Pages

May 31, 2013

BEDAH SIASAT MUSIM 2012/13 SIRI 3

Permulaan Liga yang menghampakan.

Sesudah pra-musim, Liverpool mempersiapkan pasukan tanpa sebarang masalah kecederaan yang kronik. Perlawanan sulung pembuka tirai pasukan kita bertemu dengan WBA. Kalau ikut kertas dan nafsu, pasukan kita akan makan kacang pada malam itu. Tapi apa nak buat, sistem yang nampak cantik di Barcelona dan Swansea memang tak mampu dipraktikkan di Anfield. Ingat boleh makan tapi kita pula yang kena hantam sampai 3-0, hasil jaringan Gera, Odiwengie dan Lukaku. Malang buat Agger dia kena kad merah kerna membentes penyerang WBA.


Perlawanan kedua amat menarik. Liverpool bertemu dengan penyandang juara Man City. Kapasiti pecah stadium. Namun Liverpool yang dua kali mendahuli melalui Skrtel dan Suarez terpaksa akur dengan semangat Man City yang tak putus asa. Skrtel dari seorang hero penjaring gol pembukaan menjadi kacang hantu apabila bolahantaran belakang beliau disambang Tevez untuk penyamaan. Padahal perlawanan itu memang dikuasai Liverpool dan Mancini lega kerana pasukan mereka diselamatkan oleh Tevez dengan bantuan Skrtel.



Arsenal bertandang ke Anfield. Ramai optimis Arsenal mungkin senasib dengan Man City kerana lagikan City harap kesilapan orang. Namun seperti biasa, Arsenal adalah pasukan yang selalu memalitkan arang kemuka Liverpool. Walaupun ketiadaan Van Persie mereka tetap bongkak dan menang bergaya dengan hasil jaringan 2 pemain baru mereka yakni Carzola dan Podolski. Dua pemain ini bersamaan harga Allen dan Borini yang memberikan impak tak setara mana.


Seperti lawan WBA, ramai peminat rasa Sunderland tak seberapa. Inikalilah mungkin pasukan kita akan bawa pulang 3 mata penuh. Namun ibarat mimpi disiang hari Sunderland mencuri tumpuan kerana mereka bermain agak baik dan menggunguli perlawanan dengan mendahului hasil jaringan Steven Fletcher. Suarez jadi penyelamat dari Liverpool dimalukan oleh pasukan bola pantai itu. Ketika ini corak permainan tiki-taka yang dikagumi ramai jadi caca-merba kerana ianya masih baru dengan pemain.


Perlawanan ke-5 adalah perlawanan cukup menarik kerana macam-macam hal berlaku. Shelvey telah diberikan kad merah kerana celen kaki Evan padahal patutnya meeka berdua keluar padang, namun dek kerna bek Man U pandai berlakon maka Liverpool terpaksa bermain 1o orang. Tapi paling tak disangka Jonjo telah memaki Ferguson yang nampak macam cuba pengruhi pengadil. Liverpool tewas bermaruah apabila jaringan cantik Gerard tidak dapat mengatasi Manu yang gah denagn gol Rafael dan penalti RVP.


Setakat 5 perlawanan Liga , Liverpool hanya perolehi 2 mata dari 15 yang diperuntukkan. Butang panik telah berbunyi  dan ramai sangsi dengan kemampuan Brendan Rodgers. Apakan daya pengurus muda itu nampaknya masih gagal menterjemahkan hasilan menarik di Swansealona untuk diadaptasikan dalam pasukan yang lebih baik macam Liverpool. Ini mungkin kerana majoriti pemain dah terbiasa dengan corak permainan terbuka jarang simpan bola lama-lama dikaki.


Layak ke Liga Europa

Dek kerana menang Piala Liga musim sebelumnya, posisi ke-8 tak jadi hal untuk Liverpool layak ke Liga Europa. Liverpool terpaksa menghadapi pusingan kelayakan terlebih dahulu dan bagi pusingan pertama Liverpool terpaksa hadapi lawan dari Belarus FC Gomel. Lawan yang tak sebeap itu mudah dijinakkan dengan agregat 4-0. Pusingan terakhir sebelum ke peringkat kumpulan, Liverpool memang tipis dengan kelab dari Sotland, Heart dengan agregat 2-1. Dengan itu Liverpool masuk dalam kumpulan A, bersama dengan Azhi (Russia) , Udinese (Itali0 dan Young Boys (Swiss).

Pusingan Kelayakan ke-3 

Pusingan Play-off