Nov 30, 2016

PIALA EFL : LIVERPOOL 2-0 LEEDS


Awal Y2K, pasukan Leeds United memang gah, tetapi satu ketika hampir bankrap dan diselamatkan oleh pemilik mafia Itali. Bukan mafia sangat pun, tetapi perangai suka membuli dan mendesak, tak sabar skit terus pecat pengurus. Sebab itu payah merea nak konsisten. Ntah berapa puluh orang pengurus dah kena pancung sebelum Gary Monk ambil alih.

Pasukan kita turun dengan barisan campuran bertemu Leeds. Pertahanan salin habis, Alex, Lucas , Klavan dan Moreno. Serta Mignolet digawang. Gigi dan Emre kekal dan Stewart bertindak sebagai pivot. Ejaria main dikiri bersama Mane dikanan dan Origi bertindak solo kat atas. Corak permainan tak berubah dan rasanya pemain baru masuk memang terlatih untuk main corak kesebelasan utama.

Boleh tahan juga taktikal Monk. Mereka taklah main susun bas cuma pasukan kita yang memaksa mereka main sebegitu. Tetapi serangan balas mereka lebih berkualiti berbanding Sunderland mahupun Soton. Seperti biasa separuh pertama, pasukan bermain ultra bertahan memang fokus dan berjaya mengekang kita. Pemain kita punyai peluang terutamanya Gigi yang menembak tersasar. Peluang yang lain banyak diselamatkan hero Leeds, yakni goli mereka Silvestri.

Separuh kedua, Liverpool menyerang ke arah Kop End. Leeds masih lagi jumud bertahan dan sekali sekala buat kejutan. Sepakan lencong penyerang mereka nasib baik terkena palang dan ketika itu Mignolet dah kejang. Rasa nak maki Stewart sebab kantoi ketika nak larikan bola. Tetapi semangat dan keterujaan Leeds sejuk sekejap saja. Liverpool tak selalu nak kantoi bodo dan biarkan lawan ambil kesempatan lagi selepas tu.

Rezeki gol datang dari situasi yang tak disangka. Bek Kanan muda, Alexander melakukan hantaran lencongan kedalam kotak bila nampak Origi buat larian. Hantaran beliau punyalah gempak hinggakan Origi hanya perlu menjulur kaki dan bola masuk kedalam gol. Lama dah tak tengok hantaran sebegitu, rasanya bek kanan kita yang selalu buat sebegitu dulu tak lain tak bukan Steve Finnan. Origi punya penyudah kian menyengat2 sejak tibai Sunderland tempohari.

Klopp beri peluang sekali lagi kepada pemain penyerang muda Wales, Ben Woodburn di penghujug permainan. Kelibat beliau tak nampak selincah pemain sayap sebab dia lebih kepada penyerang tengah. Namun apa yang dipertontonkan dalam gol kedua Liverpool adalah karektor Woodburn. Serangan Liverpool bermula dari kanan Origi melarikan bola dari kanan mengacah acah pemain Leeds tetapi dia pemurah dengan buat lorongan kepada Gigi. Gigi tak sempat nak pegang bola dan menguis kepada Woodburn dan pemain muda itu merembat padu menerjah jaring.

Woodburn telah memecah rekod lejen Owen, sebagai penjaring gol paling muda dalam sejarah Liverpool , 17 tahun 45 hari. Macam cerita lajenda si Owen dulu, lepas dia jaringkan gol itu terus naik mencanak hinggakan menang Piala itu ini dan dapat Anugerah Pemain Terbaik Eropah. Harap Woodburn dapat ikuti perjalanan karier macam Owen tapi jangan ikut perangai huduh belah pergi Madrid dan main dengan Setan Merah. Satu lagi perlawanan ini nostalgia bagi Alexander yang pernah jadi maskot kepada Carragher dalam perlawanan dengan Leeds.

Liverpool telah melangkah ke pentas separuh akhir Piala EFL bersama Hull yang menewaskan Newcastle. Kita bakal tunggu perlawanan Arsenal-Soton dan Menyu-West Ham untuk tahu siapa bakal kita bertemu di perlawanan separuh akhir nanti. Tak kira siapa kita hadap, rasanya dengan kebolehan pemain muda sekarang Piala ni boleh jadi satu bonus jika ada rezeki.


Nov 29, 2016

PIALA EFL : LIVERPOOL LAWAN LEEDS

Krisis kecederaan terkini pemain utama meresahkan. Coutinho paling kurang 2 bulan. Sturridge kurang dari itu , itu belum tengok lagi Firmino yang terhencot2 akhir perlawanan dengan Syarikat Bas Sunderland. Mujur dengan Lallana dah kian cergas. Kekurangan bahagian serangan akibat musibah ini pastinya akan terkesan dengan perlumbaan untuk kejuaraan Liga.

Mignolet
Clyne Matip Lucas Moreno
Grujic Stewart Emre
Ejaria Origi Woodburn

Setakat ini Mane, Origi dan Firmino pemain bahagian hadapan yang ada. Dalam perlawanan dengan Leeds dalam Piala EFL harap kena rehat Mane dan Firmino. Peduli apa mereka sihat atau tak. Piala cap ayam ni tak penting sangat sampaikan nak letakkan risiko kecederaan lagi. Malang tak berbau, risiko lawan pasukan Liga Kejohanan yang robus, kena pastukan pemain yang lasak sahaja main.

Saya rasa pemain muda tak ada masalah nak masuk dalam skuad utama zaman Klopp. Masa lawan Derby dalam pusingan sebelum ni, Grujic, Alexander dan Origi bermain mantap. Mungkin ramai cakap boleh la masa tu Sturridge yang mengganas, tetapi kerja keras pemain lain tak diberi kredit langsung sebab Sturridge lebih prolifik dengan bek lawan yang kurang mantap.  Kualiti Origi cucuk angin saja dengan Sturridge masa tu.

Perlawanan ini nanti dengar kata ditayangkan dalam Astro Superspot 814, pukul 3.45pagi waktu tempatan. Jadi sesiapa yang sedang bercuti macam abam pasti akan layan sampai lebam biji mata. Bagi yang kerja pagi dan terlepas tak dapat tengok, insha Allah abam akan bagi rangkuman perlawanan ini sebaik mungkin. 

Nov 27, 2016

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 2-0 SUNDERLAND



Setelah bersara secara rasmi Abam Gerrard kembali ke Anfield sebagai lejen dan melihat sendiri transformasi Kloppomania. Sayang sekali dia tak dapat rasai pengalaman bermain dengan jurutaktik dari Jerman itu. Saya tengok gerak badan dan reaksi pemain mereka main cemerlang sebab bangga Abang Long balik tengok adik2 main.

David Moyes dah nampak sangat set Sunderland sejak awal dah main susun bas. Sesak betul cam sardin depan pintu gol. Konon-konon Moyes nak main versi Soton haritu, tetapi apakan daya pakej tak kena. Mungkin separuh pertama mereka nampak berjaya, itupun sebab Coutinho keluar awal akibat hentakan lawan kat buku lali.

Bila taktik pemalas Sunderland main, maka Liverpool terpaksa main separuh padang sahaja. Sebelah sendiri Karius dok garu kaki sebab kena hurung lalat. Kalau ada pun serang, main serang ala gerila komunis, nak serang tapi takut2. Defoe kena sita terus oleh bek kita, namun Anicibae nampak lain macam punya sado. Bukan setakat otot dah mantap, tetapi sel2 otak dah berhubung sejak tak main dengan Everton.

Separuh pertama peluang banyak macam nak dapat gol tetapi semua sipi2 belaka. Lovren, Mane, Origi dan Firmino serta Mat Gigi tak silap masing2 ada sahaja peluang yang dapat tetapi kelaut akibat betapa padatnya hentian bas Sunderland mengekang dan menjadi penghalang utama. Pemain kita ada idea tetapi pemain lawan memang macam dah berlatih gitu kot sebelum ni. Idea mereka nampaknya mengena dan Liverpool terkial nak rempuh pintu bas yang rasanya lebih dari London Double Decker.

Separuh kedua perancangan Moyes masih kekal tak bergerak lagi bas mereka. Seronok bukan main sebab mereka sangka tiada ruang lagi bagi Liverpool sebab kreativiti Liverpool mereka anggap pergi bersama Coutinho yang cedera. Tapi silap posisi dan kerja bijak Firmino sebaik Coutinho, malah dia nampak lebih ngam disebelah kiri. Main kat mana pun bila Firmino memang bergaya, bila dia pegang bola dan2 teringat Suarez.

Kemasukan Origi menambah kesadoan barisan depan. Bukan senang nak buli Origi, dia memang tak lembik macam awal penampilan. Rezeki dia sebab Mat Sentap cedera. Itulah cakap, bila bersabar masa permainan akan dapat punya. Cuma kena bersedia mental fizikal. Macam kena Toto, Origi memang bawa rezeki bersama beliau dalam pasukan. Gol pembukaan Liverpool memang tak disangka sebab rembatan Origi tetiba masuk sebab dia ambil keputusan tepat rembat saja masuk atau tak itu lain hal. Tetapi teknik rembatan yang melantun menewaskan Goli Sunderland. Liverpool mendahului 1-0.

Kena sebiji Moyes macam terbangun dari lena bak pemandu bas yang terlepas trip. Mereka terpaksa longgarkan pertahanan dan keluar menyerang untuk cari gol penyamaan. Ketika ini barulah kita tengok Karius punya kehebatan. Dia mematahkan serangan Sunderland dengan meluru menampam bola. Tetapi itulah peluang yang ditunggu Liverpool, nak dekat habis perlawanan Mane punya pailang baru keluar. Dia memang pantas macam pelesit, bila serangan kilat bola dibawa pantas tak terkejar pemain Sunderland. Namun bek Sunderland sengaja bentes beliau dan penalti kepada Liverpool. Milner mengambil tugasan biasa dan meledakkan penalti untuk Liverpool membunuh perlawanan dengan 2-0.

Kemenangan kali ini melonjak kembali Liverpool disinggahsana Liga Perdana Inggeris. Sementara tunggu apa keputusan Chelsea dan Spurs. Kecederaan Coutinho nampak parah tetapi ada cakap tak serius seperti yang disangka. Jangan rehat lama sebab kita dah hilang dua pemain kreatif setakat ini. Jika Sturridge tak pulih lagi untuk perlawanan seterusnya alamat Woodburn bakal dapat peluang lain setelah buat penampilan pertama dalam liga. Bagi saya semua pemain cemerlang, tetapi pemain paling menonjol ialah Emre Can. Dia nampak lebih dominan dari minggu sebelum ini. Jadi abam bagi dia pemain terbaik perlawanan.

Nov 26, 2016

PENGHORMATAN BUAT LAGENDA STEVEN GERRARD


Steven Gerrard, legenda Liverpool telah menggantung but secara rasmi. Jika ramai yang perasan, zaman kemunculan beliau tak dengar langsung ada pemain muda yang sebegini bagus. Sebab apa ketika itu seluruh dunia sedang fokus kepada penyerang muda Liverpool, Michael Owen. Saya mungkin terlepas pandang, sebab rujukan terhad, hanya ikuti perkembangan Liverpool melalui majalah Liverpoolfc serta Match dan Shoot. Tak ada liputan sangat, sebab zaman itu Setan Merah. Man United saja jadi bualan.

Saya ingat-ingat lagi perlawanan dengan Blackburn. Mamat kepala dogol mana plak yang masuk ganti Vergard Heggem, kemain agresif lagi. Tapi itulah dikatakan sengsara orang bahagia kita, bila Jamie Redknapp cedera, Liverpool hilang tonggak tengah yang berwibawa. Tetapi Houllier nampak, Gerrard pemain potensi ganti Jamie. Ruapanya baru tahu Gerrard bukan bek kanan, tetapi kat pasukan remaja beliau adalah perancang utama. Salah satu sebab Owen meletop katanya sebab Gerrard banyak bantu beliau dengan hantaran cantik dari tengah. Orang kata mereka macam ada kuasa telepati bila main bersama.

Awal penampilan, saya tak nampak sangat apa istimewa mamat dogol ni. Agresif sangat, tambahan pulak main tengah bertahan bersama dengan Dietmar Hamann. Kira bola terlepas, nak terjah dan main kalut nak buat hantaran, tanpa main kawal tempo.  Aspek permainan bertahan dengar kata banyak dia ikut perangai Hamann. Tetapi kehadiran Garry Macclister, Gerrard banyak belajar cara nak kawal diri dan tempo, serta paling berjaya sekali dia dapat ilmu Setpis, dari pakar sepakan percuma tua itu. Mungkin kebetulan mereka sama-sama botak kot.

Selebihnya Gerrard tak menoleh kebelakang lagi. Selepas dua tahun, dia menang rekod  4 Piala, Piala FA, Piala Liga, Piala UEFA dan Pila Super UEFA. Dia menang macam-macam mungkin dapat pasukan yang terbaik ketika itu. Malah pemain sekeliling banyak membentuk keperibadian beliau dalam corak permainan beliau, termasuk pengurus Houllier. Tetapi dia bukan penumpang dalam pasukan, tak silap dekat sepuluh gol dan majoritinya ohsem dan mabeles belaka. Malah musim tu dia gondol anugerah Pemain Muda Terbaik Liga Perdana Inggeris.

Fasa kedua, adalah selepas Houllier kena pecat. Nak tahu Gerrard hampir nak sertai Chelsea, sebab dia dapat tawaran hebat. Tetapi bila tahu pengurus baru yang datang, Rafa Benitez jenis pengurus berjiwa pemenang, koleksi Piala La Liga dan UEFA dengan Valencia, hati berbolak balik dah jadi tenang untuk kekal. Dengan gandingan bersama seorang lejen Liverpool, Xabi Alonso yang dibawa oleh Rafa, permainan Gerrard berevolusi lagi kerana dia banyak mendapat lesen untuk menyerang.

Nah musim 2004/05 melihat keajaiban Istanbul, Liverpool menang Piala Eropah, buat kali ke-5. Beliau memang ketua yang benar-benar membangkitkan kemelesetan 0-3 dan jaringan pertama membuatkan Liverpool dapat penyamaan 3-3 dan menang penalti. Ketika itulah dia punya aura sebenar sebagai kapten terserlah. Musim itu juaga dia dinobat Pemain Terbaik Piala EUFA dan nyaris menang Pemain Terbaik Eropah. Sekali lagi Chelsea menyondol lagi nak dapatkan Gerrard. Harapan Mourinho punah sebab Gerrard rejek beliau dan sambung kontrak baru.

Fasa  kemerosotan Liverpool untuk konsisten dapat Piala, walaupun berselit-selit Piala Liga dan Piala FA. Namun prestasi Gerrard tetap konsisten sebab Liverpool sentiasa dalam kelompok 4 terbaik dan main dalam Liga Juara-Juara Eropah. Dia masih kekal setelah Rafa dipecat. Namun ada ura-ura yang tak enak didengar, Gerrard antara merungut hingga Rafa dipecat sebab menjual Alonso. Malah kemasukan Roy Hodgson mendapat restu beliau dan Carragher. Mungkin mereka sendiri terlalu yakin dengan pengurus yang berjaya membawa Fulham sebagai finalis Piala UEFA.

Pengganti Hodgson, Kenny Dalglish kembali mengembalikan kemarau Piala. Gerrard sekali lagi membawa pasukan dengan menang Piala Liga tetapi tewas dalam final Piala FA. Namun Dalglish cuma membawa pemain yang iras-ras Gerrard iaitu Henderson dari Sunderland. Mungkin pengganti jangka panjang. Tetapi sekali lagi Liverpool diambang kemerosotan bila Kenny beli pemain yang tak masuk dengan sistem sedia ada dan terpaksa menjual gandingan terbaik Gerrard iaitu Torres. Nasib baik Suarez dapat menyelematkan keadaan.

Fasa terakhir ialah bila Dalglish kena pecat dan digantikan dengan pengurus Swansea, Brendan Rodgers. Falsafah tiki-taka dengan hantaran pendek bukan kegemaran Gerrard, tapi itu bukan masalah sangat. Masalahnya dia bukan tengah bertahan dan juga tak mampu dah nak main kotak ke kotak macam muda-muda dulu. Jadi nak main dalam formasi 4-3-3 , dengan 2 pemain tengah yang fleksibel memang sikit rumit. Tetapi bila dah otai, dia mampu juga main dibahagian bertahan cuma faktor kepantasan kadangkala jadi masalah kepada pasukan.

Musim 2013/14 adalah musim Liga Perdana Inggeris terlepas dari gengaman. Saya rasa ketika itu Gerrard jadi bahan ejekan sebab tergelincir yang menyebabkan Demba Ba menjaringkan gol lantas tewas kepada Chelsea dan peristiwa itu membuatkan Liverpool terlepas persaingan saat akhir kejuraan Liga Perdana Inggeris kepada Man City. Gerrard menyalahkan diri sendiri sebab dia rasa bertanggungjawab atas insiden itu. Sebab itulah beliau menolak untuk perbaharui terma yang dikatakan mahu beliau jadi pemain selaku jurulatih. Lagipun dia masih mahu main sepenuh masa.

Pemergian beliau dari Liverpool, memang saya rasa sesuatu yang janggal. Tetapi Gerrard menolak untuk main di EPL walaupun ketika itu Man City mahukan beliau sungguh-sungguh. Penghijrahan ke Liga Bolasepak Amerika Syarikat macam makan angin sahaja. di LA Galaxy, dia masih menyengat tetapi tak mampu bawa pasukan LA untuk dapat sebarang Piala. Sebab itulah Gerrad berhasrat gantung but dan terjun kebidang kejurulatihan dan pengurusan. Saya dah tulis sebelum ini tentang itu dalam entri tawaran-pengurusan-untuk-steven-gerrard.html .

Ramai peminat berharap Gerrard jangan bersara dulu, kembali ke Liverpool sebagai pemain/jurulatih dan kalau ada rezeki boleh dapat Kejuaraan Liga. Tetapi  beliau nekad dan dah tak mampu nak perah fizikal dan mental dipadang bola. Kita terima semua itu dengan hati terbuka. Namun hasrat nak terjun kebidang kejurulatihan mendapat reaksi positif dari pengurusan Liverpool. Klopp sendiri nak Gerrard naik dari bawah, belajar dan lengapkan lencana kejurulatihan bersama Akademi Liverpool. Sebab dia mahu pemain lajenda Liverpool itu tak berhenti sekerat jalan jika ambil jalan pintas jadi pengurus secara bidan terjun. Harap suatu hari nanti Gerrard boleh jadi pengganti Klopp, kalau Klopp dah cemuih menang banyak Piala dengan Liverpool kelak.

Nov 25, 2016

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN SUNDERLAND

Minggu lepas kita dah turun takhta liga, hanya sempat kekal seminggu. Akibat tak gunakan peluang sepenuhnya, keputusan seri cukup bagi kita sedih. Sebab apa prestasi pasukan ditahap terbaik dan rasanya kalau penyudah tajam menikam, 3-4 biji gol dalam tangan. Mungkin itu sahaja itu satu amaran bahawa pasukan kita kena sedar,prestasi lepas takkan berpanjangan jika tak usaha keras.

Sindrom balik dari khidmat negara, salah satu punca ada pemain pancit dan lelah. Jadi peraturan Klopp masukkan Coutinho dan kekalkan lebih 80 minit jadi tandatanya. Namun semuanya dah berlalu, pemain dah kembali dalam mod cergas dan tuntas. Setakat ini hanya Lallana tak hadir latihan dan kecederaan beliau ambil masa lagi 2-3 minggu nak pulih. Jadi pasukan kita cukup korem untuk menati kehadiran Moyes dan geng kucing hitam, Sunderland.

Karius
Clyne Matip Lovren Milner
Gigi Hendo Emre
Mane Firmino Coutinho

Walaupun Sunderland masih dalam kelompok tercorot , namun prestasi lepas mereka dok bangga sangat sebab menang 2 perlawaan berturut2. Kemasukan Anichebe, anak emas Moyes kat Everton dulu banyak membantu . Dia nampak ngam sekali dengan Defoe. Itu yang kena jaga sebab gandingan Defoe-Anichebe memang agak bahaya jika mereka main dengan bersemangat.

Apa yang boleh cakap selain menang,keputusan  yang lain pasti mengecewakan. Bukan pa, orang lain buat Sunderland lubuk mata,takkan kita nak buang mata berharga kot. Apa yang pasti mereka akan cuba main macam Soton dan cuba curi satu mata kalau boleh. Jangan main poyo lagi, kita harap boleh kendurikan Sunderland, dan kembali potong Chelsea yang bakal bertembung Spurs tak silap minggu ini.

Nov 23, 2016

TAWARAN PENGURUSAN UNTUK STEVEN GERRARD



Dalam rekod yang saya ingat, tak ramai bekas lejen Liverpool yang berjaya dalam perjalanan sebagai pengurus. Cuma Kenny Dalglish, yang berjaya. Selain itu jawatan pengurus merupakan sumpahan kepada Greame Souness, Kevin Keegan, John Barnes serta yang terbaru sikit Sami Hyypia. Namun kalau bab nak membahan dan mengata orang, rasanya bidang Pengulas TV, ramai yang berjaya ditonjolkan seperti Mark Lawresnson, Alan Hansen, Greame Souness, Jamie Redknapp dan Jamie Carragher.

Apa yang membuatkan Raja Kenny, berjaya sebagai pengurus. Tiada rahsia besar mungkin sebab beliau dapat kelab besar macam Liverpool orang cakap. Tapi apa boleh orang cakap pula dengan Greame Souness yang mewarisi pasukan terbaik dari Dalglish, pasukan yang menang serba-serbi Tanda-tanya bagaimana Souness tak mampu nak warisi tradisi hebat kejuaraan, malah bagi pelingkup Liverpool dan membiarkan Man United bangkit jadi kuasa besar bolasepak Inggeris.

Apa yang saya nampak, laluan yang diambil oleh Dalglish ialah laluan bijak. Beliau sudah buat persediaan untuk jadi pengurus sejak jadi pemain Liverpool lagi. Sebab itulah setelah Joe Fagan buat keputusan mengejut untuk bersara, Liverpool tak kelamkabot nak cari pengurus luar. Mereka punyai lantikan dalaman yang sudah cukup bersedia luar dan dalam untuk pegang kelab yang dalam reputasi sebagai juara. Sebab itulah kita tengok Dalglish berjaya sebagai pengurus Liverpool.

Lagi satu Dalglish tak nak  jadi pengurus sepenuh masa, dia masih mahu dalam pasukan sebagai pemain sebab dia masih boleh main, baru 34 ketika itu. Bila mengurus dan berlatih dengan pemain, mungkin pemain tak berasa janggal sebab mereka berlatih bersama-sama pengurus. Macam kita bekerja dengan boss yang buat kerja sama-sama. Boss tahu sudah payah kita dan kita pun seronok bila boss bantu jika ada masalh. Tetapi bila dapat boss yang hanya tahu mengarah itu-ini, tapi pasal buat kerja haram apa pun tak tahu, maka kadang-kala penghasilan kerja pun kelaut.

