Pages

Mar 1, 2012

LIVERPOOL LAWAN ARSENAL


Revolusi masih jauh. Piala Carling macam umpan untuk pancing kejuaraan yang lebih besar. Ya, sasaran sebenar ialah slot terakhir ke kemuncak pertandingan di Benua Eropah, Liga Juara-Juara. Prestij sebagai juara kita dah banyak kali rasa, tapi untuk kekal dalam dalam kelompok itu banyak manafaatnya. Selain untuk menarik bintang luar yang hebat, pulangan untuk bermain dalam kumpulan serta ganjaran dari segi royalti siaran langsung adalah pakej utama yang penting dikejar.

Oleh itu ranjau besar untuk mara ke kejohanan itu adalah jadi kian sukar. Apatah lagi kita telah mempersia-siakan mata dengan tewas dan seri dengan pasukan corot. Minggu ini pula cabaran getir melawan pasukan yang bagus, tapi ketandusan medal. Siapa lagi kalau bukan Arsenal atau Geng Meriam Buluh. Kalau tengok keputusan mereka minggu lalu melaukkan musuh kejiranan mereka Spurs 5-2, saya tabik yang kita akan pecah peluh di Anfield. Paling bahaya ialah pasukan Meriam Buluh pandai cilok perangkap curi ayam (offside).

Kemampuan pasukan kita untuk hadapi perlawanan ini terganggu selepas beberapa pemain utama cedera. Agger dan Johnson cedera ketika Piala Carling. Paling palat, ialah tak ada hati perut England bagi Gerrard main perlawanan tak ada makna dengan Belanda. Dah la dia main 120 minit tiga hari sebelum itu, mana tak pancit dan cedera dibuatnya. Memang Kapten kita itu amat bodoh kerana terlalu sayangkan England tanpa hiraukan risiko untuk cedera. Tengok pengorbanan dan komitmen beliau tak sebelah mata dipandang dan akhirnya Scott   Parker jadi Kapten England.

Saya malas nak ulas panjang kerana perlawanan ini memang pasti akan menyajikan persembahan terbaik kedua-dua pasukan. Saya suka bila tengok Arsenal bermain cantik, tapi mereka tidak punyai kekuatan mental apabila dalam keadaan gabra dan kritikal. Oleh itu saya rasa kita mampu menyangi mereka jika dapat melumpuhkan jentera tengah mereka. Bermain di gelanggang sendiri bukan lesen untuk menang buta, tapi semangat saka di Anfield amat menakutkan pelawat kebelakangan ini. Oleh itu saya rasa kita boleh menang jika bek kita tak kantoi mantoi. 2-1 adalah tekaan wajar. Boleh kot. #YNWA

10 comments: