BLACKBURN - Meskipun Steven Gerrard bakal membuat kemunculan ke-500 bersama Liverpool dalam pertemuan dengan Blackburn malam ini, pemain tengah England itu bagaimanapun enggan meraikannya selepas merasakan cabaran The Reds merangkul kejuaraan Liga Perdana England (EPL) sudah berakhir.
Pemain tengah itu menyambut kejayaan peribadinya selepas kemunculan pertama ketika remaja 11 tahun lalu untuk menentang pasukan yang sama malam ini, dan melihat untuk meneruskan kejayaan perlawanan Merseyside hujung minggu lalu untuk memperkasakan posisi pasukan menjadi pasukan keempat terbaik.
Gerrard mengakui, pendahulu liga, Chelsea berada di landasan yang tepat untuk merebut kejuaraan dan Liverpool pula hampir tidak pasti untuk melangkah ke hadapan dengan jurang 13 mata yang wujud antara pasukannya dan pasukan pimpinan Carlo Ancelotti itu.
Bagaimanapun, dia turut yakin kehadiran Fernando Torres yang sembuh daripada kecederaan masalah mampu meningkatkan saingan The Reds sekurang-kurangnya pada kelayakan Liga Juara-Juara.
"Ia sangat bererti untuk saya secara peribadi dapat bertahan sebanyak 500 perlawanan kerana saya hanya seorang budak tempatan.
"Impian saya semasa muda adalah hanya bermain satu perlawanan sahaja bersama Liverpool, jadi untuk perjalanan sejauh ini, saya berasa sangat bangga bukan untuk diri sendiri tetapi juga untuk keluarga.
"Sepanjang masa ketika saya mahu membuat kemunculan pertama, bapa saya sering memberitahu 'anda sangat hampir untuk mendapat peluang'. Ketika itu saya berdoa untuk sebarang peluang yang datang.
"Ketika pemain-pemain berpengaruh seperti Steve McManaman dan Paul Ince cedera, saya telah menyelit masuk sebagai pengganti. Itu ketika menentang Blackburn dan sekarang pada kemunculan ke-500, saya sebagai kapten akan turut berlawan dengan pasukan yang sama. Saya mempunyai karier yang menakjubkan setakat ini dan berharap ia akan berterusan. Saya hidup dalam impian, tetapi kita terpaksa bersikap realistik, ada masa kita terkeluar daripada perlumbaan mengejar gelaran.
"Banyak pasukan dan perlawanan yang kami mampu harungi tetapi Chelsea dilihat sangat kuat. Sasaran utama kita sekarang adalah untuk kembali ke tangga empat teratas. Kami kembali dengan cemerlang dengan menang menentang Everton dan kami mahu kejayaan ini berterusan.
"Kami semakin hampir kepada akhir musim tetapi kami hampir-hampir berada di kumpulan pemain yang tidak mencapai apa-apa pada musim ini. Apa yang kami pelajari adalah, jika anda tidak membuat sebaiknya maka ada akan ketinggalan.
"Saya turut mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada ahli pasukan untuk terus bersaing. Ia juga sudah lama semenjak kelab menang gelaran dan kerana ia kali pertama hilang daripada koleksi saya, saya amat-amat menginginkan ia. Ia trofi yang sangat sukar untuk dimenangi tetapi kami tidak akan berhenti mencuba," kata Gerrard. - AFP
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletetotally he deserved to win the BPL title wif Liverpool.. but some sort of "dark magic".. he could'nt yet win the League Title.. YNWA!!~
ReplyDeleteharap2 mlm ni line up mcm ni
ReplyDeletetorres
kuyt
riera gerrard aquilani bennayoun
insua agger skrtel johnson
reina
..bagi lucas diam2 di bangku, tampal gam di kerusi, jangan bagi main...ha
ape jenis main bola malam ni.. aku mmg frust, sakit ati, x puas ati.
ReplyDeletePermainan hancur, x kreatip\f langsung. dua2 midfield x mampu,defensive sgt. lagi2 si lucas..
aku dah x reti ngan mainan benitez ni.Bila kau nak masukkan aqui?nak tnggu menang 3,4 kosong? bila?...atau takut sakit lagi. abis kenape beli yang berpenyakit.selagi x bagi peluang slagi 2 lah aqui x kan serasi.aku bengang ngan benitez ni. Pemain2 liverpool mcm dh x de akal nak main.semua pasif,dapat bola tarik belakang...mati la permainan...adussssss
Liverpool kena buat rombakan besar-besaran.Benitez kena bertanggungjawab.dia dah gagal bagi aku.sampai bila kita harus tunggu prestasi menaik? semua jadi permainan waspada
ReplyDeleteni calon2 yang kena buang atau jual murah2..aku dah meluat
1.ngog
2.lucas
3.Voronin
4.semua yang bermain pasif dan tidak kreatif
benci aku