Oct 30, 2016

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 4-2 CRYSTAL PALACE


Dari segi nilai hiburan, perlawanan yang banyak gol memang orang kata perlawanan hebat. Liverpool dan Palace tak pernah mengecewakan dari segi nilai drama. Musim lepas kesian dekat Palace, kena naya bagi penalti saat akhir dengan kemengan ditangan kita. Kali ini dah macam cerita kombat, lawan tembak-tembak. Gol datang dari pelbagai arah dan paling banyak berpunca dari kesilapan masing-masing.

Liverpool kehilangan naib kapten, Milner. Tapi Moreno dah bersedia sebab dah main masa lawan Spurs dalam EFL. Takda Sturridge dalam kesebelasan walaupun main cantik masa lawan Spurs. Klopp tahu anak ikan Spurs tak sama dengan kereta kebal Palace. Jadi trio Mane-Firmino-Coutinho tak tergugat. Gigi yang baru pulih masih belym dapat main dalam kesebelasan utama lagi. Emre digandingkan dengan Lana dan Hendo.

Cara Pardew letak kesebelasan Palace memang nak main rileks cari seri. Heran tuan rumah nak bagi tetamu buat macam rumah sendiri kot. Liverpool tak bermasalah kerana Benteke jadi kera sumbang, pemain lain tumpukan nak bertahan dan sangat mengabaikan beliau. Jadi Liverpool kerah serangan kaw-kaw fan hasilnya seawal minit ke5 , Liverpool kedepan dengan gol dari Emre. Itupun bagi saya disebabkan bagaimana Liverpool perangkap bek Palace dengan lorongan dari tengah mencari Moreno yang terus melorongkan bola ditengah dan Emre menjolok mudah untuk Liverpool didepan 1-0.

Tak sempat nak raikan gol tetiba dari cerita romantik tetiba jadi cerita komedi. Serangan Palace majoriti mencari Benteke dengan bola lambung. Tetapi tak sampai pun masa insiden lawak bodoh dari Lovren terjadi. Bola lambung cuba ditenangkan Matip dengan tandukan hantaran kepada Lovren. Tetiba Lovren yang otaknya melayang pergi mana entah menyepak lemah gemalai, terkantoi dikawasan hampir kotak D. Semua pemain terkesima, tapi yang tidak adalah McArthur yang meluru menanduk bola kedalam gol walaupun cuba dihalang Karius. 1-1 memang terkesima dengan makian terarah kepada Lovren.

Si mamat Lovren ni memang nampak menyesal. Dia tak sangka aksi badut beliau beri bala kepada pasukan. Saya dah agak kurang sopan dengan cuba nak buka aib lama sejarah zaman Brendan dulu. Tetapi apa yang saya lagi terkesima, ialah bagaimana dari seorang badut telah menjadi wira kembali. Hasil sepakan sudut Coutinho mencari kawasan tengah, dan Lovren dapat mengatasi keperwiraan bek Palace dengan menanduk masuk gol kedua pelawat untuk mendahului sekali lagi dengan 2-1. Marah bertukar sayang dan kesilapan Lovren dah dimaafkan sebab dia tebus balik, kalau tak memang jadi kambing la nanti.

Ingat dah nak redalah keresahan. Tetapi kejap bertukar-tukar siaran, kejap-kejap Suri Hati Mr Pilot kejap Maharaja Lawak Mega. Palace memang dah main satu hala saja. Mereka fokus bola lambung cari kawasan tengah kotak penalti Liverpool. Serangan camtu nampak lurus bendul tetapi jika pemain masih dalam mod gelabah, memang makanan Palace situasi tu. Serangan kilat Palace dari kawasan kiri Liverpool nampak biasa-biasa tetapi hantaran Zaha tak cuba di halang Moreno dia dan hantaran disambar oleh McArthur untuk gol kedua peribadi dan Palace.

Dramatik sungguh kan 2-2. Macam baru nak bahagia dok layan 2-1 ala kegebuan Nealofa tetiba Amir Im Sorry mencelah potong stim untuk 2-2 . Kali ini kesilapan dan kalpaan Moreno nampak macam punca. Dia dok lindung tangan takut penalti padahal pengadil Mariner memang jenih kedekut penalti. Tapi suasana kembali terkawal bila Liverpool sekali lagi mengeksloitasi kelemahan setpis Palace dengan gol dari Matip. Gol sulung Matip memang mudah sebab dia tak langsung dikawal untuk menanduk gol untuk Liverpool didepan lagi buat kali ke-3.

Separuh kedua Liverpool nampak main lebih disiplin. Dah tahu corak Palace nak cari hantaran jauh dan serangan menggunakan Benteke, Klopp ejas taktikal dengan pemain meramaikan bahagian tengah. Palace asyik dok minta penalti. Banyak insiden yang 50-50. Mungkin dengan pengadil lain Palace dapat simpati, tapi dengan Mariner jangan harap lah. Tapi paling kurang kalau insiden yang membolehkan mereka dapat penalti buta, ialah terjahan Matip keatas Benteke. Lovren mencakuk kaki Zaha dan Emre merebahkan Zaha.

Tetapi hasrat Palace nak kejar keputusan semasa 2-3 macam sia-sia. Memang mereka kuasai permainan dengan 57 persen. Apa maknanya jika mereka tak punyai pemain kreatif nak robek kubu Liverpool yang nampak nak susun bas. Tetapi dalam keadaan serangan demi serangan Palace, serangan balas Liverpool memang membunuh impian mereka untuk menyamakan kedudukan. Kapten Henderson melorongkan bola cantik kepada Firmino yang membuat larian dan buat satu lob untuk mengantoikan Mandanda yang meluru keluar. 4-2 rasanya Palace tak mampu melakukan apa-apa hingga tamat perlawanan.

Oct 28, 2016

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN CRYSTAL PALACE

West Brom dah lepas. Badi berikutnya Crystal Palace. Banyak sejarah tercipta dua tiga musim dengan Palace. Bukan setakat liat nak dikalahkan, Palace anntara punca pasukan kita kantoi nak dakap Liga musim 2013/14 dulu. Cara main Palace memang tak menghiburkan macam gaya Menyu sahaja. Mereka tentu main kasar dan serangan kilat mereka cukup bahaya. Dulu mereka ada Bolasie, sekarang Benteke pula ayam tambatan. Kita ngeri nak hadap bekas pemain kita ni sebab takut dia berdendam dan ulangi perangai gila cam kat Aston Villa.

