Pages

Apr 26, 2013

LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE


Suarez dah diarahkan oleh Persatuan Bolasepak Inggeris supaya berehat makan angin bersama keluarga selama 10 perlawanan. Saya tak pasti adakah serta merta atau pada tarikh akan datang kerana ianya bergantung samada Suarez mahu buat rayuan atau tidak. Saya akui memang dia buat kerja gila pergi kokak lengan Ivanovic dan memang ada sedikit jiwa kacau dengan Suarez walaupun saya tahu pemain Chelsea itu telah melakukan provokasi sampai Suarez tengok lengan mamat tu dah macam peha kambing salai.

Dipihak kita dan juga sesiapa yang nampak FA Inggeris berat sebelah, hanya Keadilan yang kita mahukan kepada Suarez kerana hukuman itu yang nampak macam lepas geram. Kalau kita ikutkan ada kes lampau yang sama juga terkena dengan pasukan kita. Masa itu zombie West Ham yang sekarang pemain Spurs, Defoe telah gigit Mascherano, tapi dia bukan kena macam Suarez tapi masih boleh main cam biasa sekadar dapat kad kuning. Inilah yang dinamakan Keadilan tahi kucing kerana mereka nampak kalau Saurez yang buat, kena hukum seberat-beratnya.

Saya dah tak nak fikir pasal benda ini kerana Suarez mungkin takkan bersama kita lagi musim depan jika pihak pengurusan Liverpool rasa beliau membawa imej buruk kepada Liverpool. Persetanlah imej buruk, kerana Eric cantona dipuja sebagai hero walaupun terajang kungfu peminat silap-sliap kena stud but boleh pecah muka. Kes Suarez ini hanya boleh dianggap kenakalan bukannya berunsur jenayah pun bagi saya. 

Persediaan untuk bertandang ke St James Park dengan kontroversi Saurez tak menjejaskan semangat rakan-rakan lain. Ketiadaan Suarez pasti sikit terubat dengan kembalin semula Sturiddge yang menjadi nadi kebangkitan ketika seri 2-2 denagn Chelsea. Mungkin kita boleh lihat bagaimana rasanya Liverpool tanpa Suarez, mampukan bangkit atau sebaliknya bungkuih. Tambahan pula masa ni Newscastle tengah naik syiekh dan pemain utama mereka macam Tiote dan ben Arfa mungkin boleh main. 

3 kali seri dalam perlawanan terdahulu membuatkan saya rasa pasukan kita masih jauh kebelakang dari apa yang Brendan janjikan selepas dapat BRIM untuk beli pemain dari FSG. Impian ke Eropah telah dijanji capatikan kerana kemampuan pasukan lain jauh lebih layak macam Arsenal dan Spurs kerana mereka kian konsisten mutakhir ini. Jadi untuk lawan Newcastle kali saya harap kita menang tak kiralah apa berlaku. Musim depan kita kira lain. 

9 comments:

  1. Gantung main ikut suka ja, mana keadilan FA England pun tak tau la.. Puii!

    The Magpies 1 - 2 THE REDS

    YNWA

    ReplyDelete
  2. dah lama dah dorang tunggu peluang ni memandangkan Suarez dah makin displin... tahan punya tahan amik ko gigi ajaib keluar kembali dari petapaan sampai 10 game kene...

    aku teka 1-1

    ReplyDelete
  3. INI KALI LAH, menang. hahaha
    Aku nk tengok Sturridge main lone Striker, ngn Coutinho belakang die.

    Aku nk tengok Assaidi main kiri, Downing kanan. Tapi kalo tengok Rodgers, nk x nak skang nie mesti die masokkan Henderson.

    Boleh menang kot 3-2.


    -pokdin

    ReplyDelete
  4. Inikalilah menang asyik seri ja.
    Geng Gagak 1-2 Burung Hati

    ReplyDelete
  5. Liverpool 1 - 0 Newcastle

    -Mr. Shoot-

    ReplyDelete
  6. liverpool 3-0 new castle -> cute tinho 10

    ReplyDelete
  7. Last2 livepool kita dapat 6-0..caya la..huhu

    ReplyDelete
  8. -KARIO-

    Liverpool 4 Newcastle 1..

    INIKALILAH Menang... aku dah serik tngok seri wei..

    ReplyDelete