Pages

Mar 3, 2012

LIVERPOOL 1-2 ARSENAL


Petanda aras telah menunjukkan kepada kita dimana halatuju pasukan kita. Musim ini sahaja separuh penalti tak masuk. Tiada pemain yang mempunyai penyudah penalti yang baik. Adam, Gerrard, Kuyt, Suarez kesemuanya pernah kantoi dalam cubaan penalti sebelum ini. Musnahlah kerja keras Suarez untuk menerjun didalam kotak akibat kegabraan Kuyt yang telah bangun sebagai hero Piala Liga menjadi badut sarkas malam ini . Saya tahu beliau amat bekerja keras, tapi mungkin malam ini tak ada ong bagi beliau.

Peluang banyak, tapi penyudah amat menyedihkan. tengok bagaimana Arsenal yang hanya boleh kira sebelah tangan punya peluang, pandai ambil kesempatan diatas kelalaian barisan pertahanan kita. Saya doakan RVP cepat berambus ke Barcelona kerana saya amat sukakan pemain hebat ini yang hanya perlu berada pada kedudukan terbaik pada masa yang sesuai. Gol pertama dan kedua bagi saya adalah kesalahan mutlak Carragher. Dia dah menjadi liabiliti pasukan bukan lagi pemain harapan. Saya ingat Coates boleh diselitkan pelan-pelan untuk ganti Carragher.

Nampak gayanya harapan untuk main Liga Juara-juara dah jadi misi mustahil buat kita. Walaupun boleh dicapai namun kalau penyudah macam perlawanan ini, umpama mimpi dalam mimpi sahajalah harapan itu. Saya dah tak mahu nak membebel banyak sebab, main sempoi tapi penyudah hampeh tak ada maknanya. Moga lepas ini pemain lebih yakin depan gol. Dan kena latih tubi untuk bahagian serangan dan teknik ambil penalti.

4 comments:

  1. aku masih konfius. adakah liverpool ketumpulan penyudah atau semua goalkeeper yang lwn liverpool akan menjadi sekebal kereta kebal tahap berani mati pejuag al-qaeda wlaupun pada dasarnya mereka mudah dibolosi oleh team lain!!

    ReplyDelete
  2. Kalau Arsenal dapat Podolski , rasanya RvP xjadi pindah la ! Bila la Comolli nak bli finisher yang mantap nie .. Sedeyh betol tgk Liverpool maen ..

    ReplyDelete
  3. Sedih memang sedih. Mungkin pemain Liverpool kena mandi bunga. Peluang untuk layak ke Liga Juara-Juara masih ada walaupun tipis. Saya harap Comolli dapat mencari pemain yang betul-betul boleh menjaringkan gol. Wang mungkin tidak menjadi masalah buat Henry. :YNWA!

    ReplyDelete
  4. Carragher x patput main game nie.Die ni tlalu lembap untuk jaga on form RvP.Lpas nie x payah letak die lg dlm 1st eleven utk elakkan lbh bnyk gol bolos.

    ReplyDelete