Pages

Oct 12, 2009

Kaiser Pulang ke Liverpool

Dietmer Hamman pulang ke pangkuan Liverpool setelah dilepaskan kontrak oleh Manchester City awal musim lalu. Namun kehadiran beliau bukannya untuk bersaing atau menggantikan sesiapa dibahagian tengah. Tetapi Didi sedang dalam proses mengambil lesen kejurulatihan dan di berikan peluang bersama Ian McPharlan, Pengurus Akademi Remaja Liverpool, untuk menimba pengalaman kejurulatihan di dalam akedemi.

Setahu saya kapten kita, Gerrard sendiri telah menyebut yang Didi merupakan salah seorang pemain yang banyak membimbing beliau ketika awal pembabitan bersama skuad utama dulu. Bakat Didi dalam kejurulatihan telah ditunjukkan semasa masih bermain lagi.  Dan sebagai bekas pemain yang berpengalaman luas dan faham selok-belok Liga Perdana saya rasa beliau bakal menjadi jurulatih yang baik samada untuk kelab kita atau kelab lain.

4 comments:

  1. ya hamman, kepentingan dia sama mcm alonso dulu

    ReplyDelete
  2. tapi rasanya kalau hamman ni main lg, mesti dia still lg bagus dr lucas...

    http://liverpool-malaysia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. i like didi hamman.
    cool ah die nie.men short pass je.aku suke

    ReplyDelete
  4. Aku paling suka time dia hold bola..
    mmg payah org nk rampas..

    ReplyDelete