 Pound seminggu.

Kalau Balo bersetuju, Ajax bakal melengkapkan perpindahan dengan meminjam pemain selama semusim. Walaupun Ajax nampak yang memulakan langkah pertama, banyak kelab lain yang telah merisik ejen beliau, tetapi mereka tersentap sebab tahu gaji Balo sebanyak itu.

KARIUS CEDERA MIGNOLET LEGA


Mignolet macam kena Jackpot, kononnya pengganti beliau , Karius cedera. Ambil masa 2 bulan baru dijangka pulih. Tak ada tekanan langsung sebab yang nak cabar hanyalah kuda tua dari Austria, Manninger dan Shamal yang dah nak tukar posisi ke penyerang. Mignolet pasti bakal diturunkan dalam perlawanan ICC dengan AC Milan nanti yang merupakan bakal penampilan sulung selepas pulang dari Euro16.

Saya tak kisah dengan Mignolet. Dia masih penjaga gol yang baik walaupun tak bertaraf dunia lagi. Cuma Mignolet perlu bijak ambil peluang sementara Karius tiada. Dia kena pastikan tak merapu dan lebih berkeyakinan kerana dihadapan beliau adalah bakal gandingan pertahanan tengah yang lebih diyakini, Matip-Lovren. Malah kalau  Lovren-Klavan juga kita tengok memang mantap sebagaimana mereka main bersama lawan Chelsea haritu.


Jul 29, 2016

BERITA PASUKAN BAWAH-23 LIVERPOOL


Skuad Liverpool bawah-23 bakal berumah di Fratton Park, Stadium bagi kelab Tranmere Rovers musim ini. Kiranya ini macam nak tolong kelab kampung sebelah Sungai Mersey sahaja dari segi kewangan dengan sewa stadium itu. Sebelum ini Liverpool kawtim dengan kelab bolasepak Chester di Deva Stadium dan padang Kelab Ragbi St Helen. Salah satu sebab mungkin Stadium Tranmere lebih lengkap kemudahan dan jga lebih dekat dari Chester dan St. helen.

Manakala bagi pertandingan bawah-23 jemputan Antarabangsa Liga Perdana,  pemain bawah-23 kita bakal bertemu pasukan remaja mantap dari Porto, Wolfsburg, and Leicester City dalam grup C. Format Liga ini akan menemukan 12 pasukan bawah-23 Inggeris dengan bawah-23 pasukan Eropah jemputan. untuk makluman belia Man City adalah juara bertahan versi bawah-21 sebelum ini.

Group A
Derby County, Sunderland, PSV Eindhoven, Benfica

Group B
Manchester United, Middlesbrough, Sparta Prague, Villarreal

Group C
Leicester City, Liverpool, FC Porto, Wolfsburg

Group D
Chelsea, Swansea City, Dinamo Zagreb, Feyenoord

Group E
Aston Villa, Norwich City, Celtic, Valencia

Group F
Everton, Reading, Athletic Club Bilbao, Hertha BSC

JERSI KETIGA LIVERPOOL MUSIM 2016/17


Warna ceria dan nampak jelas dari jauh tetapi bagi pemain hitam manis macam Mane, pasti hanya nampak tubuh badan sahaja dari jauh. Kalau senyum nampaklah gigi tersengih macam Sturridge kat atas. Baju ini pasti laku sebab ramai geng pekerja JKR buat jalan nak beli untuk menjaga keselamatan. Pereka fesyen New Balance ni memang tak menjaga sensitiviti perkauman, sahaja tak nak menonjolkan pemain kulit hitam. Tak caya tengok kat bawah.



Pandangan saya ialah kembalikan Adidas.

Jul 28, 2016

PRA-MUSIM : LIVERPOOL 0-1 CHELSEA


Rasanya Conte sebelum nak cari kelab dia teliti yang sesuai dengan dirinya. Tengok Chelsea main tak berubah dari zaman Mourinho . Conte selesa dengan pemain sebab mereka cukup faham camna susun bas kat terminal. Cuma Conte nak perkemas supaya boleh main betul-betul corak Azzurri.  Mungkin kita lemas perut tengok sepanjang 90 minit bagaimana perancangan Conte menutup ruang pasukan yang main seksi macam Liverpool.

Kalau perlawanan persahabatan sekalipun main tetap macam bermusuhan. Liverpool banyak kumpul kad kuning. Tapi Chelsa lagi garang siap kad merah lagi. Insiden itu berlaku apabila Fabregas menerjah kaki Klavan tanpa niat nak ambil bola. Rasanya Fabregas dah cari musuh dengan Klavan.  Tapi yang lebih merunsingkan bolos dari sepakan penjuru. Masih belum ada persefahaman dan komunikasi antara pemain. Nak salah Grujic tak boleh juga sebab dia perlukan masa sesuaikan corak bertahan dengan jaga zon.

MASALAH DISIPLIN SAKHO

Bakal Presiden Ivory Coast

Nampak saja senyum memanjang. Klopp memang tegas dalam kes Sakho. Bila sekali langgar peraturan mungkin dimaafkan, tetapi dah masuk kali ke 3. Klopp terpaksa ambil tindakan drastik, hantar pulang dari USA. Perangai lewat Sakho bukan perkara serius tetapi Klopp ambil kesempatan nak bagi amaran yang tiada pemain walaupun tahap senior yang boleh buat kepala. Sebab nanti takut ada pemain lain pula yang nak terikut-ikut perangai tak elok.

Klopp cakap memang dia tiada masalah dengan Sakho. Walaupun berita kasi panas cakap sampai masadepan Sakho terancam di Anfield. Klopp bukan tahap tu lagi, kalau kelab lain Sakho mungkin kena bayar denda . Tapi Klopp cuma bagi peringatan dan demi kebaikan Liverpool secara keseluruhan. Cuma kita tak pasti bagaimana Sakho menerima hukuman ini sebagai perkara remeh atau dia dah sentap dan suruh ejen cari kelab lain.

Jul 27, 2016

SELAMAT MAJU JAYA BRAD SMITH


Korang tahu tak ada perangai kapitalis juga pengurusan Liverpool ni. Brad Smith musim lepas menyentap dan buat perangai tak nak sambung kontrak. Diorang pujuk cakap yang Smith tak perlu risau,  Moreno main terok dan pasti Smith ada peluang cerah nak dapat sekurang-kurang pun bekap utama bek kiri. Tektik beri peluang main sekali sekala membuahkan hasil, Smith sambung kontrak baru.

Pihak Liverpool tahu Smith dah jadi pemain antarabangsa Australia. Potensi beliau boleh pergi jauh, tapi kena main kerap. Malah potensi nak buat duit pun ada dalam pala otak mereka. Nak pinjam keluar ke kelab Liga Perdana sukar sebab tak banyak kelab nak ambil risiko pinjam meminjam. Bukan sebab pemain itu tak bagus, tapi komitmen pemain pinjaman dan pemain tetap berbeza. Jadi bila Bournemouth cakap nak beli , pengurusan tanya Klopp dan beliau setuju debgan syarat letak klausa beli balik.

Sebenarnya tak pelik walaupun bek kiri memang isu besar sebesar 1mdb. Jika Klopp setuju jual Smith ini isyarat, bek baru utama akan dibeli. Bila tengok berita,  Chilwell bukan sebab dia nak lanjut kontrak. Hector pula Koln nak pau harga melampau. Jetro Willem dinafikan kelab. Maka kita bakal tunggu satu lagi pembelian misteri yang penuh kerahsian dan beri kejutan.  Moreno jangan seronok awal sebab saingan beliau keluar, tapi dia pasti panas jubor jika pembelian baru adalah bek kiri yang mampu menggugat beliau.

LIGA PERDANA DUA



Liga bolasepak remaja untuk kelab-kelab Inggeris telah dirombak. Bukan sebab bosan sebab Menyu asyik menang, tetapi mungkin nak kuatkan akar umbi terutamanya pemain remaja Inggeris yang tidak dapat peluang dalam pasukan utama. Jangan heran perancangan Persatuan Bolasepak Inggeris yang macam meniru format Piala Presiden yang dibuat  Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM, sejak 1985 lagi. Mungkin kebetulan sahaja. Kalau dulu format bawah-21 tetapi kini dipertingkatkan kepada bawah-23. Setiap pasukan boleh letak 3 pemain terlajak umur dan goli juga.

Dalam perspektif perancangan pembangunan bolasepak remaja Liverpool format baru ini memang banyak beri kebaikan. Pemain-pemain yang berpotensi dapat merasa bermain dalam kejohanan ala pemain senior. Bukan setakat liga, pasukan bakal bermaian dalam Piala Liga, Piala Antarabangsa Liga Perdana dan juga Trofi EFL (dulu dikenali sebagai Trofi Johnstone's Paint). Tudia banyak betul pertandingan dan pemain akan main sampai muntah dan ramai pemain yang bakal terlibat dari umur 23 tahun sehingga yang paling muda. Michael Beale adalah pengendali skuad bawah-23 nanti.

Namun begitu pemain-pemain muda terbaik tetap juga akan dipinjam keluar contoh macam Ryan Kent, dan beberapa pemain lagi. Antara sebab logikal pemain tersebut perlukan perlawanan dengan pemain lebih tua dan berpengalaman walaupun dalam liga bawah dari Liga perdana, bagi berikan mereka persediaan bagi diserapkan kedalam pasukan utama. Kita harap Liga baru ini dapat percepatkan pembangunan pemain muda macam Ejaria, Arnold, Woodburn dan Shamal untuk jadi pemain utama, selari dengan cara Klopp dan falsafah FSG yang lebih gemar melabur dalam bolasepak remaja.

Divisyen 1:
Arsenal, Chelsea, Derby County, Everton, Leicester City, Liverpool, Manchester City, Manchester United, Reading, Southampton, Sunderland, Tottenham Hotspur

Divisyen 2:
Aston Villa, Blackburn Rovers, Brighton & Hove Albion, Fulham, Middlesbrough, Newcastle United, Norwich City, Swansea City, Stoke City, West Bromwich Albion, West Ham United, Wolverhampton Wanderers

RYAN KENT DIPINJAM KELUAR KE BARNSLEY



Lagi seorang pemain berbakat dipinjam keluar untuk mendapatkan masa permainan. Kali ini pemain sayap lincah, Ryan Kent dipinjam keluar ke kelab Liga Kejohanan, Barnsley. Beliau akan bersama Barnsley selama semusim dan tidak boleh dipanggil balik menurut peraturan pinjaman yang baru dikuatkuasakan.

Tetapi jangan risau, Liverpool telah melaksanakan dasar tegas kepada kelab peminjam. Wajib berikan masa permainan paling kurang 75 persen jika pemain tersebut cergas. Nampak macam membuli, tetapi Klopp tak mahu pemain kita pergi sekadar memanaskan bangku simpanan. Kita bukan beri Barnsley pemain cikai, tetapi Kent antara pemain muda yang menyerlah dalam perlawanan pra-musim baru-baru ini.

Kalau boleh kita nak Kent diberi peluang musim ini sebab potensi beliau amat menonjol sepanjang 4 perlawanan pra-musim. Namun sebagai pemain muda dan terpaksa beratur panjang dalam hirarki pemain dalam barisan tengah menyerang, pinjaman ini adalah situasi menang menang bagi Kent dan juag Liverpool untuk masa depan.

Jul 26, 2016

ALLAN RODRIGUES DIPINJAM KE HERTA BERLIN



Allan Rodrigues de Souza, dikenali sebagai Allan pemain muda berbakat B-20 Brazil bakal sekali lagi dipinjam keluar. Beliau masih belum diberi kelayakan permit pekerjaaan dari Jabatan Buruh British. Kelab Herta Berlin dari Bundesliga sanggup beri masa permainan kepada pemain ini. Klopp menaruh harapan kepada Allan, walaupun dia dibeli oleh Brendan. Tak pasti apakah nasib  Allan, sebab dengan #Brexit yang dah nak dikuatkuasakan, takut Allan bakal ucap selamat jalan.

MAMADOU SAKHO DIHANTAR BALIK KE MELWOOD


Spekulasi banyak. Ada yang cakap Mamadou Sakho buat perangai keloloh terlampau dan Klopp tak suka dengan sikap Sakho tu. Tapi ada yang bersangka baik bagitahu Klopp nak Sakho rehat dan memperbaiki kecergasan untuk pulih dari kecederaan di Melwood. Sebab kat sana kemudahan dan perlatan lengkap. Kita tak mahu Klopp dan Sakho ada krisis antara mereka. Kita nantikan perkembangan lanjut mengenai Klopp-Sakho, sebab nanti pasti anda sidang akhbar rasmi mengenai perkara ini yang telah menjadi berita sensasi. Kalah cerita konsert Selena Gomez.

SELAMAT MAJU JAYA JOE ALLEN


Ramai yang hairan. Termasuk saya. Kenapa pemain yang bagus dan diiktiraf di Eropah tiba-tiba ditolak oleh Klopp dari perancangan beliau musim akan datang. Rasanya ada benda yang Klopp nampak kita tak nampak pada kelemahan Allen. Faktor keupayaan fizikal tak memungkin Allen bermain dengan Emre dalam gandigan duo di tengah. Kalau nak letak dibahagian tengah menyerang Allen tiada kreativiti dan penyudah yang ampuh.

Jadi apa yang terbaik adalah beri pilihan kepada Allen untuk buat keputusan. Mahu kekal tetapi dibangku simpanan atau terima cabaran baru di luar. Nampaknya Allen tak macam sesetengah pemain sanggup habiskan gaji, biar jadi kain buruk sekadar berlatih dengan pemain simpanan. Dia mahu mencipta nama sebagai pemain utama. maka Stoke pun Stoke lah apa boleh buat, harapan nak ke kampung halaman bersama Swansea tak kesampaian. Swansea keberatan nak keluar belanja.

Lagi satu sebab yang saya nampak Allen terpaksa dilepaskan kerana ada permata baru yang bakal menyinar dan digilap dalam posisi beliau tak lain tak bukan Cameron Brannagan. Pemain muda itu menyerlah dalam perlawanan pra-musim ini. Malah dengarnya Klopp tak mahu Brannagan dipinjam keluar dan Brannagan bakal diberi peluang yang lebih musim depan. Sebab itulah jangan terkejut sebab takkan ada pasal jika pemantau bakat dari Barcelona dan Real Madrid selalu datang skodeng Barannagan.

Ramai yang rasa tawaran £13 Juta Pound dari Stoke macam rendah dari sepatutnya. Namun dengan kontrak berbaki semusim berpadanlah dengan nilai tersebut. Namun Liverpool telah menyertakan klausa tambahan yang membolehkan Liverpool mendapat tambahan bonus £2 Juta Pound lagi, jika Allen mendapat pencapain tertentu. Kita harap selamat maju jaya buat Allen bersama dengan Stoke.
 dan kalau dia bagus disana tak mustahil Barcelona pun akan datang cari untuk ganti Iniesta.

Jul 25, 2016

ULANGSIAR VIDEO : STAFF LFC 1-1 STANFORD


MOTIVASI ALA BALOTELLI


Aku pon heran dengan mamat ni. Sikit pun tak komplen sebab jadi kain buruk dalam pasukan. Tak sakit tak apa tapi kena tinggal oleh Klopp dari lawatan sambil bermain di USA. Sekarang ni dia sekadar berlatih dengan pemain simpanan. Itu pun ceria dan gumbira siap bubuh dalam Instagram pasal perkembangan beliau.

Pening betul lah. Kalau orang lain dah lama sentap, telefon ejen, suruh cari kelab hatta kat Liga China sekalipun. Harap Tengku Mahkota Johor pecah tabung bawak mamat ni ke JDT kalau Balo masih takda pasukan bila pintu perpindahan Liga M buka balik.

PERLAWANAN ANTARA STAF: LIVERPOOL 1-1 UNIVERSITI STANFORD


Sementara tunggu perlawanan dengan Chelsea, 2 hari lagi Staf Liverpool dijemput Staf Universiti Stanford untuk perlawanan persahabatan. Ramai juga staf utama yang main, seperti Klopp sendiri, Peter Krawietz (Pembantu Jurulatih), John Achterberg (Jurulatih penjaga gawang), Pepijn Lijnders (Jurulatih pembangun sukan) Ruben Pons dan Rithie Partridge (Pegawai Fisioterapi) dan 7 staf lain yang tak dinyatakan. Zeljko Buvac tak main, mungkin atas sebab kecederaan lampau atau bersama pemain-pemain jalan-jalan makan angin.

Perlawanan berkesudahan seri 1-1. Boleh tahan juga keputusan sebab kita tengok gambar rata-rata pemain Uni Stanford muda-muda belaka. Manakala Staf Liverpool nampak veteran ramai. Dimaklumkan Klopp bermain dalam tiga posisi. Mulanya main penyerang, lepas tu ditengah dan akhirnya pertahanan. Krawietz tak pernah main bola secara pro tapi terpaksa main kot sebab terpaksa ganti Buvac, pemain tengah menyerang pada zaman kegemilangannya. Pepijn Lijnders, juga kaki bangku main sebagai pertahanan.

Penjaring gol untuk Liverpool adalah pegawai Fisioterapi, Ruben Pons yang juga tak pernah main bola secara profesional. Tapi dengar cerita gol yang dijaringkan adalah jarak jauh dari kawasan Liverpool masuk kegawang Stanford. Rithie Partridge yang juga Fisioterapi nyaris-nyaris dapat cipta kemenangan tetapi bekas pemain remaja Liverpool itu terkantoi sebab lama sangat dok gantung but barangkali. Kalau ada lintas lansung  perlawanan ni kan seronok.


Jul 24, 2016

PENGURUS ENGLAND BARU


Tak ada orang lain kah yang nak jadi Pengurus England. Latarbelakang Sam Allardyce, tak meyakinkan langsung. Kejayaan paling bersejarah beliau menang Liga Ireland. Yang lain tak pasti cuma falsafah bolasepak Sam Gendut ni ialah main berani dan agresif dan jangan takut lambung bola cepat-cepat kepada penyerang kat atas. Pola permainan beliau tak berubah, sejak kita kenal Sam ketika di Bolton, Newcastle, Blackburn, West Ham dan Sunderland yang terbaru.

