Jan 29, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN CHELSEA

"Anfield Has Fallen"

Boleh buat tajuk filem kot. 3 perlawanan sejak Angsa Laut lepas tu Sotong dan terakhir serigala semua berakhir dengan keciwa. Swansea punya penangan kita jatuh no 4. 2 lagi perlawanan melenyapkan harapan medal musim ni.

Macam2 alasan dari Klopp, keletihan, kecederaan dan pengadilan. Tetapi itu semua tahi lembu sebab masalahnya dari dalaman bukan sebab orang lain. Dan jawapan dari persoalan kekalahan demi kekalahan ditangan Klopp.

Pasukan lain dah khatam gegenpresing Klopp. Mereka hanya perlu main sabar bertahan pedulikan ejekan susun bas dan tunggu saat terbaik menghukum Liverpool yang amat terdedah samada serang balas mahupun setpis.

Kalau tengok penguasaan bola hampir 80 persen. Tapi semua tak berguna tanpa gol yang menerjah jaring. Bukan sebab pemain sangat tetapi corak menyerang terlampau eksyen sehingga tinggal 2 pemain bek kat bawah itu sangat berisiko.

Tambahan pula pemain tengah bertahan seorang itupun dia pun pulun nak buat semak kat bahagian serangan apa jadahnya. Bila kena serang dari sayap apatah lagi bek tepi yang dah tak serupa bek tetapi dok rasa jadi pemain sayap memang mencari bala.

Saya rasa tak perlu lah nak main sampai 8 orang nak serbu kotak penalti lawan. Kita hanya perlu 3 atau 4 pemain yang fleksibel dan kreatif untuk bolos pertahanan lawan. Bila main lebih seimbang taklah perlu risau nak kena serang mengejut lawan.

Mignolet
Clyne Matip Lovren Milner
Lallana Hendo Emre
Firmino Coutinho
Origi

Kita dapat berita gembira bila Senegal bungkus awal tewas penalti kepada Cameroon. Kebetulan Mane sendiri punca sebab sumbat penalti tak masuk. Jadi pemilik cepat2 kutip Mane dengan jet peribadi untuk pastikan beliau paling kurang berada dibangku simpanan.

Saya tak rasa Mane akan jadi pemangkin nak bantai Chelsea nanti. Dia tak dijanjikan kesebelasan utama. Cuma harap Klopp kena taktikal lebih sederhana untuk hadapi bapak segala bapak main susun bas yakni Chelsea. Haritu kita kantau mereka kat Sampok Bridge sebab Conte masih blum hadam sepak terajang EPL.

Ada juga yang mengandaikan abang bookies dah rancang segalanya untuk Liverpool baham Chelsea. Sebab keputusan yang membabitkan Liverpool dengan pasukan 6 terbaik, semuanya masih belum tewas lagi. Saya tak percaya kaki judi tapi kebetulan membuatkan ramalan mereka jadi buah mulut. Jadi saya juga harap kaki bookies cakap betul sebab kalau tipu saya dapat mereka simbah rumah dengan cat merah.

Jan 25, 2017

PIALA EFL : LIVERPOOL LAWAN SOUTHAMPTON (TIMBAL-BALIK)

Liverpool takkan mengalah dengan defisit 1 gol dari St. Mary kata Klopp. Pertarungan di Anfield bakal jadi taruhan terakhir pencarian medal sulung musim ni. Klopp cakap dia takkan turun anak ikan dan mainkan skuad terbaik dan taktik yang dah dipertingkatkan dari perlawanan suram sebelum ni. Keyakinan Klopp adalah berita baik seantero peminat. Kita tengok ketika lawan Dortmund masa Europa musim lepas, macam tak caya kita layah ke Separuh akhir dengan keajaiban buah tangan Klopp mengsaiko perasaan anak buah yang hambar ketika di BVB Arena.

Karius
Clyne Matip Lovren Moreno
Lallana Hendo Milner
Firmino Coutinho
Sturridge

Saya rasa pemain yang boleh pelbagaikan serangan Liverpool jika lawan pasukan yang bakal susun bas ialah Sturridge. Kenapa saya masih percayakan mamat sentap ni mesti korang akur sebab Sturridge kena bebas dari tanggungjawab nak kejar pemain dari atas. Firmnino boleh buat kerja itu tetapi dari segi ketiadaan Mane, hanya Firmino yang boleh jadi perancang kedua disamping Coutinho untuk buka pertahanan yang terlalu padat. Lagipun Lallana juga kita nampak lebih diperlukan di bahagian tengah sebab mistik yang dia hanya berkesan disitu bukan dibahagian sayap macam perlawanan sebelum ni.

Matip sama penting dengan pemain yang perlu nak jaringkan gol. Pertahanan kita nampak kian goyah bila dia tak main. Kewaspadaan Matip memang cemerlang bila kita main terlalu menyerang sebab Matip tahu camna nak hadapi situasi bahaya serangan balas lawan. Sebab itulah pemain tengah kita nampak joli sakan naik atas dan macam tak kisah lawan nak serang masa Matip ada sebab tahu semua akan beres. Tetapi bila mereka nak buat perkara yang sama dengan Klavan disisi Lovren, memang tahik la jadinya.

Saya tahu pihak Soton juga mahu cari pingat yang dah berkurun mereka tak pernah rasa. Bagi pihak mereka rasanya lebih gabra sebab walaupun dah nampak sebelah kaki nak ke perlawanan akhir. Mereka takkan berasa selamat lagi, sebab mereka tahu pasukan kita ada pelbagai muslihat yang macam-macam nak cari kemenangan, tambahan plak dilaman sendiri. Sebab itulah pasukan kita kena cari gol seawal mungkin. Kalau dah dapat sebijik gol tak mustahil Soton akan keluar dari tukun mereka dan nak menyerang balik. Tapi jangan bagi kena dulu kalau tak, lagi panjang cerita.

Jan 22, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 2-3 SWANSEA


Liverpool punya taktik dah lapok walaupun baru setahun pakai. Semua orang tahu nak elak kena buli dengan gegenpressing yakni duduk diam2 kat kawasan sendiri dan tunggu masa terbaik untuk serang balas. Apa yang perlu penyerang yang tenang dan kalau boleh tinggi 6 kaki keatas. Minggu lepas Ibrahim minggu ni Llorente. Kita tengok pola dia semacam. Clement memang jurulatih taktikal yang bukan sahaja bijak tetapi rasional. Rasional sebab tahu Swansea bukan lawan Liverpool jika main terbuka. 

Saya taknak cerita panjang camna bolos sebab Klopp bagitahu memang pertahanan haprak. Kita harap jangan dok ulang banyak sangat alasan sebab gandingan Lovren Klavan dah kelaut. Matip patut dah boleh turun bila FIFA dah bagi lampu hijau. Ini bila lampu dah nak merah pon tak bagi turun lagi. Individual dan berpasukan unit pertahanan kita perlukan ketua dibelakang. Dulu ada Hyypia ada Carragher dan Skrtel. Pergi Skrtel saya usha takda pemain yang vokal kat belakang. Kepimpinan melalui teladan perlu sebab itulah sekarang nampak serabut bila Matip takda.

Bab serangan saya rasa takda masalah secara individual. Mane takda itu patutnya bukan masaalah walaupun itulah masalahnya berharap dengan seorang pemain lagi. Sturridge jenis penyerang yang pemalas dalam erti kata nak buat kerja diluar skop. Jadi kalau Klopp rasa dia tak bagus untuk main bertahan dari atas tak guna simpan. Baik cari pemain yang macam Firmino untuk lebih kesenangan kepada taktikal. Tapi spesis cam Firmino memang tak banyak kalau ada takut diorang yang taknak datang.

Paling kritikal selain pertahanan ialah ketidak seimbangan gandingan tengah walaupun main sampai 3 orang. Patut dah lebih dari cukup untuk nampak garang. Tetapi prestasi pemain sediada terutamanya Emre cukup kita bimbang. Tengok bila nak menyerang kemain rajin tapi bila kena serang nampak macam malas nak turun. Kalau Mane ada rasanya Emre takkan dapat peluang sebab Lallana akan main tengah. Sebab prestasi Lana labih cun kat tengah berbanding kat sayap. 

Kekalahan kali ni bukan terok sangat sebab masih dalam kelompok 4 teratas. Tapi ini tak bermakna nak boleh rileks sebab ada cakap masih ada 16 perlawanan lagi. Cuma yang lega sebab City dan Spurs serta Menyu hanya dapat 1 mata. Kalau tak boleh terjun lagi dari posisi no 3 ke posisi no 5. Saya rasa Klopp masih perlukan pintu perpindahan Januari untuk perbetolkan masalah dan juga suntikan motivasi kepada pemain sedia ada. Sebab bila ada kemasukan baru, pemain yang dok buat haru mesti cuak dan kembali tingkatkan prestasi. 

Jan 21, 2017

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN SWANSEA


Kelab Bolasepak Swansea bagi saya pasukan terbaik yang pernah naik ke Liga Perdana Inggeris. Corak permainan ala Barcelona memang mengasyikkan, apatah lagi mereka main dengan pemain biasa-biasa. Apa yang mereka bina bertahun-tahun dari zaman Roberto Martinez dan Brendan Rodgers hilang sekelip mata. Saya akui Liverpool antara puncanya, sebab mencuri pengurus terbaik mereka, Brendan. Dan lepas itu Xavi Hernandes mereka, Joe Allen.

Sejak pemergian Brendan, Angsa Laut dah jadi angsa panggang bagi lawan. Michael Laudrup, dengan reputasi hebat ketika zaman permainan tapi bukanlah pengurus cerdik. Memang dia berjaya dapatkan Piala Liga dengan Swansea tapi aura Brendan masih melekat dalam diri pemain dan permainan mereka masih bertiki-taka ketika itu. Namun sejurus musim kedua Laudrup nak ubah stail, sebab taknak orang cakap dia dok main macam Brendan.

Itulah pasal sebab nak jadi tikus perbaiki labu. Sistem tiki-taka Swansea dah berakar umbi dengan pemain. Jadi buah labu kian hancur dan tikus pun kena halau. Lepas Ludrup, Swansea bertukar-tkar pengurus namun semuanya hampas dan paling malang Bob Bradley hanya sempat pengang beberapa bulan sahaja. Saya nampak kejayaan Swansea juga asbab pemilik lama Huw Jenkin yang memang punyai impak dari atas sampailah kebawah. Tapi itu dulu.

Pemilikan sekarang dari USA masih kekalkan Huw, tetapi mereka ada agenda sendiri yang mungkin mereka anggap nak bawa kedepan tetapi dengan membawa kembali cara lama. Kesilapan Huw yang terlalu gopoh, nak kuasai Eropah tersilap langkah dengan pembelian yang tak masuk dengan sistem tiki-taka. Sekarang Swansea mengambil Paul Clement, bekas jurulatih muda dari Bayern untuk kembalikan reputasi sebab mereka mahukan Clemet bawakan identiti baru yang lebih kepada projek jangka panjang walaupun gugur dari Liga Perdana Inggeris.

Saja nak cerita sikit perihal perkembangan Swansea walaupun mereka dah tak gah cam dulu. Tengok perlawanan mereka masa lawan Arsenal minggu lepas apa yang kurang bagi pemain ialah mereka belum serasi dengan corak Clement. Idea Clement untuk mainkan ocrak lama tak berkesan sebab tiada pemain tengah yang cemerlang macam Britton dan Allen. Lagi satu rupa-rupanya Swansea macam dah hilang satu piston, bila jual Ashley Williams kepada Everton. Maaf cakap, kesilapan FSG masa Brendan berkuasa dulu ialah tak bagi dapatkan Williams untuk ganti Carragher.

Mignolet
Clyne Lovren Klavan Milner
Lallana Henderson Wijnaldum
Lallana Firmino Coutinho

Pemain utama makin ramai yang dah kembali cergas. Cuma masalah Matip masih menjadi tandatanya adakah FIFA benarkan Matip main atau tak. Kalau dah Cameroon tak bawa dalam skuad patutnya dia tak terikat untuk dihalang main. Mungkin silap Matip juga sebab tak buat susulan bertulis dengan Persatuan Bolasepak Cameroon dan juga FIFA. Takkah naya kena gantung tak bertali tanpa ada penjelasan nak boleh main atau tidak. Dah nak jadi macam FAM punya perangai pulak.

Bila cerita pasal AFcon, cerita pasal Mane dan Senegal jadi buah mulut. Anak Pak Imam tu rasanya takkan balik awal sebab Senegal macam dah tempah tempat kepusingan seterusnya iaitu pusingan Suku Akhir. Paling awal balik hujung bulan ini itupun kita kena berharap pasukan yang lawan Senegal main macam orang gila, sebab tengok cara Senegal main memang pasukan yang main dengan mereka kena getah teruk, itupun sebab Senegal main tak disiplin sangat.

Saat kebahagiaan Senegal derita bagi Liverpool. Cuma sedap sikit sebab Coutinho dah kembalikan sedikit kecerian dek kehilangan Mane. Buat masa ni Klopp boleh simpan balik Origi dan kembalikan Firmino dipuncak serangan. Kita nak tengok trio Lallana-Firmino-Coutinho mengganas kubu Swansea yang memang haprak tetapi bakal main bertahan gila-gila. Origi mungkin bagus sebab dia bernasib baik boleh jaringkan gol sebelum ni, tetapi dari permainan Origi nampak kurang fleksibel untuk main tukar-tukar posisi dengan rakan serangan lain.

Jan 19, 2017

PIALA FA: LIVERPOOL 1-O PLYMOUTH


Walaupun pun dikritik sebab turunkan ramai anak ikan, Klopp masih buat pekak. Apa barang nak risau sebab dia tahu Plymouth memang takkan nak main terbuka sangat. Rasa agak-agak formasi nak macam 442 sebab Origi dan Sturridge sorang main atas dan bawah secara giliran. Woodburn dan Coutinho di sayap. Manakala Stewrat dan Ejaria mengawal bahagian tengah. Bek berempat hanya kekal Alexandar yang lain Gomez, Lucas dan Moreno masuk ganti beberapa pemain senior untuk perlawanan ini.

Saya dah rasa muak dengan corak hantaran pendek yang terlalu nak selamat. Paling selamat hantaran belakang dan sisi lepas tu ulang-ulang. Padahal opsyen pemain tengah untuk main satu dua mereka tak terokai. Mungkin atas arahan Klopp namun apa yang pasti Plymouth memang suka kita main cenggitu sebab mereka dah bersedia untuk main serang hendap. Serangan Plymouth tak berbahaya sebab dengan adanya Gomez semuanya dibereskan termasuk pemain penyerang sado Plymouth yang dok kena taram dari belakang selalu.

Lucas yang bertindak sebagai Ketua pasukan memang jadi contoh terbaik pagi tadi. Memaglah Plymouth pasukan cap ayam, tetapi cara Lucas berkomunikasi dengan pemain lain ternyata mematahkan percubaan serangan tinggi Plymouth. Dia bertindak sebagai libero sebab banyak membawa bola keatas dan Gomez tinggal kat bawah. Namun rezeki Lucas yang kegersangan gol akhirnya muncul. Hasil sepakan penjuru dari Coutinho, Lucas yang tak berapa tinggi menyambar bola hantaran sebab larian beliau tak siapa nak kejar.

Playmouh macam tersentap dengan gol itu dan mereka main dengan mod meyerang. Tetapi pertahanan Liverpool memang terbaik dari ladang. Karius pada mulanya ada juga nak buat pasal, tetapi menjadi benteng kukuh, tambahan pula pemain pertahanan lain banyak membantu dengan bentesan dan terjahan saat akhir untuk menyelamatkan pintu gol.  Ada keadaan dimana Gomez dikatakan membentes lawan depan kotak tetapi sepakan percuma lawan tak merumitkan keadaan. Ada satu kali tu melompat juga peminat Liverpool bila sepakan Plymouth terkena tiang.

Pada saat terakhir serangan Liverpoool boleh tahan juga bila pemain muda seperti Wilson dan Ojo masuk. Paling menonjol ialah Ojo sebab dia menggunakan kelebihan fizikal untuk melakukan gelecekan untuk celah masuk dalam kotak. Gandingan beliau disebelah kiri dengan Moreno memang ngam. Hasil gerakan dari sebelah kiri Moreno mendapat lorongan melakukan larian tetapi beliau dibentes bek Plymouh dan sepakan penalti dihadiahkan. Origi mengambil sepakan itu tetapi kantoi sebab ambil sepakan macam pondan. Buang karan betoi baik bagi Wilson amik pun takpa.

Perlawanan berakhir dengan gol tunggal Lucas menjadi batu penghalang untuk Plymouh buat kejutan. Dengan keputusan 1-0 sudah cukup untuk  Liverpool melangkah kepusingan seterusnya. Bagi yang tak tahu, undian telah dicabut sebelum ini lagi, dan Liverpool bakal berdepan lawan yang nampak mudah tetapi bahaya sebab suka makan orang iaitu kelab serigala, Wolverhampton Wanderers. 

Jan 18, 2017

PIALA FA : LIVERPOOL LAWAN PLYMOUTH (ULANGAN)

Klopp dah beri pembayang, skuad yang turun dalam perlawanan timbal balik di Plymouth hampir sama dengan pusingan di Anfield. Bukan nak perkecilkan kemampuan lawan atau nak perlekeh Piala FA, tetapi persembahan pemain dah elok permainan cuma yang kena tambahkan penyudah sahaja. Kemampuan pemain muda haritu dah mencapai tahap kematangan cuma lawan dah main susun rapat bertahan sampai depan gol apa nak buat.

Plymouth mengharapkan kejutan kali ini sebab mereka rasa dengan bermain cara bertahan adalah satu jalan terbaik bagi mereka. Itu sebab kemampuan pasukan yang terbatas untuk main ranggi macam anak muda kita. Kalau Mourinho main camtu di Chelsea dan Manyu orang boleh puji terbaiklah , taktikal genius lah dan pandai buat percaturan, rasanya pasukan Plymouth juga perlu berbangga dengan kemampuan mereka setaraf Manyu.

Karius
Arnold Lovren Gomez Moreno
Gigi Hendo Stewart
Ojo Sturridge Coutinho

Nak main sampai tunggu penalti barangkali. Nak cakap mereka boleh kekal bertahan sebegitu sepanjang 90 minit belum pasti sebab metaliti pasukan kita tetap nak buru gol. Kalau ada rezeki kita boleh bocorkan kubu mereka janji kena dapatkan gol seawal permainan. Kalau  betullah Coutinho bakal main untuk dapatkan kecergasan, rasanya takkan selamat hatta susun kepala keretapi depan pintu gol. Malah jika Sturridge juga main maka gandingan Ojo-Stur-Cou akan huru harakan tuan rumah.







































Jan 16, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 1-1 MAN UNITED


Perlawanan dengan Syaitan Merah di Neraka Old Trafford memang satu kelebihan buat Si Syaitan. Apataknya pengadil memang kena rasuk syaitan sebab memang berat sebelah. Dua insiden utama yang patut pemain mereka kena amaran terlepas camtu saja. Rooney terjah kaki Milner dan Pogba menWWE kan Hendo. Tapi yang paling ketahian ialah tuan rumah dapat gol penyamaan padahal Valencia dah offside sebelum dalam proses yang menghasilkan gol mereka oleh Ibrahim.

Saya walaupun lepak kat rumah mertua layan bola, tetapi memang tekanan sebab ditemani biras yang bias Manyu, sebab sorang tegar Chelsea dan sorang lagi Arsenal. Nasib baik adik ipar penyokong Menyu dah balik, kalau tak lagi menarik bahan membahan. Tapi nasib baik pemain termahal dunia jadi pemain terbodoh perlawanan tu dengan meng Dab kan bola dengan tangan. Yang tu sah2 penalti dan pengadil tak berani tak bagi sebab ulangan TV setiap kedudukan kamera memang Pogba menepis dengan tangan sebelum berlakon menanduk bola. Raja penalti Milner mempamirkan sentuhan penyudah tenang menewaskan De Gea. 1-0  didepan seketika separuh masa pertama.

Separuh kedua Mourinho memang tak akan ubah corak bola tinggi dengan masukkan Fellaini anak emas beliau. Memang ikut serangan kedua2 pasukan ada saat peluang terbaik masing masing, Ibrahim dan Mikhriaryn manakala pihak Liverpool Wijnaldum memang banyak peluang tapi hambar depan gol. Gol kontroversi penyamaan Menyu memang hasil gerakan offside Valencia. Tapi pemain pertahanan Liverpool tanpa Matip memang tak mampu nak celen permainan fizikal bola lambungan depan pintu gol Menyu. Bukan nak puji lawan tetapi mereka memang tak reti nak main corak lain jadi itu kelebihan mereka yang memang jadi kekurangan bagi pasukan kita. Kesudahan perlawanan 1-1 hasil tandukan Ibrahim.

Apa yang kita nampak aspek positif bukanlah macam apa sindiran Mourinho yang cakap Liverpool pon pandai susun bas. Tetapi beberapa pemain nampak lain macam punya terbaik terutamanya Mignolet yang bagi saya pemain terbaik perlawanan. Dia berjaya menyelamatkan paling kurang 4 percubaan bahaya lawan. Nampak tak cara Klopp tangani krisis penjaga gawang dengan aspek merit dimerit. Siapa cemerlang dia naik dan main teruk kena dok simpanan. Karius juga masa lawan Soton cemerlang juga tetapi cara Mignolet main tak terusik lagi untuk turun pangkat.

Alexander Arnold bagi saya harus dapat pujian. Bermain ganti Clyne dalam penampilan di Old Trafford bukan mudah tambahan pemain lawan memang sasar lubuk sebelah beliau. Mula2 nampak gabra gak sampai hantaran belakang nyaris mengakibatkan lawan curik bola. Tapi dia bangkit dan main dengan tenang sampaikan Martial mati akal dan terpaksa kena keluar awal. Masih terlalu awal Arnold nak potong Clyne sebab dia masih perlu perbaiki aspek mental dan membuat keputusan.

Keputusan seri nampak tak seronok bagi peminat Liverpool. Sebab dah kena potong dengan Spurs untuk turun ke tangga ke 3 sekarang. Dan nampak gaya Chelsea makin gayat tinggalkan pecabar lain. Tapi bagi peminat Syaitan Merah mereka seronok tak terhingga sebab berjaya seri. Siap troll peminat Liverpool. Bagi muka lah skit sebab itu sahaja kemampuan mereka dengan skuad termahal, padahal kita turun dengan tanpa kelibat Mane, Clyne dan Matip. Serta Coutinho yang masih tak cergas lagi.

Jan 13, 2017

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN MAN UNITED

Kadangkala kita takkan faham kenapa Klopp masih belum gunakan kesempatan pembelian Januari. FSG takkan buat pekak jika Klopp bersuara. Bukan apa situasi sekarang sudah buka mata semua pihak bahawa Liverpool hanya punyai kesebelasan terkuat. Simpanan hancur. Bandingkan Chelsea, Man City, Arsenal, Spurs atau mahupun Menyu, simpanan mereka boleh dikatakan pemain berpengalaman dan bidan terjun yang bukan terjun sungai macam Lucas, Moreno atau beberapa pemain muda yang masih belum akhil baligh permainan mereka.

Seri dengan Sunderland mungkin sebab keletihan. Seri dengan Plymouth sebab ramai pemain muda.. Bungkus dengan Soton dalam Piala Liga, dah nampak Liverpool memang akan ada masalah tanpa Henderson dan Matip. Tetapi opsyen dalam simpanan yang ganti Henderson ialah Lucas. Bukan nak kutuk beliau, tetapi Lucas yang dok lama dalam bangku simpanan tak berikan kebaikan kepada pasukan. Dari tengah menyerang, kepada bertahan dan sekarang pemain bek tengah. Tranformasi yang nampak sangat Lucas dah patut cari kelab lain bina kerjaya. Kesian kat dia, patutnya 10 tahun dah 500++ penampilan.

Macam sahabat Fazlin tulis dalam komen. Pasukan kita telah jadi mangsa gegenpressibng lawan balik. Pemain dah macam takda hala tuju, macam ayam kehilangan ibu. Soton dah tahu cara nak belasah kita balik, cuma Karius jadi Superman selamatkan keadaan. Kalau dia bolos banyak, rasanya lagi jatuh merudumlah sukar dia nak bangkit kembali nak celen Mignolet nanti. Ada yang tak kena dengan pasukan yang Klopp patut selesaikan segera, sebab kecemerlangan awal musim sekarang tersekat-sekat ditengah musim.

Mignolet
Clyne Matip Lovren Milner
Gigi Hendo Lana
Firmino Origi Coutinho

Masih belum dapat kepastian adakah Kapten Hendo, Matip dan Milner akan cergas lawan Menyu nanti di Old Trafford. Kita berdoa agar mereka sempat kesana. Saya bukan nak pandang tinggi dengan skuad Mourinho, namun perkembangan terkini prestasi mereka pasukan kita pergi macam nak kena bantai. Lemah fizikal mungkin tak berapa nak risau, tetapi jika mental pemain masih sakit macam 3 perlawanan terdahulu itu cukup bahaya. Kita perlukan taktikal yang mantap sebelum masuk kepadang, bukan sampai bawak nota masuk dalam padang, itu nampak sangat terdesak.

Apa yang perlu lawan dengan skuad termahal Menyu ialah jiwa yang kental. Pemain kena faham yang moral pemain lawan sangat tinggi dengan keyakinan mereka ibarat gunung Everest sebab dah 9 perlawanan tak terkalah. Tambahan lawan di padang sendiri lagi lah mereka eksyen. Jadi pemain kita kena pastikan yang pertama jangan buat silap dan gunakan peluang dengan sepenuhnya. Menyu ada kelemahan juga kerana pertahanan mereka tak berapa dijui oleh penyerang yang mantap dalam banyak perlawanan terdahulu. Rasanya saat ini Coutinho dan Firmino adalah sumber kreativiti dan kita perlukan mereka untuk pastikan sekurang-kurangnya balik dengan sebarang mata.

Jan 10, 2017

PIALA EFL : LIVERPOOL LAWAN SOUTHAMPTON

Masih padat jadual perlawanan bagi Liverpool. Selepas perlawanan Krismas, kini Januari lagi padu dengan 8 perlawanan terkumpul. Kalau tak kerana  seri dengan Plymouth, mungkin 7 perlawanan sahaja. Perlawanan dengan Soton untuk Piala Liga dah masuk pusingan penting, separuh akhir. Mahu tak mahu Klopp kena sediakan pasukan terkuat sebab potensi nak dapat medal cerah.

Nasib baik separuh akhir pertama berlangsung di St Mary dulu. Selalunya main ditempat sendiri lebih awal memang beri tekanan. Sebab apa kena main lebih berhati-hati sebab takut bolos dari menjaringkan gol. Walaupun kelebihan gol ditempat lawan tak diperkenalkan dalam kejohanan ini, tapi adatlah kena bawak bekalan kemengan untuk cari kelebihan pada pusingan kedua kelak.

Karius
Clyne Lovren Klavan Moreno
Gigi Emre Lana
Firmino Sturridge Ojo

Kemungkinan besar Coutinho akan diberi minit permainan. Mungkin tak dapat kesebelasan utama, namun Klopp cakap Coutinho dah dalam persedian terakhir nak kembali dalam pasukan utama. Namun Matip tak diberi jaminan seperti Coutinho bukan kerana takut penalti dari FIFA pasal Cameroon komplen, tetapi prestasi Lovren-Klavan dan kembalinya Gomez berikan Klopp masa untuk pastikan Matip 100 peratus cergas.

Timbalan Kapten, Milner juga diberitakan makin cergas. Tetapi apakan daya Liverpool perlukan beliau lebih bersedia untuk perlawanan Menyu dari perlawanan EFL ni. Harap Moreno dapat kekalkan kewarasan beliau dalam permainan lawan Soton nanti sebab setakat sekarang Moreno masih lagi belum buat perangai macam dulu-dulu.

Saya masih tak puas dengan Ojo. Dia patut diberikan peranan kali ini melebihi Origi. Persembahan beliau masa lawan Plymouth begitu mengkagumkan. Lagipun Origi nampak memang lemau beberapa perlawanan sejak kali terakhir menjaringkan gol semasa lawan Middlesborough. Bagi Origi rehatkan yang cukup untuk kembali fokus lawan Menyu nanti. 

Jan 9, 2017

PIALA FA: LIVERPOOL 0-0 PLYMOUTH


Sebenarnya perlawanan ni macam perlawanan nak isi tabung rumah anak yatim bagi Pasukan Bolasepak Rumah Anak Yatim Plymouth Arygle. Klopp punyalah kesian dengan pasukan miskin dengan meletakkan pasukan termuda dalam sejarah bolasepak Liverpool. Maaf ini bukan menghina mereka tetapi nak bagitahu bahawa Liverpool taknak berlaku kejam kepada pelawat. Pemain paling otai pun masih belum capai 30an iaitu Lucas Leiva. Dan paling muda ialah Adik Woodburn yang baru nak ambil SPM.

Liverpool yang ini main dengan sama rentak dengan pasukan terkuat. Menguasai perlawnanan hingga lebih dari 80 peratus. Punyalah mengongkong lawan sampai main sebelah padang sahaja, walaupun sekali sekala pemain Plymouth buat lawatan kekubu Liverpool. Tetapi bila ramai sangat pemain muda, sikap dan ketenangan nak cari peluang yang benar-benar terbaik, tak pernah hadir. Ada sahaja pemain yang buat keputusan silap, samada buat sepakan jarak jauh yang mengarut atau buat hantaran terus kepada goli lawan.

Saya tengok Plymouh boleh diperangkap dengan pemain kita cuba main satu-dua dalam kotak. Tapi sejak awal permainan tak ada pemain yang berani nak main sebegitu. Yang mereka tahu nak cuba buat sepakan lencong dari luar kotak. Padahal dengan corak Plymouth yang main susuh bas dekat 3 tingkat, rasanya takkan mustahil nak bedal banyak gol dengan main cara yang mudah bagi lawan mengenepikan serangan Liverpool.

Memang saya akui sepanjang 96 minit perlawanan beralngsung, tak seronok langsung sebab Liverpool tak langsung menggugat kubu Plymouth dengan serangan bahaya. Kalau adapun percubaan luar kotak yang sipi macam nak masuk. Ojo dan Woodburn mungkin tak banyak pengalaman, tetapi Origi memang mengecewakan kerana dia dah main sebagai pemain utama banyak perlawanan musim ini. Sumbangan beliau sangat tak seberapa malam tadi.

Kemasukan Lallana, Sturridge dan Firmino gantikan Emre, Woodburn dan Ejaria masih tak mengubah situasi kekebalan kubu Plymouth. Hanya Sturridge nampak paling menonjol, sepakan beliau agak bahaya dan banyak juga percubaan yang nampak macam nak beri goli lawan panik. Kalau Sturridge diturunkan awal mungkin peluang nak dapat gol agaka cerah, tetapi Klopp tak berani nak perjudikan kecergasan Sturridge untuk Piala tak seberapa ini.

Memang Plymouth main untuk seri dan pulang untuk dapatkan perlawanan timbal balik dikampung halaman. Seri pun rasanya satu kemenangan bagi mereka sebab bukan senang bagi pemain nak tengok pasukan elit main dihalaman sendiri. Namun sekurang-kurangnya saya agak gembira sebab pastinya pemain muda ini akan dapat peluang sekali lagi untuk tebus balik persembahan hambar mereka di Anfield.

Jan 7, 2017

PIALA FA : LIVERPOOL LAWAN PLYMOUTH

Klopp dengarnya akan salin beberapa pemain utama. Perlawanan Piala camni bakal jadi tapak ujian nak bagi peluang pemain simpanan dan muda tunjuk bakat. Klopp bagi pembayang yang Karius akan dapat peluang balik dalam perlawanan nanti. Harap dia dah dapat pengajaran bila berada dibangku simpanan. Susah juga nak rampas posisi Mignolet, kerana setakat ni Mignolet masih belum buat perangai.

Karius
Trent Gomez Klavan Moreno
Ejaria Stewart Emre
Firmino Origi Woodburn


Matip masih belum cergas walaupun mula berlatih. Jadi posisi bek tengah mungkin masih milik Lovren-Klavan. Kalau Klopp nak letak Lucas, lebih baik beri Joe Gomez peluang, sebab mamat tu dah kembali main beberapa perlawanan dengan pasukan b-23 dan menunjukkan petanda positif. Moreno pasti akan turun kerana tahap kecergasan Milner masih 50-50. Trent-Arnold juga mungkin dapat peluang kerana Clyne perlukan rehat sebab main tak renti.

Bahagian tengah bertiga sebenarnya tak berapa kemas sebab tiada simpanan berkualiti. Mungkin Stewart akan dapat tempat sebab Klopp sanggup tolak bidaan kelab lain dan ini bermakna Klopp yakin Stewart berguna sebagai pemain skuad. Ejaria masih belum pasti dapat bermain kerana Klopp takkan letak ramai pemain kurang berpengalaman dalam pasukan. Jika kecergasan Wijnaldum, Emre atau Lallana tak berapa baik,

Bahagian serangan paling kritikal. Mane dah bertolak ke kejohanan Piala Negara Afrika. Sturridge macam biasa kembali cedera. Coutinho masih belum pulih 100 persen. Jadi anggapan ramai Woodburn dapat peluang cerah dalam kesebelasan utama lagi. Cuma harap pemain macam Harry Wilson, Kapten bawah-23 kena diberi peranan juga sebab dia punyai kualiti setanding Woodburn.

Harap pasukan yang diturunkan Klopp lawan Plymouth yang cergas sepenuhnya. Sebab kita sedia maklum pasukan dari Liga bawahan banyak main fizikal dari main corak pegang bola. Banyak kejutan dalam perlawanan Piala FA ni. Harap pasukan kita tak jadi mangsa sebab pasukan lawan pasti akan main segarang mungkin sebab mereka nak kepusingan seterusnya bagi kumpul wang hadiah. Mungkin beberapa puluh ribu agak kecil, tetapi bagi kelab miskin, Divisyen 3 inilah peluang nak buat duit jika layak kepusingan seterusnya.
































Jan 3, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 2-2 SUNDERLAND


Klopp sendiri cakap dia kecewa bila seri dengan Sunderland. Kecewa sebab kita dah berpeluang dapat 3 mata tetapi terpaksa akur hanya berkongsi mata dengan tuan rumah. Ramai dok ejek pasukan kita macam Robin Hood, curi dari orang kaya dan berikan hadiah kepada orang miskin. Apataknya Menang dengan pasukan elit macam Arsenal, Chelsea dan City tetapi bungkus dengan Bunrnely dan Bournemouth dan seri dengan pasukan cap ayam seperti West Ham dan Sunderland. Inilah sindrom yang masih melekat pada pasukan kita bukan sahaja zaman Klopp, tetapi sejak Brendan, Kenny serta Rafa.

Ramai anggap Sunderland akan kena habuan macam kat Anfield haritu. Sebab dari awal permainan gandingan serangan Mane-Sturridge- Firmino memang ngam sekali. Nampak tersangat fleksibel, namun nak tembus tembok benteng pertahanan Sunderland, memang terkial-kial. Apa yang saya tengok pemain hanya nak main satu-dua sampai dalam kotak penalti. Cara tu memang ada masa boleh kendurikan lawan, tetapi bila setiap masa main camtu lawan dah tak heran, mereka perlu susun bas bagi kemas dalam kotak, setel masalah.

Saya percaya dan semua yakin dengan kemampuan Sturridge. Dia dapat gol percuma masa lawan Stoke hasil hantaran kebelakang, tetapi deria penyerang membuatkan Sturridge bersedia bila-bila masa untuk cari peluang sumbat gol. Macam gol pembukaan Liverpool. Hasil dari sepakan sudut, pergelutan didepan pintu gol Sunderland, bola muntah kedepan Lovren. Tak pasti samada Lovren nak sepak lambung atau sepak tak kena, tetapi hasil sepakan beliau sampai ke-arah Sturridge dan yang pastinya kebolehan dan kepintaran Mat Kaca menanduk lambung mengantoikan goli Sunderland untuk Liverpool mendahului Sunderland 1-0.

Sunderland kali ni main garang sejurus Liverpool mendahului. Hasil kerja-keras mereka dapat juga ihsan pengadil dapat penalti. Kalau tengok sekali imbas memang 50-50, sebab antara himpitan Gigi dan Klavan membuatkan Ndong jatuh atau Ndong memang ambil kesempatan nak cari penalti dengan masuk celah-celah pemain. Tetapi pengadil botak tu kesian dekat tuan rumah dan berikan penalti. Defoe bab ambil penalti memang bisa dan tenang menyudahkan sepakan untuk gol penyamaan Sunderland 1-1.

Separuh kedua Kapten Milner tak dapat teruskan permainan. Samda keletihan atau kecederaan kecil barangkali. Dia digantikan dengan Moreno . Liverpool menggandakan gol hasil dari sepakan sudut lagi. Kali ni pergelutan depan pintu gol antara beberapa pemain Liverpool dan Sunderland. Namun Mane pandai lepak kawasan tiada pemain lawan. Jadi bola kantoi pergi kearah beliau dan dengan mudah Mane menghulur kaki dan bola masuk kegawang. Pihak Sunderland membantah gol offside tetapi kali ni pengadil botak dan penjaga garisan bersepakat berikan gol kepada Liverpool untuk kembali didepan 1-2.

Malang tak berbau dan keseronokan mendahului macam jadi penyakit lama yang muncul kembali. Kali ni pemain kita cari penyakit bagi sepakan percuma kepada lawan luar kotak penalti. Siapa lagi kalau bukan Lucas yang memang selalu ambil mudah nak terjah lawan dekat kawasan bahaya. Sepakan percuma diambil Sunderland rasanya tak bahaya mana sebab Mignolet nampak bersedia nak tuju kearah sasaran. Tetapi Si Mane memang nampak sengaja tampan bola dan pengadil tanpa dakwa dakwi menghadiahkan penalti buat tuan rumah. Sekali lagi Raja Penalti EPL, Defoe menjadikan keputusan 2-2 hingga wisel penamat ditiup.

Saya puji sikap pemain walaupun keletihan tetapi main sebaik mungkin. Insiden penalti memang menyedihkan, tetapi apakan daya buat silap memang sifat manusia. Klavan dan Mane menyumbang dalam banyak  perlawanan sebelum ini tetapi kadangkala mereka tak dapat kawal diri. Mane nampak begitu kecewa sebab dia ingat dengan gol kedua dia dah berikan hadiah sebelum berangkat ke Gabon. Tetapi tak sangka dia juga berikan lawan mata dan jarak mata dengan Chelsea.


























Jan 1, 2017

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN SUNDERLAND

Liverpool 1-0 Man City

Saya terpaksa rangkumkan sekali pasal cerita lawan Man City dan cerita perlawanan dengan Sunderland sebab suntuk sangat masa nak kampoi dua tajuk sebab perlawanan tak sampai 48 jam. Ok kita mulakan dengan perlawanan dengan City. Saya dapat info silap yang Mane dah terbang ke Afrika tetapi rupanya lepas perlawanan dengan Sunderland baru nak gerak. Origi dikeluarkan dari kesebelasan utama dengan memasukkan Emre. Jadi taktikal memang untuk buat semak bahagian tengah untuk kasi mandul kekuatan City.

Sebab tu nampak sangat Liverpool tak menyerang terlalu kerap, kerana kewaspadaan Klopp dengan kebolehan serangan City yang memang cukup terbaik untuk kawal penguasaan bola. Kalau terlalu menyerang bahaya kerana pemain City cukup suka lawan terdedah kat bawah. Boleh kata Klopp gunakan aplikasi yang Conte lakukan untuk kalahkan City. Mungkin tak berapa berjaya kerana tiada penyerang mantap macam Costa, tetapi Firmino memang banyak tipu muslihat.

Liverpool banyak kali cuba gunakan serang balas untuk perangkap pertahanan City tapi banyak kali sangkut. Bek City mungkin dah banyak ambil iktibar diatas beberapa kekalahan sebelum ni kot. Tetapi gerakan bahaya yang bermula dari serangan kilat dimulai oleh Firmino menghantar jauh bola kepada Lallana  yang jauh disebelah kiri buat larian. Boleh dikatakan keadaan sangat tak bahaya, 6 pemain City dah kebawah dan hanya 4 orang kot pemain Liverpool yang nak cuba bantu serangan. Namun nak jadi rezeki, hantaran lambung Lana disambut Gigi dan tandukan beliau menerjah jaring City. Liverpool mendahului separuh masa pertama dengan 1-0.

Separuh kedua memang kategori main bertahan tahap gaban. Bukan tak ada inisiatif nak menyerang, namun saya tengok Clyne dan Milner dah tak main macam pemain sayap seperti biasa. Pemain tengah tak serbu lawan, cuma menyerap serangan dan menutup bahagian tengah depan kawasan penalti. Mungkin kita tak gembira cara main sebegitu yang nampak tak seksi cam biasa. Tapi itulah yang sepatutnya sebab City dah makin dapat rentak nak robek kubu kita. Mereka cuma tak dapat menghukum kesilapan pemain kita yang kerap buat silap. Kembalinya Aguero tak dapat membantu City untuk pulang ke Manchester dengan telur ayam.

Liverpool lawan Sunderland

Kita teruskan dengan perlawanan dengan Sunderland yang tak sampai lagi 48 jam. Kesuntukan jadual ni memang telah dikomplen Klopp, tetapi apakan daya sebab hak penyiaran tayangan, maka jadual kena patuhi. Sebab itulah Klopp simpan Kapten Hendo yang nampak macam nak cedera kena bantai teruk dengan pemain City dan juga Lallana, penyumbang hantaran gol kepada Wijnaldum. Boleh dikatakan majoriti pemain dari perlawanan dengan City tak ada yang diusung keluar tetapi mungkin terdapat rombakan kecil.

Mignolet
Clyne Lovren Klavan Milner
Emre Hendo Gigi
Lallana Origi Mane

Sturridge masih kena sabar lagi sebagai pemain impak. Jika Klopp rasa dia bersedia maka samada Lana atau Firmino akan direhatkan. Mane wajib main sebab dia nak berlepas ke Gabon sejurus perlawanan ini. Kita harap Senegal bungkus awal dan boleh Mane balik awal sikit. Coutinho rasanya belum boleh turun lagi walaupun ada bunyi dia sasarkan perlawanan ini selepas terlepas dengan City. Matip boleh rehat dulu tak perlu nak tergesa-gesa bagi main kerana setakat ni Lovren dan Klavan masih tak merapu lagi.

Perlawanan dengan Sunderland perlu berhati-hati sebab mereka bakal guna taktik agresif nak bedal pemain kita yang tak cukup rehat. Mental juga kena tahan lasak. Sebab macam biasa bila main dengan sedikit keletihan berbanding lawan yang segar bugar, jiwa boleh jadi kacau. Walaupun Sunderland kecewa kena lauk dengan Burnley, 4-1 harap jangan pandang rendah. Kalau Defoe menjadi menjadi boleh tahan gak orang tua tu. Apa yang penting main tenang dan jangan anggap Sunderland main pakai kerusi roda. Sebab pengalaman dengan Bounremouth dan West Ham wajar diambil teladan.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails