Pages

Dec 8, 2012

LIVERPOOL LAWAN WEST HAM


Rehat bagi Suarez bermakna rehat juga buat bek West Ham. Itu pasti bukan rekaan sebab nak bagi peminat cuak. Prestasi Suarez dengan gol atau tanpa gol sama sahaja bagi Liverpool. Dia saya andaikan watak penting dalam cerita sci-fiksyen :Aku seorang hero di Kota Anfield". Kalau rajin kelebek statistik OPTA dari EPLindex atau mana-mana saja tentang prestasi Suarez dengan sekala ukuran dan unjuran, dia ada saham dalam setiap mata dikutip musim ini. Wajarnya Brendan kena lebih bersedia untuk memastikan Liverpool tanpa Suarez masih sama digeruni.

Saya telah buat undian dalam mukabuku, dan juga tinjauan lisan dengan peminat Liverpool diluar sana. Banyak responden mengatakan bahawa beri peluang kepada pemain muda dari main 4-6-0. Lihat dari bangku simpanan hingga skuad akademi, dekat sedozen pemain muda yang ada kriteria dan potensi yang mampu diberi tugasan singkat ini. Nak yang macam Suarez kirim salam lah. Tapi nak versi alternatif saya rasa sekarang pilihan yang ada ialah Yesil, Morgan dan Pacheco. Ngoo, Adorjan, Sinclair dan Ibe dalam kategori masih hingusan namun mereka juga boleh ikut jejak Sterling, manatau.

Saya tak benci West Ham. Tapi pasukan mana yang Sam Boroi pegang memang saya tak suka. Sejak zaman Bolton, Blackburn dan kini West Ham, perkara sama yang dilakukan oleh Sam Boroi ialah menghasut pemain supaya jadi pembuli dan main taktik Samseng Kebun Sireh. Main agresif saya tak kesahkan, tapi dengan cara kotor mainkasar untuk melemahkan mental pemain muda mesti ada dalam manual taktikal beliau. Taktik lapuk itu bagi saya mengkin tak menjadi jika lawan pasukan Ragbi Stoke, tapi dengan pasukan yang main cantik macam Liverpool, mesti rentak permainan menarik akan jadi hancur.

Selalunya bila main di gelanggang musuh mesti eksiden menunggu. Itu ramalan biasa bagi bookie. Namun saya berasa agak konfiden sejak dua menjak yang skuad kita pergi London kali ini dengan ambisi 3 mata. Mana datang firasat optimis jangan tanya, mungkin sebab prestasi di Itali. Tapi saya nampak Brendan tak buat kenyataan gelabah tentang ketidakhadiran Suarez ke London. Dia mungkin sembunyikan sesuatu dan akan berikan kejutan disaat akhir siapa yang bakal menerajui skuadron serangan Liverpool. Mestinya ramai tak sabar lihat versi tanpa Suarez yang akan bakal menjahanamkan kesamsengan Sam Boroi.

7 comments: