Pages

May 14, 2016

LIVERPOOL LAWAN WEST BROM

Setiap pertemuan ada perpisahan. Tirai Liga Perdana Inggeris akan dilabuhkan dengan perlawanan ke 38, menentang West Brommich Albion, di arena Hawthorns. Perlawanan kali ini tiada yang istimewa sebab jika menang pun sekadar ditangga ke 8 dan jika nasib baik Southampton bungkus dengan Crystal Palace, naik setakak ke tangga ke-7. Jika ada keajaiban West Ham kena dengan Stoke dengan jariangan banyak dan kita pula menang juga banyak tak bolos dengan WBA ada can nak lagi keatas tangga ke-6. Itu rezeki terpijak namanya.

Ward
Randall Skrtel Lucas Flanagan
Stewart Allen
Ibe Branagan Ojo
Benteke

Macam biasa, dah boleh ramal siapa yang direhatkan untuk perlawanan akhir Piala Europa. Maka belen-belen pemain yang tinggal akan main perlawanan ramai anggap tak berapa sempoi ni. Bagi yang tak berapa minat mendalam itulah pendapat mereka, namun bagi kami yang komited dengan kelab tak kira lawan kelab Divisyen 4 sekalipun, tetap anggap perlawanan ini tetap wajib tonton. Kerana signifikan dari perlawanan ini bukan sekadar 3 mata tetapi nak tengok apakah pemain simpanan anggap mereka, kain buruk atau nak berusaha tonjolkan diri.

Klopp telah memanggil beberapa pemain selain yang selalu main, yang saya rasa pasti akan diberi peluang dalam perlawanan WBA. Ings dan Henderson bakal diberi minit perlawanan untuk bentuk kecergasan. Hendo paling perlu sebab dia nak diserapkan dalam perlawanan akhir Piala Europa, mankala Ings nak cairkan karat yang melekat. Tetapi paling nak ditunggu ialah penglibatan Sergi Canos yang dipinjamkan ke Brentford, dengar kata dia dah pualng berlatih dengan pasukan utama dan bakal diberi peluang nanti.

WBA pula rasanya akan main lebih bersungguh dengan turunkan kesebelasan terbaik mereka. Kedudukan mereka selamat dari turun liga apa jua keputusan, namun peluang mereka nak perbaiki kedudukan dari tangga ke-15 hingga ke posisi ke-12, salah satu faktor kita nampak perlawanan bakal sengit. Kita dah lama kenal Pulis, pengurus yang kepala angin tapi banyak akal. Mesti dia akan main dengan corak agresif nak buli pemain muda Liverpool nanti. Pasti meriah perlawanan ini nanti.


5 comments: