Pages

Dec 31, 2012

LIVERPOOL 3-0 QPR

liverpool menang bergaya
Siapa cakap Liverpool tak konsisten. Liverpool konsisten dengan kalah, lepas tu menang, lepas tu kalah balik dan lepas tu menang balik. Dah tak main nak seri-seri lagi dah. Pola kemenangan dan kekalahan macam boleh dijangka setakat ini. Itu kurang menyenangkan tapi kita masih berada dalam keadaan yang belum agak membimbangkan setakat ini.

Takhziah buat Brendan Rodgers. Beliau cuti sakit dan digantikan oleh timbalannya, Colin Pascoe. Seingat saya hanya dua kali kes ini berlaku dalam sejarah Liverpool (sejarah saya) apabila pembantu berjaya memberikan kemenangan bila ketua sakit. Dulu zaman Gerrard Houllier jalani pembedahan jantung, Phil Thompson ganti beliau dan berjaya melakar kemengan. Kali ini giliran seseorang yang saya sendiri pun tak kenai buat kejutan kerana beliau tiada pengalaman.

Suarez sedang mengejar Kasut Emas. setakat ini dah 13 gol dan ketinggalan sebiji dari RVP. Itu berita gempak, jangan seronok dulu kerana Liverpool tiada pemain alternatif lain setakat ini. Memang bek EPL macam Clint Hill atau Hangeland gelabah bewak untuk menjaga Suarez, tapi ikut keadaan juga kerana pasai apa Bek Villa dan Stoke dengan selamba menggagalkan beliau. Ini semua berkaitan dengan taktikal pasukan bukan masalah individu Suarez sebenarnya.

2012 bakal berakhir. Kenangan tahun ini penuh duri-duri dijalanan. Jika ianya dicabutpun lukanya masih terasa kerana pasukan kita masih naik turun dipertengahan Liga. Harapan tahun baru 2013 ialah kalau boleh kena lompat elak jika nampak duri kerana selepas lawan Sunderland, kita takkan jumpa perlawanan yang dijangkakan mudah macam perlawanan Disember. Selamat Tahun Baru dan Salam YNWA dari krew Liverpoolkita Blog, Twitter dan Facebook.

3 comments:

  1. aku ingat liverpool nak belasah QPR, rupanya dorang masih gila dengan statistik possesion game....hantaran kekiri kekanan kebelakang kesisi kemudian kebelakang ke keeeper ke tengah kebelakang balik.....

    kepejadah! hantar jer la kedepan sian suarez gelabah stim sorang sorang kat atas hu!


    ReplyDelete
  2. Haha... tol 2... 2nd half bapak bosan.... mcm xde nafsu da nak jringkan gol lagi...

    ReplyDelete