Pages

Dec 23, 2012

LIVERPOOL 4-0 FULHAM


Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) bakal memanggil Stewart Downing untuk menduduki ujian dadah. Ianya hebat diperkatakan kerana Downing dikatakan menggunakan sejenis cecair yang boleh meningkatkan permainan beliau yang memang hampeh sebelum ini. Pihak forensik mengatakan mungkin Downing telah mengambil 2 kole Air Ketum sebelum perlawanan dengan Fulham yang membuatkan beliau membantu untuk gol Gerrard dan gol sulung beliau musim ini.

Perlawanan ini walaupun menampakkan kehebatan Downing, namun bagi saya ramai lagi pemain yang bermain baik. Saya boleh bagi setakat 8 untuk semua pemain, tetapi kepada Brendan Rodgers dia adalah 10/10. Taktik kali ini rasanya lain terus dari lawan Aston Villa. Macam Brendan terbaca pula komentar dalam Liverpoolkita. Memang kekuatan Liverpool dari bahagian sayap, dan apa yang perlu Liverpool kena buatkan bek lawan berpecah untuk jaga setiap pemain. Dan hasilnya gol dari Gerrard, Downing dan Suarez adalah dari gerakan permainan berpasukan.

Setelah memanjat kembali tangga ke 8, saya harap jangan buat main-main lagi. Jadual padat selepas ini akan menentukan hidup mati pasukan kerana masih berbaki 2 perlawanan sebelum Tahun Baru. Kalau ikut bacaan atas kertas Liverpool tak ada masalah dengan lawan mendatang. Cuma kalau macam inilah Liverpool bermain walaupun turun tanpa Allen dan Sterling pada awalnya, saya rasa mata maksimum punya tak kurang kita dapat. Tahniah buat semua pemain dan pengurus yang memberikan yang terbaik malam tadi. YNWA

Skrtel gaya macam penyerang tulen
 
Agger kantoi bola mudah
  
Gol dari Kapten
  
Gol sulung EPL Downing

4 comments:

  1. bahagian tgh bernafas... secara peribadi aku rasa Allen buat sesak jer kat tgh...bila counter bola dari tgh langsong tak boleh buat apa....

    harap diberi rehat yang secukupnya untuk kembalikan prestasi ke asal mcm enrique dan downing perolehi

    apa dah jadi ngan assaidi...jgn bekarat nanti sudahlah...

    ReplyDelete
  2. assaidi pny status pemain bekap...
    Jadi kena sabar kt bangku simpanan
    Lgpun dia x perform lg bila dibg peluang

    ReplyDelete
  3. Semoga keceriaan akan bertandang lg dan terus ke Big4..
    -YNWA-

    ReplyDelete