Pages
▼
Mar 29, 2013
LIVERPOOL LAWAN ASTON VILLA
Ingat lagi bagaimana Aston Villa mengamuk di Anfield. Sukar untuk dilupakan perlawanan malam itu. Villa hanya memerlukan Benteke untuk melingkupkan pertahanan Liverpool yang penuh kealpaan. Itu sebabnya saya rasa pertembungan kali ke-2 di Villa Park bakal mengorek luka yang baru terguris di tangan Southampton. Walaupun kita memang main terbaek malam itu dengan menguasai permainan dengan hantaran kemas, cantik dan mengghairahkan, namun Villa nampak lebih macho serta konfiden, sekali serang dapat gol, sekali serang bocor lagi gol kita dan boleh kira berapa kalis aja serangan yang mereka lakukan untuk menghasilkan sampai 3 gol.
Saya yakin dengan keupayaan Liverpool dari segi kehebatan penyerang, corak permainan dan semnagat untuk menang. Tapi itu belum cukup untuk bertempur dengan pasukan yang sedang berada dalam situasi terdesak untuk keluar dari zon penyingkiran. Macam Soton tempohari, Villa pastinya akan bermain dengan 110% keupayaan. Apa yang penting ialah konsentrasi sepanjang perlawanan dan jangan padang hina kepada kelab bawahan. Jangan risau walaupun Villa ada rekod cemerlang di Anfield tetapi pasukan mereka banyak kelemahan berbanding keupayaan. Untuk memanipulasi kelemahan Villa, pasukan kita juga perlukan gol awal kerana kebelakangan ini jika kita dapat gol awal, maka alamat kena bahamlah pasukan itu.
Siapa bermain itu hak Brendan, dia tahu apa yang dia buat dan bertanggungjawab untuk segalanya. tetapi bagi saya yang terpaling penting Suarez paling perlu direhatkan, paling tidak simpan dulu sebagai pemain impak. Itu opsyen sahaja kerana jika Brendan tak kisah risiko kecederaan dan kepenatan untuk mengejar tempat ke Eropah, Suarez terpaksa turun juga bergandingan dengan Sturridge. Berita gembira adalah kembalinya Carragher dan Reina tetapi berita sedih kepada Skrtel dan Jones yang mungkin akan kembali ke takhta bangku simpanan yang memang layak untuk mereka. Kesebelasan utama lain boleh dijangka dengan Downing, Coutinho, Lucas, Gerrard, Agger, Johnson dan Enrique menjadi pilihan.
Sebagaimana pun berhati-hati pasukan kita untuk mengelak keputusan lalu berulang, saya masih yakin pasukan kita bakal menjinakkan Villa. Ini bukan kerana saya mendapat sesuatu alamat dari mimpi tetapi perasaan yakin dan konfiden datang tiba-tiba. Mungkin keadaan awal musim dah tak sama dengan sekarang. Villa lebih terdesak dan mereka pasti akan bermain gopoh dan terlalu nak menang. Lagipun pasukan yang majoriti anak muda dalam kesebelasan utama masih banyak kekurangan dari segi menyerap tekanan, tak seperti awal musim yang mereka lebih tenang dan rileks. Jadi saya rasa paling koman kita boleh menang 2-1 dan masih membuka peluang maju ke pentas Eropah. Anda bagaimana? Teka jangan tak teka.
The Red 3-2 Villa
ReplyDelete-shah_2134-
Mng 3-0..
ReplyDeleteLiv 4-1 Avl
ReplyDeleteLiverpool menang 3-0
ReplyDeleteliv revenge 3-0 aston -cute tinho 10-
ReplyDeleteLiverpool 5 - 0 villa..
ReplyDelete-Mr.Shoot-
liverpool 3- Benteke 2
ReplyDeleteliv 1-0 villa. .
ReplyDelete-Toxo Meth-
Liv 3-1 villa
ReplyDeleteLiverpool 3-0 Bougenvilla
ReplyDelete2 - 1 cukup la.
ReplyDeleteNak menang je. West Brom, Swans kalah. Everton plak kacau minggu nie menang plak.
Nak tak nak kalo nk abis liga atas Everton kene menang game nih.
-pokdin-
Villa 1 - 2 THE REDS
ReplyDeleteYNWA
tahniah Pokdin & Atan Reds
ReplyDeletePeneka tepat minggu ni.
yesss...
ReplyDelete-pokdin-
:-)
ReplyDelete