Pages

Sep 8, 2014

BALA MENIMPA HENDERSON


Baru di tengah kekalutan dengan kecederaan Sturridge yang bakal berehat selama 3 minggu, seorang lagi pemain penting Liverpool menjadi mangsa semasa berkhidmat dengan pasukan kebangsaan England. Mangsa kali ini ialah pemain utama bahagian tengah, Jordan Henderson. Kadangkala macam tak puas hati dengan Hodgson, macam nak sabotaj Liverpool sahaja. Pemain Arsenal, Chelsea dan Man City tak sekor pun cedera dengan England.

Tapi mari kita imbas balik hujung musim lepas bila Hendo kena kad merah dan digantung 2 perlawanan. Kat situ baru kita tahu betapa sistem serangan dan bertahan yang komplek sedikit sebanyak barai tanpa Hendo. Apa yang Hendo berikan bukan setakat larian disegala perosok padang. Tetapi peranan besar sebagai enjin yang menggerakkan kekuatan bahagian tengah sepanjang musim lepas.

Dia pandai punyai kelebihan dari segi mobiliti dan itulah yang dipergunakan untuk menekan pihak lawan dan mengantoikan serangan lawan dengan sekelip mata dan menukarkan ianya menjadi serangan kilat yang menghasilkan jaringan yang majoritinya terhasil dari gerakan serang balas. Musim ini kita tengok dah dua bantuan gol yang hebat dan ianya dijaringkan Sterling.

Pilihan selamat bagi Brendan mungkin meletakkan Lucas. Namun bagi saya Emre nampak spesis yang hampir sama dengan Hendo. Hantaran, agresif dan yang penting dapat membantu pertahanan dalam mod bertahan, kerana dia punyai kepantasan disamping selalu main diposisi bek tengah dengan Jerman bawah 21.  Nak harap Allen, dia pendek dan kecil selalu kena buli dan Lucas laju sikit saja dari Gerrard.

6 comments:

  1. Lucas lagi slow dari Gerrad.. cuma Lucas punya kedudukan lebih tepat berbanding gerrad yang selalu off position

    ReplyDelete
  2. Hendo boleh main pulak lawan Switzerland tadi.. dalam paper cakap cedera teruk

    ReplyDelete
  3. Saiko atau sanggup tanggung risiko

    ReplyDelete
  4. bang..sy suka kalu gambar 4 org kat bahagian atas tu main serentak..confem ganas midfield kita..

    ReplyDelete
  5. allen pun ok, lineup mcm lwn spurs..henderson ganti can

    ReplyDelete
  6. Kalo Hendo sihat..Hendo ngn Can main depan Gerrard nampak cm best je.. 2 2 energy power tu.

    Kalo Hendo injured, letak Emre Can ngn Lalllana tgh pon OK.

    Kalo Stevie plak injured, letak Can, Hendo Lallana tengah..nk sangat tengok combination nih.


    -pokdin-

    ReplyDelete