Karius
Clyne Matip Lovren Milner
Lana Hendo Gigi
Mane Firmino Coutinho

Lawan Spurs haritu saya tak tengok sebab letih esoknya nak kerja pagi. Tapi menurut laporan memang pilihan kedua main dengan baik. Kemenangan 2-1 melayakkan ke Suku Akhir Piala EFL. Klopp memang tahu rakan sejawat nak letak pemain simpanan, jadi terbukti simpanan kita memang boleh tahan. Tambahan pula Sturridge yang paling menonjol dengan 2 gol. Tapi paling mendapat suluhan dan pujian ramai ialah pemain Bek Kanan muda, Trent-Alexander. Patut lah Klopp tak beli bek kanan baru dan pinjam keluar Flanagan. Rupanya ada permata yang sedag digilap.

Lawan Palace nanti saya begitu harap pertahanan kena waspada dengan lawan dan juga diri sendiri. Lawan satu hal, mereka memang tahu kelemahan pasukan. Tapi pemain dah tahu mereka ada kekurangan ketinggian, bila bertahan dari segi setpis, harap kena yakin dengan diri. Berlatih berhari-hari mustahil Klopp tak tekankan nak basmi kelemahan setpis. Saya tengok zoal marking dah ok, tetapi kena main cerdik. Pemain Palace ramai tinggi-tinggi, tetapi tak semua pakar tandukan. Rasanya paling bahaya Benteke dan Delaney yang lain biasa-biasa sahaja.

Serangan takda masalah rasanya. Memang pilihan utama trio Mane-Firmino-Coutinho. Masa lawan WBA haritu kita nampak pola serangan Liverpool memang pelbagai. Sebab apa pemain barisan depan saling melengkapi dan jarang main tamak. Kalau Firmino tak buat hantaran lambung kepada Mane, dan dia cuba masuk gelecek lagi rasanya sukar sebab bek WBA dah meramaikan belah dia. Tetapi lain kes bagi Coutinho, dia nampak macam tamak, namun tahap konfiden beliau memang tinggi, boleh dia acah-cah mengantoikan bek WBA sampai terduduk.

Saya taklah terlalu teruja dengan keputusan lampau. Berada dalam kelompok atasan memang boleh buat lupa daratan. Kemain seronok menghanjing pasukan lain suruh masuk gua bagai. Jangan lupa awal lagi baru seperempat musim. Setiap pasukan yang hampir dengan kita masih berpeluang nak potong jika kita tak main secara konsisten. Jadi peluang bertemu dengan pasukan bawahan kena pastikan gunakan sebaiknya. Selain 3 mata adalah kerugian.

Oct 25, 2016

PIALA EFL : LIVERPOOL LAWAN SPURS


Tiada siarang lansung dalam Stadium Astro. Kalau nak layan kena godek dalam Facebook kot2 ada cenel sukan yang siarkan perlawanan itu. Kalau lawan dengan Spurs perlawanan memang seronok. Sebab Spurs dah makin setaraf dengan kita. Dulu budak belasahan sekarang dah nak jadi pencabar kejuaraan. Spurs dah jadi pasukan liat untuk kita tewaskan dah, bukan sebab main susun bas bagai tetapi punyai kualiti pasukan samada kesebelasan dan juga simpanan.

Awal2 lagi pengurus Spurs, Pocchetino dah bagi pembayang dia tak peduli sangat dengan Piala Mickey Mouse ni. Dia akan buat penggiliran pemain untuk Piala ni. Klopp rasanya akan buat benda yang sama. Piala ni baru masuk pusingan ke-16. Fokus untuk Liga lagi penting. Tambahan pula nak lawan Crystal Palace, pasukan badi dan paling bahaya dendam Si Abam Sado, Benteke. Klopp masih banyak pilihan dibangku simpanan. Malah saya anggap simpanan musim ni terbaik dari ladang.

Mignolet
Clyne Matip Klavan Moreno
Emre Lucas Grujic
Sturridge Origi Firmino

Kesebelasan kat atas hanya ilusi penulis. Tak pasti berapa orang pemain utama nak direhatkan. Cuma pemain yang kreatif macam Firmino kena ada untuk buat gila kat bahagian serangan. Spurs bukan nak letak pemain bawah 20, pemain simpanan mereka macam Davies walaupun jarang main tetapi berpengalaman luas. Sebab itu kita harap pemain yang mana dapat peluang main untuk bagi Klopp perasan yang mereka boleh jadi saingan kesebelasan utama.

Oct 23, 2016

LIGA PERDANA: LIVERPOOL 2-1 WEST BROM



Sebelum perlawanan agak berdebar juga. Sebab imbas balik rekod dengan West Brom memang menghampakan sebelum ini. Bukan sebab WBA sahaja ditambah dengan Tony Pulis memang kelab dan pengurus badi buat Liverpool. Selalunya pasukan pelawat akan bersedia untuk main bertahan gila-gila dulu dan cari gol dari kesilapan Liverpool. Itu ada dalam buku panduan "Taktik Susun Atur Bas" hasil karya agung pengurus lajenda, Mourinho.

Liverpool menyisihkan Sturridge, kembalikan Coutinho dalam posisi serangan dan Lana kembali dibahagian tengah bersama Hendon dan Emre. Sturridge memang tak berpeluang nak mengekalkan tempat dalam kesebelasan utama sebab bila dapat peluang tak main elok-elok. Milner dapat kembali beraksi setelah kecederaan kepala tak teruk mana pun. Kesian dekat Moreno, takda rezeki sebab nyaris-nyaris dia dapat peluang beraksi.

Aksi bermula dengan rancak. WBA pun rancak juga susun bas. Mereka memberikan laluan sukar kepada penyerang Liverpool dengan kepungan yang tersusun. Penguasaan bola milik Liverpool tetapi banyak berlegar-legar dikawasan tengah. Tetapi bila masa dan ketika WBA juga naik menyerang dan nak gunakan bek mereka untuk membuka permainan. Apa yang mereka buat rupanya ibarat pelanduk lupa perangkap, Liverpool hanya menunggu masa untuk ambil peluang bila pertahanan WBA nampak terbuka.

Kat sinilah Liverpool membuka peluang dengan menyerang hendap dengan pantas. Emre melarikan bola dari tengah, melihat kelibat Firmino dia meleretkan bola setelah dikejar pemain WBA. Itu nak cakap betapa kreatifnya mat tocang ni. Dia melakukan hantaran yang sungguh mengelirukan bek WBA dengan melakukan lob melepasi kawasan tengah, rupanya dia dah nampak Mane sedang meluru ke dalam kotak disebelah kanan sayap. Hantaran lambung Firmino diluar jangkauan kepala Nyom dan Mane dengan selamba merembat padu menewaskan Foster. Liverpool mendahului WBA 1-0.

WBA nampak panik dan cuba bermain lebih menyerang. Liverpool menyerap serangan dan serangan WBA sekadar berpusing-pusng dibahagian tengah, nak lepas pertahanan Liverpool pun payah kerana mereka hanya harapkan Rondon untuk melepasi Matip dan Lovren. Namun bila sekali lagi WBA cuba bermain bijak mereka sekali lagi terkena buat kali kedua. Serangan hendap Liverpool kali ini melalui Mane yang membawa bola dari tengah. Dia melepaskan kepada Coutinho, dan Coutinho dengan gaya samba mengantoikan 2 pertahanan WBA dan melepaskan rembatan leret untuk Liverpool kedepan dengan 2-0.

Separuh pertama tamat dengan 2-0. Tetapi patutnya dapat mungkin lebih dari dua gol sebab percubaan Coutinho dan Mane diselamatkan oleh Forster dengan cemerlang. Sebiji ulangan macam De Gea. Faktor kecemerlangan separuh masa ialah bagaimana taktik bermain dengan tenang dapat membuka kunci pertahanan WBA. Pulis juga tak menyangka Liverpool akan bermain serang balas bukan menyerang dengan hantaran pendek sampai depan pintu gol macam selalu.

Liverpool bermula dengan separuh kedua sama macam aplikasi separuh pertama. Cuma kali ini serangan kita memang bertubi-tubi. Peluang banyak tetapi pemain tak dapat meledakkan penambahan gol. Ianya kerana Pulis dah arahkan anka buah perbaiki pertahanan dengan memastikan setiap pemain lebih berwaspada bila serangan Liverpool hampir kekawasan bahaya. Boleh dikatakan bentesan pertahanan WBA majoritinya berjaya mengantoikan rembatan pemain kita. Forster juga menjadi lebih garang menepis percubaan Liverpool.

Liverpool dan bolos berpisah tiada. Rekod bersih hanya lawan Menyu. Tetapi kali ini kesilapan pertahanan mengawal keadaan memang nampak tak berubah. Bila bola sampai ramai pemain menyerbu bola tetapi mereka meninggalkan posisi jagaan mereka. Kesilapan pertahanan diguanakan oleh McAuley cukup bernasib baik bola yang kantoi dikeluarkan pertahanan Liverpool sampai didepan beliau dan merembat gol semangat pelawat. Rasanya itu hanya percubaan kedua WBA dan berjaya hasilkan gol. Setpis musuh utama Liverpool. Klopp kena cari ubat buang trauma itu.

Apapun Liverpool berjaya sekali lagi tewaskan WBA sejak kali terakhir 5 tahun lepas. Memang patutnya kita kenduri gol tetapi macam biasa Forster selalu kalau main dengan kita memang cemerlang senantiasa. Yang penting 3 mata berharga berjaya dikutip dan pasukan kita berkongsi mata dengan pendahulu Arsenal dengan 20 mata. Tentang impian mendapatkan kejuraan liga kita simpan dulu, namun dengan prestasi sekarang slot Liga Juara-Juara adalah sasaran ideal.

Oct 21, 2016

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN WEST BROM

Liverpool melepasi fasa permulaan musim yang disifatkan sukar. Benda sukar  camnilah cabaran terbaik untuk buktikan Klopp memang pengurus hebat. Berjaya kumpulkan mata penuh dengan Arsenal, Chelsea dan Leciester, disamping tak tewas dengan Spurs dan juga Man United. Kalau awal musim pemerhati cakap Liverpool akan melalui detik siksa tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Setakat sekarang Liverpool berada dalam kelompok teratas beza 2 mata dengan pendahulu. Jadi adil lah Klopp dinobatkan pengurus terbaik bagi bulan lepas.

Fasa kedua yang ni memang ditunggu-tunggu. 7 perlawanan yang bakal tentukan karekter pasukan. Kita bakal West Brom, Crystal Palace, Watford, Southampton, Sunderland, Bournemouth dan West Ham. Ramai yang berlumba-lumba nak teka 3 mata setiap perlawanan kot. Tetapi jangan lupa semua pasukan pernah mengecewakan kita kecuali Bournemouth. Karekter pemain kena ubah sebab bila lawan pasukan yang dibawah mentali mereka tak sama dengan pasukan yang pernah kita lepas sebelum ni.

Nak pula lawan West Brom lepas ni, pasukan yang teramat padat dia punya susun bas. Memang teramat siksa jika nak lepas mereka, sebiji macam Menyu sebelum ni. Kita heran juga Mourinho tiru Pulis atau Pulis tiru Mourinho. Apapun iktibar dengan Menyu kita kena perbaiki. Cari jalan camna kegagalan nak pecah benteng Menyu untuk digandakan usaha untuk WBA plak. Cuma satu kelebihan WBA berbanding Menyu ialah setpis yang bahaya. Kalau dapat  benteras serangan udara mereka selamat untuk bocor .

Karius
Clyne Lovren Matip Moreno
Lana Hendo Emre
Mane Firmino Coutinho

Moreno bakal dapat beraksi ganti Milner dengar kata, sebab timbalan kapten kita masih biul kepala sebab pelanggaran dengan pemain Menyu baru2 ni. Dia pasti bakal jadi liabiliti dan lawan akan gunakan kelemahan ketinggian Moreno nak cari lubuk. Takpa dengan ada Matip rasa yakin sebab setakat sekarang bola tinggi banyak dia tolong sapu. Gigi masih kurang cergas walaupun dah pulih, jadi Emre kena pulun betul2 nak kekal dalam pasukan sebab dia masih tak menonjol macam Gigi. Gigi lincah berbanding Emre yang agak lambat turun naik nak bantu pertahanan dan serangan.

