Pages

Dec 25, 2012

LIVERPOOL LAWAN STOKE

 

Brendan Rodgers mungkin dah ada formula untuk tibai pasukan yang bertahan tahap Ultraman. Tengok bagaimana kita punyalah susah nak makan Fulham 2-3 musim sebelum ni, akhirnya sabtu lepas senang-senang saja balun 4-0 tak kasi can. Inilah rahmat kekalahan kepada Aston Villa supaya pengurus muda itu celik mata dan fikir cara alternatif untuk menghasilkan kemenangan.

Kali ini lawan yang memang takkan main bolasepak selain main ragbi akan kita pergi melawat sempena Hari Buka Kotak (Boxing Day). Stoke City saya anggap lawan yang sukar kerana mereka takkan main bersih dan menggunakan kekuatan fizikal untuk melemahkan mental pemain kita. Tony Pulis memang otak bijak kerana ditahu jika bermain secara terbuka mereka bakal menerima nasib yang sama macam berlaku kepada Martin Jol.

Kemampuan Liverpool untuk menang dengan Stoke adalah 50-50. Saya tak rasa pasukan kita akan mengulangi kejayaan hebat macam Fulham. Kita pasti mendapat tentangan sengit sebelum pulang dengan 3 mata. Itupun dengan harapan pemain yang sedia ada termasuk Downing berusaha dengan gigih dan dok berasa hebat sangat. YNWA.

12 comments:

  1. stoke mmg semakin kental musim demi musim dgn permainan fizikal dan negatif dorg.

    seperti yg diketahui, mmg kita takkan dapat penalti sebelum ini, apatah lagi dgn lawan stoke yg sedia ganas ni

    tak rasa akan menang besar, tp 3 points xmustahil

    ramalan: LFC 1-0 SToke

    ReplyDelete
  2. Sebagai pengikut paling setia blog nie,jutaan terima kasih kpd admin sbb byk bagi info pasal team favourite aku nie.ape saje pasal berita terbaru,mesti ade.tak ketinggalan juga fakta2 penting,tepat lagi benar.mmg terbaik dari ladang habaq hang.kalau nak bace news kat liverpoolfc.tv mmg takkan faham lah sbb aku nie bangang pasal english.tak keterlaluan kalau blog nie aku gelarkan liverpoolfc.tv versi malaysia.sebagai galakan utk blog kegemaran aku nie,ape kate buat penambahbaikan dari segi grafik.yg lain semua nya mantap.bak kate pepatah org puteh,mano kan samo kipeh syiling dgn kipeh mejo.

    kolam hati 2-1 stokein ragbi.

    ReplyDelete
  3. selalunya kalau lawan team mcm ni pengadil akan kedekut bagi kad ...sebab kalau pemurah sgt separuh masa jer dorang dah tinggal 10 orang....( penalti tak yah cerita lah liverpool dah diharam kan dari menerima penalti fatwa dari FA England sabar jer la ehhhh )

    aku rasa game ni seri jer

    mesti ada bolos

    tapi sebab aku penyokong liverpool aku letak 2-1 sudahhhh...

    ReplyDelete
  4. Liverpool 3-1 Stoke
    Enrique asst 3 goal..

    -YNWA-

    -Mr. Shoot-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbalik sdh..bkn liverpool 3..tp stoke 3..liverpool dpt 1..

      -Mr. Shoot-

      Delete
  5. suruh downing minum air ketum lebih sket dr mggu lps..

    ReplyDelete
  6. Saya predict liverpool 2 stoke 1. Kaedah game spt pertemuan menentang west ham. Naz.

    ReplyDelete
  7. Up sket bagi 4-2.
    Haha.


    -pokdin-

    ReplyDelete