Pages
▼
Dec 19, 2012
HARAPAN UNTUK PINTU PERPINDAHAN
Situasi pasukan Liverpool sekarang memang ujian bagi peminat. Bagi yang tak sabar mereka akan mula mengomel apa saja yang nampak tidak kena. Tapi bagi yang dikategorikan peminat statik, pula mereka nampak pasif dan hanya keluar komen berbaur motivasi. Siapa pun kita dalam kategori manapun kita berada, bila bergelar peminat Liverpool, pastinya keadaan sekarang membuatkan kita kecewa. Siapa yang seronok, saya syorkan pergi makan ubat cepat-cepat.
Januari bakal muncul. Pintu perpindahan bakal dibuka. Ianya ibarat waktu untuk bekalan senjata dan resyen (ration)sampai untuk askar yang sedang kehabisan stok dan moral yang rendah dalam medan peperangan. Waktu ini kita akan lihat samada senjata berat yang canggih atau sekadar raifal buruk yang sampai kepada skuadron yang baru di pertengahan pertempuran. Persamaan dengan pasukan kita sekarang ini adakah bantuan dana Januari ini dapat memberikan kejayaan kepada Liverpool diakhir musim ini.
Saya tak kisah siapa pembelian Brendan Rodgers. Setiap pembelian beliau adalah ibarat peluru kepada masa depan Liverpool dan juga masa depan beliau sendiri. Kalau dia beli dengan cermat dan tepat kita akan nampak hasil yang positif, tapi jika pembelian yang panik keranan tekanan , saya rasa senjata akan makan tuan. Dengar-dengar paling tinggi pun dana untuk projek pembaikpulih januari ini adalah sekadar dalam lingkungan 20juta pound. Dengan modal sebanyak itu saya rasa pemain yang boleh dibeli mungkin dalam 2-3 orang termasuk pembelian dan pinjaman sementara.
Ura-ura pembelian Strudrige dan Ince telah setel. 18 juta pound termasuk pakej gaji dah habis digunapakai. Kalau ianya betul-betul menjadi, saya hanya mampu berdoa agar pembelian itu dirahmati dan mereka akan jadi senjata ampuh untuk kebangkitan separuh kedua musim EPL. Kalau gagal, saya rasa alternatif lain melambak diluar dari Liga Inggeris. Cuma kena risik betul-betul jangan setakat tengok dari kompilasi Youtube.
Untuk itu peminat Blog ini jangan haraplah sebarang ura-ura perpindahan akan diberikan dalam entri sebab saya taknak percaya semua cerita sehinggalah sidang akhbar rasmi dari Liverpoolfc.
striker dari spain please.. pastu setel..
ReplyDeletebtol2.
Deleteberdasarkan perkembangan semasa, nampaknya jadik la dia ke Anfield. Kena google la background dia...
ReplyDeleteBetol Bro Johardie, Done Deal, menurut Rory Smith. Harap Strudidge sukses & menyukseskan Liverpool.
ReplyDeleteTrimas, udah dikongsi sama Mas Fahri pny blog.
YNWA.
Semoga pembelian kali ni tak mengundang kemuraman dan diwarnai dgn keceriaan yg telah lama menghilang..
ReplyDelete-YOU'LL NEVER WALK ALONE-
Paling minat iker munian.. Macam suarez der..
ReplyDelete