Pages

Dec 27, 2012

LIVERPOOL 1-3 STOKE

Curik dari LFCphoto
Sebenarnya tiada apa yang nak dimalukan dengan kekalahan dengan Stoke pagi tadi. Kita layak kalah dan Stoke memang layak menang, dengan kelemahan dan kekuatan masing-masing. Cuma bagi peminat mahukan kemenangan dan segala reaksi kekecewaan adalah asam-garam. Jangan melabel peminat lain lalang atau terlalu emosi, kerana semua peminat mahukan yang terbaik dari setiap orang yang makan gaji dengan Liverpoolfc, tak kiralah pengurus, pemain ataupun tukang bancuh air.

Untuk meminta Brendan Rodgers dipecat mungkin keterlaluan. Bagi dia masa dengan dana yang bagus. Nak letak klausa pemecatan sekalipun letaklah tapi pengurus muda ini ada wawasan dan visi masadepan yang menarik dengan permainan untuk menghiburkan peminat. Cuma untuk Brendan masa dan tekanan adalah mencemburui beliau. Dia perlu melakukan perkara yang terbaik setiap masa, ini kerana tugasan dan tanggungjawab mengurus Liverpool tak sama macam di Swansea.

Liverpool bermain bolasepak dengan set pemain yang kurang sesuai dengan inspirasi pengurus. Untuk mendapatkan keputusan yang baik dengan main cantik tidak akan dapat dihasilkan dengan skuad sedia ada. Kalau nak kena tunggu 1-2 musim lagi, namun pastinya pemilik takkan bersabar sampai ketahap itu jika keputusan tak seperti yang dimahukan. Sejarah membuktikan bahawa pengurus yang tak mampu menari ikut tempo, pasti nampak sumbang. Mereka mestilah pandai menyesuaikan diri dengan pemain yang ditinggalkan serta beli pemain yang betul-betul sesuai dengan taktikal.


Tak semuanya keputusan dan kesilapan ditangungjawabkan kepada Brendan, pemain yang bertaraf antarabnagsa juga nampak macam panik dan gelabah bewak dengan taktikal Stoke yang bermain fizikal dan melakukan hantaran bola tinggi. Jangan salahkan mereka dengan corak anti-bolasepak mereka kerana statistik 62% dari OPTA masih tak memberikan 3 mata kecuali kiraan berapa banyak gol dijaringkan mengatasi gol lawan. Kesilapan bek adalah kesilapan semua kerana dah tak perlu nak tunding kepada sesiapa kerana semua pemain ada kredit atas kesilapan itu.

Saya tak mahu ulas panjang tentang bagaimana Liverpool boleh bungkus dengan Stoke. Namun bagi saya Brendan Rodgers tiada plan B. Dia sedikit degil untuk terus bermain dengan corak yang sama. Dia dah masuk perangkap yang sama sekali lagi macam lawan Aston Villa. Jika kedegilan dan sikap tidak mengambil iktibar ini diulang,  QPR mungkin mimpi ngeri paling dahsyat selepas Villa dan Stoke. Sekali lagi diulang peminat boleh bersabar dengan beliau, tapi Tokey Amerika belum tentu prihatin macam sesetengah peminat setia yang mampu buat-buat tenang walaupun tewas.

6 comments: