Feb 28, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 1-3 LEICESTER



Ramai dok tanya apa hasil pergi ke La Manga selama seminggu jika hasilnya masih sama. Balik kena belasah dengan pasukan bawahan. Klopp beritahu dia cuba kembalikan semangat pemain sebab masih percayakan mereka. Klopp harap pemain yang sama boleh kembalikan kehebatan awal musim. Setakat yang ramai nampak intipati jadual kat sana hanya lepak, minum-minum dan kayuh basikal beserta sesi motivasi.

Bagi saya Klopp mungkin pernah lakukan benda yang sama ketika di Dortmund, namun Liga Inggeris realitinya bukan setakat sikap pemain, tetapi juga sikap pengurus sendiri yang kena cepat belajar. Contoh Don Conte. Sejurus kalah dengan Liverpool, Conte mainkan Chelsea dengan kekuatan sendiri. Tak peduli apa orang cakap main seni kotor Azzuri, tetapi hakikat 3 mata yang dapat, bukan statistik hebat macam Klopp buat.

Bermain dengan lawan yang pengurus baru kena pecat, memang satu kehinaan jika kalah. Lagi hina jika awal-awal lagi ada peminat Liverpool yang mahu teka keputusan kita boleh bantai mereka sampai 5-6 gol. Saya tak cakap yang Leicester masih ada aura sang juara tetapi pemain mereka mungkin ada masalah dengan Raneiri. Jadi pemain yang nampak bebal sebelum ni macam Vardy, mungkin terasa satu kelegaan dan bangkit setelah Ranieri di pecat. Ada pendapat kata Vardy bengang perpindahan ke Arsenal ditolak.

Lagi satu corak kita sendiri memberikan kelebihan kepada semua pasukan yang suka main serang-hendap, bukan sahaja kepada Leicester. Malah dipermudahkan lagi dengan keberadaan Lucas yang diberi pilihan main diposisi bek tengah. Lucas tak salah dia ada kelemahan ketara sebagai bek tengah. Namun Klopp nak juga-juga mainkan dia kat situ. Sebab itulah jika Klopp cakap dia yang harus dipersalahkan, itu memang pengakuan jujur. Kejujuran beliau mungkin kita respek, tetapi lebih kita mahu dia respek bek tengah yang sebenar macam Klavan dan Gomez.

Kita bukan prejudis dengan pemain sendiri. Tetapi nampak gaya Abam Pomade, Emre memang tak menjadi musim ni dan patut pilihan ganti Henderson diberikan kepada pemain yang lebih pakar sebagai DM. Lebih afdal letak Stewart yang boleh dikatakan bila dapat peluang memang main selesa jaga depan bek tengah. Sampai bila kita nak bela Emre jika beliau lebih banyak jadi pemerhati dan tak banyak beri bantuan kepada agnesi pertahanan. Malah kita nampak disebabkan sayang rambut, nak tanduk bola pun cam takut-takut.

Saya pernah buat tulisan yang Klopp kena kekalkan Sturridge sebab dia mungkin bangkit untuk bantu pasukan jika perpindahan januari tiada pembelian. Rasanya saya memang silap dan lemah buat penialain sebab terlalu percayakan Sturridge. Banyak perlawanan dia macam dah tak boleh kembalikan kehebatan zaman SAS dulu. Mungkin Sturridge nampak habat sebab ada gandingan hebat dan pengurus juga faham permainan beliau. Datang Klopp dia bukan kira rekod lama, dia mahukan Sturridge main dengan sistem baru. Memang kelautlah jawabnya.

Masalah ketumpulan serangan saya tak cakap punca Sturridge. Tetapi jika Firmino yang bukan penyerang tulen kena main No.9, memang Liverpool perlu penyerang baru yang boleh berikan lebih dari apa yang Firmino berikan setakat ini. Setakat ni penjaring gol utama ialah Mane tetapi seperti Firmino, Mane bukanlah penyerang tulen tetapi pemain sayap yang sekali-sekala boleh harapkan buat gol.  Tapi bila dia pun tak menjadi, hasilnya kebuntuan depan gol tak membantu defisit kelompongan pertahanan yang kerap bolos.

Feb 23, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN LEICESTER

Leicester dalam zon penyingkiran. Macam tak boleh pecayakan. Tetapi itulah hakikat sebenar bolasepak. Momentum kejayaan menjuarai Liga Perdana Inggeris takkan boleh bertahan lama jika takda perubahan kepada pasukan. Dok main corak yang sama diulang-ulang. Pemain utama Kante kena jual dan diganti pemain yang tak mampu ganti beliau. Vardy dan Mahrez dah hilang taring, mungkin sebab kecewa bila tak dibernarkan berpindah ke kelab besar. Pertahanan

Pak Cik Ranieri rasanya pegang Liecester ketika momentum sedang mencanak. Yang mengeluarkan Leicester dari zon penyingkiran musim sebelum tu ialah Nigel Pearson. Dia mungkin bukan pengurus hebat tapi jurulatih sebenar yang membentuk perilaku pemain jadi sang juara. Ranieri bukan jurulatih tetapi pengurus yang bijak mengatur strategi dalam padang. Sebab itu dia dapat gelaran Tinkerman , Sang pemikir,  ketika di Chelsea.

Sekarang Leicester dah kehilangan idea. Sedang jatuh menjunam. Ranieri masih belum temui rentak untuk kembali buatkan pasukan yang dapat gelaran Sang Musang, jadi musang yang sakit. Bukan lagi musang juara curi ayam kambing orang kampung. Malah lawan Sevilla dalam Liga Juara-Juara mereka tewas tipis 1-2. Alasan mungkin nak tumpu Liga kot. Tapi inilah kesempatan untuk Liverpool menambah luka yang dah berdarah biar lagi parah.

Mignolet
Clyne Matip Klavan Milner
Lana Hendo gini
Mane Firmino Coutinho

Saya tak nampak Liverpool perlu risau dengan Leicester lagi. Kekalkan corak lawan Spurs dengan main dengan lebih sederhana. Jika nak serang tak perlu bawak geng ramai-ramai. Kalau ramai sangat ini bagi peluang lawan nak main susun bas. Kang jadi lain pula nanti. Pergi ke La Manga, Sepanyol bukan sekadar makan angin layan cuaca panas kat sana sambil kayuh gerek.  Klopp sedang merencana taktikal disamping merapatkan sillaturrahim antara rakan sepasukan.

Mungkin sedikit kegusaran bila lawan dengan pasukan di zon penyingkiran. Selalu mereka akan fokus untuk cuba cari jalan keluar dengan main gila-gila. Semangat mereka tak boleh nak jangka. Tengok macam lawan Sunderland dan Swansea, mereka main cermat dan ambil peluang sebaiknya, walaupun pasukan kita membolot penguasaan bola. Main susun bas pun susun bas lah, apa yang penting itulah satu-satunya cara mudah nak tewaskan Liverpool setakat ini.





























Feb 18, 2017

KENAPA DAN MENGAPA?



Terima kasih kepada yang memberikan maklumbalas kepada artikel saya yang tak seberapa baru-baru ini yang bertajuk APA YANG SAYA RASA DAN APA YANG ANDA RASA.Kepada tuan admin,jaga kesihatan bro.Dah nak masuk 4 series tu,makanan kena jaga.Selalu-selalu lah ke gym bagi mengeluarkan peluh.Bila penyakit mula hinggap,ubat pil adalah peneman sepanjang hayat.Sekali lagi artikel ini dari sudut pandang saya.Mungkin ada yang tidak bersetuju,saya mohon keampunan.

Satu perkara yang cukup menarik perhatian saya berkenaan dengan pasukan kesayangan kita ini ialah bagaimana kita dapat mencuri mata dengan pasukan-pasukan yang mantap dan keciciran mata yang merugikan kepada pasukan-pasukan yang kita anggap lemah.Bila kita berdepan dengan pasukan yang lemah,pengurus mereka cukup bijak untuk tidak bermain secara terbuka yang mana cukup digemari oleh pasukan kita untuk meratah mereka hidup-hidup hingga ke tulang.


Apabila mereka cuba untuk bermain secara terbuka,mereka seolah-olah mengundang kecelakaan kepada diri mereka sendiri.Jadi,pengurus mereka akan menyusun mereka supaya bermain secara 'bertahan dan tunggu kesilapan'.Di sini lah antara punca-punca kita banyak kehilangan mata pada bulan Januari.Tidak dinafikan antara penyebab lain adalah faktor kecederaan dan kehilangan mane.Termasuk jugak situasi 'off-form' dari beberapa pemain seperti mat kaca.(panas pulak hati nak cerita pasal mat kaca nie).

Kenapa kita boleh mencuri mata dari pasukan-pasukan enam teratas?Bagi saya,jawapan nya mungkin cukup mudah.Adakah pengurus-pengurus mereka sanggup untuk menggadaikan falsafah permainan mereka dan bermain secara bertahan?Jawapan nya TIDAK untuk chelsea,spurs,man citeh dan arsenal.Walaupun ada diantara permainan mereka tidak beberapa cantik,tetapi mereka tidak sanggup mencuri mata secara pondan.Tidak seperti kelab yang satu lagi,tak payah sebut lah kan.Jadi,pasukan-pasukan ini akan bermain seperti kebiasaan yang mereka main.Masing-masing dapat mempamerkan mutu permainan yang berkualiti dan menghiburkan kerana pengurus mereka percaya yang mereka boleh membaham kita dan mereka main untuk menang.Bukan sekadar untuk seri ataupun mengelakkan kekalahan.

Sedikit ulasan tentang perlawanan menentang spurs baru-baru ini.Cuma penambahan sikit dari tuan admin.Saya tidak malu mengatakan yang sepanjang separuh masa pertama,orang rumah tarik muka masam dengan saya.Sebab apa?Saya cukup-cukup teruja dengan mutu permainan team kita sehinggakan orang rumah ajak berborak saya suruh diam sekejap.Hahaha...Gegenpressing diadaptasi sepenuhnya oleh pemain-pemain kita.Bukan sahaja harry kane menyundal sorang-sorang kat atas,eriksen dan alli pun bersama meramaikan majlis.Cuma kredit untuk son sebab rajin mencari peluang.

Akhir kalam,saya amat berharap agar pasukan kita tergolong dalam Top 4 untuk melayakkan diri ke UCL.Mungkin bagi saya,harapan untuk kita menjulang trofi musim ini agak samar.Musim depan mungkin milik kita.Siapa tahu?Anda tahu?Sesiapapun tidak tahu.Jadi sama-samalah makan tauhu di padang kota,tuan admin belanja.Boleh bos?

Feb 15, 2017

CERITA TENTANG PILIHAN TERBAIK

Abam yang berbaju Oren, Topi merah LFC.

Sebenarnya sejak dua menjak tak menulis Abam terlalu sibuk dengan aktiviti riadah. Sejak pergi buat pemeriksaan kesihatan, doktor nasihat suruh kurangkan kolestrol. Apataknya kerja kat Negeri Penang Darul Nasik Kandar, udah lah pemalas nak beriadah tambahan geng sekerja ramai kaki melantak nasi kandar, maka abam pun terjebak sehingga tahap kolestrol atas pagar. Apatah lagi kena pula ada rakan sekerja yang dah kena serangan jantung dan terpaksa masuk spring dalam urat jantung.Sekarang makin kerap ke Gim dan ikut kawan2 naik bukit gunung, sebab nak bakar kolestrol.

Bukan nak jadi pakar kesihatan tetapi cerita pasal insiden sesat dalam hutan yang membuatkan abam rasa ianya ada kena mengena dengan pintu perpindahan Liverpool. Ianya berkaitan dengan pilihan samada meneruskan perjalanan dengan ketiadaan bekalan dengan menanggung azab atau patah balik dapatkan sumber bekalan untuk selamatkan diri. Mungkin benda ni tak berapa nak kena mengena tetapi dalam kehidupan kadangkala keputusan yang tepat pada masa yang sesuai takkan menyusahkan diri dan mengheret pasukan dalam keadaan genting.

Kalau sesiapa yang pernah ke Taman Negara Telok Bahang pasti cakap tempat tu biasa-biasa sahaja kan. Samada ke Pantai Kerachut mahupun ke Monkey Beach. Namun bagi yang terlebih semangat nak ke destinasi tanpa bekalan cukup dan panduan tepat kedestinasi dengan hanya bersandarkan teori dan pengalaman meredah gunung, maka apa yang dapat ialah azab sengsara dan keletihan separuh mati. Memang rancangan asal sekadar nak ke pantai Kerachut dan lepas itu ke Monkey beach nak mandi-manda pada Hari Raya Cina baru-baru ni.

Perjalanan sampai  pukul 12 tengah hari ke Pantai Kerachut dan nak cari trek denai yang kononnya ada ke Rumah Api Muka Head. Tetapi trek yang dicari tak jumpa dan terpaksa turun ke arah pantai dan lalui kawasan batuan tepi pantai. Usia nak sampai 4 Siri, setakat nak redah jalan denai memang takda masalah. Tetapi masalahnya nak melompat-lompat dari batu ke batu yang lain itu memang mengazabkan. Tapi lebih bermasalah jika tak boleh nak pergi ke batu besar sebab terlalu tinggi terpaksa naik ke hutan lalui semak samun dan terpaksa redah duri pokok nibong dan ranting kayu sampai luka dan berbirat.

Ketika dalam rasanya separuh perjalanan lagi nak sampai ke Muka Head, bekalan minuman telah habis. Nak cari bekalan air bersih memang tak jumpa sebab kena panjat naik ke atas bukit dan turun balik kelembah sebalik bukit untuk cari bekalan air. Keadaan agak tegang bila kepala rombongan yang nak teruskan perjalanan sebab dia yakin tak jauh dah destinasi dan buat andaian ada sumber air kat sana. Namun majoriti menolak dan mamat tu agak kecewa dan kami terpaksa patah balik sebab dah pukul 3 petang. 3 jam perjalanan baru separuh jalan dan kalau patah balik pun pukul 6 sampai dan boleh sampai sebelum cuaca gelap.



Kat sinilah pilihan yang tepat kami ambil kerana  dengan tiada bekalan dan hanya berharap dengan persepsi bahawa kita boleh teruskan dengan kudrat sedia ada, misi mustahil ini akan bawa padah. Begitulah juga dengan cerita perpindahan Januari lepas. Keadaan mungkin tak serupa tetapi apa yang Klopp buat ialah penilaian yang makan diri. Berharap dengan sisa kudrat pemain yang terlalu keletihan main dalam jadual Disember yang padat. Maka hasilnya keputusan Januari memang berikan kesudahan yang perit buat pasukan. Dari pengejar Chelsea terjerumus ke tangga ke-5.

Opsyen yang Klopp nampak macam kepala rombongan kami nampak. Teruskan sebab dia dah biasa dengan pengalaman untuk perjalanan meredah kesusahan lalui detik-detik sukar. Tetapi apa yang orang lain nampak ialah kena buat keputusan yang terbaik untuk elak musibah sebab malapetaka tak dijangka samada kita nak ambil langkah berjaga-jaga. Kalau tak kena tak apa sebab kami ambil pilihan selamat patah balik, yang sepatutnya Klopp ambil gunakan perpindahan Januari untuk kekalkan momentum Disember.

Saya tak anggap Klopp salah sama macam kepala rombongan kami. Tetapi silap langkah boleh mengheret pasukan dalam bahaya. Macam kes kami, kalau dah gelap tak jumpa laluan ke Monkey Beach alamat tidur semalaman dalam hutan atau atas batu. Silap-silap gaya esoknya tanpa makanan dan minuman semalaman kena panggil bantuan Renjer Hutan , JPAM, Bomba dan mesti glemer muka masuk akhbar Harian Metro versi Utara. Hahaha mintak simpang malu ooiii.

Perihal perpindahan ni sebenarnya nak tulis sejurus  lepas balik sebab memang isu perpindahan masih panas. Tetapi sakit-sakit badan selama kat seminggu ditambah pinggang rasa sakit terus simpan idea nak menulis. Tambahan pula orang rumah pula tak berapa sihat dah beberapa minggu dan minggu lepas kena tahan di wad KPJ Penang. Cuma apa yang kami rasai ialah pengalaman hidup sebab buat pilihan yang salah pada mulanya tetapi gunakan waktu yang tepat untuk tidak teruskan perjalanan yang agak mustahil.

Tetapi Klopp memang kental sebab dia tahu risiko yang diambil tetapi masih teruskan dengan juga dengan pilihan yang berisiko. Saya rasa dia tak salah cuma terlalu takut nak minta dana dari FSG sebab dia taknak susahkan pemilik. Sebenarnya tak membazir beli pemain pengganti Mane walaupun Mane cuma pergi selama sebulan. Kita tengok mata yang banyak  terbuang dan terkeluar dari saingan Piala EFL dan Piala FA akibat tiada bekap yang sesuai dan pemain sedia ada yang kehabisan tenaga.

Liverpool boleh bina balik kekuatan selepas kemenangan dengan Spurs baru-baru ini tetapi perjalanan masih berliku dan tak pasti lawan kita akan semudah Spurs atau sama macam laluan berliku januari sebab lawan kita majoriti bukan lagi pasukan 6 teratas. Namun begitu rasanya Klopp akan faham bahawa tragedi Januari takkan diulangi lagi musim depan. Macam itulah geng kembara kami, walaupun masih tak serik nak ke destinasi yang sama hujung bulan ni, persedian lebih rapi untuk kembali ke destinasi yang tak kesampaian tempohari.


Feb 13, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 2-0 SPURS


Inilah permainan yang paling mengancam Liverpool main sejak kemenangan dengan City hujung tahun 2016. Patutnya macam inilah yang perlu kita main masa lawan pasukan bawahan sebelum ni. Spurs juga pasang perangkap sama macam pasukan lain yang datang ke Anfield. Cuma pemain kita macam dapat motivasi baru dah main dengan kepelbagaian. Salah satunya ialah hantaran jauh bola tinggi yang kita nampak merapu tetapi ianya macam sebahagian dari taktik nak ubah fokus lawan sebab mereka jangka pasukan kita nak main hantaran pendek setiap masa.

Kemasukan Gigi kedalam pasukan menggantikan Emre si anak emas Klopp memang mengubah terus 360 darjah permainan bahagian tengah. Pemain tengah Spurs tak dapat merasa nak pegang bola. Gigi dan Lana tak bagi can lawan nak bawa bola, kalau tak diserbu dan dirampas mereka akan sentiasa tutup ruang hantaran. Sebab itu kita tengok Kane memang hambar. Sebab Alli dan Eriksen kena kacau dan mereka banyak buat kerja bertahan dari menyerang. Cuma Son si Kpop mencuri tumpuan dan berpeluang buat gol namun Mignolet memang hebat.

Kita tahu Spurs memang main dengan pertahanan yang naik keatas. Tetapi tanpa Rose dan Vertoghen, pengganti mereka Dier dan Davies memang lauk bagi serangan Liverpool. Gegenpressing memang punca gol Liverpool. Gol pertama hasil gerak Lana dan Firmino yang memenangi bola dan dapat kepada Gigi. Gigi melihat Mane dalam keadaan bersedia buat larian ditambah pula hanya berdepan seorang bek Spurs, maka di melorongkan bola pantas dilaluan Mane. Maka Mane dengan larian yang tak terkejar dek bek Spurs meledakkan gol pertama Liverpool.

Tak sampai 2 minit dari gol pertama Liverpool sekali lagi Spurs mendapat habuan kerana tak menyangka pemain kita dah main sedikit bertahan. Hantaran bola tinggi ditampan Dier dan mungkin nak buat hantaran bawah. Tetapi Mane cukup pantas menyerbu kaki Dier dan melarikan bola dan Firmino bersama beliau buat larian keatas. Mane cuba dikepong dan dia meleretkan bola kepada Lana yang baru sampai dari tengah tetapi rembatan Lana ditepis Lloris dan muntah kepada Firmino. Firmino merembat tetapi ditampan, sekali lagi oleh Lloris, namun bola terbias kearah Mane dan dirembat padu untuk gol ke-2 Liverpool.

Separuh kedua Liverpool Liverpool dah main lebih kedalam dan membiarkan Spurs sedikit menyerang tetapi dalam pada itu Liverpool masih buat banyak percubaan yang agak bahaya. Coutinho , Matip dan juga Mane yang berupanya buat hatrik tak berdaya menambah gol Liverpool sebab Klopp dah suruh anak buah main bertahan. Bukan bertahan susun bas tetapi pertahanan kiri dan kanan diarahkan duduk di kawasan sendiri dan bantu bila keadaan selamat kat bawah.

Perlawanan ini pemain yang jadi kambing hitam dalam perlawanan Hull, Mignolet dan Lucas jadi kemain hebat. Mignolet punca serangan pertama dari Spurs yakni rembatan Son di selamatkan. Malah setiap kali sepakan sudut taua sepakan percuma Mignolet kemain konfiden menyerbu dan memenagi bola. Lucas pula bukan jadi lubuk lawan lagi, malah beliau begitu pro-aktif hinggakan kita tak perasan tang mana Kane main sebab bila bola hantaran nak sampai kepenyerang, Lucas dengan pantas menyerbu dari bola dipegang lawan.

Apa pun perlawanan tersebut nampak bahawa Liverpool perlu penyerang yang pantas dan prolifik seperti Mane dalam pasukan. Tetapi bergantung juga kepada cara lawan main sebab jika mereka main susun bas agak sukar nak buat lorongan dan larian yang Mane buat. Jadi yang perlu ialah Liverpool kena main akal dan biar lawan naik keatas sedikit biar mereka ralit. Dan bila ada peluang jangan nak buat hantaran pendek. Tetapi pemain serangan kena bersedia serbu lawan bila lawan naik keatas dan bersedia untuk serang balas secepat mungkin.

Kita kena terima kasih dengan pengurus Spurs yang berlagak nak main bertahan sampai atas. Bukan dia tak tahu Liverpool memang suka lawan main cenggitu. Tetapi dia yakin dia ke Anfield dengan misi nak menang. Konon nak padamkan impian Liverpool nak kekelompok 4 terbaik. Tetapi jangkaan beliau meleset sebab cuba nak main dengan ketiadaan pemain terbaik mereka yakni Vertoghen dan Rose. Lagi satu mereka tak menyangka bahagian tengah Liverpool bukan main menyinga, sebab kehadiran Gigi dalam pasukan. Kalau nak harap Emre, kirim salam nak dapat keputusan sebegini.

Feb 10, 2017

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN SPURS

Maaf semua bedah siasat lawan Hull tak sempat nak diudarakan. Orang rumah kena tahan wad dan abam terpaksa jadi suri rumah sepanjang minggu lepas. Terima kasih buat penulis baru Blog ni Brader awangTHRASHER . Beliau jadi penyelamat juga sebab lama dah ber krik krik blog ni. Harap brader kita selalu-selalukan diri selit meyelit artikel yang mantap macam sebelum ni.

Tengok juga perlawanan tu dan apa yang dapat saya simpulkan kita main dengan taktikal terbaik kita, cuma Hull bermain dengan cara  pasang perangkap. Pemburu nak lawan Harimau yang garang bukan nak kena pergi berdepan bidik senapang semasa rimau nak terkam. Pasang jerat kalau tak mengena tak apa, tapi kalau mengena harimau yang kuat tinggal tulang saja. Walaupun Hull tu maskot dia Harimau, tetapi mereka main cerdik macam kancil.

Pada saya pemain mungkin ada yang jadi penumpang. Tambahan Emre yang ketika serang balas gol Oumar Niasse hanya melihat simpati rakan-rakan mengejar pemain Hull. Padahal dia patut kejar sebab dia antara terdekat. Tetapi apa nak buat Emre bagi saya mungkin dah pancit sebab anak emas Klopp tu dah berapa dapat peluang berbanding Gigi. Lucas pula bukan salah beliau. Dia ada limitasi sebagai pemain pertahanan. Tetapi paling malang ialah Klopp berani bagi dia main tanpa hiraukan impak serangan balas lawan untuk cendolkan Lucas yang tak pantas nak rempit balik kebawah. Saya pening kenapa tak beri Gomez masa permainan untuk Hull.

Serangan kita hambar sebab tiada pemain yang boleh buat majik macam Suarez menyelit dalam celahan dan himpitan susunan bas. Masalahnya bukan berani atau tidak tetapi pemain kita lebih rela tunggu rakan nak hantar bola dari penjuru sayap daripada minta untuk main satu-dua dalam kotak. Buat apa bek kiri dan kanan dok buat menyemak kat atas jika pemain sayap dok kat tengah. Saya tengok kalau nak berjaya nak robek susun bas ni kena main macam Man City  era Mancini, dua penyerang,  Aguero sebagai perayau dan Dzeko sebagai pemain sasaran yang boleh simpan bola dengan kebolehan fizikal.

Karius
Clyne Matip Lovren Milner
Gigi Hendo Lana
Mane Firmino Coutinho


Rasanya cukup sementara ni Mignolet main. Peluang dah diberi dan Mignolet pula kian hambar. Gol pertama Hull memang angkara Mignolet yang tangkap bola macam tangkap belut. Patut bila lawan dah dekat nak celen bola, jangan harap pengadil nak kasihan bagi kelebihan untuk kekasaran mahupun offside . Patut ditumbuk keluar dulu, baru fikir pengadil nak tuip wisel atau tak. Kita ingat mignolet dah berubah tetapi dia masih belum konsisten sepenuhnya. Karius kena bagi peluang sebagaimana Mignolet dapat peluang bila karius buat silap dulu.

Lovren belum tentu dapat main, tetapi jika beliau mahupun Klavan tak boleh main harap sangat jangan gunakan Lucas lagi sebagi bek tengah. Lucas mungkin hamba kelab yang setia, bagi main kat mana pun dia sanggup. Tetapi kekurang beliau sangat membahyakan pasukan dikala kena serang. Lebih afdal saya harap Gomez dapat main sebab dia ada semua kelebihan mungkin kecuali kurang pengalaman. Tapi bila dah main dengan Matip, pelan-pelan dapat tadah ilmu dan cepat sikit kematang an beliau.

Bab Emre macam saya bagitahu sebelum ni. Dia patut kena simpan jika Klopp bagi alasan yang beliau masih belum pulih sepenuhnya akibat kecederaan betih. Kalau Gigi tak cergas, biar Stewart main ditengah bertahan dan boleh lonjakkan Kapten Hendo main kotak-ke-kotak bersama Lana. Barulah stabil sikit kat tengah sebab Stewart telah tujuukan pada musim lepas dia main baik juga bila diberi peluang. Dia cukup cermat buat hantaran dan paling penting gerak hati yang pantas bila pasukan dalam situasi kena serang.

Serangan Liverpool tak perlu risaukan pertahanan Spurs. Pocchetino janji takkan gadaikan prinsip demi 3 mata. Harap mereka tak janji capati nak main susun bas. Sebab pasukan macam Spurs nampak huduh jika main sebegitu. Dengan ketiadaan Verthogen dan Rose mungkin misi penyerang kita tak berapa sukar namun bahagian tengah kena pastikan beri bantuan sebaiknya kepada penyerang. Bahagian tengah Spurs antara yang terbaik dalam Liga Perdana, terutamanya Dele Alli. Kamjad betul pemilik FSG sebab tak bagi Brendan beli pemain ni sebab takda pengalaman katanya.

Lawan Spurs nanti di Anfield harap jadi medan penebusan mata untuk Liverpool. Saingan nak rebut kejuaraan boleh simpan sebelah. Sekarang 5 pasukan sedang berentap nak berebut 3 slot ke Liga Juara-Juara. Ni bukan main enjit-enjit semut siapa sakit naik atas. Siapa sakit akan kena tinggal jauh dan jauh lagi.  Dalam  perlumbaan yang hanya tinggal 12 perlawanan lagi kena tinggalkan masalah keserabutan yang lepas dan pemain kena fokus untuk tebus balik kesilapan. Klopp juga kena longgarkan sikit falsafah taktikal  sebablawan boleh teka corak permainan kita. 

APA YANG SAYA RASA DAN APA YANG ANDA RASA


Saje nak menyelit sikit bagi artikel sebab nampak tuan admin agak sibuk dan blog agak menyepi sehingga labah-labah dah buat sarang.Kalau dibiarkan lama sikit lagi mungkin akan dimakan anai-anai.Mungkin sibuk dengan tugas harian.Jadi saya ambik kesempatan untuk meluahkan sedikat rasa ketidakpuashatian tentang perfomance team kita.

Ramai yang sedia maklum yang team kita mengaplikasikan taktikal dan formasi counter-pressing atau lebih mudah difahami dengan panggilan Gegenpressing.Taktikal ini sememangnya memerlukan kekuatan fizikal dan stamina yang cukup ampuh dan memerlukan penggunaan tenaga tambahan dari bateri energizer.Berbeza dengan Barcelona yang lebih bertiki-taka dan sabar dalam membentuk serangan.Apabila bola tiada di kaki,rampas kembali bola dan mulakan balik dari mula.

Berbeza dengan gegenpressing dimana kita bermain dalam tempo yang laju.Melakukan high pressing.Sehinggakan pada satu-satu masa hanya ade sorang centre back dibawah.Tidak hairan lah jika lallana adalah pemain yang paling banyak berlari dalam liga.Apabila bola dapat dirampas kembali,terus melakukan serangan secepat mungkin.Pemain-pemain akan cuba membuka ruang untuk melakukan serangan dan ternyata gandingan coutinho,firmino dan mane adalah yang terbaik setakat ini.Dibantu juga kapten hendo yang akan cuba mencorak dan membuka permainan dari bawah dan wijnaldum yang cuba untuk crowded dan penetrate defend.Dua orang side bek dah jadi macam winger untuk hantar bola ke tengah.Ini adalah apa yang saya lihat dan faham tentang taktikal liverpool.

Kenapa saya bercerita tentang ini?Sebab saya melihat cara untuk melawan balik taktikal gegenpressing ini adalah bermain secara susun bas dua tingkat tetapi bukan sistem yang dmainkan oleh chelsea di zaman mourinho tetapi bertahan secara bijak atau lebih senang nak faham,'sit deep and counter'.Bertahan secara maksima,tutup ruang,cuba elakkan hantaran dibuat ke dalam kotak penalti dan bila ada kesilapan dari pemain kita,terus melakukan serang balas di mana pada ketika itu pemain kita mungkin berada pada kedudukan off-position.Ini hanya memerlukan 2,3 orang pemain untuk membuatkan pertahanan kita seakan mati pucuk untuk mengejar menutup ruang yang telah terbuka.Ini adalah pemerhatian saya dan apa yang saya faham.

Tidak pasti adakah gegenpressing ini ada jalan penyelesaian untuk cuba runtuhkan kekebalan pertahanan atau gegenpressing ini tidak sesuai dimainkan untuk taktikal susun bas.Itu saya tidak tahu.Yang paling arif dalam hal ini sudah semestinya Klopp sendiri.Beliau lebih faham dengan pemain dan sisten yang dia ada.Kita hanya peminat yang jauh.Pada awal musim kita nampak gah dan hebat sebab pasukan lawan tidak jumpa taktikal yang sempurna untuk mengekang asakan yang bertali arus dari pemain kita.Sekarang mereka sudah ada taktikal untuk memandulkan taktikal Gegenpressing.

Apa kata anda?

Feb 3, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN HULL

Rasanya dah boleh tukar sasaran pencabar kejuaraan kepada sasaran empat terbaik. Peluang nak pintas Chelsea makin jauh dan rasanya tak tergapai. Tragedi demi tragedi dalam Januari yang memusnahkan segala impian. Macam berlaku gempa bumi, lepas tu Tsunami dan banjir besar, pakej yang membuatkan kita terlepas Final Piala Liga, Piala FA dan keciciran dari posisi ke-2 turun ke-4.

Alasan utama diberi kita kehilangan Mane. Tetapi sebenarnya alasan Mane itu tunjukkan kita tak punyai pemain yang boleh mengubah suasana permainan. Dulu Torres lepas tu Suarez sekarang nak letak atas kepala Mane itu macam mengarut. Patutnya Klopp kena pelbagaikan corak permainan agar tak tertumpu kepada kekuatan perseorangan walaupun taktikal beliau nampak gah.

Mignolet
Clyne Matip Lovren Milner
Lana Hendo Gigi
Mane Firmino Coutinho

Apapun jua setelah seri dengan Chelsea, segala kekalutan bahawa pasukan kita dalam keadaan kritikal telah terjawap. Bila pemain utama main baru kita nampak pasukan kembali nampak menyinga. Jadi maknanya pemain simpanan sedia ada memang tak boleh belah kalau yang tua dan bagi yang muda mereka belum cukup bersedia.

Lawan Hull nanti saya rasa satu lagi cabaran yang getir sebab tak tahu apakah mereka akan main macam lawan Manyu. Mungkin saya tak tahu cara mereka main tetapi jika dengan Menyu yang dalam prestasi terbaik mereka boleh tapau 2-1 Piala EFL dan seri 0-0 dalam perlawanan EPL, rasanya Hull main macam bapak rimau bukan anak rimau masa kita tapau mereka 5-1 dalam pusingan pertama.

Markovic yang kita pinjam ke Hull tak boleh main lawan kita. Orang cakap antara tranformasi Hull kebelakangan ni ada kena mengena dengan beliau. Bagus tengok mamat ni kembali bermain dan tunjukkan bakat beliau. Namun pengurus, Marco Silva antara punca utama sebab ada orang cakap dia punyai kesamaan macam Mourinho yang muda2 bukan versi tua penakut sekarang.

Jadi Klopp kena berhati2 skit sebab masa sekarang pasukan kita tak boleh nak buang mata lagi. Silap langkah tak dapat mata maksimum Man City bila2 masa bleh potong kita untuk posisi ke-4. Klopp juga kena ambil tanggungjawab sebab tak perkuat barisan utama Januari ni. Kalau dia yakin dengan skuad sekarang itu pilihan dia. Cuma mintak simpang pemain cedera terutamanya Mane dan Henderson. Sebab dua orang ni bagi saya punca kekuatan Liverpool musim ni.


Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (22) Lucas Leiva (21) cartoon (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) kontrak (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails