Pages

Feb 21, 2012

LIVERPOOL 6-1 BRIGHTON

Liverpool makan lauk camar pagi semalam. Enak dan lemak, mahu taknya 6 biji sekaligus dibantai tapi tetap beri saguhati sebiji tanda kenang-kenangan. Banyak anekdot yang terjadi macam gol rekod sendiri lawan dan gelagat lelaki bogel yang ceroboh padang.

Tapi apa yang saya nampak pemain yang kena sergah dengan Kenny masa tewas 3-1 dengan Bolton, jadi sempoi semenjak dua menjak ini. Tak payah nak teka siapa. Carrol, Adam, Downing serta Henderson menampakkan jati diri, walaupun ikut-ikut lawan kita tak kuat mana. Gandingan Suarez Carroll amat menjadi dan harap menjadi selepas ini hendaknya.

Peluang nak ke Wembley buat kali kedua makin cerah. Cabaran suku akhir dengan Stoke saya anggap bukan laluan mudah. Stoke ada keupayaan buat Kejutan. Namun harapnya tuah menyebelahi kita nanti.

4 comments:

  1. buat pertama kali gandingan:-
    Gerrard-Suarez-Carroll

    Hasilnya: 6-1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum tengok Gerrard-Suarez-Carroll-Bellamy lagi..mau 10-0 =P

      Delete
  2. support blog liverpoolkita!! terbaekk!!

    ReplyDelete
  3. nampaknya Kenny kene carik formula yg cantekk utk lawan Stoke nanti.

    Xnak dah tengok taktik bertahan.

    -pokdin

    ReplyDelete