Jadi apa yang saya naik kaitkan kat sini berkaitan dengan lejen kita Steven Gerrad dalam nak bina kerjaya dalam bidang pengurusan. Sejarah Dalglish dan Souness boleh buat pengajaran kepada beliau. Samada nak terjun dalam bidang pengurusan cara mudah dengan jadi jurulatih dahulu, atau terus buat pandai terjun sebagai pengurus tanpa persediaan rapi. Sebab sekarang beliau sedang beria-ria nak terjun dalam bidang ini setalh nak gantung but terus sejurus musim Liga Bolasepak Amerika Syarikat berakhir.

Jika beliau kembali ke Liverpool dan bekerja dengan Klopp, ambil lesen Pro, rasanya itulah laluan terbaik. Ianya mungkin sama dengan laluan Dalglish dulu. Namun jika nak ambil kelab besar terus, jadilah macam Souness dan Keegan. Cuma nak imbas sedikit, kalaulah masa Brendan Rodgers nak Gerrard jadi pemain sambil jadi jurulatih dulu Gerrard ambil, rasanya itulah pilihan terbaik sama macam Dalglish buat sikit masa dulu. Tapi beliau rasa dia masih mampu main, apa boleh buat tawaran emas itu ditolak.

Harap kali ini Gerrard buat pilihan terbaik sebab ianya bakal tentukan masadepan karier beliau. Kalau dia ambil risiko turun sebagai pengurus kepada kelab besar atau kecil, tak siapa menghalang sebab manatahu nasib menyebelahi jadi gempak macam Guardiola atau Zidane. dan tak melingkup  macam Souness atau Keegan. Kalau tak menjadi nanti pun (bukan nak minta) saya rasa beliau akan dialu-alukan untuk jadi pengulas sukan siaran sukan. Nak tengok dia dengan Carragher membahan Gary Neville plak.

Nov 20, 2016

LIGA PERDANA: LIVERPOOL 0-0 SOUTHAMPTON


Walaupun sekadar seri tapi perasaan kecewa tak boleh nak cakap. Bukan sebab main tak elok tetapi peluang banyak dipersia-siakan. Rasanya inilah akibat dan hasil dari perlawanan peringkat antarabangsa yang dilalui oleh beberapa pemain kita. Yang paling menonjol ialah Coutinho. Beliau nampak begitu tak bertenaga nampak dari cara main beliau yang lain dari kebiasaan. Bukan nak harap beliau seorang tetapi, pemain lain seperti Mane dan Firmino nampak begitu hambar penyudah mereka. Kalau penyudah semua cantik, rasanya dah jadi lauk Sotong bersambal malam tadi.

Soton memang main cara tak nak kalah. Memang mereka tahu mengukur baju dibadan sendiri. Kalau main lebih terbuka, memang sengaja cari nahas. Saya rasa pemain terbaik mereka ialah Van Dijk, walaupun goli mereka Forster pun boleh tahan juga. Pemain pertahanan Belanda itu memang begitu ohsem bukan sekali tetapi berkali-kali. Mane yang memang hantu rempit pun kena kuntau dengan beliau susah nak lepas. Rasanya musim depan kalau Klopp nak bek tengah baru, mamat ni boleh dibawa berbincang.

Satu perkara yang kita nampak ketara ialah bagaimana kemasukan Sturridge mengubah corak Liverpool nampak lebih tersusun dan bahaya. Kita dok kutuk beliau tak masuk dalam permainan masa Mane-Firmino dan Coutinho menjadi, tetapi bila trio tu jahanam, barulah kita nampak impak Sturridge jika diberi peluang. Tetapi sayang sedikit sebab Klopp melambatkan kemasukan Sturridge. Patutnya awal sikit, bukan nak dekat 10 minit terakhir baru nak tukar. Mungkin kalau Sturridge dapat peluang awal, lain cerita bila wisel penamat ditiup.

Akhirnya pasukan kita dah tak mebolos lagi. Itu perkara positif yang kita boleh bangga dari perlawanan tadi. Nak kata Soton tak menyerang, ada juga 3-4 serangan bahaya terutamanya dari Austin. Setakat sekarang kita masih lagi diatas sama mata dengan City , sementara tunggu keputusan Chelsea esok. Apa pun keputusan ini pasti buat Klopp pulang ke padang latihan dan pertingkatkan keupayaan pasukan untuk perbaiki apa yang patut. Rasanya selepas ini semua hero kita dah cergas , kita pasti penyudah takkan tumpul dan berkarat lagi kot.

Nov 18, 2016

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN SOUTHAMPTON


Lega sungguh bila antarabangsa sudah selesai. Memang kempen kali ini nampak cemerlang bagi kebanyakan pemain kita. Namun setakat ni Lallana seorang yang kita tahu pulang dari arena antarabangsa dengan cedera. Yang lain sedang diuji tahap kecergasan untuk main dengan Southampton minggu ini. Seperti sedia maklum, kita bakal bertemu dengan pasukan Akademi bolasepak kita sendiri, iaitu Southampton. Pelaburan dekat £100 Juta Pound, Liverpool telah membiayai si Soton untuk menjadi tempat rekrut pemain. Kiranya jika ada pemain Soton sekarang ni yang mantap, pastinya musim depan akan pakai jersi Liverpool.

Lawak tak lawak, hakikatnya Soton memang cekap bab beli pemain. Bila dijualnya Lovren, mereka beli Van Dijk yang bagi saya lagi bagus dari Lovren. Gandingan Van Dijk dengan Fonte memang kemas, dan mantap. Cuma kehilangan Wanyama, memang dapat dirasakan oleh pertahanan Soton yang tidak ada kereta kebal didepan mereka. Kehadiran Oriol Romeu dari tak mampu pikul tugasan yang ditinggalkan Wanyama. Seperti Van Diyk, penjualan Mane diganti dengan pemain yang murah tetapi boleh tahan iaitu Redmond.

Karius
Clyne Matip Lovren Milner
Gigi Hendo Emre
Mane Firmino Coutinho

Dah boleh dijangka siapa pengganti Lana nanti. Siapa lagi kalau bukan Wijnaldum atau Mat Gigi .Tak payah nak memandai nak letak Coutinho kat tengah sebab buang masa dan tenaga beliau, kerana Coutimho lebih diperlukan nak rembat bola jarak jauh dan membantu rakan buat gol. Katakanlah Klopp nak rehatkan Coutimho sebab faktor kecergasan, Sturridge Mat Sentap, boleh bagi peluang main dulu dan bila dia nak pancit boleh tukar Coutinho. Pemain lain rasanya dalam keadaan tip-top, tak perlu perubahan sebab tak ramai yang main dengan negara masing-masing.

Corak permainan jurulatih baru, Claude Puel memang lain dari zaman Koeman. Mereka main  lebih fleksibel dengan corak permainan 4-4-2 Berlian. Austin bergandingan dengan Redmond, seorang penyudah dan seorang lagi pemecut. Tapi yang kena jaga betul-betul ialah Dusan Tadic, dia perancang utama Soton dan banyak gerakan bahaya beliau dari tengah dan lorongan cantik beliau bagi rakan memudahkan sumbat gol. Kalau pemain kita dapat sekat Tadic, sumber kreativiti Soton pasti akan terkantoi dan aman sikit pertahanan kita.

Saya anggap pasukan kita boleh ratah Soton nanti, jika dilihat dari corak serangan kita . Jika Coutinho tak rembat jauh, Mane akan menyelinap lipas kudung jolok gol dan Firimino dalam yang kurang tamak, juga boleh berada dalam kedudukan penjaring gol juga. Tetapi al maklum mereka juga akan dapat peluang yang sama. Bagi rakan yang mengidam nak tengok pasukan kita tak lepas gol, rasanya  perlawanan ini berpotensi jadi sebaliknya dengan masing-masing berbalas gol. Sebagai tuan rumah, Soton takkan nak main bertahan kot, mesti nak tunjuk hero depan peminat sendiri.

Nak jatuh mudah, tetapi nak kekalkan kedudukan takut gayat berada dipersada Liga Perdana. Pasukan kita layak berada diatas minggu lepas dengan usaha sendiri, namun prestasi lawan seperti Arsenal dan Man City banyak membantu. Sekarang Chelsea sedang mengikuti rapat dan saya harap jasa baik Middleborough sekali lagi main gempak macam seri dengan Man City. Arsenal juga pencabar terdekat, namun mereka bakal lawan Menyu dan pelaung tipis sebab rekod, Wenger dengan Mourinho, banyak dapat dekat Jantan Istimewa. Jadi peluang nak kekal diatas cerah, jika tak buat taik masa lawan Soton nanti.

Nov 16, 2016

KEWASPADAAN TAHAP KECERGASAN COUTINHO



Cerita perpindahan khabar angin tentang Coutinho memang menghanginkan peminat Liverpool. Tapi itu bukan topik malam ni. Kita nak cerita tentang berapa lama Coutinho nak meletop-letop sebelum dia akan pancit terbabas macam sebelum ini. Kekhuatiran ini bukan saya yang bangkitkan tetapi Klopp ada berbicara tentang itu beberapa hari selepas Coutinho menjadi buah mulut peminat bolasepak kerna menjadi ayam tambatan Brazil sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia.

Coutinho telah mengharungi 170 minit dengan Brazil, menjaringkan gol cantik ketika memang dengan Argentina 3-0 dan bermain 85 minit lawan Peru ketika menang 2-0, pagi tadi. Beliau telah bergegas balik ke Melwood sejurus perlawanan, sebab pihak pengurusan Liverpool, Chelsea dan Man City kawtim duit tambang Jet Peribadi, untuk membawa balik kontinjen Brazil ke England. Sejurus tiba Coutinho akan diakses tahap kesihatan dan kecergasan samada boleh main dengan Southampton kat tempat lawan hujung minggu ini.

Rejim sebelum ini, maksudnya zaman Brendan saya perhatikan bila Coutinho pulang dari kem Brazil dia mesti akan buat perangai. Memanglah dia jarang dapat peluang sangat dalam kesebelasan Brazil ketika itu, tapi buang masa dengan latihan dan berada sepanjang perlawanan , pergi dan balik beribu Kilometer memang memenatkan. Kalau yang biasa pergi luar negara, tahu istilah "Jet Lag", badan penat sebab faktor perjalanan jauh. Kita yang naik bas dari Utara ke Kuala Lumpur pun, lenguh-lenguh badan dan krem habis kaki-tangan.

Kita nak tengok apakah sekarang dengan Jurulatih Kecergasan baru, Andreas Konmayer masalah pancit Coutinho akan berakhir. Kalau kecederaan kita tahu itu tak dapat dielak, kena pemulihan rapi. Tetapi dari segi kecergasan, kita akur Coutinho dah tak lembik macam mula-mula datang. Namun corak permainan Gegenpressing memerlukan pemain beraksi lebih agresif dan kecergesan ditahap optimum. Fokus terhadap Coutinho bukan nak abaikan pemain lain, tetapi sebab Coutinho tak macam pemain lain, sebab turun-naik prestasi beliau sebelum ini banyak berkaitan tahap kecergasan. 

Nov 15, 2016

APA CERITA TENTANG MASA DEPAN STURRIDGE



Dalam keadaan pasukan yang serba cemerlang, gemilang dan terbilang, semua bercerita tentang gandingan Coutinho-Firmino-Mane. Kehebatan mereka telah menaikkan pasukan hingga ke puncak persada Liga Perdana. Bukan saja dek kerana prestasi ,  tahap kecergasan mereka tip-top, pemain simpanan makan hati berulam jantung kat bangku simpanan dok tunggu peluang. Paling dok buat muka sentap ialah Sturridge sebab dia anggap patut dapat peluang tak selalu pun sekali sekala. Bukan setakat main dalam Piala EFL cap ayam sahaja. Dia nak main dalam perlawanan Liga itu memang hasrat beliau.

Semenjak dua menjak tak diberi peluang main, ternyata dia tkembali cergas. Bila main dengan pasukan England, memang meletop-letop, boleh dikatakan dok jaringkan gol selalu. ada yang musykil kenapa peluang belum kunjung tiba. Rasanya ramai tahu kualiti ketajaman depan gol beliau ohsem, namun pemalas nak tolong bantu rampas bola, itu yang membuatkan pilihan Klopp beralih kepada Firmino. Setakat ini jika tanya semua peminat pastinya tak peduli Sturridge ada macam takda.

Bagi saya Klopp tak pinggirkan Sturridge untuk jangka masa panjang. Keperluan pemain itu dalam sekuad amat penting. Januari ni Mane akan ke Kejohanan Piala Africa, AFCon. Tika dan saat itulah Liverpool perlukan pemain yang boleh selit dalam pasukan dengan segera. Opsyen pembelian Januari nampak mengujakan, ramai dikaitkan daripada Pulisic, Turan dan ramai lagi. Namun tak semua boleh janjikan boleh masuk terus dalam kesebelasan utama, samada nak sesuaikan dengan corak permainan atau tempo bola Inggeris.

Sebab itulah Sturridge adalah opsyen mudah untuk ganti Mane ata
u pemain serangan lain yang mungkin cedera atau digantung permainan.  Setakat ini memang dia nampak kurang menyengat bila diberi peluang, tetapi masa lawan Watford kita boleh tengok percubaan beliau nampak bahaya, cuma nasib tak menyebelahi. Masa zaman dengan Suarez, penyudah Sturridge memang terbaik, sebab saya yakin ianya berkaitan dengan keyakinan diri bukan  kehebatan kian tumpul.

Apapun semuanya bergantung kepada Klopp juga. Jika dia dah fedap dengan Sturridge sebab ada opsyen macam Origi atau perpindahan Januari itu, itu hak dia. Namun jika nak jual Sturridge pada perpindahan Januari , memang bukan pilihan bijak. Sebab bagi saya jika nak cabar kejuaran Liverpool perlukan opsyen dibangku simpanan yang betul2 berkualiti, bukan pemain baru yang belum tentu boleh tahan kena sepak terjah bek2 Liga Inggeris yang ganas. Jika ditanya sekali lagi, saya katakan Sturridge patut kekal sehingga musim depan, samada Liverpool berjaya dapat Juara Liga atau tidak.

Nov 12, 2016

TRUMP, NEW BALANCE DAN LIVERPOOL



Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat dah dimenangi Donald Trump dari Parti Republikan. Sejak minggu lepas beliau jadi topik perbualan kedai kopi, kantor2 dan juga di alam maya. Topik pasal Trump mengatasi isu minyak masak naik harga, minyak petrol naik 15 sen dan juga RUU355. Fokus kepada beliau memang dasat. Apataknya dia sorang berpewatakan gila glemer dan Presiden pertama yang pernah kena terajang telur dan kilas kepala dengan Steve Austin "Stone Cold".

Kat Malaysia ada pro dan kontra dengan Trump. Trump punya polisi sama macam polisi Brexit UK. Banyak membangkitkan semangat Nasionalis Bangsa supaya undi memihak mereka. Ada pihak yang jadi Anti-Trump mereka sedih sebab Trump lebih Pro-Israel dan Anti-Muslim. Lagi satu polisi Trump dalam manisfesto beliau ialah  nampak macam nak tarik pelaburan Amerika di luar, mungkin Asia dan Malaysia juga sebab banyak Kilang-kilang USA kat sini.

Namun ada yang seronok sebab TPPA yang dimetrai Najib dengan Obama, dalam bahaya. Mereka harap Trump menarik balik TPPA dan mengkaji semula perjanjian sebab nampak berat sebelah. Bagi pihak ISIS dan Jihadis mereka juga gembira sebab Trump nak tarik balik tentera dari negara yang mereka jajah. Dan paling gembira kawan-kawan yang main FOREX sebab kaut untung semasa pilihanraya itu berlangsung.

Tetapi apa kaitan dengan Liverpool, mungkin ada orang tanya plak nak tulis kat sini. Kalau korang nak tahu penaja kelengkapan sukan New Balance, dengan melobi dan penyokong kuat kempen Trump sebelum ini. Jurucakap New Balance secara terbuka menyatakan sokongan kepada Trump dengan menempelak Obama sebab apa ntah. Ramai penyokong Hillarry, pro-Demokrat, sedang melepaskan geram kepada New Balance dengan viral macam-macam tentang nak boikot produk New Balance sebab sokong Trump.

Tapi jangan lupa John Henry pemilik Liverpool juga pro-Demokrat. Pernah buat sumbangan besar kepada parti tersebut sebelum ini. Dari segi pertembungan peribadi dengan perniagaan saya tak rasa Henry atau FSG nak buat palat dengan New Balance sebab sokong Trump. Tapi masalahnya New Balance punya kontrak dekat 2020 baru nak tamat.  Cuma kita berharap bunga-bunga taik ini membuatkan Liverpool cari penaja baju lain dan ambil balik Adidas takpun dengan Nike. Walaupun bukan masa terdekat, tapi jujur cakap saya cukup semak dengan jenama New Balance.

Nov 10, 2016

KILANG JUAL PEMAIN

Carta Penjualan Pemain

Jika sebelum ni saya ingat Totenham adalah kelab penjualan pemain terhebat dekat ni, rupanya silap besar. Tak sangka pasukan kita sendiri Liverpool adalah saudagar utama seantero Eropah dengan rekod £384 Juta Pound.  . Penjualan Luis Suarez ke Barcelona pada 2014 dengan  £75 Juta Pound adalah rekod setakat ini diikuti Fernando Torres ke Chelsea dengan nilai £50 Juta Pound dan Raheem Sterling ke Man City dengan £49 Juta Pound. Keuntungan berganda-ganda kita perolehi hasil penjualan mereka bertiga. 

Antara semua penjualan Torres paling menyakitkan hati sebab dia amik keputusan beberapa jam sebelum pintu perpindahan nak tutup. Antara faktor penyumbang plak dapat duit banyak pergi lebur duit amik Andy Carroll. Padahal tak payah kalut sebab masih ada Bellamy dan Kuyt pada ketika itu, walaupun kita faham perpindahan panik saat akhir memang takkan berjaya nak dapat pemain bagus lain macam Mario Gomez sebab masa suntuk nak sain dokumen.

Luis Suarez memang kita tahu sejak dia di Ajax lagi dia dah cakap satu hari dia nak jejak kaki main di Nou Camp. Kita peminat sahaja yang macam buat-buat pekak dan takut jika benda tu berlaku.  Pemergian beliau bersama kontroversi gigitan cinta memang kita takkan lupa. Tetapi situasi menang-menang kita tak menang pun sebab Suarez dah tak gigit orang kat sana dan pihak kita plak dapat pemain gantian tak sesuai macam Benteke dan Balotelli.

Penjualan Sterling rasanya paling berbaloi sebab beli hampir £1juta namun bila jual dapat hampir 50 kali ganda. Macam kena tikam Jackpot Kuda plak. Penggantian beliau adalah Roberto Firmino yang rasanya satu rahmat buat kita. Itupun sejak Klopp ambik alih, kalau masih Brendan kekal mereputlah Firmino jadi Wingback sampai kesudah.  Penjualan pemain lain tak banyak yang kasi untung. Banyak susut nilai sebab yang dijual murah memang tak boleh blah dengan sistem sedia ada.

Namun dari segi pembelian pasukan kita masuk 10 terbaik juga. Namun campur-tolak rugi juga dekat £200 Juta. Jadi kedekut-kedekut pemilik sekarang mereka masih juga nak melabur dan melebur duit untuk dapatkan pemain dalam penambahbaikan pasukan. Cuma kita nak tengok apakah Liverpool akan kekal sebagai kilang jual pemain lagi sebab bintang2 yang ada sekarang macam Coutinho dok nampak sedang diskodeng oleh kelab besar lain.

Carta pembelian pemain: 

1. Manchester City £913.5m 
2. Chelsea £777m
3. Manchester United £750m
4. Paris Saint-Germain £616m
5. Barcelona £606m
6. Liverpool £591m
7. Real Madrid £575m
8. Juventus £550m
9. Roma £477m
10. Inter Milan £461m
11. Atletico Madrid £460m
12. Arsenal £415m
13. Tottenham £407m
14. Napoli £390m
15. Bayern Munich £388m
16. Monaco £330m
17. Wolfsburg £315m
18. Valencia £304m
19. Borussia Dortmund £303m



20. AC Milan £300m

Nov 8, 2016

SIAPA MICHAEL EDWARDS, PENGARAH BOLASEPAK LIVERPOOL


Siapa kenal Michael Edwards sebelum ni. Kalau siapa tengok cerita "Moneyball" cerita pasal sukan bola lisut. Korang pasti tahu siapa watak yang Jonah Hill pegang. Penganalisa yang membantu Brad Bitt untuk dapatkan pemain yang ntah apa apa ditukarkan dengan pemain bintang. Watak pengalisa itulah kerja Edwards sebelum ini. Kerja menggunakan analisa Sabermetric apa ntah. Mungkin orang belajar bidang Ekonomi tahu benda alah ni, tetapi Moneyball inilah pihak pengurusan FSG mahu terapkan dalam Liverpool. Kiranya nak kreatif skit dari orang lain.

Watak misteri ni datang bersama Damian Comolli dari Spurs. Beliau kekal dari zaman Dalglish, Brendan serta Klopp. Malah mengejutkan dari jawatan Ketua Jabatan Penilaian Prestasi (Head Of Performance Analysis) boleh jadi Pengarah Bolasepak (Sporting Director). Boss beliau dulu Comolli dah kena pecat awal-awal lagi tetapi ilmu mandrem apa mamat ni pakal entah. Tak pun dia ni memang kaki bodek kuat siapa tahu.

Saya ada dengar dulu, beliau dikatakan antara punca pemecatan bukan satu tapi dua pengurus Liverpool. Ketika zaman Dalglish, Comolli bekerja dengan pasukan Edwards untuk mendapatkan pemain bercitarasa ala Inggeris. Pilihan Dalglish amat pelik tetapi tetapi tidak bagi yang faham kenapa dia nak beli Carroll, Downing, Adam dan Henderson. Rasanya pasukan Edwards memang buat kerja terbaik dalam mendapatkan Luis Suarez. Namun yang lain bukan salah mereka sebab pemain yang mereka dapat memang ada kebolehan masing-masing.

Contoh macam Henderson, sampai sekarang kekal dan masih releven. Downing zaman sebelum kita beli kemain hebat, kiri kanan sayap boleh main. Boleh jaringkan gol dari setpis dan jarak jauh. Sekarang nak kata teruk sangat taklah masih bermain di EPL dengan kelab lamanya Middleborough. Adam pula macam Downing, pemain yang dibeli atas sebab selalu jaring gol dan kebolehan setpis. Ada yang pernah bandingkan beliau dengan Alonso corak hantaran. Sekarang dekat Stoke dan musim-musim sebelum ni masih punyai hobi menjaringkan gol. Carroll masa kemain bagus tetapi tengah sakit, malah dia lebih sakit nak meangggung beban rekod perpindahan £35juta. Sekarang kat West Ham masih dok cedera tak sudah-sudah. tapi kalau tak cedera memang bahaya buah kepala dia.

Zaman Brendan lain pula cerita. Oleh kerana kesalahan pembelian diletakkan keatas Comolli, padahal semua tahu idea asal Dalglish. Maka pemergian Comolli digantikan dengan Jawatankuasa Perpindahan (Transfer Comitte). Dari di kepalai individu dan kata-dua dari pengurus, jawatankuasa ini kena buat pemilihan melalui kata sepakat, mungkin undian atau main Osom-Gunting-Batu-Kertas untuk dapatkan keputusan. Konon cakap kata putus dari Brendan, namun selepas kena pecat baru dia cakap yang banyak pemain yang dia taknak pergi beli.

Kisah paling menyanyat hati ialah pembelian Benteke dari Aston Villa. Memang itu bukan pilihan hati. Brendan nak main tiki taka, kalau boleh nak dapatkan Alexis Sanchez sebagai pilihan utama ganti Suarez, tetapi lain pula yang dapat. Geng Edwards siap bagi Balotelli sebagai kombo-tambah nilai. Apa yang saya dengar lagi, Brendan kalau boleh nak dapatkan Lacazette setelah Alexis cakap dia tak kenal siapa Brendan serta bini dia nak duduk London. Malah pemeblian macam Markovic, Moreno dan banyak lagi diluar kemahuan Brendan. Geng Edwards memang kerja ikut arahan sahaja. FSG dah serik dengan Dalglish dan Brendan plak yang jadi mangsa.

Jawatankuasa Pembelian masih kekal zaman Klopp mula datang dan masih releven hingga kini. Ramai masih kritik pasukan ini, tetapi saya rasa Kombo Klopp dan TC memang meletop musim ni. Mereka membawa pemain berkualiti untuk pasukan utama macam Mane, Gigi dan Karius serta Matip. Kejayaan TC ini membuatkan nama Edwards naik mencanak. Hadiah Kaizen dari kompeni dengan kenaikan pangkat dari Ketua Jabatan kepada Pengarah. Cabaran pertama bila jadi kepala ialah Edwards akan bertanggungjawab menjawab macam Damien Comolli dulu. Januari ini kita tengok adakah sesuatu berita gembira atau hambar dari Tuan Pengarah Bolasepak yang baru.

Nov 7, 2016

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 6-1 WATFORD


Pasukan kita hebat, ya itu tak dinafikan. Tetapi pasukan lain juga ada kelebihan tersendiri. Masa lawan Watford kita nampak Klopp menggunakan pasukan terbaik kecuali ketiadaan Lovren digantikan Lucas. Milner kembali dalam kesebelasan dan yang lain kekal.  Itali memang sinonim dengan bek bertiga, jadi Mazarri mungkin nak tiru formula kejayaan rakan senegara Conte nak berjaya membaham lawan , dengan main 352. Dia takmain 442 seperti dalam formasi pra perlawanan.

Aksi pasukan kita 20 minit pertama memang penuh aksi bergaya. Tetapi peluang kemain banyak namun penyudah agak hambar. Lucas punyai peluang tandukan tapi tersasar. Dapat lagi peluang nak jaring gol sepakan lemah gemalai. Lepas tu pula Coutinho dah potong baik punya dari kiri tembak keluar. Dan begitu juga Firmino dapat lorongan cantik tetapi sepakan kantoi. Gerakan memang cemerlang sebab Watford main macam serah serah bontot untuk disontot.

Kali ini memang sontot menjadi. Hasil sepakan sudut ringkas diambil Coutinho dileretkan kepada Milner yang kembalikan kepada Coutinho. Hantaran Coutinho mencari kawasan depan pintu gol. Semena-mena Mane ibarat Lang Merah menyambar dengan tandukan padu tanpa dicabar bek Watford. Dan tandukan deras itu diluar jangkauan goli Watford. Menurut rekod dari pengulas inilah kali pertama Mane menjaringkan gol tandukan dalam Liga Perdana Inggeris.

Wakford nampak mcam tersentap dengan gol tersebut. Berkira-kira mahu balas balik macam Crystal Palace buat, tetapi mereka bukan pakar main bola tinggi. Ighalo dan Deeney tak banyak dapat bantuan dan hantaran. Namun persiapan mereka jadi sia-sia sebab lagi mereka membuka ruang dibawah mereka lagi terdedah. Kali ini Coutinho tak ulangi kehambaran awal sebebelum ni dengan merembat gol kedua hinggakan goli Watford cedera terpaksa keluar.

Gomes digantikan dengan Pantimilon, bekas member kamcing Karius di akademi Man City. Kemasukan penjaga gol tergalah dalam Liga Inggeris tak membawa kebaikan apa-apa untuk pasukan bimbingan Mazarri. Beliau walaupun tinggi tetapi lembab berbanding Gomes yang pantas. Serangan Liverpool bertali air, memaksa Watford makin tertekan. Liverpool tak mahu rehat dengan sekadar 2 gol. Hasil gerakan Lallana dari kanan melambungkan bola kesebelah kiri, disambar Emre dengan tandukan padu. Ini rekod peribadi Emre untuk menjaringkan gol 2 minggu berturut2. Separuh pertama tamat dengan 3-0.

Separuh kedua bermula dengan Watford baru nak tonjolkan permainan menarik sikit. Asyik dok bertahan bosan betul kan. Tapi keghairahan Liverpool mencari gol belum berakhir bila Watford makin terdedah lagi sebab asyik nak cari gol.  Kali ni gerakan dari sebelah kanan kombinasi Mane- Lana- Firmino menghasilkan gol ke-4. Gerakan Lallana dari sudut sempit sebelah kanan mencari Firmno yang merembat mudah gol umpanan Lana. Lana menambah koleksi bantuan gol kepada 2 dan poin Fantasy Football siapa yang ambil dia.

Kenduri gol tak berakhir setakat 4. Mungkin pemain nak mencabar jumlah Chelsea yang membaham Everton 5 biji. Gol yang kelima ini bagi saya menonjolkan kehebatan individu Firmino bagi saya yang beliau bakal jadi sehebat Luis Suarez. Firmino dapat hantaran dari Lana tak silap, dia dicabar Kaboul semasa melarikan bola. Dengan kemahiran menggelecek  , lepas tu kawalan bola, sempat brek pusing balik tengok bantuan datang dan bila nampak Mane meluru ke dalam kawasan tengah dia melorongkan bola dan Mane hanya perlu letak kaki dan senangnya dapat gol peribadi kedua dan Liverpool 5-0 didepan.

Klopp anggap 5-0 sudah dah cukup nak bagi hadiah kat pelawat. Dia mungkin simpati tengok rakan sejawat Mazarri hanya boleh geleng kepala tengok pasukan kena kenduri. Klopp buat penukaran taktikal dengan keluar Coutinho dan Mane dengan masukan Gigi dan Sturridge . Saya rasa Mazarri buat pertukaran yang terbaik dengan memasukkan Watson ganti Behrami. Impak pertukaran dari kem Liverpool itu menyaksikan Watford berjaya jaringkan gol tunggal dan membantutkan hasrat peminat nak taknak bolos gol.

Liverpool bermain agak bertahan bila Gigi masuk ganti Mane dan Stirridge plak tak disiplin dan mampu kejar lawan dan mengasak macam Firmino buat dibarisan depan. Gerakan Ambrabat adalah punca gol saguhati Watford dan hantaran beliau kepada Jamaat membuka ruang kepada bekas bek Newcastle itu merobek pintu gol Liverpool. Dan lupa nak cakap sejak awal separuh pertama Ambrabat sahaja pemain Watford yang saya amat risau bila dia pegang bola. Cara dia nak macam Payet.

Bagi saya pemain paling malang dalam skuad malam tadi ialah Sturridge dia bukan tak bagus tetapi rezeki nak jaringkan gol tak hadir. Percubaan beliau samada diselamatkan goli takpun palang. Kalau tak rasanya hatrik kot malam tadi. Tetapi Sturridge boleh berbangga dengan sumbangan beliau untuk gol penutup Liverpool. Sepakan deras beliau diselamatkan Pantilimon namun tetiba Gigi muncul dan merembat deras dengan kaki kiri menewaskan goli Watford itu.

Liverpool terklaseman di tahkta Liga Perdana dengan 26 mata dari 11 perlawanan jaringkan kat 30 gol. Memang patut ramai cakap Liverpool umpama mesin pembunuh sebab tak henti2 tembak gol sana sini, malah dengan pelbagai corak gol dan penjaring. Tetapi masih kekal dengan feel suka bolos.Itu yang Klopp kena perkesahkan bila kembali dalam arena latihan. Jangan anggap nak buat dono perkara itu, sebab jika nasib tak baik serangan tak berapa tajam, faktor kebolosan boleh akibatkan keciciran mata atau boleh bungkus contoh macam lawan Burnley.

Akhir kalam satu nak ingatkan situasi sekarang ramai anggap macam menang Liga pulak dah. Padahal baru dok atas seminggu. Berderu-deru ucapan komen dan kata2 bangga diri keluar dari peminat Liverpool. Saya bukan nak kasi kegembiraan kawan2 terpotong stim. Tapi ingat ini baru November der. Simpan dulu kata2 bongkak hingga hujung musim. Takut apa tengak lari laju macam Usain Bolt tapi awas kulit pisang boleh ada tetiba atas jalan takut terpijak , malu dapat sakit dapat. Biar kita rendah diri dulu sebab trauma zaman Brendan masih terngiang-ngiang lagi.

Nov 4, 2016

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN WATFORD

Pasukan Watford, laluan sutera untuk pemain-pemain dari Serie A ke Liga Perdana Inggeris. Memang cerdik betul Pemilik Watford, Gino Pozzo yang juga pemilik Udinese di Serie A. Dia ada pilihan untuk tukar pemain dari Udinese ke Watford dan sebaliknya. Sebab itu kita tengok Watford bukan pasukan Inggeris dah, yang tinggal dalam kesebelasan Troy Deeney sekor baka Inggeris-Nigga. Yang lain hampir majoriti pemain luar yang agak ternama dalam arena antarabangsa.

Corak Watford memang bahaya. Mereka main nak kata ganas tak juga tetapi corak pantas mereka menyerang memang kita dah merasa aib 3-0. Saya ingat lagi masa tu aksi hampeh Skrtel asyik dok gostan bila Ighalo membawa bola dari luar dan merembat masuk. Gol yang itu saya ingat pun sebab memang Skrtel memang jahanamkan pasukan dengan persembahan teruk. Dia dapat peluang itupun sebab Lovren cedera saat akhir. Lagi 2 gol tak pasti camna masuk.

Musim ni pun Watford makin cemerlang. Paling cemerlang bila mereka menapau Menyu 3-1. Dibawah bekas pengurus Napoli dan Inter, Walter Mazarri, Watford mengumpul pemain luar yang agak ternama macam Roberto Pereyra, Miguel Britos dan Valon Behrami. Sebab tu Watford nampak gempak skit dan corak permainan mereka tak merapu macam Sunderland. Dari segi kualiti permainan saya anggap mereka pasukan yang suka menyerang juga sebab musim ini mereka berjaya jaringkan 14 gol. Pemain yang perlu diawasi mungkin Ighalo, tetapi Capoue juga dapat jaringkan gol dari tengah.

Karius
Clyne Matip Lovren Moreno
Lana Hendo Emre
Mane Firmino Coutinho

Senang letak kesebelasan Liverpool. Tak banyak perubahan dan rasanya tak perlu nak buat eksperimen kecuali terpaksa. Milner rasanya sudah pulih, namun prestasi Moreno tersangat mantap bila dapat peluang baru-baru ni. Klopp mesti pening nak buat pilihan. Begitu juga dengan kes Emre dan Gigi. Kalau ikut kesebelsan terbaik dapat kat Gigi, namun prestasi Emre lawan Palace macam juga Moreno tersangat sukar untuk dilepaskan dari kesebelasan utama. Ikut kesesuain dengan corak pantas Watford, Gigi calon sesuai namun terpulang kepada Klopp.

Prestasi Karius nampak ada rungutan. Dia masih tak mampu nak halang kebolosan pasukan. Gol McArthur memang silap Lovren, namun Karius tak cuba nak menghalang tandukan pemain Palace dengan cara normal. Kita tengok dia hanya melompat dengan tangan kat belakang buat apa. Masih lagi dalam kotak penalti, mungkin dia terlupa ketika itu yang penjaga gol boleh main bola pakai tangan. Lawan Watford saya rasa Karius perlu serius sebab Mignolet dah merungut-rungut kat bangku simpanan.

Imbas balik prestasi bila berakhir 10 perlawanan, pasukan kita dalam prestasi yang tip-top. Masalah tetap ada, tetapi jika pasukan kita boleh bolos sekalipun, kita dapat membalas balik dengan kelebihan gol. Sebab itulah kita tengok Klopp tak berapa nak fokus pertahanan secara formasi atau taktikal. Tetapi beliau mahu pemain sendiri berusaha untuk lebih disiplin ketika menerima serangan lawan. Kalau nak hadap bola tinggi memang ada masalah, pemain patut peka terhadap ancaman lawan dengan proaktif tibai lawan sebelum mereka buat gerakan.

Nov 3, 2016

CALON JURULATIH TERBAIK 2016

Klopp tersenarai dalam pencalonan Jurulatih terbaik FIFA 2016. Secara jujur nak menang secara merit agak sukar nak atasi Pep, Enrique dan Zidane serta Santos. Cuma dari segi pemilihan ianya satu penghormatan buat Klopp . Dan peminat harus berbangga yang beliau pilih Liverpool sebagai destinasi pilihan. Kalau dia mahu kerja mudah, Bayern Munich memang nakkan beliau berbanding Ancelotti. Cuma yang kita puji jiwa sentimental beliau yang taknak melukakan peminat Dortmund membuatkan Klopp cari jalan tengah, ke Anfield.

Musim lepas, Klopp berjaya ke Final Piala Liga dan Piala Europa. Walaupun  tewas kedua-dua final tersebut siapa tak sangkal kebolehan Klopp membentuk pasukan tinggalan Brendan dengan formula sendiri. Gegenpressing nampak agak janggal pada mulanya tetapi lama kelamaan bukan pasukan kita sahaja yang dah main sebegitu, kita nampak banyak pasukan yang tiru gaya permainan Klopp sebab mereka tahu, Klopp punyai idea dan pencerahan baru dalam bolasepak Inggeris.

Musim ini dalam 10 perlawanan pertama, siapa sangka Liverpool berjaya dalam kelompok pencabar Liga. Berjaya melepasi permulaan sukar bertemu regu kuat dengan mencapai mata yang kita tak sangka bola capai. Prestasi pasukan ditahap terbaik walaupun bukan lagi tahap hebat. Kalau Klopp boleh atasi penyakit bolos, rasanya pasukan kita memang digeruni setiap kali turun padang. Sebab itulah Liverpool berada dilandasan terbaik, bermain dengan sebaik mungkin untuk perolehi mata penuh.

Saya yakin Klopp bakal beri kejutan musim ini, tetapi nak cakap besar boleh dapat kejuaraan masih tak berani lagi. Walaupun ada pemerhati cakap Liverpool ada potensi juara, mereka nampak sebab Klopp bukan pasukan keseluruhan. Sebab itulah jika pasukan main huru-hara, tak ikut arahan dan kurang disiplin, pengurus sehebat Klopp pun gigit jari. Jadi sekarang ni Klopp sedang membentuk pasukan terbaik beliau dari masa ke semasa untuk membentuk pasukan berjiwa pemenang. Jika berjaya, rasanya Jurulatih terbaik 2017 ada peluang Klopp empunya.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails