Aug 31, 2016

BERITA PINTU PERPINDAHAN



Rasanya ikut alasan Klopp pasukan utama dah lengkap. Tiada kemasukan pemain baru walaupun kat luar sana ramai bising nakkan Bek Kiri (LB) dan Tengah Bertahan (DM). Buku bank perpindahan Liverpool rasanya dah tiada defisit, sebab penjualan terakhir Benteke membuatkkan jumlah penjualan dan pembelian semasa mencatatkan keuntungan. Tersenyum tokey FSG, John Henry kerana mereka dah jumpa kembar Wenger. Sebab mereka laksanakan dasar pandang ke Arsenal, dengan Motto, "Untung, Untung, Untung".

Nanti dulu, poket FSG bakal tebal lagi dengan penjualan atau pinjaman pemain seterusnya seperti Luis Alberto, Lazar Markovic, Mario Balotelli dan juga Mamadao Sakho. Alberto dalam perancangan ke Lazio dengan perpindahan bernilai 4.5juta Pound dan tambahan 1.5juta Pound. Markovic pelik sikit, Sporting Lisbon nak beli terus 13juta Pound. Namun Markovic nak kekal di England dan tengah tunggu tawaran pinjaman Newcastle. Balotelli pula rundingan ke Liga Perancis, bersama kelab yang baik, ya memang namanya Nice.

Tetapi saya terkilan dengan Sakho. Kenapa layanan buruk sangat diberikan kepada beliau. Adakah kerana dia kurang berdisiplin haritu, Klopp layan dia macam kain buruk. Setakat sekarang bek tengah terbaik yang kita ada mungkin Matip dan Lovren dan Klavan selepas itu Sakho. Matip dan Klavan muka baru, mereka belum tunjukkan permainan secara konsisten lagi. Sakho bagi saya adalah pemain konsisten musim lepas, ketiadaan beliau dalam Final Piala Europa antara penyumbang kepada kekalahan dengan Sevilla.

Klopp cakap Sakho perlu keluar untuk cari kelab yang dia boleh main secara kerap, sementara dan kembali balik mencabar pemain lain musim depan. Bagi saya kalau Sakho cergas macam orang lain tak mengapa. Tetapi dia masih cedera dan jauh lagi untuk kembali bermain. Kalau bagi dekat kelab lain, korang ingat siapa nak beri pemain kurang cergas masa permainan. Saya harap kalau Sakho nak celen kesebelasan utama dan kekal itu hak dia. Tak perlu nak halau secara terhormat. Kalau nak nampak lebih budiman baik letak sahaja Sakho dalam senarai penjualan terus. Buat apa bagi harapan palsu, pinjaman bagai padahal memang dah tak mahu pemain itu.

Aug 30, 2016

WISDOM DIPINJAMKAN KE RB SALZBURG SEMUSIM


Sebelum RB Salzburg berjaya pikat hati Wisdom, Celtic juga mahu beliau. Brendan Rodgers percayakan Wisdom kerana dia yang mula-mula memperkenalkan Wisdom 3 musim lepas. Wisdom pernah melalui zaman bahagia kerana dia dalam perlawanan sulungnya menjaringkan gol ketika lawan Young Boys dalam Piala Europa. Ketika itu semua nampak Wisdom bakal ganti Glenjo sikit masa nanti.

Namun bila lama-kelamaan, prestasi Wisdom tak meningkat. Kekuatan fizikal cantik dah, namun dia jenis alpa dan suka ralit ketika bertahan. Kerana itulah posisi pemain bek kanan simpanan diambil-alih Jon Flanagan. Walaupun Wisdom memang secara lahiriahnya bek tengah sejak dari akademi, namun Brendan masih tak mempercayai kualiti dan kekurangan pengalaman bermain ditengah. Kiranya musim selepas itu Wisdom dipinjam keluar ke Derby dan main bersama kelab Liga Kejuaraan sebagai pemain bek utama.

Balik pra-musim sekali lagi Brendan tak serap Wisdom dalam skuad utama dan Tony Pulis, ambil beliau sebagai pinjaman di West Brom dan bermain sebagai bek kanan. Kali ini beliau tak berapa main sangat, bukan sebab tak berapa bagus namun kerana faktor kecederaan. Habis semusim, Wisdom kembali dalam pra-musim dan Brendan masih tak nampak keperluan Wisdom nak ganti Glenjo sebab dia beli Clyne dari Southampton. Sekali lagi Wisdom dipinjam keluar kali ini dengan kelab Liga Perdana, Norwich selama semusim.

Pertukaran pengurusan dari Brendan kepada Klopp tak juga beri Wisdom pengharapan. Memang kita tengok Wisdom banyak diturunkan dalam perlawanan pra-musim namun masih tak nampak peningkatan dan boleh main samada sebagai bek tengah atau kanan.  Jadi dengan berikan Wisdom pinjaman ke RB Salzburg, rasaya Wisdom bakal tentukan masadepan beliau sendiri selepas ini. Liga Austria mungkin tak mencabar berbanding Liga Inggeris, kalau tak cemerlang juga kat sana, rasanya kali ini mungkin Wisdom takkan kembali lagi sebagai pemain Liverpool musim depan.

Aug 28, 2016

BIAR BETUL KLOPP MAHU FUCHS


Entah betul atau tidak masih belum tahu. Masih diperingkat khabar angin. Rasanya ejen Fuchs buat cerita kot. Sebab Fuchs tak gembira bila Leicester tak nak penaik gaji dia. Orang lain semua naik. Vardy, Mahrez dan Drinkwater. Sebagai pemain utama dan antara pemain yang konsisten sepanjang musim hingga berjaya menang Kejuraan Liga, saya pun rasa Fuchs berhak minta gaji. Dia nak duit lebih bukan kereta cabuk , BMW i8.

Kalau yang ini masih was-was juga. Bukan sebab faktor dah tua, kerana Klavan pun Klopp beli sebaya. Tetapi dengan kontrak masih ada 2 tahun, takkan Leicester City nak lepas murah. Pemain terbaik mereka tu. Isu gaji pihak Liverpool tak kisah, tetapi mereka takkan nak kompromi dengan pembelian pemain tua yang mahal. Kalau nak bandingpemain yang kita ada sekarang, Moreno dan Milner jauh panggang dari api permainan mereka dengan Fuchs.

Saya juga berharap Liverpool dapat cari versi yang macam Fuchs tetapi yang lebih muda, pantas dan hebat. Tapi kalau dah tak jumpa yang dicari sebelum pintu perpindahan tamat, dapat Fuchs pun abam tak kisah. Kalau boleh nak tengok Fuchs bakal main dengan kelab mana masa pertemuan akan datang. Sebab perlawanan ke-4 nanti Liverpool akan lawan Leicester. 

LIGA PERDANA: LIVERPOOL 1-1 TOTENHAM


Ingat lagi mula-mula Klopp di White Hart Lane musim lepas. Perlawanan berakhir seri 0-0 tetapi memang berentap gila. Masing-masing ada peluang saksama, Mignolet dan Lloris rasanya dapat pemain terbaik perlawanan bagi pasukan memasing. Kiranya dapat pulang dengan satu mata di Spurs adalah satu rahmat, sebab mereka sedang menggila dan berada kedudukan sebagai pencabar kejuaraan dan kita, malas nak cakap , sakit bergelut dipertengahan liga. Sedih kan.

Persediaan nak ke ibu kota London, ada macam-macam aneka ragam. Prestasi perlawanan dah nampak naik. Selepas kena malu dengan Burnley 0-2, pasukan kita bangkit ayam kan Burton dalam Piala Liga 5-0. Ghairah peminat kembali setelah, macam tak ereksi sebelum itu. Sedang nak seronok nak ke sana Coutinho cedera. Panik seketika, namun tetapi sejurus perlawanan Klopp umum Coutinho pulih. Tetapi macam biasa, kita dah boleh jangka pasukan perubatan bagi satu jarum ubat tahan sakit. Origi juga rasanya sama macam Coutinho. Cuma Emre tak dapat diubati dengan jarum suntikan, dia perlu rawatan susulan sebab buku lali, bukan otot macam Coutinho dan Origi.

Tak terkejut dengan corak kalut-malut kedua-dua pasukan. Liverpool memang main cenggitu, tetapi Spurs pula takut kena serbu, jadi mereka pun main cara yang sama bak kata orang nak lawan api dengan api. Paling menonjol ialah Mane, mungkin dia paling rajin kejar sanan sini dan tensen Rose nak jaga beliau. Sebab itulah kita tengok Rose banyak main akal dan sengaja bagi Mane tekanan dengan cuba kenakan Mane supanya buat kesalahan dan terima kad.

Peluang pertama, yang patutnya Liverpool dapat gol pertama datangnya dari Coutinho. Gerakan untuk mengeluarkan bola dari kawasan pertahanan Spurs berjaya dipatahkan oleh kombinasi gerakan gegenpressing berkumpulan. Vertoghen menhantar bola mencari Eriksen, ketika itu Hendo naik menggertak Eriksen, bila Erikson hampir nak pegang bola, Lallana pula menerjah dan bola kantoi dapat kepada Firmino. Firmino memang kita puji pemurah bila dapat bola dia main trik dan lorongkan kepada Coutinho yang tak ada pemain jaga. Tapi Coutinho hanya sepak leret, lembut dan berjaya ditangkap Vorm. Kalau tak melompat awal peminat Liverpol.

Spurs juga bukan tak ada peluang, Mignolet berjaya menepis percubaan Eriksen dari sepakan percuma. Memang tindakan yang kita angkat ibu jari tengah sama dia. Lagi satu masalah kita bila kena serangan balas. Spurs berjaya buat gerakan bahaya datang dari sepakan sudut Liverpool dapat yang dikeluarkan oleh pemain Spurs. Bola dapat kepada Kane dan coba dicelen Lovren namun Lovren tewas terduduk namun datang Hendo berjaya merampas bola, namun bola tak selmat lagi dan kali ini Lallana pula mengcelen Alli dan selamat seketika sebelum Alli merembat ke laut China Selatan.

Vorm adalah penjaga gol idaman Brendan. Tapi kenapa pergi beli Mignolet tu yang hairan. Ciri-ciri goli-sweeper memang hampir sama dengan Neuer Bayern. Apataknya, kalau goli lain rasanya tak mampu nak serbu dan berjaya patahkan bukan satu tapi dua gerakan bahaya Mane yang mempunyai kepantasan larian yang menewaskan pertahanan Spurs. Tapi pakej pula, malam tadi dia meyelamatkan 2 percubaan tepat Coutinho dan sepakan Mane. Tapi rasanya ada pandangan tentang Vorm yang kerap cedera, itu satu perkara yang kelab besar taknak beli, bukan baru-baru ni tetapi sejak dia di Swansea lagi.

Didalam kebuntuan melepaskan peluang sana-sini. Liverpool mendapat peluang yang datang dari kebangangan lawan. Firmino dapat hantaran tandukan dari Matip. Melarikan bola disebelah tepi sambil main kejar-kejar dengan Lamela. Lamela cuba nak cekau Firmino dari luar lagi, tetapi rempitan Firmino membuatkan beliau hilang sabar dan mengetip kaki Firmino dengan niat. Mula-mula kita pun buruk-sangka yang Firmino main akal. Tapi gerak perlahan ulangtayang memang sah dia dijatuhkan dengan sengaja. Milner mengambil sepakan penalti dan menewaskan Vorm dengan mudah. Separuh masa tamat dengan Liverpool mendahului 1-0.

Separuh kedua bermula dengan agak perlahan bagi pihak Liverpool. Tetapi peluang nak dapat gol mencurah-curah seperti separuh masa pertama juga. Matip hampir menjaringkan gol sulung, tapi tandukan beliau tersasar sikit. Namun yang lebih kecewa apabila salah satu gol jaringan Mane tak dikira. Gerakan dar serang balas dimulai Wijnaldum, dia melepaskan kepada Lallana yang menjulurkan bola kepada Mane yang merembat padu kedalam gawang Spurs. Tapi malangnya penjaga garisan menggangakat bendera tanda Offside. Bukan sebab Mane tetapi kesalahan Lallana.

Totenham bukan main cap ayam walaupun berlogo cap ayam. Mereka cuba balas balik dengan percubaan bahaya. Tandukan  Alderweireld dari sepakan sudut Eriksen berjaya ditepis Mignolet. Tudia pujian melambung untuk Mignolet. Tapi Mignolet tetap Mignolet dia tetap akan buat silap, cuma samada kantoi atau tak sahaja. Spurs menggunakan lubuk sebelah kiri untuk cipta peluang gol. Milner bukan bek kiri tulen dan sama macam Moreno tak pandai jaga kawasan. Dier menggunakan lubuk Milner dan melakukan hantaran lintang. Carian ditengah, tetapi Lovren dan Matip berebut bola yang sama. Ianya terlepas dan dapat kepada Rose yang tak dikawal Clyne lalu merembat melepasi Mignolet yang menyerbu keluar konon nak tiru Vorm.

Dalam kedudukan 1-1. Liverpool memasukkan Origi ganti Coutinho. Kita tengok muka Sturridge masam mencuka sebab dia rasa patut dia yang masuk. Tapi Sturridge masuk juga minit 83, tapi masuk pun macam tak ada makna. Rasanya pasukan masih belum putus asa. Salah satu percubaan bahaya Liverpool yang sepatutnya dapat penalti sepakan Wijnaldum tertampan tangan pertahanan Spurs, namun pengadil tak bagi. Dan yang terakhir paling bengang ialah camna Lallana boleh lembab buat keputusan nak merembat sampai bek Spurs sempat terjah bola dan sepakan Lallana kantoi. Keputusan akhir 1-1.

Kalau tanya saya puashati dengan keputusan ini. Bagi saya tak. Liverpool patut pulang 3 mata sebab dari awal sampai akhir perlawanan ini kita punya. Rasanya Steve McMahon yang ulas dalam Astro pun setuju dengan cakap saya. Coutinho dah tahu tak cergas kenapa bagi main. Kita tengok dia sepak pun tak berapa kuat begitulah dengan kecergasan beliau masih belum pulih. Gandingan 3 serangkai Hendo-Wijnaldum dan Hendo bantu atas dan bawah berkesan, berbanding formasi lawan Burnley , Hendo dengan Wijnaldum sahaja. Itu nampak ketara.  Tapi Pemain Tengah Bertahan yang berkualiti tetap kena beli, sebab takut kita puji Hendo harini ni minggu depan dia buat pula perangai.

Tapi permasalahan Bek Kiri  masih perlu jawapan. Milner kita cakap sekadar boleh main, tak lebih dan tak kurang dengan Moreno. Jika dengan Arsenal Moreno buat tahi, jangan buat tak nampak gol Rose berpunca dari kedudukan Milner yang tak reti jaga kawasan. Dier bek kanan bidan terjun pun boleh ambil kesempatan. Kalau beginilah berterusan Klopp nak harap dengan Milner dan Moreno, pasukan lain dah tahu nak buat camana nak peliangkup pasukan kita. Akhir kalam nak bagitahu yang peraduan teka keputusan dah ada pemenang. Khairul Bell teka tepat 1-1. Rasanya dia memang teliti dan tahu camna kekuatan Liverpool dan Spurs. Jangan korang cakap nasib baik dia main tembak sahaja. 

Aug 27, 2016

JOE HART MAHU KE LIVERPOOL ?


Kenapa tetiba ada berita yang dikaitkan Joe Hart ke Liverpool. Klopp tak bersuara tetapi ada bunyi-bunyi ejen Hart nak syorkan kepada Klopp. Everton walaupun dikaitkan sebelum ini, tak teringin kerana mereka dah ada Robles dan Stekelenburg  sebagai bekap. Hart rasanya taknak ke kelab cap hayam macam Sunderland, walaupun Sunderland dalam krisis takda penjaga gawang utama setelah Manone cedera.

Saya rasa kalau Maningger dah ada itu yang Klopp tak mahu kot. Lagipun buat apa ada dua penjaga gol yang suka buat silap dan tak pandai simpan bola dan main hantaran pendek. Mignolet dah ada pun cukup pening kepala dah. Hart ni macam cerita Cassilas. Naik dengan kelab besar masa muda-muda lagi dan sekarang mereka dah melepasi zaman kegemilangan.

Aug 26, 2016

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN TOTENHAM


Susah juga nak terima hakikat Spurs sejak 10 tahun lepas sudah jadi pencabar kita yang sengit. Zaman mula-mula minat Liverpool 90an, pasukan kacau daun yang kita rasa tercabar bila berada bawah mereka ialah Newcastle dan Aston Villa. Sekarang ni dua ekor tu dah melingkup jatuh ke Liga Kejuaraan. Sekarang Spurs pula dah berada dalam posisi 6 keatas dalam sekali-sekali terselit juga dalam kelompok 4 terbaik dan layak ke Liga Juara-Juara. Musim lepas rasanya mereka bersemangat nak menang Liga dan hampir juga, tetapi semangat sahaja tak cukup, mental tak kuat sama macam pasukan kita masa Brendan hampir nak menang Liga.

Kekuatan Spurs tak bergantung pada pemain England, hatta Kane menjadi penjaring terbanyak EPL musim lepas. Tetapi pemilik England mereka adalah jutawan yang kurang gelemer berselindung sebalik ENIC. Kita kenal Daniel Levy tapi dia proksi sahaja kepada Joe Lewis, sahabat baik kepada George Soros. Joe Lewis terlibat secara langsung dengan tragedi "Black Wednesdey". Mereka mengaut untung dalam tragedi tersebut yang juga melingkupkan matawang Pound. Ketika itulah ada yang lapor Encik Lewis mengaut untung lebih dari Soros. Rasanya Encik Lewis juga terbabit dalam Krisis Matawang Ringgit dalam tahun 1997 namun kita hanya dengar Tun Mahathir, hanya petik nama Soros sahaja. Lewis selamat , kalau tak pasti 1Malaysia akan membenci Spurs hingga kini.

Boleh dikatakan Spurs kelab kaya di EPL dan dunia tetapi pemilik mereka banyak duit. Namun cara mereka berbelanja nampak cermat. Mungkin kerana pemilik adalah pedagang matawang. Mereka tak kisah jual-beli pemain terbaik mereka janji ada untung. Kita tengok cara penjualan pemain terbaik mereka Bale, tetapi mereka tak beli mahal pun ganti. Cuma bertuah dapat pemain dari Akademi Harry Kane. Modric dulu belah, mereka dapat Eriksen yang juga tenaga kreatif dan peyumbang gol juga. Musim ini Spurs daha masuk Liga Juara-Juara, mereka masih tak beli pemain mahal. hanya beli Wanyama dan Janssen. Tapi bab pembelian Wanyama saya terkilan, sebab apa Liverpool tak beli beliau dari Soton. Padahal bukan kita tak boleh beli sebab Soton Akademi bolasepak bersekutu Liverpool.

Liverpool pula masih dalam terma "Work In Progress". Bangunan dalam pembinaan, takberapa lengkap lagi. Skuad ada sekarang masih kurang 2 posisi kritikal untuk di isi oleh pemain utama. Namun Klopp cakap dia puashati dengan opsyen sedia ada. Ikut suka dialah. Dia masih ada banyak masa katanya, nak pelan-pelan kayuh tak mahu beli kejuaraan dengan wang ringgit, tetapi nak bentuk pasukan dari bawah. Dengan itu kita harap yang terbaik untuk pemain yang dalam pemerhatian malas nak sebut nama, takut ada peminat lain yang sentap. Tapi sebelum pintu perpindahan tamat kita simpan dulu sebarang komplen, manatahu Klopp sengaja nak bagi sapen

Mignolet
Clyne Lovren Matip Moreno
Hendo Stewart
Mane Firmino Lallana
Sturridge

Kecederaan Emre paling bagi kita risau. Kalau dia ada kita tahu Henderson mesti main Ok sebab ada pemain yang bekap bahagian bawah. Tapi kalau Wijnaldum juga yang ganti tak berapa nak seronok sebab mereka tak serasi masa lawan Burnley. Stewart calon sesuai takpun Grujic. Coutinho ditimpa malang semasa lawan Burnley tak dapat beraksi lawan Spurs. Lallana mungkin sekali lagi main sayap kiri macam lawan Burton. Barisan pertahanan rasanya ada rombakan. Matip bakal ditampilkan buat kali pertama dalam liga setelah gandingan dengan Lovren berjaya kekalkan perlawanan tanpa bolos. Dengan Kecederaan Origi , sekarang Sturridge tak payah nak minta posisi penyerang utama. Tak ada calon lain dah sebab Firmino ambil alih tugas Coutinho sebagai perancang utama.




















Aug 25, 2016

KAMI RINDUKAN HENDERSON YANG LAMA


Kita kembalikan sedikit nostalgia zaman bahagia peminat dengan Henderson dari video kat atas. Persoalan kenapa sejak musim lepas dia begitu lemau sekali. Kita timbulkan persoalan untuk cari jawapan.

Adakah kerana menjadi Ketua pasukan?
Adakah kerana diberi peranan dalam posisi bertahan?
Adakah kerana rakan gandingan tak sepadan?
Adakah kerana Klopp bukan Brendan?

Banyak persoalan dalam fikiran saya. Saya bukan jenis kritik pemain sendiri. Tetapi sangat sedih dengan cara peminat menyalahkan Hendo dengan cara tak wajar. Kritik kesilapan dia tak mengapa,semua pemain buat silap termasuk pemain pujaan Coutinho. Tapi kita tak dengar pula orang nak tengok ketamakan Coutinho antara peyumbang ketidak konsisten beliau dan pasukan.

Jika Klopp tahu Hendo tak bagus kenapa Allen yang nampak bagus kena jual. Persoalannya saya nampak bukan masalahnya satu dua perkara, tetapi seluruh aspek pasukan sebenarnya penyumbang kepada masalah penurunan kualiti permainan. Mana ada pemain musim lepas tak terusik dengan corak baru, termasuk Hendo masih dalam proses pembelajaran silibus baru. Subjek "Pemain Tengah Bertahan"

Dia seorang pemain tengah gemar berlari dari kotak ke kotak. Kehebatan beliau bila dalam keadaan rampasan bola atau serang balas, Hendo akan membuat larian dan mencari penyerang dengan lorongan cantik. Malah dia selalu boleh jaringkan gol bila bola muntah atau lorongan dari penyerang yang telah dihalang pertahanan. Itu yang kita nampak macam rangkuman Video kat atas.

Namun kini bila diberi peranan tengah yang menjaga pertahanan. Kita nampak kejanggalan dari segi permainan. Nak ubah kebiasaan pemain untuk corak baru dalam latihan mungkin kita nampak segalanya macam boleh saja. Bila betul-betul dapat lawan yang main taktik baru nampak betapa kekok nak sesuaikan diri. Sebab itulah Hendo nampak tak selesa, namun sebagai Kapten dan pemain senior, kena akur sahaja.

Macam biasa, keputusan Klopp rasanya mungkin agak janggal dengan situasi Hendo. Tetapi jangan lupa, Hendo mungkin diam namun Sturridge pula jenis menjawab. Dia boleh tanya Klopp kenapa tak bagi dia main tengah sebab kat situ dia selesa dan terbukti boleh berjaya. Nah, Klopp terkesima dengan Sturridge dan dia cakap Sturridge mampu main dengan baik diposisi sayap, namun takkan selamanya letak Sturridge kat sana cuma sekadar perubahan taktikal.

Patut Hendo pun buat macam tu sekali. Tapi jenis penakut, takut hilang tempat. Dia sanggup main dalam keterpaksaan janji Klopp nak dia disitu. Jadi tak menjadi belakang kira. Klopp yang menjawab bukan dia yang kena. Rasa itu tanggapan Hendo. Namun Hendo tak tahu, belakang bila jadi apa-apa main cam hampeh dia pula yang kena bambu. Dalam kes Hendo, Klopp sendiri cuba bereksperimen dengan Hendo. Kalau sukses takpa, tapi kalau gagal, mungkin Hendo bakal jadi macam Allen.


UNDIAN PIALA EFL : LIVERPOOL LAWAN DERBY COUNTY


Kambing biri-biri lawan Burung Liver. Undian pertemuan pusingan ke-3 Piala EFL. Lawan yang agak mantap berbanding Burton Albion. Liverpool menang mewah 5-0 dengan Burton. Tetapi Derby menang dengan perit-jerih melalui tambahan masa dan penalti dengan kesudahan 14-13 sepakan penalti yang epik.

Kali ini Liverpool kena ke Stadium Derby di Pride Park. Tak aci kan asyik kena main tempat orang kan. Itulah kena faham, pasukan ternama terpaksa mengalah dulu kepada pasukan kecil, sebab nak bagi peluang pasukan kecil dapat duit tiket sebab potensi nak layak atas kertas tipis. Kalau mereka layak itu kira bonus. Salah satu tujuan Piala Liga ni ialah nak menjana ekonomi kelab bawahan.

Aug 24, 2016

PIALA EFL: LIVERPOOL 5-0 BURTON ALBION


Mignolet
Clyne Lovren Matip Milner
Emre Henderson
Mane Firmino Lallana
Origi

Perlawanan Piala EFL baru masuk pusingan ke-2. Namun Liverpool dah bersungguh-sungguh letak kesebelasan utama. Dan bagi saya paling terbaik setakat ini walaupun tanpa Coutinho. Kemasukan Mane, Emre dan Origi serta Matip yang merupakan penampilan sulung rasanya percubaan Klopp cari kesebelasan terbaik bagi hadapi Spurs hujung minggu ini. Kiranya Burton menjadi perlawanan ala latihan intensif nak nagi peluang pemain yang belum digunakan tunjukkan kemampuan dan bersaing bagi merebut kesebelasan utama yang masih terbuka.

Liverpool tak ada masalah dengan Burton yang main secara terbuka. Mungkin pengurus mereka bekas lejen Liverpool sendiri, Nigel Clough teruja menyambut tetamu dan bagi tetamu buat macam rumah sendiri. Liverpool dah didepan hasil jaringan Origi yang dihadiahkan Mane. Tapi gol kedua memang hadiah dari tuan rumah bila balingan Bywater, kantoi disambar Mane dan dilepaskan kepada Clyne . Clyne melambung bola mencari gerombolan pemain dikawasan tengah dan Firmino menaduk masuk gol ke-2 Liverpool.

Separuh kedua bermula tanpa pertukaran. Liverpool bermula agak perlahan cuba bermain cara selamat. Kali ini Burton nampak cuba memonopoli penguasaan bola. Namun mereka tak berasa itu satu perangkap sebab Liverpool bermain dengan Plan B. Tetiba Liverpool perolehi gol hasil sepakan penjuru oleh pemain mereka sendiri Liverpool buat pertukaran dengan keluarkan Lallana dan Firimno memasukkan Wijnaldum dan Sturridge. Formasi bertukar jadi 4-4-2 dengan gandingan Sturridge-Origi.

Dalam kegembiraan membalun Burton 3-0, tetiba Emre pula cedera. Klopp tak mahu ambil risiko walaupun Emre nak terus bermain, gantikan dengan Stewart. Permainan nampak rancak dengan 2 penyerang didepan. Sturridge mencuri tumpuan dengan 2 gol. Gol pertama hasil gerakan Milner dan gol kedua pula dari gerakan Mane. Sturridge dah tak berkarat dan setakat ini semua penyerang Liverpool dah meyumbat gol. Liverpool melengkapkan pusingan ke-2 Piala EFL dengan keputusan 5-0. Sadio

Mane dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Nampak benar Liverpool sangat perlukan pemain macam Mane musim ini Kelincahan dan pantas tapi masih main pakai akal yang waras bukan main serbu tak tentu hala. Klopp kena cari seorang lagi macam Mane untuk bekap, sebab kalau Mane cedera lagi tak tahu siapa dalam pasukan setakat ni boleh main macam dia.

Aug 22, 2016

PIALA EFL : BURTON LAWAN LIVERPOOL


Piala Capitol One kini jadi Piala EFL. Tapi masih dikenali sebagai Piala Liga. Liverpool sebagai penyandang juara terbanyak dan naib juara edisi lepas, akan mulai kempen pertama Piala EFL bertemu Burton Albion. Perlawanan kali ketiga sejak pembukaan  Liga sebagai pelawat. Samada cabut undi atau tidak, Anfield masih belum dapat digunakan lagi untuk sebarang perlawanan.

Setelah bungkus kepada lawan yang disangka cap ayam, Burnley beberapa hari lalu, ego peminat yang tinggi keawan jatuh terhempap didasar bumi. Bagus juga kadangkala itulah yang dikatakan ada rahmat disebalik musibah. Klopp kena akur pasukannya masih tak sebagus mana untuk dibanggakan. Banyak lompong yang bakal jadi malapetaka untuk pasukan. Dari kesebelasan dan taktik yang masih belum dihadam oleh pemain.

Oleh itu harap perlawanan dengan Burton Albion , pasukan kita bersedia untuk tempuhi perlawanan yang buruk. Manatahu Burton dah pantau perlawanan Burnley, dan teringin nak memBurnleykan kita. Kualiti Burton mungkin tak sama dengan Burnley, namun jika mereka main susun bas, takkan tak reti-reti nak ejjas taktik yang bleh pecahkan lapisan susunan bas. Mustahil Burton nak main terbuka, sebab mereka tahu itu kerja bodoh.

Dalam kempen permulaan, mungkin boleh rehat pemain utama dan  letak beberapa muka baru yang cergas dari bangku simpanan. Kita nak tengok Matip, Grujic dan Origi disamping Beberapa pemain macam Stewart yang merupakan pemain tengah bertahan yang ada dalam pasukan. Piala tetap piala. Walaupun ianya tak berprestij macam menang Liga atau Piala FA, harap Klopp ambil serius untuk Piala ini. Sebab kita dah tak ada pilihan sebab tiada perlawanan di Eropah musim ini.

Maningger
Randall Matip Klavan Moreno
Stewart Grujic
Markovic Firmino Ings
Origi

Aug 21, 2016

KOMRAD CHINA NAK MELABUR DALAM LIVERPOOL


Bulan April lagi ada khabar angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Ketika tu Everbright baru mendaftarkan syarikat di UK. Kini mereka nampak serius nak berurusniaga dengan FSG. Amanda Steveley bakal menjadi ketua perunding antara Everbright dengan FSG. Amanda sebelum ini telah berjaya dengan rundingan yang pembelian Man City oleh Sheikh Mansour dari UAE.

FSG atau China atau sesiapa sahaja nak jadi towkey Liverpool, itu bukan kita nak ambil tahu . Yang kita mahu tahu towkey sendiri kena ada inisiatif nak syorkan pada Klopp supaya beli pemain hebat di pasaran, bukan syorkan beli pemain berpotensi ada harapan nak jadi bintang atau tahik bintang. Walaupun FSG dok nafikan, takda apa-apa. Masakan pohon bergoyang jika tiada siapa goncang.

LIGA PERDANA: LIVERPOOL 0-2 BURNLEY


Dah baca tak artikel ISU GEGENPRESSING YANG PERLU PERHATIAN . Kalau korang tak baca atau anggap tulisan sampah, rasanya korang pasti terkejut beruk pasal apa boleh tewas 2-0 kepada Burnley. Gegenpressing jadi hebat jika pemain yang mantap bermain ikut peranan masing-masing. Namun makan tuan jika beberapa perkara asas kurang diberi perhatian dalam perlaksanaan taktikal itu. Sekarang pasukan kita masih tiada kelainan dari musim sebelumnya. Boleh makan pasukan hebat tapi bila lawan yang main bertahan, keputusan tak membangggakan.

Kesilapan dengan Arsenal, diulangi dengan bolos mudah. Clyne yang main kemas musim lepas, dah jadi haru-biru musim ni. Hantaran beliau sangat berisiko, mudah dirampas Gray yang memberikan kepada Vokes untuk memusingkan badan dan merembat padu melepasi Mignolet. Pertahanaan kita secara tak langsung macam lambat nak tutup ruang, samada mereka memang lembab atau sedikit leka. Gol kedua memang bencana tak dijangka, asyik serang bila Burnley serang balas, panik jadinya. Klavan gagal menerkam Defour, dan bila bola Defour dapat kat Gray, dia acah, Hendo, acah Klavan dan acah Lovren pastu rembat bola leret yang tak mampu ditepis Mignolet.

Kita akur Klopp pengurus terbaik dari ladang. Tetapi percaturan beliau tak mengena. Hendo dan Gigi gagal laksanakan tugas di tengah membendung serangan Burnley, walaupun kita tahu mereka sudah berusaha sebaiknya. Posisi tengah bertahan bukan idaman Hendo, tetapi dia terpaksa main sementara Emre kembali cergas. Berpasangan denagn Gigi yang selalu naik keatas bagi semak serangan lagi tak membantu. Sebab itulah macam saya tulis tentang perkara asas keberkesanan gegenpressing ialah berikan tanggungjawab kepada yang ahli. Jika nak main 2 pemain tengah bertahan, tak boleh bidan terjun.

Lawan dengan pasukan yang main susun bas dan serang hendap, memang badi lama sejak zaman Brendan lagi. Masa Suarez ada dulu, ada juga pemain boleh buat gila gelecek dalam kepadatan pemain lawan susun bas. Itupun bukan selau berjaya. Samada pemain musim ni tak ada bakat atau tak berani satu hal, teapi takkan Klopp tak dapat formula nak atasi benda ni. Perkara jadi persoalan bila dalam satu keadaan Liverpool menggunguli permainan dengan 80 persen penguasaan bola. Percubaan 10 kali ganda dari Burnley dan sepakan sudut lebih juga dari 10 kali, tapi hasilnya tiada upaya nak bolosi gawang Burnley.

Semua pemain berikan yang terbaik tetapi keputusan ini kena ambil iktibar. Kita bakal hadapi banyak lagi perlawanan macam ni. Banyak pasukan akan bertemu kita bakal jadikan Burnley batu asas corak permainan mereka. Klopp masih ada banyak masa untuk kembali bangkit. Pastinya beliau kena gunakan masa terluang dalam pintu perpindahan yang hampir tamat seminggu lebih untuk perbaiki apa yang patut. Kes bek kiri yang dah selesai kononya , tak boleh kena buka balik dan kes baru pemain tengah bertahan pula kena jadikan benda wajib perlu diperkuatkan. 

Aug 20, 2016

SELAMAT MAJU JAYA CHRISTIAN BENTEKE


Nak tulis panjang pun gamaknya tak ramai nak baca memoir si Benteke. Nak kata gagal sepenuhnya dia jaringkan 10 gol musim lepas berbanding, Balotelli musim sebelum itu hanya sebiji gol. Cuma apa yang dikesalkan beliau dibeli hanya untuk Plan B oleh Brendan Rodgers. Plan B yang mahal, yang kurang sesuai dengan tiki-taka Brendan. Dia juga nampak taks sesuai main penyerang tunggal dalam formasi 4-3-2-1.

Saya pernah tulis yang baik-baik tentang beliau semasa nak beli dengan tajuk. APAKAH JIKA BENTEKE DIBELI DAN NGAM . Saya buat andaian beliau mungkin gagal pada awal mukadimah, tetapi jika dah jadi pemain Liverpool kita wajib mengharap terbaik seadanya. Brendan sendiri amat yakin dengan pendirian beliau, hinggakan ada calon lain ketika itu, dengan harga lebih berbaloi seperti Carlos Bacca dan Solomon Rondon.

Macam kes kahwin pilihan orang tua. Betul ada yang kekal bahagia hingga Jannah. Tetapi ada kes kahwin sebulan dah cerai, kiranya Benteke dimata peminat Liverpool macam kahwin paksa. Bila bapak suruh kahwin dengan Haji Bakhil (Benteke), ramai bangkang tetapi ada juga Makcik Bawang yang setuju. Haji Bakhil baik hati tapi tak mampu berikan nafkah batin jadi, jadi nak teruskan tak guna kena cerai untuk kebaikan semua. Jadi Haji Bakhil pergi kepada Peah Janda (Palace) yang mungkin rasa sesuai sebab monopos.

Apappun juga Benteke pergi ke kelab yang macam sesuai dengan beliau. Benteke bukan pengganti Bolasie, sebab Bolasie main sayap tetapi Benteke hanya penyerang tak boleh main posisi lain. Tapi yang jelas duit jual Bolasie yang diguna buat modal beli Benteke. Kita kena berterima kasih dengan jiran kita Everton sebab tolong permudahkan urusan. Akhir kalam kita harap Benteke berjaya di Palace dan jangan nak dendam-dendam bila datang ke Anfield.



ISU GEGENPRESSING YANG PERLU PERHATIAN


Gaya unik Klopp "Gegenpressing" atau permainan corak "Heavy Metal". menyerbu sehingga sedekat kawasan lawan dalam usaha untuk memenangi bola. Bila bola dimenangi tempo tak sekata, samada mahu main secara pantas atau tunggu rakan, bergantung kepada jumlah pemain lawan dalam kawasan pembawa bola. Sebenarnya taktikal ini bergantung kepada lawan yang tertentu tak semua sebab ada kelemahan tersendiri.

Jika lawan dengan pasukan menyerang macam Arsenal dan Barcelona contohnya, ianya nampak cemerlang dan gemilang. Tetapi kenapa dengan AS Roma dan Chelsea, nampak cam gampang. Ini kerana salah satunya lawan cukup bersedia nak hadapi serbuan. Bila mereka pegang bola, tengok pergerakan kita samda nak masuk atau tak, kalau kita masuk mereka ubah main ke-sayap, pemain tengah main sebagai penghadang.

Satunya keberkesanan Gegenpressing, ialah semua pemain kena kerjasama. Jika buat hal sendiri pasti kena main balik. Sebab bila pemain tinggal ruang sebab nak serbu, pemain lain yang berdekatan kena masuk dan cuba tutup ruang. Terutamanya posisi bek sisi yang selalu jadi modal lawan nak cari kelemahan kita. Sebab itulah bila Moreno atau Clyne serbu pemain sayap, pasti penyerang lawan selinap masuk ke belakang mereka.

lawan Man City


Agresif perlu ada sebab taktikal ini perlu seorang pemain menyerbu dan cuba rampas bola. Tetapi agresif yang melampau juga tak guna. Jika terlebih agresif, kekasaran melampau berlaku dan jika dah kena kad, Gegenpressing dah kurang sikit bagi individu yang kena. Sorang takpa kalau ramai camna. Sebab itulah kita tengok Klopp beli Wijnaldum dan mahukan Dahoud dari Monchengladbach, sebab kualiti mereka sesuai dengan taktikal Klopp. 

Hantaran juga main peranan penting, walaupun banyak main hantaran pendek. Hantaran bagaimana yang penting dalam Gegenpressing. Yang utama kena tepat kepada penerima, dengan kelajuan yang pantas. Kalau hantaran merapu atau lemah dan kantoi, banyak masalah. Salah satunya lawan akan Gegenpressing balik kita dan kalau dalam kawasan bahaya, peluang lawan nak dapat gol itu yang memudaratkan.

Konmayer, kembar Klopp
Akhirnya bagi saya stamina yang perlu dititik beratkan. Kedatangan Jurulatih kecergasan Kornmayer, salah satu penambahbaikan untuk dapatkan pemain stamina baik dan mampu harungi perlawanan dengan tenaga yang diperlukan hingga titisan peluh terakhir. Namun manusia ada hadnya, banyak faktor yang boleh buatkan pemain pancit walaupun Kornmayer buat macam-macam, tetapi yang bahaya tubuh yang letih sebab pulun terlampau boleh akibatkan kecederaan terutamnya "Hamstring" yang menghantui pasukan musim lepas.

Aug 19, 2016

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN BURNLEY

Musim 2016/17 bermula dengan agak baik, membaham Arsenal di Emerates 4-3. Perlawanan itu tunjukkan masih dalam kategori perlu diperbaiki, terutamanya dibahagian pertahanan. Lubuk sebelah kiri, merupakan ancaman untuk pasukan. Masalah pertahanan yang kerap bolos dari sepakan percuma masih menghantui. Dari segi taktikal longgar bila mendahului hatta dengan kelebihan 3 gol, nampak macam terlalu selesa. Bila tetiba jadi panik bila lawan tukar strategi dan pemain nampak tak tahu nak hadap taktikal lawan yang baru. Klopp kena perhatikan itu.

Perlawanan seterusnya lawan Burnely sepatunya ikut jadual asal kena main kat Anfield. Kerana Anfield sedang dinaiktaraf dan jangkaan takkan siap  menjelang perlawanan dengan Burnley, maka pihak pengurusan meminta ihsan Persatuan Bolasepak Inggeris untuk tukar suka sama suka, dengan Burnley sebagi tuan rumah. Jadi Liverpool bakal bertandang ke Turf Moor untuk perlawanan minggu ke-2. Ini bermakna Liverpool sekali lagi main diluar kawasan dan kali terakhir bermain di Turf Moor, pada musim 2014/15 berkesudahan menang tipis 1-0.

Lawan kita nanti Burnley baru dinaikkan dari Liga Kejuaraan setelah tersingkir pada musim 2014/15. Kiranya meraka baru berehat satu musim dan naik balik sebagai juara Liga Kejohanan. Prestasi mereka terbaik dalam musim lepas dengan 23 perlawanan tanpa kalah. Namun dalam perlawanan pembukaan mereka, sebagai tuan rumah mereka tewas tipis dengan Swansea. Dengan dah rasa tewas dalam perlawanan pertama, skuad didikan Sean Dyche akan lebih berwaspada nak main terbuka. Namun kelebihan mereka sebagai tuan rumah jangan diambil mudah, kalau tak takkan mereka jadi Juara Liga Kejuaraan jika pasukan mereka biasa-biasa sahaja.

Mignolet
Clyne Lovren Klavan Milner
Henderson Emre
Wijnaldum Lallana Coutinho
Origi

Persediaan pasukan tersentak bila Mane cedera ketika sesi latihan. Pada mulanya ada cakap bahu terkehel, padahal beliau cuma terseliuh cedera otot. Apapun bakal terlepas jua perlawanan dengan Burnley, sebab dalam proses pemulihan. Jangan risau sangat, kita memang tak syok bila pemain idaman cedera, tapi kembalinya Sturridge rasanya tenteram sikit jiwa. Milner dah cukup cergas selepas cedera masa lawan Barcelona, dan beliau pasti diturunkan untuk bagi Moreno belajar sesuatu dari bangku simpanan. Kita tak rasa nak tewaskan Burnley satu cabaran besar, namun dengan skuad ada sekarang jika perbaiki pertahanan dan serang macam lawan Arsenal, ada can makan kenduri lagi.

LIVERPOOL SETUJU TAWARAN CRYSTAL PALACE UNTUK BENTEKE


Kan dah bagi tahu sebelum ni Crystal Palace acah-acah dulu. Bila kena rejek dengan tawaran tak masuk akal, tengok mereka datang balik punya. Kali ini dengan tawaran berbaloi £27juta, beserta nilai tambah menjadikan tawaran keseluruhan mencapai £32. Kiranya Liverpool dapat balik modal macam harag pembelian asal dari Aston Villa.

Benteke bakal bergerak ke London untuk pemeriksaan kesihatan dan pastinya menandatangani kontrak dengan Palace. Harap tiada halangan dan semuanya berjalan lancar. Bukan tak suka dengan Benteke sangat, tetapi dia bakal pergi kepada pasukan yang lebih sesuai dengan cara permainan beliau.



Aug 18, 2016

CERITA BEK KIRI DORTMUND



Alkisah diceritakan kembali oleh penulis This Is Anfield mengenai permasalahan Bek Kiri di Dortmund satu ketika dahulu. Jalan cerita mungkin nak selari dengan situasi di Liverpool sekarang, situasi Moreno. Namun ada iktibar dan kena faham cara Klopp dengan pemain macam Moreno dia pernah hadapi dah di BVB Arena sikit masa dulu. Patutlah Klopp selamba nampak tenang dan tak gelabah macam kita yang asyik tengok aksi Moreno yang menyakitkan hati.

Ketika era Dinasti Klopp tahun masihi 2008-2015. BVB punyai bek kiri bagus, Dede. Tetapi ketika itu awal kemasukan Klopp Dede dah tua mencapai 30, keupayaan bagus tetapi kudrat dah kurang sebab asyik cedera. Jadi Klopp nampak kena cari tenaga baru kat pertahanan kiri. Carian mereka termasuk yang luar dari kelab, namun Krawietz nampak ada mamat seorang ni bernama Marcel Schmelzer, dari Dortmund II, kelab simpanan Dortmund.

Jadi Klopp ambil perhatian terhadap Schmelzer bukan kerana beliau pemain tempatan namun kerana Klopp nampat mamat tu memang boleh dipertingkatkan. Lebih-lebih lagi Schmelzer sendiri mahu belajar dari untuk jadi pemain berjaya. Namun masalah mamat ni, dia main macam pemain sayap, walaupun diberi peranan bek kiri. Bila bertahan sama macam Moreno, sering jadi lubuk lawan sebab tak berapa cerdik nak buat keputusan dalam permainan.

Diringkaskan cerita, dengan pelbagai latihan dan pendedahan. Schelmer telah dibentuk menjadi seorang bek kiri yang lengkap. Lengkap dalam erti kata, tiada lagi jadi liabiliti ketika bertahan dan bila menyerang dia tahu bila nak berada diposisi dan juga hantaran beliau juga makin kemas. Tetapi usaha nak menjadikan Schmelzer insan kamil sebgitu bukan semudah ABC. Kerja keras pemain dan kejurulatiahn dalah satu kejayaan Klopp di BVB untuk perbaiki masalah bek kiri.

Jadi sekali lagi Klopp mahu terapkan modul kejayaan mereka dengan Schmelzer dengan Moreno pula. Cabaran mesti ada sebab nak bandingkan Moreno dengan Schmelzer, nampak Moreno lebih mencabar kot. Moreno saiz toyol 5'7" tetapi Schmelzel 5'11", jadi ketinggian satu cabaran, tambahan Liga Inggeris banyak bola tinggi. Usia Schmelzer ketika diperkenalkan 20 genap, tetapi Moreno dah 24, bukan rebung lagi tapi nak jadi buluh dah. Yang lain bonus bagi Moreno rasanya dia lebih pantas dari Schmelzer. 

TERKINI: KECEDERAAN SADIO MANE


Dari gambar yang diambil peminat nampak macam tak teruk. Siap bawak kereta sendiri dan berselfie bagai. Kita belum sahkan dari pihak kelab, tetapi harap tak seteruk yang disangka. Ada wartawan tulis cam nak kasi peminat panik cakap Mane terkehel bahu. Tengok cara mungkin setakat terseliuh kot. Ramai yang sedih bukan sahaja peminat Liverpool, tetapi bagi mereka-mereka yang letak Mane dalam pasukan fantasi FPL. Takkan nak main Kad Liar lagi kot.


Aug 17, 2016

SADIO MANE CEDERA DALAM LATIHAN


Baru meletop minggu pertama dan memberikan kegembiraan kepada peminat Liverpool, Mane cedera bahu dan dikejarkan ke hospital. Berlatih apa sampai cedera cam gitu. Kalau setakat terseliuh pun rasanya terlepas juga perlawanan dengan Burnley. Sudah lah Ojo pun cedera juga. Sekarang hanya tinggal mamat dalam gambar kat atas pemain sayap ori  yang boleh digunakan. Tapi kalau saya jadi Klopp ada baiknya tolak Wijnaldum kat sayap kanan , tengah bagi Emre dan Hendo main. Setel masalah. Markovic opsyen terakhir.

CERDIK BETUL CARA CRYSTAL PALACE NAK DAPAT BENTEKE


Benteke dah jadi pemain Crystal Palace jika benar mereka bayar £30.5juta tunai. Tetapi pengurusan Palace main akal, bida Benteke cuma £23juta tunai dan lagi £7juta dengan nilai tambahan bersyarat. Ada syarat lain yang tidak dinyatakan secara terperinci mungkin dalam OSA, namun, yang paling menggelikan ketiak ialah dari £7 juta, £2.5juta - Jika Crystal Palace layak ke Liga Juara-Juara. Jangan gelak dulu, Pardew mungkin berinsprirasi mereka akan meng"Leicester"kan Crystal Palace musim ini.

Malahan mereka yakin nilai tambah itu sangat logik. Pardew belajar dari sifu Wenger dalam bab-bab nak bida pemain dengan cara muslihat. Dulu Wenger penah bida Luis Suarez dari Liverpool, £40juta + £1 pound, padahal kalau mereka bagi paling kurang £60 juta, mudah cerita silap-silap Suarez dah pegang Medal Liga , Liga Juara-Juara atau Piala FA dengan Arsenal.  Lepas tu Wenger cuba muslihat baru dengan buatkan Lyon, lepaskan Lacazette dengan £35juta. Padahal West Ham bida £40juta sebelum ni mentah-mentah Lyon tolak.

Betul Klopp tak nampak Benteke dalam perancangan dan taktikal beliau. Tapi nilai semasa Benteke termasuk kontrak, rasanya masih dalam lingkungan £30juta. Ada kelab lain yang nak tetapi kebanyakan hanya nak pinjaman semusim. Paling terbaru West Brom, itupun bergantung kepada masa depan Solomon Rondon yang katanya dipantau Barcelona. Kelab China mahu dan bersedia dengan harga tetapi masalah Benteke taknak kesana. Namun menurut orang dalam, Palace acah-acah dulu, kalau tak boleh makan mereka bagi juga apa yang Liverpool minta.


Aug 16, 2016

MORENO BAKAL LINGKUPKAN LIVERPOOL


Kita marah dengan prestasi Moreno, tetapi taklah sampai hilang kewarasan. Moreno ada kelemahan, tetapi jika Klopp kata Moreno kekal, Moreno layak kekal. Klopp tahu kelemahan Moreno, tetapi jika dia tak singkirkan Moreno, maknanya dia ada solusi sendiri. Jawatan Pengurus yang diambil satu tanggungjawab berat. Kalau Klopp nampak Moreno jadi bebanan sampai boleh jadikan Liverpool nak jatuh liga, awal lagi dia pancung macam Skrtel.

Gareth Crook memburukkan nama baik BBC, syarikat penyiaran lejen ala RTM. Crook membuat andaian semberono, tentang Moreno hinggakan kenyataan kontroversi. Jika dia cakap Moreno pemain hampeh, semua setuju. Tetapi cakap dengan ada Moreno, Liverpool bakal lenyap dari Liga Perdana dan Liga kejohanan menanti itu ramai yang bangkang. Secara logik seorang pemain bek kiri takkan memburukkan keadaan, kecuali terbukti Moreno makan rasuah duit bookie itu cerita lain.

Moreno tak seteruk sangat walaupun dia buat silap, rasnya dia masih tak seteruk Konchesky dan Traore. Sebenarnya saya dah buat kajian ilimiah dari arkib Universiti Youtube, tengok balik Moreno kat Sevilla. Apa yang saya hairan dia cemerlang di sana, malah Messi pun payah nak lepas. Moreno memang tak tere bertahan dulu kini selamanya, tetapi cara Sevilla dengan pemain tengah dan sayap banyak tutup ruang Moreno memang ohsem. Jangan lupa kita berjaya cilok beliau dari saingan Barcelona dan Real Madrid kot.

Pemain macam Moreno tak tentukan jatuh bangun pasukan, tetapi yang jelas ialah Klopp sendiri. Sebagai pengurus dia perlu bertanggungjawab sepenuhnya keatas setiap keputusan, dari taktikal dan pemilihan pemain. Malah lebih dari itu ialah pembangunan insan pemain sendiri. Jika Klopp yakin dengan Moreno, pasti dia ada solusi menang-menang. Kita sebagai peminat boleh hadam saja. Tetapi jangan anggap kita nak dok diam kalau Moreno buat tahi lagi. Kritikan membina bukan menghina.

FANTASI LIGA INGGERIS MINGGU 1


Perlawanan minggu pertama tamat pagi tadi. Pendahulu Liga Liverpoolkita adalah pengurus yang main secara formasi kamikaze 3-4-3, hafiz aslan dengan kelab PPLV J29. Syabas kerana sangat teliti dengan letak pemain yang memang kaki jaring gol. Skuad Admin, Skuad Bunuh Diri pun tak menghampakan dalam kategori 10 terbaik dari tak silap hampir 115.

Jangan panik awal ada 37 minggu lagi dari nak guna kad liar (wildcard), tukar sorang pemain hampeh dulu dengan muhasabah cari pemain yang lebih menyerang. Siapa ambik Coutinho memang anda hebat, tambahan pula pergi letak kapten kot atas macam Bro hafiz hafiz aslan kita. Tak teringat pula nak bubuh sebab selalu Coutinho tak bernafsu nak jolok banyak.

Kalau ada tips-tips boleh lah komen terutamanya Bro hafiz aslan kita atau pemain lain. Bagi yang corot jangan risau, kadang-kala kesabaran membuahkan hasil jika istiqomah hingga akhir. Kena lebih peka dengan faktor kecederaan atau siasat tengok pemain yang suka cari kad dan pembengis. Pemain macam Alberto Moreno mungkin tak ramai ambil, tetapi jangan lupa dalam dok buat taik pun 104 juga dia dapat.






Aug 15, 2016

LIGA PERDANA: LIVERPOOL 4-3 ARSENAL


"Tidak ada kepastian sehingga wisel penamat ditiupkan"

Betul cakap Klopp, kalau nak tengok penangan Liverpool, kena tengok sampai habis. Macam nak layan muzik Heavy Metal macam Metallica, kena tunggu sampai Kirk Hammet habis goreng, baru tau hebat ke tak. Permainan Liverpool mempunyai 2 fasa berbeza terbahagi dalam separuh masa pertama dan kedua. Kedua-duanya memang tak berbeza, dari segi corak permainan tanpa perlu pertukaran pemain sangat. Fasa pertama penuh sakit hati dan fasa kedua kegembiraan tetapi pengakhiran yang mendebarkan.

Liverpool turunkan kesebelasan terbaik yang termampu. Ramai nak Origi tetapi Klopp tahu dari kita bagaimana nak terokai pertahanan Arsenal. Pertahanan Arsenal menjadi subjek perbicangan sebelum permainan lagi. Dibarisi Chamber dan Houlding, rasanya kurang sangat pengalaman dan persefahaman sebagaimana Mertesacker dan Kolchieny mahupun Gabriel. Itulah Klopp mahu pemain sebijak Firmino untuk buat kecoh kat depan. Kalau mainkan Origi susah juga sebab Arsenal main dua pemain tengah untuk jaga bek2 muda itu.

Seawal permainan Arsenal yang nampak ranggi. Mereka gunakan taktik lawan api dengan api. Gegenpressing ala Wennger memang menjadi. Liverpool diasak tanpa belas kasihan dan banyak bertahan. Akibat serangan bertali arus, serangan yang diketuai Sanchez dibantu Iwobi dan Walcott berjaya buat pertahanan panik. Yang lebih panik tak tentu hala siapa lagi bukan Moreno. Tak pasal2 dia pergi bantai Walcott, padahal kalau dia kekang dulu, Walcott hanya mampu tarik bola ke penjuru. Penalti dihadiahkan dan Walcott sendiri ambil, tetapi kantoi diselamatkan Mignolet.

Ingat dah terlepas bala. Sedang dalam proses menyerang balas, Lallana pergi kantoi bola dan dirampas Ramsey yang nampak Walcott baik punya lepak dikedudukan terbaik. Moreno tiada kewaspadaan yang jelas sebagai pertahanan. Dia nak naik serang, ketika Lallana bawa bola, padahal bahaya masih dibelakang. Walcott bukan berada dikedudukan offside pun. Jadi ruang yang selesa bagi Ramsey mencari Walcott disebabkan posisi Moreno yang berada diatas. memmbuatkan Walcott mampu meledakkan gol pembukaan tuan rumah. Kita tak marah kalau Moreno tak keluar awal dan jika Walcott jaringkan gol sekalipun, takdak alasan nak bahan beliau.

Masa dah hampir tamat, tetapi Liverpool bukan cap ayam nak putus asa awal. Kita nampak permainan memang serabut tetapi beberapa pemain masih pulun terutamannya barisan depan. Daalam masa tambahan separuh pertama, Coutinho dibentes Houlding. Pengadil menghadiahkan sepakan percuma betul-betul depan kawasan penalti. Coutinho sendiri ambil peranan mengambil sepakan dan melakukan rutin sepakan dengan begitu cantik sepakan melencong betul-betul mencari penjuru atas dan membiarkan Cech melonjak tak kesampaian. Gol semanngat itu, datang dari bintang harapann kita yang tak pernah tidur dalam perlawanan besar. Cakap saja semua pasukan besar macam City, Menyu, Chelsea semua dah pakat rasa sorang sikit.

Separuh pertama tamat. Klopp cakap a oppa ntah dalam bilik persalinan. Kita kat depan TV dok rasa rombakan besar-besaran nanti. Tapi apa yang kita duga tak kesampaian, Klopp rupanya lebih cerdik dari kita yang tiada lesen kejurulatihan nak cakap itu-ini. Percaturan baru dengan perubahan taktikal permainan membuahkan hasil. Tak sampai 5 minit, modul taktikal baru Klopp dirasai kesannnya, gerakan satu dua Coutinho-Wijnaldum menhasilkan gerakan mautk buat Arsenal bila Gigi menhantar bola kepada Lallana yang mengheret bola dari tengah meluncur ketepi dan melepaskan sepakan padu menewakan Cech. Kegilaan Liverpool masih belum habis lagi teapi ianya baru bermula.

Liverpool didepan 2-1 tetapi masih belum puas hati. Serangan kilat Liverpool dari sebelah kanan dimulai Henderson mencari Gigi yang menghantar kepada Clyne. Clyne meluru dengan bola, kelajuan merempit melepasi bek kiri Arsenal dan nampak Coutinho kat tengah. Dia melorongkan bola, cun sungguh hantaran sampaikkan Coutinho sekadar letak kaki dan bola masuk melewati Cech. Ingat Arsenal nak cuba bangkit selepas kena 3-1, tetapi pelawat menambah luka dengan larian solo Mane yang menjadikan stadium Arsenal lebih bising dengan suara peminat Liverpool.

Wenger bukan pengurus hingusan. Ke Otai an beliau masih berbisa. Dengan masukkan Ox , masalah Arsenal hampir selesai. Tak berapa minit dia masuk , Arsenal dapat gol semangat. Hasil larian solo yang dia  berjaya melepasi Clyne dan Gigi. Keputusan 2-4, Wenger masukkan pula Carzola, Carzola pula bagi masalah kat Liverpool dengan melakukan hantaran baik punya dari sepakan percuma. Bola Carzola sampai kekawasan bahaya dan Chambers menanduk melepasi Mignolet. 4-3 berakhir dengan tiupan wisel pengadil setelah 5 minit masa tambhan betakhir.

Walaupun kemenangan dicapai 3 mata digelanggang lawan satu permulaan yang baik, ada sisi gelap dalam permainan perlu diperbaiki. Paling kita perlu pembelian bek kiri tidak ada kompromi. Moreno bukan muda lagi, dah 24 tahun. Kalau remaja bawah 20 , mungkin sel-sel otak masih boleh berkembang. Beliau perlu berada dibangku simpanan barang semusim, tengok pemain yang bagus main, dan belajar. Kalau tak nampak perubahan kirim salamlah boleh kemas barang. Benda asas sebagai pertahanan ialah kualiti bertahan, nak jadi penyerang itu opsyen bonus. Tak larat dah nak tengok Moreno buat hal.

Lagi satu ialah Liverpool suka sangat joli katak lepas kenduri gol. Dalam perlawanan dengan Arsenal, dari selesa 4-1 dan berakhir 4-3. Kita dah bunuh lawan dengan 3 gol perbezaan. Tetapi lawan punyai inspirasi bahawa Soton boleh buat musim lepas, mereka juga mampu tambahan pula bermain digelanggang sendiri. Klopp kena perbaiki aspek bertahan sebab serangan rasanya kita memang digeruni, tambhan pula dengan kelibat Mane yang dianggap pembelian berbaloi walaupun dwngan harga melampau.

Peraduan teka keputusan kali ini merupakan rekod sebab lebih dari 25 peserta. Walaupun takdak sorang pun teka tepat namun kita harap jangan lepas ini ramai putus asa taknak teka.  Orang nak buat peraduan ini bukan sebab nak bagi hadiah sahaja, tetapi nak meriahkan lagi blog ini. Lagi satu kita ada peraduan Fantasi Primierleague. Rasanya ada lagi peluang terakhir pasukan yang letak pemain Chelsea atau West Ham. Kita akan kemaskini tangga liga dan tengok siapa yang kena.





































Aug 13, 2016

LIVERPOOL LAWAN ARSENAL


Ramai yang tak sabar nak suruh tulis pasal perlawanan dengan Arsenal. Teruja betul semua peminat bila musim baru nak bermula. Persiapan Liverpool boleh dikatakan hampir sempurna. Hampir sebab ada beberapa perkara yang dah dibincangkan sebelum ini seperti posisi kiritikal bek kiri serta Sturridge yang masih belum menentu tahap kecergasan. Masalah lain kita tak berapa membebankan sebab prestasi pra-musim boleh dikatakan sukses dari segi kecergasan dan corak permainan.

Mignolet
Clyne Lovren Klavan Moreno
Henderson Emre Wijnaldum
Mane Firmino Coutinho

Kesebelasan utama yang diturunkan pasti tak sama macam saya letak kat atas. Sebab saya lebih suka 4-3-3 dari 4-2-3-1. Tapi Klopp rasanya suka sebaliknya. Kalau main 4-2-3-1, Coutinho dan Mane terpaksa main bertahan bantu bek tepi jika kena serang. Dan mereka bukan selesa sangat nak buat kerja begitu. Kalau main 3 pemian tengah, Gigi dan Hendo boleh berpecah untuk bantu bek sisi ketika bertahan.

Tuan rumah Arsenal, punyai masalah lebih besar kerana pertahanan utama mereka masih cedera. Mereka masih berunding dengan Valencia untuk beli Mustafi. Kita tak peduli samada mereka dapat atau tidak. Yang penting mereka memang sedang panik  dengan permasalahan itu dan Klopp perlu main serang kaw-kaw jangan bagi muka walaupun kita pelawat.

Untuk makluman bagi yang mungkin baru keluar gua, Liverpoolkita telah menambah satu lagi peluang peminat nak dapat hadiah. Pertandingan fantasy.premierleague adalah sayembara baru yang diperkenalkan musim ini. Syarat tak ada cuma dafttar dan sertai liga kami dengan masukkan kod: 274478-319279 . Hadiah masih misteri dan nak tahu kena jadi juara dahulu.

Pertandingan teka keputusan masih berjalan macam biasa. Mulanya nak hentikan sahaja sebab musim lepas tak ramai peserta. Tapi setelah ramai yang mendesak dan mahu ianya diteruskan, jadi kita teruskan juga. Jadi dengan lafaz Bismilllah, pertandingan dirasmikan secara rasmi. dan anda boleh meneka dengan semahunya. Ikut syarat yang ditetapkan dan selamat menikmati musim baru Liga Perdana Inggeris 2016/17. YNWA.

Aug 12, 2016

JUANMA GARCIA REY PEMAIN BARU LIVERPOOL 2016/17

Rasanya inilah kot bek kiri baru Liverpool. Di cilok percuma sebab Barcelona taknak sambung kontrak. Juanma telah dibawa bersama skuad bawah 23, dalam tempoh percubaan. Pengurus b-23 , Beale bersetuju nak serap kedalam skuad beliau dan diberikan kontrak tetap tak silap 4 tahun, sebab memuaskan hati dengan persembahan yang baik .

Untuk makluman, Juanma semasa kat La Masia, bermain dipelbagai posisi pertahanan. Bek kiri memang dah biasa, tetapi dia pernah main dikanan dan juga sebagai bek tengah. Kepelbagain inilah nampaknya bakal beri peluang Juanma jadi saingan bagi Randall nanti, sebab Randall juga bakal jadi timbalan Moreno dan Clyne musim ini.

PERADUAN TEKA KEPUTUSAN LIGA PERDANA 2016/17


Disini pihak Pengurusan Liverpoolkita telah diberikan lampu hijau oleh jabatan kewangan untuk mengeluarkan sedikit dana kepada para peminat diluar sana untuk menjayakan Peraduan Teka Keputusan Liverpool bagi musim 2016/17. Mulanya kami ada meminta kepada FAM untuk menaja tapi ditolak mentah-mentah kerana tiada semangat patriotik.

Namun untuk mengempakkan juga keadaan, dana dari Iklan Nuffnang yang dapat dari klik kawan-kawan pembaca akan dijadikan modal untuk membeli hadiah yang tak lekeh, tapi tak semewah yang diberikan oleh "Football Fantasy" yang lain.  Hadiah misteri kerana ianya bergantung kepada modal iklan dan sedikit duit poket sendiri.

Syarat penyertaan:
1. Hanya pengikut blog ini sahaja yang layak. Anon boleh pi main jauh-jauh.
  (Anon boleh main. tapi kena letak signature.. contoh Shah_1234)
2. Hanya seorang pemenang sahaja kalau buat dwi akaun jawab diakhirat kelak.
3. Keputusan hakim muktamat (hakim dunia... mungkin buat silap).
4. Warga Malaysia sahaja layak undi , Mat bangla, Veitnam , Indon boleh pi main jauh-jauh.

Cara bermain:
1. Entri perlawanan akan ditulis dan perserta akan meletakkan keputusan anda dalam komen, samada pasukkan kita menang, seri atau kalah.
2. Hanya satu komen tak boleh nak spam banyak-banyak, jadi fikir sebelum bertindak.
3. Tarikh tutup setiap tekaan akan berakhir SATU JAM sebelum setiap sepak mula pasukan kita.
4. Hanya membabitkan Liga Perdana Inggeris sahaja. Liga Juara-Juara, Piala FA dan Piala liga tak aci.
5. Carta Liga Teka Keputusan akan dimasukkan dalam entri selewat-lewat Selasa (kalau takda aral).

Sebaraang penambahbaikkan boleh kemukakan untuk lebih mengempakkan lagi peraduan yang tak seberapa ini. Jadi sebarang kelemahan dan kesilapan dari diri pihak pengurusan yang baik datang dari Allah jua.

Aug 11, 2016

PRESTASI PRA-MUSIM LIVERPOOL


Aku kutip dari twitter mamat penulis dari caughtoffside. Sekadar rangkuman jadual kat atas bukan nak tonjolkan siapa hebat semasa pra-musim. Kalau ikut jadual Crystal Palace paling banyak kutip mata dan Liverpool ditangga ke-2. Kontras pula dengan Man City paling corot dengan pungutan mata. Itu semua diambil secara pukal sebab kesemua kelab tak sama jumlah perlawanan.

Jelas semua itu tak bermakna apa-apa nak banding-banding. Kita tengok Klopp dah bagitahu pra-musim sekadar nak cari kecergasan. Memang pemain nampak berusaha, terutamanya pemain muda, dimana persembahan mereka nampak setaraf pemain senior. Ejaria, Kent dan Woodburn serta Trent-Arnold, muka baru diketengahkan dan tak menghampakan.

Terdapat fasa awal dan fasa penutup dalam pra-musim kali ini. Fasa awal, campuran pemain akademi dan pemain senior yang tak pergi ke Euro16. Rata-rata perlawanan disekitar kepulauan British dengan pasukan corot. Fasa terakhir bertemu pasukan yang sama kuat, bermula jelajah di Amerika Syarikat dan juga di London dan berakhir di Jerman.

Rasanya Klopp berpuas-hati dengan prestasi dan kecergasan pemain. Dia dah hampir dapat cetak biru tentang kesebelasan utama dan taktikal dengan pemain sedia ada. Apa kita harap sepanjang perlawanan pra-musim kena perbaiki sebelum musim sebenar bermula. Tambahan kena tengok balik perlawanan dengan Chelsea yang pada saya tak patut kalah.


Keputusan penuh pra-musim Liverpool
Tranmere Rovers 0–1 Liverpool
Fleetwood Town 0–5 Liverpool
Wigan Athletic 0–2 Liverpool
Huddersfield Town 0–2 Liverpool
Chelsea 1-0 Liverpool
Liverpool 2-0 Milan
Liverpool 1–2 Roma
Liverpool 4-0 Barcelona
Mainz 4–0 Liverpool

UNDIAN PIALA EFL : LIVERPOOL LAWAN BURTON ALBION


Rupanya Piala Mickey Mouse bertukar nama lagi. Kali ini Piala EFL. Musim lepas, Capital One Cup, sebab penaja adalah Capital One, sebuah syarikat perbankan dari Amerika Syarikat. Kali ini tiada penaja utama, sebab itu ialah kembali menjadi English Football League Cup, EFL Cup.

Menurut rekod Liverpool cam biasa penjulang terbanyak piala ini, dengan 8 kejuaraan. Musim lepas nyaris menang tetapi terpaksa akur dengan kekalahan ditangan Man City, yang cukup bernasib baik sahaja. Liverpool masa itu hilang arah bila Sakho cedera separuh masa pertama. Walaupun masih mampu seri 1-1 dalam 120  minit, dalam penentuan penalti kita kantoi.

Liverpool memulakan kempen Piala EFL, di pusingan kedua bertemu Burton Albion. Pasukan Liga kejohanan ini berjaya mara kepusingan kedua dengan menang tipis 3-2 keatas Buy FC. Rasanya peringkat awal kita bakal menurunkan anak-anak muda dahulu beserta beberapa pemain senior bagi membimbing mereka.

Aug 10, 2016

LUCAS NAMPAK MACAM NAK KEKAL


Secara rasmi Galastasaray dah tak mahu berbincang nak lamar timbalan kapten Lucas Leiva. Rasanya setakat bayaran perpindahan £2.5juta pound mereka tak keberatan.  Tetapi mereka tak mampu nak menggaji Lucas sama macam gaji sekarang dekat £80k seminggu. Lucas hanya bersedia ke Turki tetapi dia taknak pendapatan separuh dari sekarang.

Klopp cakap dia memang tak kisah samada Lucas kekal atau belah sebab Lucas ada peranan sebagai ketua dalam bilik persalinan. Lagipun setakat sekarang pemian tengah bertahan hanya tinggal, Emre , Stewart dan Grujic. Ada Lucas dia boleh bekap kat situ dan juga pertahanan tengah.

HARAPAN MUSIM BARU 2016/17



Tahun ini kita punya. Ayat yang digunakan bila nampak pasukan kita macam hebat sikit dari musim sebelumnya. Prestasi pasukan kita memang kita nampak hebat, tetapi kita jangan lupa pasukan lain juga sedang berusaha untuk perbaiki masalah mereka musim lepas. Klopp sedang berusaha sebaiknya, menyingkirkan pemain yang tak ada harapan dalam perancangan beliau dan beli pemain yang secara teori, adalah pemain yang rajin, bekerja keras dan perlu dalam falsafah gegenpressing. Harga sesetengah mahal macam Mane dan Wijnaldum, tetapi ada yang murah dan percuma macam Klavan dan matip.

Mari kita lihat dengan persaingan sengit musim ini. Menyu dengan Mourinho,nampak garang berbelanja, tetapi itu memang cara Mourinho dan menyu sejak berzaman untuk beli kejuaraan.. Guardiola muka baru untuk Man City, nampak tenang, dengan pembelian munasabah, walaupun mahal. Conte tak berbelanja mewah macam Mourinho dan Pep, teapi dia punyai skuad baik dan seakan skuad Itali. Cuma Arsenal  dan Wenger, sedang bermesyuarat demi mesyuarat lagi selepas beli Xhaka. Belum ada kat putus lagi, mungkin nak tunggu malam terakhir pintu perpindahan.

Kita nampak cetak biru Klopp dalam permainan dan taktikal sangat mengujakan. Tetapi perancangan itu rasanya baru bermula musim lepas fasa percubaan resipi guna bahan orang lain. Musim ini perancangan dalam fasa kedua, resipi sama, tambahan bahan yang lebih baik dan buang bahan kurang berkualiti. Saya sendiri tak nak beri pandangan awal sebab ada beberapa aspek yang masih perlu diperbaiki yakni posisi kritikal macam bek kiri dan posisi .

Dengan itu macam biasa setiap permulaan musim kita kena ada sasaran. Kelab punya sasaran kita tak tahu mungkin mereka tak mahu beri tekanan lagi kepada Klopp. Tetapi sebagai peminat, kita punyai harapan dan sasaran tertentu mengikut pendapat masing-masing. Sila buat undian pada ruangan undian kat sebelah blog ini. Kita nak tengok apakah pendapat majoriti peminat akan sama dengan penghasilan akhir musim ini. Undian ini ditutup sampai habis musim.

TERIMA KASIH EVERTON


Logik juga Everton beli Yannick Bolasie, dengan £25juta. Mereka mungkin tak rugi apa-apa sebab tak guna duit langsung, sebab nak dapat duit jual Lukaku. Tetapi perpindahan itu membuatkan Crystal Palace bakal punyai dana yang sepatutnya cukup untuk beri nilai yang diminta Liverpool untuk Benteke. £32.5juta yang Liverpool minta untuk dapat balik modal. Tetapi dengar kata setakat £30juta , Liverpool pejam mata, ragut secepat mungkin dan lari.

Aug 8, 2016

PERKEMBANGAN PEMAIN PINJAMAN LIVERPOOL 2016/17


Perkembangan semasa beberapa pemain Liverpool yang dah beraksi dengan pasukan pinjaman masing-masing. Yang paling penting dok perati Danny Ward, bakal penjaga gawang no. 1 masadepan. Juga tak lupa Ryan Kent, pemain sayap sensasi semasa pra-musim baru-baru ni.Kent kena buat sungguh-sungguh sebab dia mesti balik sebagai pemain yang tip-top, kalau tak gelap masa depan.

Yang lain macam Bogdan kita tak harap sangat kecuali nak dia main cemerlang untuk kebaikan beliau sendiri. Fulton, Dunn dan Allan sekadar keluar latihan praktikal semusim untuk cari pengalaman baru.


Danny Ward – Huddersfield – Main 90 minit lawan Brentford ( Menang 2-1)

Ryan Kent – Barnsley – Main 73 minit lawan Ipswich (Tewas 2-4)

Adam Bogdan – Wigan – Main 90 mins lawan Bristol City (Tewas 1-2)

Ryan Fulton – Chesterfield – Main 90minit  lawan Oxford (Seri 1-1)

Jack Dunn – Morecambe – Main 67 mins lawan Grimsby (Tewas 0-2)

Allan – Hertha Berlin – Main 88 minit lawan Al Jazira ( Menang 3-2)

FINAL PRA-MUSIM: LIVERPOOL 0-4 MAINZ


Jangan nak banding lebih-lebih. Pasukan letih lawan pasukan cergas. Itulah penghasilannya 4-0. Tak sampai 24 jam lepas perlawanan dengan Barcelona kena ambil penerbangan ke Jerman. Rasanya letih dalam perlawanan Barcelona masih tak hilang. Sebab itulah kita tengok majoriti pemain dah hilang gas walaupun baru beberapa minit perlawanan. Malah pemain macam Grujic sejak awak lagi dah lompat jatuh lompat asyik jatuh.

Bila ditanya kenapa gagah jua main dengan Mainz. Menurut sumber, Liverpool terpaksa cari slot terbaik nak selit perlawanan ini kerna salah satu syarat dalam pembelian Karius dari Mainz. Sebab itu kita nampak kelibat Karius dirakam bersama ribuan peminat Mainz. Pihak Liverpool patutnya kena ejas perlawanan ini sebelum bertolak ke lawatan Amerika Syarikat. Tapi apa nak buat Mainz juga ada jadual padat jelajah ke Itali.

Saya tak sentap dengan keputusan. Biarlah keputusan kalah kepada Mainz jadi iktibar buat pemain simpanan bahawa mereka perlu bekerja keras nak dapat tempat dalam kesebelasan utama. Malah Matip yang diwar-warkan calon otomatik, kena akur Lovren dan Klavan jauh lebih mantap dari beliau. Malah pemain macam Wisdom rasanya buang masa diberi peranan sepanjang pra-musim. Lansung tak berkenan tgk dia main tak kira jadi bek tengah atau kanan.

Kita masih menunggu sampai bila bek kiri nak sampai. Moreno lagi sekali gagal memikat hati. Kita tak kritik beliau bukan tak suka, tetapi dia masih tak perbaiki corak permainan. Hinggakan Milner dah potong kiu, jadi bek kiri utama. Nasib Moreno dia potong kat kona ,  sebab Milner jatuh sakit kat pusingan terakhir. Saya tak spesifik cakap perlawanan Mainz sebab dia ada alasan letih, tapi keseluruhan sejak musim lepas lagi.

Apa yang penting dapat disimpulkan Klopp masih mampu tersenyum sepanjang perlawanan. Kita takut dia tawa dalam tangisan, dalam hati dia ada dok taram sesiapa yang   tak memuaskan hati. Lagi satu kita lega sebab hanya beberapa pemain yang cedera, tetapi bukan pemain utama. Kiranya persiapan akhir untuk lawan Arsenal di Stadium Emirates kita hadapi dengan tenang, berbanding Arsenal yang ditimpa bala walaupun menang dengan Man City, tapi terpaksa bayar harga yang tinggi dengan kehilangan Bek tengah lagi sekor. 

Aug 7, 2016

OPSYEN BEK KIRI


Dalam kegembiraan menyambut kemenangan dengan Barcelona, jangan dilupa bahwa kita kehilangan bek kiri utama yang baru, iaitu Milner. Milner rasanya macam nak jadi bek kiri utama setelah dicuba beberapa kali dalam perlawanan sebelum ini. Malah beliau bermain agak kemas disana samada bertahan malah turut sama membantu serangan. Kecederaan kaki membuatkan beliau dikeluarkan pada minit ke 42, digantikan Moreno.

Kita bukan tak harap dengan Moreno, tapi macam itulah cuak juga dengan prestasi beliau. Kadang Ok kita tengok nak macam RobertoCarlos, siap boleh sumbat gol dan membantu rakan buat gol lagi. Tetapi bila hari dia buat taik, kita nampak lagi teruk dari Dossena gamaknya. Prestasi Moreno masih lagi ditahap belum meyakinkan, bukan saya nak kutuk beliau semberono, tetapi dengan Milner main dalam kesebelasan utama sebelum ini, memang Klopp pun macam sependapat.

Kini tinggal Randall yang boleh main kat situ sebagai pencabar Moreno, tetapi dia tak meyakinkan macam dia main disebelah kanan. Mungkin Randall tak selesa dan jarang main di sebelah kiri semasa bermain dalam skuad simpanan dulu. Malah sebelum ini dengarnya Randall pun Klopp nak pinjam keluar. Mungkin sebab nampak Milner sesuai di posisi ini, tetapi sekarang Klopp kena simpan hasrat sebab Milner pula cedera.

Opsyen yang saya syorkan ialah beli bek kiri baru. Beli yang betul-betul mantap main kat situ bukannnya yang sederhana, sebagai pencabar sahaja. Dengan kecderaan Milner, keperluan Klopp nak beli bek kiri dah tahap wajib bukannya sunat lagi. Tak payah kita nak letak sesiapa, sebab jawatankuasa perpindahan dah ada senarai-senarai pemain yang mereka pantau sekian lama. Cuma tunggu Klopp bagi kata putus sahaja.

PRA-MUSIM: LIVERPOOL 4-0 BARCELONA


Mignolet
Clyne Lovren Klavan Milner
Emre Wijnaldum
Mane Lallana Coutinho
Firmino

Lawan dengan Barcelona, orang tak peduli sangat Messi. Semua peminat dok tunggu Abam gigi Suarez. Berasa teruja nak tengok Suarez main, walaupun dia tak lagi dipihak kita tetapi disebelah sana. Kesebelasan yang diturunkan mungkin yang terbaik. Tanpa kelibat Sturridge yang cedera, Liverpool main dengan Firmino kat atas. Permainan Liverpool kemas walaupun Barcelona banyak menguasai perlawanan.

Liverpool memecah kebuntuan gol, dengan jaringan Mane. Hasil gerakan Lallana yang merampas bola dari bek Barcelona dan menghantar bola kepada Firmino. Firmino mengalih kembali bola kepada Lallana dan dia melorongkan bola kepada Mane yang berada dalam kedudukan terbaik, dan Mane tanpa segan silu melepaskan rembatan padu hingga goli Barca terpegun kaku tak mampu berbuat apa-apa.

Peluang bertali arus. Coutinho, Mane dan Firmnio melepaskan beberapa peluang keemasan. Tetapi dipihak Barca mereka punyai beberapa peluang terutamanya dari Messi yang ditidakkan oleh tiang. Padahal ketika itu Maignolet dah kantoi terkaku pasrah seadanya.  Suarez juga punyai peluang yang agak berbahaya , merembat padu tetapi kali ini Mignolet dah kembali bersemangat dan berjaya menepis percubaan Saurez. Separuh pertama tamat Liverpool 1-0 barcelona.

Mignolet
Clyne Lovren Klavan Moreno
Grujic Stewart Henderson
Markovic Origi  Ings

Kemasukan Henderson dan Origi berikan impak maksimum kepada pasukan. Seperti mana separuh masa pertama gerak lincah Mane memeningkan kepala bek-keb Barca. Gerakan beliau memberikan gol kedua Liverpool hasil gerakan beliau menampan bola dari bek Barca dan meleretkan kepada Origi. Orgi dengan tipu daya kembalikan bola kepada Mane yang melorongkan bola kepada Hendo, tetapi Masherano nak keluarkan bola namun masuk kedalam gol.

Liverpool memanafaatkan corak gegenpressing bila Stewart merampas bola dari Basquet tak silap dan melorongkan bola kepada Origi yang berada dikedudukan terbaik merempit dengan bek Barcelona melarikan bola dan berjaya meloloskan diri dan meledakkan rembatan leret mencari celah kangkang goli Barca. Saham Origi kian meningkat. Jika Sturridge masih cedera, rasanya Origi berada dalam keadaan selesa nak jadi penyerang utama lawan Arsenal nanti.

Dalam kita dok risau Lovren yang nampak macam cedera, dan tunggu pengadil nak tiup wisel penamat. Liverpool rupanya tak bagi peluang kepada Barca nak balik setakat 3 biji bolos.  Hasil gerakan Origi lagi yang cuba dihalang oleh bek Barca mulanya nampak berjaya, tetapi bola dirampas Markovic yang meluru dari bawah, melakukan hantaran cip mencari Grujic yang naik dari tengah. Grujic melakukan tandukan lambung melangkaui goli Barca.

Kesemua pemain tunjukkan persembahan terbaik. Keseluruhan mungkin Mane jadi pemain terbaik tetapi Lovren ibarat hero sebenar, berapa kali menghalang Suarez dan Messi serta menjadikan Mignolet nampak kebal tanpa bolos. Klavan nampak tenang setenang air diperigi, dan jika dapat berikan persembahan baik musim ni, mungkin pembelian ala Hyypia. Hendo masih berguna tetapi bukan ditengah bertahan dan begitu juga Wijnaldum.




Aug 6, 2016

LLOYD JONES DIPINJAM KE SWINDON TOWN


Seorang lagi pemain muda dari skuad bawah-19 dipinjam keluar. Kali ini Llyod Jones yang bermain diposisi bek tengah dipinjam ke Swindon Town, kelab yang bermain di Liga Bahagian Satu. Pemain ini memang sasa dengan ketinggian 6"4', ketinggian ideal bagi bek di Liga Inggeris.

Bila tengok umur dah 20 tahun, rasanya inilah peluang terakhir Jones untuk keluar berguru ambil pengalaman. Kalau dia dapat jadi pilihan utama di Swindon, ada harapan nak kembali untuk pra-musim depan tunggu kot2 dapat peluang. Kalau tak, rasanya pemergian beliau mungkin beli tiket sehala.











LIGA FANTASIA LIGA PERDANA (HADIAH MENANTI)



Salam,

Saya telah buat liga dalam Fantasy Premier League dinamakan Liverpoolkita League

Mudah sahaja nak sertai liga. Gunakan capaian yang diberikan dan kamu bakal dimasukkan secara otomatik selepas kamu memasuki permainan.

https://fantasy.premierleague.com/?autojoin-code=274478-319279.

Tak perlukan kod sebenarnya tetapi jika juga nah hambik : 274478-319279


Selamat berfantasi !
Brendan Rodgers
Jurgen Klopp

------------------------------------------------------------------------


Hi,

I've created a league in Fantasy Premier League called Liverpoolkita League.

Joining the league couldn't be easier. Simply use this link and you'll be added automatically after you've entered the game:

https://fantasy.premierleague.com/?autojoin-code=274478-319279.

You shouldn't need the league code, but just in case here it is: 274478-319279.

Enjoy the game!

Brendan Rodgers

----------------------------------------------------------------------

JON FLANAGAN BAKAL DIPINJAM KE BURNLEY


Nampak macam idea mengarut. Campak keluar Flanagan takkala bekap Clyne dan Moreno, hanyalah Randall dan juga Milner. Keputusan Klopp kali ini nampak ada percaturan berisiko, tetapi macam biasa ada perancangan untuk perpindahan membawa masuk pemain barangkali. Tapi jangan risau Flano baru saja sain kontrak panjang dan klausa 75 persen janji masa permainan Burnley kena ikut. Kita harap Flano dapat menambah ilmu dan meningkatkan prestasi untuk kembali ke Anfield musim satu lagi.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails