Pages

Aug 4, 2009

'EPL liga terbaik dunia'

LONDON - Fernando Torres tetap menganggap Liga Perdana England adalah liga yang terbaik di dunia meskipun perbelanjaan besar telah dilakukan kelab-kelab dari Sepanyol pada musim perpindahan ini.

Bintang The Reds itu juga percaya liga lain di Eropah perlu meningkatkan kualiti mereka sebelum boleh mengangkat status setaraf dengan EPL.

Ingatan itu termasuklah kepada kempen Liga Sepanyol yang bakal menyaksikan penampilan musim pertama Pemain Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo.

"Bola sepak England mempunyai pengikut yang terbesar di seluruh dunia, bukan saja kerana pemain, tapi juga kerana sejarahnya, tradisinya, keterujaannya dan juga peminatnya," kata Torres.

"Liga lain, termasuk Liga Sepanyol sekali pun boleh belajar banyak perkara daripada EPL. (Real) Madrid telah membawa Kaka dan (Cristiano) Ronaldo, manakala Barcelona ada Xavi dan (Lionel) Messi, tapi sebenarnya EPL masih jauh hebat di depan."

Torres juga berharap Liverpool mampu memberi cabaran dalam perebutan kejuaraan musim ini dan menjelaskan yang dia mahu menjulang sebanyak mungkin trofi sepanjang kariernya di Anfield.

"Memenangi gelaran liga di sini adalah sama seperti memenangi Kejuaraan Euro bersama pasukan Sepanyol tahun lepas," kata Torres.

"Seorang pemain mahu diingati atas apa yang mereka telah menangi dan sumbangan mereka kepada kelab.

"Sepuluh tahun selepas kamu bersara, kamu pasti mahu lihat medal dan trofi yang dimenangi. Kamu mungkin ada kereta yang hebat dan rumah yang besar, tapi perasaannya masih tidak sama." - Agensi

1 comment:

  1. cinta habis torres nie kat epl...terutama liverpool la...kerap jgk dia mengomen sejak akhir2 nie...apa pun all the best

    ReplyDelete