Pages

Apr 18, 2015

SEPARUH AKHIR PIALA FA: LIVERPOOL LAWAN ASTON VILLA



Jangan nak berangan lagi. Perlawanan dengan Aston Villa bukan semudah yang disangka. Selalunya Liverpool cukup badi dengan Villa. Apatah lagi Villa mahu menamatkan musim ini dengan sesuatu sebab mereka sangat teruk setelah bertukar pengurus macam tukar spender. Saya yakin kalau Villa cuba kekalkan David O'Neill dan beri apa yang dia mahu sejurus penjualan pemain macam Milner, Young dan Downing, nasib mereka tak sehina sebegini.

Ayam tambatan Villa, Benteke tengah megamuk sekarang ini dan persembahan beliau nampak kembali bertenaga setelah sekian lama lesu dan tak menjadi. Villa bakal gunakan Benteke sepenuhnya sebab dengar berita Agbonlahor takkan dapat pulih menjelang perlawanan. Beliau bakal bergandingan dengan Weimaan yang bagi saya tak langsung punyai kelebihan untuk ganti Agbonlahor. Jadi bek Liverpool tak pening sangat cuma kena waspada sebab Weimann bukan main pakai kerusi roda.

Kem Liverpool kembali mantap dengan kembalinya Skrtel. Saya tak pasti samada Brendan mahu kembalikan 3 pertahanan dengan menyelit Skrtel untuk bersama Emre dan Lovren atau singkirkan Lovren untuk gandingkan Skrtel dan Emre dan formasi 4 bek. Kalau ikutkan saya mahu Brendan kekalkan 4-3-3 macam lawan Newcastle. Sistem itu nampak lebih meyakinkan dan nampak seimbang samada ketika nak menyerang apatah lagi bertahan.

Liverpool perlukan kemenangan dan seterusnya mara keperlawanan Akhir bagi menanti samada pemenang Arsenal dan Reading. Saya harap akujanji pemain untuk memberikan Piala FA ini sebagai hadiah perpisahan kepada Kapten Gerrard menjadi realiti. Apa yang penting Brendan meletakkan kesebelasan terbaik dan formasi yang mantap bagi mengatasi Villa yang pastinya bermain tanpa tekanan untuk menang.


4 comments:

  1. aku harap pengadil bermain dengan baik pada game ni,,, dah banyak kali aku tengok liverpool kalah game penting macam ni pasal pengadil bermain teruk...

    ReplyDelete
  2. Confirm mng lh..Liverpool mampu bangkit slps dua kekalhn..Buktiny vs Newcastle,in BR we trust..YNWA

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. FA Cup cermin liverpool musim ni..hadiah yang mesti di bawa pulang ke anfield untuk abang gerrard

    ReplyDelete