Apa kena mengena dengan pasukan kita. Pasti ada sebab sejak berzaman Liverpool memang pembekal pemain kepada skuad England. Malah kontinjen Liverpool antara yang ramai dalam skuad Euro16, Hodgson baru-baru ini. Jadi kita nak tengok apakah penerapan taktikal Sam sesuai dengan pemain kita yang banyak main bola rendah. Sesuai satu hal, takut pemain kita berlatih dengan agresif pulang dari kem England, ada yang cuti sakit. Paling takut ialah Abam Sturridge.

Dok asyik kutuk pun takut Sam bagi padan muka balik orang yang anti sangat dengan dia. Mungkin Persatuan Bolasepak Inggeris, dah habis fikir camna nak bagi budak-budak England yang perasan bintang, berpijak dibumi yang nyata mereka lembik fizikal tetapi mental juga rapuh. Gerun juga tengok muka Sam, dah gendut tinggi bapak pula. Jadi muka puaka dan badan cam Orge, takkan ada pemain nak berlagak diva atas padang. Taktikal rasanya penting tetapi Sam sendiri bagitahu England hanya perlu mentaliti pemenang. Cakap banyak tak guna kita Tunggu perlawanan sulung Sam bersama England.


BEK KIRI BARU DALAM AGENDA



Liverpool pastinya bakal beli Bek Kiri baru. sebab terkini Brad Smith, bek kiri antarabangsa Australia telah dibida sebanyak  £6 Juta Pound dari AFC Bournemouth. Liverpool telah menerima lamaran Bournemouth dan tunggu Brad untuk terima terma dari mereka. Apa yang terbaik klausa pembelian semula dimasukkan sekali. Lagipun Flanagan juga bakal dipinjam keluar ke Burnley.

Klopp nampak Smith ada potensi tetapi nampak dia bukan pencabar Moreno. Jadi pemain bek yang lebih berkaliber pasti dibawa masuk seawal mungkin paling tidak sebelum perlawanan pembukaan dengan Arsenal nanti. Kita masih belum boleh meneka siapa, sebab banyak kejutan kebelakang ini sebab sasaran sebenar jauh dari apa yang berita khabar angin.

Rasanya peminat Liverpool kena bangga dengan AFC Bournemouth sebab jadi pak sanggup beli pemain muda kita dengan harga tak masuk akal. Dengan harga dengan Pogba sampai  £100 Juta pound, rasannya wabak gila telah melanda Liga Perdana Inggeris. Jadi tak heran nilai £6 Juta bagi Smith. Masing-masing tak heran nak belanja besar sebab dapat laba dari hak penyiaran TV.

Jul 23, 2016

NASIB PENYERANG YANG TAK DIPERLUKAN



Dari mula Klopp masuk kita dah tahu Benteke memang takkan serasi dengan taktikal. Dia bukan tak berusaha tetapi semua macam tak menjadi. Nak kata cikai sangat taklah sangat tetapi 10 gol tak memadai sebab banyak sangat kantoi peluang mudah. Sebelum ini Crystal Palace memang beria-ria nak tapi lamaran £25 juta Pound ditolak mentah-mentah. Malah ada versi lain mereka datang dengan lamaran tambahan mencapai hampir £30 juta Pound, tapi FSG tetap mahu tak kurang dari  nilai asal £32.5 juta Pound.

Dengar cerita terbaru Crystal Palace taknak teruskan hajat bida Benteke tapi mengalih pandangan kepada penyerang WBA, Saido Berahino. Nampak kalau mereka dapat Berahino, hancurlah harapan Benteke nak main dengan pasukan yang begitu sesuai dengan corak beliau. Malah saya rasa pengurus Palace, Pardew adalah insan yang pandai guna pemain tinggi macam dia buat dengan Carroll di Newcastle sampai kita kena tipu sampai lebur duit £35 juta Pound.

Benteke juga dibawa bersama ke USA bersama geng Euro16, Belgium lain Mignolet dan Origi. Mahu tak mahu, Klopp terpaksa simpan Benteke sebagai penyerang ke-4. Mungkin sementara atau hingga Januari masih belum pasti. Memandangkan ketiadaan perlawanan Eropah musim ini, tipis sangat Benteke nak dapat peluang sebab Origi nampak sebagai Plan B, pemain sasaran bola tinggi.

Lain pula dengan cerita Balotelli. Sejak awal lagi Klopp dah bising-bising dengan Balotelli suruh dia cari kelab lain. Takkan diberi peluang sejak dari perlawanan pra-musim pertama lagi. Kalau Balo tak deman tinggi, dia boleh bersama-sama Pelle di Liga China. Dapat balik modal juga dan silap-silap Balo boleh dapat melipat kali ganda gaji dari sekarang. Yang jadi penghasut ialah Ejen beliau Riola nak harap kelab besar Eropah ambil Balo. 

KEPERLUAN HOTEL SKUAD LIVERPOOL DI USA


Banyak benda pelik yang ada dalam senarai keperluan penginapan hotel pasukan sempena Lawatan sambil bermain di USA. Kita ambil yang penting sahaja.


  • Klopp dan Krawiez - memang kaki perasap sebab nak bilik untuk perokok. Tapi bilik pemain diharamkan.
  • Merokok tak boleh tapi, Pay Per View boleh. Faham-faham lah.
  • Henderson dan Lallana kena hidup berjiran, kenapa tidak dengan pemain lain macam Milner timbalan kapten. 
  • Coutinho mahu kipas dalam bilik. Jenis tak suka penghawa dingin kot. Ataupun macam saya tak reti guna remote ekon.
  • Kenapa dua katil, dalam satu bilik untuk siapa lagi satu.




GEORGINIO WIJNALDUM PEMAIN BARU LIVERPOOL 2016/17


Georginio Wijnaldum, nama yang paling susah nak sebut. Jadi kita panggil Gigi sahaja memang abam bagi gelaran manja gitu. Kita dapat pengesahan bayaran penuh ialah memang  £25 Juta Pound. Tetapi bayar £20 Juta dulu £5 Juta lagi bonus tambahan. Tapi Newcastle tak dapat semua, £4 Juta kena bagi dekat PSV Eindhoven sebab tertakluk kepada klausa penjualan semula dalam syarat Gigi ke Newcastle dulu. Macam tahu-tahu PSV , mamat ni nak bagi duit buta kat mereka.

Mulanya ada cakap Gigi nak jersi no.8.  Tapi jangan haraplah nak pegang nombor keramat Abam Gerrad. Liverpool beri no.5. Apa yang kita dapat dari pemain ini adalah kepelbagaian dan satu lagi macam Abam Kuyt cakap punyai bertenaga macam kuda. Orang gelar dia kuda dia pula turunkan gelaran itu kan si Gigi. Satu lagi Kuyt pernah kata yang sejak dia di Liverpool, hirarki Liverpool dah pernah sebut nama Gigi sejak di akademi PSV. Cuma jodoh beliau lambat baru sekarang menjadi.

Kita harap Klopp tak pening nak letak mana si Gigi ni. Setakat sekarang rasanya dia akan main kat tengah bersama Emre. Namun kualiti dari segi boleh menjaringkan gol, rasanya nak main kat atas sikit pun boleh. Macam Rafa pernah bagitahu cara Gigi lebih afdal dibelakang penyerang utama. Mungkin juga ketiadaan Flanagan yang bakal dipinjam keluar, Gigi akan jadi bekap Bek Kiri atau Kanan. Senang cerita letaklah kat manapun kecuali penjaga gol, pemain ini pasti beri yang terbaik.

Jul 22, 2016

ALEX MANINGGER PEMAIN BARU LIVERPOOL 2016/17


Satu lagi kejutan bagi yang tak ikuti perkembangan khabar angin. Alex Manninger telah dibawa masuk untuk cerita pengalaman hidup kepada Karius dan Mignolet. Pengalaman hidup bagaimana nak main dengan 14 pasukan dan bernasib baik dapat merasai menjadi pemain Liverpool.

 Antara pengalaman beliau yang hebat adalah merasai Medal Kejuaraan Liga Perdana Inggeris bersama Arsenal ,dimana  dia jadi timbalan kepada Seaman. Manigger juga pernah menjadi timbalan kepada goli terhebat dunia, Gigi Buffon di Juventus.

Kita memang perlukan pemain yang redha menjadi pemanas dibangku simpanan, tetapi boleh diharap bila ada kecemasan. Bogdan masih muda (28 adalah muda bagi penjaga gol) kesian masa depan dia. Darren Ward sedang berguru dengan sahabat Klopp di Huddersfield. Manakala Shamal George, dah taknak main kat gawang dah. Dia nak jadi penyerang sepenuh masa. Tak caya tengok wikipedia beliau.

Rasanya Klopp telah perasan lama dan mungkin pernah bertegur sapa dengan Manninger kat Bundesliga sebab Alex sebelum ini di bersama Klavan di Ausburg. Rasanya masa lawan Ausburg sebelum ni Klopp dah kawtim mana kita tahu. 

Jul 21, 2016

PRA-MUSIM: LIVERPOOL 2-0 HUDDERSFIELD


Perlawanan persahatan kali ini merebut Piala Shankly. Ya Bill Shankly pernah mengurus Huddersfield sebelum mencipta sejarah di Liverpool. Jadi Liverpool-Huddersfield terjalin ikatan persaudaraan kerana tak rasmi. Tambahan pulak Huddersfield diurus bekas pembantu Klopp, Encik Wagner.

Karius
Randall Lovren Lucas Moreno
Ejaria Stewart Grujic
Mane Firmino Coutinho

Nama saja persahabatan tapi main tak sebegitu. Aksi fizikal mewarnai pertandingan sengit kedua-dua padukan. Biasalah bila Liverpool main bolot penguasaan bola maka pasukan lawan pasti tak nak kena buli. Nak cakap peluang banyak tak juga sebab Huddersfield main dengan bertahan rapat kedalam. Almaklumlah Wagner tahu camna taktikal Klopp.

Dekat 20 minit perlawanan barulah nampak taktikal Liverpool menjadi, pasukan lawan hilang fokus sedikit sebab mereka cuba acah acah nak menyerang. Kesempatan itu diambil Liverpool untuk memecah kesunyian. Gerakan Mane  melarikan bola ditengah dan melorongkan kembali bola kepada Firmino. Dalam keadaan dihambat lawan Firmino sempat melintangkan bola melepasi Mane dan Coutinho. Tetiba Grujic sampai dikawasan penalti dan merembat masuk gol pembukaan Liverpool.

Grujic mengingatkan kita kepada Abam Gerrard. Kita tanak buat persamaan melulu, takut Grujic terbawa-bawa perasan akhirnya bukan sama mac Gerrard tapi jadi macam Biscan. Potensi yang ada pada Grujic kadangkala kita lupa dia baru sebulan tak sampai di Liverpool. Mungkin inilah salah satu asbab Liverpool nak sangat lepaskan Pemain tengah terbaik Eropah, Joe "Pirlo Xavi Zidane  Platini" Allen. Awas sekali lagi jangan seronok awal, biarlah Grujic buktikan dulu kemantapan beliau.

Liverpool dapat peluang menambah gol. Mane dijatuhkan oleh penjaga gol Huddersfield. Penalti dihadiahkan dan Coutinho kedepan nak sumbat gol peribadi pertama musim ni. Tapi helah Coutinho gagal, pembacaan goli lawan tepat, sepakan Coutinho ditepis keluar. Liverpool persia-siakan peluang. Jadi kita kena cari penembak penalti baru lepas ni. Mane memang ohsem dalam gerakan yang manyaksikan insiden penalti itu. Jadi kesimpulan saya rasa pemain tengah kena rajin tengok dan bagi Mane lorongan bola sebab Mane boleh potong bek lawan dengan rempitan pantas.

Karius
Alexander Wisdom Lovren Moreno
Stewart Lucas
Markovic Woodburn Kent
Ings

Separuh kedua bermula dengan pengekalan Karius, Lovren, Moreno, Stewart dan Lucas . Lucas berubah posisi main tengah bersama Stewart.  Alexander main dikanan posisi baru beliau pra-musim ni. Pasukan B ini tak nampak garang dari pasukan A, sebab nampak Huddersfield dah makin garang naik menyerang. Mereka pula dominasi penguasaan bola. Peluang banyak lawan cuba usaha istiqamah menyerang tapi bek Liverpool menyerap serangan dengan tenang. Karius main sebegitu hensem sehensem orangnya.

Jangan ingat Liverpool main takut, tetapi itu plan rahsia sebab Liverpool main corak serang balas pula. Sebelah Kent memang sedap menyerang sampaikan Liverpool mendapat laba dari kepantasan dan kelincahan pemain muda yang nama sama dengan rokok idaman masa muda-muda dulu. Kent merempit dari kiri dan cuba selit masuk kedalam kotak penalti, tetapi bek lawan tak ada daya nak buat terpaksa kepit kaki Kent dan penalti dihadiahkan. Tak menyangka Toyol yang ambil penalti, dan dia dengan tipu muslihat menewaskan goli lawan untuk gol kedua Liverpool.

Liverpool dah dapat Trofi tak rasmi musim ini. Dan pasukan akan bergegas ke USA untuk kejohanan persahabatan yang lebih mencabar. Pemain-pemain yang rehat sebab main di Euro16 akan bersama geng ini disana termasuk pemain baru Ragnar Klavan. Rasanya kita harap Wijnaldum turut serta nanti. Begitu juga Hector sebab ada bau bau kentut Liverpool sedang berbincang secara rahsia nak bawa Bek Kiri Jerman itu ke USA. Harap itu bukan cekelat angin.

SELAMAT MAJU JAYA ADAM BOGDAN


Bogdan dibeli untuk cabar Mignolet. Gelak saja Mignolet tengok aksi sulung Bogdan tangkap angin masa lawan Watford. Masalah sekarang goli ini yang dibeli bukan taraf Liverpool. Bermain di Bolton dalam Liga Kejohanan nampak sangat Brendan main angkut sahaja pemain. Sepatutnya dia pergi cari yang lebih berpengalaman macam Iker Cassilas yang pada masa itu tak tahan jadi kain buruk kat Real Madrid. Malah saya rasa ramai lagi goli yang berpengalaman diluar Liga Inggeris yang lebih mantap, cuma Brendan dan geng pemantau tak mahu nak ambil perhatian.

Sepatutnya Bogdan sendiri kena faham, dia boleh ambil peluang ganti Mignolet jika dia fokus dan tak gabra bila menyarung jersi Liverpool. Tapi bila memang dah tak berapa bagus memang kat situ tahap beliau. Pembelian baru macam Karius juga awal-awal dah buat komedi. Kita tak berapa nak panik lagi sebab Karius baru nak sesuaikan corak permainan main dari bawah. Tapi satu amaran bagi Karius yang muka hensem takda makna jika hampeh.

Terima kasih buat Bogdan walaupun jasa beliau tak seberapa. Kita bukan nak hina beliau atas kesilapan beliau. Adatlah kelab besar macam Liverpool nak yang terbaik sahaja. Kiranya Bogdan harus bangga dia pernah menyarung jersi Liverpool dan boleh cerita kat anak cucu nanti. Wigan beli Bogdan bukan calon otomatik sebab kena mencabar goli Wigan yang main dengan Liverpool haritu. Harap dia berjaya dapat jadi goli utama Wigan dan berjaya dapat rampas posisi goli utama Hungary dari Pak Cik seluar jogging.



Jul 20, 2016

RAGNAR KLAVAN PEMAIN BARU LIVERPOOL 2016/17


Respek geng yang rancang perpindahan Klavan ke Liverpool. Segalanya kita nampak secara spontan. Penuh dengan tipu daya, konon nak beli pemain itulah inilah, langsung tak ada petik nama Klavan. Akhirnya pemain misteri ini langsung jadi pembelian pengganti Skrtel yang berhijrah Turki. Nak kata teruja dengan pemain ini, mana mungkin sebab kita tak tahu langsung siapa dia sebelum ini.

Bagus sangatkah sampai pemain ini jadi pilihan ganti lejen macam Skrtel. Itu kita akan simpan dulu sampai dia diberi peluang bermanin. Apa yang kita faham pembelian pemain ini adalah pembelian diluar fesyen FSG, rasanya besar kemungkinan Klopp bertegas nak beli Klavan dan FSG terpaksa akur. Klopp tak berbelanja besar, sekadar 4.2juta pound untuk pemain 30 adalah munasabah.

Orang cakap dia tenang tapi agresif. Macam ikan Arowana bunyinya. Tapi tak hairan juga sebab Kapten Estonia ni kita tengok muka macam taiko dengan rambut nipis potong no .1, berjambang dan misai trim tak habis. Kalau dia dapat main nanti harap boleh ganti Skrtel untuk sergah penyerang taik kucing macam Costa dan samseng berlagak tuhan, Encik Ibrahim dari Menyu.


ENCIK PELBAGAI GUNA

Belanda memang terkenal dengan Total Football. Senang cakap Total Football ni falsafah mereka tentang cara main bola semua pemain kena duduk main merata tak tentu posisi. Tak semua pemain boleh adaptasi corak itu sekarang, tengok saja apa jadi dengan bolasepak Belanda, Euro16 haritu pun tak layak. Sekarang mereka main Kokak Football, pemain bintang ramai tapi main ceramok tak ada stail macam dulu.

Bercakap tentang corak Total Football balik, bekas pemain lejen kita Dirk Kuyt memang contoh terbaik pemain yang boleh main dengan corak itu. Dia dipanggil Encik Duracell kerana rajin naik turun bahagian sayap. Tapi ingat dia datang sebelum ini sebagai penyerang utama. Jadi kepelbagaian beliau, membuatkan Pak Benitez bagi Kuyt posisi baru di sayap kanan. Kat Belanda, Kuyt pernah main dibahagian tengah, malah dibek kiri semasa Piala Dunia 2012.

Namun kali ini Liverpool beria-ria nak dapatkan pemain pelbagai guna yang benar-benar ahli dalam pelabagi posisi. Pemain itu adalah Giorginio Wijnaldum, pemain Newcastle United. Kita boleh cakap Emre boleh main pelbagai posisi. Tapi sejujurnya Emre boleh setakat main tetapi dia tak mampu nak kendalikan posisi baru secara konsisten. Tapi Wijnaldum memang taiko, banyak posisi dia main, bukan sahaja di Newcastle, tetapi dikelab kampungnya PSV Eindhoven.

