Pages
▼
Dec 27, 2011
LIVERPOOL 1-1 BLACKBURN
Badi Liverpool dengan pasukan corot masih belum pulih. Blackburn sangat bernasib baik kerana mereka memperolehi gol ehsan dari Adam yang menjaringkan gol sendiri. Adam sepatutnya menggunakan kepala untuk keluarkan bola dari keadaan bahaya. Nasib baiklah Maxi menyelamatkan kemaluan Liverpool dengan gol tandukan. Kemasukan Gerrard memberikan sinar kebahagian namun beliau masih berkarat dan perlu masa perlawanan untuk lebih cergas. Tapi Liverpool juga bernasib malang apabila sepatutnya mendapat penalti akibat maxi dijatuhkan tetapi penjaga garisan memberikan offside. demm
Fokus mimggu ini adalah Carroll yang cukup tak bernasib baik apabila mempunyai banyak peluang tapi dihalang oleh bek Blackburn yang kental dan goli mereka yang begitu terbaik. Saya nampak Carroll makin bersemangat cuma dia sendiri lebih yakin kepada diri sendiri. Lihat macam Lucas, setelah sekian lama tebal muka dan tahan telinga mengharungi kutukan dan boo dari peminat akhirnya Lucas yang terbaik muncul juga sehingga beliau menjadi toggak utama kita. Malah kehilangan beliau ditangisi kerana nampak sangat Liverpool lumpuh kerana beliau.
Selepas ini saya mungkin tak menyempat nak tengok lawan Newscastle dan mungkin akan tulis entri ala kadar dengan Talipon bimbit saja. Tapi harap di Hanoi sana ada siaran langsung di Hotel penginapan atau capaian internet yang memuaskan untuk layan perlawanan Liverpool sepanjang berada disana.
261211 by thekopinth
jangan lupa bawak buah tangan dari Hanoi. hehehehe
ReplyDeletehampeh betul score penalti tak boleh, siap bonus lagi kasi gol sendiri...kasi bench sama dia hehehehe
ReplyDeletelepas nie bg spearo ngn Gerrard kat tengah..
ReplyDeleteakmal... thx
ReplyDelete2hb jan flight ke HoChinMin City..
kalo ader mase akan buat liputan ttg Liverpool di veitnam..
yg lain xder masalh tapi bab makanan halalan toyiban tu yg pening...