Pages

Oct 6, 2012

LIVERPOOL LAWAN STOKE

Stoke adalah pasukan keramat bagi pasukan yang takut berhadapan dengan pertempuran diudara. Nama Preter Crouch begitu sinonim dengan kehebatan tandukan diudara samada untuk jaringkan gol paling tidak mengelirukan lawan dengan   hantaran dengan tandukan jua. Jangan lupa susuk inilah juga pernah menjadi idola pasukan kita sebelum kedatangan Torres. Cuma Rafa kurang sabar dan tidak menyediakan pemain sayap yang pandai menyajikan hantaran menyelerakan untuk Crouch. Kita macam kerugian bila melepaskan pemain ini kerana dia begitu menyerlah di Pompey, Spurs dan kini Stoke. Apa takada pemain lain yang disempoi di Stoke selain Crouch? Ada kot. Cuma setakat ini segala percaturan Tony Pullis ialah menyediakan platfom untuk Crouch buat gol. Pemain lain ialah utiliti sahaja dan seliannya mereka sentiasa dalam mod main ragbi. Itu sahaja bahagian pelawat yang dapat disampaikan.

Liverpool kini dalam proses reformasi taktikal. Dah nampak dah apa yang dihajati Brendan dengan permainan hantaran kemas. Cuma yang kurang kemas pembawaan dari Swanselona dulu ialah pertahanan yang longgar. Kita bernasib baik kerana Agger masih sihat untuk bersama-sama Skrtel mengharungi musim ini yang penuh kesempitan dana. Tapi masalah sekarang ialah unit pertahanan kita tak sehebat zaman Rafa. Unit pertahanan disini bukan bermaksud bek 4 orang sahaja, tapi ianya termasuk Goli dan pemain tengah yang ditugaskan melindungi pertahanan dalam situasi merbahaya. Sebab itulah selepas perlawanan Udinese, Liverpool dikatakan pemalas dan ralit oleh Brendan kerana dua minit sahaja 2 gol dibolosi. Jadi segala persiapan sebelum kehadiran Stoke di Anfield mesti tertumpu kepada megemaskinikan unit pertahanan sebamtap mungkin.

Reina
Wisdom Skrtel Agger Johnson
Sahin Gerarrd Allen
Suso Suarez Sterling

Barisan bayangan diatas adalah paling hampir tepat saya rasa yang bakal digunakan oleh Liverpool bagi menentang ancaman Stoke. Bab pertahanan dah dibincang sebelum ini dan apa pula cerita dengan unit serangan. Perbandingan pemain tengah kedua-dua pasukan amat berlainan kerana pemain kita bermain secara hantaran pendek atau tepat namun Stoke lebih kepada bola tinggi dan hantaran jauh. Pasukan kita akan menggunakan kelicikan Suarez, kebijakan Suso dan kepantasan Sterling untuk mebinasakan kubu Stoke yang sedia maklum kebal macam kubu tentera Jerman. Tapi untuk mengganyang Stoke perlukan pemain membiasakan diri untuk menerima terjahan keras pemain lawan. 

Saya khuatir pengadil akan membiarkan Suarez kena buli kerana reputasi negatif sebagai budak rasis dan kaki terjun dalam kepala hotak mereka. Tengok masa lawan Norwich dah terang lagi bersuluh Suarez kena tutuh dari belakang, tapi pengadil buat buat tak nampak. Yalah pasukan kita masa tu dah dapat 4 gol, semua orang tak peduli sangat. Tapi bagaimana kalau situasi itu berlaku masa kita ketinggalan gol, mesti benda ini akan jadi kemarahan peminat. Alang-alang dah dicop berlakon kuat, Brendan pernah syorkan supaya pemain kena berlakon sampai dapat Oskar. Itu pun kata Brendan lagi kalau kebiasan pengadil terhadapt pemain kita dah makin melampau. Buat masa sekarang dia cakap jangan main drama dulu.

Ramai yang bakal meneka Liverpool akan beri bunga telor  kepada Stoke untuk dibawa pulang dari Anfield. Tapi bagi saya satu perkara yang harus diingat ialah jika tiada upaya untuk mematahkan permainan pemain utama Stoke yakni Crouch, sebagaimana kes Otai Udinese, Di Natale. Alamat malu besarlah pasukan kita di Anfield kali ini. lain dari itu tak payah khuatir kerana pasukan kita akan dominasi perlawanan mungkin sehingga 70 %. Kita yakin dengan pemain kita namun jangan ingat momentum kemenangan Norwich 5-2 boleh diulangi dengan mudah. Suarez mungkin menjadi ketika lawan Norwich tapi Suarez mungkin boleh jadi bebal masa lawan Stoke. Jadi yang penting bak kata-kata semangat dari Wonder Pet " Apa yang penting kerjasama". Dengan kerjasamalah kita menyerang dengan mudah serta bertahan dengan selesa serta tenang. Bukan nak letak bebanan kepada Suarez nak hatrik lagi sekali lagi kot.

8 comments:

  1. saya teka Liverpool 3-0 Stoke
    Suarez Sahin Gerrard

    ReplyDelete
  2. harap2 reina xjd goli.. dia xlyk lg main utk livpool.. over confident.. muke je mcm rafa.. hehe.. brad jones lg ok.. YNWA!!!

    ReplyDelete
  3. Dengan ini saya mengisytiharkan,liverpool akan menang 3-1.

    ReplyDelete
  4. liverpool 2-stoke city 1..jgn Borini main sudah le..ngah bengang ngan dia nie

    ReplyDelete