Rekod Wijnaldum memikat hati peminat. 11 gol itupun main dengan pasukan yang jatuh ke Liga Kejohanan. Kalau kita tengok cara dia main memang rancak, bertenaga dan bila berada diposisi terbaik boleh sumbat gol. Sebab itulah Pak Benitez cakap, walaupun Wijnaldum tak mengecewakan dipelbagai posisi, Rafa nampak mamat tu lebih berkesan jika bermain dibelakang penyerang utama. Takkan Klopp nak beli posisi yang ramai dah boleh main.

Walaupun sekadar dalam perbincangan lagi, Liverpool macam diberitakan bakal berjaya dapatkan Wijnaldum sebab Spurs dan sunting calon lain. Tambahan pula dengar Rafa nak Lucas dalam perpindahan itu. Kiranya tak sukar jika Lucas nak bersama Rafa. Sekurang-kurangnya boleh lah dapat sedikit kurang belanja yang kita dengar dekat 27juta pound jika tanpa diskaun. Kita harap Klopp tak salah perkiraan tentang Wijnaldum, sebab pemain ini taklah terdesak sangat nak beli. Yang kita dok tunggu mana Bek Kiri baru tak muncul-muncul.

Jul 19, 2016

MEDEL GANTI LUCAS


Apa lagi korang nak. Lucas tak merungut, rileks, kool dan tak kisah dibangku simpanan. Itu ayat peminat yang poyo. Korang tahu berapa gaji Lucas 80k seminggu. Klopp memang tak kisah gaji tapi pihak FSG mungkin dah kisah tentang tu. Ada juga nak bandingkan Lucas dan Milner. Kena faham ada peranan penting Milner berbanding Lucas musim lepas. Milner boleh dikatakan antara pemain penting dalam skuad. Jaringan gol mungkin tak banyak tetapi dia penyumbang gol kepada rakan dan juga banyak membuka serangan walaupun dengan banyak kekurangan dari segi kepantasan dan kelincahan.

Sememangnya kita dah dengar banyak khabar angin Lucas bakal dilelong. Memandangkan kontrak dia hanya tinggal semusim lagi, ada peluang Liverpool dapat juga modal untuk penggajian pemain baru. Bila dah ada yang nak keluar pasti kena seimbangkan akaun dengan kemasukan. Antara pemain ideal yang telah dipantau Klopp sendiri ialah Gary Medal, pemain antarabangsa Chile yang bermain di Inter Milan. Klopp pergi ushar sendiri Medel ketika perlawanan Copa Amerika haritu. Rupanya dia bukan sahaja pantau Higuain, Medel juga dia buat penilitian sendiri.

Kenapa Medel? Apa yang bagus bangat berbanding Lucas? Jawapannya tak sukar sebab kepantasan dan cara agresif Medel sesuai untuk gegenpressing. Juga boleh bermain di posisi bek tengah, apa yang menakjubkan Medal bermain dengan Chile dalam posisi itu. Kita tengok dalam perlawanan akhir Copa Amerika, Medel memang antara pemain terbaik yang membuatkan Messi terlopong nak tembusi pertahanan Chile. Tengok gambar kat atas sudahlah, satu penendang kasi dekat Messi sebagai hadiah. Pemain camni kita harap boleh kasi pengajaran kat Ibrahimovic nanti.

Jul 18, 2016

SIAPA DUA PEMAIN MUDA YANG BERTUAH



Menurut Walsh, wartawan Liverpoolecho, Klopp mungkin akan membawa 2 pemain muda yang dah turun dalam 3 perlawanan Pra-Musim lawatan ke USA selepas ini.

  • Eva Ejaria
  • Benjamin Woodburn
  • Ryan Kent
  • Arnold-Alexander-Trent
  • Shamal George

Liverpoolkita memilih Ejaria dan Woodburn
Siapa pilihan anda yang lain ? Dan kenapa ?

PRA-MUSIM: LIVERPOOL 2-0 WIGAN




Karius
Randall Matip Lovren Flanagan
Brannagan Stewart Ejaria 
Mane Firmino Coutinho

Geng Separuh Pertama. (0-0)
- Karius buat komedi dan dia akui dalam akaun sosial beliau.
- Formasi 433
- Coutinho banyak menghamtam tiang
- Ejaria dan Brannagan masih belum menghampakan
- Peluang banyak tapi penyudah sunyi
- Wigan nampak bertahan tenang



Karius
Wisdom Matip Llori Randall 
Alexander Lucas 
Markovic Woodburn  Kent 
 Ings
Geng Separuh Kedua. (2-0)
- Karius, Matip, Randall kekal 90 minit.
- Formasi 4231
- Ings dan Woodburn hasilkan gol kemenangan
- Wordburn, Kent dan Alexander ohsem
- Markovic main OK namun masih 50-50 kekal
-Wigan nampak panik dengan formasi baru LFC.

Jul 17, 2016

BAGAIMANA NAK ATASI MASALAH MORENO



Memang nampak gaya, nipis sangat potensi nak dapat Hector, Rodriguez atau mahupun Chilwell musim ini. Kita harus bersangka baik dengan Klopp. Dia nampak Moreno ada jalan nak diperbaiki mengikut acuan dan latihan musim ini. Jika Klopp yakin abam lagilah yakin tapi tak pasti apa ubat atau kaedah mandi bunga yang bakal Klopp buat untuk membuang sialan pada Moreno musim lepas.
Tengok rambut dah stail, harap mungkin dia takkan buat stail musim lepas lagi.

Dok perati lama dah corak permainan Moreno. Dia nak kata pemain sayap bukan nak kata pertahanan pun bukan. Kalau dalam formasi Itali dan Wales, 3-5-2 dia diposisi De Sciglio atau Neil Taylor yakni dipanggil Bek Bersayap atau Wingback cakap omputehnya. Sesuai sangatlah dengan kesukaan menyerang boleh bertahan pun boleh tapi kedua-duanya dalam ala kadar. Sebab peranannya sebagai pembantu kepada pertahanan tengah kiri dan dan pemain serangan kiri.

Tetapi masalahnya Klopp tak main cenggitu. Klopp main 4 dibawah. Peranan Moreno tak jadikan masalah secara asasnya, tetapi kedudukan beliau terlalu kedepan dalam proses bermain dari bawah memang selalu bagi masalah. Bek tengah kiri dalam keadaan tertentu nampak pemain tengah boleh terima hantaran. Tetapi jika diserbu pemain lawan dan kantoi dengan kedudukan Moreno itu yang jadikan masalah kepada pertahanan bawah. Pemain sayap lawan senang cilok kekosongan kawasan yang ditinggalkan Moreno.

Klopp kena beri perhatian untuk ajar latihan menjaga kawasan. Walaupun konsep bek kiri moden yang canggih sekarang rajin menyerang, tetapi kalau tahu bila nak berada di kedudukan bertahan dan menyerang dengan sempurna, kesilapan Moreno bakal diperbaiki. Bukan masalah sangat dia ketot dan pemain sayap lawan akan main bola lintang dari kedudukan bersilang. Jordi Alba dan David Alaba spesis toyol macam dia juga namun kewaspadaan mereka diposisi yang tepat menyukarkan penyerag lawan nak buat onar.

Belakang parang yang rata kalau kita asah akan tajam juga. Begitulah sesiapa sahaja pemain yang berkehendak nak meningkat dan membina keperibadian bakal menjadikan mereka pemain yang lebih baik dari sebelumnya. Tapi ada juga yang memang tak boleh nak berubah, itu memang kena tanjal awal-awal. Siapa tak mahu Moreno jadi macam Roberto Carlos, tetapi kalau dapat separuh dari itu pun jadilah. Jadi Moreno antara pemain lama yang bakal diberi tumpuan musim ini. Kami macam biasa akan puji bila dia bagus dan kalau dok pi mai pi mai tang tu, jangan harap nak bagi muka.

KHABAR ANGIN YANG PALING LEJEN


Berpada-pada lah tulis berita. James Rodriguez, Real Madrid ke West Ham itu kita boleh terima lagi. Tapi yang ni paling hebat. Joe Allen ke Man United. Bukan nak menghina mereka tapi tak sangka mereka nak jadikan Allen alternatif jika tak dapat Pogba. Orang yang tulis berita ni minum air ketum banyak sangat kot.

Maaf lah, sejak Allen terpilih dalam pasukan terbaik Euro16, menjadi pemain tengah mengatasi Pogba dalam pemilihan. Pihak FSG dah letakkan nilai perpindahan minima 120juta Pound Sterling dan kira-kiranya bakal mengatasi rekod perpindahan dunia jika Pogba jadi ke Menyu yang dikatakan dalam 105juta Pound Sterling sahaja.

Kalau kurang pada tu ,Syuh..syuh..syuh pergi  main jauh-jauh. Tak ada duit jangan berani nak dekat pemain yang telah gantikan kehebatan Pirlo sejak berdekad lalu. Kami takkan jual Allen seboleh-bolehnya tetapi setiap pemain ada harganya. Sedangkan Benteke yang main tak setara mana pun kami tak bagi kurang harga hatta satu sen pun kat Crystal Palace, inikan pula Pirlo Allen.


Jul 16, 2016

PRA-MUSIM : LIVERPOOL LAWAN WIGAN


Bila? :===> 17 Julai 2016 Ahad
Kat Mana? ==>Astro Supersport 3 Chanel 816/834(HD). 
Kalau takdak? ===> Sila cari kat Facebook KatookH dan sukai lama itu.

KECEDERAAN GOMEZ TAK SETERUK YANG DISANGKA


Gomez memaklumkan dalam instagram beliau dia taklah cedera teruk sangat. Tetapi setakat sekarang dia masih boleh melakukan aktiviti kegergasan bagi menguatkan kembali kesan kecederaan yang dialami. Tapi pihak kecegarsan Liverpool tak bagi nampak dia macam nak boleh berada dalam pasukan untuk lawan Arsenal nanti.

Ni perancangan licik Klopp nak bagi Wenger kena main balik. Sebab Wenger cuba main dengan kecederaan pemain lebih awal. Wenger buat-buat teruk cakap skuad serangan Arsenal bakal lumpuh dengan kecederaan pemain utama. Sebab itu nampak rileks saja Klopp padahal ternyata sekarang hanya ada Matip dan Lovren pertahanan utama.

Kalau Klopp tak beli pemain kita kena faham yang Klopp menaruh harapan tinggi dengan Joe. Kalau beli lagi sekor, kita takkan dapat lihat kelibat Joe untuk aksi pemain utama, sebab pemain yang bakal masuk mesti nak diman kesebelasan utama. Kecualilah jenis Steven Caulker yang tak kisah mengeram dibangku simpanan semata-mata nak makan gaji buta.

Jul 15, 2016

SELAMAT MAJU JAYA JORDON IBE

Credit Bleaher Report
Sebelum kita terima pengishtiharan rasmi, tak berani nak buat kenyataan. Takut jadi macam Benteke. Dah macam nak jadi alih-alih nak pusing kona baring taknak ke Crystal Palace nak berebut dengan pemain pilihan Klopp. Ibe dah selamat jadi pemain AFC Bournemouth dengan sekali lafaz dengan mahar 15juta Pound Sterling. Tapi pengurusan Liverpool kian cerdik dah. Mereka letak klausa beli balik dan komisen penjualan dengar kata.

Kita taknak cerita buruk pasal Ibe kerana dia punyai potensi boleh jadi lebih baik daripada apa yang beliau tunjukkan musim ini. Klopp tak salah, dia dah bagi Ibe peluang untuk perbaiki diri tetapi Ibe masih belum tunjukkan peningkatan. Malah jujur kita cakap dia tak meningkat malah lebih teruk dari musim awal diperkenalkan dari simpanan ke dalam pasukan utama.Mungkin Klopp rasa dia tak mampu nak beri Ibe tunjukkan ajar dan harap Eddie Howe pula yang tolong tengok apa yang patut.

Saya rasa perkembangan Ibe terbantut setelah pemergian Sterling ke Man City. Bila Brendan jual Sterling, dia petik nama Ibe yang bakal jadi pengganti. Satu bebanan dan tekanan mental ditanggung Ibe, nak beraksi seperti Sterling dan berikan impak sama macam Sterling. Brendan mungkin rasa persamaan Sterling-Ibe dari segi corak permainan, namun dia kurang menilai kebolehan yang membabitkan perkembangan mental. Sterling lebih kreatif, tapi Ibe nampak tak berapa nak ubah corak permainan dan senang dibaca lawan pergerkan beliau.

Kita sebagai peminat Ibe punyai harapan tinggi malah akan kekal menyokong Ibe supaya beliau kembali menyengat , malah memadamkan kritikan buruk terhadap beliau. Rezeki beliau mungkin bersama Bournemouh. Tetapi kita berharap suatu hari Ibe boleh berjaya dan kembali ke Anfield sebagai pemain yang lebih cemerlang dan terbilang.











SITUASI KRONIK BEK TENGAH


Liverpool dalam keadaan situasi buruk bila Joe Gomez kembali cedera. Sebelum ini kita dah panik bila Sakho cedera. Llori pula pergi gatal nak main dengan Skuad Olimpik Portugal. Tambahan pula kita dah jual Skrtel ke Fenerbache dan Toure dilepaskan percuma.

Sekarang tinggal Lovren dan Matip, bek tengah berpengalaman Liverpool. Walaupun kita masih ada Wisdom dan juga Lucas sebagai bidan terjun, keyakinan mereka nak diberi peluang hadapi Arsenal dalam perlawanan pembukaan amatlah meragukan.

Tak banyak pilihan selain mencari dalam pasaran. Rasanya sasaran utama kita, Nevan Subotic dah ke Middleborough. Tak dengar pula sesiapa yang dikaitkan. Kalau haritu ada dengar gerombolan pertahanan dari Bundesliga banyak yang diwar-warkan sedang dalam pantauan.

Tak pasti siapa yang Klopp mahukan. Namun jika alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai siku. Nak beli baik cari yang betul-betul bertaraf dunia. Calon pemain Jerman yang kami suka ialah Mustafi dan Howedes bagi kategori senior dan Jonathan Tah dan Nicholas Sule kategori remaja. 

Jul 14, 2016

SELAMAT MAJU JAYA CANOS


PRA-MUSIM: LIVERPOOL 5-0 FLEETWOOD


Ikutnya Fleetwwod boleh kena bantai lebih dari 5-0 tu. Fleetwood memang main teruk dari Tranmere. Seingat saya Tranmere ada juga serangan bahaya, tapi Fleetwood memang teruk dari atas sampai bawah. Namun bila dah ada jaringan sebanyak tu ianya mungkin jadi motivasi untuk pemain seperti Grujic dan juga Woodburn yang baru bermain untuk Liverpool. 

Jul 13, 2016

KENAPA TAK BIDA N'GOLO KANTE


Baru dengar Chelsea bida N'Golo Kante, 29juta pound tanpa ada kelab lain mahu cuba bersaing. Padahal Chelsea jauh lagi haprak dari kita tanpa perlawanan Eropah juga. Kita tak tahu kenapa Klopp tak cuba bida N'Golo Kante dari Leicester City. Nak kata kita tak ada keperluan pemain sebegitu, ianya mustahil. Ramai nampak Kante boleh slot terus dalam kesebelasan utama bergandingan dengan Emre. Mesti ada sesuatu dibelakang tabir yang kita tak pasti kenapa Klopp tak cuba pikat Kante. Adakah Kerna nak kekalkan Joe Pirlo Allen barangkali.

GRUJIC NI KETURUNAN GERGASI KOT


Antara pemain baru yang kami nak tengok tak lain tak bukan Marco Grujic. Bapak punya besar kita tengok. Kalau ikut dalam wikipedia, tinggi 6'3" atau 190cm. Kita dok bising yang pemain tengah kita hanya sedang-sedang. Selalu kena buli dengan pemain tengah lain macam Fellaini. Nah sekarang Klopp beli keturunan gergasi nak bagi main dengan Emre. Ikut dalam Youtube mamat ni nampak lembab sikit, macam Emre mula-mula masuk dulu. Harap Konmayer boleh ubah Grujic jadi lebih agresif dan pantas utuk bergandingan dengan Emre. 

PEMAIN REMAJA BERBAKAT EQUADOR DALAM UJIAN



Josue Mauricio Quinonez, 16 tahun pemain bawah 18 Equador bakal jalani sesi ujibakat bersama skuad b-18 Liverpool. Beliau akan diterbangkan ke Jerman dimana skuad b-21 akan mejalani sesi perlawanan persahabatan disana. 

SELAMAT MAJU JAYA SKRTEL


Skrtel bakal melengkapkan perpindahan ke Fenerbache, kelab elitis Liga Turki. Posisi beliau telah diambil awal-awal lagi oleh Lovren. Kehadiran Matip menjadikan Skrtel tiada pilihan selain cari kelab baru yang boleh berikan peranan utama. Rasanya Fenerbache dapat pemain pertahanan yang baik tetapi  sedang dalam proses penurunan prestasi. Awasi kebolehan menarik baju dan bergusti dalam kotak penalti sendiri. Itu kejutan yang peminat Fenerbache perlu bersedia untuk hadam jika Skrtel tak ubah corak permainan negatif beliau itu. Apa pun selamat maju jaya buat Skrtel.

IBE DAH KEMAS BARANG NAK KE BOURNEMOUTH


Ibe dah kemas loker, ambil barang peribadi dan mengucapkan sayonara kepada rakan pemain, staff dan Pakcik Jaga di Melwood. Pengumuman rasmi masih belum disahkan oleh Liverpoolfc dan Afc Bournemouth. Jadi nak tulis nota penghargaan masih tak tergamak. Banyak nak tulis pasal Ibe.

Jul 12, 2016

SHEYI OJO DALAM SKUAD B-19 ENGLAND




Goalkeepers: Sam Howes (West Ham United), Freddie Woodman (Newcastle United)

Defenders: Callum Connolly (Everton), Dael Fry (Middlesbrough), Jonjoe Kenny (Everton), Taylor Moore (RC Lens), Fikayo Tomori (Chelsea), Kyle Walker-Peters (Tottenham Hotspur)

Midfielders: Ryan Ledson (Everton), Ainsley Maitland Niles (Arsenal), Joshua Onomah (Tottenham Hotspur), Reece Oxford (West Ham), Jordan Rossiter (Rangers)

Forwards: Tammy Abraham (Chelsea), Isaiah Brown (Chelsea), Ademola Lookman (Charlton Athletic), Sheyi Ojo (Liverpool), Dominic Solanke (Chelsea)



PRA-MUSIM: LIVERPOOL LAWAN FLEETWOOD TOWN


Perlawanan pra-musim kedua di Higbury Stadium. Rasanya tiada siaran Astro macam dulu-dulu. Kalau yang berduit, boleh langgan Lfctv.go. Kalau tak boleh cari siaran langsung percuma dalam talian. Kalau sempat kami akan letak pautan kat sini.

DANNY WARD SAH DIPINJAMKAN KEPADA HUDDERSFIELD

Setelah dilanjutkan kontrak selama 5 tahun lagi. Penjaga gawang Wales, Danny Ward dipinjamkan selama semusim ke kelab Liga Kejohanan Huddersfield Town. Pengurus Huddersfield, David Wagner member kamcing Klopp dan ini memudahkan urusan pinjaman yang bakal menyaksikan situasi menang-menang bagi kedua-dua kelab.

Siapa tak mahu penjaga gol masadepan Wales. Manakala situasi Liverpool dengan pembelian Karius serta Mignolet yang masih kekal, tak ada upaya Ward nak dapat peluang selain berada diturutan no.3. Dikatakan Alex Mannigger, bekas lejen penjaga gawang Arsenal akan jadi penajga gol simpanan ke-3, setelah pemergian Ward nanti. Namun segalanya masih samar walaupun Maningger dah berada di Melwold dan berlatih bersama pemain Liverpool bagi sesi ujian terlebih dahulu.

JOE ALLEN DALAM PASUKAN TERBAIK EURO16


Takkan tergamak Klopp nak jual Allen dengan nilai 15juta pound. Sissoko yang tetiba nampak hebat di final pun 35juta penilaian Newcastle. Paling kurang kena letak 30juta, nak diskaun pergi main jauh-jauh. Orang luar memang hairan kenapa Allen nampak bagus dengan Wales tetapi tak dapat peranan utama oleh Klopp. Harus diingat, Taktikal Wales main bertahan dan serap serngan lepas tu serang balas. Jadi dia nampak agak selesa berbanding di Liverpool yang beliau kena lebih bertanggungjawab menjaga bahagian tengah dengan taktik 2 pemain, berbanding Wales 3 pemain.

Patutlah Klopp nak sungguh-sunguh Raphael Guerreiro bek kiri Portugal. Siapa cakap dia sama dengan Moreno, memang main serkap jarang. Raphael memang ganas permainan. Sissoko dan Coman serta Sagna jarang boleh tembus sebelah beliau. Permainan beliau bukan setakat menyerang macam yang kita pantau dalma Youtube. Dari segi bertahan dia memang cermat. Jarang nak melulu kedepan jika keadaan tak berapa meyakinkan, kecuali dia yakin dengan keberadaan pemain lain belakang beliau. Rezeki Dortmund dapat pemain baik macam beliau.

Jul 11, 2016

KLAUSA PEMBELIAN SEMULA



Sergi Canos dan Jordon Ibe adalah prospek muda yang masih belum capai kematangan. Tetapi potensi mereka cerah. Sel-sel otak mereka masih sedang behubung. Kalaulah Liverpool main dalam persada Eropah, rasanya mereka ini pasti akan dijamin dapat peluang walaupun sekadar lepas bedha.
Kita tengok Ibe banyak peluang tapi belum memuaskan hati. Canos pula dipinjam keluar kemain hebat tetapi masih mentah dan perlu banyak masa untuk perbaiki permainan.

Ada cakap kenapa tak pinjam keluar sahaja dan mengapa nak dijual. Jawapannya dari Klopp agak mudah. Bagi yang mahu kekal dan bersabar tunggu peluang macam Brannagan dan Ojo rasanya mereka tak kisah bergaji ciput dan ikut nasihat Klopp. Tak ramai sebegitu kerana muda-muda lagi dah disambar Ejen yang tamak haloba, cuba pengaruhi pemain dengan cuba dapatkan tawaran luar dan ugut kelab dengan tak mahu kontrak lanjutan.

Jadi untuk tak menyesali diri macam Menyu dengan Pogba dan Pique, Liverpool memang patut letak klausa pembelian balik serta klausa penjualan semula. Kita taklah mengharap Canos, Ibe atau pemain muda lain jadi macam kes Pogba, tetapi sekurang-kurangnya jika mereka-mereka ini bernasib baik berjaya diluar sebab dapat peluang main, Liverpool mungkin beli balik dengan harga munasabah. Takpun kalau mereka taknak balik kepangkuan, dapat juga persen dari penjualan semula.

Mungkin setakat ini tak ada lagi bekas pemain muda Liverpool yang berjaya setelah dijual. Paling nampak berjaya kat luar hanya Mikel San Jose sekarang bermain dengan Atletic Bilbao. Dia nampak cemerlang dengan Bilbao dan terpilih bersama dengan skuad Sepanyol di Euro16 baru ni. Yang lain seperti Shelvey , Suso dan  Barragan boleh dikategorikan berjaya juga. Namun dengan pemain berpotensi besar macam Ibe saya rasa jika dapat letak klausa dalam perpindahan, taklah rugi jika dia meletup macam Pogba.

Jul 10, 2016

KLOPP DAH PUASHATI DENGAN BAHAGIAN SERANGAN



Klopp dah bosan dengan Gotze. Mamat tu memang taknak ke Anfield. Mungkin tanpa Liga Juara-Juara atau dia letih dengan "Heavy Metal" Klopp dan lebih mahukan "Dangdut" Spurs atau "Pop" Dortmund. Jangan cakap kita bakal menyesal tak bersungguh-sungguh, jika Gotze berjaya di Spurs contohnya nanti. Mungkin itu rezeki kelab lain. Tetapi Klopp mahukan pemain macam Mane, yang tak banyak koya. Spontan cakap mahu tak payah nak bajet nak fikir masa depan sangat.

Sturridge, Origi dan Ings berebut posisi penyerang utama. Mane, Firmino, Coutinho, Lallana, Milner pemain tengah menyerang. Itu belum campur pemain-pemain muda yang bakal jadi kejutan macam Kent, Arnold, Ejaria dan lain-lain. Dengan Benteke dah hampir ke Crystal Palace dan Balotelli takkan diberi peluang kedua. Rasanya Klopp mahu kuatkan bahagian lain yang lebih kronik macam Bek Kiri dan Tengah Bertahan.

Jul 9, 2016

SAKHO BEBAS TUDUHAN DADAH


Kes bahan terlarang Sakho telah dibuang UEFA. Pulak dah, UEFA cakap tiada kes. Padahai Abam Sakho dah terlepas Perlawanan Akhir Piala Europa . Tapi jangan dilupa terlepas bersama skuad Le Blues, kalau tak silap-silap Sakho boleh di final nanti.  Sebab itu juga rasanya Liverpool tak cuba saingi Middleborough untuk dapatkan Subotic. Maknanya pembelian Skrtel oleh Fenerbache memang tak ada masalah sebab Klopp cakap nak tunggu apa hasil keputusan Kes Sakho. Jadi masalah Bek tengah selesai dan Bek kiri sahaja yang masih sunyi sepi.

PRA-MUSIM: LIVERPOOL 1-0 TRANMERE ROVERS


Mungkin ramai  yang tak sedar Liverpool dah sepak bola pagi tadi. Pihak Liverpoolkita juga hanya dikejutkan oleh rakan Facebook bahawa perlawanan dengan Tranmere beberapa jam lagi nak mula. Itupun dekat pukul 10 malam. Siap diorang kasi pautan dan page Facebook dari Thailand yang menayangkan perlawanan. Walaupun siaran yang keudara memang tak berapa jelas, tapi lebih baik dari tak ada langsung. Terpaksa juga belanja data Umobile, sampai rapat 2GB nasib baik ada pakai yang percuma dulu.

Karius
Flanagan Matip Lovren Smith
Lucas Branagan
Mane Ejaria Kent
Firmino

Kesebelasan yang penuh kejutan. Ejaria, siapa budak tu. Nama macam silibus belajar membaca budak pra-sekolah Eja-Ria. Yang ditunggu-tunggu kelibat mereka tentunya Mane, Matip dan Karius. Grujic tak muncul mungkin kurang cergas atau cedera tak ada berita. Paling sedih kepada peminat Balotelli, langsung tak ada dalam senarai sedangkan beria-ria masa latihan. Ibe juga tak ikut, macam jadi ke Bournemouth kot.

Perlawanan bermula dengan permainan tanpa kompromi dari pemain muda Liverpool. Ejaria memikat hati kami. Kent juga beri kejutan. Mane banyak peluang nak jolok gol tapi masih berkarat. Matip dan Lovren nampak serasi walaupun baru seminggu berlatih. Flanagan masih klasik. Smith macam Moreno selalu tinggal tempat. Lucas dibawah dan Branagan bantu serangan. Firmino memang kreatif dan Karius tak banyak aksi tapi konfiden main hantaran pendek. Separuh pertama masih 0-0.

Bogdan
Randall Wisdom Llori Moreno
Trent Arnold Stewart Chirivella
Markovic Ings Woodburn

Rombakan keseluruhan 11 pemain. Boleh dikatakan kesebelasan yang kurang mantap berbanding separuh pertama tadi. permainan masih bercorak serangan tetapi banyak guna kan bahagian tengah. Paling menonjol rasanya Arnold walapun tak sehebat Ejaria. Namun dia membuktikan kelebihan dengan bantuan gol kepada Ings. Ings memang kelas gitu, tampanan melekat dan penyudah padu. Kita rasa sedikit kesal dengan Markovic, banyak peluang dia persia-siakan.  Kalau camni main kamu rasa Klopp gembira tak nak simpan. Padahai Ibe lagi berbakat pun nak dilelong.

Nama pun perlawanan pra-musim. Tak perlu risau jika tak menang banyak gol
Klopp hanya nak nilai keseluruhan pemain untuk berlaku adil. Bagi yang tak main lagi kita tak pasti adakah mereka dapat peluang lagi atau tak. Cuma harap pemain berikan komitmen sebab masa depan mereka juga bergantung diatas usaha sendiri. Selepas ni lawan Fleetwood Town.


Jul 8, 2016

PEMAIN LIVERPOOL DI SEPARUH AKHIR EURO16



Berakhirlah penglibatan pemain-pemain Liverpool dalam kejohanan Euro16. Allen dan Ward pulang awal ke Wales. Manakala Emre Can dah boleh pulang berhari raya jumpa Atuk-Nenek kat Turki. Penglibatan Allen dalam kejohanan Euro16 bersama Wales nampak macam sekadar menaikkan saham beliau. Dari saham 10juta naik kepada 16 juta. Ternyata Klopp tak peduli rayuan peminat supaya Allen kekal. Kita nak tengok adakah kempen #Allenstay bakal kecundang kepada #Allenxit.

Dalam kem Jerman, Emre menjadi pilihan sebagai pengganti Khedira. Namun dia bermain agak baik pada pandangan saya cuma nampak banyak kena bantu Schweinsteiger, pemain Menyu yang berat pungkor. Rasanya dah boleh pergi merisik Jonas Hector. Walaupun dipihak yang tewas, yang banyak bocor sebelah Kimmich. Kalau betul Klopp tak mahu Hector, saya harap ada pemain bek kiri utama yang sedang dibida tapi dirahsiakan dari pemberita yang kepohci.

Alang-alang nak cerita sedikit tentang perkembangan perpindahan. Setakat ini Benteke dan Skrtel masih dok bincang-bincang punyalah lama. Tetapi yang terbaru ialah tentang Jordon Ibe. Dengarnya AFC Bornemouth sedang bincang harga dalam 15juta, yang jadi banyak songheh sebab Liverpool nak sertakan sekali klausa beli-balik dan penjualan semula. Kalau ini berlaku kiranya situasi menang-menang. Tapi yang kita terkejut Klopp nak melawan citarasa FSG dengan cuba bawak lejen Poland-Dortmund, Jakub "Kuba" Błaszczykowski.

Manakala, pihak FSG dah cuak dengan perkembangan selepas Euro16. Ada pihak negara-negara yang balik awal dan kelab-kelab sedang nak cari pengurus baru. FSG sedang kemukakan kontrak baru kepada Klopp bagi menepis godaan dari tawaran kelab luar. Kalau saya dipihak Klopp, masa nak sain kontrak mintak syarat yang tegas tentang perpindahan. Liga Perdana Inggeris bukan macam Bundesliga. Kalau tak dapat pemain terbaik, musim 2016/17 bakal berakhir dengan kecewa jika hanya pemain koman dan gred B yang berada dalam pasukan.

Jul 5, 2016

MEMALUKAN SEANTERO JEMAAH LIVERPOOLIAH



DHAKA: Sebelum 2014, Nibras Islam hanya seorang pelajar biasa yang riang dan kaya, minat sukan, mempunyai teman wanita, gemar berselfie, melepak di kafe dan diminati ramai kerana wajahnya yang tampan.

Tetapi, tiba-tiba namanya disebut sebagai antara anggota militan IS yang menyerang sebuah restoran di Dhaka pada Jumaat lalu hingga mengorbankan 20 orang.

Dua bulan sebelum itu, dia menulis di Twitter: “Selamat tinggal selamanya.”

Selama ini, pihak berkuasa mengandaikan penyerang IS terdiri daripada mereka yang miskin dan hanya mendapat pendidikan madrasah.

Selepas serangan di Dhaka itu, mereka terpaksa menerima hakikat kumpulan militan itu mula merekrut golongan mewah dan berpendidikan tinggi.

Dalam kejadian itu, polis mengesyaki bekas pelajar Universiti Monash di Malaysia, Nibras, dan seorang lagi adalah antara enam penyerang yang maut ditembak pasukan keselamatan selepas dikepung 12 jam, sementara tujuh penyerang lagi kini ditahan, kata polis Bangladesh.

Masih tidak jelas bila dan bagaimana pemuda ini – tiga daripadanya belum mencapai usia 22 tahun – diradikalkan.

Seorang rakan Nibras dari sebuah kolej swasta di Dhaka sebelum dia ke Malaysia berkata, mereka terserempak di sebuah kafe pada Januari dan terkejut apabila Nibras memberi salam dalam versi penuh, bukan kebiasaannya yang sekadar mengucap “Salam”.

“Saya biasa solat di universiti, dan tidak pernah berjumpa dengannya ketika waktu solat di surau,” katanya.

Yuran tahunan pengajian ijazah muda di Universiti Monash Malaysia hampir AS$9,000 (RM36,000), enam kali ganda purata pendapatan di Bangladesh.

Seorang kenalan Nibras di Monash berkata, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan dan digambarkan gemar melepak dengan kawan, suka bergambar terutama dirinya sendiri sehingga menjadi usikan rakan.

Penyokong Liverpool, peminat Bollywood

Tinjauan di akaun sosial medianya mendapati Nibras menggilai aktres Bollywood, menyokong kelab Liverpool dan berselfie di kafe bersama rakan, malah pernah ada teman wanita sebelum putus hubungan pada 2014.

Dan tiba-tiba dia hilang dari kampus tahun lalu. Tidak jelas kenapa dia meninggalkan kampus. Kemudian dia mula renggang daripada media sosial, menghentikan aktiviti Snapchat dan Facebook, tetapi akaun Instagram miliknya masih aktif.

Nibras mengikuti 10 akaun Twitter, salah satunya ialah @ShamiWitness, yang dikendalikan pakar propaganda IS, Mehdi Masroor Biswas, yang ditahan di Bangalore tahun lalu.

Dia juga pernah ‘like’ tweet Anjem Choudary, pendakwah Islam berprofil tinggi Britain, yang kritikal terhadap Perancis dan sekutunya, dan dimuat naik pada Januari 2015, tidak lama selepas serangan maut militan di pejabat majalah satira Perancis, Charlie Hebdo.

Joyeeta Bhattacharjee, pakar Yayasan Penyelidikan Pemerhati di New Delhi, berkata penyerang dalam kejadian itu datang daripada latar belakang keluarga yang mewah dan liberal.

Timbalan Pesuruhjaya Polis di Dhaka, Masudur Rahman memberitahu Reuters penyerang terbabit “berpendidikan tinggi dan kaya” tetapi kena “brainwashed”.

– REUTERS

SALAM AIDIL FITRI DARI KRU LIVERPOOLKITA


Pihak kru penerbitan Liverpoolkita mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri kepada semua peminat blog Liverpoolkita yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Kita kadang-kala kami menulis sedikit beremosi dan kadangkala ada fakta yang tak tepat dalam menulis isu dan cerita kelab yang kita sayangi ini. Di harap segala sila kata dan tulisan harap diampun maaf.

Bagi peminat Non-Muslim yang juga menjadi peminat blog ini, diucapkan selamat bercuti dan jika ada rakan-rakan muslim yang anda kenali diluar sana, tika saat inilah peluang beramah mesra dengan mengunjungi mereka dan kita harus tonjolkan perpaduan kaum di Malaysia dan seluruh dunia hendaknya. Di samping dapat bedal masakan Muslim yang korang jarang dapat rasa selalu.

Bagi yang sedang bergerak ke-kampung disaat-saat akhir ini. Rasanya kesesakan dah kurang dan tak perlu kalut-kalut nak balik kampung macam kampung nak lari. Jika memandu jangan terlalu memaksa jika letih atau mengantuk. Singgah R&R balun sejam dua kasi segar. Berhati-hati dijalanraya.

Mungkin kita yang bakal cuti beraya terlupa abam-abam dan akak-akan yang bekerja sepanjang raya ni. Terutamanya yang bekerja dalam pasukan beruniform. Kepada mereka tak lupa pengorbanan kalian tak ternilai demi kegembiraan orang lain.

Tak lupa sepanjang Hari Raya, blog Liverpoolkita akan berkumandang macam biasa. Sebab nak dekat-dekat raya ni macam-macam info nak keluar. Kita tertunggu-tunggu jadi tak Benteke nak ke Crystal Palace, jadi tak Zielinski atau Dahoud serta Neves masuk dan pastinya ramai nak tunggu adakah Moreno bakal jadi Bek Kiri utama lagi.

Apapun nantikan Liverpolkita versi Raya, sambil kunyah kuih dan baham ketupat. Nak letak ucapan selamat hari raya kat kometar bawah ni pun ok. Kalau boleh ceritakan beraya kat mana tahun ni.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails