Pages

Dec 24, 2013

LIVERPOOL LAWAN MAN CITY


Kesian pemain Liverpool, mereka tiada pesta dan sambutan Krismas untuk kali ini. Boleh kata Krismas ditangguhkan bagi mereka. Latihan diteruskan seperti biasa malah lebih keras lagi bagi menghadapi lawan yang saya rasa lebih gempak pernah kita hadapi sebelum ini. Sebagai pelawat, pasukan kita mungkin akan lebih berhati-hati. Namun jika Man City main macam lawan Arsenal, saya rasa peluang kita nak menang cerah.

Jangan terkejut kerana pasukan kita memang bersedia dengan pasukan yang main menyerang.  Sebab kita boleh buat serangan balas yang berikan pukulan maut jika gunakan kelebihan Suarez dan Sterling yang akan berada disayap. Saya tak nampak Man Ciy akan jadi macam Spurs terkoya-koya kena main dengan Allen-Hendo dan Coutinho. Cuma jika trio mereka dapat hasilkan sekelumit peluang buat Suarez dan Sterling, itu dah kira cukup. Suarez tak mustahil boleh robek kubu City, namun peranan pemain lain ialah cuba tarik perhatian bek lawan dari tertumpu kepada Suarez.

Kekuatan Man City mungkin sedikit terjejas dengan kecederaan Kun Aguero. Kelicikan beliau banyak kali bagi palat dekat kita musim lepas. Gandingan Negredo dan Dzeko mungkin tak berbahaya namun mereka dua ni boleh buat kacau-bilau jika hantaran-hantaran yang baik dihantar oleh pemain tengah. Tugasan Lucas-Hendo-Allen paling penting dalam situasi untuk memecah belahkan kepintaran bahagian tengah Man City yang diketuai oleh Yaya, Fernandinho , Nasri dan Silva.

Barisan pertahanan kita sudah makin mantap namun masih dalam pembikinan kearah bolos sifar. Tapi berita sedih baru kejap tadi, Flanno bakal berehat dimalam buka kotak, akibat kecederaan. Walaupun masih 50-50, saya yakin Flanno tak main dan minta simpang Cissokho yang jadi ganti. Bek kiri mungkin diberikan kepada GlenJo dan Kelly akan kesebelah kanan. Dibahagian tengah tak pasti samada Sakho-Skrtel tau Sakho -Agger. Tapi bagi lawan City, pemain cerdik macam Agger lebih langsi dari Skrtel yang kaki serbu.

Ramai peminat sedang gembira bila Chelsea berjaya mengekang Arsenal dan pasukan kita dipersada  Liga walaupun angkuh hanya dengan kelebihan jaringan. Kalau imbas balik awal musim, cuba bagitahu saya siapa yang pernah sebut Liverpool boleh berada dalam situasi sekarang. Ini bermakna penambahbaikan yang dibawa oleh Brendan nampak dah tuaikan hasil. Cuma satu perkara ialah Brendan jangan hilang punca macam kes Rafa pada musim 2008/09. Lakukan yang terbaik masa lawan Man City dan apapun keputusannya, kita mahu perlawanan itu diingati sebagai perlawanan terhebat untuk tahun 2013.


24 comments:

  1. Harap tuah menyebelahi liverpool...
    Man siti 1 - 2 liverpool

    ReplyDelete
  2. Hnya pd Allah jak kta brhrp..isnya allah meng liv 3-2 city...aleym

    ReplyDelete
  3. Pesta gol liv 4 - man city 3
    Zam

    ReplyDelete
  4. Man city 2-2 liverpool

    Kargo10

    ReplyDelete
  5. admin,kau bagi ceria sikit blog nie bleh?pembaca dah makin ramai.sabah pun ade nie.memang terbaik lah...

    Siti Sifir 0-2 Liverpool

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah,grafik tu bagi mantap sikit.tapi jangan lah terlampau bling2 sangat.ade kaler2 sikit.warna merah ke.banyak sikit drop down menu nye.ade gambar player ke.gambar stadium ke.ade merchandise yang nak dijual ke.contoh je semua nie.tak pun masukkan senarai lembaga pengarah liverpoolkita.mane lah tau kan.senang cite,ambik contoh blog RABUNMERAH dengan Liverpool FC Malaysia.kan nampak mantap je tu.info blog nie adalah yang paling terbaik.yang tu memang aku tabik spring punye.

      Delete
  6. konpiden pesta kerismas liverpool . 5-0 men siti.. cute-tinho 10

    ReplyDelete
  7. Kalau kali ni Liverpool main megah dan gagah saya yakin 3 mata akan dibawa pulang. City 1-2 Liverpool.

    -Rajamerseyside-

    ReplyDelete
  8. liv 1 man city 0

    Asfardy Sanusi

    ReplyDelete
  9. Sy rasa seri 1 - 1. Sbb tahap momentum kedua2 pasukan sdg sama2 meningkat

    ReplyDelete
  10. man city 1-1 liverpool
    -msw

    ReplyDelete
  11. Man City 0-2 Liverpool

    Sebab Man City ngan Liver kawan. So mohon menang 2 gol cukup la Insya-ALLAH.

    -Sendoh

    ReplyDelete
  12. harap defend main cantik mlm ni..
    suarez dh tentu kne marking awal2..
    bole menang klo klo smua tak main gabra mcm lwn arsengal..

    The Reds 3-Cik City 1
    -shah_2134-

    ReplyDelete
  13. man city 1 - 2 liverpool
    - azlan 86 -

    ReplyDelete
  14. Liverpool 4 -2 man city

    -Ayhku-

    ReplyDelete