Pages

Oct 30, 2009

Mata pilihan ganti Babel

Rafael Benitez bersedia memancing pemain sayap kiri Valencia, Juan Mata sebagai pengganti kepada Ryan Babel yang kini berdepan kemerosotan prestasi.

Mata, 21, mempamerkan aksi cemerlang dalam Liga Sepanyol musim ini dan Valencia pula yang kini amat memerlukan wang dilaporkan sanggup melepaskan pemain itu dengan harga £16.5 (RM93 juta).

Benitez yakin dapat melengkapkan perpindahan tersebut meskipun kontrak pemain antarabangsa Sepa- nyol itu bersama Valencia akan berakhir pada 2012.

"Kami mahu Valencia menghargai kualiti sebenar pemain ini dan ia bukannya hanya kerana wang semata-mata," kata ejen Mata, Juan Sr. yang juga ayahnya.

Mata pula berkata: "Kini semuanya terpulang kepada kelab (Liverpool) dan ejen saya (bapa). Benitez adalah seorang jurulatih yang ternama tetapi saya hanya mahu memberi tumpuan kepada setiap perla- wanan bersama Valencia tanpa sebarang gangguan."

Difahamkan, jika semua urusan berjalan baik, Mata akan berpindah ke Anfield pada musim perpindahan Januari depan.

Kelmarin, Valencia juga membayangkan kesediaan mereka untuk melepaskan dua bintang Sepanyol, David Villa dan David Silva.

Menurut laporan media tempatan, antara kelab yang berminat ke atas dua pemain itu ialah Manchester United selain Chelsea dan Real Madrid.

 

KOMEN: Memang molek sangat Mata ke Anfield tak payah nak ulas kehebatan pemain ini. Tapi persoalannya si Babel tu pula sapa yang nak beli. Valencia mungkin tidak kot. Masakan nak penaik gaji Mata pun dah susah, apalagi nak tanggung pemain baru. Saya rasa mungkin terpaksa tunggu awal musim depan. Itupun kalau ada yang beminat.

1 comment: