Pages

Jan 18, 2013

LIVERPOOL LAWAN NORWICH


Tak sangka Blog Liverpoolkita mempunyai peminat dikalangan Setan Merah. Tahniah sebab mengikuti blog ini dan memberikan traffik percuma dan sekaligus bagi dana untuk iklan sekaligus juga macam tolong bantu saya bayar duit hadiah kepada pemenang peraduan teka keputusan nanti. Bagi sekalian orang luar yang cuba buat kecoh buat lah provokasi macamana sekalipun peminat Liverpool bukan plastik tetapi kami sokong pasukan kerana Liverpool adalah bolasepak kami serta kesemua peminat kami tahu Liverpool adalah semacam lambang kehidupan manusia ada masa manis dan masa resah.

Maaf buat semua, saya baru balik bertapa di sebuah pusat peranginan ditengah-tengah banjaran titiwangsa. Malah perlawanan dengan Man U hanya sempat tengok sekerat itupun sekadar separuh masa pertama kerana tak menyempat nak buat persediaaan. Jadi saya taknak ulang dan segala kekalahan adalah normal kerana faktor-faktor yang bukan mudah untuk kita terima kerana kelebihan pasukan satu lagi yang macam gunakan jentera kerajaan untuk memanipulasi keputusan pemilihan. Bagi pasukan yang menang jangan sombong, mereka umpama Tapir yang berjaya melepasi perangkap dengan bantuan beruk yang bantu berikan panduan dan akan tarik jika tapir hampir masuk lubang, kalau tak mampuslah walaupun dalam hutan permaianan sendiri.

Hidup mesti terus. Keputusan akan datang lebih penting walaupun kita diejek dengan gelaran pembuli pasukan kerdil. Kita boleh bantai QPR, Sunderland tiga biji dan menang guna tangan dengan pasukan tungau Mansfield tapi dengan pasukan besar kita menyerah. Kalau itulah keadaannya saya rasa kita kena teruskan apa yang kita mampu dengan memastikan pasukan macam Norwich nanti kita akan buli sehabis-habisnya. Ini rasanya cara terbaik untuk kita bangun perlahan-lahan untuk mencari konsistensi dalam persembahan. Nak tewaskan pasukan Norwich perkara mudah tapi Brendan Rodgers jangan ambil mudah jika peluang terhidang depan mata. 

Gunakan pemain yang sedia ada sebaik mungkin. Maksud saya kena ambil risiko yang boleh dijangka (calculated risk) untuk memastikan 3 mata, bukan bagi pemain yang masih tak konsisten main dan abaikan pemain yang mampu bermain jika diberi peluang. Saya harap sangat kombinasi Dual-S, Suarez dan Sturridge dapat digandingkan terus menerus. Watak hero tunggal amat memenatkan bagi Suarez. Hero kedua telah muncul dengan penampilan yang osem. 2 penampilan 2 gol. Pemain tengah kena letak yang berani dan lasak sebab Norwich bermain agak agresif. Bek kita harus berhati-hati dengan bola tinggi dan sepakan percuma kerana pasukan itu ada keistimewaan disitu. Yang lain kita tunggu hari perlawanan.

17 comments:

  1. Replies
    1. Hello Semua,
      Nama saya Ahmad Asnul Brunei, saya menghubungi En Osman Loan Firm untuk jumlah pinjaman perniagaan sebanyak $250,000, Kemudian saya diberitahu tentang langkah meluluskan jumlah pinjaman yang saya minta, selepas mengambil risiko sekali lagi kerana saya sangat terdesak untuk menubuhkan perniagaan yang mengejutkan saya, jumlah pinjaman telah dikreditkan ke akaun bank saya dalam tempoh 24 jam perbankan saya tanpa sebarang tekanan untuk mendapatkan pinjaman. Saya terkejut kerana saya pertama kali menjadi mangsa penipuan! Jika anda berminat untuk mendapatkan sebarang jumlah pinjaman & anda berada di mana-mana negara, saya akan menasihati anda boleh menghubungi Firma Pinjaman En Osman melalui e-mel osmanloanserves@gmail.com Whatsapp +918414071453

      Delete
  2. tu koboi sesat memang suka bikin onar...biasa ahhh tempias kesetanan,

    3-1

    ReplyDelete
  3. terasa macam diri nie bodoh pulak sebab layan penyokong yang memang dah sedia bangang.biarlah die dengan dunia die.tetap yakin liverpool akan menang.

    liverpool 5 - 1 skuad kenari hijau kuning kedah darul aman...hahaha jangan marah admin.

    ReplyDelete
  4. burung ape?
    burung kenari..
    burung ape?
    burung kenari..
    burung ape?
    burung kenari... kemon redman, hatrik lagi..

    ReplyDelete
  5. mohon BR gnti allen dgn hendo..masukkan coates sekali sblm loan keluar

    ReplyDelete
  6. btw letaklah iklan cari writer kat tepi..kesian pulak tengok lu sesorang je yg aktif

    ReplyDelete
  7. aku cukup pantang kalu pengikut2 setan ni yg komen , as a reds mmg dr dulu lagi mengalir dlm darah yg setan adalah musuh abadi the reds, x kisah dorg menang ke kalah ke, sudah mnjadi prinsip di anfield yg group setan ttp menjadi musuh ketat tentera reds, jd bile dorg masuk kampung buat kacau apalagi kasi taruk kaw2 la.. ia sudah jd prinsip dr turun temurun the reds yg liverpool tidak akan pernah bertolak ansur dgn group setan.. pergi anfield kalu nak rasa sendiri..

    ReplyDelete
  8. Liverpool 6 - 0 norwich...

    -Mr. Shoot-

    ReplyDelete
  9. liverpool 5 - burung kenari dapat telor je,..
    5-0,..
    ynwa

    ReplyDelete
  10. sebagai pengikut liverpool yang setia, teringin juga nak bikin panas kat Syaitan Merah (translate from google).. hehe.

    Biasalah kalau ada orang kutuk-kutuk syaitan dah memang syaitan ni makhluk terkutuk yang konfem masuk neraka. Biarlah dorang pertahan pasukan yang yang guna simbol makhluk terkutuk ni. Bola sepak? Apa? Bola sepak? Ohh, takpe2..kitowang tak marah juz pakai la simbol syaitan. Kitowng pakai simbol mickey mouse pun xpe!

    Ok admin, jap lagi gua mungkin berjaya menaikkan trafik lu. Kalau gua menang teka match kasi hadiah besar punyaaa!

    liverpool 3-0..

    ReplyDelete
  11. Liv 3-0 norwich
    X yah layan fan Munyet..bongkak!
    MUnyet loser!

    ReplyDelete
  12. Hello Semua,
    Nama saya Ahmad Asnul Brunei, saya menghubungi En Osman Loan Firm untuk jumlah pinjaman perniagaan sebanyak $250,000, Kemudian saya diberitahu tentang langkah meluluskan jumlah pinjaman yang saya minta, selepas mengambil risiko sekali lagi kerana saya sangat terdesak untuk menubuhkan perniagaan yang mengejutkan saya, jumlah pinjaman telah dikreditkan ke akaun bank saya dalam tempoh 24 jam perbankan saya tanpa sebarang tekanan untuk mendapatkan pinjaman. Saya terkejut kerana saya pertama kali menjadi mangsa penipuan! Jika anda berminat untuk mendapatkan sebarang jumlah pinjaman & anda berada di mana-mana negara, saya akan menasihati anda boleh menghubungi Firma Pinjaman En Osman melalui e-mel osmanloanserves@gmail.com Whatsapp +918414071453

    ReplyDelete