Bagi yang nak sangat Sturridge dalam posisi serangan utama berbanding Firmino, baru tahu bahawa Sturridge masih belum mampu nak main camna yang Klopp nak sebagai penyerang utama. Tampan bola kelaut, lambat nak lepaskan bola bila rakan diposisi terbaik dan penyudah dah tak setajam dulu. Tapi bab tamak masih tak boleh buang. Setakat sekarang Sturridge kena kerja keras lagi sebab peluang takkan datang banyak kali selepas ni. Sebab apa saya tengok Ings makin berusaha nak intai peluang dari skuad bawah 23. Origi juga mungkin opsyen jika Klopp nak pemain fizikal diposisi penyerang.

Perlawanan nanti tak harap kenduri gol. Sebab corak WBA dan rekod mereka yang jarang beri ruang kepada lawan nak buat gol. Mereka juga pun tak pernah nak membelasah lawan sebab setup defensif mereka. Jadi pemain kena fokus bertahan dan cuba tarik keluar pemain dari dalam bas. Bek kiri dan kanan kena main ala pemain sayap. Penyerang cuba tukar2 posisi untuk kelirukan bek WBA dan pemain tengah cuba selitkan hantaran ala Barcelona kedalam kotak.  Dan kalau boleh main satu dua dan cari penalti mana tahu kot2 mengena. 

Oct 18, 2016

LIGA PERDANA: LIVERPOOL 0-0 MAN UNITED


Tengok ada Fellaini dalam kesebelasan dah tahu pakej 1 mata yang dicari Menyu. Kita jangan mimpi nak tengok Menyu versi menyerang, sebab pengurus macam Mourinho lebih rela untung sikit dari rugi melambak. Orang tamak selalu rugi dan Mourinho ingat pesan orang tua-tua, jadi dia takkan nak berani nak buat berlagak kat tempat orang. Padahal ikutnya dia mempunyai pemain termahal dunia dan takkan takut pasukan lain dah.

Pasukan kita memang ada masalah sendiri. Trio Lana-Hendo-Gigi tak dapat bersama. Tenyata itulah barisan tengah terkuat sekarang. Emre-Hendo-Cou tak serancak mereka. Apa yang hilang dari trio sebelum ini adalah kelicinan permainan samada dari menyerang atau menekan lawan. Bila nak buat hantaran dan lorongan, mereka macam ada bacaan telepati yang pergerakan nampak begitu lancar tetapi lawan tetap keliru dengan kerap bertukar-tukar posisi.

Hendo saya nampak terbaik sebagai Kapten dan juga tanggungjawab menjaga pertahanan. Pogba nak lepas beliau pun separa nak mati. Tetapi dengan Cou dan Emre main, mereka nampak sukar nak lepas bahagian tengah Menyu yang memang jelas nak cantas kaki. Kiranya percaturan Mourinho mengena, buat pemain kreatif Liverpool mati kutu dan barisan depan terutamanya Sturridge memang kena mereput kat atas. Firmino dan Mane tak berupaya nak cilok mencilok macam selalu sebab itulah bantuan kepada Sturridge tak sampai.

Menyu dah bertahun diselamatkan oleh De Gea. Main buruk camna pun jika De Gea digawang, nasib mereka taklah seburuk permainan gampang mereka. Sejak Ferguson beli De Gea rasanya tiada pemain yang paling meyerlah dalam perlawanan dengan kita kecuali penjaga gawang mereka. De Gea mnyelamatkan beberapa peluang Liverpool terutamanya sepakan padu Coutiinho dari jarak jauh. Sepakan Emre juga nampak berjaya dikantoikan sebab tak kuat sangat.

Segala prasangka buruk terhadap pengadil Anthony Taylor, rupanya meleset. Saya tak sangka beliau memang mengadili perlawanan dengan cermat. Bukan sebab 4 kad kuning kepada pemain Menyu, dan pemain kita bersih. Tetapi cara kendalian membuatkan Klopp dan Mourinho tak berbalah mengenai status tempat asal beliau. Saya syak saja yang Taylor mungkin peminat Man City, walaupun dengar kata rumah beliau kentut pun dengar dari Old Trafford.

Seri bagi kita satu kekecewaan, tetapi bagi Mourinho yang itu modal untuk cakap besar. Dia mampu perlekeh Liverpool tak menggerunkan macam oramg lain puji melambung. Memang perangai sombong beliau takkan berubah cuma yang hilang semangat berani dah jadi tak ada telur. Saya salut Mourinho yang begitu bersemangat menganjing Sir Fergie pada malam separuh akhir Liga Juara-Juara 2004 dahulu. Tetapi sejak jarang menang Piala semenjak dua menjak ni, kian merapu Lelaki Istimewa itu.

West Brom
Crystal Palace
Watford
Southampton
Sunderland
Bournemouth
West Ham

Kerugian 2 mata meletakkan Liverpool ditangga ke-4, 2 mata dibelakang pendahulu EPL, Man City. Kalau menang, rasanya kongsi mata dengan City juga Arsenal dan potong Spurs untuk posisi ke-3. Tak mengapa rezeki tertulis 1 mata, apa nak buat yob. Tapi perlawanan selepas ini 7 pasukan yang kita boleh tempah mata penuh. Lupakan perlawanan bosan dengan Menyu dan fokus kepada West Brom minggu depan.

Oct 14, 2016

LIVERPOOL GONDOL ANUGERAH PENGURUS DAN GOL TERBAIK BULAN SEPTEMBER

Kredit @EPL_MY

Kredit @EPL_MY

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN MAN UNITED

Penantian satu penyiksaan. Ramai dah tersiksa sampai sanggup minta tulis awal pasal perlawanan dengan Menyu. Saya faham, betapa siksanya nak tunggu habis perlawanan antarabangsa. Tak ada yang menarik langsung nak layan. Disebabkan perlawanan antarabangsa kita bakal kehilangan 2 pemain tengah terbaik, Lana dan Gigi. Nasib baik Hendo selamat. Nasib baik ada Emre dan Grujic untuk ganti.

Clyne dan Lovren yang tak turun dengan negara masing-masing mungkin dapat main lawan Menyu nanti. Kiranya Klopp terselamat dapat turunkan pertahanan terbaik. Tapi tak panik sangat jika keduaya masih belum cergas sebab Milner dan Moreno ada untuk tugasan bek sisi. Klavan juga rasanya bersedia untuk ganti Lovren bila perlu. Situasi pemain simpanan taklah seteruk musim lepas, sebab kita dah ada simpanan yang berkualiti.

Karius
Clyne Lovren Matip Milner
Grujic Emre Hendo
Mane Firmino Coutinho

Kontroversi melanda awal lagi apabila pengadil kelahiran Manchester, Anthony Taylor bakal jadi pengadil utama perlawanan. Dia mengaku peminat Altrincham, tetapi masuk akal tak dia takkan bias kepada daerah kelahiran beliau. Berkemungkinan dia minat Man City barangkali, tetapi dari intregriti bila awal-awal lagi jadi pertikaian patutnya kenalah ambil langkah pencegahan. Liverpool bukan tak pernah kena zaman Brendan dulu camni juga, dan akhirnya kita tahu keputusan disebelah siapa.

Dipihak sebelah sana, peminat bersorak sorai bila Fellaini dan Rooney tak diturunkan dalam perlawanan sebelum ini. Tetapi bagi saya, mamat dua ekor tu kalau main lawan Liverpool memang bukan kemain bagus, walaupun sebelum tu memang bahghal. Perlawanan lepas kita tengok siapa yang menjahanamkan kita, Mat Rooney kan. Dan Fellaini jadi duri dalam daging kerana corak robus dan selalu guna siku lutut memang membahayakan pemain kita.

Skuad Menyu sekarang rasanya makin meningkat sejak beberapa musim lepas. Saya tak berapa risau walaupun mereka punyai pemain termahal didunia. Dengan corak negatif Mourinho, pasukan yang bertaraf Galactico pun jadi cap ayam. Mourinho pandai beli pemain kreatif macam Mkhitaryan tetapi lebih rela mainkan Rooney kat tengah. Begitu juga Pogba, pemain itu bukan jenis mantap bertahan, tetapi bila letak kat depan pertahanan, kena getahlah sebab dia tak disiplin untuk berada diposisi tersebut.

Kekuatan pasukan kita mungkin sedikit lemah dengan ketiadaan beberapa tonggak utama. Tetapi ianya bagus juga sebab pemain lain boleh dapat peluang untuk tunjuk kebolehan. Tetapi rasanya Menyu memang cuak nak datang ke Anfield sebab mereka tahu jika mereka boleh bedal dua biji , Liverpool akan bedal 3 biji kot atas. Jadi perlawanan ini saya rasa bakal menjadi kenduri gol antara kedua-dua pasukan. Liverpool memang punyai serangan memukau tetapi pertahanan juga kadangkala kantoi macam kena pukau.

Oct 11, 2016

LIVERPOOL JALIN KERJASAMA DENGAN MALAYSIA AIRLINES


Syarikat Penerbangan Malaysia, (MAS) telah menjalinkan kerjasama dengan Liverpool. Kerjasama yang membabitkan tajaan 40 juta Pounds tak silap. MAS menggantikan Garuda sebagai rakan penerbangan rasmi Liverpoolfc selama 3 tahun. Belum nampak apa promosi untuk peminat di Malaysia, tetapi dalam berita nampak sangat pasaran utama ialah Tanah Besar China.

Sejarah penerbangan di Malaysia memang berkait rapat dengan Liverpool rupanya. 80 tahun lampau, zaman Kolonial , Syarikat Kapal Wap berpengkalan di Liverpool telah bekerjasama dengan Syarikat Negeri Selat Malaya, telah menubuhkan syarikat penerbangan kita. Mungkin ramai yang baru tahu perkara ini termasuk saya.

Jadi peminat lain pasukan lain jangan nak pertikai kenapa MAS sanggup lebur duit demi dapatkan penajaan Liverpoolfc. Pasukan Kormesil MAS memang tahu, Liverpool bakal berikan mereka peluang untuk mengembalikan imej mereka yang tercalar sebelum ini. Malah jika mereka dapat berikan promosi terbaik dengan pakej perlawanan di Anfield, saya rasa kita boleh simpan duit dari sekarang.

Lagi satu adakah ini petanda yang pasukan Liverpool bakal kembali ke Kuala Lumpur dalam siri jelajah perlawanan pra-musim dalam 3 tahun terdekat. Siapa ada kabel bahagian korporat MAS mesti dapat sedikit info mengenai agenda dengan Liverpool.

Oct 10, 2016

KAPTEN LIVERPOOL BAKAL KAPTEN ENGLAND



Wayne Rooney memang hebat. Tapi itu 10 tahun dulu yob. Kalau masa itu dia jadi Kapten England takkan siapa nak bising. Sekarang dah jadi kain buruk. Dalam kem Menyu dan England nasib Rooney sama. Dia dah tak berguna dibarisan depan. Rembatan kelaut, kalau dulu rembatan luar kotak dia berhantu penjaga gol bertaraf bintang macam Buffon atau Cassilas tak mampu nak tepis.

Sekarang dah dalam 3 siri, enjin dah kondem, larian pun cam keldai serta tenaga Ogre ala Shrek pun dah hilang. Rooney telah dicuba posisi baru bermain dibahagian tengah. Kononnya pengalaman beliau mampu bawa diri dalam posisi itu. Apa yang dapat kita tengok dalam Euro16, Rooney memang tak boleh belah. Tak ada fungsi langsung Hodgson nak letak dia kat situ.

Sekarang kat Menyu pun sama. Mourinho pun tahu masa dah sampai untuk Rooney ucapkan sayonara kepada bolasepak Inggeris. Selepas Rooney kena rejek dari pasukan utama Menyu oleh Mourinho, Southgate mulanya tak ada telur nak buang Rooney. Tetapi dengan persembahan mengarut lawan Malta. Rasanya Southgate tak mahu jadi macam Hodgson, letak biawak hidup dalam pasukan.

Kini khabar angin bertiup kencang jawatan Kapten bakal diberi kepada Henderson atau Cahill. Sebab Rooney bakal pencen beransur-ansur selepas ini. Mungkin tanggungjawab mengepalai England sesuatu tekanan bagi pemain selepas ini. Sebab pasukan England sekarang perlukan pemain yang cemerlang bukan sebab orang lama tetapi ketua yang boleh beraksi sebagai contoh dari kesungguhan dan kehebatan permainan.

Walaupun kita bakal dikatakan bias sebab Hendo Kapten Liverpool, rasanya peminat pasukan lain pun bersetuju dengan pendapat kita. Cahill musim ni memang tak berapa bagus, gol kantoi Chelsea banyak dari kealpaan beliau. Pemain camni akan bagi rakan sepasukan jatuh terduduk, jika perangai kat Chelsea terbawa-bawa dalam permainan dengan England. Macam saya bagitahu sebelum ini, sekadar orang lama, bukan asbab terbaik Cahill calon kapten.

Prestasi Hendo musim sebelum ini mungkin jadi pertikaian. Tapi siapa nak sangkal bahawa kecederaan tumit yang kronik adalah pembawaan kepada permainan buruk beliau. Trauma kecderaan walaupun dah pulih, meyebabkan Hendo masih tak berani nak main cam musim 2013/14. Dengan Klopp punya latihan Hendo sedang menguasai aspek baru dalam permainan beliau untuk menjadi pemain tengah lengkap ala Gerrard.

Harap Southgate buat penilaian tuntas mengenai calon Kapten England. Sebab setakat artikel ini ditulis Rooney masih Kapten England dan beliau bersama Southgate bakal berikan wawancara dengan wartawan dalam sidang media rasmi England untuk perlawanan dengan Slovenia bila sampai ke Ljubljana, Slovenia nanti. Kejutan hanya diketahui bila senarai kesebelasan utama disiarkan. Tapi dengan dunia media sosial yang canggih, rasanya pembayang bakal muncul lebih awal.

Oct 8, 2016

BALOTELLI DAH BERUBAH ?



Mario Balotelli sedang bina reputasi beliau kembali di Liga Perancis bersama OGC Nice. Beliau berada dalam liga yang sesuai dan pengurus yang bijak. Bijak dan cermat itulah yang saya gambarkan kepada Lucien Favre, bekas pengurus Borussia Mönchengladbach. Kejayaan Gladbach kebelakangan ini hasil buah tangan beliau. Hinggakan pasukan mereka naik menjadi pasukan 4 terbaik Bundesliga. 

Favre jenis yang tegas. Masa mula-mula Balotelli sampai, tazkirah ringkas kepada Balo. Lakukan yang terbaik semasa latihan dan permainan serta lebih penting  berkelakuan profesional, beliau akan berada dalam pasukan. Kalau dok ulang perangai yang lepas-lepas, peluang akan tertutup buat selama-lamanya. Ketegasan inilah yang patut Brendan lakukan semasa Balo mula-mula masuk dulu. Ini tak dok kira dia punya karektor. Pemain macam Balo, kena sergah dulu dan puji kemudian.

Bila nampak Balo dan kian menyengat, dengan 6 jaringan dari 5 perlawanan. Ada suara sumbang menempelak kenapa Klopp tak bagi peluang. Tapi mereka tak faham. Sebenarnya Balo sendiri cakap perbualan pertama dan terakhir beliau bersama Klopp ialah Klopp mahu Balo keluar bina reputasi dan tengok camna selepas itu. Tetapi yang nak keluar terus ialah dipihak Balo sendiri yang taknak teringat dengan Liverpool. Dia nak bebas dari kontrak dan jika berjaya mudah nak pergi ke pasukan pilihan hati. 

Kiranya kat Nice, dia buat macam batu loncatan sahaja. Sasaran Balo tetap kampung halaman di Serie A. Dah boleh agak dia nak kembali bersama Inter Milan. Sebab itu beberapa kelab di Itali mahukan khidmat beliau tetapi Balo tolak kerana dia pun cerdik sebab nak kembali dengan reputasi sekarang memang cari nahas. Liga Perancis taklah hebat sangat, sebab itulah Balo nampak begitu bersahaja dan macam takda masalah nak menggegarkan jaring sekerap mungkin.

Musim perlawanan antarabangsa kali ini pengurus Itali baru, Ventura masih belum yakin dengan Balo. Ramai tak berani nak ambil risiko dengan reputasi budak nakal. Dalam kem Itali, perangai pemain bajet bintang memang ramai. Kemarin Grazino Pelle, bekas bintang Southampton kena tendang keluar dari kem Azurri sebab sentap dengan jurulatih Itali. Sebab itulah Ventura, tak mahu primadona lagi dalam pasukan beliau. Kalau Balo boleh dapat buang tabiat lama, saya yakin Balo bakal menggegar arena antarabangsa sebab dia baru 26 tahun. Perjalanan masih panjang.

Walaupun Balotelli sudah bukan pemian Liverpool tetapi masih sisi cerah dengan dikalangan peminat Liverpool. Saya taklah kagum dengan permainan beliau sangat, ada pemain lain lebih hebat dari beliau. Namun perangai gila-gila beliau atas padang memang ditunggu-tunggu. Aksi semasa lawan Jerman dalam separuh akhir Euro2012 dahulu, dengan aksi bina badan menang kita tak boleh lupa. Tapi kalau dia kembali berjaya, rasanya Brendan Rodgers lah yang punya angkara. Konon nak tunjuk hebat nak ubah Balo, padahal sekali dia dengan Balo melingkup.

Oct 5, 2016

DOA UNTUK RIGOBERT SONG


Walaupun ramai dah melupakan Rigobert Song, namun bagi saya Song antara bekas pemain yang sentiasa lunak jika memperkatakan tentang Liverpool. Tak amcam El Haji Diof, mulut longkang asyik nak membalun rakan-rakan lama ketika bersama Liverpool dulu. Song walaupun tak lama sebagai pemain Liverpool, namun dia antara ikon awal pemain berkulit hitam luar England yang berhijrah ke Liverpool dan membuka kemasukan pemain berkulit hitam lain. Sebabnya pemain luar cukup takut dengan Rasisma peminat England termasuk kat Liverpool katanya.

Kedatangan Song ke Liverpool hanya sebagaai bekap untuk bek tengah dan kanan. Dia bukan pilihan utama pun pada musim pertama. Bek kanan utama persaingan antara Haggerm dan McAteer, manakala bek tengah Carragher dan Babb serta Staunton. Musim kedua selepas berakhirnya era Evans-Houllier barulah Song dapat tempat. Itupun sekadar bekap kepada Haggem, kerana Rob Jones ke West Ham manakala McAteer belah ke Blackburn. Song yang fasih berbahasa Perancis berjaya memikat hati Houllier.

Masalah bagi pemain Afrika ialah mereka tersangat berbangga dengan Piala Afrika. Yang lain mereka tak peduli .Biar tak main dengan kelab takpa bila AFCON sahaja mesti kena turun. Macam cerita puak tribal, kalau musim pemburuan kalau tak turun bukan anak jantan. Kes Song bukan sangat dengan prestasi beliau dalam pasukan. Tetapi masa tengah dok pukul naik, kebetulan Haggem cedera teruk , si Song pergi ikut pasukan Cameroon ke AFCON. Kalau tengah cergas tak apalah dia pun ada risiko cedera. Mungkin sebagai Kapten Cameroon, malu alah kalau tak turun main dengan negara.

Selepas itu semuanya jadi sejarah. Perangai tak ikut nasihat memusnahkan segalanya. Balik dari AFCON cedera dan Carragher ambil alih tempat beliau sementara disebelah kanan. Kiranya sampai kesudah sebelum kedatangan Markus Babbel dari Bayern. Kedatangan Babbel terus menutup pintu untuk Song menjadi hatta, pemain simpanan. Baru berumur 24 tahun, dengan karier masih panjang Liverpool melepaskan Song kepada West Ham. Kat West Ham lagi dahsyat. Redknapp beli Song sebab nak ganti Rio Ferdinand yang blah ke Leeds. Pengharapan terlalu besar dan Song memang gagal di West Ham.

Tak ikuti sangat beliau selepas keluar EPL dan pergi ke Liga Turki. Rasanya kat Galastaray , Song menjadi Kapten dan idola peminat. Tatpi dia tetap main dengan Cameroon dan jadi pemain paling banyak bermain dengan pasukan Singa Afrika itu. Tetiba dua-hari lepas dikejutkan dengan berita beliau kena strok. Rasanya dah tak ada apa nak tulis menjelang perlawanan antarabangsa. Saya kasi tribut kepada bekas pemain kita. Walaupun tak sehebat dan main lama hanya sempat semusim. Song tetap berada dalam lipatan sejarah kita. Doakan yang terbaik buat Rigobert Song supaya pulih sediakala.

Oct 3, 2016

KEBOLOSAN DENGAN SWANSEA MANA SILAPNYA


 Sejurus sepakan diambil Sigurdson, bek Swansea bersedia menyerang bola hantaran dengan berada diluar kotak gol. Manakala pemain Liverpool majoriti dalam kotak gol kecuali Henderson dan Mane. Kalau tuan-puan nak tahu inilah dinamakan Jaga Kawasan (Zonal Marking) tetapi versi Hibrid. Satu lagi versi Jaga Orang (Man Marking).


Hantaran Sigurdson memang terbaik dari ladang, mencari kawasan hujung kotak gol. Ketika itu Clyne dan Firmino ditugaskan berada dikawasan yang mana Amat dan Der Hoorn bakal menyerang bola tinggi. Situasi nampak tenang sebab dua pemain takkan tak boleh nak celen bola.


Bola nak sampai, pemain yang cuba menghalang tandukan ialah Clyne. Firmino membiarkan Clyne buat kerja, mungkin dia nampak Clyne mesti boleh makan Amat. Situasi ini Fer sedang keadaan Curi Ayam (Offside).


Rupanya Clyne tewas dalam pertarungan udara atau tak mampu nak celen Amat. Dalam situasi ini De Hoorn masuk mencelah untuk dapatkan bola, sambil Lovren menjaga rapat. Keadaan dah tak offside sebab Lovren dah sebaris dengan beliau. Milner dan Matip cuba naik buat perngakap offside.


Lovren cuba membentes atau menghalang De Hoorn dari mendapatkan bola. Tetapi De Hoorn nampak lebih agresif dan berjaya menjulur kaki dan mengelak dari dibantai Lovren. Matip dan Milner bukan nak menjaga Fer dan Rangel, tetapi lagi naik keatas. Mungkin mereka yakin penjaga garisan bakal angkat bendera.


Karius tak mampu buat apa sebab tergamam tengok bola melintasi beliau sepantas kilat dan Fer hanya letak kaki sedikit padahal kalau tak letak gol juga atau habuan Rangel punya jaringan. Selepas itu semua angkat tangan tanda offside tetapi penjaga garisan buat pekak.

Mana Silapnya?

- Pertamanya memang pemain kita rendah-rendah kecuali Matip dan Henderson. Jadi memang nak celen bola tinggi memang azab. Klopp cakap sebelum ini, pemain kita ketot-ketot belaka, takkan nak selesaikan masalah dengan bagi tubuh badan mereka jadi panjang.

- Clyne saya nampak dari percubaan awal Baston yang tandukan beliau tersasar tinggi, dia memang tak reti nak celen bola tandukan. Itu kelemahan Clyne yang kena perbaiki. Rasanya sebab itulah Walker potong beliau sebagai bek kanan Engalnd. Dan kali kedua kesilapan beliau tak mencelen Amat berikan malapetaka kepada pasukan.

- Komunikasi anatara pemain yang berada dalam situasi bertahan tak nampak langsung. Patut ketika Fer dalam keadaan Offside, Matip atau Milner kena sergah Lovren supaya naik dan biarkan De Horn dapatkan bola. Lovren mengakibatkan Matip-Milner dah bersedia untuk buat perangkap tetapi komunikasi tak jelas, maka lawan dapat manipulasi keadaan.

-Karius juga tak nampak macam Karius-Mainz. Kalau tak silap dalam youtube, pernah ada bola nak dekat cam tolakan Fer, Karius dengan selamba tepis. Kali ini beliau nampak gugup sebab Swansea banyak gegenpressing beliau dari awal. Semnagat yang hilang.

Oct 1, 2016

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 2-1 SWANSEA


Kemain letih tengok perlawanan kali ini. Kiranya inilah perlawanan pertama Klopp dikategorikan main buruk tapi keputusan terbaik. Liverpool rasanya terkejut dengan corak Swansea yang main gegenpressing. Swansea gunakan cara lawan api dengan api. Memang menjadi dengan sekat pemain pertahanan Liverpool untuk memulakan hantaran dari bawah untuk mengungguli permainan. Akibatnya mati kutu bahagian tengah. Di tambah pula kecederaan Lallana mengakibatkan bahagian tengah Liverpool caca merba.

Swansea memang buat kerja rumah dengan baik, membaca corak kekuatan Liverpool dan tahu kelemahan Liverpool bukan sahaja dengan menggegenpressing balik tetapi mereka main secara lebih mudah, melakukan hantaran pantas melewati belakang Clyne dan paling menjadi lubuk ialah Milner. Kelemahan Milner dia takda kepantasan, tetapi pengalaman mengajar hidup lebih tenang. Bila buat silap atau kena botol, jangan panik, kayuh balik keposisi bertahan dan tunggu rakan lain bantu.

Swansea lebih dahulu hampir buat kejutan. Hantaran Routledge jauh mencari Borja. Tetapi dia memang tak bernasib baik jauh terkantoi tandukan. Bayangkan Llorente yang berada dalam posisi tersebut, jahanam kot kena tandukan padu. Rasanya tak perlu tunggu lama, selang beberapa minit, Liverpool dihukum kerana masalah kurang komunikasi antara sesama rakan. Sepakan sudut dari kanan Liverpool menjangkaui bahagian tengah. Tandukan balik dari pemain Swansea mencari kawasan bahaya ditengah. Lovren cuba bentes pemain Swansea tetapi rakan lain tunggu isyarat Offside, dan Fer menjolok kaki untuk gol kejutan tuan rumah.

Liverpool cuba nak cari gol tetapi kepantasan pertahanan Swansea memang buat Mane kena gam rapat. Sturridge memang nampak agak perlahan tetapi dia banyak melakukan gerakan untuk kelirukan bek Swansea, Tapi kali ini Swansea memang main terbaik dengan tak hilang fokus. Liverpool nak masuk celah mana pun cam mati akal. Sekali lagi Swanse nyaris kedepan lagi, Borja lagi sekali mempersia-siakan peluang bola tandukan, mungkin acah acahan Lovren mengantoikan beliah dari cuba memusatkan tandukan.

Banyak keputusan separuh pertama penuh kontroversi. Pengadil dan penjaga garisan memang bias kepada tuan rumah. Takut apa pun tak tahu. Kekasaran pemain Swansea diabaikan tapi kalau pemain Liverpool buat cuit sikit dapat amaran. Kes paling tak boleh blah bila Sturridge dilayangkan kad kuning kerana berlakon nak dapatkan penalti katanya. Padahal macam cakap Steve McMahon kalau tak bagi penalti sebab sentuhan minima, tetapi kenapa layangkan kad. Pemain yang laju semasa bawa bola mesti akan hilang imbangan bila kena tolak. Sedikit atau banyak hukum graviti tak boleh lawan.

Separuh kedua Liverpool bermula dengan azam baru. Ketinggalan 1-0, tak jauh sangat. Klopp cakap apa ntah kat bilik persalinan. Permainan Liverpool kian berubah, cuba melonggarkan dengan menyerang banyak belah kiri. Akibat kekasaran kat Mane rasanya, Liverpool mendapat sepakan percuma. Sepakan diambil Coutinho gagal terkena benteng pemain Swansea, kantoi kepada Hendo. Kapten kita melakukan hantaran lambung pantas , tanpa sempat pemain Swansea cuba buat perangkap tetapi mereka sendiri terperangkap dan Firmino tetiba muncul untuk melakukan tandukan untuk gol penyamaan.

Serangan Liverpool bertali arus. Cuma tak bernasib baik digagalkan pemain Swansea disebabkan perkiraan yang kurang bijak pemain kita sendiri. Contoh Kapten Hendo dah tunjukkan dari gol Firmino, kena main bola pantas kedalam kotak. Kesian tengok Sturridge macam orang bodoh mintak bola, tetapi Clyne lambat buat hantaran. Kalau dia tengok balik Video Finnan, camna nak jadi bek kanan yang terbaik bukan sebab pantas, tetapi bila ada rakan dikedudukan terbaik, sepantas kilat kena lorongkan bola. Kalau boleh belajar hantaran lencong bawah stail Finnan.

Kita tak pasti kenapa Gidollin pergi ganti Routtledge dengan mana punya mamat itam yang langsung tak menggugat Milner. Serius saya rasa kalau Routledge ada sekurang-kurangnya Milner tak berapa berani nak nak atas selalu. Tapi itulah kebanggangan lawan adalah rezeki kita. Tak semena-mena mata tu pergi keluarkan bola konon nak kasi selamat dari ancaman, tetapi silap jangka bola kembali ke kotak penalti, cuma di halang Rangel, namun kehebatan Firmino mencuri bola dari kaki Rangel dan cuba bawa bola tetapi Rangel telah membetes Firmino dan penalti dihadiahkan. Raja penalti Liverpool, Milner dengan tenang menjaringkan gol kemenangan Liverpool.

Liverpool terpaksa main selamat dengan cuba kekalkan keputusan 2-1 dengan buat pertukaran taktikal Emre-Origi ganti Gigi-Firmino. Masa tambahan 4 minit terasa terlalu panjang tetapi Liverpool berjaya meraih 3 mata berharga dan melonjak ke tangga ke-2 dengan keputusan penuh 2-1. Kita bernasib baik kerana Swansea sendiri cari bala. Mereka mampu buat Liverpool merana tetapi Gidolin pengurus Swansea telah membuat keputusan panik. Dari tidak memasukkan Llorente dan pertukaran maut pemain sayap mereka.













Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails