Pintu perpindahan akan buka macam sekolah nak buka Januari ini. Liverpool perlukan 2-3 orang pemain untuk melengkapkan skuad kita yang nampak agak bermasalah dalam beberapa perkara. Ketiadaan Lucas serta barisan depan yang tumpul menjadi tajuk perbahasan dimana-mana blog atau forum peminat. Ianya juga menjadi titik tolak kepada prestasi dan kedudukan terkini pasukan kita.
Saya tak anggap pasukan kita perlu pecah tabung untuk beli pemain hebat. Cukuplah sekadar pemain yang boleh buat kerja dan kalau boleh dapatkan dengan pinjaman, kita pinjam dulu. Banyak pemain tengah bertahan yang boleh dipinjam seperti Diarra dari Real atau Keita dari Barca. Kalau ada duit lebih boleh beli balik Mascherano dari Barca atau Xabi dari Real, itupun kalau Tokey Liverpool nak melabur lagi.
Krisis kemarau gol makin memuncak kerana Carroll tak menjadi dan Suarez pula main lebih kepada pemain sayap berbanding dan banyak kali terlepas peluang. Jadinya selepas ini kita pasti dengar desas-desus yang penyerang ini penyerang itu bakal dikaitkan dengan kita. Soldado dari Valencia, Leandro dari Internacional serta Fletcher dari Wolves antara calon menurut berita.
Apa pun yang terjadi dalam perpindahan januari nanti diharap yang terbaik hendaknya untuk pasukan kita kerana Kenny yang bakal dibantu Comolli bakal mencari pemain yang sesuai dan nilai yang berbaloi. Dengan ini pihak Liverpoolkita akan mengetengahkan cerita atau desas-desus perpindahan januari yang mana dirasakan sesuai dan masuk akal.
torres, klu di loan blk kat liverpool aku sngt setuju..walaupon aku benci sngt dgn dia dulu.. seorang striker yg amat berkesan bila berada dlm kotak penalti.. suarez pulak ,seorang striker yg berdedikasi tinggi terhadap team & berskil tinggi..bila bermain ,seluruh keringat beliau dicurah pd team.. tidah selfish.. memang gandingan termantap.. utk kebaikan team aku akan sokong apa saje keputusan yg di buat..mudah2han menjadilah gandingan ni..amranabdullah78@yahoo.com
ReplyDeletemenarik... sy dh buat entri pasai ni
ReplyDelete