Pages
▼
Apr 9, 2012
LIVERPOOL LAWAN BLACKBURN
28 kali kena palang itulah statistik yang menunjukkan betapa tak bertuahnya pasukan kita musim ini. Kalaulah sebaliknya jangan masuk banyak, separuh pun jadilah, saya ingat pasukan kita tak mungkin berada dalam situasi sekarang. Itu tak termasuk lagi peluang mudah nak buat gol yang dipersiakan macam situasi Dirk Kuyt minggu lepas. Saya rasa pasukan kita tak perlukan Jurulatih untuk taktikal serangan tapi seorang Pakar Motivasi untuk menaikkan semnagat pemain yang ternyata hilang semangat separuh kedua musim ini.
Walaupun tak kalah cuma seri dalam perlawanan terdahulu, ianya tak mengapa. Tapi yang penting semangat untuk cari kemenangan macam ditunjukkan dalam perlawanan itu. Nak cerita pasal Andy Carroll samada perlu dijual atau dikekalkan itu cerita musim depan, tapi musim ini saya mahu dia terus diberi peluang main. Saya rasa dia mungkin seakan Christien Vieri, lambat naik tapi matang pada lewat 20an. Jadi pembelian Carroll mungkin terlalu awal dan teramat panik. Kalau Kenny boleh bersabar baguslah, tapi kalau nak beli penyerang lain juga dan takada modal maka penjualan Carroll adalah satu keperluan.
Saya cuma harapkan perlawanan dengan Blackburn jadi peluang untuk semua pemain ubah sikap dan tunjukkan mereka layak pakai jersi merah itu. Bila diberi peluang gunakan sebaiknya kerana musim depan belum tentu akan kekal atau sebaliknya. Dan saya harap juga Kenny cuma guna taktik yang lebih sempoi macam formasi 4-2-3-1 yang bermain macam penghujung musim lepas. Namun nak main macam itu kena ada Maxi yang lebih sesuai dengan hantaran pendek dan 1-2. Pemain tengah juga kena main lebih kedalam dan menghurung kotak penalti bila menyerang.
Sebenarnya saya sendiri pun dah malas nak harap pasukan kita boleh perbaiki permainan secara mendadak. Cukuplah jangan tewas sudah. Kemenangan adalah bonus kerana fokus pemain saya rasa bukan untuk perlawanan ini tapi perlawanan hujung minggu lawan Everton dalam saingan Separuh Akhir Piala FA. Dan Kenny juga bakal letakkan pemain yang ala kadar dan simpan yang terkuat untuk Piala FA. Dan yang paling saya harap ialah Doni akan bermain lebih konfiden dan tunjukan kepada Pepe yang beliau adalah pesaing sengit untuk posisi benteng terakhir kita.
Liverpool 3-0 Blackburn
ReplyDeletesalam...bg aku season ni mmg paling malang & xde ong utk liverpool..xtau knape,sume x menjadi..utk game ni,aku hrap kite dpt menang..dpt menang 1-0 pon jadi la...sbb klau menang maka permainan buruk ke,player cam hampeh ke, xkan ade suara sumbang yg ngutuk..cume kan kedengaran idea2 utk perbaiki or memperkemskan lg skuad jek yg timbul...ckp byk pon x gune..gud luck to our team & kepada peminat harap teruskn berdoa dan menyokong team kesayangan kite ni...YOU'LL NEVER WALK ALONE"... -JFKBERGER-
ReplyDeletemng 12-0! ehem 2-0 ckuplah. Dah lama tak tengok game liverpool disebabkan busy menyebabkan liverpool ilang motivasi tanpa aku. Pagi ni aku akan tengok jugak!! mungkin luck ada kalau aku yang tengok. Keh3..
ReplyDeleteliverpool menang 3-1. yg penting, ramalan aku betul aje utk 2 game terdahulu. lwn newcaste, aku teka kalah 0-2 dan ia tepat. lwn aston villa, aku teka seri 1-1. dan game nie, liverpool menang. utk kemengan moral utk game lwn everton d piala fa
ReplyDeleteAdoi , xsempat nk bg prediction ! buley dak bagi lepas game ? TEKA MENANG 3-2 :P !! dak ahh , aku teka menang 2-1 sebenarnya tapi xtulis kat sini plak .. xpa la , janji menang muahaha
ReplyDeletebagilah maxi tu maen selalu...die serasi dgn bellamy..gerrard n suarez xde pn bleh menang
ReplyDelete