Pages

Mar 9, 2018

LIGA PERDANA: MAN UNITED LAWAN LIVERPOOL


Sedikit rangkuman pasal Liga Juara-Juara nak selit. Liverpool dah layak dengan agregat 5-0. Kenduri kat Porto dan main syok-syok kat Anfield seri tanpa jaringan. Macam kebetulan misi Istanbul 2005, layak buat kali pertama setelah ghuyup bertahun-tahun dan menang Liga Juara-Juara. Abam tak nak cakap perkara boleh berulang, namun musim ni dengan keupayaan disetiap posisi yang makin mantap. Apa salah bermimpi. Sebab banyak pasukan ngeri dengan serangan Liverpool sebab mereka paling takut pasukan yang main serang hendap.

Abam sendiri tak kisah bertemu siapa. Nak risau apa. Menang atau kalah akan beri petunjuk dimana kekuatan dan kelemahan pasukan. Kat situ Klopp boleh perbaiki lagi pasukan untuk persaingan Liga Juara-Juara musim depan. Sebab Klopp sedang CCTV beberapa pemain sedia ada hingga hujung musim untuk buat penilaian samada mereka layak kekal atau digantikan dengan pemain yang lebih bagus. Taknak namakan secara umum namun kita tahu ada beberapa pemain utama dan simpanan yang akan angkat bungkus jika mereka tak konsisten.

Karius
Trent Lovren Van Dijk
Emre Hendo Ox
Salah Firmino Mane

Musim ni Menyu berbelanja besar lagi. Pasukan Mourinho boleh dikatakan skuad terbaik dan termahal berbanding kita. Itu atas kertas. Yang membawa beza ialah Klopp dan Mourinho ialah taktikal. Apa korang rasa jika skuad Menyu sekarang ditangan Klopp dan Mourinho dapat skuad sekarang. Klopp mungkin lebih selesa, tetapi Mourinho akan hari-hari merungut dan ketuk pintu pejabat Glazer minta dana. Sebab Mourinho dia terlalu bergantung kepada individu. Namun dalam kes Pogba, dia macam kera dapat bunga. Tak reti menilai keupayaan pemain. Padahal dapat kat Klopp rasanya dia beri posisi macam Ox main.

Pertembungan lepas masam seri kat Anfield memang berat sebelah. Diorang main susun bas sungguh-sungguh. Sampai Lukaku dok kena hurung lalat kat atas sorang-sorang. Ada kala sebab nak hilang bosan dia turun bawah bagi lagi sesak. Kiranya macam perlawanan Liverpool lawan Dea Gea sorang bukan 11 orang. Sebab kalau tak kerana goli mereka, rasanya bungkus awal lagi. Bukan nak minta Real Madrid beli goli mereka, cuma kita nak tengok tanpa De Gea, camna mereka nak selamat. Paling kurang mereka kena ganti dengan Neuer Munich atau Buffon Juventus, baru boleh selamat.

Kali ini abam harap Menyu main lebih anak jantan. Takkan kat laman sendiri nak hampakan peminat sendiri nak susun bas bagai. Kalau mereka lebih menyerang, mungkin mereka punyai peluang sumbat gol sebab kualiti pemain serangan mereka boleh tahan. Namun dari segi yang lain pasukan kita akan lebih selesa sikit nak menyerang dan juga cari gol. Kiranya situasi masih 50-50 dan baru ada nilai hiburan sedikit. Macam lawan Man City haritu, walaupun menang 4-3 kita seronok tengok kedua-dua pasukan main.

16 comments:

  1. MANU 0-3 LIVERPOOL

    -ANAK MAK WA-

    ReplyDelete
  2. man 1 liv 3

    nak main bola kena seronok. main pasif apa seronok..

    ReplyDelete
  3. "Perang bola sepak"...siapa sabar dan bijak guna peluang..dia menang.Man u 2-3 Liv.

    ReplyDelete
  4. Lineups
    Goalkeeper
    1 David De Gea
    Defence
    25 Antonio Valencia
    Defence
    3 Eric Bailly
    Defence
    12 Chris Smalling
    Defence
    18 Ashley Young
    Midfield
    39 Scott McTominay
    Midfield
    31 Nemanja Matic
    Midfield
    6 Paul Pogba
    Forward
    14 Jesse Lingard
    Forward
    9 Romelu Lukaku
    Forward
    7 Alexis Sanchez
    Injured
    21 Ander Herrera
    Injured
    17 Daley Blind
    Injured
    27 Marouane Fellaini
    Injured
    4 Phil Jones
    Coach
    Jose Mourinho
    Goalkeeper
    1 Loris Karius
    Defence
    66 Trent Alexander-Arnold
    Defence
    32 Joel Matip
    Defence
    4 Virgil van Dijk
    Defence
    26 Andrew Robertson
    Midfield
    21 Alex Oxlade-Chamberlain
    Midfield
    14 Jordan Henderson
    Midfield
    23 Emre Can
    Forward
    11 Mohamed Salah
    Forward
    9 Roberto Firmino
    Forward
    19 Sadio Mane
    Coach
    Jurgen Klopp

    ReplyDelete
  5. MU 1-1 Liverpool,..susun bas lgi lwn kita

    ReplyDelete
  6. MU 1-1 Liverpool,..susun bas lgi lwn kita

    ReplyDelete
  7. Liverpool 2-0 man utd

    Kumai

    ReplyDelete
  8. The Red Devils 1-2 The Reds

    #YNWA

    ReplyDelete
  9. mu 2 - 1 liv
    -stan-

    ReplyDelete
  10. kasi kena la ini kali!
    Man u 0-3 Liverpool
    #ynwa

    ReplyDelete