Pages

Jul 27, 2012

CABARAN SISTEM VERSUS PEMAIN

Sekarang cabaran untuk Brendan Rodgers ialah mengenai pemain sedia-ada. Samada mahu dikekalkan atau dijual pemain yang tak sesuai dengan taktikal beliau. Sebab itulah walaupun kita dengar macam-macam pemain dikaitkan namun hanya Borini dibeli setakat ini. Pemain yang nampak mcam hampir nak terbeli macam Dempsey dan Ramirez masih belum pun duduk dalam meja perbicangan oleh pengurusan.

Selama dua perlawanan pemanas badan seblum ini dengan Toronto dan Roma, masih jauh pasukan kita dari falsafah tiki taka. Pemain masih belum fasih atau masih bingung dengan kehendak jurulatih. Memang tak dinafikan masih ramai pemain utama bercuti atau ada tugasan olimpik, tapi tengok pemain muda nampak mereka lebih menonjol berbanding yang lebih senior. Masadepan Suso dan Sterling nampak cerah dan mereka patut kekal tak payah nak dipinjamkan keluar.

Namun masalahnya pasukan kita ramai sangat pemain tengah. Kalau beli trio Allen, Ramirez atau Dempsey maka silap2 buleh buat kesebelasan utama dari semua pemain tengah yang kita ada. Jadi saya rasa fokus utama ialah mendapatkan penyerang kreatif tapi mempunyai penyudah yang baik. Calon mudah dan murah macam Demba Ba atau sesiapa saja yang sesuai dan difikirkan patut.

Satu lagi masalah ialah mengekalkan atau menjual Carroll. Tuan punya diri tak mahu pindah tapi dia memang takkan ngam dengan sistem. Memang pihak Liverpool mahu menjual dengan nilai tak kurang dari £20 juta, tapi masalahnya siapa nak beli sebanyak tu. Setakat ini West Ham menawarkan £16 juta tapi entah betol atau tak. Tapi bagi saya kalau betul kebas saja harga tu, dah tak ada pilihan lain sebelum kerugian dari segi susut harga dan gaji yang akan diperabis Carroll hampir £3 juta semusim.

Lepas ini lawan Spurs dan saya harap ada peningkatan dari pemain tak kira tua muda baru lama. Yang pasti kita nak tengok ayam tambatan baru, Encik Borini mengamuk dalam kubu Spurs

7 comments:

  1. kekalkan Carroll..Carroll mampu mengubah nasib kita lebih baik..jgn harapkan borini dia masih lagi baru..dan perlu masa untuk belajar di epl..
    walaupun pernah bermain rasanya borini perlu bertukar-tukar dgn Carroll dibarisan utama dan brendan ada peluang lebih byk penyerang untuk dicuba..

    ReplyDelete
  2. takat ni tiki taka masih dalam teka teki lagi

    ReplyDelete
  3. jangan jual carroll - brendan rodgers tidak boleh meramal masa depan.borini bukan cantik pun main cuma dia kroni brendan rodgers.

    ReplyDelete
  4. No lah jual jer carrol tu..we need to play 11 not 10, n rasanya ramai lagi striker yg lebih better dr carrol.

    ReplyDelete
  5. Bg peluang semusim lg kat keroll...

    ReplyDelete
  6. Jual je..dapat dana lebih bli striker yg betul2 prfom...yukar dgn demba ba..hahak

    ReplyDelete
  7. jual carroll ngan mana2 kelab epl lain dgn harga yg munasabah,, pas tu dptkan kevin mirallas sbg striker..

    ReplyDelete