Pages

Mar 30, 2012

LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE


Bertandang ke St James merupakan tugasan sukar pasukan kita untuk mengutip mata penuh yang mana banyak keciciran sebelum ini. Banyak yang perlu dilakukan oleh Kenny dan para pemain untuk mencapai tahap yang ditunjukkan seperti di Anfield sebelum ini. Kemenangan 3-1 keatas mereka di awal musim tak boleh diambil kira. Prestasi terkini sedikit membimbangkan kerana ketandusan penyudah membuatkan pasukan kita sedang dalam keadaan tertekan untuk menapak tangga Liga. Ditambah pula persembahan yo-yo unit pertahanan kita yang suka bolos disaat akhir.

Saya tak nampak keputusan memihak kepada kita jika masih setia dengan beberapa pemain liabiliti yang hanya memenuhkan kesebelasan utama. Tindakan drastik mengolah pertahanan disamping mengetengahkan pemain muda perlu dilakukan kerana itu saja jalan yang ada. Harapan masih ada untuk menang kerana Liverpool masih berbisa cuma tiada bernasib baik kebelakangan ini. Kalau menang, seri atau kalah sekalipun , saya harap berikan tentangan sengit sebelum wisel penamat ditiupkan.

10 comments:

  1. saya rasa liverpool akan kalah lg. 0-2. Sbb liverpool hanya bersemangat d peringkat awal tp tiada penyudah. itu yg dpt saya simpulkan. bukan tak sokong liverpool tp bila tgk persembahan terkini,ia cukup mmbimbangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol a bro ko pny prediction ... psni liverpool pny game
      aku target seri atau kalah je..klu klh pn xde la kecewa sgt

      Delete
    2. Anon sila bubuh id @ no email sbb ini pertandingan official..
      anda adalah pemenang

      Delete
  2. Liverpool 2 - 0 Newcastle

    Sterling score 1 kalo die main..haha

    ReplyDelete
  3. Harap Liverpool menang. Newcastle 0-1 Liverpool. :YNWA!

    ReplyDelete
  4. Liverpool 2 - 0 Newcastle

    Sterling score 1 kalau die main..haha

    ReplyDelete
  5. Newcastle 0-2 Liverpool

    Kalah 5 games drpd 6 games , tp still confident bley mng

    ReplyDelete