Pages

Feb 5, 2010

LAWAN KAMPUNG SEBELAH.

Kalau di kampung saya, dulu masa zaman sekolah rendah, perlawanan bolasepak dengan kampong sebelah (derby) merupakan acara menarik hujung minggu. Dengan berbekalkan modal sorang pemain mengeluarkan wang 50 sen. Kami akan mengumpul dengan memanggil dari rumah ke rumah. Sampai satu tahap, pasukan kami cukup-cukup 11 orang saja sebab kena musim berkhatan. Walaupun pasukan kami mempunyai kelebihan kerana selalunya bermain dipadang kampung sendiri tetapi rekod terdahulu semenjak zaman abang-abang kami kebanyakannya di pegang oleh kampung sebelah. Aksi lasak dan penuh dramatik ini kerena tiada pengadil atau pengadil selalunya brader dari kampung sebelah yang dibayar upah rokok gudang garam dua batang. Undang-undang offside pun tak reti, tapi itu saja yang ada. Kadang kadang ada juga penonton, tetapi selalunya tiada siapa yang nak tonton perlawanan bolasepak yang main macam ragbi punya ganas. Aksi lasak bukan setakat dalam padang saja, tapi berlarutan sampai masa nak balik. Selalunya budak kampung sebelah akan jadi mangsa sebab mereka yang selalu menang. Jadi pasukan mereka ibarat Liverpool dan kami poyo macam Everton.

Cerita diatas merupakan nostalgia saya ketika zaman sekolah dulu. Mungkin situasi yang sama berlaku antara peminat Liverpool dan Everton. Liverpool ibarat kampung sebelah yang kuat mempunyai pemain berbakat (banyak wakil sekolah), manakala pasukan kami ibarat Everton, yang bermain ortodok ultra bertahan dan kasar sebab banyak geng lastik burung dan kaki berkubang mandi sungai mana lah reti sangat nak main bola secara formal. Jadi walaupun semacam Liverpool kuat sangat namun ada masa kena juga dengan Everton. Ini bukannya apa bila dah main digelanggang orang pastinya kelebihan ada untuk tuan rumah. Maruah dan semangat adalah kunci buat mereka. Dengan pemain utama Livepool pun ramai yang cedera atau baru pulih, maka pasukan Everton yang semenjak dua menjak main bagus amat berbahaya. Salah satu faktor kemasukan Landon Donovan. Pemain pinjaman LA Galaxy ini pernah mencuba nasib di Bundesliga namun hampeh kesudahannya. Balik kampung di US main bagus, sampai tak silap saya pasukan USA boleh masuk Suku Akhir Piala Dunia dengan pemain tambatan ialah mamat ini.

Bagi saya perlawanan ini adalah penting kerana selepas ini pasukan akan berjumpa Man City dan Arsenal. Kalau boleh makan Toffees, maka taiada tekanan sangat untuk bertemu Man City selepas ini. Bukan mudah nak menang jika Everton pandai menggunakan kesempatan mengikat Gerrard seperti mana berlaku ketika lawan Wolve sebelum ini. Buat masa kini setelah perlawanan Bolton tempohari nampaknya kapten kita itu sudah kembali cergas sediakala. Walaupun tiada Torres, Kuyt boleh dikatakan hero pasukan dengan gol penyelamat beliau. Sapa lagi nak diharapkan untuk menggempur musuh, Ngog masih lagi belum matang dan perlu banyak belajar dari pemain Senior. Apapun jua pastinya diharap Rafa akan menggunakan Aquilani bagi menggantikan Lucas.itu sahaja pertukaran yang terbaik yang dipersetujui ramai. Yang lain kekalkankan sahaja kerana pemain sudah berada dilandasan yang terbaik buat masakini untuk berjaya.

3 comments:

  1. jangan risau... dah 6 game everton x menang kat anfield...

    http://liverpool-malaysia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Dapatkan jersi bolasepak pada harga yang amat murah. http://jersi-bola-sepak.blogspot.com.

    ReplyDelete